Monday, September 7, 2009

Diri Anda Tiada Duanya, Tiada Tiganya - Dr H.M.Tuah Iskandar

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia??

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Ku Terima Seadanya 1

Sahabat,
Dalam kabut,
ku tercari-cari cahaya.
Akhirnya,
Ku temui sinar ceria,
di raut wajahmu.
Andainya alam ini mampu berkata-kata,
Pastilah pujian buat dirimu.
Pada waktu itu,
Akulah yang bertuah,
Punya sahabat sepertimu.

Sahabat,
Kau bimbinglah aku menuju ILLAHI.
Sahabat,
Aku ingin sepertimu,
Dalam ketenangan,
Menghadapi hidup ini.

Sahabat,
Aku bersyukur mengenalimu.
Ku harap,
Moga kita kan bersama,
Mengharungi segala suka dan duka.

Moga kejayaan milik kita.
Agar hidup menuju mulia.

Ku Terima Seadanya 1

Cuaca panas hari ini. Yusliza resah di bawah sebatang pohon. Sudahlah panas, lama pula tu. Kalau tidak kerana orang yang ditunggunya itu adalah teman sebiliknya, tidak mahu dia terus tercegat di situ.
“Err…kak, toilet kat mana?” tegur seorang lelaki. Yusliza menoleh. Dia semakin berang. Ewah..sedap aje panggil orang kakak. Apa, nampak tua sangat ke aku ni? rungutnya sendirian. Dia perhatikan lelaki itu dalam-dalam.
“Assalamualaikum, pak cik. Maaf, saya tak tahu toilet di mana. Saya student baru kat sini” jawab Yusliza penuh sopan. Lelaki itu malu sendiri. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Ma…maaf. Saya ingat awak ni akak senior. Tak apalah, saya pergi dulu. Thanks.” Lelaki itu terus pergi. Yusliza hanya menggelengkan kepala.
Sepuluh minit telah berlalu. Kelibat teman sebiliknya tidak juga kelihatan.
Hisy...dia ni pergi tandas ke,buat tandas?rungutnya lagi. Hai,dah berapa kali la dia merungut di bawah pokok ni? Yusliza nekad. Dia melangkah untuk mencari rakannya. Belum sempat dia mencapai tombol pintu, tiba-tiba seseorang menolak pintu itu dari dalam. Sakit dahi Yusliza akibat terhantuk pada pintu tersebut. Dia merungut kesakitan.
“Sorry...sorry,saya tak sengaja. Awak okey ke?”soal lelaki itu cemas. Yusliza mendongak melihat siapakah gerangan yang menyebabkan dahinya sakit. “La…awak rupanya. Saya minta maaf. Apa awak buat kat sini?” soal lelaki itu.
“Takkan saya berdiri kat pintu ni,tilik pintu ni. Mestilah saya nak masuk. Maaf je dari tadi. Kalau boleh saman ni, saya mintak ganti rugi satu juta“ marah Yusliza. Lelaki itu hanya tersenyum melihat kemarahan gadis di hadapannya. Kasihan pun ada apabila melihat gadis itu menggosok-gosok dahinya. “ Ni apa senyum sorang-sorang? Gila? Ke…tengah sindir saya dalam hati tu?“ Yusliza menjeling.
Terhambur ketawa lelaki itu. Yusliza hanya memandang pelik. Asal mamat ni tiba-tiba ketawa pula? Memang dia ni gila ke? “ Apa, ingat saya gila ke?” tegur lelaki itu apabila melihat gadis di hadapannya memandangnya dengan penuh kepelikkan. “Anyway, saya Hakim. First year student of Architecture. Awak?”
Yusliza tersenyum. “Samalah kita. Saya Yusliza. Panggil Yus je. Kenapa saya tak pernah nampak awak sebelum ni?“ soal Yusliza ramah. Hakim pelik. Tadi bukan main garang. Ni dah okey pula. Pelik betul perempuan ni.
“Saya masuk lewat. Baru semalam daftar. Ada problem sikit. Awak tunggu siapa ni?” Hakim mula menyenangi gadis itu.
