Friday, December 10, 2010

Ku Terima Seadanya 23




FIFI WAHIDAH

Fifi termenung sendirian. Perasaan rindu bertandang di dalam dirinya. Dia rindukan kawan-kawan, pensyarah, dan Hamidi. Terkenangkan Hamidi membuatkan Fifi teringat akan perbualannya bersama Yati, Azrul dan Yusliza.
“Actually,aku dah tahu yang Abang Midi suka kau...“
“Kau tak cakap pun.“pintas Fifi lalu menepuk peha Yusliza. Bengang gadis itu dibuatnya.
“Aku belum habis cakap lagi.“marah Yusliza. Fifi tersengih. Yusliza terus menyambung bicaranya. “Ingat tak masa kita sibuk nak buat assignment dulu, aku ada hal kat JB. Tinggal kau dengan Suresh aje.“
Masing-masing terangguk-angguk mengingati peristiwa itu. Cuma Azrul yang tidak berapa tahu mengenai hal itu.
“Bila aku balik dari JB, aku ada cakap dengan kau yang Abang Midi tu suka kat kau. Kau aje yang tak nak percaya.”jelas Yusliza lagi.
Fifi ingat akan kejadian itu. “Kau suka bergurau. Sebab tu aku tak percaya. Abang Midi tu pun...macam tak ada perasaan kat aku.“
“Memang aku suka bergurau. Tapi tak semua yang aku guraukan itu tak benar. Kadang-kadang aku serius. Tapi korang yang anggap aku bergurau.“luah Yusliza.
“Habis tu, kenapa kau lari lepas cakap macam tu?“soal Fifi lagi.
“Sebab aku tahu, kau tak akan percaya. Lagipun, aku tak nak jadi orang tengah. Kalau aku tak lari, mesti dah cium bantal. Tak pun ada kesan cubit kat lengan ni.“ujar Yusliza.
“Memang Abang Midi dah lama admire kau. aku dah nasihat, terus-terang. Tapi dia tak nak. Takutlah, malulah... Bila aku cakap jejaka handsome cuba tackle kau, kelam-kabut dia. Entah dari mana dia dapat keberanian, akhirnya dia luahkan juga.” Azrul tergelak besar dengan kenyataannya. Yusliza, Fifi, dan Yati hanya memandang. Azrul yang menyedari dirinya diperhatikan tersipu malu.
“Oo…kaulah spy dia!”tegas Fifi. Azrul tersengih-sengih.
“Kalau tak ada malam tu, semuanya tak akan berlaku.“sayu Yusliza bersuara.
“Malam apa?”soal mereka bertiga serentak.

___________________________________________________


“Abang Midi, Yus nak sampaikan amanah orang. Dia cakap,dia…err… dia sukakan abang.”ujar Yusliza tanpa berselindung.
Hamidi tersentak. “Siapa? Yus?“soal Hamidi sekadar ingin mengusik.
“Eee...tak naklah. Abang Midi ni bukannya handsome sangat.“selamba Yusliza mengkritik. Padahal jejaka itu sering mendapat perhatian di kalangan pelajar perempuan di kolej. “Hisy...minta dijauhkan. Apalah Fifi ni. kenapalah dia minat sangat dengan mamat perasan ni...“ Yusliza menekup mulutnya. Dia terlepas cakap!
Berubah air muka Hamidi mendengarnya. Dia menoleh ke arah Khairuddin. Kemudian,memandang Yusliza semula.
Yusliza tergamam melihat riak terkejut Hamidi. Rasa bersalah hadir dalam diri. Dia memukul –mukul mulutnya sendiri.
“Abang Midi, anggap aje tak dengar apa-apa tadi.“ujar Yusliza.
Hamidi memegang tangan Yusliza agar gadis itu tidak terus memukul mulutnya sendiri. Yusliza gementar.
“Betul ke apa yang Abang Midi dengar tadi?“tanya Hamidi.
Yusliza memejamkan matanya. “Err…abang anggap mimpi ajelah. Yus…”
“Tolong jawab dengan jujur. Betul ke apa yang abang dengar tadi?”
Yusliza rasa seperti ingin menangis. Timbul rasa bersalah pada Fifi. Namun, kerana tidak tahan dengan desakan Hamidi, Yusliza akhirnya mengangguk.
“Thanks,Yus.”ucap Hamidi. Yusliza terkejut. Hilang segala rasa takutnya tadi. Spontan dia memandang Hamidi, menginginkan penjelasan daripada lelaki itu.
Setelah berbual panjang, barulah dia tahu bahawa Hamidi dan Fifi saling mencintai. Kerana malu untuk berterus-terang, mereka membiarkan hubungan yang sepatutnya sudah lama terjalin terbiar begitu sahaja.
“Kak,buat apa tu. Senyum sorang. Ingat kat boyfriend?”usik Zainudin lalu duduk di sebelah kakaknya.
“Hisy...ada pula. Ingat zaman muda-mudi dulu.“jawab Fifi.
“Oh, sekarang ni dah tualah?“
Dua beradik itu terus bergurau senda.

_________________________________________________________

MUHAMMAD HAKIM

“Malam ni along tak keluar?“tegur Atilia yang tiba dari dapur bersama secawan kopi panasnya.
“Tak. Malaslah. Lagipun yang lain semua nak rehat kat rumah malam ni. Maklumlah, ada anak bini...“balas Hakim lalu mencapai mug adiknya. “Mana yang lain?“
“Yang lain ikut abah dengan ibu, pergi rumah Tok Su Ali. Ada kenduri. Dia kan baru dapat cucu.“jawab Atilia.
Hakim tersenyum kecil. “Tok Su dah dapat cucu. Kalau ikutkan, abah dan ibu lebih tua daripada dia. Tapi dia dah jadi atuk.“
“Erm...nak buat macam mana. Along tu lambat sangat kahwin. Mak Long Anah yang lebih muda dari along tu kahwin dulu.“ujar Atilia. Hakim menjeling adiknya. Hasanah merupakan anak sulung kepada Tok Su Ali, juga sepupu kepada bapa mereka, Pak Cik Harun.
Telefon bimbitnya berbunyi. Hakim segera menjawab. “Okey... malam esok kita plan semula... okey… jangan lupa, 9.00 malam. Assalamualaikum.”
“Along, tak penat ke? Siang kerja. Malam buat part time pula. Kalau ikutkan, gaji along tu dah cukup. Tak payah buat part time. Jaga kesihatan, jangan asyik kerja aje.“ Atilia khuatir sekiranya sesuatu berlaku pada alongnya.
Hakim tersenyum. “ Nak cari duit lebih, angah. Abah dan ibu tak pernah mengeluh mencari duit untuk along. Apa salahnya along kerja lebih sikit untuk bantu mereka lepas ni. Seratus tahun along kerja pun belum dapat membalas jasa-jasa mereka terhadap along selama ni. Lagipun, along ingat nak hantar abah dan ibu pergi haji. Sebelum ni, mereka asyik keluarkan duit dari tabung haji untuk menyekolahkan along. Apa salahnya lepas ni, along penuhkan balik tabung mereka tu untuk mereka tunaikan hasrat dan impian mereka.”
Atilia kagum mendengarnya. Rasa sebak pun ada. Kalaulah lelaki dihadapannya ini bukan abangnya, pasti dia akan menjadikan lelaki seperti itu sebagai teman hidupnya.
“Thanks along. Along dah menyedarkan angah tentang semua tu. Tentang abah dan ibu. Angah janji, angah akan belajar betul-betul dan mengikut jejak langkah along.”
“Baguslah. Kalau gitu, along nak kahwin lambat la. Biar angah jadi andartu. Kesian Ilham. Lama lagi la,dia nak tunggu anak dara Pak Cik Harun ni.” usik Hakim lalu tertawa.
“Along ni...“ Atilia mula tarik muka. Dicubit alongnya yang galak mentertawakannya. “Along ni...orang kawan aje la...“
“Iyelah tu kawan. Balik UKM sama-sama, balik kampung sama-sama. Semua sama-sama. Ingat along tak tahu? Along ada spy tau!”
“Dah…satu kampung. Balik sama-sama la. Nanti duduk satu kampung, tapi sombong.” Atilia terus mempertahankan dirinya.
“Iyelah dik oii…suka hatilah. Kawan ke, apa ke, janji angah pandai-pandai jaga diri, jaga maruah keluarga. Itu aje pesan along. Okeylah, along nak tidur.”
“Eh,along. Lupa nak beritahu. Petang tadi Kak Ijah ada call. Dia kirim salam. Dia pesan, jaga kesihatan. Dia tak call handset along ke?“ soal Atilia sedikit hairan.
“Tak. Dia tak nak ganggu along kerjalah tu.” Mengingati gadis itu, Hakim tersenyum sendiri.
“Memahami betul Kak Ijah tu.”puji Atilia. Dia tidak kisah siapa pun pilihan alongnya. Asalkan gadis itu tahu menjaga diri dan menghormati keluarga. Tambahan pula, setelah mengetahui gadis itu yatim piatu, Atilia bertambah kasihan dan sayang akan gadis itu. Lagipun, Khadijah gadis yang baik. Sekiranya Hakim tiada, dia tidak kekok untuk berbual-bual dengan abah dan ibu serta adik-beradik Hakim yang lain di telefon. Ada ketikanya, dia merasakan dia lebih sayangkan Khadijah berbanding alongnya sendiri. Entah kenapa...dia sendiri tidak pasti.
“Em...tak apa, nanti along telefon dia semula.“ujar Hakim tiba-tiba. Dia terus berlalu menuju ke biliknya. Terhenti lamunan Atilia tadi.
“Along, ada soalan lagi ni.”jerit Atilia. Langkah Hakim terhenti.
“Apa cerita dengan Abang Adi, Kak Fifi, Kak Yus, Kak Yati, dan Kak Wanda? Senyap aje semua. Busy ke?”tanya Atilia.
Hakim tersedar. Dia berisytihfar perlahan. Dia terlupa akan khabar rakan-rakannya. “Entahlah,along pun tak tahu.“balas Hakim. Dia terus berlalu ke bilik.
Atilia diam. Dia pelik. Tak tahu? Ada sesuatu yang berlaku pada hubungan mereka semuakah?

______________________________________________________

ZAIDI

“Semua barang dah ada, Adi?“ tanya Datin Zaharah sambil membelek-belek beg-beg yang berada di situ.
“Dah,ma. Adi dah check dengan Zai tadi. Semua dah ada.“balas Zaidi. Dia kemudiannya menarik Anisa menjauhi ahli keluarganya yang lain.
“Kenapa abang bawa Anis jauh dari family abang?“ soal Anisa pelik. Dia membalas renungan Zaidi. Anisa terpaku seketika. Renungan itulah yang membuatkan tidurnya tidak lena. Yang telah mengikat hatinya pada satu-satunya lelaki di hadapannya kini.
“Nanti mesti abang rindukan Anis. Sebab tu abang nak tengok muka Anis puas-puas. Sure Anis tak nak ikut?”ucap Zaidi cukup romantis. Anisa tersipu-sipu malu. Dia memukul lembut lengan Zaidi.
“Abang ni ngada-ngada la. Dua minggu aje pun abang pergi bercuti. Bukan Anis tak nak ikut. Tapi Anis dah janji dengan umi nak tolong dia. Sorry.”jelas Anisa.
Zaidi sedikit kecewa mendengarnya. “Tak apalah kalau macam tu. Jaga diri baik-baik. Abang sayang Anis.”
Anisa tersenyum mendengarnya. Satu lagi sebab mengapa dia begitu menyayangi Zaidi. Kerana lelaki itu selalu menyayanginya. “Anis pun sayang abang. Ingat, sampai sana nanti, jangan gatal-gatal nak cari perempuan lain.“
Zaidi tersenyum senang mendengar amaran dari Anisa. Cemburu, tandanya sayang. “Kalau abang nak menggatal jugak?“ sengaja Zaidi ingin menduga.
Anisa berdiri bertentangan dengan Zaidi. Dia tersenyum. “Kalau abang nak menggatal jugak, bayang-bayang Anis pun abang tak akan nampak lagi.“
Zaidi terkedu. Tak mungkin, Anis. Abang sangat sayangkan Anis. Tak mungkin abang menduakan Anis. Lirih hati Zaidi. Dia menggeleng perlahan. Anis tersenyum lagi. Faham akan maksud gelengan itu. Mereka berdua kemudiannya beriringan menuju ke arah ahli keluarga Zaidi apabila kedengaran pengumuman jadual penerbangan.
“Adi, jaga Zai dan Nini baik-baik. Ingat tu. Mama cakap lepas konvo baru pergi. Boleh mama ikut sekali. Ni tidak, degil nak pergi sekarang.“bebel Datin Zaharah. Masing-masing hanya tersengih. Dah letih mendengar bebelan mamanya sejak minggu lepas lagi.
“Baik,puan. Saya ingat. Okeylah, kami pergi dulu.“selepas bersalaman, Zaidi, Zaini dan Zainizah melangkah pergi. Datin Zaharah dan Anisa tersenyum dari jauh melihat kegembiraan tiga beradik itu.
Anisa merasakan pandangannya kabur. Segera dia memejamkan matanya rapat. Datin Zaharah yang hairan melihat reaksi gadis itu menarik lembut gadis itu menghampirinya.
”Anis okey? Tak sihat ke?”soal Datin Zaharah. Anisa hanya menggeleng. Mereka segera meninggalkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

__________________________________________________


NUR WANDA

Puan Naimah menghampiri anak gadisnya yang sedang termenung. “ Makan ya,sayang. Mak masak sup ayam kegemaran Wanda.”
Wanda memandang sayu ibunya. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Wanda kembali merenung kosong ke arah halaman rumahnya.
“Janganlah macam ni. Nanti Wanda sakit. Dah dua hari Wanda tak makan.“ Puan Naimah terus memujuk. Namun, Wanda tetap begitu. Langsung tidak mengendahkan kata-kata ibunya.
“Wanda, jangan macam ni. Wanda tak sayang mak ke? Tak sayang ayah, abang, kakak dan adik-adik?“ bicara Puan Naimah dalam sendu. Simpati dia dengan nasib yang menimpa Wanda. Menitis airmata seorang ibu melihat keadaan anaknya yang semakin susut dan seakan tiada semangat untuk meneruskan kehidupannya.
Wanda terpana mendengar pertanyaan itu. Dia melentokkan kepalanya di bahu Puan Naimah. Airmatanya mengalir perlahan. Mak, tolong Wanda. Wanda nak dia...
“Mulakan hidup baru ya,nak.“ Puan Naimah mengusap lembut rambut anaknya.
Encik Bukhari hanya melihat dari jauh. Sedih. Itulah perasaannya sekarang. Kalau dulu, dia begitu malu dengan tindakan Wanda. Kini, dia sedih dengan nasib yang menimpa anaknya itu. Encik Bukhari terus memerhati ke arah anak dan isterinya.
“Kak Wanda, makanlah. Ni semua salah Man. Man minta maaf,kak.“ Salman meminta maaf. Wanda hanya menyepi.

Monday, October 4, 2010

Ku Terima Seadanya 22




Biliknya suram. Hanya lampu meja yang dinyalakan. Haruman wangian lavender yang menusuk ke rongga hidung cuba memberi ketenteraman hati dan perasaan kepadanya.
Yusliza rebah di atas tilam empuknya. Merenung siling sambil memeluk patung beruang panda yang baru diterimanya siang tadi. Fikiran Yusliza melayang mengingati kejadian yang baru saja berlaku dalam hidupnya.
Ketika dia sedang bergurau senda dengan Yusrizal, sekali lagi Haji Ismadi dan isterinya bertandang ke rumah keluarga Yusliza. Yusliza agak terkejut dengan kehadiran bakal mertuanya itu. Lebih-lebih lagi apabila bakal mertuanya itu terlihat akan pergelutan Yusliza dan adiknya. Kerana rebutkan bantal, kedua beradik itu saling berpukulan. Kadang-kadang Yusrizal menyepit kepala kakaknya di celah ketiaknya. Sesak nafas Yusliza dibuatnya. Yusliza pula membalas dengan menumbuk-numbuk tangan Yusrizal. Namun, apalah dayanya. Tubuh Yusrizal yang besar dan tegap itu sukar ditewaskan olehnya. Mereka terus bergusti lagak seperti WWF.
“Wah…ganas betul menantu abah ni.”itulah teguran yang diberi oleh Haji Ismadi. Yusliza hanya tersipu malu. Mereka terus ke meja makan menikmati makan malam bersama.
Selesai makan malam, mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Rupa-rupanya,mereka meneruskan perbincangan tentang perkahwinan Yusliza dan Badrul yang terhenti siang tadi. Yusliza diam. Setelah beberapa minit duduk di situ, Yusliza bangun lalu masuk ke bilik.
Suasana di ruang tamu tiba-tiba menjadi sepi. Masing-masing saling berpandangan. “Kau dah beritahu dia,Man?”soal Haji Ismadi.
“Tadi Syimah dah beritahu dia.”balas Encik Rahman. Puan Hasyimah mengangguk mengiakan.
“Dia cakap apa?”
“Dia tak cakap apa. Dia diam aje. Lepas tu, terus masuk bilik.“jawab Puan Hasyimah seadanya. Yusrizal yang turut ada di situ hanya diam. Tidak mahu masuk campur.
“Bang,biar Zie pergi tengok dia.“akhirnya, Hajah Rozi bersuara. Haji Rahman hanya mengangguk setuju.
Yusliza duduk di meja soleknya. Dia menangis di situ. Kedengaran bunyi ketukan di pintu. Segera dia menyeka air matanya. Yusliza menghampiri pintu lalu memulas tombol pintunya. Dia menjengah. Kelihatan Hajah Rozi di situ.
“Eh,mak.masuklah.”pelawa Yusliza ramah. Wanita itu masuk. Terpegun dia seketika melihat bilik gadis itu yang dikemas rapi. Di satu sudut kiri yang menghadap ke tingkap, terdapat meja belajar di situ. Di sudut kanan pula, satu sofa panjang yang bersebelahan dengan almari. Puan Rozi begitu tertarik dengan rak yang terdapat bersebelahan dengan katil. Terdapat banyak gambar-gambar yang disusun di situ. Gambar keluarga, kawan-kawan, gambar dia sekeluarga pun ada.
“Yus buat apa?“
“Err...Yus nak online mak. Nak chatting dengan kawan.” Yusliza tersengih penuh kepura-puraan.
“Yus,mari sini. Duduk sebelah mak.”pinta Hajah Rozi yang sudah duduk di birai katil. Yusliza hanya menurut.
“Tell me the truth. Yus marahkan kami sebab nak cepatkan tarikh perkahwinan ni?”lembut Hajah Rozi bertanya. Yusliza diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Dia hanya menunduk.
Hajah Rozi tahu,anak gadis itu terasa hati. Tapi dia perlu melakukannya. Demi anaknya, dan demi Yusliza sendiri. “Mak minta maaf. Mak dah langgar perjanjian. Tapi kami mesti mempercepatkan tarikh perkahwinan ni.“
Yusliza tersentak mendengar ungkapan maaf itu. “Kenapa, mak? Kenapa mesti awalkan? Kan dah janji dulu. Sekurang-kurangnya selepas Yus dapat kerja.“
“Mak tahu. Tapi,abah nak hantar Abang Bad ke Indonesia selama beberapa bulan untuk uruskan projek di sana. Kami perlu awalkannya.“
“Tapi mak, kan boleh buat selepas dia balik sini. Lagipun bulan Ogos nanti Yus nak konvo.“ujar Yusliza separuh merayu. Runtun hati Hajah Rozi mendengarnya.
“Yus,please... Yus kena faham. Abang Bad kat sana, Yus kat sini. Mak bimbang. Mak tak nak apa-apa berlaku. Mak tak nak, hati salah seorang daripada kamu berubah. Mak sayang Bad. Mak sayang Yus,mak nak Yus jadi menantu mak.” sayu kedengaran suara Hajah Rozi. “Kalau Yus tak setuju, mak akan halang Bad ke sana. Biarlah apa nak jadi. Walaupun abah bakal menanggung kerugian yang besar.” Hajah Rozi cuba menakut-nakutkan anak gadis itu. Mana tahu, alasan ini berhasil.
“Mak!...” Yusliza terkejut mendengarnya. Susah payah Haji Ismadi membangunkan perniagaannya. Takkan disebabkan dia, Haji Ismadi bakal menanggung beban yang besar.
“Tak apalah Yus tak setuju. Nanti mak cakap dengan abah.“ Hajah Rozi bangun untuk keluar dari bilik itu.
“Mak,jangan. Kesian abah.“ Yusliza menahan Hajah Rozi. Wanita itu duduk semula. Yusliza memandang Hajah Rozi. “Baiklah, Yus setuju. Tapi konvo...“
“Mak janji, mak akan uruskan semuanya. Yus akan hadir pada hari konvokesyen tu. Ini janji mak. Terima kasih,Yus.“ wanita itu kembali ceria. Yusliza hanya tersenyum hambar. Harap-harap,janji emak itu akan dia tunaikan.
Bunyi mesej masuk mematikan lamunannya. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Matanya masih belum mengantuk. Yusliza mencapai telefon bimbitnya di atas meja sisi katil. Siapa pula yang hantar mesej pagi-pagi buta ni!


