Wednesday, December 30, 2009

Ku Terima Seadanya 14



Alunan lagu ‘cuba’ mengganggu tidur Yusliza. Dia menjeling jam di dinding. Baru pukul 9.30 pagi. Siapa yang ganggu pagi-pagi buta ni? Eh,pagi buta ke?
Yusliza menggeliat seketika. Menoleh seketika kearah rakan-rakannya. Fifi dan Yati turut terganggu dengan panggilan itu. Wanda…mana lekat dalam bilik hujung-hujung minggu begini. Ish...siapa ni? malasnya nak angkat. Tapi kalau tak angkat, mesti kena marah.
Butang hijau ditekan. Yusliza terus melekapkan telefon bimbit ke telinganya. “Assalamualaikum. Siapa ni?“suara Yusliza sedikit serak. Maklumlah, baru bangun tidur.
Terdengar gelakkan kecil di hujung talian. Membulat mata Yusliza mendengarnya. Suara itu...
“Waalaikumussalam. Hai,takkan dah tak kenal tunang sendiri? Kau tengah buat apa selain bercakap dengan aku ni?“tanya Badrul berhati-hati.
Gadis itu mula menggelabah. Alamak...apa aku nak jawab ni? Yusliza menekup mukanya dengan bantal. Khuatir didengari oleh Fifi dan Yati. “Err... tengah breakfast.“ Mungkin itu jawapan yang terbaik!
Badrul tergelak lagi. Yus...Yus... Kau ingat aku bodoh? “Iya? Tapi macam baru bangun tidur aje.“ Badrul menduga.
Yusliza terdiam. Hisy...tahu-tahu aje dia ni. Eee... malunya aku... anak dara bangun lewat!
“Erm... pergi pakai cantik-cantik. Aku nak bawa kau keluar...“
“Awak gila?“keras Yusliza bersuara. Terhenti bicara Badrul.
“Apa yang gila? Aku nak ajak tunang aku keluar jalan, salah ke? Cepat siap. Aku dah tunggu kat bawah ni.“Badrul memberi arahan.
Yusliza terkedu. “Kalau saya tak nak pergi?“
“You know me,right? Kau nak aku naik bilik kau, heret kau sampai bawah?“
“Awak beranikah?“ Soalan Yusliza seolah mencabarnya.
“Why, kau fikir,aku tak berani?“jawab Badrul. Yusliza terdiam mendengarnya. Dia tahu sikap Badrul. Lelaki itu akan melakukan apa saja untuk memenuhi kemahuannya.
“Dah, jangan banyak songeh. Cepat siap. Lagi satu, bawa sekali beberapa helai pakaian.“Badrul bersuara tegas. Seakan sedang memberi arahan kepada pekerjanya.
Yusliza mengerutkan dahi. “Awak nak bawa saya pergi ma...“
Tut...talian sudah dimatikan. Yusliza merengus geram. Dia bangun dari katil menuju ke almari. Dicapai beg lalu dimasukkan beberapa helai pakaian ke dalamnya. “Hisy...asyik nak aku ikut cakap dia aje. Baru bertunang, dah melebih-lebih! Geram betullah aku dengan jamban tu!“rungut Yusliza sendirian.
Tuala dan peralatan mandi dicapai. Yusliza berjalan menuju ke tandas. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rasa mengantuknya masih belum hilang. “Argh...kalaulah negara ni tak ada undang-undang, dah lama aku cincang-cincang aje dia!“
Setengan jam berlalu. Baju kurung biru laut sesuai dengan dirinya. Memang itulah warna kegemarannya. Warna-warna lembut. Melambangkan dirinya yang lemah-lembut. Hahaha...perasannya aku ni!
Rambut separas bahu diikat satu. Anak-anak rambut disikat kemas menutupi sebahagian dahinya. Yusliza kelihatan comel jika begitu. Sedikit bedak disapu ke muka dan mencalit pelembab bibir agar bibirnya tidak kering. Disembur sedikit wangian ketubuhnya. Yati terjaga apabila hidungnya terhidu wangian Yusliza.
“Wah…cun melecun ni, nak ke mana?” tegur Yati yang masih lagi mamai.
“Keluar date.” Selamba Yusliza menjawab. Yati hanya mencebik lalu menyambung kembali tidurnya.
Fifi bangun ketika terdengar suara orang sedang bercakap-cakap. Hairan dia melihat Yusliza yang sudah siap bergaya pagi itu. “Eh,kau nak ke mana?“
“Aku ada hal. Maybe,aku tak balik malam ni. Jangan tunggu aku. Eh,okeylah, aku dah lewat ni. Lama pula dia tunggu aku nanti.“ Yusliza tergesa-gesa keluar.
“Eh...Yus. Kalau ada sesiapa tanya fasal kau?“ Fifi bersuara sedikit kuat. Yati bergerak kecil.
“Kau jawab aje aku ada hal dengan tunang aku, okey.“ Yusliza terus menghilang. Fifi menarik muka. Hisy...geram betullah dengan Yus ni! orang tanya betul-betul, dia main-main pulak...
Kelihatan seorang lelaki sedang leka membaca akhbar di kerusi. Perlahan-lahan Yusliza melangkah ke arahnya. Malas betul aku kalau keluar berdua dengan dia ni!
Badrul mendongak apabila menyedari seseorang menghampirinya. Dia tersenyum kecil. Comel tunang aku ni. Macam masa kecil-kecil dulu. Kalaulah dia dah jadi isteri aku, nak aje aku peluk dia sekarang ni.
“Lamanya kau bersiap. Cuci tandas sekali ke?“
“Suka hati sayalah. Salah awak juga. Tiba-tiba call, ajak saya keluar!”
“Ala…kau tu pun,kenapa bangun lambat. Anak dara tak elok bangun lewat.“ sengaja Badrul mengusik gadis itu.
“Eh,kenapa awak sibuk? Mata saya, suka hati sayalah!”Yusliza mula melenting. Aku dah setuju ikut pun, dah kira untung tau!
Badrul tersenyum sinis. Dia mencapai beg ditangan Yusliza lalu dibawanya menuju ke kereta. Yusliza hanya menuruti langkah lelaki itu. Enjin kereta dihidupkan. Mereka mula bergerak meninggalkan hostel.
“Eh, awak nak bawa saya ke mana ni?”soal Yusliza pelik.
“Tangan saya,kaki saya, suka hati sayalah nak bawa awak ke mana pun.”Badrul memulangkan paku buah keras. Yusliza menjeling tajam. Eee…geramnya aku!


“Kenapa awak tak beritahu yang awak nak bawa saya ke majlis perkahwinan Fikri?” marah Yusliza. Semakin geram pula dengan lelaki itu. Terkejut dia apabila Badrul memberitahunya tentang hal tersebut. Itupun setelah mereka keluar dari Lebuhraya Alor Setar.
“Majlis persandingan pihak perempuan dah buat minggu lepas. Malam ni, buat untuk pihak lelaki pula. Yang kau nak marah sangat ni kenapa?” Badrul masih tenang menjawab.
“Kenapa? Kenapa awak tak beritahu awal-awal? Awak tak pernah nak tanya saya dulu. Ikut suka hati awak aje. Awak ingat, saya ni apa!”jerit Yusliza kuat. Badrul menghentikan Honda CRVnya di bahu jalan. Dia memandang Yusliza tajam.
“Kenapa kau jerit-jerit ni,hah? Aku belum pekaklah! Untuk pengetahuan kau, aku dah minta izin parents kau dan aku untuk bawa kau ke sini tau. Kalau kau tak percaya, kau boleh call mereka sekarang.“tengkingan Badrul yang kuat menyentap perasaan Yusliza. Dia terdiam apabila mendengar Badrul menyebut tentang ayah dan uminya.
“Cepatlah telefon!“ tambah Badrul lagi. Yusliza tertunduk. Kecut perutnya untuk terus memandang lelaki itu. Dia menggeleng perlahan. Air mata mula menitis. Yusliza tersedu-sedan menangisi nasibnya itu.
Badrul terkedu melihat air mata itu. Hatinya terusik. Perasaan yang sama hadir tatkala dia menyakiti hati gadis itu sejak 7 tahun yang lalu. “Dahlah. Malam ni, kita pergi majlis persandingan tu. Esok, aku akan hantar kau balik.” Badrul memperlahankan suara. Dia kembali fokus kepada pemanduannya.
Suasana sepi. Sesekali terdengar sendu Yusliza. Perasaan bersalah menghantui diri Badrul. Namun, dia diamkan sahaja.
“Saya tak suka apa yang awak buat ni, Bad. Awak kena ingat. kita cuma pasangan yang telah ditunangkan oleh keluarga. Bukan pasangan kekasih. Awak tak pernah sukakan saya,dan perasaan saya… tak mungkin kembali pada awak lagi. Saya tak mahu kita terlalu rapat.”ujar Yusliza tiba-tiba. Tersentuh hati Badrul mendengarnya. Kalaulah Yusliza mengetahui akan kenyataan yang sebenarnya…
“Awak sepatutnya sedar tentang semua itu. Saya merayu, tolong jangan buat semua ni lagi. Hati saya dah cukup terluka kerana awak. Saya dah cukup malu dengan orang lain. Apa…ada lagi yang awak belum puas hati ke?”sayu Yusliza bersuara. Ayah,umi,abang,adik, dialah yang membuatkan kakak sering menangis. Kalaulah semua orang tahu…
Badrul hanya membisu. ‘Tiada apa-apa lagi yang aku belum puas hati, Yus. Melainkan yang satu. Aku inginkan kau terus disisiku sebagai insan bergelar isteri, wanita yang akan aku cintai serta ibu kepada anak-anakku nanti, buat selama-lamanya. Itu aje,Yus.’ Hatinya menangis pilu.
“Saya akan pergi malam ni. Sebab saya masih ada rasa hormat pada awak, pada ikatan ni. Tapi, hati saya yang dah terhiris,teluka kerana seseorang, sukar untuk saya terima dia kembali dalam hidup saya. Walaupun hanya sebagai teman.” Tutur Yusliza. Dia terus menyepi. Merenung kearah lapangan sawah padi yang terbentang luas. Sungguh mendamaikan hati.


“Eh Fifi,seorang aje? Mana yang lain?”tegur Zaidi. Hakim turut bersamanya. Biasalah, di mana ada Zaidi, di situ ada Hakim. Begitu juga sebaliknya.
“Mereka semua meninggalkan aku keseorangan. Wanda keluar. Yati keluar. Yus pula...keluar juga.“Fifi berpura-pura sendu.
“Aik,Yus keluar? Bukan ke kalau Yus keluar, kau pun mesti keluar? Dia keluar dengan siapa?” soal Zaidi lagi. Pelik ni.
“Entahlah. Dia cuma cakap, kalau ada orang yang tanyakan fasal dia, jawab aje yang dia ada hal dengan tunang dia.“ Fifi mengambil barang-barang yang telah dibayar.
Hakim terdiam. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu. Jadi, betullah pagi tadi dia nampak Yusliza. Dengan seorang lelaki dan... Dia macam pernah jumpa lelaki itu sebelum ini. Tapi di mana... dan bila?
“Jangan percaya cakap Yus tu.“ujar Zaidi. Fifi hanya tersenyum dia memandang Hakim. Pelik dia melihat kerutan di dahi lelaki itu.
“Kau kenapa Hakim?“ tanya Fifi.
Hakim tersedar. Dia tersenyum kecil. “Ha? Oh, tak ada apa-apa.“
Fifi menggeleng. “Eh,aku naik dulu. Mengantuklah.“ Fifi tersengih.
Zaidi dan Hakim tersentak. “Aik, ngantuk? Muka macam baru bangun tidur.“ Ujar Hakim. Fifi terus berlalu pergi meninggalkan mereka.
“Kim, aku rasa, Yus tu macam ada masalah aje.“luah Zaidi. Tersentak Hakim mendengarnya.
“Kenapa kau cakap macam tu?“tanya Hakim pula.
“Yus dah tak macam dulu. Dia banyak termenung. Kadang-kadang ada juga aku bertanya. Tapi dia tak cakap apa-apa. Cuma senyum aje.” Zaidi menyatakan kerisauannya tentang sikap Yusliza sejak akhir-akhir ini.
Hakim terfikir seketika. Apakah masalah yang Yusliza hadapi? Adakah ia berkaitan dengan lelaki tadi? Lagipun, Yusliza kelihatan tidak ceria pagi tadi. Dan lelaki itu...
Ya....lelaki itu. Dia dah ingat, di mana dan bila dia bertemu lelaki itu. Lelaki yang sama yang membuat Yusliza menangis dulu. YA ALLAH...kenapalah aku tak perasan dari tadi. Yus,kenapa dengan kau? Siapa lelaki itu? Soalnya dalam hati.
“Kau rasa tak apa yang aku rasa?“ Zaidi memandang Hakim.
Hakim tersedar. Dia hanya tersengih apabila Zaidi memandangnya pelik. “Apa kau tanya tadi?“
Zaidi menggaru-garu kepalanya. “Aku tanya, kau rasa tak apa yang aku rasa?“
“Rasa apa?“ Hakim terpinga-pinga.
“Hisy…kau ni. Geram betul aku. Kan kita bercakap fasal Yus. So, kau rasa tak yang Yus tu ada masalah?“geram Zaidi. Apa sejak dari tadi aku bercakap sorang-sorang ke?
“Oh...aku tak tahu nak cakap apa. Eh,jomlah cepat. Nanti lama pula Basir dan Hafiz tunggu.“ jawab Hakim lalu mengatur langkah meninggalkan Zaidi.
Zaidi merengus geram. Sakit hati betul bercakap dengan mamat ni! Entah apa yang dia ingat sejak aku bercakap dengan dia tadi.