Yusliza tarik muka masam. Geram dia dibuatnya. “Saya tunggu...“ Perbualan mereka terhenti apabila satu suara memanggilnya. Yusliza dan Hakim menoleh serentak. “Wei,apasal lama sangat? Penat aku tunggu.“ marah Yusliza.
Fifi terkocoh- kocoh berlari anak menuju ke arah Yusliza.“Kau simpan dulu marah kau tu. Kau bawa minyak angin tak? Aku nak. Sakit sangat perut ni.“ pinta Fifi.Yusliza menggeleng lantas menghulurkan minyak angin kepada Fifi. Sekejap sahaja, gadis itu kembali hilang dari pandangan mereka. Hakim hanya memerhati. Memang eloklah dua makhluk ni berkawan. Seorang mudah naik angin, seorang lagi pandai menjawab.
“Kim,aku ingat kau tak jumpa tandas tadi. Lama aku tunggu.“ Belum sempat Yusliza menyambung kata-katanya, satu suara menegur Hakim. Hakim hanya tersengih mendengarnya.
“Sorry la,aku baru berkenalan dengan seorang classmate kita ni. By the way, kenalkan,roomate saya, Zaidi. Adi, ni Yus.“ ujar Hakim. Yusliza dan Zaidi hanya berbalas senyuman.
“Actually,saya dah kenal Adi ni. Maklumlah, sama-sama kena denda sebab turun lewat masa orientasi. Tapi tak perasan pula satu course.” Yusliza terkenang kembali saat-saat menjalani minggu orientasi seminggu yang lalu. Kerana terlalu penat, dia,Fifi dan Yati tidak menyedari bahawa waktu berlatih sorakan sudah bermula.Mereka hanya tersedar apabila terdengar suara senior memanggil sambil mengetuk pintu. Kelam-kabut mereka bangkit lalu bersiap. Sampai sahaja di dalam dewan, mereka dikenakan denda yang memalukan. Berdiri di atas pentas sambil memeluk selimut dan bantal. Hanya mereka berempat. Yusliza, Fifi, Yati dan Zaidi. Sempat lagi Fifi dan Zaidi ber’debat’ di atas pentas. Mujurlah hanya mereka berempat yang mendengar. Kalau senior tahu, pasti denda yang lebih teruk akan dikenakan.
“Wei budak air liur basi, apa kau buat kat sini?”sergah Fifi. Hilang segala lamunan tadi. Fifi semakin menghampiri mereka.
Zaidi terkejut.”Eh,kau bantal busuk. Mana bantal busuk kau?“ Zaidi gelak. Hakim seperti biasa,terpinga-pinga. Yusliza membisikkan sesuatu ke telinga Hakim. Lelaki itu mengangguk faham.
“ Ni, roommate aku,Fifi.”Yusliza memperkenalkan Fifi kepada Hakim dan Zaidi. Fifi membalas senyuman Hakim. Namun,senyuman Zaidi dibalas dengan jelingan. Zaidi pula terus mengusik.Yusliza hanya mengeluh perlahan melihat karenah mereka berdua.
“Hai kawan-kawan.”tegur seorang gadis. Mereka berempat berpaling. Kelihatan seorang gadis ayu bertudung dan berbaju kurung. Siapa dia? Masing-masing tidak mengenali gadis itu. “Err..korang semua.. Architecture,kan?” gugup gadis itu bersuara.mereka berempat saling berpandangan. Kemudian, mengangguk perlahan.
“Great,hai,I’m Wanda.from Kelantan.”hanya Yusliza dan Fifi yang menyambut huluran salam Wanda. Mereka memperkenalkan diri masing-masing.
“Aku baru daftar hari ni. Saja je daftar lewat. Malas la nak join orientasi. Penat. Buang tenaga aje.“ Ulas Wanda tanpa ditanya.
“Oh,ye ke?” mencebik Fifi mendengarnya. Berlagak betul minah ni. meluat aku tengok. Kutuknya di dalam hati.
“Tadi aku dah daftar kat kolej. Bilik korang nombor berapa? Bilik aku B410“ katanya lagi. Yusliza dan Fifi berpandangan.“What?“ serentak mreka bersuara.
Begitulah bermulanya perkenalan diantara Yusliza, Fifi Wahidah, Zaidi, Muhammad Hakim, dan Nur Wanda.

Fifi, Hakim dan Zaidi berjalan beriringan menuju ke kolej. Mereka baru sahaja pulang dari pasar malam. Riuh mulut mereka bercerita itu ini. Yusliza yang menyusuri di belakang hanya tersenyum mendengarnya. Yusliza memang begitu. Dia seorang yang pendiam dan penuh rahsia. Adakalanya, pelajar lain menganggapnya seorang yang sombong.
“ Yus,aku tak puas hati la dengan minah gedik tu.“rungut Fifi tiba-tiba. Berkerut dahi hakim dan Zaidi mendengarnya. “ kau tau tak,dia nak pinjam baju aku, aku bagilah. Lepas tu,boleh dia kata macam-macam. Itulah, inilah, nak pakai cakap ajelah. Tak payah nak kutuk-kutuk baju aku!“ bentak Fifi melepaskan geramnya.
“Lain kali, kalau dia nak pinjam baju kau, cakap je yang baju kau semuanya tak mengikut citarasa dia. Semuanya saiz kecil. Tak sama dengan saiz baju dia yang bersaiz ‘besar’ tu.”perli Yusliza. Dia turut geram mendengarnya. Kalaulah negara ini tiada undang-undang, dah lama dicekik-cekik si Wanda itu. “Kalau apa-apa hal terjadi pada dia, jangan mak bapak dia salahkan aku,sudah. Memang cari nahas kalau aku dilibatkan bersama.“ sambung Yusliza lagi.
“hisy...korang ni. Sampai ke situ pula. Dah,jom makan.”sampuk Zaidi. Mereka berempat terus menuju ke kafe.