Hari ini, masuk kali yang ketiga Yusliza keluar bersama tunangnya. Banyak perkara yang perlu diuruskan hari ini. pergi ke Pejabat Agama Islam, butik, barang-barang hantaran dan sebagainya. Untungnya hari ini, Hajah Rozi dan Puan Hasyimah turut menyertai mereka.
“Syimah, dapat juga kita berbesan,kan? Dulu, kita berdua ni selalu berangan nak satukan Yus dengan Borhan. Maklumlah, mereka berdua rapat sangat. Tak boleh berenggang. Tapi sekarang, lain pula jadinya.“ Hajah Rozi mula membuka cerita lama. Langsung tidak menyedari kata-katanya itu mengguris hati Badrul.
Puan Hasyimah tersenyum. “Han tu, baik budaknya. Berkenan saya,kak. Tapi tak ada jodoh pula. Tak mengapa, yang kat depan kita ni pun baik juga. Handsome lagi.”puji Puan Hasyimah cuba mengambil hati jejaka itu. Badrul hanya tersenyum tawar.
“Abang Han bila balik? Dah lama tak jumpa dia. Last sekali masa kenduri dulu. Tu pun tak sempat nak berbual.”tanya Yusliza. Langsung tidak peduli akan perasaan tunangnya di sebelah.
“Dia cakap,hujung minggu ni dia baliklah. Kak Ezah pun dah nak bersalin. Nanti jumpa,boraklah puas-puas.“ujar Hajah Rozi.
“Oh ya, Bahari ada call Yus. Entah mimpi apa dia tu. Dia pun balik hujung minggu ni. nak cuci mata dulu katanya.“tergelak Yusliza ketika menyampaikan pesanan Bahari itu. Yusliza dan Bahari tidaklah begitu rapat. Namun, sesekali bertemu, mereka boleh ngam. Kadang-kadang macam anjing dengan kucing!
“Yang tu sorang lagi. Dah habis exam, bukan reti nak balik. Merayap aje. Nak kata belajar jauh, kat UPNM tu aje. Tapi merayapnya sampai utara sana.“bebel Hajah Rozi. Mereka semua tertawa.
Yusliza menjeling ke arah Badrul di sebelahnya. Lelaki itu langsung tidak tersenyum. Apatah lagi ketawa. Kenapa dia ni? Takkan datang bulan kot!


“Awak nak bawa saya ke mana ni?“tegas Yusliza. Selepas membeli-belah, Hajah Rozi meminta agar menghantarnya ke butik Amar bersama Puan Hasyimah dan memesan agar tidak perlu menjemput mereka. Badrul hanya menurut. Selepas menurunkan kedua-dua wanita itu, Badrul terus memecut keretanya menuju ke Pejabat Agama Islam.
Setelah selesai berurusan, Yusliza menyangka yang mereka akan terus pulang. Namun, sangkaannya meleset. Badrul terus memandu memasuki lebuhraya.
“Ikut aje.”serius Badrul. Yusliza diam. Malas bertanya lagi. Rasa takut pun ada melihat riak serius itu.
Sampai di Teluk Kemang, Badrul memarkir keretanya betul-betul di bawah sebatang pohon. Masing-masing kaku. Terasa sejuk dan nyaman ketika berada di bawah pohon itu. Ditambah pula dengan deruan ombak dan kicauan burung yang begitu mendamaikan.
“Kenapa bawa saya sejauh ni?” soal Yusliza.
Badrul turun dari Honda CRVnya. Dia membukakan pintu untuk Yusliza. Teragak-agak Yusliza turun. Lantas Badrul menggenggam tangan Yusliza lalu ditariknya gadis itu.
“Apa pegang-pegang ni? Lepaslah!” Yusliza menarik kasar tangannya. Terlepaslah dia dari genggaman Badrul.
“Tadi masa shopping, kau okey aje. Kenapa tiba-tiba nak marah ni?” marah Badrul pula. Terbayang kembali aksi Yusliza ketika mereka membeli-belah bersama orang tua mereka tadi. Yusliza kelihatan bersahaja. Malah gadis itu turut membalas pimpinannya dengan kejap. Yusliza juga tidak lokek dengan senyuman. Tapi kini, pandang mukanya pun gadis itu tidak sudi.
“Tadi sebab ada mak dan umi. Takkan awak tak faham!“jawab Yusliza selamba.
“Jadi,kalau mereka ada, baru kau nak pegang aku? Nak rapat dengan aku?“
“Saya buat semua tu untuk jaga hati mereka. Awak kena faham,Bad. Saya nak mereka lihat saya bahagia walaupun pada dasarnya,saya langsung tak suka.“
Badrul terkedu. Aku ni teruk sangat ke, Yus? Sampai kau tak sudi jadi tunang aku? “Habis tu, kenapa kau nak teruskan pertunangan...dan pernikahan ini?“suara Badrul perlahan.
“Because our family. My family, and your family. Same like you,right?”
“Aku akui, pada mulanya,aku terima kau kerana keluarga. Tapi kau tak pernah tahu apa yang ada di dalam hati aku ni. I love You, Yusliza.“luah Badrul. Dia sudah tidak sanggup menyimpan rasa terlalu lama.
Yusliza tergamam. Dia cintakan aku? Betulkah? ’Arghh..itu semua bohong,Yus. Dia sengaja nak seksa perasaan kau.’kedengaran satu bisikan.
’Tidak,Yus. Dia memang cintakan kau sejak dulu lagi. Percayalah.’satu suara lain menjelma.
‘Ah,jangan dengar cakap dia! Bad Cuma nak mainkan perasaan kau. Jangan percaya dengan kata-katanya!’hasutan itu terus bergema.
Yusliza menekup kedua-dua belah telinganya. “Cukuplah. Tolong jangan main-mainkan lagi perasaan saya. Saya tidak mahu diperbodohkan untuk kali yang kedua. Cukup!” Yusliza terus melangkah meninggalkan lelaki itu.
Badrul terduduk. Hanya kerana kesilapan itu, dia terus membenci aku. Arghh.. Badrul menampar-nampar pipinya sendiri.
Setengah jam mereka terpisah, Badrul kembali bangkit dari duduknya. Dia mula melangkah mencari gadis kesayangannya. Yus,kau kat mana. Jangan tinggalkan aku,sayang…
Pandangan Badrul tertancap pada sekujur tubuh seorang gadis sedang duduk sendirian di celah-celah batu. Segera Badrul menghampirinya.
“Saya sedar, saya ni bukan gadis yang awak idam-idamkan. Kerana kesedaran itulah,saya tak sanggup terluka lagi. Jadi,biarkan saya dengan hidup saya. Selepas kita kahwin nanti, saya tak akan larang apa saja yang awak nak buat. Dan saya harap, awak juga begitu.”perlahan Yusliza bersuara.
“Aku…”
“Kalau awak kereta, saya adalah jalan rayanya. Kalau awak polis, sayalah penjahatnya. Dan kalau awak Pluto, sayalah matahari yang panas. Awak Ahmad Badrul, saya Yusliza. Awak jejaka handsome,kaya,idaman setiap gadis. Saya pula gadis biasa, yang hanya ada keluarga dan sahabat di sisi. Kita berdua jauh berbeza. Dulu saya tak faham. Sekarang, saya amat memahaminya. Dan saya harap awak pun begitu.”Yusliza berucap panjang.
Badrul hanya duduk mendengar. “Kau bercakap berdasarkan apa yang kau rasa. Kau tak pernah nak ambil tahu apa yang berada dalam hati aku ni...“
“Memang saya tak tahu...dan tak nak ambil tahu. Itulah yang awak selalu ingatkan kepada saya.”pantas Yusliza memotong percakapan Badrul.
“Tapi itu dulu…”
“Ada beza ke dengan sekarang? Saya rasa awak tetap macam dulu. Anggap saya ni beruk,kan?”
“Yus...“
“Sudahlah,Bad. Cukuplah. Saya nak balik.“ Yusliza terus berlalu.