Badrul berjalan mendahuluinya. Yusliza memandang geram. Mulutnya terkumat-kamit mengutuk lelaki di hadapannya. Petang tadi, puas dia beralasan demi mengelak daripada menghadiri majlis perkahwinan Fikri. Pelbagai alasan dikemukakan. Namun, semuanya berjaya ditepis oleh Badrul. Hey awak,apa yang awak pakai sampaikan semua yang saya cakap, awak dapat tepis! Awak guna bomoh mana?
Badrul mencuri pandang tunangnya. Tersenyum dia tatkala melihat raut Yusliza yang masam dan mulutnya bercakap-cakap sesuatu. Yus...Yus...comel juga kau ni bila marah. Puji Badul di dalam hati.
“Apa yang kau bebelkan sorang-sorang tu? Mengutuk akulah tu. Tak baik tau mengata bakal suami. Kenapa jalan jauh sangat?“sergah Badrul.
Yusliza terkejut. Di mengurut dadanya. Hantu betullah mamat ni. Buat aku terkejut aje! Yusliza mempercepatkan langkahnya untuk menyaingi lelaki itu. Eh awak,slow la sikit. Tahulah kaki awak panjang! Dahlah saya tengah berdebar ni.
Badrul menghentikan langkahnya tiba-tiba. Yusliza yang sedang laju melangkah tidak dapat mengawal langkahnya. Bukk!... Tubuh sasa lelaki itu dirempuhnya. Hidungnya menyentuh belakang badan lelaki itu. Ah...malunya! Awak, kenapa tiba-tiba berhenti! “Relakslah... lepas makan,jumpa Fik, kita balik.“ Badrul cuba mengurangkan rasa gelisah gadis itu.
“Macam mana saya nak relaks? Kenapa tak cakap yang mereka buat kat hotel? Awak selalu beritahu saya last minute. Saya tak suka! Lagi satu, yang awak tiba-tiba berhenti ni kenapa? Sakit hidung saya la!” marah Yusliza sambil menggosok-gosok hidungnya.
Badrul tergamam melihat kemarahan Yusliza. Kemudian, dia tersenyum pula. Bila kau marah, aku rasa makin senang. Tapi bila kau menangis, aku rasa sakit sangat hati ni. Badrul menggenggam jari-jemari Yusliza. Ditarik gadis itu rapat agar seiring dengannya. Yusliza malu. Makin sejuk tangannya apabila diperlakukan begitu.
“I’m sorry. Kau,janganlah takut sangat. I’m here for you.“bisik Badrul dekat di telinga Yusliza. Gulp... Yusliza menelan air liur. Menggigil Yusliza dibuatnya. Terasa jantungnya berdegup kencang. Silap-silap, kena cium pula lepas ni.
Mereka terus melangkah. Badrul semakin hairan apabila menyedari tingkah Yusliza yang serba tidak kena. “Yus...please. Buat macam biasa. Kalau kau terus sejuk macam ni, buat aku terfikir sesuatu.”Badrul cuba bergurau. Bibirnya tersenyum nakal. Yusliza menjeling apabila Badrul berkata begitu kepadanya. Nak marah, mereka dan sampai di pintu dewan.
“Hai Bad. How are you?” tegur satu suara. Badrul dan Yusliza menoleh.
“Oh,hai Bryan. I’m fine. You?”
“Fine. Meet my wife, Cindy.” Bryan memperkenalkan wanita di sebelahnya.
“Wah...You kahwin tak jemput I pun. Oh ya, kenalkan, tunang I. Yusliza.“ucap Badrul. Yusliza bersalaman dengan Cindy dan membalas senyuman Bryan.
“I think kita pernah jumpa sebelum ni. Where?”soal Cindy. Dia meniliti raut gadis melayu di hadapannya.
“Of course. You’re my senior. I pernah join aktiviti mendaki gunung dulu and untuk program anak angkat di Pahang dengan you.”jelas Yusliza. Dia masih ingat dengan ketegasan Cindy ketika memimpin program tersebut.
“Oh…yes. I remember you. Gadis sombong yang selalu student lelaki sebut-sebutkan dulu. But I don’t think so. You okey aje dengan I dan lain-lain.”ujar Cindy.
Perbualan mereka berdua semakin rancak. Yusliza langsung tidak menyedari Badrul tiada di sisi. Setelah Bryan dan Cindy meminta diri, Yusliza menoleh. Kelam-kabut dia apabila Badrul tiada di situ. Mana Badrul ni? Dia dah makan dulu ke? Apa aku nak buat ni? Aku bukan kenal sangat keluarga Fikri ni. Kawan-kawan,lagilah.
Yusliza bingung. Dia memanjangkan lehernya melihat sekeliling. Manalah tahu kalau-kalau Badrul ada di sekitarnya. Hisy mamat ni...menyusahkan aku aje. Dahlah aku ni tak berapa nak tinggi!
“Nak air?“ seorang lelaki tersenyum memandang Yusliza sambil menghulur segelas air oren. Yusliza teragak-agak. Namun, rasa haus mengatasi segalanya. Dia mencapai gelas itu. Air oren diteguk perlahan.
“Kenal saya?” tanya lelaki itu.
Yusliza tersenyum memandangnya. “Mestilah kenal. Most popular. Top student kat sekolah sebab selalu kena panggil dengan Cikgu Sahar masa perhimpunan. Sebabnya, tak siap kerja. Kalau dalam satu minggu tu tak nampak kat depan, memang peliklah.”ujar Yusliza penuh bersemangat.
Tergelak Amirul mendengarnya. Tidak sangka, gadis itu mengenalinya melalui cara itu. “Takkan awak kenal saya dengan cara macam tu? Bukan…sebab saya ni kawan Bad?”duga Amirul
Yusliza tersenyum kelat. “Ha…yelah. Awak kawan Bad. Yang selalu buli saya dulu.”ucap Yusliza.
“Eh,tolong sikit. Saya tak buli awak. Bad yang selalu buli awak. Saya cuma berdiri kat belakang, tengok aje.” Amirul mempertahankan dirinya.
Yusliza mencebik. “Huh…yelah tu.”
“Kenapa,tak percaya?” Amirul meniru iklan yang pernah disiarkan di televisyen dulu. Kedua-duanya tergelak. Mereka berdua semakin mesra berbual.
Badrul terlihat kemesraan itu. Dia cemburu tiba-tiba. Rasa dirinya tercabar. Bersamanya,Yusliza tidak pernah tersenyum apatah lagi ketawa mesra begitu. Sedangkan dengan Amirul, Yusliza begitu bersemangat bercerita dengan lelaki itu!
“Kau jealous?”duga Fikri. Badrul hanya membisu.
“Betulkan cakap Mirul dulu. Boleh jadi, orang yang kita benci adalah orang yang kita sayang.”Ayub pula mencelah.
Badrul meninggalkan mereka berdua. Dia berjalan menghampiri Yusliza dan Amirul. “Seronok berbual. Apa cerita?” tegurnya. Mati senyuman Yusliza. Amirul pula seperti biasa. Kekal dengan senyuman tadi.
“Nothing. Kisah lama.” balas Amirul. Dia dapat melihat renungan tajam tanda amaran daripada Badrul. Tahu kau takut!
“Kau kerja apa sekarang?”ramah Badrul bertanya. Sengaja dia melingkarkan tangan memeluk pinggang Yusliza. Pasti gadis itu memarahinya kerana berkelakuan begitu. Namun dia tahu, Yusliza tidak akan bertindak sebarangan.
Amirul tersenyum sinis melihat aksi Badrul. Bad...Bad... masih macam dulu. “Aku kerja dengan Petronas. InsyaALLAH, tak lama lagi aku akan ditukarkan ke Sarawak. Tapi sebelum tu, aku ingat nak ikut jejak langkah Fik la. Aku nak kahwin dulu sebelum ke sana. Tapi itu cuma perancangan aje. Tak tahulah jadi ke tak." ujar Amirul
Mendengarkan ungkapan itu membuatkan Badrul gelisah. Dieratkan lagi pelukan pada pinggang gadis itu. “Oh,lupa nak beritahu. Yus ni, tunang aku.“ Sengaja Badrul berkata begitu. Yusliza meronta dalam hati. Awak, lepaslah! Sakit tahu tak awak peluk kuat-kuat macam ni!
“Aku dah agak. Jadi juga korang akhirnya. Dulu bukan main lagi mulut kau Bad, celupar kata tak nak.“sindir Amirul dalam tawa. Biar…biar lelaki itu terasa. Biar temannya itu sedar yang tidak semua yang sempurna akan dia miliki. Dan tidak semua yang sempurna itu baik.
Mendengar kata-kata Amirul itu, Yusliza semakin geram. Pasti macam-macam dia kutuk aku di hadapan kawan-kawannya. Hoi, dah tu, kenapa nak peluk-peluk ni? Awak tak malu ke peluk beruk? Lepaslah jamban! Hisy...geramnya aku... Siap awak. Eee...memang dasar buaya darat,buaya tembaga, lidah buaya, buaya jantan tak guna... jerkah Yusliza di dalam hati.
’Yus, lelaki yang kau kata buaya, jamban,..tu, tunang kau jugak...’ satu suara memerlinya. Yusliza menggenggam tangannya. Geram...geram...geram!

Monday, December 28, 2009

Ku Terima Seadanya 13




Malam itu, seperti yang dijanjikan, Badrul menelefon Yusliza. Kerjanya terganggu. Kalau ikutkan hati, malas dia mahu menjawab panggilan itu. Tapi jika dibiarkan, pasti menjadi tanda tanya kepada Fifi,Razman dan Suresh. Yusliza bangun meninggalkan mereka seketika.
“Assalamualaikum. Ada apa telefon?” Yusliza bersuara acuh tidak acuh. Dalam hati, dah berbakul-bakul kritikan diberi kepada lelaki itu.
“Waalaikumussalam. Hai, telefon tunang sendiri pun tak boleh ke?“ jawab Badrul. Yusliza merengus geram. Saya ada kerjalah oi!
“Buat apa tu?“tanya Badrul.
Yusliza melabuhkan punggungnya di tepi kolam. Kelihatan ikan-ikan itu menghampirinya. “Tengah bercakap dengan awaklah!”
Terhambur ketawa Badrul mendengarnya. Yusliza mengejek. Nasib baik dia tak nampak. “Kau ni, pandai juga buat lawak,ya. Maksud aku, apa yang kau tengah buat sebelum bercakap dengan aku tadi?“
Eh,mana ada saya buat lawak? Awak tu yang ketawa sorang-sorang. Macam orang gila. Saya cakap apa yang betul! “Saya tengah buat assignment dengan group saya. Minggu depan dah nak present. Awak ni mengganggu sayalah.”selamba Yusliza berkata. Sekali lagi lelaki itu tergelak di hujung talian. Tunang aku ni sawan ke apa? Bisik hati Yusliza.
“Ala…bukan selalu. Okey apa aku call ni. Mana tau, lepas ni kau lebih bersemangat nak buat kerja.”usik Badrul. Yusliza mencebik. Uwek...saya rasa nak baling telefon ni kat awak adalah!
“Group kau, semua perempuan ke?“soal Badrul lagi.
“Tak, dua lelaki, dua perempuan.”balas Yusliza seadanya.
“Handsome tak.”duga Badrul. Hatinya mula cemburu apabila mengetahui Yusliza sekumpulan dengan lelaki.
Yusliza mengeluh. Apa kenalah dengan dia malam ni? “Biasa-biasa aje... Tapi dia baik. Terima saya seadanya.“sengaja Yusliza berkata begitu. Biar awak terasa. Peduli apa saya!
Badrul terdiam seketika. Dia terasa dengan kata-kata itu. Aku bukan tidak mahu terima kau seadanya. Tapi aku mengelak,sebab hati aku sudah dimiliki!
“Em...hujung minggu depan, kau free tak?“Badrul menukar topik perbualan. Kalau dipanjangkan, nanti dia yang sakit hati.
“Free kot. Kenapa?“
“Minggu depan, kau jangan join apa-apa tau.“pesan Badrul
Yusliza mengerutkan dahinya. “Kenapa? Apa awak sibuk?“
“Kalau aku dah bagi arahan tu, ikut ajelah. Jangan banyak tanya. Nanti apa-apa hal, aku call kau lagi.“tegas Badrul bersuara. Kecut perut Yusliza dibuatnya.
Yusliza hanya diam tanpa kata. Tak faham betul aku dengan mamat ni. tadi elok aje. Ni nak marah-marah pula.
“Yus!...“teriak Suresh. Yusliza menoleh. Lelaki itu sedang melambai-lambai memanggilnya. Yusliza mengangguk faham sambil memberi isyarat sebentar.
“Awak, saya ada kerja. Bye.“ Yusliza ingin segera mematikan talian.
“Err..Yus…”panggil Badrul. Terhenti niat Yusliza mendengar panggilan itu.
“Ya? Ada apa? Saya nak cepat ni.”tergesa-gesa Yusliza bersuara.
“Err.. good luck. Sweet dream. Miss you,Bye.“ Badrul mematikan talian terlebih dahulu. Arghh…malunya aku. Apa agaknya reaksi Yusliza?
Yusliza terpana. Telefon bimbit masih melekap ditelinganya. Terkebil-kebil dia mengingati bait-bait lelaki tadi. Betulkah?
‘Yus,jangan percaya.dia sengaja nak mempermainkan perasaan kau.’ Bisik satu suara.
‘Tak Yus. Dia memang sayangkan kau, rindukan kau.’satu suara lagi kedengaran.
‘Dia tipu! Dia tak akan sayang kau. Apatah lagi rindu. Kau tak ingat ke, dulu dia selalu menyakiti kau. Masakan dia sudi menyayangi kau.’
’Tapi,mungkin dia dah berubah?’
“Ah...sudah!“marah Yusliza sendirian. Hilang suara-suara tadi. Benar, dia selalu menyakiti aku. Dia tidak akan menyayangi aku. Apatah lagi...menyintaiku.

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?


Badrul tersenyum sendirian di halaman rumahnya. Sehingga kini, lagu ‘If You’re Not The One’ nyanyian Daniel Bedingfield masih bermain difikirannya. Lagu yang sentiasa menjadi penemannya tatkala dia rasa bersalah dulu.
“Bad,apa kau senyum-senyumkan tu?”tegur satu suara. Badrul terkejut apabila terasa bahunya disentuh. Dia menoleh.
Borhan sedang tersenyum memandangnya. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Badrul.
“Tak ada apa. Saja nak senyum. Tak boleh ke?”
Borhan menggeleng sambil tersenyum mendengar jawapan itu. “Selalunya, sama ada orang gila, atau orang tengah angau yang senyum sorang-sorang macam tu. Kau dalam kategori mana?“duga Borhan. Namun dia yakin, adiknya itu dalam kategori yang kedua. Sebenarnya, dia baru saja terdengar ucapan rindu Badrul kepada Yusliza.
Badrul memandang Borhan. Macam tahu-tahu aje abang aku yang sorang ni. “Mana Kak Ezah?“
“Ada kat dalam tu. Tengah sibuk cari nama untuk baby dengan mak. Nampak gayanya, kali ni, mak dapat cucu perempuan lagi. mesti dia teringin sangat nak merasa cucu lelaki pulak.“Borhan memandang Badrul penuh makna. Badrul berpura-pura tidak mengerti.
“Ha...kalau macam tu, lepas Kak Ezah bersalin nanti, try la lagi. Mana tahu, berhasil.”ujar Badrul tersenyum simpul.
Borhan menumbuk bahu adiknya. “Kau ni, abang cakap fasal kau, kau kenakan abang pulak.”
Badrul hanya tertawa. “Ala...bang,Bad lambat lagilah. Dia pun belajar lagi. Jangan ditunggu. Apa yang dah line clear ni, teruskan berusaha.“ Badrul masih terus mengusik Borhan.
Borhan menjeling geram. “Eh Bad,kau ingat tak perkahwinan olok-olok kau dengan Yus dulu? Tak sangka abang, dah besar, kahwin betul-betul pulak.“
Badrul tersenyum lagi. Kembali mengingati ’perkahwinan’ mereka. Habis alat solek dan tudung emaknya digunakan untuk menghias pengantin perempuan. Dia pula segak memakai tanjak dan keris yang dibuat menggunakan kertas. Mereka disandingkan sementara Borhan dan Yusril menjadi pengapitnya. Bahrun yang turut menyibuk mempersembahkan silatnya yang entah apa-apa manakala Bahari mengikut saja langkah alongnya.
“Okey,pengantin lelaki kena cium pengantin perempuan.“ujar Borhan. Cup! Terus melekap satu ciuman di pipi budak perempuan comel itu.
“Nanti kalau Bad pindah, konon-konon Bad pergi kerjalah.” Yusril berkata. Semua mengangguk setuju.
“Tapi kan Bad,kenapa kau tiba-tiba berubah? Kau tiba-tiba aje tak suka si Yus tu dulu. Kenapa?”soal Borhan memecahkan lamunan Badrul tadi.
Badrul hanya menjungkit bahu. Semua sebab abanglah. Kata dia isteri saya. Tapi kenapa kalau dia nak apa-apa, mesti dia panggil abang. Kalau dia menangis, abang yang pujuk. Hari-hari datang, asyik tanya mana Abang Han? Dia tak tanya fasal Bad pun. Bad cemburu! Jerit hati Badrul.
“Kau nak tahu, Bad. Dulu, selain mak, Yuslizalah perempuan yang paling abang sayang. Mungkin,sebab abang tak ada adik perempuan. Abang susah hati bila dia menangis. Abang gembira bila dia gembira. Abang minta maaf Bad, kalau abang pernah buat kau berkecil hati dengan abang disebabkan Yus.”luah Borhan. Dia bagaikan mengerti dengan kata hati adiknya tadi.
“Abang teringin nak adik perempuan sebab abang nak jadi pelindung dia. Abang nak buat adik abang rasa selamat dengan abang. Sampai abang tak sedar abang buat adik abang sendiri menangis. I’m sorry.”
Badrul merenung Borhan. Bagai tidak percaya denga apa yang baru saja didengarinya. Badrul menggenggam tangan Borhan. Bad maafkan Abang Han. Bisik hatinya.
“Tapi itu dulu. Sewaktu abang menjadi abangnya. Sekarang, abang tetap abangnya. Tapi bukan lagi pelindungnya. Kau yang akan melindunginya,Bad. Jagalah Yus baik-baik. Jangan asyik nak buat dia menangis macam kecil-kecil dulu.”sambung Borhan lagi sambil tersenyum mengusik.
Mujurlah emak dan abahnya tidak memaksanya berkahwin dengan Yusliza. Kerana sememangnya tiada perasaan lain terhadap gadis itu melainkan perasaan sayang seorang abang terhadap adiknya.
Terharu Badrul mendengarnya. Rupa-rupanya, itulah kisah di sebalik tindakan Borhan dulu.
“Kau adik abang. Bahari dan Yus pun adik abang. Abang sayangkan semua adik-adik abang.“ucapan ikhlas dari hati seorang abang. Badrul memeluk bahu Borhan.
“Ni kenapa berpelukan ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?“ tegur Bahrun. Bahari di sebelahnya turut mengangguk mengiakan persoalan alongnya.
Tanpa amaran, mereka berdua menarik Bahrun dan Bahari serentak lalu turut memeluk mereka. Empat beradik itu saling berpelukan antara satu sama lain di halaman rumah.
“Macam jejak kasih pula.“gurau Bahari.


