Saturday, February 6, 2010

Ku Terima Seadanya 18



“Bro, asal kau termenung aje ni? Problem lagi dengan si beruk tu?“sengaja dia menggelarkan Yusliza begitu untuk melihat reaksi Badrul. Kalau diikutkan, dia sendiri tidak suka Badrul memanggil Yusliza begitu.
Badrul bangun berdiri betul-betul di hadapan Fikri. “Fik, aku nak ingatkan kau, jangan panggil dia beruk!“marah Badrul.
Fikri hanya tersenyum. Kemarahan sahabatnya itu menggembirakan hatinya. Ternyata, Badrul sudah berubah. “Sorry...aku tak sengaja. Lagipun, dulu kau yang selalu panggil dia macam tu. So, aku jadi terikut pula.“Fikri beralasan.
Badrul menjeling. “Tu dulu. Sewaktu aku tak kenal dia. Waktu aku buta dalam menilai seseorang. Sekarang aku dah sedar. Aku menyesal sangat.“ Badrul berkata penuh kekesalan. Dia melangkah menuju ke sofa yang terdapat di dalam bilik pejabatnya.
“Baguslah kau dah sedar,Bad. Aku harap, dia akan terima kau.“
Mendengarkan kata-kata Fikri itu, Badrul mengeluh kecil. Dia meraup mukanya. “Aku sayang sangat pada dia,Fik. Tapi aku dah buntu.“luah Badrul. Dengan Fikri, dia tidak pernah malu untuk berkongsi segala jenis masalah yang di hadapi. Begitu juga sebaliknya.
“Bad,cuba kau cerita pada aku secara detail. Aku tak faham maksud kau.” Berkerut-kerut dahi Fikri tidak memahami maksud kata-kata Badrul tadi.
“Aku dah banyak bersabar dengan dia. Aku cuba berlembut dengan dia. Aku cuba buang ego aku jauh-jauh, semata-mata kerana dia. Tapi akhirnya, dia selalu mencabar aku dengan kata-katanya. Dia selalu menyakiti hati aku. Selalu mengungkit. Kalau nak diikutkan hati aku yang panas, nak aje aku tampar dia.“
Terkejut Fikri mendengar pengakuan Badrul. Sampai begitu sekali? Teruk sangatkah Yusliza menyakiti hatinya?
“Masa nak pergi kenduri kau dulu, kami bertengkar dalam kereta. Puncanya, aku tak beritahu nak bawa dia ke mana. Hal kecil pun dia nak perbesarkan. Sampai terjerit-jerit. Aku bengang.“ Badrul meramas rambutnya kuat.
Fikri hanya memerhati. Simpati dia melihat sahabatnya itu. “Kalau kau nak tahu Bad, begitulah perasaan dia ketika kau menyakitinya dulu. 3 tahun dia bertahan dengan kau. Kau pula, baru beberapa bulan, dah rasa nak tampar. Cuba kau fikir, apa agaknya dia rasa selama tiga tahun tu?“ Fikri bertanya.
“And one more thing, aku rasa, tak susah nak ambil hati Yus tu. Dia tu nampak aje keras di luar. Tapi hati dia, lembut. Kalau tidak, masakan dia setuju dijodohkan dengan kau? Ke...kau ada buat sesuatu yang menyakitkan hati dia?“ Fikri menjeling tajam.
Badrul terdiam. Dia memandang Fikri sepi. “Malam tadi, kami keluar. Aku terlepas cakap. Aku tak sengaja. Aku cuma cakap sendiri aje. Tak sangka pula dia dengar…”
“Apa yang kau cakap?” pantas Fikri mencelah.
Badrul serba salah. “Aku...terpanggil dia beruk...“
Fikri menghela nafasnya lalu bersandar di sofa. Kepalanya digeleng-gelengkan. “Kalau aku di tempat dia, bukan setakat tampar. Tumbuk, tendang sekali aku nak bagi kat kau.“
Badrul membisu lagi. Matanya terus memandang sahabat di hadapannya itu. “Dia cakap, dia tak mungkin mencintai aku semula. Tapi aku sayangkan dia. Aku mahukan dia di sisi aku. Aku tak nak dia terlepas ke tangan orang lain. Apa yang patut aku buat, Fik?“ sayu kedengaran suara Badrul.
Wajah keliru Badrul membuatkan Fikri turut merasai kesayuan itu. Dia geram dengan Badrul. Tapi dalam pada masa yang sama, ada rasa simpati terhadap lelaki itu. Dia semakin yakin bahawa Badrul sudah berubah. Walaupun kadang kala lelaki itu tetap cuba untuk menyakiti hati Yusliza.