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan datang lagi...





SeLamaT MenYamBuT buLaN RamAdhaN AL-MUBARAK
SeLaMaT BeRpuAsA kEpaDa sEluRuh UmaT IsLam...
SeMoGa RamaDHan kaLi Ini kiTA mEmperOleh PeNuH kEbeRkaTan daRi-NYA
...INSYALLAH...

Sunday, July 25, 2010

Ku Terima Seadanya 21




“Wei korang,aku balik dulu. Kalau ada apa-apa hal, contact aku. Thanks sebab hantar aku kat bawah ni. Lepas ni mesti aku rindu gila-gila kat korang.“ucap Fifi bersama rasa sebaknya. Hampir menitis airmatanya tatkala mengucapkan selamat tinggal.
“Jangan...“pantas Hakim menyangkal kata-kata Fifi. “Jangan gila dulu. Kalau nak rindu tak apa. Tapi jangan jadi gila. Nanti aku nak kahwin dengan siapa?“ Hakim berpura-pura menangis. Hinggap satu cubitan di lengannya. Yusliza dan Wanda hanya tertawa.
“Aku pun dah nak gerak ni. Aku sayang korang. Thank you so much. Rasa macam banyak masa yang dah aku sia-siakan. Dah nak tamat pengajian, baru aku kenal korang.”ucap Wanda pula. Yusliza sebak. Terus dia merangkul kedua-dua sahabatnya itu.
Hakim hanya memerhati. Hai…perempuan…perempuan…sikit-sikit menangis. Semalam, ketika Yati dan Zaidi mahu berangkat pulang pun mereka beria-ia menangis. Macamlah tidak akan bertemu lagi. Teknologi semakin canggih. Telefon, SMS, E-mail…semua sudah ada. Bukan susah. Rungut Hakim di dalam hati.
“Dahlah tu. Boleh banjir kolej ni kalau korang asyik nak menangis aje. Bukannya tak jumpa lagi.”Hakim cuba mengubah suasana. Malang nasibnya apabila cubaannya itu dibalas dengan pukulan serentak daripada Fifi dan Wanda.
“Hakim,ingat tau. Kalau lima tahun lagi kau dan aku masih single and available, kita kahwin ajelah. Tapi kalau aku dah berpunya, kau lupakan aku aje.” pesan Fifi.
Hakim menjeling. “That’s mean,aku kena tunggu kau la. Banyak cantik. Lebih baik aku lupakan kau terus daripada kecewa di kemudian hari!“
“Hisy...sudah...sudah. Family kau dah tunggu tu. Pergilah. Asyik nak bertengkar aje!“ Yusliza mula rimas mendengar Fifi dan Hakim yang sudah mula merapu itu.
“Aik?... Macam menghalau aje.”gurau Wanda. Masing-masing tergelak.
“Bukan menghalau. Aku tak larat nak dengar budak dua ekor ni merapu!“ balas Yusliza.
“Suka-suka aje panggil kitaorang ni ’dua ekor’. Apa,ingat binatang ke?“rungut Hakim. Dia bergurau sebenarnya.
Yusliza tersentak. Binatang? Riak wajahnya mula berubah. Namun,cepat-cepat dia senyum. “Wanda,jaga baby elok-elok. Kalau baby girl, namakan dia Yusliza…”
“Kalau lelaki,nama Hakim.”potong Hakim.
“Jangan! Tak sedap nama tu.“sengaja Yusliza berkata begitu. Hakim masam mencuka.
“Okey. Take care. Bye korang.“
Fifi dan Wanda berangkat pergi. Tinggallah Yusliza dan Hakim.
“Tinggal kita berdua aje. Aku balik esok. Kau?“tanya Yusliza.
“Samalah. Esokkan hari Sabtu,hari cuti. Family aku datang ambil aku esok.“ jawab Hakim.
Yusliza mula melangkah meninggalkan kawasan parkir. Hakim beriringan dengannya. “Tadi kau kata nak beritahu aku sesuatu. Apa dia?“
Hakim tersenyum malu. Yusliza hairan. Apahal mamat ni? “For your information, aku sekarang ni dalam proses mengenali hati budi seseorang.“ujar Hakim tanpa berselindung lagi.
“Siapa?“soal Yusliza agak terkejut. Selama ini, Hakim tidak pernah menyatakan yang hatinya telah terisi. Inilah...buat pertama kalinya. Bukan senang Hakim ni jatuh cinta.
“Tapi kau mesti janji, jangan gelakkan aku.“pinta Hakim sambil mengangkat tangan. Seolah-olah sedang berikrar.
Yusliza menggeleng. “Apahal pula aku nak ketawa? Aku gembira lagi ada sebab kawan aku bahagia. Cakaplah,siapa dia?“
“Err...dia...Khadijah. Adik Abang Din.“bicara Hakim sedikit gugup. Yusliza sedikit tersentak. Tak pernah pula nampak mereka berdua ni rapat!
“Aku terkejut sikit. Tapi aku tak heran sebab memang dah boleh agak. Kau tu,selalu tersasul nama dia. Mula-mula dulu, aku anggap memang kau tak sengaja. Tapi bila dah terlalu kerap, aku syak juga. Cuma malas nak sound. Nanti salah pula.“ kata Yusliza. Hakim hanya tersengih malu.
“Kau jagalah hubungan tu baik-baik. Ijah gadis yang baik. Kalau kau betul-betul suka dia, ikhlas menyayangi dia,aku sokong kau. Aku doakan, semoga hubungan korang sampai ke jinjang pelamin, dan kekal hingga ke akhir hayat.“ Ikhlas ucapan Yusliza dari hati. Jauh di sudut hati, Hakim berasa bertuah kerana bersahabatkan Yusliza. Yus, semoga kau juga mendapat seorang jejaka yang kau hargai dan menyayangi kau buat selama-lamanya. Itu doa aku. Desis hati Hakim.
Hakim menghentikan lamunannya tadi. Dia memandang Yusliza. timbul idea untuk mengenakan gadis itu. “Kau ni…cakap macam beri wasiat aje. Apa…ni pesanan terakhir kau ke?” Hakim tergelak-gelak.
Yusliza menjeling. “Mungkin. Siapa tahu?“balas Yusliza ringkas.
Tawa Hakim terhenti. Menyesal pula dengan gurauannya tadi. Kata-kata Yusliza tadi mendatangkan sedikit gentar dalam dirinya. YA ALLAH...KAU panjangkanlah umur sahabat-sahabatku. Agar kami boleh bersatu kembali satu hari nanti... Bersama kebahagiaan dan impian yang kami inginkan selama ini. AMIN.
“Yus,aku nak tanya kau lah.“
“Apa dia?“
“Siapa lelaki yang selalu datang jumpa kau tu?“
Yusliza terdiam. Dia memandang Hakim. Pandangannya kosong. Apa yang harus aku jawab? Akhirnya, Yusliza terus pergi meninggalkan Hakim sendirian. Terpinga-pinga lelaki itu dibuatnya.