Hakim duduk memerhati manusia yang lalu-lalang di hadapannya. Sementara menunggu Mei Lin tiba, biarlah dia bersantai-santai dulu.
Fikirannya memikirkan tentang sesuatu. Sesuatu yang tidak pernah di alami hingga kini. Seperti Zaidi dan Anisa, Yati dan Azrul serta Sabrina dan Zaiful. Apa rasa bila kita dicintai dan menyintai? Hakim tersenyum sendiri. Sampai ke situ pula fikirannya. Ish...tapi, bukan aku aje yang tidak pernah alami. Fifi dan Yus pun sama.
Tak tahulah kalau-kalau...mereka yang tak mahu beritahu aku.
Zaidi yang sedang tekun menulis hairan dengan kesenyapan Hakim. Dia menoleh. Makin pelik jadinya pabila melihat Hakim tersenyum sendirian. Adakah kawan aku ni dah gila? Hakim, jangan gila dulu. Settlekan assignment ni dulu. Jerit Zaidi dalam hati.
“Adi,aku nak tanya kaulah.“ Hakim membuka bicara. Zaidi tersenyum kecil. Entah apa-apalah fikirannya melalut tadi!
“Apa dia?“ Zaidi mengangkat keningnya sedikit.
“Sejak bila kau couple dengan Anis?“
“Aik,soalan pelik ni. Kenapa kau tiba-tiba nak tahu? Selama ni, kau tak pernah nak tanya pun.“ Zaidi tersenyum penuh makna. Kawan aku ni kenapa?
“Saja nak tahu. Tiba-tiba nak tahu cerita kau dengan Anis.“ Hakim beralasan. Membalas senyuman Zaidi.
Zaidi menarik nafas lalu dilepaskan perlahan-lahan. Dia ingin mengimbau kenangan 6 tahun lalu. “Actually, kami mula couple masa aku form 4. Masa tu, Anis form 3.” jawabnya. Bukanlah menjadi satu masalah untuk dia menceritakan kisah itu. Malah, dia berasa seronok.
“Macam mana kau boleh kenal… and then couple dengan dia?” Hakim semakin berminat untuk mengetahui kisah cinta sejak zaman sekolah itu.
“Masa tu, hari sukan. Aku atlet lumba lari. Aku mewakili rumah sukan untuk acara 200 meter. Masa aku tengah pecut , tiba-tiba kaki aku terseliuh. Anis pula, ahli PBSM. Dia yang tolong papah and balutkan kaki aku. Lepas tu, kami berbual, bertukar nombor telefon. Lama-lama, kami rapat dan terus buat keputusan untuk menjadi pasangan kekasih.“cerita Zaidi. Apabila mengenang kembali saat itu, terasa lucu pula.
“Oh,pandai kau. Mentang-mentang ada awek cun PBSM, kau buat-buat terseliuh.“usik Hakim.
Membulat mata Zaidi mendengar tuduhan itu. “Wei, cakap baik-baik sikit. Kau ingat terseliuh tu, macam kena gigit semut api? Sakit tau! Daripada aku guna cara tu, lebih baik aku guna cara lain yang tak menyakitkan.“marah Zaidi dalam gurau. Dia tahu, Hakim tidak serius dengan kata-katanya tadi.
Hakim seronok mentertawakan Zaidi. “So, apa yang buat kau jatuh hati pada dia?“ Hakim terus mengorek kisah lama Zaidi.
“Emm... dia ambil berat fasal aku, baik, sopan, tak sombong, peramah... apa lagi,ya...“Zaidi menyoal dirinya.
“Wah…melambungnya pujian. Tapikan, Fifi,Yus,Yati pun sama aje. Baik, peramah, ambil berat…kau tak jatuh cinta dengan mereka pun.” Hakim menyoal. Kalau bab-bab ni, dia lembab sikit!
“Aku suka mereka. Memang mereka baik. Tapi, kau akan faham bila kau sendiri mengalaminya. Kau akan tahu, macam mana sayang kepada seorang kawan dan kekasih. Bila itu berlaku, kau akan dapat jawapan kepada soalan kau tadi.”jelas Zaidi. Hakim melopong mendengarnya. Faham ke tak mamat ni!
“Yus,Fifi dan Yati. Aku sayang mereka. Tapi sebagai teman. Itu saja perasaan aku terhadap mereka. Kalau kau tanya kenapa, jawapan aku, mungkin jodoh aku dengan mereka ditetapkan begitu.“tambah Zaidi lagi. Tiga gadis itu bukan tiada yang berminat. Cuma mereka yang butakan mata,pekakkan telinga, tutup pintu hati. Sememangnya mereka sukar untuk didampingi. Mujurlah kini Yati sudah pun berpunya.
Dalam hati, Hakim mengiakan kata-kata Zaidi. Sudah tiga tahun mereka berteman rapat, tetapi, hatinya sedikitpun tidak tertarik untuk menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai kekasih. Fifi yang cantik,peramah dan kecoh. Yusliza yang comel, tapi dalam diam penuh rahsia dan Yati yang berbisa kata-katanya,namun gadis itu baik hati sebenarnya.
“Tapi ada satu perkara yang buat aku musykil.“ Hakim bersuara sedikit serius. Zaidi memandang penuh perhatian.
“Apa kat sekolah kau tak ada ahli lelaki PBSM ke? Sampai Anis pula yang kena papah kau. Bahaya tu...“ ujar Hakim dalam ketawa. Jauh di sudut hati, dia serius dengan kata-katanya.
Zaidi masam mencuka. Dia terkena! Jelingan tajam diberikan kepada Hakim. “Ada. Tapi masing-masing ada kerja masa tu.“ Zaidi beralasan. Entah betul entah tidak. Yang penting, jawapan sebenarnya ialah…Dia sendiri tidak tahu!
Hakim hanya menggeleng. Suka hati kaulah Zaidi…
“Kau akan merasai semua itu, Kim. Mungkin,perjalanan cinta kau lebih rumit. Siapa tahu? Apa pun aku doakan kebahagiaan kau.“
“Hey...apa yang you all happy sangat ni? Dah siap ke? Bolehlah I present dengan tenang.”perli Mei Lin.
Hakim memandang gadis cina itu. “Well,sebelum kami tunggu puteri turun dari bulan, apa salahnya kami bergurau-senda dulu. Kalau puteri tu dah turun, kami kena fokus dengan kerja. Kalau tak, kena marah.”usik Hakim.
Zaidi dan Mei Lin tergelak. “I ni garang sangat ke? Sorry for late. I ada hal tadi. Tapi you all tak marah,kan? I kan puteri dari bulan.” Mei Lin memohon pengertian. Sekali lagi terhambur ketawa mereka.
“So, sekarang macam mana? Wanda selalu tak datang. Kita nak beritahu lecturer supaya singkirkan dia dari kumpulan, atau biarkan saja?“ Mei Lin menyoal. Masing-masing menyepi.

Saturday, November 21, 2009

Ku Terima Seadanya 12



Beg pakaiannya diletakkan di hadapan almari. Yusliza terus tertiarap di atas katil. Letih menempuhi perjalanan tadi. Matanya dipejamkan.
Fifi memandang rakannya. Ragu-ragu untuk bersuara. “Yus, kau penat?“
“Hmm...“balas Yusliza perlahan. Namun, mampu didengari oleh Fifi. Dia mengiring ke kanan lalu memeluk bantal.
“Aku ada perkara nak cerita dengan kau. Tapi kalau kau penat...tak apalah.“ ujar Fifi sedikit kecewa. Dia kembali menyambung aktivitinya.
Yusliza tersenyum kecil. “Ceritalah. Tapi bagi aku 10 minit. Aku nak rest kejap.“balas Yusliza. Ceria Fifi mendengarnya. Tidak sabar rasanya. Kalau ikutkan, mahu saja dia bercerita sekarang juga. Tapi,Yus… Ah, tak apalah. Bagi Yus rehat sekejap. Asalkan dia dapat bercerita dan Yusliza sudi mendengarnya.
Yusliza sekadar memejamkan mata. Sebenarnya, dia amat keletihan. Kalau boleh, ingin saja dia tidur. Namun, dia kasihankan Fifi. Tiga hari sendirian di bilik. Wanda pasti tidak pulang. Entah di manalah gadis itu tidur. Di sudah tidak peduli lagi. Yati pula pergi ke rumah mak ciknya. Setiap bulan dia pasti bermalam di rumah mak ciknya. Lagipun, jarak usia 3 tahun menjadikan mereka akrab. Selalunya, mereka berdualah yang terus setia menghuni bilik ini. Tapi minggu ini, Yusliza juga bercuti di Johor Bahru. Tinggallah Fifi sendirian.
Sepuluh minit sudah berlalu. Fifi memusingkan badannya mengadap Yusliza. “Yus, 10 minit dah berlalu.”riang Fifi bersuara.
Yusliza bangun. Dia menggeliat seketika sebelum menuju ke almari pakaiannya. Ada barang yang perlu dikemas. “Ceritalah.”
“Kau nak tahu, kami pergi Permata Holdings tu. Sampai sana mereka cakap ada masalah.”tanpa berlengah, Fifi mula bercerita.
Yusliza tersentak mendengarnya. Ah, susahlah macam ni! “Habis tu, macam mana? Kita kena cari site baru ke?“
“Tak. Dah settle dah.“jawab Fifi. Yusliza memandangnya hairan. “Mujur bos mereka tu, kenal Suresh. So, dia yang uruskan. Dia aturkan dengan syarikat lain. Sekarang ni,site kita bukan Permata Holdings tau.” Fifi memberitahu. Yusliza mengangguk faham.
“Tapi, bukan itu yang aku nak cerita kat kau.” Fifi tersengih-sengih. Yusliza mengangkat kening. Dah agak. Kalau tidak, masakan Fifi tidak sabar untuk bercerita dengannya.
“Kami jumpa pengurus syarikat tu. Fulamak... handsome. Cair aku dibuatnya. Dengar cerita,dia tu anak pemilik syarikat tu. Kalau kau ada, mesti kau pun terpikat juga. Dahlah handsome, kaya, baik pula tu. Kalaulah dia boyfriend aku…”ucap Fifi penuh perasaan. Dia sudah mula berangan-angan. Yusliza terus tersenyum.
“Oh Ahmad Badrul… Bilakah kita akan bertemu lagi” luah Fifi tiba-tiba sambil memeluk bantal. Berderau darah Yusliza mendengar nama itu.
“Siapa nama dia? Kau pergi syarikat mana ni?”tanya Yusliza. Dia ingin memastikan bahawa apa yang didengarinya tadi, sama dengan apa yang sedang berada di dalam kotak fikirannya.
“Aku pergi Glory Development. Si handsome tu, namanya Ahmad Badrul. Why?”soal Fifi.
“Nothing. Saja tanya.” ucap Yusliza. Pucat lesi mukanya. Mujur dirinya dilindungi dengan pintu almari. Jika tidak, pasti Fifi terlihat reaksinya tadi.
“Oh ya, masa kat JB, Aku jumpa someone.” Yusliza sudah menukar topik. Dia tersenyum nakal.
“Siapa?” Fifi ingin tahu. Senyuman Yusliza membuatkan dia curiga. Fifi sudah mula bersila di atas kerusinya.
“Abang Midi.”balas Yusliza. Berubah air muka Fifi mendengar kenyataan Yusliza itu. “Boyfriend kau tu pun boleh tahan. Handsome,kaya, baik… anak Tan Sri lagi…”tambah Yusliza.
Membulat mata Fifi. Bagai tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya. “Kau biar betul,Yus.”
“Apa pula tak betul. Abang aku kerja dengan bapak dia. Aku pun terkejut juga. Teruk dia aku sekeh.” Yusliza menambah cerita. Entah bila masa dia menyekeh lelaki itu. Fifi hanya mencebik. Macam berani dia nak sekeh kepala anak orang! Yusliza tertawa melihat cebikan itu.
“Kau cakap apa dengan dia?”
“Aku cakap, kau dah jadi duta kotex sekarang ni.“ ada saja idea Yusliza untuk mengusik rakannya itu.
Fifi mendekati Yusliza. Dicubit lengan Yusliza. Menjerit gadis itu dibuatnya. “Tell me the truth. Apa kau cakap dengan dia?” Fifi bersuara tegas.
“Aku cakap…err…aku cakap…”
“Yus!...”bentak Fifi.
Yusliza tertawa. Tadi bukan main seronok cerita fasal mamat handsome tu. Rupa-rupanya, dalam hati tu masih ada yang lama. “Mana ada cakap apa-apa. Kau tak pesan.”
Fifi menarik nafas lega. Dia kembali duduk di kerusinya. Laptop di atas meja dipandang kosong. “Dia...ada cakap apa-apa?“
“Dia cakap...“ Yusliza. menutup pintu almarinya. Dicapai tuala lalu disangkutkan di bahunya. Fifi memandangnya tajam. Macam ada yang tak kena aje.
“Dia cakap…” baldi dan bakul dicapai. Pintu bilik dibuka. Perlahan-lahan Yusliza keluar lalu menyarung seliparnya.
Fifi bangun dari duduknya. Mula mendekati Yusliza.
“Dia cakap, dia suka kau.” Yusliza menutup daun pintu lalu terus berlari ke bilik air.
“Yusliza!“


Badrul duduk bersandar di kerusinya. Tangannya di letakkan di belakang kepalanya. Dia tersenyum sendiri mengingati peristiwa semalam. Kalaulah gadis itu sudah menjadi miliknya...
Dengan bantuan Yusril, dia berjaya membuat pengumuman tentang hubungannya dengan Yusliza. Dengan bantuan bakal abang iparnya itu jugalah, Yusliza akhirnya bersetuju untuk pulang ke Kuala Lumpur bersamanya. Tersenyum dia melihat muka Yusliza yang mencuka. Entah kenapa dia sering menyakiti hati gadis itu dulu. Sedangkan dia sedar, membuat gadis itu menangis terasa seperti hatinya juga sakit. ‘kalaulah aku tahu budak perempuan dulu tu dan Yusliza adalah orang yang sama, mungkin sekarang, situasi kami berbeza.’
Badrul membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa. Terbayang lagi kisah semalam. Gadis itu dingin dengannya. Sepatah ditanya, sepatah dijawab.
“Hey awak! Kenapa awak hasut abang saya suruh saya balik dengan awak,hah?“keras Yusliza bertanya.
Badrul tersenyum kemenangan. “Mana ada aku hasut dia. Aku cakap aje dan dia bersetuju. Lagipun, aku ni kan bakal adik ipar dia.“ulas Badrul.
Yusliza mencebik. Comfirm ke awak nak kahwin dengan saya. Tak jatuh maruah nanti? Desis hatinya. Badrul hanya tersenyum melihat raut muka itu.
Suasana sepi seketika. Yusliza seperti tidak berminat untuk berbicara dengannya. Gadis itu lebih selesa dengan dunianya. Mencatat sesuatu pada buku nota yang dibawanya. Kemudian, dia akan tersenyum sendiri dan leka dengan novelnya. Kadang-kadang pula Yusliza akan bernyanyi-nyanyi kecil mengikut sesuka hatinya. Lagu yang sedap, jadi tidak enak didengar. Badrul hanya tersenyum dalam diam. Akhirnya, setelah penat, Yusliza terlena di tempat duduk sebelah.
Badrul singgah di rumah rehat Seremban. Ingin menghilangkan rasa letih dan mengantuk seketika. Dia menoleh ke arah Yusliza. Lena tidur gadis itu. Aku penat-penat memandu, dia sedap-sedap aje tidur.
Dia merenung gadis itu. Matanya menjelajah setiap inci wajah Yusliza. Gadis itu, tidaklah secantik mana. Dia biasa-biasa sahaja. Namun, wajah tenang itu mampu mendamaikan hati. Hilang sudah rasa mengantuk tadi. Badrul terus meneliti. Pandangannya terhenti pada bibir comel milik Yusliza. Nafsu lelakinya tiba-tiba bergelora. Pelahan-lahan dia mendekatkan bibirnya pada bibir gadis itu.
Niatnya terhenti apabila Yusliza mula bergerak. Dijarakkan sedikit wajahnya. Matanya tidak lepas memandang tunangnya itu.
Yusliza membuka matanya. Dia terpaku. Matanya yang bulat terkebil-kebil memandang Badrul. Jarak wajah mereka yang hanya terlalu dekat mendebarkan hatinya. “Apa awak buat ni?”
“Ingatkan kena cium dulu baru bangun.” Badrul tersenyum sinis. Yusliza menjeling.
Badrul melangkah keluar dari kereta. “Jom makan.“ajaknya.
Yusliza turut melangkah keluar. Marah, marah juga. Tapi rezeki jangan ditolak. Memang perutnya sudah lapar. Sebab itulah dia terjaga. Tapi bangun aje, nampak muka dia. Hisy…
Pintu bilik diketuk dari luar. Bertaburan lamunannya tadi. Badrul memanggil masuk.
Fikri tersengih. Ditangannya ada sekeping kad. Dihulurkan kad itu kepada Badurl. “Apa yang kau menungkan? Dari tadi aku perhati, senyum memanjang.“
Badrul menggeleng. Malu apabila di ditegur begitu. Fikiri tersenyum kecil. Bad...Bad... Kau ingat, aku tak tahu kau tengah angau? Aku bukan baru kenal kau. Dah lama, sejak sekolah rendah lagi. tak lain tidak bukan, pasti Yusliza yang ada dalam kepala otak kau tu.
“Kau dah minta maaf dengan dia fasal kes tu?“ soal Fikri ingin tahu. Badrul hanya mengangguk perlahan. “Apa dia cakap?“
Badrul hanya menggelengkan kepalanya. Fikri mengeluh. Aku ni macam bercakap dengan orang bisu pulak.
“Ni, berangan,berangan juga. Jangan lupa datang majlis aku hujung minggu depan. Bawa sekali buah hati kau,Si Yus tu. Mana tahu, korang terkena badi aku. Cepat sikit kahwin. Risau juga aku tengok kau ni. Senyum sorang-sorang macam orang gila. Lagipun, aku dah lama tak jumpa Yus. Rindu. Bukan kau aje yang rindukan dia tau.“usik Fikri lalu tertawa. Badrul memandangnya tajam. Sekepal penumbuk dituju kepada Fikri sebagai tanda amaran.
Yusliza... aku akan buat kau jatuh cinta semula kepadaku!


“Tadi ada orang call.“ beritahu Fifi sambil membuka laptop Yusliza. Lagu ‘Kau Ada Dia’ nyanyian kumpulan The Lima dimainkan. Sememangnya Fifi amat meminati lagu itu.
“Siapa?”
“Jamban.”jawab Fifi. Dia tersenyum kecil. “Tak sangka aku,jamban kau boleh telefon. Hebat,ya.“
“Kalau kau nak, kau minta kat anak Tan Sri tu.“kali ini, Yusliza pula berkata. Fifi menarik muka. Yusliza buat tidak tahu. Dia terus menyarung t-shirt coklat dan seluar pendek hitam. “Kau cakap apa?“
“Aku beritahulah yang kau mandi. Kau tak pesan apa-apa pun.“ Fifi memulangkan kata-kata Yusliza. “Lagi satu, dia cakap malam nanti dia call.“
Yusliza memerhati telefon bimbitnya. Kemudian, telefon itu dicampakkan ke di katil. Fifi pelik. Aik,takkan marah kot?
“Siapa jamban?“soal Fifi ingin tahu. Siapakah lelaki yang digelar jamban oleh temannya itu.
“Err…cousin.”jawab Yusliza sedikit gugup. Kalau jawab ‘tunang’ nanti, Fifi tidak percaya. Malah,dia pasti akan menjadi mangsa balingan bantal atau pukulan Fifi. Paling tak tahan, cubitannya yang cukup menyengat!
Fifi tergelak besar. “Sampai hati kau panggil dia jamban. Kenapa panggil macam tu?“
Suka hatilah. Dia lagi teruk, panggil aku beruk,tau! “Sebab...ha... sebab dia bukan jamban. So, aku panggil dia jamban.“ Yusliza memutar belit kenyataannya. Lain yang dihati, lain pula yang terkeluar dari mulutnya.
Fifi merungut sendirian. Tanya betul-betul, dia jawab berbelit pulak. Yusliza hanya tersenyum mendengar rungutan itu.
“Fifi, tadi Man call aku. Malam ni dia orang nak discuss sikit. Macam biasa, lepas Isyak.“Beritahu Yusliza.
Fifi memandang Yusliza hairan. “Yus,kalau aku tanya, kau jangan marah,ya.“
Yusliza mengangguk. Beberapa helai baju kurung dimasukkan ke dalam baldi. Fifi menarik nafas lega melihat anggukan itu.
“Kau dengan Man...ada apa-apa ke? Kalau nak discuss atau hal lain, mesti dia call kau. Nak tanya aku pun, dia call kau. Korang couple?” perlahan Fifi bertanya.
Membulat mata Yusliza mendengarnya. Aku ni tunang oranglah oi… Takkan nak buat hubungan dengan lelaki lain? Malu family aku nanti!
Gulp…Yusliza menelan air liur. “Hisy…apalah kau ni. Merapu aje. Aku dengan Man tak ada apa-apa. Kami kawan aje. Mungkin dia lebih selesa dengan aku sebab...yelah, kau dengan Suresh asal jumpa aje, mesti nak bergaduh. Malas nak melayan korang la tu.“jawab Yusliza. Fifi mencebik. Bukan aku yang mulakan. Si Suresh tu yang suka sangat usik aku!
“Kau pun apa kurangnya. Selalu Suresh call kau aje. Kata kerja group. Tapi kalau berbincang, macam korang berdua aje kat situ. Mentang-mentanglah aku dan Man tak join masa melawat site minggu lepas. Terasa kami diasingkan.“ Yusliza pura-pura berkecil hati.
Fifi terbangun. “Hey,kami kawanlah. Pandai-pandai aje kau ni. Dah, kau dengan Man buat kerja, takkan kami nak ganggu kerana hal kecil. Hisy...“ Fifi mula melenting. Tahu pun marah! Yusliza mentertawakan sahabatnya itu.
“Yelah...korang kawan aje. Aku tahu. Kau kan dah ada Abang Midi.“ Sengaja Yusliza ingin melihat reaksi Fifi. Gadis itu selamba. Tidak terusikkah perasaannya?
“Kau pun, aku tahu, kau dah ada tunang.”balas Fifi. Yusliza terkedu.
“Mana kau tahu?“soalnya sedikit cemas.
“Setiap kali tanya fasal boyfriend, itulah jawapan kau,kan. ’dah ada tunang’.“ Ajuk Fifi. Yusliza tersenyum kecil. Aku memang pun dah ada tunang,Fifi. Tapi aku tahu, kau tak pernah dan tak mungkin akan mempercayai aku.

Saturday, November 14, 2009

Ku Terima Seadanya 11



“Rindu betul abang dengan adik perempuan abang ni. makin comel pulak sekarang.“puji Yusril. Yusliza mencebik. Puji lebih-lebih, mesti ada sesuatu. Yusril kalau bab membodek, serah saja pada dia. Pandai betul dia mengayat. Tapi yang peliknya, kenapa sampai sekarang masih tiada teman wanita?
“Abang nak apa?” soal Yusliza sinis. Tersengih-sengih lelaki itu. Yusril mendekati Yusliza.
“Actually, I need you. Malam esok, company abang ada buat anniversary’s dinner. Abang tak tahu nak pergi dengan siapa. Kalau tahun lepas, bolehlah abang pergi dengan Kak Mira. Tapi sekarang dia dah kahwin. Takkan nak pergi dengan dia. So…” Yusril memandang adiknya penuh mengharap. Dia yakin, Yusliza mengerti pandangannya itu.
“So...abang nak kakak jadi couple abang, and pergi dinner tu?“ sambung Yusliza. Laju Yusril mengangguk.
“Kalau tak ada couple, tak payah pergi. Kan senang.”cadang Yusliza
“No! Takkan abang tak pergi. Apa kata bos nanti.”jawab Yusril. Tan Sri Nazarul dan Puan Sri Suraya sekeluarga amat mengenalinya. Kalau dia tidak hadir malam itu, apa kata mereka.
Yusliza memandang siling. Mencongak-congak sesuatu. Melopong Yusril melihatnya. “Kalau kakak setuju, berapa upahnya?” Yusliza berdiri bercekak pinggang.
Yusril mengerutkan dahi. Setiap kali minta tolong, mesti nak upahnya. Materialistik betul adik aku ni! “Kakak nak apa?” soal Yusril.
Yusliza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apa yang aku nak? Puas dia memikirkannya. Akhirnya, dia mendapat satu idea.
“Ada tiga syarat...“
“Banyaknya“ potong Yusril. Belum sempat Yusliza menyatakan syarat-syaratnya. Namun, apabila Yusliza mengugut tidak mahu pergi, Yusril mengalah. Apa-apa aje adik aku sorang ni!
“Pertama, sepanjang kakak kat sini, abang kena tanggung semuanya termasuk tiket bas untuk balik ke KL. Kedua, esok abang kena bawa kakak pergi office abang.”
“Nak buat apa? Abang banyak kerjalah.”pantas Yusril menjawab. Takkan nak pergi office pun budak ni nak ikut.
“Abang ingat, abang sorang aje yang ada kerja? Kakak pun ada juga tau. Kakak nak buat research sikit. Lagipun esok half day. So, kita lunch sama-sama sebelum abang kena bawa kakak pergi beli baju. No excuse. Ketiga, lepas ni, jom kita keluar jalan-jalan. Bosanlah duduk rumah aje. Lagipun, kakak dah lapar ni.” Yusliza mengusap perutnya. Tertawa Yusril melihat gelagat adiknya itu.
“Tapi kakak, nak beli baju untuk apa?”soal Yusril. Sejak tadi lagi dia hairan dengan permintaan itu
“Abang nak ke, ‘kekasih’ abang ni pakai baju tidur aje malam esok?” ujar Yusliza lalu beredar ke bilik.
Yusril terpinga-pinga. Betul juga kata adiknya itu. Kenapalah aku tak terfikir langsung. Bodoh betul! Namun, Yusril sudah mampu menarik nafas lega kini. Yusliza telah menyatakan persetujuannya untuk menemaninya malam esok.
Sejak dua minggu yang lalu, puas dia berfikir siapakah yang sesuai untuk dijadikan pasangan malam itu. Memanglah bukan dia saja yang bujang. Tapi, kebanyakkan kawan-kawannya telah mempunyai pasangan masing-masing. Amira, sahabat baiknya pula sudah berkahwin. Takkanlah nak ajak isteri orang. Hanya dia saja yang kurang memikirkan soal teman hidup. Kerana sikap itulah dia sering dileteri oleh ibunya.
“Abang, cepatlah cari isteri. Taklah pening kepala lagi nak cari pasangan. Nak bawa anak berpuluh pasang pun boleh.”usik Yusliza dari pintu biliknya. Segera dia menutup pintu bilik apabila Yusril sudah bangun menghampirinya.
Di dalam bilik, Yusliza tertawa apabila abangnya memarahinya dari luar. Marah-marah gurau aje…
“Esok cari baju, abang jangan menyibuk. Nanti entah apa-apa dia pilihkan untuk kakak. Entah-entah baju macam badut lagi.” Yusliza bersuara dari dalam bilik. Terbahak-bahak Yusril ketawa. Teringat peristiwa dulu ketika pertama kali dia pulang ke rumah setelah mendapat pekerjaan.
Ingatan terhadap adik-adik tersayang membuatkan dia teringin untuk membelikan sesuatu untuk mereka. Tshirt biru dan jeans hitam untuk Yusrizal sementara Yusliza pula dibelikan blaus berwarna-warni dan skirt labuh biru. Ropol-ropol yang terdapat pada blaus dan skirt labuh itu menarik minatnya. Pasti cantik jika digayakan oleh adik perempuannya.
Malangnya, sampai di rumah, dia dimarahi oleh Yusliza. macam badut katanya. Mereka semua tertawa apabila melihat Yusliza menggayakan pakaian itu.
Sejak itu, jika ingin membeli sesuatu, dia akan lebih berhati-hati. Terutamanya jika barang itu ingin diberikan kepada Yusliza. Dia pasti akan meminta pendapat daripada jurujual ataupun Amira. Paling tidak pun, dia akan membawa adik-adiknya bersama.
Kadang-kadang, Yusril tidak sedar bahawa adik perempuannya itu sudah meningkat dewasa. Baginya, Yusliza tetap budak perempuan yang menjadi kesayangan semua orang termasuklah keluarga Haji Ismadi. Maklumlah, Yusliza merupakan anak perempuan tunggal di kalangan mereka. Dialah racun, dialah penawarnya.


“Cik, buat apa kat sini?” tegur satu suara. Tersentak Yusliza dibuatnya. Namun, dia tetap selamba. Malas nak melayan. Biasalah...lelaki, memang gatal! Yusliza terus mencatat sesuatu pada buku notanya.
Yusliza mula rimas apabila menyedari lelaki itu masih tidak berganjak dari tempatnya. Yusliza mendongak. Bulat matanya memandang lelaki yang sedang tersengih-sengih di hadapannya.
“Abang Midi... lama tak jumpa. How are you? What are you doing here? You follow me” gurau Yusliza.
Terhambur tawa Hamidi mendengarnya. “Sudahlah ditanya macam-macam, dituduhnya pula kita yang bukan-bukan. Apa, Yus ingat, abang dah tak ada kerja lain nak follow Yus?” balas Hamidi. Merah muka Yusliza mendengarnya.
“Let’s me answer your question first. I’m fine. Makin berisi ni. And abang kerja kat sini. Yus buat apa pula kat sini?“soal Hamidi. Lama tidak bertemu, rindu pula ingin mendengar celoteh gadis itu.
“Yus buat kerja sikit. Sambil-sambil tunggu abang Yus. Abang Midi kerja kat sini? That’s mean…”
“Midi, tu client dah sampai. Kau ke mana? Lama juga dia tunggu.” Celah Yusril sambil mendekati mereka berdua.
“Abang, Abang Midi ni senior Yus. Abang ingat pengarah projek yang Yus cerita dulu? Dialah orangnya. Sampai buat Yus demam.”rungut Yusliza. Tertawa Hamidi mendengarnya. Yusril hanya mengiakan. Jauh di sudut hati, ada perkara yang membuatkan dia lebih risau sebenarnya.
Yusliza memeluk lengan Yusril sambil melentokkan kepalanya di bahu abangnya itu. “Abang Midi, inilah abang Yus.” Yusliza menyatakan hubungannya dengan Yusril kepada Hamidi.
Hamidi agak terkejut mendengarnya. “La…iya ke? Kenapa tak cakap awal-awal yang Yus ni adik Aril. Kalau Abang Midi tahu, senang kerja abang nak tackle Yus.”Usik Hamidi. Yusliza terjerit kecil lalu memukul lengan Hamidi. Hamidi tertawa. Dia sudah biasa dengan semua itu.
“Yus, abang ada hal kejap. Ada client. Kalau ada masa nanti, kita jumpa. Yus tengah buat kerja kan? Kalau ada masalah, beritahulah abang. InsyaALLAH abang tolong. Okeylah, abang pergi dulu.”ujar Hamidi. Yusliza mengangguk sambil tersenyum. Kemudian, dia terpinga-pinga. Tanya Hamidi? Dia tahu ke kerja aku macam mana? Bukan dia ambik jurusan lain ke? Ah…biarlah. Mungkin ada yang dia boleh tolong nanti.
“Eh aril, mana client tadi?” Hamidi bertanya.
“Tu.”jawab Yusril sambil menudingkan jarinya ke satu arah. Hamidi dan Yusliza turut mengalihkan pandangan mereka.
Yusliza terkedu. Mati senyumannya. Lelaki itu sedang merenungnya tajam. Terbayang-bayang lagi amaran yang pernah dilontarkan oleh lelaki itu kepadanya sebulan yang lalu. Kenapa dia ada di sini?
“Dah lama dia perhatikan kakak dengan Midi. Sebab tu abang cover. Takut dia salah faham.“ Yusril mula bersuara setelah Hamidi dan tetamunya itu masuk ke bilik.
Yusliza tersenyum tawar. Dia kembali duduk menyambung catatannya tadi. “Dia tak sepatutnya marah.” Perlahan Yusliza bersuara. Namun, sempat yusril mendengar kata-kata itu. Dia mula pelik. Kenapa pula tak patut? Yusliza kan tunang Badrul. Bisik hatinya.


