Monday, July 4, 2011

Cukuplah Sekali 1

Siaran di televisyen masih lagi terpasang. Perlahan-lahan Sufi menapak mendekati teman serumahnya. Dia menjengah. MasyaALLAH...tidur rupanya. Terdengar dengkuran halus gadis itu. Sufi hanya mampu menggeleng memandangnya.
“Azi, bangun. Pergi masuk bilik kau. tidur duduk macam ni. tak sakit badan ke?“ Sufi mengejut rakannya itu. Azi bangun lalu menggeliat seketika. Kepalanya digaru kasar. Sungguh, dia terlalu mengantuk.
Ditoleh jam di dinding rumah. Sudah jam 12 tengah malam. ‘Baru pukul 12? Aku tidur pukul berapa tadi?’soalnya sendiri. Azi menjerit kecil. Sufi yang terkejut segera berpaling.
“Kau apahal?“
“Pinggang aku sakit. Punggung aku sakit. Leher aku pun sakit.“rungut Azi.
“Mahu tak sakitnya. Yang kau pergi tidur duduk atas lantai, sambil terlentok kat meja tu buat apa? Kan dah sakit sana sini. Kau ni selalu macam ni,kan.“Sufi sudah mula membebel. Memang, Azi bukanlah seorang yang banyak kerenah. Tidur atas lantai yang sejuk pun jadi. Kalau orang lain, mesti lebih selesa tidur atas tilam. Paling tidak pun, berlapikkan permaidani. Kadang-kadang Azi juga akan duduk di celah-celah ruang yang sempit sambil membaca novel. Pelik. Tabiat yang tidak semua orang suka.
Tapi itulah, bila kesannya datang, mulalah dia merungut. Itulah yang membuatkan Sufi selalu membebel. “Lain kali, kalau dah mengantuk tu, tidur la elok-elok sikit. Atas sofa ni ke, masuk bilik ke. Ini tidak, nak juga tidur style pelik dia tu. Kenapa kau tak tidur aje kat atas tanah. Kalau iye pun...“bebelan Sufi mati. Dia melihat sekeliling. Tiada. Sufi hanya mampu menahan marah.
’Penat aku bebel. Tak ada orang rupanya!’
Sufi memandang kertas-kertas dan beberapa buah album yang ditinggalkan oleh Azi di atas meja. Tangannya mencapai beberapa buah album itu lalu diselak satu persatu. Kenangan lama datang kembali.

****************************

Girls 5 Sains 1

Zaman muda-mudi ketika aku dan kawan-kawan berada dalam tingkatan 5. Perempuan melayu terakhir kelas 5 Sains 1.
Maira, Yuli, Dila, Afidah, Aku, Sufi, Mariam dan Nurul
-Makan Malam Budak-Budak Tingkatan 5-



Sufi tersenyum. Dia masih ingat malam itu. Memandangkan hanya mereka berlapan merupakan perempuan melayu dalam kelas itu, mereka mengambil keputusan untuk duduk semeja. Sangat seronok. Sedang berbual, tiba-tiba Amir datang lalu menyuruh kami berposing. Alang-alang dah pakai cantik-cantik, semangat kami bangun lalu menjadi model sekejap.
Sufi terus menyelak album itu. Semua gambar dalam album tersebut berkisarkan kehidupan Azi dan kawan-kawan sepanjang persekolahan.


Kami sekelas bersiar beramai-ramai ke Genting Highlands dan Melaka
Trip selepas peperiksaan SPM.
Inilah kali terakhir kami bertemu sebelum masing-masing pergi melanjutkan pelajaran.


Trip yang sememangnya menjadi satu kenangan yang paling indah. Sukar untuk dilupakan. Ada Dila, Afidah, Sufi, Mariam dan Nurul. Kini, masing-masing sudah mengikut haluan sendiri. Entah apa khabar agaknya mereka kini.
’Kreatif juga kawan aku ni.’bisik Sufi sendiri. Album kedua dicapai. Tulisan di hadapan album tersebut dibaca.