Namun, wajah keliru Badrul itu juga menggembirakan hati Fikri. Akhirnya, ada gadis yang berjaya membuatkan Badrul jatuh cinta. Dan gadis itu adalah Yusliza sendiri. Gadis yang Fikri yakin telah tersemat di dalam hati Badrul sejak dulu lagi.
“Aku rasa, kau kena rancang sesuatulah.“
“Maksud kau?“
“Kau sayangkan dia,kan? Tak nak kehilangan dia?“soal Fikri. Perlahan-lahan Badrul mengangguk. Itulah yang dia telah katakan tadi!
“Kau kena bertindak segera sebelum ada hati yang berubah.“cadang Fikri.
Terpinga-pinga Badrul mendengarnya. Apa ni? “Aku...tak faham...“
Fikri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hisy...lembab betullah mamat ni! “Kau kena minta izin family kau untuk mempercepatkan tarikh pernikahan. Gunakanlah apa-apa alasan pun. Asalkan dia jadi milik kau sepenuhnya, sebelum orang lain sambar.“
Badrul berfikir sejenak. “Tapi, mengikut perjanjian yang telah ditetapkan, kami akan bernikah selepas Yus dapat pekerjaan. Tak lama lagi pun...“
“Kau comfirm ke dia akan dapat kerja sebaik saja dia tamat belajar? Entah-entah, dibuatnya dia lengah-lengahkan masa,macam mana? Silap hari bulan, kau juga yang berputih mata. Lagipun perjanjian tu secara lisan. Tak melibatkan mahkamah pun. Aku rasa tak ada masalah.“ujar Fikri. Badrul hanya mengiakan di dalam hati.
“Bad, kau kena ikut cakap aku kalau tak nak dia disambar orang. Lagipun, aku dengar si Mirul sedang mencari yang sesuai. Lagi satu, anak Tan Sri Nazarul tu pun...boleh tahan orangnya.“usik Fikri. Sengaja dia mahu menakut-nakutkan Badrul. Sahabatnya itu hanya menjeling geram.
“Aku kena pergi sekarang. Ada appointment. Fikirkan apa yang aku cakap tadi. Anyway,aku datang ni nak ajak kau ke rumah aku sabtu ni. Ada kenduri doa selamat sikit. Kami kan baru pindah. Datang tau. Oh ya, ajak Yus sekali. Wife aku nak berkenalan dengan dia.“ pesan Fikri lagi. Badrul hanya mengangguk.


Fifi berjalan sendirian menuju ke kafe. Lapar pula perutnya setelah penat berjoging. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya tatkala bertembung dengan beberapa orang penghuni kolej yang dia kenali.
Sampai di kafe, suasana agak lengang. Maklumlah, cuti hujung minggu begini, ramai yang mengambil kesempatan untuk ’oversleep’. Aku pun biasa juga ambil kesempatan tu. Tapi entah angin apa yang merasuk aku lepas subuh tadi. Tiba-tiba aje rasa nak berjoging. Fifi tersenyum sendiri.
Setelah membeli sandwich dan air milo, melilau matanya mencari port yang sesuai untuk dia melayan diri. Senyumannya tiba-tiba mati apabila terpandangkan seraut wajah yang sedang merenung tajam ke arahnya. Fifi gugup.
Lelaki itu tersenyum ke arahnya. Fifi gementar. Nak balas ke? Eh, tapi betul ke apa yang aku lihat ni? Takkan dia ada kat sini. Kan dia dah balik JB. Argh...apalah aku ni! pagi-pagi buta dan termimpikan dia. Merepek aje! Gumam Fifi sendirian. Dia terus melangkah.
Fifi duduk. Setelah membaca doa makan dan basmallah, dia menghirup milo panas perlahan. Lega rasanya... Dicapai sandwich lalu disuakan ke mulut. Belum pun sempat dia menggigit sandwich itu, seorang lelaki tiba-tiba menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengannya. Fifi menoleh.
Zup! Melucup laju panahan matanya terus ke hati. Jantungnya berdebar hebat. Dia cuba untuk berlagak selamba. Terus dia mengunyah sandwich itu tadi.
“Hai,Fifi. Kenapa Abang Midi panggil tadi tak layan?“
Fifi tersenyum kelat. “Ingat…saya sedang bermimpi tadi. Sebab tu saya… Err…”
Hamidi tersenyum kecil. “Kalau betul Fifi bermimpi, bertuahnya Abang Midi dapat masuk sekali dalam mimpi tu.”usik lelaki itu. Fifi tertawa kecil.
“Err…Yus mana?”soal lelaki itu.
Fifi terkedu. Sekali lagi dia mencari Yus? Kenapa? Mereka berdua ada apa-apakah? Fifi cemburu tiba-tiba.