Para pekerja NS Holdings sudah mula memenuhi ruang dewan hotel itu. Yusliza teruja melihat keindahan hiasan dan kemeriahan di situ. Yang lebih penting, dia tidak sabar-sabar untuk menyekeh Hamidi kerana tidak memberitahunya bahawa Tan Sri Nazarul itu adalah bapanya. Dia amat terkejut setelah Yusril memberitahunya siapa Hamidi yang sebenar. Itupun ketika mereka dalam perjalanan ke hotel tadi.
Yusliza bertegur sapa dengan Amira dan suami. Sempat dia menimang anak kembar mereka. Terkenang kembali zaman persekolahan dulu. Dia pernah berangan-angan untuk memiliki sepasang anak kembar bersama suami tercinta. Namun, kutukan dan penghinaan yang sering diterima membuatkan dia terus melupakan impian itu. Dia sudah malas memikirkan tentang cinta lagi.
“Abang Yus tu bila nak kahwin?“soal Amira.
“Kak Mira, Yus rasa abang tu tak ada perasaan la. Dia nak terus membujang kot.” Bisik Yusliza.
“Apa cakap abang awak macam tu!“tegur Amira lembut. Dipukul lembut bahu Yusliza. Terkekeh-kekeh Yusliza ketawa.
“Woi, anak dara tak elok ketawa macam tu.”tegas Hamidi. Yusliza terdiam. Dia menjeling tajam kea rah Hamidi. Tersengih-sengih lelaki itu. Amira mula meminta diri apabila suaminya memanggilnya. Tinggal mereka berdua. Hamidi dan Yusliza duduk.
Malam itu, banyak yang mereka bualkan. Tentang kehidupan dulu dan kini. Yusliza langsung tidak menghiraukan Badrul yang sering memerhatikannya. Amaran melalui pandangan mata yang diberikan oleh Badrul langsung tidak dipedulikan.
Badrul menghampiri mereka. Dia terus duduk di sebelah Yusliza. “Hai, seronok berborak.“
“Eh, Encik Badrul. Dah lama sampai? Tak perasan pula. Kami borak-borak kosong aje.Join us?” Hamidi mempelawa.
“Kenalkan,Yusliza. Yus, ni Encik Badrul.”sambung Hamidi lagi.
“Kami dah kenal.” Balas Badrul. Yusliza gelisah. Kalau boleh, biarlah orang lain tidak tahu tentang statusnya kini.
“Oh ya? Now, tell me, how you know her?“tanya Hamidi tiba-tiba.
“She’s…”
“Kami satu sekolah.”pintas Yusliza. Dia tidak peduli dengan renungan Badrul.
“I see… Yus, abang nak ke sana. Ada hal sikit. You all berboraklah.” Hamidi meminta diri lalu meninggalkan mereka.
Masing-masing diam membisu. Yusliza terus menonton persembahan oleh kakitangan NS Holdings. Dendangan lagu ‘Unbreak My Heart’ yang dinyanyikan oleh staff NS Holding menyentuh hatinya. Hampir saja dia menangis.
“Datang dengan siapa?” serius Badrul bersuara. Kecut perut Yusliza mendengarnya.
“Abang Aril.“balasnya pendek.
“Siapa Hamidi? Siap berabang-abang lagi.“
“Penting ke?“Yusliza menjawab.
“Siapa Hamidi?”sekali lagi Badrul bertanya.
“Takkan awak tak kenal? Hamidi anak Tan Sri Nazarul. Pekerja NS Holdings.” Yusliza masih lagi berdalih.
Jawapan itu benar-benar mencabar kesabaran Badrul. “Siapa Hamidi?” kali ini, dia bersuara lebih keras dan kuat.
Yusliza terkedu. Kemudian, dia tersenyum sinis melihat kemarahan lelaki di sebelahnya. “My senior.“
“Boleh percaya ke? Rapat semacam aje.”
“Suka hati awaklah nak percaya atau tak. Saya rapat dengan dia sebab dia tahu macam mana nak menghargai orang.lain.”sindir Yusliza. Matanya masih terus menonton persembahan di pentas. Namun gelora di hatinya, hanya ALLAH S.W.T yang maha mengetahui.
“Kenapa tak nak mengaku kau tu tunang aku?”
Yusliza memandang Badrul. “Penting ke? Tunang ke, kawan ke, tak ada beza pun antara saya dengan awak.“balas Yusliza selamba. Badrul kehilangan kata-kata.
Biarlah,dia perlu banyak bersabar. Dia yang melukakan, dialah yang perlu menyembuhkan luka itu. Itulah nasihat Fikri.
“Bila balik KL?”
“Esok.”
“Aku hantar.”
“Tak payah susah-susah. Saya dah beli tiket.“ sengaja Yusliza berkata begitu. Padahal, dia merancang untuk terus membeli tiket esok. Apa yang penting, malam ini, dia tidak akan membenarkan lelaki itu menyakitinya lagi.
“Kau sengaja nak sakitkan hati aku,kan!” bisik Badrul keras.
“Oh ya? Tak perasan pula. Anyway, better you go now. Tak elok awak duduk sebelah saya lama-lama. Nanti tak pasal-pasal masuk paper esok. ‘Badrul, anak pemilik Glory Development duduk berdua dengan beruk’. Kelakarlah.” Yusliza pura-pura ketawa. Sedangkan hatinya bagai ditusuk-tusuk.
“Apa yang kelakar tu?” Hamidi kembali menghampiri mereka berdua. Di belakangnya terdapat seorang lelaki dan seorang gadis.
“Tak…kami bual kosong aje. Pandai Encik Badrul ni buat lawak.”sinis Yusliza. Badrul diam. Terasa dengan kata-kata itu.
“Iya? Well, Yus, tengok siapa datang.” Hamidi menepuk belakang lelaki di sebelahnya.
“Abang Din! How are you?“tegur Yusliza girang. Mereka terus berborak. Tidak sedar yang Badrul telah pergi meninggalkan mereka.
“InsyaALLAH,nanti kat sana Yus tolong tengok-tengokkan Ijah. Kalau Ijah nakal, Kak Yus sekeh dia.“Yusliza bergurau.
“Jangan nanti Ijah yang jaga Yus.“usik Khairuddin. Yusliza memukul lelaki itu dengan begnya. Terhibur Hamidi dan Khadijah melihat gelagat mereka.
Kedengaran suara Yusril di atas pentas. Hamidi pelik. “Yus, apa Aril buat kat atas tu?“
“Itu yang Yus geram. Dia beria-ia ajak Yus. Tapi tadi dah last minute, ada orang mintak dia jadi pengacara. Pengacara asal ada emergency. Sebab tu Yus sorang-sorang aje.”rungut Yusliza. Mereka tersenyum mendengarnya.
“Tengok tu. Mereka mintak Encik Badrul menyanyi.“Khairuddin berkata. Semua mata tertumpu ke arah pentas.
“Saya tak pandai menyanyi. Tapi atas permintaan semua, saya cuba. Minta maaf kalau suara saya sumbang.”tertawa penonton mendengar kata-kata itu. Yusliza yang mendengar menahan tawa. Kalau tak nyanyi pun suara awak tetap sumbang. Kutuk Yusliza dalam diam.
“Lagu ini, saya tujukan khas untuk tunang saya. InsyaALLAH, kalau tiada aral, tahun depan kami akan berkahwin.”ujar Badrul. Yusliza terkedu. Kesemua penonton tertanya-tanya. Siapakah gadis yang dimaksudkan oleh lelaki itu.
Yusliza mula tidak senang duduk. Dia mula bangun untuk pergi dari situ.
“Yusliza, terimalah lagu ini...“kata Badrul lagi. Tiba-tiba, cahaya lampu di suluh ke arahnya. Yusliza tidak jadi melangkah. Dia senyum terpaksa. Semua mata sedang memandang ke arahnya. Tepukan gemuruh diberikan kepada pasangan itu.

Bukakan hatinya
Lembutkanlah jiwa
Kembali kepadaku
Selamanya…

Yusliza menoleh memandang Hamidi dan Khairuddin yang sedang kaku melihatnya. Yusliza duduk semula di kerusinya.
“Yus, betul ke apa yang kami dengar tadi?”soal Hamidi seakan tidak percaya. Mereka kelihatan bersahaja ketika bertemu tadi. Masakan tiba-tiba sudah bertunang?
Yusliza mengangguk lemah. Mereka yang hadir pada malam ini telah mengetahui tentang statusnya. Apa tujuan Badrul melakukan semua ini?
“Sejak bila? Kenapa tak pernah beritahu?“ Khairuddin pula bertanya.
“Baru lagi. Seminggu selepas kita mula bercuti semester lepas. Yus belum bersedia nak beritahu orang tentang hal ni.“Yusliza berterus-terang. Rasanya, alasan ini sesuai.
Hamidi meraup mukanya. Satu keluhan kecil dilepaskan. Sungguh, dia benar-benar terkejut. “Seminggu selepas cuti. That’s mean...masa kita berjumpa kat MPH tu, Yus dah...“
Yusliza mengangguk lagi. Bukan dia tidak mahu memberitahu. Tetapi baginya, ia tidak penting memandangkan tunangnya adalah insan yang terlalu membenci dirinya. Jadi, adakah ikatan ini akan diakhiri dengan perkahwinan? Dia tidak yakin dengan semua itu. Untuk apa dia menghebahkan tentang sesuatu yang tidak pasti?
“But please... Don’t tell anyone about this. Yus perlukan masa.”rayu Yusliza. Hamidi dan Khairuddin mengangguk lemah. Melihatkan rayuan itu, mereka pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jika tidak, masakan pertemuan mereka tadi kelihatan sepi. Bukan Hamidi tidak perasan layanan hambar dan sinis Yusliza serta renungan tajam Badrul kepada mereka.

Kau pergi jua
Demi mengubat hatimu
Lari dari perbuatanku
Menyakitkan...
Tak mungkin dapatku
Sembunyikan kesepian
Kini takdir yang menentukan
Ku terima balasan...
Rindu sampaikanlah
Bisik hati ini
Di sanubarinya
Cintaku yang bertakhta...

Lagu itu terus dinyanyikan.

Tuesday, November 3, 2009

Ku Terima Seadanya 10



“Wanda, please. Listen to me.”pujuk Yazid. Sejak akhir-akhir ini, hubungannya dengan Wanda semakin jauh. Entah di mana silapnya, dia sendiri tidak mengerti.
“Sudahlah. Kan I dah cakap yang antara kita, tiada apa-apa hubungan. Putus. I dah bosan dengan you. You think, I love you? Jangan haraplah! I tak pernah cintakan you.”tingkah Wanda kasar. Ditarik tangannya dari genggaman Yazid.
Yazid diam terpaku. Apa yang dia dengar tadi benar-benar menyakitkan hatinya.“How dare you,Wanda.” Yazid mula sebak. Dia terduduk lesu di sisi gadis itu.
“I fikir, kita saling mencintai. Rupa-rupanya tidak. I hanya bertepuk sebelah tangan. Kenapa you buat macam ni pada I?” Yazid sedaya-upaya bersuara tenang.
“Just for fun. Lagipun, I belum bersedia untuk serius dengan mana-mana lelaki. Tapi I tak sangka, ada seorang bakal peguam yang kacak boleh jatuh hati pada I sampai macam tu sekali. Bodohlah you ni,Yazid.” Wanda ketawa sinis.
Yazid bagaikan tidak percaya mendengar penghinaan itu. Wanda langsung tidak memikirkan perasaannya. Bertahun Yazid terus setia menyayangi gadis itu dan berkorban untuknya. Hari ini, dia menerima kata-kata itu. Sungguh menyakitkan.
“Boleh I tahu, apa salah I?“ Yazid masih terus mencari kesalahan dirinya.
Wanda merengus geram. “You ni pekak ke? Kan I dah cakap, I cuma nak berseronok aje dengan you. You tak salah apa-apa. I yang salah. Okey? Puas hati?” begitu mudah Wanda menuturka kata-katanya.
Yazid tertunduk. Dia bertepuk tangan tiba-tiba. “Tahniah…keseronokkan you berbaloi. You dah berjaya buat I terluka. Tahniah I ucapkan sekali lagi.”ucap Yazid. Di berdiri membelakangi gadis itu.
“Thanks,Wanda…kerana sudi jadikan I couple sementara you. Kerana buat I fall in love with you. Thanks. And thank you very much, untuk kata-kata tadi. I hope you’ll be happy…forever.” Yazid terus berlalu pergi meninggalkan Wanda. Hatinya benar-benar terluka. Kau...akan menyesal suatu hari nanti,Wanda.
Wanda terpana. Fikirannya kembali memikirkan butir bicara Yazid tadi.


Hamidi dan Khairuddin duduk di halaman rumah. Sudah dua minggu mereka mula bekerja di NS Holdings. Itupun setelah didesak oleh daddynya, Tan Sri Nazarul. Kalau diikutkan hati, dia ingin mencari pengalaman di tempat lain dahulu sebelum bekerja di syarikat daddynya.
“Jemput minum, Along, Abang Midi.“ujar Khadijah. Khadijah merupakan adik bongsu kepada Khairuddin.
“Wah...dah besar anak dara ni. bolehlah Abang Midi kahwinkan.“usik Hamidi. Dia tertawa apabila gadis itu memukulnya dengan dulang.
“Abang Midi jahatlah. Suka usik Ijah. Along, tengoklah Abang Midi ni.“adu Khadijah kepada Khairuddin di sebelahnya. Khairuddin hanya tersenyum.
Hamidi geli hati melihat aksi Khadijah. Akhirnya, gadis itu berlalu pergi meninggalkan mereka. Malas mahu melayan!
“Kau ni, tak habis-habis usik adik-adik aku. Kau berkenan ke?“duga Khairuddin. Kali ini, biar dia pula mengusik sahabatnya itu.
“Hisy...ke situ pulak kau ni. Aku anggap adik-adik kau tu macam adik aku aje. Tak pernah lebih.“pintas Hamidi.
“Yelah tu. Hmm...how’s Zirah? Adik aku ganggu dia lagi?“soal Khairuddin. Ingin mengetahui perkembangan adiknya yang seorang lagi.
“Huh...dulu marah-marah. Macam-macam keluar dari mulut dia. Sekarang ni, kalau adik kau, si Khairul tu tak ganggu dia, mulalah Zirah tak duduk diam. Resah memanjang. Malam-malam tak boleh tidur, kacau aku. Geram betul. Aku rasakan, mereka ni tengah bercintalah.“jelas Hamidi. Khairuddin tergelak besar mendengarnya.
Terkenangkan Khairul dan Hazirah, kisah mereka sungguh melucukan. Perkenalan mereka bermula di kedai kasut. Sikap keras kepala Hazirah dan keegoan Khairul menyebabkan pemilik kedai kasut tersebut akhirnya menghalau mereka berdua. Masing-masing pulang dengan wajah yang sugul dan macam-macam kutukan yang diberikan. Setelah bertemu buat kali kedua di rumah Khairuddin, mereka bertengkar lagi. Mujurlah dapat ditenangkan oleh abang-abang mereka. Namun, entah macam mana, mereka berdua tiba-tiba rapat dan seperti sedang bercinta. Hamidi pelik,Khairuddin hairan.
Hamidi menoleh ke arah rakannya yang menyepi. Timbul rasa ingin tahu apabila melihat wajah tenang Khairuddin.
“Din,kau ni…solo lagi ke? Tak ada yang kau berkenan?“
Khairuddin tersentak dengan pertanyaan itu. Dia kemudiannya tersenyum kecil. “Ada tu...memang ada. Tapi nanti dululah. Adik-adik aku masih belajar lagi. kau tahukan, abah dan umi aku dah meninggal dunia. Kami belajar pun, atas ihsan dari family kau. Kalau tak, aku tak merasa nak dapat ijazah ni. Kerja ni pun daddy kau yang offer. Kalau tak, mesti aku belum kerja lagi sekarang ni.“
“Din,family aku tak pernah berkira. Kami ikhlas nak tolong.“ujar Hamidi. Sedih pula mendengar luahan Khairuddin itu.
“Aku tahu. Sekarang ni, aku dah kerja. Sebagai anak sulung, aku bertanggungjawab terhadap mereka. Takkan selamanya kami nak bergantung kepada family kau. Selagi aku mampu, InsyaALLAH aku akan tanggung mereka. Lagipun, selepas kemalangan itu, semua saudara-mara tak mengaku kami adik-beradik sebagai saudara mereka. Kalau aku nak kahwin pun, siapa nak uruskan.” ulas Khairuddin panjang lebar. Dia mula sebak.
Hamidi menepuk bahu Khairuddin. “Din,jangan macam tu. Kalau kau dah bersedia, beritahu aku. Aku akan suruh parents aku masuk meminang dia. Family aku, family kau juga. Kan mummy aku selalu pesa,kita sekeluarga. Kalau ada masalah, jangan simpan sendiri.“ Hamidi berkata. Simpati Hamidi dengan nasib tiga beradik itu. Kehilangan ibu bapa sewaktu masing-masing sedang seronok menganyam cita-cita.
Khairuddin memandang sahabatnya. Terharu dengan kata-kata itu. Terlalu banyak budi yang telah keluarga Hamidi taburkan untuk mereka tiga beradik.
“Thanks Midi. Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau sekeluarga.“ ucap Khairuddin. Masih terpancar raut tenang pada wajahnya meskipun hatinya sudah mula menangis.
“Hey…kita kan kawan.”tutur Hamidi. Khairuddin tersenyum senang.
“Macam mana pulak dengan kau? Ada yang baru? Takkan asyik nak tunggu yang lama aje.” Khairuddin cuba mencungkil isi hati lelaki di sebelahnya. Hamidi diam seketika. Hatinya rawan tiba-tiba. Entah apa khabar si dia agaknya.
“Aku masih sayangkan dia. Pergi mana-mana, jumpa awek cun sekalipun, aku tak dapat lupakan dia. Bayangan dia terlalu kuat. Aku tak tahu macam mana nak luahkan. Aku tak dapat jumpa dia lagi. Nak hubungi dia, tak tahu nombor. I miss her.“ luah Hamidi. Sebagai sahabat yang paling dekat, Khairuddin memahami perasaan Hamidi.
Orang selalu cakap, peluang hanya datang sekali. Namun, banyak peluang yang datang kepada Hamidi. Sayangnya, setiap kali peluang itu datang, lelaki itu jadi takut untuk meluahkan isi hatinya. Kini, dia yang menanggung rindu.
“Sabarlah. Kalau dia jodoh kau, aku yakin korang akan bertemu lagi. Aku doakan kau bahagia.“Khairuddin menepuk belakang Hamidi. Cuba menyalurkan harapan melalui kata-katanya tadi. Hamidi tersenyum lalu mengangguk.
“Itulah, aku suruh mintak nombor telefon pun, kau lembab. Midi...Midi...“ Khairuddin menggeleng kepala. Hairan dengan sikap Hamidi. Nak minta nombor telefon pun takut.
Hamidi menjeling geram ke arah Khairuddin. Tergelak besar Khairuddin melihat jelingan itu. “Wah...menggoda betul jelingan kau tu.“usiknya lagi.


“Orang cakap, kalau kita teringatkan seseorang, orang itu pun akan teringat pada kita. Oleh kerana sekarang ni langsung tak teringatkan kau, maknanya kau bukan teringat pada aku. So, siapa yang ada dalam kepala otak kau tu?“ Yusliza memulangkan paku buah keras. Fifi mencebik. Dia menjeling rakannya itu. Nak kenakan akulah tu!
“Apa agaknya dia buat sekarang ni.“soal Fifi tanpa berselindung. Yusliza mengerutkan dahi. Memikirkan siapa ’dia’ yang Fifi maksudkan.
Melihatkan wajah Fifi yang kelihatan gembira, Yusliza mengerti akhirnya. “Oh, teringatkan si dia. Emm...mungkin, dia tengah cari alamat kau. Nak masuk meminang.“gurau Yusliza.
Fifi memukul Yusliza menggunakan bantal peluknya. “Pandailah kau! Entah-entah kenal aku pun tidak.“marah Fifi. Yusliza sudah terduduk mentertawakan Fifi.
“Setiap kali ada projek kolej, kau aje yang berjodoh dengan dia. Aku langsung tak pernah bekerjasama dengan dia.“Fifi menyatakan rasa tidak puas hatinya.
“Eleh...kau tu tak join apa-apa projek pun,kau boleh glamour. Sesiapa yang tak kenal donald duck, samalah seperti katak di bawah tempurung.“Yusliza masih terus mengusik. Fifi merengus geram.
Yusliza menoleh ke arah Fifi yang sudah menarik muka masam. “Aku nak ke JB hujung minggu ni. Ada apa-apa pesanan untuk si dia? Mana tahu, kami berjodoh lagi.“tersengih-sengih Yusliza bertanya. Fifi terdiam.
“Beritahu dia, I love you!“balas Fifi geram. Sebiji bantal dibaling ke arah Yusliza. Tepat pada sasarannya.
“Aku lupa nak cerita kat kau. Aku ada jumpa dia masa cuti sem 4. jumpa kat MPH. Katanya, stay kat rumah Abang Azman. Ada kerja. Tak tahu pula aku kerja apa.“terang Yusliza. Fifi hanya mendengar.
“Dia...ada cakap apa-apa?“tanya Fifi ingin tahu.
Yusliza menepuk dahinya. “Kau tak tanya pasal dia, macam mana dia nak tanya pasal kau pulak… Entah-entah kenal kau pun tak” Yusliza sengaja mengusik dengan kata-kata Fifi tadi.
Fifi terdiam. Dia terasa hati dengan kata-kata Yusliza itu. Tapi, mungkin itulah hakikatnya. Lelaki itu tidak pernah mengenalinya. Suasana di dalam bilik sepi.
Yusliza pelik dengan kesepian Fifi. Dia terasakah? “Weh, kau dah solat? Kejap lagi nak turun. Dah janji dengan dan Man, kan?“ Yusliza mengingatkan apabila melihat Fifi masih bermalasan di katilnya.
“Aku dilantik jadi duta kotex la...“jawab Fifi tersengih-sengih. Fahamlah Yusliza akan maksud sahabatnya itu. Macam-macam gelaran untuk masa-masa macam ni!
“Nanti aku sampaikan pada si dia yang kau dah jadi duta kotex.“ucap Yusliza selamba.
Terjerit Fifi mendengarnya. Malulah dia kalau Yusliza berkata begitu kepada kaum lelaki. Lebih-lebih lagi si dia... Sebiji lagi bantal dibaling. Yusliza sempat mengelak. Dia tertawa melihat muka Fifi yang sudah memerah.
“Bantal aku!“jerit Yati yang baru hendak menapak ke dalam bilik. Fifi hanya tersengih. Sorry la Yati,aku guna bantal kau. Yus ni, kacau aku aje.


“Wanda, malam tadi kau ke mana? Puas si Hakim, Adi dan Mei Lin cari kau. Satu malam kau tak balik…“ tanya fifi sambil mengelap rambutnya yang basah.
Wanda yang keletihan hanya menjeling. Terus dia berbaring di katilnya. “Keluar.“jawabnya ringkas.
“Dengan Abang Anwar kau tu?“soal Yati pula.
“Wei,korang boleh tak jangan menyibuk hal aku?“jerkah Wanda tiba-tiba. Terdiam Yati dan Fifi. Wanda bengang. Dia baru saja balik, dah di soal macam-macam. Bagilah rehat sekejap.
Yusliza masuk ke bilik. Baju kurung yang sudah siap digosok disarungkan ke tubuhnya. Dijeling seketika ke arah Wanda yang berbaring di katil.
“Wanda,baru balik? Tidur mana malam tadi?“ Yusliza pula bertanya. Sedikit bedak disapukan di muka. Rambut lurus miliknya disisir rapi.
Walaupun mereka tidak begiu rapat, namun, jauh di sudut hati Yusliza, timbul rasa risau apabila rakannya itu tidak pulang semalaman. Maklumlah, mereka perempuan.
“Ni sorang lagi. Kan aku dah cakap, jangan menyibuk hal aku! Jaga diri masing-masing. Aku balik ke, tak balik ke, itu aku punya pasal. Korang peduli apa!“ bentak Wanda geram. Menyibuk betullah mereka ni!
Yusliza tersentak. Dia berdiri di sisi Wanda. “Hoi, kau ingat kau tu siapa? Kalau ikutkan hati, kami pun tak sudi nak ambil tahu hal kau sebab kau tu tak pernah jadi orang penting dalam hidup kami! Aku tanya, sebab ada orang yang tanya pasal kau. Kalau macam ni, lain kali kalau kau nak pergi mana-mana, beritahu mereka. Pesan pada mereka, jangan tanya pasal kau pada kami lagi.“marah Yusliza. turun naik nafasnya menahan geram.
Yusliza mencapai begnya ingin segera keluar. Sampai di pintu, langkahnya terhenti. Dia menoleh ke arah Wanda. “And fine, lepas ni, kami tak akan campur tangan hal kau lagi. Tapi ingat, jangan sampai satu hari nanti, kau merayu pada kami. Hubungan kau dengan kami, hanya sekadar roomate. That’s all!“ Yusliza terus melangkah keluar. Fifi dan Yati yang diam sedari tadi saling berpandangan. Terkejut dengan kemarahan Wanda,dan terpaku dengan amukan Yusliza awal pagi itu. Tidak pernah Yusliza marah sebegitu.
Yati hanya menjungkit bahu. Mereka berdua beriringan keluar menyertai Yusliza. Entah apalah nasib dapat teman sebilik seperti Wanda. Adakah mereka yang silap? Atau Wanda sendiri yang lupa diri?
“Yus, apahal bising-bising tadi? Pagi-pagi lagi dah nak runtuh dinding bilik akak dibuatnya.“tegur Kak Hafsah ketika bertembung dengannya di tangga. Kak Hafsah merupakan senior mereka merangkap jiran biliknya. Gadis itu tersenyum manis.
“Emm...si Wanda tu buat hal. Kami tanya baik-baik, ambil berat pasal dia, dia nak marah-marah. Naik angin la saya.”jawab Yusliza.
Hafsah tersenyum. Memang perangai empat sekawan itu sukar dikikis. Tegur sekali, mula-mula okey. Tapi lama-lama, berulang lagi. Sebagai ketua aras, dia perlu menegur demi kapentingan penghuni lain.
“Akak bukan apa. Macam akak ni, dah terbiasa. Tapi orang lain, you all faham,kan?“ujar Hafsah lembut. Mereka bertiga mengangguk faham lalu meminta maaf.


“Pipi, sabtu ni kita pergi syarikat ni.”beritahu suresh sambil menunjukkan sekeping kertas. Tertera alamat Permata Holding di situ.
Fifi merengus geram. Geram dengan Suresh yang memanggilnya pipi. Mentang-mentanglah sebutan namanya hampir sama dengan perkataan pipi, lelaki india itu menggelarkannya begitu. Tambahan pula, Fifi memiliki pipi yang tembam walaupun tubuhnya kurus.
“Su, aku bagi amaran, don’t called me like that! My name is Fifi.” Fifi mengingatkan.
“But you called me Su.” balas Suresh. Dia sudah tersenyum melihat kemarahan gadis itu.
“Kau yang mula dulu!” Fifi sudah bercekak pinggang.
“Wei, dahlah tu.” Razman mula meleraikan. Bila nak siap kerja macam ni. Setiap kali bertemu, pasti bertengkar. Pening kepalanya. Aku kahwinkan nanti, baru tahu!
Razman menghampiri Yusliza dan berbincang sesuatu. Suresh yang hanya memandang mereka tersenyum nakal.
“Jus, aku tengok kau sesuailah dengan Man. Bak kata Karam Singh Walia, bagai pinang dibelah dua.“usik suresh sambil meniru suara wartawan TV3 itu. Kalau Fifi dipanggil pipi, Yusliza pula digelar jus. Suka-suka aje dia ubah nama orang!
Yusliza memandang Suresh. Lelaki itu memiliki kulit yang cerah bebandingnya walaupun beliau berbangsa india. Maklumlah, kacukan cina dan india. Bapanya berbangsa india sementara ibunya pula cina. Kedua-duanya merupakan doktor dan mempunyai klinik sendiri di Putrajaya.
“Kalau aku jus, kau susu. Kalau dicampur, mesti sedap,kan. Mesti anak-anak kita cantik,kan?”gurau Yusliza. Sengaja mengusik perasaan jejaka tinggi lampai itu.
“Pirahh…tak mahu aku. Tak sudi!” jawab Suresh. Gadis itu nampak saja diam. Tapi kalau diusik, ada saja jawapannya.
“Kalau kau tak sudi, aku berjuta-juta kali tak sudi.” Yusliza tidak mahu kalah. Dia terus berbincang dengan Razman. Suresh mencebik mendengarnya. Ditoleh ke arah Fifi. Gadis itu khusyuk meneliti alamat yang diberinya tadi. Ada sesuatu yang istimewakah?
“Yus, Fifi, puas aku cari kau. Mana Wanda? Nampak dia tak?“ tanya Zaidi. Termengah-mengah dia kerana berlarian tadi. Mendengarkan nama itu, Fifi dan Yusliza geram. Mereka memandang Zaidi.
“Dah mati!“jawab mereka serentak. Mendengarkan jawapan itu, Zaidi segera berlalu pergi. Nanti tak pasal-pasal, dia pula yang kena sembur dengan dua gadis itu.
Melopong Razman dan Suresh mendengarnya. Jawapan yang sungguh dahsyat.
“Korang ni, biar betul.” Suresh meminta kepastian tentang apa yang baru saja dia dengar.
“Dia kata, jangan ambil tahu hal dia lagi. So, bagi kami, dah matilah tu.“ balas Fifi. Terpinga-pinga Suresh. Macam tu aje? Dah mati?
Razman mengerti kini. Pasti mereka semua bertengkar. Dia kenal dengan Wanda yang gedik, materialistik dan mata keranjang. Tidak hairanlah kalau mereka semua tidak menyukainya.
“Okey, forget about that. Focus to our work now. Esok petang aku dan Yus dah nak bertolak balik.” ujar Razman lagi.


Sampai di kolej, Zaidi memarkirkan keretanya. Mereka berenam keluar terus berjalan menuju ke kafe. Padahal mereka semua baru saja lepas makan.
Sedang seronok bergurau senda, mereka terpandangkan kelibat Yati dan Azrul yang sedang duduk berdua. Timbul niat nakal mereka untuk mengusik pasangan itu. Basir Dan Hafiz dengan perangai gila-gilanya, mengipas-ngipas pasangan itu menggunakan tangan sambil mulut mereka terkumat-kamit mengalunkan bunyi kompang. Sementara Zaidi pula berpura-pura sedang bersilat. Silat apa kebendanya. Berguling-guling. Silat ke…sawan?
Si Hakim pula sempat merenjis-renjis air mineral di tangannya ke arah Yati dan Azrul. Terjerit-jerit pasangan itu dibuatnya. Fifi dan Yusliza yang menonton terkekeh-kekeh ketawa. Tanpa diduga, mereka berdua turut dipaksa oleh empat jejaka itu untuk menjadi sebahagian daripada mereka.
“Jahatlah korang. Ada ke patut suruh kami jadi ibu pengantin. Apa, tua sangat ke kami ni?”rungut Fifi.
Yati dan Azrul tidak mampu berbuat apa-apa. Segalanya berlaku secara spontan dan pantas.
“Sudah...sudah...korang buat macam ni pun, kami tetap belum sah suami isteri.“Yati bersuara. Kesemua mereka terduduk keletihan.
“Saja praktis. Tapi tadi aku terbau-bau nasi minyak. Sebab tu tak dapat kawal.“selamba Basir berkata.
“Lagipun mana tahu, korang nak guna khidmat kami suatu hari nanti. Ni saja bagi demo.“ sambung Hafiz pula.
“Yelah tu. Penat aku melayan korang ni.“ucap Yati. Tersengih-sengih mereka semua. “Aku saja aje lepak sini. Nak naik bilik,kena ngadap muka minah gedik tu. Malas aku. Kebetulan, Rul saja datang.“ jelas Yati. Peristiwa dijerkah pagi tadi benar-benar menyakitkan hatinya.
“Wanda ada? Ala...rasa nak balik rumah aje sekarang ni.“gerutu Fifi. Mereka yang lain hanya diam mendengar rungutan dua gadis itu.
Yusliza bangun dari duduknya. “Wei, aku naik atas dulu. Nak kemas. Petang ni nak bertolak.“ Yusliza mengundur diri. Secara tiba-tiba, dia kembali berpaling ke arah dua teman sebiliknya itu.
“Pasal Wanda tu, korang buat bodoh aje. Macam yang dia selalu cakap, bilik tu bukan bapak dia sorang yang bayar. Kita semua pun bayar juga. Kalau kau masuk bilik tu, anggap aje dia tak wujud. Kan dia dah pesan, jangan sibukkan hal dia.“ ucap Yusliza lalu melangkah pergi. Yati dan Fifi saling berpandangan. Masing-masing bersetuju dengan kata-kata Yusliza itu.