Hari yang bersejarah.
Aku dan kawan-kawan


Gambar Yuli Dan Azhar.
Suka tengok couple ni…Hehe…


****************************

Yuli menghempas buku yang dipegang ke meja. Terpelanting kunci kereta Azi dibuatnya. Terbongkok-bongkok Azi mengambilnya. Dipandang Yuli sekilas. Masam macam cuka. Mesti ada sesuatu yang berlaku ni.
“Kau apa hal? ’Datang bulan-bulan’?“soal Azi sambil tersengih apabila Yuli menjelingnya tajam. ’Datang bulan-bulan’ , faham-faham ajelah. Kalau tak faham, buat-buat aje faham.
“Azhar tu. Aku bengang la dengan dia. Dulu, aku tak nak tunang dulu, dia beria-ia nak. Sekarang aku ajak kahwin, dia nak tunda next year pula. Geram aku!“ Kali ini, Yuli memang betul-betul marah ni. Azi ketawa.
“Kau kenapa sewel sorang-sorang ni?“
“Tak adalah... Cuma aku geli hati bila kau cakap kau ajak dia kahwin. Amboi... macam dah tak sabar aje“ ketawa Azi terus bersambung.
Yuli merengus geram. “Gelaklah...gelak puas-puas. Kena kat batang hidung kau nanti, aku gelak tergolek-golek kat lantai.“
Azi bantai ketawa lagi. tengah marah pun boleh buat lawak lagi si Yuli ni. Azi menyelak kembali laporan bulanan Suliraz Cake.
“Aku bukan apa, Azi. Aku pun, bukanlah terdesak sangat nak kahwin. Tapi yang terdesak sangat nak menantu, tu ha kat rumah. aku balik aje, bila nak kahwin? Aku balik aje, bila nak kahwin? Tak laratlah nak jawab. Kenapa tanya aku? Kenapa tak tanya Azhar?“perlahan saja Yuli bersuara. Terasa sayu mendengarnya.
“Aku tak naklah salahkan family seratus peratus. Aku tahu, diaorang risau. Aku ni perempuan. Umur dah 27. Azhar tu lainlah. Dia lelaki. Tapi aku nak buat macam mana? Si Azhar tu… hisy…susahlah!. Aku cari lain baru tahu!”
“Aku faham maksud kau tu. Cuba bincang elok-elok. Kalau kau nak aku tolong, insyALLAH, aku cuba.” Ujar Azi. Yuli tersenyum tawar lalu merenung kosong ke arah luar.
Azi menggeleng perlahan. “Hisy...susah...susah... Kalau macam ni, tak ada lagi bagus!“bisik Azi perlahan.
“Tak ada apa?“tiba-tiba Yuli bertanya. Aik? Dengarlah pula.
“Kau dengan Azhar macam ni. Maira pula main kejar-kejar dengan Zikri. Si Sufi pula, nak yang itu, nak yang ni. lebih baik single macam aku ni. tak payah fikir fasal lelaki...“
“Kau jangan cakap macam tu. Kata-kata tu doa tahu. Takkan selamanya kau nak membujang. Tak teringin ke nak ada keluarga sendiri, anak-anak.“
“Tapi, aku...“
“Dalam hubungan, tak ada yang selalu bahagia. Sesekali kena juga ada rasa sakit hati. Macam kau dan aku pun...kadang-kadang kita pun bergaduh juga,kan.?“ Ulas Yuli. Azi hanya membisu.
’Siapa kata tak nak? Bohong! Tapi kalau begini gayanya, lupakanlah!’ hati kecil Azi berbisik.
“Korang cerita apa ni? Aku dengar Azi sebut nama aku tadi.“Sufi ingin tahu.


Couple yang sangat kelakar
Perkenalan mereka yang tidak pernah aku lupakan
- Maira dan Zikri-


Sufi masih ingat lagi waktu ini. Maira, seorang yang panas baran dan Zikri, jejaka garang, tapi lurus orangnya. Masih segar diingatan ketika Azi menceritakan pertemuan pasangan ini. Azi tidak berhenti-henti ketawa ketika itu.

****************************

“Kek ni siapa nak hantar?”soal Humaira. Memandangkan dua orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penghantaran tempahan sudah pun bertolak ke destinasi masing-masing, maka yang satu ini siapakah yang perlu menghantarnya? ‘Macam mana la boleh tercicir satu ni’gerutu hatinya.
“Saya tak boleh,kak. Saya kena tolong Kak Sufi kat dapur.”balas Aishah.
“Saya pun. Kak Sufi suruh jaga depan ni. Kalau akak suruh saya pun, bukannya saya ada kenderaan. Lesen pun tak ada lagi.”jawab Lina pula.
‘Huh,macam-macam!’ Humaira menoleh ke arah satu sudut. Azi sedang bersenang-lenang dengan novelnya. Aishah dan Lina turut menoleh ke arah gadis itu. Hah! Habislah Kak Azi. Kena bebel lagi la lepas ni.
Ini seorang lagi gadis yang suka membebel. Mesti selalu menuntut ilmu daripada Sufi. Dulu, Humaira bukanlah begini. Gadis itu seorang yang lemah-lembut dan pendiam. Tapi kini...
“Hah cik kak! Tolong aku hantar kek ni.“
Azi terpinga-pinga. “Kenapa aku?”
“Sebab aku suruh. Dah, jom. Jangan banyak cakap. Kalau lambat, kena marah pula nanti.“ Humaira berlalu mendahului Azi. Dengan perasaan malasnya, dia bangun menurut perintah. Mulutnya terkumat-kamit mengejek mengulang semula kata-kata Humaira. Aishah dan Lina hanya tertawa melihatnya.
“Kenapa ni? apa yang lucu.“tegur Humaira. Dia menoleh ke arah Azi. Azi hanya menjungkit bahu pura-pura tidak tahu.
Apabila Humaira berpaling berlalu pergi, segera dia meletakkan jari telunjuk kebibirnya memberi isyarat diam. Aishah dan Lina mengangguk faham sambil tersenyum.

****************************

Sebulan kemudian...

“Assalamualaikum,awak.“tegur satu suara. Lelaki. Semua menoleh ke arahnya. Humaira sudah merengus geram. Apa tidaknya, hampir setiap hari lelaki itu datang ke kedai kek ni. Azi di sebelah sudah terkekeh-kekeh ketawa.
“Azi, kenapa you gelak?”terus lelaki itu bertanya. Azi hanya menggeleng. Siapa sangka, kek yang dihantar oleh mereka dulu adalah kek yang ditempah oleh lelaki itu. Kenangan itu masih segar bugar diingatan. Bagaimana mereka berdua dimarahi kerana terlewat menghantarnya. Maklumlah, hantar dengan menaiki kereta. Bukan dengan pesawat.
Tidak tahan dengan caci maki lelaki itu, selamba Humaira menyumbat kek tersebut ke dalam mulut lelaki itu. Logik ke? Kalau di fikirkan balik, mesti orang fikir ini cerita bohong. Iyelah, ‘customer is always right’, kan. Jadi, kenalah terima kenyataan yang kita salah. Tapi itulah yang berlaku. Entah dari manalah kekuatan itu datang. Semua yang ada di situ tergamam. Azi mampu melopong melihatnya. Adakah itu Humaira?
Seharian Humaira angin satu badan. Mereka akui, mereka memang bersalah. Dan mereka bersedia meminta maaf. Tapi mulut lelaki itu celupar sangat. Kutuk macam-macam. Yang tidak berkaitan dengan kek dan kelewatan mereka pun dimasukkan sekali. Ambik kau! Makan ‘kek Humaira’ puas-puas.
Selang dua minggu kemudian, lelaki itu datang ke kedai mereka untuk meminta maaf. Namun masalahnya sekarang, kesalahan lelaki itu sudah pun dimaafkan. Tapi, mengapa dia masih menghadirkan dirinya di kedai mereka? Apa motif lelaki itu selain sudah ada cinta di hatinya untuk si gadis Humaira?
“Kepada Zikri, I wish you good luck” itulah kata-kata Azi yang sempat Sufi dengar. Dia turut tertawa dengan ucapan Azi itu sambil memandang kearah Zikri yang tekun merenung Humaira yang sedang bengang!

****************************


Sufi dan Rizal couple yang pelik.
Iya ke tidak mereka ini sedang bercinta??
p/s- tempat perkenalan mereka best (rumah Rizal)


Rizal. Tanpa sedar bibir sufi menyebut nama itu. Dia tersenyum kecil mengingati detik waktu perkenalan mereka.
“Aunt Mun!“jerit Asilah lalu keluar dari kereta. Luqman terkedek-kedek mengekori langkah kakaknya.
“Eh, Asilah? Luqman? Datang dengan siapa ni?“
“Ibu...“ujar Luqman sambil menuding jari ke arah Azi. Sufi di sebelahnya terpinga-pinga.
“Asilah dan Luqman, datang dengan mak cik dan Aunt Sufi. Nak hantar kek....“ becok Asilah bersuara. Sesekali Datin Munirah akan tertawa melayan percakapan dua beradik itu. Akhirnya, mereka semua dijemput masuk.
“Kalau tiap-tiap hari bawa anak kau ni, tak payah aku masak kat rumah.“ bisik Sufi. Azi menampar lembut bahu rakannya.
“Oh...jadi, Datin ni berkawan dengan mertua saya. Maaflah, saya tak kenal.“
“Tak apa. Aunt faham.“
“Mak, kek yang mak order tu dah sampai?“tegur seorang lelaki.ketiga-tiga mereka memandang. Lelaki itu melemparkan senyuman manis ke arah tetamu emaknya.
“Ni anak bongsu auntie. Bujang lagi tu. Entah bila nak cari menantu untuk auntie.“sengaja Datin Munirah mengusik. Terasa selesa pula berbual dengan dua gadis ini.
“Mak,apa ni? Malulah Rizal.“rajuk lelaki itu. Azi tertawa geli hati. Sufi hanya tersenyum. Rizal memandang kedua-duanya penuh minat.
“Ibu...nak su...“rengek seorang kanak-kanak lalu memeluk Azi. Azi mencium pipi anak kecil itu sebelum mendukungnya. Dia keluar menuju ke keretanya. Rizal memandang pelik. Ibu? Tapi, macam kenal aje budak kecil tu…
“Abang…buat apa? Apa khabar?”tegur satu lagi suara. Pantas Rizal menoleh. Lebar sengihannya melihat gadis kecil itu.
“Hai, my girlfriend. How are you? Mana papa?”
“Abang ni…janganlah panggil Asilah girlfriend abang. Tu,Aunt Sufi ada. Suruhlah dia jadi girlfriend abang.”ujar Asilah. Sufi yang sedang meneguk air minuman tersedak dibuatnya. Merah wajahnya menahan malu. Datin Munirah dan Rizal hanya tertawa melihatnya.
“Asilah, jom kita balik. Adik dah penat tu. Sufi, jom. Nanti bising pula diaorang kat kedai. Aunt, Rizal, kami minta diri dulu.“ Ujar Azi. Selepas bersalaman, mereka pergi meninggalkan rumah Datin Munirah.
Ketika dalam perjalanan pulang, riuh suasana dalam kereta apabila Sufi mengadu perihal Asilah.
“Asilah ni bahayalah, Azi. Boleh, dia kenenkan aku dengan anak Datin Munirah tu. Siap Asilah. Nanti aunt nak denda.“ Sufi pura-pura marah. Asilah sudah tergelak sakan di tempat duduk belakang. Melihatkan kakaknya ketawa, Luqman turut ketawa. Makin gamatlah suasana dalam kereta itu.
Namun, tiba-tiba telefon bimbit Azi berbunyi. Suasana sepi kembali. Azi menjawab panggilan tersebut. Bermula dari panggilan itu, segalanya berantakan kini.
Sufi menitiskan air mata. Simpati terhadap temannya. Jam didinding dipandang. Sudah pukul 2 pagi. Dia mengemas meja ala kadar lalu menuju ke kamar. Matanya sudah mula mengantuk.


p/s-gambar-gambar tersebut hanyalah rekaan semata-mata. ambil dr google j... :D

No comments: