Tuesday, June 21, 2011

Ku Terima Seadanya 28




Muhammad Hakim

Sudah seminggu Khadijah tidak menghubunginya. Hakim merenung telefon bimbitnya. Kenapa mesti ada rindu? Sedangkan selama ini, aku kurang melayani dia. Mesej tak aku balas. Telefon tidak dijawab. Kalau dijawab pun, aku melayaninya ala kadar saja. Bahkan email yang aku dapat,terus aku padam tanpa membacanya. Kejamkah aku? Tapi kenapa bila tiada panggilan dan mesej begini, aku rasa sunyi? Rasa jiwa aku kosong.
Hakim meraup mukanya. Khadijah. Gadis yang dia kenali melalui Yusliza kira-kira enam bulan yang lalu. Masih dia ingat akan pertemuan pertama itu. Sejak daripada hari itu, hubungan mereka bertambah erat.
Hakim tersedar dari kenangan semalam. Dia beristighfar. Kenapa aku buat dia macam tu? Dulu, aku juga yang seolah-olah memberi dia harapan. Bila dia mengharap, aku abaikan pula. Sekarang, hati dia terguris kerana aku.
Didail nombor telefon bimbit Khadijah. Tiada jawapan. Sakit,resah,geram hatinya apabila panggilannya tidak dijawab. Agaknya, beginilah perasaan Khadijah dulu. Namun, dia tetap bersabar dengan kerenahku. Arghh...aku telah mensia-siakn sesuatu yang baik. Maafkan Hakim, Ijah. Tolonglah, jangan menyepi begini. Hakim rasa bersalah. Hakim...rindu.
Fikirannya tiba-tiba teringat akan Yusliza. Apa khabar agaknya dia. Yusliza pun banyak kali menghubunginya. Namun, diabaikan saja. Sekarang, dia merasakan dia amat memerlukan gadis itu untuk berkongsi segala isi hati. Yus, mana kau?

______________________________________________________

Fifi Wahidah

“Apa termenung di dalam office. Banyakkah masalah..“suara sumbang Ilham yang sedang menyanyikan lagu Joget Toleh Menoleh yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Senario menerjah ditelinganya. Fifi menjelingnya tajam. Dah lah suara tak sedap. Suka-suka aje tukar lirik.
“Apa jeling-jeling? Amboi…tak ada kerja ke? Dari tadi aku tengok kau asyik tenung telefon kau tu. Tak akan hilang punyalah. Jangan risau.“ujar Ilham lagi yang sedang berdiri di hadapan meja Fifi.
“Sebab tak akan hilanglah aku tenung lama-lama. Kalau tak, benda ni tak ada kat sini.“ Nah...berbelit jawapan yang diberi. Ilham menggaru kepalanya lantas mencebik. Berlawan cakap dengan gadis ini memang susah nak menang. Sebab itulah dia kerap mengusik Fifi.
“Gaduh dengan boyfriend ke? Ala...biasalah,adat. Aku dengan wife aku pun macam tu dulu. Tapi kalau DIA dah tetapkan jodoh tu, tak akan kemana. Banyak kali gaduh pun, sampai ke jinjang pelamin juga. Harap-harap biar sampai ke akhir hayat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama manusia.“hujah Ilham. Dia mencapai beg di mejanya. Topi keledar dan jaket turut dicapai.
“Aku balik dulu. Dah janji nak balik awal tadi. Assalamualaikum.“ucap Ilham mula melangkah pergi.
“Kirim salam kat anak-anak dan isteri kau.“pesan Fifi. Ilham tersenyum lalu mengangguk.
Fifi terdiam di kerusinya. Kata-kata Ilham memenuhi kotak fikirannya. Kerana dia, Hamidi kecil hati. Kerana dia, tiada lagi panggilan telefon daripada Hamidi. Dan kerana dia jugalah, diri sendiri yang menanggung rindu.
Awak, saya minta maaf. Dengan awak, saya gembira. Tapi bersama awak juga, saya jadi takut. Takut sekiranya hubungan kita tidak direstui oleh keluarga awak.
Yus,kau kat mana? Kenapa tinggalkan aku sorang-sorang dalam bilik ni. aku nak ceritakan sesuatu pada kau. Yati? Wanda? Huh...pasti mereka sedang sibuk dengan buah hati masing-masing. Kaulah satu-satunya tempat yang sesuai, yang selalu ada untuk aku bercerita.
Fifi tersedar. Dia memicit-micit dahinya. YA ALLAH,apa yang aku cakap ni? Macam mana aku boleh tak sedar yang aku bukan berada di hostel. Fifi, kau kat pejabat,tempat kau bekerja. Pejabat kau di Pulau Pinang. Yus jauh di Selangor
Korang dah terpisah jauh! Bisik satu suara.

