Thursday, July 7, 2011

Cukuplah Sekali 6

Zarif termenung dimejanya. Roslan yang tiba-tiba muncul hanya dipandang sepi.
“Kau ni kenapa? Lesu aje aku tengok. Masalah dengan wife lagi?“tanya Roslan. Zarif tidak menjawab. Pen di tangannya terus dimain-mainkan.
“Apa lagi yang kurang dengan Azi tu? Susah sangat ke kau nak terima dia?“ Roslan terus bertanya. Ingin tahu apakah masalah yang dihadapi oleh sahabatnya merangkap bekas adik iparnya itu.
Pergerakkan tangannya terhenti. Zarif bangun menuju ke tingkap. Merenung ke arah dunia luar. “Kekurangan dia... dia bukan Afifah.“
Beristighfar Roslan mendengar jawapan itu. Dia memicit-micit dahinya. Cinta Zarif masih utuh buat Afifah. “Arwah tak akan kembali, Zarif. Kau kena terima kenyataan ni. Azi isteri kau. Afifah dan Azi, adalah orang yang berbeza. Jangan sesekali kau samakan mereka. Dan jangan sesekali kau sia-siakan Azi.“
“Aku dah cuba, Lan. Tapi aku masih terbayangkan arwah Afifah dalam rumah tu.“jelas Zarif. Aku cuba untuk menyayangi dia ketika mengungkapkan kata-kata sayang tu. Tapi gagal. Bisik hatinya. Roslan mengeluh perlahan. Sudah tidak tahu berkata apa.
“Sudahlah, jom kita lunch.“ Roslan bangun lalu melangkah keluar. Zarif menyusul di belakang.
Restoran itu mula dipenuhi oleh orang ramai. Setelah memilih makanan dan memesan minuman, Zarif mendekati Roslan yang sudah mula menjamu selera di meja. Ah, Roslan selalu begitu. Bab makan, dia nombor satu.
Pandangan Zarif meliar melihat sekelilingnya. Memang menjadi kebiasaan, restoran ini akan dipenuhi orang ramai pada waktu rehat. Masakan yang sedap dan harga yang berpatutan ‘mengikat’ pelanggan untuk selalu menjamu selera di situ. Tiba-tiba, pandangan mata Zarif terhenti di satu arah. Dia meneliti keempat-empat manusia itu. Roslan yang menyedari tingkah-laku Zarif turut berpaling kearah yang sama.
“Itu bukan Azi dan anak-anak ke? Siapa pula lelaki tu?”Soal Roslan. Zarif hanya mendengar. Sah, itu memang mereka. Tapi lelaki tu…
“Nampak macam happy family.”Roslan tersenyum. Sengaja berkata begitu untuk melihat reaksi Zarif. Namun, hampa. Lelaki itu langsung tiada riak cemburu.
Sementara itu, Azi dan anak-anaknya seronok menjamu selera bersama Zikri. Tak sangka, rupa-rupanya Zikri pandai melayan kanak-kanak. Asilah dan Luqman kelihatan seronok dilayan oleh uncle Zikri mereka.
“Uncle ni baiklah. Dah besar nanti Asilah nak cari boyfriend macam uncle juga la.“ujar Asilah. Azi dan Zikri tertawa mendengarnya.
“Apa kata, biar uncle aje yang jadi boyfriend Asilah?”cadang Zikri. Asilah mencebik.
“Cannot la uncle. Kesian Aunt Maira nanti.”jawab Asilah. Zikri hanya tersenyum kecil.
Azi memandang lelaki dihadapannya. “Maira ada mengadu kat I. Last week, dia nampak you dengan seorang perempuan.”ujar Azi.
Zikri tersenyum kecil. “Yeah…betul apa yang dia nampak tu.” Zikri merenung wanita di hadapannya.
“You dah jumpa someone else ke? Macam mana dengan Maira?”
Zikri mengeluh perlahan. Pinggan yang sudah kosong ditolak tepi. “Azi, kadang-kadang, I rasa ada baiknya kami tamatkan hubungan ni.”luah Zikri. Inilah insan pertama yang mendengar luahan hatinya tentang hubungannya dengan Humaira.
Membulat mata Azi mendengarnya. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. “She hurt me, Azi. She always do that.“
“Zikri, you jumpalah dia. Bincang elok-elok. Takkan sampai nak putus. Atau hati you dah berpaling pada orang lain?“
“I always love her. Gadis yang bersama I tu, bukan siapa-siapa. She’s my best friend and she’s married. Kami dah lama tak jumpa. Sekarang, dia duduk kat oversea. Husband dia kerja di sana.”jelas Zikri. Azi mengangguk faham. Dia juga faham akan perasaan Zikri yang sering diabaikan.
“I faham perasaan you, Zikri. Ini tak layak nak beri you nasihat. I just can say, you fikirlah baik-baik sebelum buat apa-apa keputusan.”
Zikri hanya mengangguk faham dengan kata-kata Azi. Dia tahu, Azi tidak mahu dia menyesal dengan keputusan yang bakal dia buat kelak.
“Papa!” jerit Luqman tiba-tiba. Tersentak Azi mendengarnya. Asilah sudah mengheret adiknya menuju ke arah Zarif. Cepat-cepat Azi bangun mengikuti langkah anak kecil itu.
“Anak papa buat apa kat sini? Asilah? Pakai uniform lagi?”soal Zarif sambil mencium pipi anak-anaknya. Tiba-tiba dia rasa terlalu rindukan anak-anaknya.
“Ibu jemput Asilah dari sekolah. Lepas tu lunch kat sini. Pak Long pun ada?“ ramah Asilah menegur Roslan.
“Hai, baru nak nampak Pak long,kan. Mentang-mentang dah ada kawan baru.” Roslan pura-pura merajuk. Asilah benar-benar mewarisi sifat adiknya. Becok.
“Kawan baru? Siapa Pak Long?“
“Tu.“ Mulut Roslan memuncung ke arah Azi. Anak kecil itu tertawa.
“Itu ibulah. Tak sama. Pak long best friend forever Asilah dan Luqman.“ Asilah cuba mengambil hati Roslan.
“Azi, I pergi dulu. Jumpa lagi. My future girlfriend, jumpa lagi,okey.” Zikri meminta diri. Sempat dia mencium kanak-kanak itu dan bersalaman dengan Zarif dan Roslan.
“Siapa tu, Azi?“soal Roslan tiba-tiba.
“Kawan saya, Abang Lan.”
“Dia tu uncle Zikri. Tunang Aunt Maira. Handsome,kan dia Pak Long. Nanti Asilah nak cari Boyfriend macam dialah.“
“Eleh…Pak Long lagi handsome daripada dia.”Roslan puji diri. Asilah hanya mencebik. Azi hanya tergelak sambil mendukung Luqman yang sudah terlentok di bahunya.