“Yus, kau percaya tak yang aku tak suka kat kau.”soal Zaidi tiba-tiba. Fifi menampar kuat bahu Zaidi. Lelaki itu tetap selamba. Hakim sudah tersenyum-senyum melihat tingkah mereka berdua. Yusliza tetap membisu. Kalau dulu, dia akan melenting. Tapi sekarang, dia sudah biasa.
“Hoi Yus,aku cakap dengan kau ni“sergah Zaidi. Bengang dia melihat sikap selamba Yusliza.
“Apa dia...?“
“Kau percaya tak yang aku tak suka kau?“soalnya lagi.
“Em...aku percaya. Mana ada orang yang suka kat aku yang sombong lagi hodoh ni.“Yusliza merendah diri. Tangannya terus ligat menyalin semula nota-nota kuliah tadi. Apalah yang aku tulis masa kuliah tadi. Berserabut betul!. Marahnya sendirian.
“Ala…jangan cakap macam tu. Aku bukan apa. Aku cuma tak suka sikap kau yang pendiam tu. Aku ni jenis yang happy go lucky. Kecohlah sikit macam si Fifi ni. Baru la aku rasa selesa nak join kau. Kau diam macam ni,buat aku gerun nak dekat dengan kau.“luah Zaidi. Terhambur ketawa dari Yusliza.
“kau ni buat lawak la. Kau nak cakap,cakap je la. Apa, kau ingat aku ni makan orang? Fifi,aku nak ke toilet kejap. Zaidi,aku tetap aku. Kalau kau nak tahu macam mana aku sebenarnya, sama-samalah kita saling mengenali diri dengan lebih dalam. InsyaALLAH, kau akan sentiasa selesa dengan aku.“ Yusliza berlalu meninggalkan mereka bertiga seketika.
“Wei,asal kau cakap macam tu? Kalau kau nak tahu, mulut dia tu lagi bising daripada kitaorang tau. Si Wanda tu, dah berapa kali kena sembur dengan dia.“ujar Fifi. Termenung Zaidi mendengarnya. Betul ke?
“Fifi,kau nampak Yus tak?“tegur Yati, seorang lagi teman sebilik mereka. Yati menghampiri mereka lalu duduk di sebelah Hakim. Kuaci di tangan Zaidi dirampasnya.
“wei, tak malu ke?“marah Zaidi. Yati hanya menjelir lidah lalu makan kuaci yang dirampasnya tadi.
Fifi hanya menggeleng. “Yus pergi toilet. Apa hal kau cari dia ni?“
“Aku nak pinjam kalkulator. Aku lupa mana aku letak. Kau ada bawa tak,Fi?“tanya Yati. Fifi menggeleng lagi. Yati memang selalu lupa. Entah apalah yang selalu diingatnya. Fifi menyelup begnya. Dihulurkan kalkulatornya kepada Yati.
“Yes,thanks Fi. Nanti aku pulangkan balik. Bye.” Yati berlalu meninggalkan mereka. Sempat lagi dia menampar kuat bahu Zaidi. Sajalah tu nak cari gaduh. Geram lelaki itu dibuatnya.
“Hai guys. How are you?” Wanda bersuara manja. Meluat Fifi mendengarnya. Kalaulah ditangannya ada cili sekarang ni, mahu saja dicili mulut gadis itu.
“Sepatutnya kitaorang yang tanya soalan itu pada kau.”balas Fifi. Dia mendongak. Terbeliak matanya melihat penampilan Wanda hari ini. Hakim sudah tertunduk. Malu Fifi dibuatnya. Orang lain yang pakai,orang lain yang terasa malunya.
“Wanda,baik kau balik tukar pakaian tu. Tak elok tahu tak! Hodoh. Tak malu ke?”tegas Fifi. Wanda menahan malu. Mahu tak malu. Dia ditegur di hadapan dua orang lelaki.
“Ala...bukan seksi sangat. Eleh...Hakim,buat-buat tak biasa pulak. Hari-hari si Yus tu tak bertudung.nampak juga auratnya.tak pula kau tunduk.”Wanda mencebik melihat tingkah Hakim.
“Tak seksi kepala otak kau! Skirt atas lutut,terbelah pula tu. Bersinglet, apa,kat kedai dah tak ada baju lain? Sebelum aku koyak-rabak pakaian kau kat sini, baik kau blah. Blah sekarang!”tengking Fifi. Tahap kemarahannya sudah mencapai ke tahap kritikal. Dia segan dengan Hakim yang terkenal sebagai pak bilal di kolej. Malu dengan Zaidi yang selamba dan gila-gila,namun lelaki itu sebenarnya cukup menghormati kaum hawa.
Wanda menghentak-hentak kakinya.”Yelah,yang tak baik semuanya aku.yang hodoh,yang buruk, semua aku. Hisy…kalau Yus tak apa”
“Ni kenapa tiba-tiba libatkan aku? Kau apa hal? Apa masalah kau dengan aku?”marah Yusliza apabila terdengar Wanda merungut tentangnya. Wanda hanya menjeling lalu beredar dari situ. Wanda tahu,kalau dengan Yusliza, diakhirnya nanti pasti dia disindir habis-habisan oleh gadis itu.
Hakim tergelak melihat muka bengang Wanda.“Husy...garangnya kau ni Yus. Takut aku. Tapi jangan macam ni selalu.kesian kat anak-anak kita nanti.“
Yusliza mengecilkan matanya memandang Hakim.“banyaklah kau! Anak-anak kita konon. Tak nak aku kahwin dengan kau. Ni baru sikit tau. So, jangan nak buat perangai dengan aku. Kalau tak nak menangis, duduk diam-diam.“amaran daripada Yusliza. Fifi dan Zaidi hanya tersenyum.
Yusliza mengemas barang-barangnya.“Jom blah. Lepas zuhor nanti aku ada meeting dengan Abang Midi pasal pameran tu“

Yusliza meletakkan sesuatu di atas meja Wanda. Gadis yang sedang leka membelek kukunya itu terpinga-pinga.“Nah,Yazid kirim suruh aku bagi pada kau. Lagi satu,dia kirim salam.“ Ujar Yusliza. Segera dia menuju semula ke meja belajarnya. Meneruskan latihan-latihan yang belum disiapkan.Wanda merenung hadiah tersebut. Kemudian, dia bangun lalu meninggalkan bilik.
“Woi Fifi,handphone kau bunyi tu.Angkatlah. Aku nak tidur pun susah!“marah Yati. Dibalingnya sebiji bantal ke arah Fifi. Yusliza tersenyum. Budak dua ekor ni kalau dah tidur,liat betul nak bangun.
“Aku mengantuklah...“jawab Fifi apabila handphone sudah melekap di telinganya. “Kau suruhlah orang lain.“rungutnya lagi.
“Hisy...yelah...yelah... tunggu kejap.“ Talian dimatikan. Fifi memandang Yusliza dengan mata kuyunya. Tergelak Yusliza melihatnya.
“Yus,teman aku. Emergency case“ pinta Fifi.
“ Ha? Kenapa? Apahal?”Yusliza terkejut apabila Fifi mengatakan ada hal kecemasan.
“ Ala…mamat dua ekor tu lah. Si Hakim dan Zaidi tu. Jomlah“ Fifi bangkit menukar pakaiannya. Yusliza menuruti Fifi. Fifi menggoyang-goyangkan tubuh Yati.
“Wei kuih lapis. Jaga bilik. Aku nak keluar kejap dengan Yus“
“Hmm...“balas Yati lalu menyambung tidurnya. Yusliza mengeluh sendirian. Seorang kuih lapis, seorang minah gedik, seorang lagi Donald duck. Aku pula...? si sombong agaknya. Hai...macam-macam gelaran.

“ Itulah,orang ajak main takraw, kau main bola tampar. Sekarang padan muka. Tangan dah terseliuh.”bebel Fifi kepada Zaidi. Yusliza yang sedang mengurut tangan Zaidi hanya tersenyum mendengarnya.
“Eleh...bukan aku sengaja.memang aku main takraw. Tapi waktu tu aku tak ready lagi. Tiba-tiba bola datang. Aku try halang,tapi terseliuh pula tangan ni. Lagipun, yang kau bising-bising ni kenapa? Tengok Yus,maintain je.”jawab Zaidi.
“Boleh kau tanya aku macam tu? Tu,si Hakim call aku malam-malam,time aku tengah syok tidur, disebabkan kau. Menyusahkan aje. Aku tengah dok syok mimpi putera raja datang meminang. Tengok si Hakim tu. Bukan main sedap dia sambung tidur.“ Fifi merengus geram. Yusliza menoleh kearah Hakim. Lelaki itu sedang tidur di kerusi. Siap bawa selimut dan bantal lagi.
“Fi,kau tidurlah dulu. Nanti dah siap urut Adi aku kejut kau. Korang bising-bising ni,silap-silap satu kolej terjaga.“gurau Yusliza. Zaidi tertawa mendengarnya. Fifi hanya menjeling tajam. Perli akulah tu. Tapi okey juga. Daripada melayan si Zaidi ni. Bisik Fifi sendirian. Terus dia menuju ke sebuah kerusi lalu tertidur di situ. Tersenyum Zaidi danYusliza melihatnya.
“Sorrylah menyusahkan kau malam-malam ni.“Zaidi memulakan bicara. Yusliza tersenyum.Tangannya terus ligat mengurut tangan Zaidi.
“Taklah. Aku belum tidur pun tadi. Lagipun,kitakan kawan. Apa salahnya aku tolong kawan aku yang dalam kesakitan. Pedulikan kata-kata Fifi tu. Dia memang macam tu. Hati dia baik sebenarnya.“ucap Yusliza.
“Aku tahu. Aku tak ambil hati pun. Pandai juga kau mengurut.“puji Zaidi. Memandang tepat pada wajah Yusliza. Comel juga dia ni.Desis hatinya.
“Aku dah biasa jadi tukang urut kat rumah.”Yusliza berkata. “ How’s Anisa? Sihat?“
“She’s fine. Kau sebut nama dia ni,rindu pula aku pada buah hati aku tu“ tutur Zaidi selamba. Yusliza mencubit geram lengan lelaki itu. Gatal! Zaidi merungut kesakitan. “Anyway,aku nak balik hujung minggu ni. Jom.“pelawa Zaidi. Yusliza memandang Zaidi seketika. Kemudian, meneruskan urutannya.
“Tengoklah macam mana nanti.“jawab Yusliza. Suasana kembali sepi. Masing-masing mendiamkan diri. Zaidi hanya memerhatikan tangan Yusliza yang sedang mengurut tangannya. Tiba-tiba, matanya menangkap sesuatu.
“Stop…stop…”arah Zaidi. Yusliza menghentikan urutannya. Berkerut dahinya memandang Zaidi. Zaidi mencapai pergelangan tangan Yusliza. Yusliza hanya membiarkan. Mamat ni nak tilik nasib ke?
“Kenapa dengan tangan kau ni? Macam kena air panas je.?“tegur Zaidi. Dia terus membelek tangan gadis itu. Macam teruk aje. Bisik hatinya.
Yusliza cemas. Segera dia menarik semula tangannya lalu disorokkan kebelakang. “Err...dah siap urut. Kau berehatlah. Aku naik bilik dulu. Jumpa esok.“ Yusliza segera mendapatkan Fifi lalu mengejut rakannya itu. Mereka berdua beredar meninggalkan Zaidi dan Hakim di situ. Zaidi semakin hairan melihat perubahan Yusliza. Namun dia yakin. Suatu hari nanti, pasti dia akan mengetahuinya. Perlahan-lahan Zaidi bangun mendekati Hakim.

“Korang nak dengar cerita tak? Prof. Adam akan berkahwin dengan Prof. Rohana. Awal bulan depan“beria-ia Fifi bercerita. Yusliza dan Zaidi hanya mendengar. Tiada langsung riak teruja mereka mendengar berita itu.
“Kau baru tahu ke,Fifi?“ Hakim bertanya. Fifi memandang mereka bertiga. Satu persatu wajah dihadapannya diperhatikan.
“Korang...dah tahu lama ke?“
“Dah lama kitaorang tahu.“ucap mereka serentak.“Cuma lupa nak beritahu kau. Sorry.“sambung Zaidi. Fifi tarik muka masam. Dia sangka, dia adalah antara orang yang terawal mengetahui berita tersebut. Rupa-rupanya tidak. Tergelak mereka melihat riak wajah Fifi.
Dewan kuliah semakin lengang. Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang mula membuat perbincangan. Mereka berempat mula bangun untuk meninggalkan dewan kuliah.
“Eh...eh...korang“ tegur satu suara. Langkah mereka terhenti seketika. “Assigment tu…buat in group,kan?aku nak join korang.”pinta Wanda seakan mengarah. Yusliza malas melayan. Terus dia melangkah pergi. Hatinya masih sebal dengan sikap Wanda. Mereka baru sahaja bertengkar pagi tadi kerana Wanda meninggalkan bilik tanpa mengunci pintu. Mujur tiada apa yang hilang.
“Yus,tunggu aku.“Hakim segera menyaingi langkah Yusliza.Sejak peristiwa Wanda menyindirnya,Hakim sering mengelak daripada bercakap dengan gadis itu. Tinggal Fifi dan Zaidi di situ. Wanda masih menanti menunggu jawapan.
“Em...joinlah“jawab Fifi ringkas lalu pergi.Zaidi menuruti langkah Fifi. Wanda hanya memandang. Macam tak ikhlas aje. Tapi tak apalah, asalkan aku ada group. Gumamnya sendirian.

Sunday, September 6, 2009

ku terima seadanya 1

Sahabat,
Dalam kabut,
ku tercari-cari cahaya.
Akhirnya,
Ku temui sinar ceria,
di raut wajahmu.
Andainya alam ini mampu berkata-kata,
Pastilah pujian buat dirimu.
Pada waktu itu,
Akulah yang bertuah,
Punya sahabat sepertimu.

Sahabat,
Kau bimbinglah aku menuju ILLAHI.
Sahabat,
Aku ingin sepertimu,
Dalam ketenangan,
Menghadapi hidup ini.

Sahabat,
Aku bersyukur mengenalimu.
Ku harap,
Moga kita kan bersama,
Mengharungi segala suka dan duka.

Moga kejayaan milik kita.
Agar hidup menuju mulia.

Ku terima seadanya 1

tiada apa yg ingin diperkatakan...

cuma berharap agar segalanya diberkati...
AMIN