Sunday, November 1, 2009

Ku Terima Seadanya 9



Assignment telah pun diselesaikan. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Hakim berbaring dikatilnya. Zaidi dan Basir masih dengan tugas masing-masing sementara Hafiz pula sibuk bergayut di telefon. Bercakap dengan buah hatilah tu!
Hakim termenung. Fikirannya beralih kepada Yusliza. Pagi tadi gadis itu datang ke kelas dengan wajah yang pucat. Menurut Fifi, suhu badan Yusliza panas pada malam itu. Tetapi gadis itu tetap berdegil untuk menghadiri kelas pada pagi itu. Bebelan Fifi langsung tidak diendahkan.
Peristiwa petang semalam kembali ke layar ingatannya. Kesedihan Yusliza mengusik hatinya lelakinya. Terasa dirinya diperlukan oleh gadis itu untuk melindunginya. Sepanjang mereka berkawan, belum pernah sekalipun gadis itu menangis sebegitu. Ada juga dia bertanyakan pada Fifi dan Yati tentang Yusliza. Namun mereka seperti tidak tahu apa-apa. Cuma mereka mengatakan yang Yusliza kurang bercakap sejak akhir-akhir ini dan sering termenung.
Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa lelaki yang datang semalam? Kenapa pula Yusliza menangis? Mereka ada hubungankah? Tiba-tiba Hakim teringatkan kata-kata Yusliza berkenaan cincin di jarinya...
Ah, tak mungkinlah. Mana mungkin Yusliza bertunang. Bercinta pun dia tidak mahu, apatah lagi bertunang. Bukan tiada yang berminat. Dia yang menolak. Tapi, apa pula yang berlaku semalam?
Hakim merengus geram sambil menggaru kasar kepalanya. Dia ketandusan idea. Siapa lelaki itu? Kenapa Yusliza menangis? ‘Tapi…yang aku sibuk-sibuk memikirkan hal orang lain kenapa?’bisik Hakim sendiri.
“Apahal kau ni? Gila atau angau? Cakap sorang-sorang. Pusing sana,pusing sini. Garu sana, garu sini...“ tegur Basir. Zaidi turut memerhati. Hakim tersengih. Tidak sedar bahawa kata hatinya tadi terluah keluar dari mulutnya. Dia terus bangun dari pembaringannya. Mug di atas meja diambil. Air kopi yang masih berbaki diteguk habis. Dia duduk semula di mejanya. Teringat semula pada perbualan semalam.
“Apa dia nak tadi?” soal Hakim setelah suasana di antara mereka sunyi buat kali kedua.
“Just…jumpa aku. Kim, aku nak tanya kau sesuatu,boleh?” Yusliza memandang Hakim penuh mengharap. Hakim hanya tersenyum mengangguk.
“Aku ni, teruk sangat? Ke...buruk sangat?“tanya Yusliza.
Tersentak Hakim mendengarnya. “Kenapa kau cakap macam tu? Kau baik, Yus. Aku suka kawan dengan kau.“ikhlas ucapan dari hati Hakim. Gadis itu baik. Bukan sahaja baik dengannya,malah keluarga, rakan dan orang disekelilingnya juga. Kadang-kadang Yusliza akan membeli sesuatu untuk adik-adik Hakim di kampung. Bila dilarang, Yusliza akan tetap berkeras.
Pernah mereka bergaduh kerana Yusliza terlalu menurut permintaan adik-adiknya sedangkan mereka tiada apa-apa ikatan melainkan ikatan persahabatan. Ada juga dia ternampak Yusliza bersusah payah membawa beg besar dari rumah setelah cuti raya. Rupa-rupanya dia membawa kuih-muih dan diagihkan kepada beberapa orang pekerja dan kawan-kawannya. Terpegun Hakim melihatnya.
Cuma mereka yang tidak mengenalinya akan menganggap gadis itu sombong. Mungkin kerana sikapnya yang nampak diam dan sukar memberi senyuman membuatkan orang lain kurang selesa dengannya. Padahal gadis itulah yang galak mengusik teman-teman yang lain. Yang menjadikan mereka teman karib.
“So, aku ni buruklah. Patutlah orang tak suka aku.“ujar Yusliza. terhenti lamunan Hakim mendengar kata-kata itu.
“Siapa cakap kau buruk? Kau cantik apa. Lebih-lebih lagi mata kau tu. Aku rasa macam nak cungkil aje mata kau tu, tukar dengan mata aku.“gurau Hakim. Yusliza hanya tersenyum marah. Sempat lagi mamat ni nak bergurau dengan aku!
Hakim tertawa melihat wajah itu. “Kau cantik,Yus. Kalau kita tak jadi sahabat, mungkin sekarang ni aku tengah fikir cara nak tackle kau.“kali ini Hakim serius. Terkedu Yusliza mendengarnya.
“Lagipun manusia adalah sebaik-baik ciptaan-NYA. Semuanya sama, cantik. Siapalah aku untuk menilai dan mengkritik milik-NYA itu.”
Yusliza terpegun mendengar kata-kata Hakim itu. Kalaulah Badrul seperti Hakim, tidak perlu mereka dijodohkan oleh keluarga. Malah, mereka sendiri akan bertemu keluarga masing-masing minta dijodohkan.
Hakim hanya memerhati gadis di sebelahnya yang kini sudah kembali ke dunia khayalan.
“Hoi! Termenung aje.“sergah Zaidi. Terkejut Hakim dibuatnya. Hakim membetulkan duduknya. “Apa yang kau fikirkan?“soal Zaidi sambil tertawa. Hakim hanya menggeleng.
Zaidi mengeluh. Malas mahu bertanya lagi. “Kim, kau tahu tak kenapa dengan Yus? Aku tengok dia lain macam aje pagi tadi. Macam ada problem aje.“ Zaidi mengesyaki sesuatu.
Hakim memandang Zaidi. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Cuma, Yusliza memintanya agar tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang berlaku petang semalam.
“Entahlah. I’ve no idea. Eh, aku nak tidurlah. Mengantuk. Good night.” ucap Hakim lalu berselubung di sebalik selimut.


Badrul menghempas fail di atas mejanya. Dia baru sahaja dimarahi oleh abahnya kerana gagal menghadiri temujanji dengan Datuk Zainal. Mujurlah Datuk Zainal itu adik sepupu abahnya. Kerana itu beliau sudi untuk mengatur pertemuan yang baru.
“Abah pelik dengan kau ni. Kenapa sejak dua tiga hari ni, kau macam selalu cuai? Kau ada masalah? Abah tak mahu kau campur adukkan soal kerja dengan soal peribadi. Kau dengar tak, Bad!“ marah Haji Ismadi apabila melihat anaknya itu hanya merenung kosong ke arah dirinya. Seolah-olah apa yang dia perkatakan itu cuma masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
“Dengar. I’m sorry.abah. Bad tak sengaja.“balas Badrul. Tidak lama kemudian, dia berlalu masuk ke biliknya.
Badrul meraup mukanya berkali-kali. Pertemuannya dengan Yusliza beberapa hari yang lalu membuatkan dia gelisah begini. Badrul rasa tidak tenteram. Dia kesal dengan kelancangan mulutnya. Menyesal dengan apa yang telah dia perkatakan kepada gadis itu.
Sebenarnya,tujuan dia ke sana adalah untuk berbaik dan mengajak Yusliza keluar. Sebaik sahaja sampai, dia terlihat kemesraan antara tunangnya dengan seorang lelaki. Perasaan cemburunya tiba-tiba datang. Kerana tidak dapat mengawal perasaan tersebut, dia telah mengatakan sesuatu yang tidak patut dia ucapkan. Badrul yakin, Yusliza pasti akan lebih terluka dengan kata-katanya itu.
Badrul mencapai telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu pada skrin telefon untuk dihantar kepada tunangnya.

I’m sorry. I luv u

Badrul ingin menekan butang ’send’. Namun, perbuatannya itu terhenti. Sebaliknya, dia menekan butang ’delete’. Badrul menumbuk mejanya. ’Yus, i love you. Do you hear me? I love you so much!’ jerit hatinya.
“Kau ego, Bad!”satu suara memarahinya.
Badrul terduduk di kerusinya.
Bunyi dentuman yang kuat dari bilik Badrul menghentikan perbualan Fikri dan Fida. Kedua-duanya saling berpandangan. Fida hanya menggeleng tidak tahu. Fikri segera masuk ke bilik Badrul.
“Bad,bunyi apa tadi? Kau okey?“ soal Fikri cemas.
Badrul diam. Dia hanya tertunduk. Pertanyaan Fikri langsung tidak diendahkan.
“Bad, kau kenapa? Ada problem?“Fikri mula memperlahankan suara. Tiada lagi riak cemasnya. ’Kena slow talk ni. Kalau tidak, dengan aku sekali kena halau keluar.’bisik hati Fikri.
Perlahan-lahan Badrul mengangkat muka memandang Fikri. Fikri terkedu. Jelas kelihatan raut wajah Badrul yang sedih dan keliru. Simpati dia melihat keadaan sahabat baiknya itu. Ini mesti berkaitan dengan Yusliza. Sampai macam itu sekali keadaannya. Adakah ini yang dinamakan balasan?
“Aku pergi jumpa dia. Aku nak berbaik,aku nak ajak dia keluar. Tapi, aku nampak dia sedang bermesra dengan orang lain. Dan aku...“Badrul tidak meneruskan kata-katanya.
Fikri memandang tepat ke anak mata Badrul. Timbul rasa hairan. “Dan kau?“
“Aku cakap sesuatu yang menyakitkan hati dia. Dia menangis,aku buat tak tahu aje. Aku menyesal dan…”
“Apa yang kau cakap kat dia?” Fikri memintas kata-kata Badrul. Badrul terdiam seketika. Dia mengumpul kekuatan.
“Aku cakap, tolong jaga diri baik-baik. Jangan buat perkara yang memalukan. Dia tunang aku. Tolong jaga maruah aku. Dan...“ayatnya mati lagi. Fikri memandang menunggu ayat yang seterusnya.
“Aku cakap, kalau tak kerana desakan keluarga, aku tak ingin jadikan dia tunang aku. Aku telah menghina dia lagi,Fik.“luah Badrul.
“Astaghfirullah-al-azim.“ Fikri beristighfar mendengarnya. Sampainya hati Badrul berkata begitu kepada Yusliza. Kalau sayang, kenapa masih menyakitinya, Bad? Kesian Yus...


“Untuk tugasan kali ini, saya yang akan agih-agihkan nama untuk membentuk kepada beberapa kumpulan. Saya tidak mahu, asyik orang yang sama saja setiap kali diberi tugasan.“terdengar suara-suara rungutan selepas Profesor Abidin berkata begitu. Profesor Abidin berlagak selamba.
Setiap kali memberi tugasan, dia gemar memberi kebebasan kepada para pelajarnya untuk memilih ahli kumpulan masing-masing. Tapi kali ini, dia yang akan membahagikan antara mereka.
“Setiap kali hantar assignment, asyik nama orang yang sama aja dalam kumpulan tu. Jangan ingat saya tak ambil tahu. Now, four people for one group. Sabrina and Zaiful. Saya tahu you all couple. But for this assignment, I will separate both of you. Sabrina,you group dengan Visa,Chandran and Dalilah. Zaiful, you sekali dengan Haryati, Xin Yi and Kamal.” Beberapa pelajar tertawa kecil melihat pasangan yang sudah malu-malu apabila mereka diperkatakan begitu oleh Profesor Abidin.
Professor Abidin terpandangkan pelajarnya yang selalu banyak soal di dalam kelas. Fifi sedang seronok mentertawakan Sabrina dan Zafrul. “ You Fifi, jangan nak ketawakan orang aje. Kali ini, saya pilih Razman dan Suresh untuk menjadi pasangan you and Yusliza.”ujar professor Abidin. Mati senyuman Fifi apabila disergah begitu oleh profesornya.
“Wanda, Mei Lin, both of tou ganti tempat Yusliza and Fifi. Sekali dengan Hakim and Zaidi.” Kedua-dua gadis itu mengangguk setuju. Gembira Wanda apabila dia sekumpulan dengan Hakim dan Zaidi. Berbeza pula dengan dua lelaki itu. Mereka sedikit kecewa dengan pembahagian ahli kumpulan itu.
Profesor Abidin terus menyebut nama-nama yang lain. Setengah jam kemudian, kelas bersurai. Fifi dan Yusliza beriringan keluar.
“Tak bestlah...kita berempat tak jadi satu group.“rungut Hakim. Zaidi di sebelahnya hanya mengangguk. “Ni semua kau punya pasal. Kalau kau tak gelakkan Rina dan Epul tadi, mesti prof sebut nama aku dan Adi.“tuduh Hakim sambil memandang Fifi. Dia bergurau sebenarnya.
“Eh,aku pulak...“Fifi memukul Hakim menggunakan begnya. Tertawa Hakim sambil menggosok-gosok lengannya yang sakit.
“Ala korang ni...aku kan ada.“sampuk satu suara. Entah dari mana dia muncul. Masing-masing buat tidak tahu. Mereka terus mengatur langkah.
“Fifi,Yus, wait a minute.”teriak Suresh. Langkahnya dipercepatkan untuk mendapatkan mereka. Razman di belakangnya hanya menurut. Fifi dan Yusliza pula sudah menunggu. “Bila korang nak discuss?”
Razman yang baru duduk bersuara. “Ada idea? Kalau ada, kita discuss awal, siap awal.
“Korang, tapi aku ada hal hujung minggu ni. Aku nak ke JB.“beritahu Yusliza. Dia sudah berjanji dengan abangnya untuk ke sana minggu ini. Abangnya yang beria-ia memujuknya ke sana.
“Samalah dengan aku. Aku nak pergi Melaka. Kakak aku buat kenduri.“ Razman pula berkata.
“So,yang ada sekarang ni cuma aku dan Fifi aje.“masing-masing terdiam. Memikirkan tindakan seterusnya.
“Kalau lambat dapat site,lambat kerja kita nanti...“perlahan Razman berkata sambil memikirkan sesuatu.
“Macam inilah. Sekarang ni, kita cari site,selewat-lewatnya hari Jumaat. So, aku dan Suresh boleh pergi site hari Jumaat or Sabtu. Korang settlekan hal masing-masing. Tapi nanti korang balik, banyak sikitlah kerja korang.”ujar Fifi sambil tersengih.
“Aku tak kisah. Asalkan kita bekerjasama siapkan assignment tu. Okeylah, guna idea kau tu. Macam mana Suresh,Yus?“ jawab Razman.
“Aku tak kisah. Janji siap,kita semua faham, lecturer tersenyum aje tanda assignment kita.” Gurau Yusliza.
“Aku pun setuju.”sahut Suresh.
“Okey, malam ni kita discuss lagi kat kafe kolej. Jam 9.00. Sharp!” tegas Fifi. Semua mengangguk setuju. Yusliza tersenyum sendiri. Eleh…sharp konon. Nanti dia yang lambat. Nak turun ke kafe pun, nak berbedak dulu…
“Yang kau ni, kenapa senyum sorang-sorang ni?” sergah Fifi sambil menampar bahu Yusliza. Yusliza menggeleng laju. Fifi menjungkit bahu. Lantak kaulah, Yus.
“Korang nak ke mana ni?“ soal Razman.
“Nak pergi makan. Tu mamat dua ekor tu beria-ia ajak lunch kat KFC. Entah mengidam agaknya. Tak pernah-pernah ajak kami ke sana. Selalunya kalau di ajak, bukan main liat. Tak kenyanglah, itulah, inilah.“bebel Yusliza. Razman tersenyum. Sesuka hatinya aje gelar Zaidi dan Hakim mamat dua ekor? Nasib koranglah...

Friday, October 30, 2009

Ku Terima Seadanya 8

“Hisy…susah betullah. Masa cuti, aku rindukan korang. Bila dah naik cuti ni, rasa malas pula. Kalau tak kerana ada hal, hujung minggu depan baru aku balik sini, tau.“rungut Fifi di hadapan Yusliza sambil mengemas barang. Yusliza yang juga sedang mengemas barang hanya tersenyum.
“Ala…tinggal dua semester ni aje. Lepas tu, kau merdekalah. Kau nak apa, nak kerja,nak kahwin...suka hati kau. Tapi yang penting, kena buat betul-betul la. Kalau tidak, kau tambahlah lagi setahun duduk sini.“balas Yusliza. Tersenyum dia melihat Fifi yang terduduk lesu di hadapan almarinya. Mood malas agaknya. Kalau diperhatikan, masih banyak lagi barangannya yang belum dikemaskan.
“Hisy kau ni...ke situ pula. Lambat lagilah aku nak kahwin! Boyfriend pun tak ada.“gerutu Fifi. Yusliza tersenyum kecil
Suasana sepi seketika. Masing-masing buat hal sendiri. Fifi bersuara tiba-tiba. “Agak-agak lepas tamat pengajian kita kat sini, kita jumpa lagi,tak? Mana tahu, sibuk dengan hal masing-masing sampai terlupa.”
Yusliza memandang Fifi. “Insya-ALLAH,kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Tapi kalau sampai terlupa tu, takkanlah. Melainkan kau masuk hospital mental. Yang tu memang ada kemungkinan besar kau lupa pada kami.“Yusliza tergelak besar dengan kenyataannya sendiri.
Fifi menghampiri Yusliza.Disekehnya kepala gadis itu. Terjerit-jerit Yusliza dibuatnya. “Suka-suka aje kau kata aku masuk hospital gila. Kau tu,entah-entah kahwin pun tak ajak aku.“gurau Fifi. Yusliza terkesima. Kahwin? Ah,cepat betul masa berlalu. Harap-harap biar aku lambat dapat kerja. Biar lambat sikit aku disatukan dengan mamat bongkak tu!. Eh,tapi kalau aku lambat dapat kerja,takkan nak tanam anggur di rumah? Uwaa... macam mana ni....
“Hoi,yang kau termenung tu kenapa! Tu, Faizal Tahir dah melalak.“ sergah Fifi. Yusliza menoleh ke arah telefon bimbitnya yang sedang memainkan lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir.
“Fifi,tolong angkat. Aku nak tukar baju kejap.“arah Yusliza
Fifi menjawab panggilan tersebut. Kecoh mulutnya memarahi Zaidi dan Hakim kerana memanggilnya Donald Duck. Bingit telinga. Pasti cair tahi telinga dua jejaka itu mendengarnya. Apatah lagi Fifi membalas dengan bermacam-macam gelaran kepada Zaidi dan Hakim.
“Korang nak apa ni?“tanya Fifi kuat. Yusliza tidak mampu berkata apa. Dia sudah biasa.
“Okey,pukul 1.00 nanti tunggu kat kafe.” Fifi mematikan talian. Telefon bimbit diletakkan semula ke atas meja Yusliza. Dia bangkit kembali menyimpan semua pakaiannya ke dalam almari.
“Adi dan Hakim ajak lunch sama-sama di kafe. Pukul 1.00 nanti. Anisa pun ada sama.”jelas Fifi. Yusliza hanya mengangguk setuju. Sudah lama juga dia tidak bertemu dengan Anisa.


Badrul termenung di halaman rumah. Memikirkan keadaan dirinya. Baru sebentar tadi dia dimarahi oleh Hajah Rozi. Semuanya kerana Yusliza. Argh...tak telefon dia pun, aku kena marah. Sayang betul emak pada gadis itu. Bisiknya sendiri.
“Apa yang Abang Bad fikirkan?“tegur Bahari, adik bongsunya lalu duduk di sebelah Badrul.
“Tak fikir apa-apa. Saja termenung. Bila kau balik universiti?“soal Badrul. Adik bongsunya itu sebenarnya sebaya dengan umur tunangnya. Cuma Bahari lahir awal tujuh bulan daripada Yusliza.
“Ada seminggu lagi cuti. Hujung minggu nilah Ayie balik.“jawab Bahari. Dia mencapai surat khabar di atas meja lalu dibacanya. Badrul kembali semula kepada aktivitinya tadi.
Memikirkan Yusliza membuatkan dirinya jadi tidak menentu. Kalaulah dia tahu yang Yuslizalah budak perempuan comel yang selalu membuatnya cemburu dulu, sumpah,dia tidak akan sesekali membuat sebegitu kejam kepada gadis itu. Malah tanpa ada rasa bersalah, dia mengutuk gadis itu sesuka hati di hadapan rakan-rakannya. Kalaulah mereka tahu yang sekarang ni Yusliza sudah menjadi tunang aku,apa agaknya reaksi mereka? Terngiang-ngiang kembali perbualannya bersama-sama rakannya 5 tahun dahulu.
“Awek aku,mesti baik, sopan, bertudung, hormat keluarga, dan paling penting beriman.“Ayub bersuara. Rakan-rakannya hanya mencebik. Ayub kalau bercakap, Siap ada pergerakkan pada kaki dan tangannya. Lagak seperti seorang pakar motivasi yang sedang memberi ceramah di televisyen. Tapi...kalau dilihat dengan terperinci, si Ayub ni lagi over!
"Aku pun. Lagi satu, setia dan bertanggungjawab. Kalau boleh, aku nak dia jadi isteri,teman dan kekasih yang memahami. Ibu yang baik kepada anak-anak aku dan menantu yang menghormati dan disayangi keluarga aku.“tambah Fikri. Dia mula berangan-angan. Siapalah agaknya jodoh aku.
“Kalau aku, aku lebih suka yang cantik,pandai. Aku suka gadis yang tahu bawa diri. Senang. Lagi satu, biar bila orang tengok, mereka tahu betapa hebatnya aku berjaya memiliki seorang gadis yang menjadi idaman setiap lelaki.“megah Badrul berkata. Amirul hanya tersenyum mendengarnya. Bongkak betul dia ni.
“Yus kau nak letak mana? Dah lama dia tunggu kau.“sengaja Ayub mengusik Badrul.
“Huh,tak mahu aku. Benci betul aku dengan dia. Dahlah ada banyak panau dan jerawat. Tengok dari jauh aje, orang dah lari lintang-pukang.“Badrul mengutuk Yusliza. Beristighfar rakan-rakannya mendengar Badrul berkata begitu.
“Tak baik kau cakap macam tu. Kau menghina dia. Dia pun ada hati, ada perasaan.”ujar Ayub sambil memegang bahu rakannya,
“Betul tu. Aku nak tanya, kenapa kau benci sangat dengan dia? Apa dia dah buat pada kau? Dia ada acu pistol pada kau,suruh kau terima dia ke?“ Fikri bertanya. Badrul terdiam. Dia hanya tersenyum sinis. Iyalah,kenapa aku benci sangat pada dia?
“Kalau kau tak suka, janganlah menghina. Dia ada maruah,harga diri. Kalau kau tak suka, tak apa,ada orang lain yang akan hadir untuk menghargai dia. Kau percayalah cakap aku. Siapa tahu, mungkin dikalangan kita sendiri. Satu perkara yang kau mesti ingat. Simpan dalam kepala otak kau apa yang aku nak cakap ni. Jangan terlalu membenci seseorang kerana boleh jadi orang yang kita benci itu adalah orang yang paling kita sayang suatu masa nanti.“pesan Amirul. Badrul malas mendengarnya lagi. Dia pergi meninggalkan rakan-rakannya.
Bahari hairan melihat abangnya yang diam terpaku di kerusinya. Dia sedang berkhayal tentang sesuatu. Entah apalah yang sedang difikirkannya.
“Abang Bad...“tegur Bahari sambil menyentuh bahu Badrul. Di turut terkejut apabila Badrul tersentak dengan panggilannya tadi. “Abang Bad okey?”
Badrul mengeluh kecil. Dia memandang ke arah adiknya. “Abang okey. Abang masuk dululah. Abang belum solat Asar lagi ni.” Badrul meminta diri. Bahari hanya tersenyum mengangguk.


Suasana di kafe masih lengang. Maklumlah, masing-masing masih lagi bercuti. Mahu manfaatkan masa seminggu yang masih berbaki. Kalau tidak kerana mereka perlu menguruskan kemasukan kemasukkan junior sesi ini,pasti mereka masih di rumah sekarang ini. Tapi hendak buat macam mana. Mereka semua berjawatan dalam kolej. Orang terkenallah katakan… Hisy,perasan pula! Yusliza berbisik di dalam hati.
Zaidi, Anisa, Hakim, Fifi dan Yusliza makan bersama. Bergema suara mereka di kafe itu,lebih-lebih lagi suara si Fifi. Apatah lagi apabila Zaidi dan Hakim mengusiknya. Makin bingit telinga mendengar suara jeritannya.
Ketika Yusliza menghulurkan tisu kepada Hakim, Zaidi leka memerhatikan cincin yang tersarung pada jari manis Yusliza. Tanpa sedar, dia menangkap tangan gadis itu. Tindakan spontan dan selamba Zaidi itu membuatkan Yusliza tergamam. Segera dia meronta minta dilepaskan.
“Wei Adi,lepaslah! Suka-suka kau aje pegang anak dara orang. Tu, cik puan kat sebelah tu dah pandang lain macam aje. Macam nak tembak aku aje.“ tegur Yusliza. Zaidi hanya tersengih. Anisa disebelahnya hanya tertawa mendengar gurauan daripada Yusliza. Manalah aku ada pistol atau senapang nak tembak dia.
“Tak sengaja. Cincin apa tu Yus?“ soal Zaidi lalu melepaskan tangan gadis itu. Semua mata tertumpu ke arahnya.
Yusliza tersenyum kecil. “Cincin pertunangan aku.”balasnya.
Semua terkedu seketika. Terkejut mendengar pengakuan daripada gadis itu. Tidak berkelip mata Zaidi memandang Yusliza. “Kali ni dengan siapa pulak? Penyanyi ke pelakon? Ke...atlet lagi?“tanya Zaidi sambil menahan tawanya. “Orang mana,wei? Malaysia…Indonesia…Amerika…Singapura…”tambah Zaidi lagi. Kali ini, dia ketawa terbahak-bahak. Mereka yang lain turut mentertawakan dirinya.
Yusliza masam mencuka. Jauh di sudut hati, dia berkecil hati dengan kawan-kawannya. Sebenarnya,dia ingin memberitahu tentang status barunya dan berkongsi rahsia hati bersama mereka hari ini. Namun,mereka semua memperlekehkan kata-katanya. Malah,menganggap dia tidak serius. Memang dia akui, dia suka bergurau dengan berkata yang bukan-bukan. Tapi tidak semua kata-katanya palsu!
“Kalau korang tak nak percaya, sudahlah. Tapi jangan ketawakan aku sampai macam tu sekali.“perlahan Yusliza bersuara.
“Sudah...sudah...jom bersurai. Aku nak mengemas lagi. Malam ni ada meeting.“ujar Zaidi. Masing-masing mula bangun untuk pulang ke bilik masing-masing. Tiba-tiba,deringan telefon menghentikan langkah mereka.
Yusliza mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jeansnya. Terpampang nombor baru di skrin. Mungkin fasal mesyuarat malam ini. Dia segera menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum.“Yusliza memberi salam. Namun, belum pun sampai satu minit panggilan itu dijawab, dia tergesa-gesa mematikan talian.
Hairan Hakim melihat tindak-tanduk gadis itu. “Siapa?” soalnya.
Yusliza hanya menggeleng dan berlalu pergi. Zaidi memandang Fifi. Memberi isyarat bertanyakan tentang Yusliza yang tiba-tiba berubah. Fifi hanya menjungkitkan bahu lalu mengejar langkah Yusliza.
“Kim, aku hantar Anis kejap. Kau naiklah dulu.“ Zaidi berkata. Hakim hanya mengangguk. Namun dia pelik melihat perubahan Yusliza. Apa yang mengganggu gadis itu secara tiba-tiba?


“Hoi!“ sergah Hakim. Yusliza mengurut dada. Terkejut dia dibuatnya. “Termenung aje. Kau fikir apa? Minggu orientasi dan habislah.“
“Entahlah.“ringkas jawapan Yusliza. Dia mengeluh perlahan.
Hakim terdengar keluhan itu. “Jangan mengeluh,berdosa.“ Hakim mengingatkan. Dia terus duduk di sebelah Yusliza. “Cepat,ajar aku.“arahnya.
Yusliza menjeling seketika ke arah Hakim yang sudah tersengih-sengih. Ewah...ini hendak minta tolong aku, atau hendak mengarah aku?
Namun apabila melihat wajah Hakim itu, marahnya tidak jadi. Dia terus menerangkan subjek perundangan tersebut kepada Hakim. Terangguk-angguk kepala lelaki itu. Cuba memahami dan mengingati apa yang dijelaskan oleh Yusliza.
“Kau faham tak? Kalau tak, aku ada tips nak bagi supaya kau faham dan ingat.“bersungguh-sungguh Yusliza berkata.
Berseri-seri wajah Hakim mendengar Yusliza berkata begitu. Mungkin, tips itu dapat membantunya. Segera dia menganggukan kepala.
“Kau ambil fail aku ni, ketuk kepala kau. Mesti kau ingat punya.“ serius Yusliza berkata. Mati senyuman Hakim.
“Hampehlah kau ni. itu nak membunuh aku namanya. Terima kasih ajelah untuk tips kau tadi.“geram Hakim bersuara. Tergelak-gelak Yusliza melihat air muka lelaki itu. Yusliza terus galak mengusik lelaki itu.
Hakim menjeling tajam ke arahnya. “Gelaklah...gelak. Ibu aku selalu cakap. Kalau banyak gelak,nanti kita menangis.“pesan Hakim. Namun, Yusliza tidak mempedulikan pesanan lelaki itu. Hakim terus mengetuk dahi Yusliza dengan buku notanya.
Yusliza terdiam. Dia memandang Hakim lalu membalas pukulan lelaki itu. Terkial-kial Hakim mengelak pukulan Yusliza yang bertubi-tubi itu.Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang melihat kelakuan mereka sedari tadi.
Badrul menumbuk stereng keretanya. Hatinya baran melihat kemesraan pasangan itu.. Lagak seperti sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Kalau kau sudah ada kekasih, kenapa menerima pertunangan ini? Kenapa beri aku harapan? Soalnya sendiri.
Tapi...ada ke dia bagi aku harapan? Entah-entah,aku aje yang mengharap. Dia tak ada apa-apa pun. Argh...dia tunang aku! Dia milik aku, bukan orang lain! Badrul keluar dari keretanya.
Yusliza terus memukul Hakim. Mencari ruang agar pukulannya tepat pada sasaran. Dia langsung tidak menyedari seseorang sedang mendekatinya.
“Yusliza!“ satu suara memanggilnya. Kedua-duanya menoleh ke arah suara itu.


Yusliza menangis. Hakim duduk sepi di sebelahnya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ingin menelefon Fifi, gadis itu menghalang. Kini, dia buntu. Segalanya berlaku selepas pertemuan gadis itu dengan lelaki tadi.
Kehadiran seorang lelaki mematikan pertelingkahan mereka. Lelaki itu kemudiannya meminta izin untuk berbicara sendirian dengan Yusliza. Tanpa ada sebarang prasangka, Hakim meninggalkan mereka berdua. Dia ingin mahu segera pulang ke biliknya. Namun, wajah mendung Yusliza mematikan niatnya itu. Sebaliknya, dia menunggu di ruang lain.
Perbualan pasangan itu nampak tenang. Tiada apa yang mencurigakan. Cuma Yusliza lebih banyak menunduk dan kurang bercakap. Beberapa minit kemudian, lelaki itu pergi. Yusliza masih duduk terpaku di kerusi itu. Segera Hakim menghampiri sahabatnya.
Terkedu Hakim tatkala melihat airmata yang mula bergenang di tubir mata Yusliza. segera dia membawa Yusliza meninggalkan tempat tersebut. Khuatir sekiranya ada yang membuat cerita yang bukan-bukan.
Kini, mereka duduk di tepi kolam ikan. Yusliza memeluk kedua-dua belah lututnya. Airmata masih terus mengalir. Tetapi tidaklah sederas tadi.
“Ikan-ikan, pergi main jauh-jauh. Hujan buatan manusia sedang turun ni…” usik Hakim. Cuba mengurangkan kesedihan di hati Yusliza.
“Kau apahal!” marah Yusliza. Orang tengah bersedih, dia perli pula.
“Tak adalah. Aku kesiankan nasib ikan tu. Datang dekat dengan kau. Nak manja-manja. Tapi kau bagi airmata pada mereka. Itu okey lagi. Buatnya kau terbagi hingus kau tu. Eee...geli aku.“Hakim menjungkit-jungkit bahunya. Yusliza menjeling. Ditamparnya bahu Hakim sekali.
“Wei,apa ni! aku bercakap apa yang benar. Kau ni... aku nak bagi warning. Jangan pukul aku lagi. Sakitlah,woi. Batal wuduk aku.“Hakim bergurau dalam marah. Kali ini, tanpa mempedulikan amaran tadi, Yusliza memukul Hakim bertalu-talu. Hingga akhirnya dia yang keletihan.
Suasana sepi seketika. Hakim menggosok-gosok lengannya. Laju nafas Yusliza setelah puas melepaskan kemarahannya pada Hakim. Kesian lelaki itu. Tidak fasal-fasal menjadi mangsanya.
“Kan betul aku cakap. Jangan banyak ketawa. Nanti kita menangis. Masin mulut aku.“ujar Hakim.
Yusliza menjeling. “Kalau macam tu, jaga pemakanan kau. Banyakkan bersenam. Nanti kena darah tinggi.“balas Yusliza. Hakim mencebik.
“Boleh aku tahu, siapa lelaki itu?“ soal Hakim tiba-tiba. Terbayang lagi lelaki tadi. Orangnya tinggi. Memiliki wajah yang menarik dan berkulit cerah. Ditambah pula dengan tubuhnya yang sasa. Ada pakej untuk menjadi lelaki idaman gadis-gadis. Berbeza pula dengan Yusliza. Gadis itu tidaklah secantik Fifi. Hanya sekadar sedap mata memandang. Namun Hakim akui,dia suka melihat mata Yusliza yang membulat itu. Comel dan seolah-olah terdapat pelbagai cerita di dalamnya. Tapi, apa kaitan mereka berdua ini? Lelaki itu…Boyfriend diakah? Soalnya sendiri.
Yusliza terdiam. Mungkin, inilah saatnya dia berkongsi cerita bersama kawan-kawannya. “Panjang ceritanya.” Yusliza menarik nafas.
“Berapa episod?”
Yusliza memandang Hakim. Berkerut dahinya mendengar soalan itu. “Episod apa?“
“Yelah,panjang cerita kau tu, berapa episod?“selamba Hakim.Yusliza geram. Melilau matanya mencari sesuatu. Akhirnya, fail disebelahnya digunakan untuk memukul Hakim. Hakim menahan serangan hanya dengan menggunakan sebelah tangan sambil ketawa.
“Okey...okey...sorry.“ Hakim meminta maaf. Yusliza menghentikan perbuatannya. Dia duduk semula menenangkan diri.
Suasana sepi kembali. Soalan Hakim tidak terjawab. Hakim mengerti. Mungkin, Yusliza belum bersedia lagi
Yusliza merenung ikan-ikan yang bergerak kesana-sini secara berkumpulan. Kenapalah korang selalu tak serius dengan apa yang aku nak cakap ni? kalau macam ni, lebih baik aku diamkan saja.