****************************

Hujung minggu itu, Zarif bosan sendirian di ruang tamu. Mahu bergurau senda dengan permata hatinya, mereka tidak sudi. Awal-awal lagi Zarif telah diberi amaran oleh anak-anaknya agar tidak mengganggu. Riuh suara mereka bertiga di ruang dapur. Cemburu Zarif mendengarnya. ’Ah, aku tak peduli. Aku nak ganggu juga!’
Zarif menghampiri mereka bertiga. “Papa, sinilah. Asilah nak buat biskut. Nasib baik ibu tolong.“ucap Asilah sambil menggaul adunan. Luqman sibuk bermain dengan acuan dan tepung. Sementara Azi sudah mula memasukkan bahan yang sudah siap diadun ke dalam bekas.
Zarif tertawa sendiri. Ketiga-tiga mereka memandang Zarif pelik. “Ibu yang tolong Asilah ke, Asilah yang tolong ibu kotorkan dapur ni?”
Asilah memuncung mendengar soalan papanya itu. “Tadi Asilah ada buatlah. Ada dalam tu. Belum masak lagi.” Jawab Asilah tidak mahu kalah.
Azi mengeluarkan biskut yang telah pun masak dari ketuhar. Asilah bertepuk tangan melihat hasil air tangannya yang sudah siap. Luqman turut suka melihat biskut yang diacunya tadi sudah boleh dimakan.
“Tengok ni,papa. Penat tahu, kitaorang buat. Ibu, minggu depan ibu datang sini, kita buat kek pula,ya.”pinta Asilah. Azi hanya mengangguk.
Zarif memandang Azi yang berada di hadapannya. Ya, sehingga kini, wanita itu masih mahu tinggal berasingan. Hanya sesekali dia akan bermalam di rumah ini. Itupun tidur bersama anak-anak. Namun begitu, Azi tidak pernah meninggalkan tanggungjawabnya sebagai isteri. Makan pakai dia dan anak-anak masih lagi Azi jaga dan uruskan dengan baik.
’ Kalau kamu tak perlukan dia, anak-anak kamu perlukan seorang ibu untuk bermanja’. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata uminya dulu.
“Satu hari nanti, Asilah nak jadi pandai masak macam Aunt Sufi dan Ibu.“

