Thursday, July 7, 2011

Cukuplah Sekali 5

7 bulan kemudian...

Terjerit-jerit Asilah dan Luqman apabila melihat ibunya. Pipi kedua beradik itu dicium bertalu-talu. Rindu setelah seminggu tidak bertemu kerana Azi pulang ke kampung membantu keluarga menguruskan perkahwinan adik bongsunya.
“Ciuman untuk papa tak ada ke?“ tegur satu suara. Perlahan-lahan Azi menoleh. Alamak, dia ada? Tidak kerjakah hari ini? Azi memandang anak-anaknya.
“Ibu tak cakap yang ibu nak datang. Asilah…”gugup Asilah bersuara.
Azi tersenyum tawar. Salah dia juga. Kononnya nak buat surprise untuk dua beradik itu. Sekarang, dia yang terkejut beruk nampak Zarif di rumah itu. “Ibu balik dulu. Lain kali kita jumpa lagi,ya.” Azi bangun menuju ke pintu rumah. Namun, langkahnya terhenti apabila ibu mertuanya menegurnya.
“Nak ke mana tu? Baru sampai dah nak balik? Dah tak sudi nak duduk lama-lama kat rumah umi ni macam dulu?“Sarimah memandang satu-satunya menantu perempuannya.
“Bukan macam tu, umi. Azi kan bukan... err... tak manis pula kan....“
“Apa pula tak manisnya? Awak tu masih isteri saya. Dah, tak payah pergi mana-mana. Layan Asilah dan Luqman tu. Kesian mereka. Dah rindu sangat nak jumpa awak.”potong Zarif. Dia mendekati Azi lalu mencapai bungkusan di tangan wanita itu.
Cupp…Azi terkejut. Dia berdiri tegak di tengah ruang tamu itu. Dia...cium aku? Zarif pula kelihatan selamba meninggalkan anak isteri dan menuju ke dapur. Senyumannya disembunyikan melihat tindak balas Azi yang kaku berdiri di situ.
“Ibu, ibu okey tak? Kenapa diri tegak aje ni? Papa...kenapa buat ibu terkejut!“bebel Asilah. Luqman pula bercekak pinggang memandang papanya.
Sarimah yang melihat kejadian itu hanya ketawa sendiri. Semoga rumahtangga anak menantunya kembali bahagia dan kekal untuk selama-lamanya.

****************************

“Maira mana?“tanya Yuli.
“Dia tak dapat datang minggu ni. sibuk dengan kerja pejabat. Itu satu lagi. aku tak kisahlah kalau dia tak dapat tolong kat kedai. Tapi masa dengan Zikri pun dah kurang. Penat aku bersoal jawab dengan Zikri tu.“sambung Sufi.
Selesai menguruskan pelanggan yang ingin membuat bayaran di kaunter, Azi mendekati keduanya. “Kesian pula aku tengok Zikri tu. Humaira ni...aku harap dia tak sia-siakan Zikri. Kau Sufi, bila?“
“Aku...entahlah. Kau sepatutnya ajukan soalan ni pada Rizal. Bukan aku. Kalau aku ni lelaki, dah lama aku masuk meminang si Rizal tu.“marah Sufi. Yuli dan Azi tertawa mendengarnya. Bunyi macam tak sabar nak kahwin aje!
“Ibu!...“ketiga-tiganya menoleh. Terkejut Azi melihat anak-anaknya datang pada waktu ini. Kalau ada pun, mereka datang dengan Rizal. Tapi...erk? lelaki itu? Budak-budak ni datang dengan lelaki itu? Sufi, Yuli dan Azi saling berpandangan. Azi hanya menggeleng perlahan. Berharap agar sahabatnya itu tidak memikirkan yang bukan-bukan.
“Anak ibu buat apa kat sini? Nak makan kek?“
“Aunt Sufi, Aunt Yuli, bagilah ibu cuti petang ni. Asilah dengan adik nak bawa Ibu jalan-jalan. Boleh,ya?“pandai-pandai saja Asilah memohon cuti untuknya.
“Baiklah. Tapi dengan syarat, Asilah kena bawa ole-ole untuk Aunt Sufi dan Aunt Yuli. Okey?“pinta Sufi. Anak itu bersorak girang. Azi membesarkan matanya. Geram dengan Jawapan Sufi itu.
“Ibu…ibu…jomlah.”Asilah menarik-narik tangan ibunya. Zarif mendekati mereka bertiga. Tubuh Luqman didukungnya. Azi pula hanya memimpin tangan kecil Asilah. Dengan perlahan, Zarif menggenggam erat tangan isterinya. Azi terkedu.
“Kenapa kau izinkan?”
“Budak-budak tu perlukan dan papanya. Kau tak nak lihat kawan kau bahagia ke?”
“Mestilah aku nak. Tapi…”
“Itulah kebahagiaan Azi. Di sisi Zarif dan anak-anak.”
”Macam mana kau tahu? Kenapa kau terlalu yakin dengan kata-kata kau? Kau tak ingat, apa lelaki tu buat pada kawan kita tu? ”
“ Aku tahu tu. Tapi, sebagaimana aku yakin yang Azhar tetap sayang kau walaupun perangai kau tu pelik masa mengandung...“ujar Sufi. Muncung mulut Yuli mendengarnya. “Sepertimana aku yakin yang Zikri tetap setia pada Humaira walaupun dia selalu merungut tentang Humaira, seperti itu jugalah aku yakin tentang Azi dan Zarif.“jelas Sufi. Terbeliak mata Yuli mendengarnya.
“Suka hati kaulah. Bagi aku, apa yang dia dah buat pada Azi, sangat teruk. Marah Azi sebab hal yang remeh-temeh, memalukan Azi depan orang ramai, panggil Azi pun kau aku aje. Zarif kejam. Aku tak akan lupa apa yang dia dah buat pada kawan aku!“ Yuli meluahkan rasa geramnya terhadap Zarif di hadapan Sufi. Sufi hanya menggeleng. Yuli yang keras kepala!

****************************

Riuh suasana dalam kereta tadi. Becok mulut dua beradik bertanya itu ini kepada papa mereka. Azi hanya membisu. Sesekali apabila anak kecil itu bertanya, barulah dia menjawab seadanya.
“Kenapa senyap aje?“soal lelaki itu ketika Azi sedang leka melihat dua beradik itu yang sedang seronok bermain. Azi hanya menggeleng perlahan. Malas untuk berbicara lebih. Bimbang hati akan terluka lagi.
“Sayang dah bisu ke?“bisik Zarif. Azi mengerutkan dahi. Memandang lelaki itu pelik. Segera dia bergerak menjauhi Zarif. Namun, sejauh mana dia melangkah, Zarif semakin mendekat. Rapat.
“Awak ni kenapa? Tak sihat...ke...dah buang tebiat ke?“marah Azi perlahan. Dia duduk di bangku kosong yang terdapat di situ. Zarif tetap mengekori. Malas Azi mahu melayan. Dibiarkan saja lelaki itu. Masing-masing menyepi.
“Dalam sangat ke luka yang saya dah buat di hati awak?”mendatar suara lelaki itu. Azi menoleh ke arah Zarif. Lelaki itu tenang memandang ke hadapan. “Saya minta maaf.”
Azi bangun dari duduknya. Dia ingin pergi dari situ. Dia tidak mahu mendengarnya lagi. Hatinya seolah-olah kembali terguris. Terasa seperti ingin menangis. Langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil. Hatinya berdebar apabila terdengar derap langkah kaki Zarif yang sedang menuju ke arahnya.
“Abang mengaku, abang bersalah selama ni. Abang selalu menyakiti hati dan perasaan Azi. Abang pentingkan diri. Abang tak mahu ada yang lain di hati abang selain Afifah. Abang minta maaf. Abang merayu pada Azi, kembalilah pada abang, pada kami.”
“Saya tak yakin,Zarif. Saya takut…untuk menerima kesakitan buat kali kedua. Saya...“
“Azi, abang minta maaf. Abang janji, abang tak akan ulanginya. Pulanglah ke rumah kita. Anak-anak perlukan Azi.”pujuk Zarif. Hati Azi sakit. Kan…dah cakap. Bukan Zarif, tapi anak-anak yang memerlukan dirinya. Azi memejamkan matanya menahan sebak.
“Papa,ibu, jomlah makan. Laparlah.”jerit Asilah. Kegirangannya mati apabila melihat raut sedih papanya. “Kenapa muka papa sedih? Ibu, kenapa dengan papa?“
“Tak ada apalah,sayang. Papa risaukan kerja aje. Tapi malaslah papa nak fikir lagi. Lebih baik papa enjoy dengan anak-anak papa ni. Jom, nak makan,kan? Dah puas main?”
“Dah. Jomlah makan.”Asilah menarik lengan papanya. Luqman pula merengek di hadapan Azi minta didukung. Penat agaknya bermain. Empat beranak itu berlalu meninggalkan kawasan taman permainan tersebut.

****************************

“Sufi, aku tak balik malam ni. Budak-budak ni tak nak lepaskan aku. Kau jangan tunggu aku,ya.”
“Kau kat mana,Azi?”
“Rumah Zarif.”
“Hati-hati tahu. Nanti ada pula orang call aku beritahu kau orang kena cekup.”usik Sufi. Tergelak Azi mendengarnya.
“Kau ni ada-ada aje. Kau tak payah risau,Sufi. Aku masih lagi isteri Zarif. So, tak ada istilah cekup tu.“talian sepi seketika.
“Nah, akhirnya, kau mengaku yang kau isteri dia,kan?“
“Apa maksud kau, Sufi. Aku tak faham.“
“Mereka memerlukan kau. Terimalah dia, maafkanlah dia. Aku yakin, kau masih sayangkan dia,bukan.“
Terdengar esakan halus dari sana. Sufi berdiam seketika. Menunggu jawapan dari Azi.
“Aku takut,Sufi.“ ‘Zarif tak mahukan aku, tapi anak-anak.’jerit hatinya kuat.
“Kita semua manusia biasa,Azi. Setiap orang ada silapnya. Mana tahu, kali ini kau akan lebih bahagia. Beri peluang dan ruang dalam diri masing-masing. Kau kena ingat, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya. Dan daripada pengalamanlah, yang akan lebih mematangkan kita.“ Ujar Sufi. Azi terus menangis. Tanpa dia sedari, talian terputus.
“Sayang, call siapa tu?“soal Zarif. Azi hanya menggelang.
“Saya masuk dulu. Anak-anak awak dah tunggu saya.”laju langkah Azi meninggalkan Zarif sendirian di ruang tamu. Zarif terkedu. ‘Anak-anak awak’?

****************************

Pekerja Suliraz Cake sibuk hari ini. Masing-masing tekun menjalankan tugas. Cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya. Masing-masing berebut-rebut untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tidak kurang juga yang menyambut ulangtahun kelahiran dan majlis-majlis rasmi.
“Kau dengan Rizal macam mana?“
“Biasa aje. Kalau ada jodoh, adalah.“jawab Sufi. Perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki menghampiri mereka. Panjang umur. Baru saja di sebut-sebut. Setelah bertegur sapa, Azi bangun lalu menuju ke kaunter.
“Kawan-kawan, I,m coming!“kuat Humaira bersuara. Melihatkan Rizal bersama Sufi, Humaira menuju ke arah Azi.
“Aku ambik cuti setengah hari. Kesian korang. Lagipun, kerja aku dah tak banyak. Kau dah lunch ke?“soal Humaira. Azi hanya menggeleng.
“Aku tak lapar. Tadi aku dah makan banyak masa sarapan.“Humaira mengangguk faham. “Zikri apa khabar?“tambah Azi. Humaira hanya diam. Dia pura-pura menyibukkan diri meneliti buku akaun perniagaan Suliraz Cake.
“Azi, aku keluar kejap.“ujar Sufi. Aku hanya mengangguk sambil membalas lambaian Rizal.
“Kau okey, Maira?”
“Aku nampak Zikri dengan perempuan lain pagi tadi. Mesra sangat. Aku rasa, Zikri...“Humaira tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“Kau ada tanya dia?“soal Azi. Humaira menggeleng perlahan.
Azi diam. Tidak tahu berkata apa. Sebenarnya, dia tidak berani untuk berkata apa-apa. Hubungannya dengan Zarif sendiri entah bagaimana, inikan pula hendak memberi nasihat pada orang lain? Ah, lupakanlah.
Azi bangun dari duduknya. “ Kau jaga kedai kejap. Aku nak pergi jemputan rumah senior aku.“ Ujar azi sambil mengambil tas tangan miliknya.
“Senior? Siapa?“
“Kak Ina.“

No comments: