Tuesday, July 5, 2011

Cukuplah Sekali 3

“Good morning, Azi. Kau buat apa tu?“tegur Sufi yang baru turun. Dia mendekati sahabatnya yang sedang duduk di sofa sambil merenung sesuatu.
“Azi?“panggil Sufi lagi apabila melihat Azi terus tertunduk. Azi mengangkat wajahnya. Sufi terkedu melihat wajah sedih Azi.


Anak-anak ibu yang amat ibu sayangi...
Semoga kalian sihat selalu


“ Aku rindukan mereka, Sufi. Rindu sangat-sangat. Aku gagal menjadi ibu yang baik, Sufi. Aku...“luah Azi. Segera Sufi menarik Azi ke dalam dakapannya.
“Syhh... Kau dah cuba yang terbaik,Azi. Jangan salahkan diri sendiri lagi.“ Sufi turut bersedih mendengar luahan itu.


“Macam mana kau jaga anak aku,hah? Budak seorang pun tak boleh nak jaga ke? Sekarang ni mana nak cari? Tak guna betul!“tengking Zarif. Malu? Ya, Azi terasa sungguh malu. Dia ditengking di khalayak ramai. Semua orang yang lalu-lalang tertoleh-toleh ke arah mereka. Di depan Luqman. Terluka? Ah, mungkin sudah hancur hati ini. Aku tak guna? Mungkin...
“Papa?“tegur satu suara. Zarif dan Azi menoleh.“Kenapa marah mak cik?“
“Mana Asilah pergi? Puas papa cari.“
“Asilah pergi kedai buku tu. Kan Asilah dah beritahu papa tadi.” nah, amik kau. Siapa yang tak berguna sekarang? Zarif tergamam. Dia memandang Azi yang berlagak seperti tiada apa.“Kenapa marah mak cik?“
“Tak ada apa,sayang. Jom.“
“Err...mak cik, boleh teman Asilah?“
“Nak ke mana?“
Asilah terus menarik tangan Azi. Zarif hanya memandang kedua-duanya berlalu pergi. Seorang anak kesayangannya. Seorang lagi isteri...

****************************

Perniagaan Suliraz Cake agak sibuk hari ini. Banyak tempahan dan perghantaran yang perlu dilakukan. Yuli dan Humaira turut sama turun padang. Mujurlah hari ini cuti. Dapat juga mereka membantu Sufi.
“Azi, teman aku pergi rumah Datin Munirah. Nak hantar kek ni.“ajak Sufi. Azi memandang sekilas jam tangannya. Dia tersenyum.
“Okey. Tapi kita singgah satu tempat dulu,ya. Nak ambil anak-anak aku. Ni pun aku dah lewat jemput diaorang.”balas Azi sambil bersiap-sedia untuk bergerak. Sufi hanya mengangguk perlahan.
Suasana sepi. Sufi tidak bersuara. Entah kenapa agaknya. “Kau okey, Sufi? Senyap aje.“
“Johan ajak aku serius dengan hubungan kami.“
“That’s good. So, apa lagi? aku tengok dia baik aje dengan kau.“
“Tapi Izham ajak aku kahwin.“tambah Sufi lagi. Azi tergamam. Wow...hebat sungguh Sufi ni. Dua-dua mahukan dia. Johan dan Izham. Teman seuniversiti Sufi. Dua-dua kacak dan baik. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Pilihan di tangan kau. Kalau kau rasa Johan lebih sesuai, pilih dia. Kalau tidak, pilih Izham. Kalau dua-dua tak sesuai, cari aje yang lain.“
“Aku takut...“jujur Sufi berkata. Azi sudah ketawa.
“Kau takut apa, Sufi? Cuba cerita pada aku.“
Sufi memandang Azi yang sedang memandu. Sayu pandangannya. “Kau dengan Zarif…Apa kau rasa bila dia ada di sisi kau?“
Azi gugup seketika. Soalan apakah ini? “Err...aku...aku... rasa selamat bila dia ada di sisi aku.“
Sufi tersenyum kecil. Dia memandang semula ke hadapan. “Masa ayah kau nak kahwinkan kau dengan dia, pilihan masih ada di tangan kau,kan?”soal Sufi. Melihat anggukan daripada Azi, Sufi meneruskan pertanyaannya. “Sekarang, pilihan masih di tangan kau,ke? Atau...kau sudah tiada pilihan?“
Tersentap Azi mendengarnya. “Wait. Apa maksud kau ni, Sufi? Apa kena mengena pilihan kau dengan aku? Kau nak suruh aku pilihkan untuk kau ke? Antara Izham dan Johan?“
Sufi menggeleng perlahan. Dia menoleh ke kiri. Melemparkan pandangan ke luar. Azi membelok ke kiri. Dia perlu menjemput Asilah dan Luqman yang berada di rumah sepupu Zarif. Minggu lepas lagi mereka sudah berjanji untuk bermain bersama dua pupu mereka di rumah Kak Salbiah. Pandai pula budak-budak ni berjanji.
“Aku tak faham dengan kau. Boleh, kau diam membisu depan Zarif bila dia marah kau di tempat awam? Kenapa kau tak pergi dari situ, macam yang kau selalu buat pada aku? Kenapa Azi? Kau dah tiada pilihan?“
Azi tergamam. Dia memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah Salbiah. “Kau...“
“Aku nampak semuanya,Azi. Aku ada di sana. Aku ingat, nak tegur kau. Tapi masa tu...“tidak dapat Sufi meluahkan kata-katanya. Terasa sakit di hatinya melihat Azi dilayan sebegitu. Bertambah sakit hati melihat Azi hanya berdiam diri.
“Macam tu ke kau kata selamat, Azi? Selama ni, dia layan kau begitu? Kenapa perkataan ’tak guna’ tu dianugerahkan kepada kau selepas kau sanggup berkorban, berhenti kerja sebab dia dan anak-anak dia?“
Bergenang airmata Azi mendengarnya. Tidak tahu berkata apa, Azi segera keluar dari keretanya.
“Ibu...“jerit Luqman lalu memeluk Azi. Dicium pipi wanita itu bertalu-talu. Asilah di sebelahnya sudah masam. Pasti marah kerana lewat menjemput mereka.
“Kenapa lambat? Kata pukul 2. Ni dah 2.30. Kenapa tak jemput pukul 3 ke, 4 ke...“sinis Salbiah bertanya. Azi hanya tersenyum kecil.
“Maaf,kak. Saya ada hal tadi. Maaf ya sebab dah menyusahkan akak sekeluarga.”ujar Azi. Selepas dia dan anak-anaknya bersalaman dengan Salbiah, mereka bertolak ke rumah Datin Munirah pula.
“Asilah, I’m sorry. Mak cik bukan sengaja. Ada kerja tadi. Nanti Mak cik belanja Asilah dengan Luqman,ya.”pujuk Azi. Luqman sudah riang sambil bertepuk tangan. Asilah pula masih lagi melayan rajuknya.
“Asilah…”
“Mak cik tahu tak, Auntie Sal marah-marah kitaorang? Dia cakap mak cik tak guna, tak macam mama. Kalau mama, mesti dia jemput awal.”ujar Asilah.
Pedih. Ya, itulah yang Azi rasa saat ini. Anak kecil itu membandingkan dirinya dengan mamanya. Sufi turut tersentap mendengarnya. Kalau ikutkan rasa hati, mahu saja ditamparnya budak itu. Tapi bila difikirkan semula, budak. Manalah diaorang fikir sebelum bercakap.
“Asilah, ibu tak salah. Aunt Sufi yang salah. Suruh ibu buat macam-macam. Sorry,okey. Nanti, Auntie Sufi belanja kek special untuk Asilah dan Luqman,ya.” Giliran Safi memujuk. Dia tahu, Azi sudah diam kerana sedang menahan perasaan sedihnya.
Kedua-duanya sudah melonjak kegirangan. Kek adalah salah satu makanan kegemaran mereka.
“Mak cik, sorry. Asilah marah mak cik. Asilah geram sangat tadi.”ujar Asilah. Azi hanya mengangguk. Maaf?

****************************

“Apalah yang dimenungkan tu? Rindu kat cik abang ke?“tegur Azi sambil menarik kerusi lalu duduk di sebelah Sufi. Sufi hanya tersenyum tawar.
“Tak ada apa. Saja termunung. Dah lama tak buat kerja ni.“balas Sufi.
“Oh...ingat kenapa tadi. Mana si Yuli dan Maira ni? Tak nampak pun. .“mata Azi terus meninjau keluar kalau-kalau ada ternampak kehadiran Yuli dan Humaira
“Yuli aku dah berhentikan dia buat sementara waktu. Dia tu kalau ada kat sini bukannya reti nak duduk diam. Dah la tengah sarat. Kau pula membebel aje suruh dia rehat. Naik pening aku.“jawab Sufi. Azi hanya tersengih. Jauh di sudut hati, dia mengiakan kata-kata Sufi itu.
“Maira pula, aku pun tak tahulah. Dia tu nak kahwin dengan Zik ke tidak? Kalau nak, layan Zik tu betul-betul. Kalau tak nak, cakap baik-baik. Ini tidak. Seorang ke sana, seorang ke sini. Sudahnya, aku ni yang selalu jadi ’buruan’ Zikri, bertanya perihal Maira. Aku ni bukannya 24 jam jaga si Maira tu. Dah beritahu banyak kali pun tak reti bahasa budak Zikri tu.“bebel Sufi panjang lebar. Azi hanya tersenyum mendengarnya. Kenapalah kau layan Zikri sebegitu, Maira?
“Err...Sufi, kalau aku cakap sesuatu, kau jangan marah,ya.“ujar Azi takut-takut. Sufi yang sedang memejam mata terangguk-angguk.
“Emm...Yuli datang tu. Ceria aje dia. Nampak semangat aje nak buat kerja. Zikri pun ada tu. Tapi...Maira tak ada.“
Terbeliak mata Sufi mendengarnya. Kelihatan ceria Yuli menegur pekerja kedai mereka. Zikri pula terus mendekati Sufi. Azi hanya tersenyum tawar.
“Sufi, Maira ada?“
Sekali lagi ketawa Azi lepas. Zikri hanya memandang pelik. Sufi memerhatikan tawa itu. Sudah lama Azi tidak tersenyum dan ketawa seperti itu. Entah apa yang berlaku pada hari itu. Sehingga sahabatnya betul-betul nekad kali ini.