****************************

Sudah seminggu Azi pergi. Seminggu jugalah Zarif dan anak-anak tidak bertemu dengannya. Cuma sekali dua Azi akan menelefon. Itupun hanya bercakap dengan anak-anak. Entah kenapa, Zarif merasakan kekurangan semenjak Azi pergi ke Sarawak untuk menemani Sufi berkursus di sana. Kehidupan hariannya seperti tidak lengkap.
“Ibu...“tiba-tiba Luqman memanggil ibunya. Zarif menoleh anak-anaknya yang lena tidur di sisinya. Ah, mengigau rupanya. Pasti anak itu merindui Azi sampai terbawa ke dalam mimpi.
Zarif tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Terkedu dia seketika melihat nama si pemanggil pada skrin telefon.
“Assalamualaikum.“Azi memulakan bicara. Zarif menjawab salam seadanya. Suasana sepi seketika.
“Maaf mengganggu awak waktu-waktu macam ni. Entah kenapa, saya teringatkan budak-budak. Mereka okey ke?“
Zarif menoleh. Beruntungnya mereka diingati oleh Azi. Tapi, kenapa aku perlu cemburu? “Okey.“jawab Zarif sepatah. Dia menyelak rambut Luqman yang jatuh di dahi. Zarif terkejut.
“Awak....Luqman.“
Azi resah mendengar suara itu. “Kenapa dengan Luqman?“
“Badan dia panas. Saya rasa dia demam. Macam mana ni?“. Tutt...talian telah dimatikan. Zarif terkedu. Kenapa Azi berbuat demikian? lama Zarif memikirkannya.
Bunyi loceng rumah mematikan lamunannya. Zarif bangun menuju ke pintu utama. Siapalah yang datang malam-malam macam ni. Kelihatan seorang wanita berbaju kebaya melambai-lambai kearahnya. Zarif mendekati. Terbeliak matanya apabila melihat wanita itu adalah Azi.
“Awak, Luqman macam mana?“cemas Azi bertanya. Zarif pula masih lagi tegak memandangnya.
“Awak! bukalah pagar ni. Saya nak tengok Luqman.”sergah Azi. Zarif tersedar. Segera dia membuka kunci membenarkan Azi masuk. Laju langkah Azi mencari Luqman. Zarif hanya menyusul di belakang.
“Eh, nak ke mana ni?”soal Zarif apabila melihat Azi membawa Luqman keluar dari bilik.
“Nak bawa pergi kliniklah. Panas sangat ni. awak jaga Asilah.“
“Tunggu. Saya ikut. Kita bawa Asilah sekali.“ujar Zarif lalu masuk ke bilik untuk mengambil Asilah.

****************************

“Awak dari mana ni pakai cantik-cantik macam ni? Bukan ke sepatutnya awak balik lusa?“soal Zarif. Melihat Luqman yang sudah selesa tidur di atas katil, hatinya lega.
“Saya balik semalam. Tadi saya teman Rizal pergi dinner...“
“Jangan lupa yang status awak tu isteri orang. Jangan nak berlagak macam orang bujang.“tegas suara Zarif lalu keluar dari bilik. Wajahnya turut berubah apabila mendengar nama Rizal.
Azi geram. Tidak puas hati dengan tuduhan Zarif. Dia turut mengekori langkah Zarif.
“Awak ni kenapa? Apa yang awak tak puas hati dengan saya?“
“Awak kena ingat, awak tu isteri saya. Ni balik sini tak beritahu saya. Malam keluar dengan jantan lain macam perempuan...“
Pangg! Satu tamparan hinggap di pipi Zarif. Belum sempat Zarif menghabiskan kata-katanya. Zarif memegang pipinya. Sakit. Dia memandang Azi.
“Tolong jaga sikit mulut awak. Saya boleh bersabar bila awak kata saya tak guna. Tapi bila awak kata saya seperti perempuan yang bukan-bukan, awak memang cari fasal dengan saya. Oh, baru awak nak mengaku saya ni isteri? Memang! Memang saya ni isteri awak. Tapi Cuma atas kertas aje. Awak dah lupa apa yang awak cakap dulu? Awak kahwin dengan saya untuk jadikan saya ibu kepada anak-anak awak. Sehingga kini, saya dah jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu. Walaupun mereka bukan anak saya, bukan lahir dari rahim saya, saya tetap sayang dan jaga mereka sebab saya rasa bertanggungjawab untuk beri mereka kasih sayang. Tapi, ini yang awak balas. Langsung tak berterima kasih.“ Azi benar-benar marah. Airmata yang mengalir diseka kasar.
“Kalau awak rasa saya ni buruk perangai, tak sesuai lagi untuk jadi ibu kepada anak-anak awak, lepaskan saya. Jangan simpan saya lagi sebagai isteri!“tambah Azi. Terkejut Zarif mendengar perkataan ’simpan’ dari bibir Azi.
“Saya sayang awak, saya cintakan awak. Itu perasaan saya saat awak lafazkan ijab dan Kabul depan ayah saya dulu. Tapi awak buat saya seolah-olah saya tiada perasaan. Dan rasa sayang tu hilang dalam sekelip mata aje.”
Zarif diam membisu. Mendengar segala luahan Azi. “Papa, ibu…kenapa bergaduh? Ibu menangis ke? Papa?“tiba-tiba Asilah mencelah. Kedua-duanya terdiam seketika.
“Saya minta maaf kalau saya ada buat salah. Terima kasih untuk semuanya. Halalkan makan minum saya. Saya pergi dulu.“Azi terus keluar dari rumah itu. Dia gagal. Gagal menjadi seorang isteri, ibu, kekasih dan sahabat yang baik. Saya akan pergi jauh dari hidup awak sekiranya itu lebih mebahagiakan awak.
Zarif hanya memandang kepemergian Azi.

1 comment:

Anonymous said...

Citer yg menarik tapi tak ada perenggan. buatlah jarak-jarak sikit supaya ada feel nak baca sampai habis.