Hamidi melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Fifi. Tersedar Fifi dari lamunannya tadi.
“Oh...err...ya,Yus...“ Fifi berfikir seketika. Yus kat mana,ya. “Eh,lupa pula. Yus ada dalam bilik. Dia tidur. Kesian dia. Ada hal malam tadi. Pukul dua pagi baru dia balik.“ Fifi merasakan dirinya sudah tidak betul. Yusliza di dalam bilik pun, dia lupa. Dia mempercepatkan kunyahannya.
Hamidi geli hati melihat kekalutan gadis di hadapannya itu. Namun, dia hairan. Kenapa Yusliza pulang jam dua pagi? Sedangkan ketika mereka bertemu semalam lebih kurang jam... sembilan lebih. Apa yang berlaku? Fikirnya sendirian.
“Okeylah, saya pergi dulu.“ Fifi meminta diri lalu bangun. Hamidi terkejut.
“Eh…eh…nanti dulu.”
Belum sempat Fifi melangkah, Hamidi menahannya lalu mengisyaratkan duduk kepada gadis itu. Fifi yang keresahan hanya menurut. Dia nak apa pula ni? Dahlah pagi-pagi buta datang sini. Err...pagi buta?
“Dah lama kita tak jumpa,kan?“ Hamidi memulakan bicara. Terasa sedikit kekok untuk berbicara dengan Fifi.
“Emm. Last masa Abang Midi konvo.” Fifi bersetuju. Dia tanya, aku jawab. Dia diam, aku diam. Tapi kalau dia diam,aku diam, buat apa aku duduk kat sini lagi? Ha...tengok muka dia puas-puas. Mungkin, lepas ni dah tak jumpa lagi.
“Yus...ada tak sampaikan pesanan Abang Midi untuk Fifi?“ suara hamidi memecahkan lamunan Fifi yang entah apa-apa tadi. Fifi kembali fokus kepada pertanyaan lelaki itu.
“Pesanan? Pesanan apa?“soal Fifi hairan. Dia cuba mengingati kembali, kalau-kalau Yusliza ada menyampaikan pesanan lelaki itu kepadanya. Kalau ada, bila Yusliza menyampaikan kepadanya. Tapi…eh, tapi ada ke? Fifi menggaru dahinya. ‘Pesanan apa ni?’bisiknya perlahan.
Hamidi terdengar. Dia merenung wajah gadis di sebelahnya. “Pesanan yang… I love you.” selamba Hamidi menuturkannya.
Fifi tercengang. Biar betul mamat ni. Dia sukakan aku? Benarkah? Tapi cara dia bercakap tadi,selamba aje. Dia ni bergurau dengan aku ke? Sengaja nak usik aku!


“Hai,Yus.”tegur Hakim riang. Yusliza menoleh. Dia membalas senyuman Hakim walaupun terasa hambar.
“Kenapa ni? Macam mengantuk aje. Mana Ijah? Eh,mana Fifi?“ Hakim membetulkan pertanyaannya.
Berkerut dahi Yusliza mendengarnya. Macam mana pula nama Khadijah boleh terkeluar ni? “Aku tak cukup tidur. Mengantuk lagi ni. Fifi pula, tak tahulah aku. Masa aku bangun tadi, dia dah bersiap. Bila aku tanya, nak keluar date katanya. Kenapa?”
“Saja tanya. Aku tengok kau sorang aje.”
Yusliza tersenyum lagi. “Bukannya perkara luar biasa. Itupun kau pelik ke?“ soal Yusliza. Hakim tersengih. “Ni...tadi, kenapa kau tiba-tiba tersasul nama Ijah?“
Hakim berdebar. Berpeluh dahinya mencari alasan. Alamak...aku ingat dia tak tanya. “Err...tak adalah. Sebenarnya, aku tengah cari dia tadi. Fasal nak kemas surau. Dia ada tanya aku tadi. Tapi sekarang, dia pula hilang.“jelas Hakim. Fuh...lega. Nasib baik aku teringat pertemuan tengah hari tadi.
“Kau nak ke mana ni?“
Yusliza mengangguk. “Ke kedai kejap. Tengah study tadi,mengantuk pula.“ balas Yusliza sambil menguap. Segera dia menutup mulutnya.
“Hisy…tak senonohlah kau ni!”marah Hakim. Yusliza tersengih-sengih. “Yus, malam ni study sama. Aku ada ajak Mei Lin sekali. Study sorang, aku rasa nak tidur aje.”
Mata Yusliza cerah kembali. “Eh,okey juga. Aku nak. Malam nanti lepas Isyak.”
“Okey,set. Eh,aku pergi dululah. Ada kerja ni.” Hakim meminta diri. Yusliza turut meneruskan arah tujunya tadi.