__________________________________________________

“Wanda ada jumpa kau?“
“Maknanya, kau belum tahu fasal dia?“
Terngiang-ngiang lagi kata-kata Yusliza sebelum mereka terpisah malam tadi. Entah kenapa dia mesti berperasaan begini. Risau, rindu... adakah masih ada sayang dalam hati ini untuk si dia?
Perasaan ingin tahu semakin tidak dapat dikawal. Segera dia mendail nombor telefon Yusliza.
“Yus,boleh kau beritahu aku,apa maksud kau malam tadi? kenapa dengan Wanda? Apa yang aku tak tahu pasal dia?“soal Yazid setelah berbasa-basi dengan Yusliza tadi.
Yusliza diam.perlukah dia memberitahu lelaki itu? Kalau tidak diberitahu, kesian Yazid. Pasti dia akan terus tertanya-tanya. Lagipun sekarang amat sukar untuk menghubungi Wanda. Kalau diberitahu, apa pula kata Wanda nanti.
“Yus,please. Tell me what you know about her. Aku nak tahu. Hati aku tak senang.”rayu Yazid lagi. Yusliza simpati mendengar rayuan lelaki itu.
“Where are you now?“
“I’m still in KL. Aku minta kebenaran parents aku untuk stay kat sini beberapa hari untuk cari jawapan. Please,tell me. Kau aje yang boleh tolong aku.“
“Aku tak boleh cakap sekarang. Yazid, pagi esok, aku akan bertolak ke Indonesia. Ikut suami aku. Kau datanglah ke airport. Aku akan ceritakan semuanya di sana.“
“Okey. Pukul berapa?“suara Yazid bertukar ceria. Dia amat yakin bahawa Yusliza akan membantunya.
“Pukul berapa? Emm…I’ll tell you later. Eh, okey la. Aku ada kerja ni. See you.”
Talian dimatikan. Yazid menarik nafas lega. Dia mendail nombor telefon rumahnya.
“Mama, kalau semuanya selesai, InsyaALLAH, Zid balik esok.”
“Apa yang penting sangat tu, Zid?”
“Adalah. Babah dan mama jangan risau sangat fasal Zid. Everythings is under control.”
“Ha…bila mama tanya, itulah jawapan Zid,kan. Everythings is under control. Geram betul mama dengan Zid ni. Ke…anak mama dah jumpa seseorang yang sama penting dengan babah dan mama?” serkap jarang Hajah Sarimah.
Yazid tersenyum sendiri. Zid sayang sangat-sangat kat mama!

___________________________________________________

“Berapa lama lagi, doktor?”
“Berapa lama, itu bukanlah soalan yang sesuai ditanya pada saya. Bukan saya yang menentukannya. Tapi, biasanya kes macam ni, 6 bulan. Tapi tu cuma jangkaan. Kita kena ingat, semuanya ketentuan ALLAH.”balas doktor muda itu.
Anisa termenung. Dia masih keliru. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dia dengari tadi. Kanser otak. Entah sejak bila dia mula menghidap penyakit ini.
Terbayang-bayang wajah orang tuanya, wajah kekasih hatinya,Zaidi. Bagaimana keadaan mereka apabila mengetahui berita ini kelak. Anisa sebak.
“Thanks,doctor.“ Anisa bangun lalu melangkah keluar.
“Cik Anis, jangan lupa ambil ubat. Dan...appoiment seterusnya. Nanti, beritahu pada pembantu saya.“
Anisa hanya mengangguk lemah. YA ALLAH, aku redha dengan dugaan yang KAU berikan ini. Tapi, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semuanya. Air mata Anisa menitis.

__________________________________________________

Zaidi terjaga dari tidur. Mimpinya tadi benar-benar mengganggu tidurnya. Ia bukanlah sesuatu yang pelik. Tapi, sebelum ini, belum pernah dia termimpikan kejadian seperti itu.
Anisa melambai-lambai kearahnya. Zaidi tersenyum lalu membalas lambaian itu. Yang peliknya, kenapa wajah itu suram? Apakah maksud disebalik lambaian itu? Laju Zaidi mendail nombor Anisa.
“Assalamualaikum, Anis. Apa khabar?”
“Waalaikumussalam. Abang, Anis sihat. Abang?”
“Abang sihat,Anis. Betul ke Anis tak apa-apa?”
Anisa terdiam seketika. Dia tahukah? “Erm…betul. Anis ok. Kenapa, abang?“
Zaidi menarik nafas lega. “Lega abang dengar Anis tak apa-apa. Tadi abang mimpi buruk. Abang risau. Sebab tu abang call Anis.“
Anisa tertawa di hujung talian. Zaidi terpinga-pinga. “Abang ni...apalah. itulah, lain kali, basuh kaki sebelum tidur. Ni mesti tidur main redah aje. Itu yang sampai mimpi bukan-bukan.“
Zaidi terkulat-kulat mendengar kenyataan Anisa itu. Memang benar, selepas pulang dari makan malam bersama dua adiknya, dia terus tertidur. Sedar-sedar, dia termimpikan Anisa.
“Dah, pergi gosok gigi, solat, lepas tu sambung tidur. Jangan kacau Anis. Anis ada kelas lepas ni.“
“Ala...nantilah. kita berborak la. Takkan tengah malam macam ni ada kelas. Abang rindu kat Anis.“rengek Zaidi. Sekali lagi terdengar suara tawa Anisa. Kali ini lebih kuat daripada tadi.
“Encik Zaidi sayang, awak tu kat mana. Anis kat mana. Kat Malaysia sekarang ni, waktu pagi. Time orang pergi kerja, pergi kelas. Awak pulak, time tidur. Kalau dah rindu sangat, balik cepat. Anis ada benda nak cakap dengan abang.“
Zaidi mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih malu. Nasib baik Anis tak nampak. “Err...abang lupa. Ok, abang tak nak kacau Anis. Tapi nanti abang call lagi,ya. Mungkin, tiga atau empat hari lagi abang balik. abang balik nanti, kita kaluar dating 24 jam,ya.”
“Huh…yelah tu. Tak sampai 24 jam kena cekup. Apa cerita.”
Zaidi tergolek-golek mendengar kenyataan Anisa itu. “Ok...ok...nanti kita plan balik nak berapa jam.“ujar Zaidi bersama sisa tawanya.
“Okeylah, abang nak sambung tidur ni. Letih jaga baby tua bangka tu. Shopping sana, shopping sini, jalan sana, jalan sini. I’ll call you later. Miss you. Assalamualaikum.”
Salam dijawab. Anisa merenung telefon bimbitnya. Perlukah dia berterus-terang? Adakah Zaidi akan meninggalkannya setelah mengetahui tentang penyakitnya? Anisa termenung sendiri.