****************************

Tidak sampai seminit, talian diputuskan. Sufi hairan. Takkan sekejap sangat. Dan…kenapa air muka Azi berubah? “Siapa,Azi?“
“Zarif.“pendek jawapan Azi. Dia tenang memandu. Terngiang-ngiang lagi suara lelaki itu di hujung talian tadi.
”Balik sekarang!”. Ya, hanya itu yang lelaki itu perkatakan. Dengan suaranya yang kelihatan sungguh marah.
“Papa marah mak cik lagi,ke?“soal Asilah. Tersentak Sufi mendengarnya. Sudah banyak kalikah Azi dimarahi oleh suaminya?
Azi menggeleng. Dia melemparkan senyuman kepada anak kecil itu. “Tidaklah, sayang. Papa tanya, ke mana anak-anaknya yang comel ni merayap. Dah petang tak balik-balik lagi.”
“Papa ni…Asilah kan keluar dengan Mak cik. Nak takut apa. Hisy...“ rungut Asilah. Azi hanya tersenyum kecil.
Setelah menghantar Sufi ke kedai, Azi memandu pulang ke rumah. Sampai di rumah, Zarif sudah duduk di buaian yang terdapat di laman rumah. Dua beradik itu meluru keluar dari kereta mendapatkan papanya. Setelah puas melepaskan rindu, Asilah dan Luqman naik ke bilik untuk mandi.
“Kau pergi mana,hah? Kak Sal telefon aku, kau lambat jemput budak. Ni dah pukul 6 lebih, baru sampai rumah. Sibuk sangat ke kat kedai tu? Berhenti ajelah kerja tu. Berapa sangat kau dapat kerja kat situ. Jaga rumah, jaga anak-anak. Kan aku dah cakap dulu. Aku nak, kau jaga anak-anak aku sepertimana ibu mereka jaga mereka dulu.“marah Zarif panjang lebar. Terkedu Azi mendengarnya. Kau? Aku?
“Saya...“
“Ah, sudah! Kalau kau buat lagi, nahas kau. Malam ni parents aku nak datang.“beritahu Zarif lalu pergi meninggalkan Azi terkulat-kulat di ruang tamu rumah. Azi menangis di situ.
Malam itu, Asilah dan Luqman seronok bergurau-senda dengan datuk dan neneknya. Tambahan pula, Pak usunya turut hadir bersama."Kak, Zahir tengok akak ni macam makin kurus aje.“tegur Zahir lalu leka bermain teka-teki dengan Asilah.
Azi hanya tersenyum tawar mendengarnya. Tidak sedar dirirnya diperhatikan oleh tiga pasang mata yang lain.
“Umi pun perasan, Azi. Kau tak sihat ke?“soal Sarimah. Ditoleh ke arah anak sulungnya. “Zarif, kau tak bagi dia makan ke?“
Zahir ketawa geli hati. Zarif menjeling adiknya tajam. “Mana ada,umi. Zarif bagi makanlah. Azi tu yang kurang selera sejak kebelakangan ni.“
“Abang Zarif dah sediakan secukupnya,umi.“ringkas Azi bersuara. ’Tapi dia dah bunuh hati saya. Saya dah terlalu terluka.’bisik hati kecilnya.
“Berisi kot kamu ni Azi. Tu yang kurang selera makan. Kalau tak sihat, pergi check.“pesan ibu mertuanya. Azi hanya mengangguk faham. Dia menuju ke dapur untuk menyediakan minuman panas.
“Nek, tadi, Asilah dan Luqman ikut mak cik dengan Aunt Sufi pergi rumah Aunt Mun. Abang Rizal pun ada.“riuh mulut Asilah bercerita.
“Iya? Buat apa kat sana?“
“Nak hantar kek. Tapi Aunt Mun ajak masuk pula. Kami pun masuklah. Seronok,nek...dapat main dengan cucu Aunt Mun kat sana. Sampaikan mak cik ajak balik pun, Asilah dan adik tak nak.“sengih Asilah. Zarif yang turut ada bersama terkedu mendengarnya. Jadi, mereka di rumah Aunt Mun? Dan...bukan di kedai?

p/s-gmbr2 trsebut, hanya rekaan shj...

4 comments:

Unknown said...

Azi banyak2 bersabr ye,. .
..
Next n3 please! =)

Anonymous said...

x berhati perut langsung lah si Zarif ni!!
Kot iya pun mau marah2 tpi jgn di dpn orang ramai

Meera said...

Saya suke gambar2 nya,. .
Muslim and cute!

Anonymous said...

Luqman panggil azi dgn sebutan Ibu,
knape asila dgn sebutan Makcik..?