“Hai kakak.“sapa Yusrizal sebaik saja keluar dari kereta. Yusliza terlopong seketika. Sejak bila adik aku ni reti bawa kereta?
“Adik, adik nak bawa kakak ni, ada lesen ke?“soal Yusliza. Buatnya ada sekatan jalan raya nanti,tak ke susah?
“Eleh...mestilah ada. Kakak ingat. Kakak aje ada lesen? Adik pun ada tau. Tengok ni.“lantas Yusrizal mengeluarkan lesen memandu dari dompetnya. Terbeliak mata Yusliza melihatnya.
“Bila ambik?“
“Lepas SPM. Saja tak nak beritahu. Nak buat surprise.”balas Yusrizal. Yusliza mencebik.
Dua beradik itu segera memasukkan barang-barang ke dalam kereta. “Kenapa bukan ayah dan umi yang jemput kakak?“tanya Yusliza.
Yusrizal serba salah. “Emm...ada tetamu kat rumah.“
Yusliza hanya mengangguk faham. Tidak pula dia ingin tahu siapa tetamu itu. Pasti teman ayah dan umi. Setelah selesai memasukkan semuanya, Yusliza membuka pintu ingin masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba, satu suara memanggilnya.
“Ada apa kau panggil aku,Man?“soal Yusliza sambil berjalan menjauhi Yusrizal. Melihatkan tingkah Razman yang serba tidak kena membuatkan Yusliza pelik.
Razman lantas menghulurkan sesuatu kepada Yusliza. Patung beruang panda yang dibelinya suatu ketika dahulu. Yusliza teragak-agak untuk menyambut pemberian itu.
“Ambillah. Aku dah lama beli beruang panda ni untuk Kau. Sesuai. Sama-sama comel.”puji Razman. Yusliza tersenyum malu. “Tapi sayang, kita tiada jodoh. Daripada aku simpan, lebih baik aku bagi pada orangnya.”tutur Razman lembut. Sejuk hati mendengarnya. Lelaki itu memang baik. Bertuah gadis yang bakal memilikinya. Aku?... Adakah aku tidak bertuah kerana menolak cintanya?
“Tapi Man, aku… Kau boleh bagi pada orang lain. Seseorang yang lebih baik daripada aku.” Yusliza cuba mengelak untuk menerimanya.
Pantas Razman menggeleng. “Aku beli untuk kau. Sebab tu aku beri pada kau. Kalau aku nak beri pada orang lain, aku akan beli yang lain. Tolong jangan menolak,Yus. kau anggap aje hadiah ni sebagai tanda persahabatan daripada aku.“ jujur Razman berkata. Yusliza terharu. Disambut juga huluran lelaki itu. Setelah berbual dan berbalas salam, Yusliza dan adiknya bertolak meninggalkan kawasan kampus.
Yusliza merenung patung beruang panda yang baru diterimanya. Fikirannya melayang pada si pemberinya tadi. Seandainya dirinya belum terikat dengan sesiapa, pasti dia akan memilih untuk tidak menolak cinta lelaki itu. Walaupun ketika itu tiada cinta di hatinya. Apalah gunanya mencintai tapi tidak pernah dihargai. Hanya bertepuk sebelah tangan. Kata orang,cinta boleh dipupuk. Bahkan ada pepatah menyebut, carilah teman yang menyintaimu lebih daripada kamu menyintainya. Itu pasti membahagiakan.
“Siapa lelaki tadi?“ Yusrizal menyoal. Hilang semua pepatah dan kata-kata orang tadi. Tersentak Yusliza dibuatnya.
“Kawan kakak.“Yusliza menjawab pendek.
“Really? Emm...macam ada apa-apa aje. Besar beruang panda tu. Kawan? Macam kekasih.”duga Yusrizal.
“Taklah dik. Dah, jangan pandai-pandai nak serkap jarang. Drive carefully. Fokus!“beria-ia Yusliza berkata.
Yusrizal tersenyum. “Ya,adik tahu. Kakak kan dah bertunang. Kalau berkasih dengan orang lain, mana nak letak Abang Bad,kan? Lagipun,dah lama bertunang. Mesti dah sayang,kan?“ujar Yusrizal. Dia menjeling ke arah kakaknya.
Berubah air muka Yusliza mendengarnya. Sayang? Yusliza mengeluh kecil. Tidak lama lagi, dia akan dinikahkan dengan Badrul. Perasaan sedih pula menghampiri. Kenapa begini jalan hidupnya?
“Kakak tak nak tahu siapa yang datang rumah kita?“
“Siapa?Yusliza pelik dengan pertanyaan tiba-tiba adiknya itu.
“Bakal mertua kakak.”
Yusliza terjerit. “Ha? Kenapa mereka datang?”
Yusrizal terdiam seketika sebelum memulakan bicara. Perlahan-lahan, dia menghela nafasnya. “Tadi, adik sempat dengar perbualan mereka. Mertua kakak nak cepatkan tarikh perkahwinan. Kalau boleh, dalam bulan ni juga.“
Seakan terhenti degupan jantung Yusliza mendengarnya. “Apa, nak cepatkan? Tapi kenapa?”
“Entahlah. Yang tu, adik tak tahu. Adik tak sempat dengar sebab tiba-tiba aje, ayah dam umi panggil suruh jemput kakak.”jelas Yusrizal. Tiba-tiba, Yusliza menangis. Terkejut Yusrizal menlihat reaksi kakaknya itu. Segera dia menghentikan kereta yang dipandunya itu di bahu jalan. Yusrizal bersandar di kerusinya.
“Sebenarnya,apa yang dah berlaku,kakak?”soal Yusrizal mulai serius. Yusliza memandang adiknya. Diseka airmatanya yang menitis.
“Jadi apa?“ Yusliza tidak faham. Soalan adiknya agak pelik.
Yusrizal membalas pandangan kakaknya. “Memang adik ni lelaki,kak. Tapi tak bermakna adik tak tahu perasaan kakak.“ Yusrizal memulakan bicara. Yusliza hanya mendengar. Menanti kata-kata seterusnya.
“Kak,walaupun adik tak suka si Maya tu, adik tak tergamak nak menghina dia sebegitu sekali. Apatah lagi mencederakannya. Tapi kenapa dia buat kakak adik macam tu? Kenapa mesti samakan kakak dengan beruk? Kakak adik ni manusia,bukan binatang!“luah Yusrizal penuh emosi. Yusliza tergamam. Adiknya sudah tahu!
“Kalau dia tak sayang,janganlah dihina. Kakak ni, kakak Ijal. Ada hati, ada perasaan,ada akal. Kenapa kakak tak beritahu ayah dan umi fasal semua ni?“ sambung Yusrizal lagi.hampir menitis air matanya ketika menuturkan kata-kata itu. Yusliza sahajalah kakak yang dia ada. Yusliza memeluk erat adiknya. Sungguh, dia terharu mendengarnya.
“Kenapa kakak buat macam ni? Kenapa kakak terima?“ Yusrizal menyoal lagi.
“Sebab kakak sayangkan ayah,sayangkan umi, sayangkan abang dan adik.“ itu sahaja jawapan yang mampu diberikan.
Yusrizal menggeleng. “Tapi kenapa menyeksa hati dan perasaan sendiri,kak?“ yusrizal menggoncang kuat tubuh Yusliza.
“Kakak tak tahu,dik. Kakak sendiri tak faham. Apa yang kakak tahu, kakak tak nak ayah dan umi tersentuh hati atau terluka dengan penolakkan kakak...“
“Kak,kalau apa-apa jadi,ayah dan umi akan tetap terluka. Mereka akan salahkan diri mereka kelak!“ Yusrizal berkata sedikit kuat.
“Kalau tak nak mereka terluka, doakan semoga kakak bahagia bersama dia,dik.“ Entah ikhlas atau tidak ketika Yusliza menuturkan perkataan ’bahagia’ itu.
Yusrizal mengalah. Dia mengangguk perlahan. Simpati tertumpah di situ. Kakak akan bahagiakah suatu hati nanti? Yusrizal tahu,kakaknya sudah nekad dengan keputusan yang diambil. Yusrizal redha...
“Macam mana adik tahu?“
Yusrizal memandang kakaknya. Dia mula menceritakan tentang perbualan yang didengarinya. Ketika itu, dia ingin ke stor sukan untuk mengambil barang. Tiba-tiba, dia terdengar perbualan di antara dua orang lelaki. Rupa-rupanya, guru tersebut merupakan guru praktikal di sekolahnya dan juga bekas pelajar di situ.
“Kakak kenal Adam dan Fadli?“ Yusrizal meminta kepastian.
Yusliza mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil. “Mereka classmate kakak. Merangkap wakil sekolah untuk pasukan bola sepak yang diketuai oleh Abang Bad.”terang Yusliza. Eh, apasal aku gelar dia ‘abang’ ni? Arghh…lantaklah. Depan adik aku aje…
“Handsome tak mereka sekarang,dik?”soal Yusliza. Yusrizal menjeling tajam ke arah kakaknya. Mulalah tu…Ulat bulu dah naik daun…
Yusliza tersenyum geli hati.

Tuesday, July 20, 2010

Ku Terima Seadanya 20



Peperiksaan berlangsung dengan selamat. Sekejap sahaja masa berlalu, tanpa disedari mereka telah selesai menduduki semua kertas peperiksaan. Hakim Dan Zaidi melonjak gembira. Tapi kegembiraan itu sedikit tergugat apabila mengenangkan Yati yang sudah bersenang-lenang sejak kelmarin lagi. Hisy...macam tu pun nak dijadikan isu!
Malam itu, sekali lagi pertemuan diadakan. Masalah yang dihadapi oleh Wanda,perlu diselesaikan bersama-sama. Minggu hadapan, mereka semua akan pulang ke rumah masing-masing. Kalau nak diikutkan, mereka boleh pulang esok. Namun, mereka telah merancang untuk bercuti bersama sebelum masing-masing pulang ke rumah.
“Yus mana?“soal Zaidi. Yang ada pada malam itu hanyalah dia, Hakim, Yati dan Fifi. Anisa tidak dapat hadir kerana perlu menjalani latihan di hospital.
“I’m not sure. Lepas balik dari exam petang tadi, dia ada balik bilik kejap. After mandi, solat...dia blah. Aku pun tak tahu dia ke mana. Cuma di pesan, teruskan plan malam ni. tak payah tunggu dia.“jawab Fifi seadanya.
Wanda tertunduk. “Dia benci aku agaknya.“
Semua mata tertumpu ke arahnya. “Jangan fikir yang bukan-bukan. Maybe, dia betul-betul ada hal.” Hakim berkata. Entah-entah berkaitan dengan lelaki dulu tu… teka Hakim sendirian.
Zaidi mengeluh perlahan. “Terus-terang aku cakap Wanda,dalam kepala otak aku ni, kalau aku jadi kau, aku gugurkan aje kandungan tu.“ujar Zaidi. Semua terkejut mendengarnya.
“Tapi bila aku fikirkan semula, aku boleh cakap macam tu sebab aku lelaki. So, aku tak rasa bagaimana sakitnya dan betapa sayangnya untuk membunuh baby yang tidak bersalah.“sambung Zaidi lagi.
Semuanya menarik nafas lega. Nasib baik Zaidi berfikir lebih daripada sekali!
“Tahu pun!“gerutu Fifi sambil menjeling. Lelaki...pandai bercakap aje. Mereka tak pernah dan tak akan merasa,mana mereka faham.


Yusliza meluru ke arah sekumpulan lelaki yang sedang seronok berbual. Dia menolak kasar salah seorang daripada lelaki tersebut. Tersungkur lelaki itu di hadapan rakan-rakannya.
“Wei, apa ni!“ bentak lelaki itu. Dia bangkit dengan bantuan rakannya. Lelaki itu berpaling untuk mengetahui siapakah gerangan yang berani cari fasal dengannya.
“Hoi setan! Aku nak, kau bertanggungjawab terhadap Wanda. Kau dah buat dia mengandung, lepas tu senang-senang aje kau tinggalkan dia. Kau mesti bertanggungjawab. Kalau tak, aku report polis!“ugut Yusliza. turun naik nafasnya menahan rasa geram dan marah.
Anwar tergelak besar. Bergema kawasan itu dengan gelakkannya. “Pergilah. Kau nak tuduh aku apa? Aku rogol dia? Huh...kau tak ada bukti. Lagipun Wanda yang bagi aku. Takkan aku nak tolak. Rezeki dah ada depan mata.“sinis Anwar berkata sambil berjalan mendekati Yusliza. Rakan-rakannya yang lain hanya menurut dari belakang.
Yusliza gementar. Dia mengundur ke balakang perlahan. Tiba-tiba, Anwar memegang pergelangan tangannya. “Kau ni pun...boleh tahan. Kawan-kawan, malam ni kita enjoy.“teriak Anwar. Rakan-rakannya bersorak girang. Yusliza semakin berdebar.
Pangg! Satu tamparan hinggap di pipi Anwar. Menyirap darah lelaki itu apabila diperlakukan begitu. Terlepas tangan Yusliza daripada pegangan lelaki itu.
“Kau ingat! Kau pun ada keluarga. Kalau kau boleh buat pada anak orang, tak mustahil suatu hari nanti, orang lain akan buat perkara yang sama pada kau!“jerit Yusliza.
Segera Yusliza berpaling untuk pergi. Namun, tangannya direntap kasar. Tubuhnya ditarik. Kini, dia berada di dalam pelukan Anwar. Meronta-ronta Yusliza minta dilepaskan. Namun, apalah dayanya jika dibandingkan dengan tenaga lelaki itu.
Kedua-dua belah tangan Yusliza digenggam kejap. Bibir Anwar rakus menghinggap di sekitar leher Yusliza. Terjerit-jerit Yusliza meminta pertolongan.
“Hoi!“sergah satu suara. Masing-masing terkejut. Mereka menoleh. Kelihatan sekumpulan lelaki menghampiri mereka. Kali ini, bilangannya lebih ramai.
Anwar dan rakan-rakannya lari bertempiaran. Yusliza kaget. Dia turut berlari. Namun, lariannya sempat ditahan oleh seorang lelaki.
“Tolong...tolong jangan apa-apakan saya...“rayu Yusliza dalan sendu.
Lelaki itu kelihatan kalut melihat tangisan itu. “Jangan risau,Yus. Kami tak akan apa-apakan awak. Malah, kami datang untuk bantu awak.”ujar lelaki itu.
Yusliza terkedu. Macam mana dia tahu nama aku? Namun, persoalan itu dibiarkan terus berlegar di fikirannya.
Yusliza di bawa ke sebuah gerai makan. Setelah memesan minuman, beberapa orang lelaki duduk mengelilinginya. Jantungnya berdegup kencang.
“Kenapa Yus pergi tempat macam tu?“soal lelaki tadi.
Yusliza takut-takut. Dia memandang lelaki itu. “Err…saya…saya nak jumpa lelaki tadi.”
“Kekasih kau ke?”lelaki lain pula bertanya. Yusliza hanya menggeleng. Dia menyedut air minuman di hadapannya untuk mengurangkan rasa debarnya.
“Lain kali, jangan pergi lagi. Kawasan sini, bahaya.”pesan lelaki itu.
“Saya cuma nak dia bertanggungjawab. Dia dah rosakkan masa depan kawan saya! Anwar mesti bertanggungjawab terhadap anak tu.” Yusliza bernada keras. Mereka yang lain hanya mendengar.
“Tak guna,Yus. Anwar tu, bukan lelaki yang baik. Dah ramai anak dara orang yang dia dah rosakkannya. Awak tahu tak yang awak dah membahayakan diri awak? Sudahlah. Awak duduk dulu. Kejap lagi dia datang.“
Yusliza diam. Dia merenung lelaki itu. “Macam mana awak tahu nama saya?” soalnya pelik. Lelaki itu hanya tersenyum. Dia bangun lalu mendapatkan rakannya yang lain. Yusliza kembali menyepi. Tak nak jawab, sudahlah…
“Kat sana tu. Hampir-hampir kena dengan Anwar and the geng. Nasib baik kami cepat.”bicara satu suara. Yusliza menoleh. Tergamam dia melihat Badrul ada di situ. Dia berlagak tenang.
Badrul mendekati Yusliza. Dia berdiri bersebelahan dengan gadis itu. “Jom balik.“ Badrul menarik tangan Yusliza. Yusliza hanya menurut.
“Thanks Joe.“ucap Badrul.
“Its okey. Kau pun dah banyak tolong aku. Kalau tak, entah ke mana aku sekarang ni.”lelaki bernama Joe itu tersenyum sambil menepuk belakang Badrul.
“Okeylah. Aku ada hal dengan budak-budak aku ni. Aku pergi dulu. Kahwin nanti jangan lupa jemput aku.”ujar Joe. Dia memandang Yusliza. “Yus, jangan buat lagi. Kalau ada masalah, beritahu saya. InsyaALLAH, saya akan tolong.“pesan Joe. Yusliza hanya tersenyum kecil lalu mengangguk.
Badrul memandangnya. Rasa geram terhadap Yusliza. kau ni nak tunjuk hero ke hah! “Okeylah. Kami pergi dulu.“ Badrul terus menarik Yusliza ke kereta.
“Masuk!“arah Badrul. Yusliza hanya menurut. Takut juga dia melihat wajah bengis tunangnya itu. “Kau gila ke? Jumpa gangster? Kalau apa-apa jadi...“
“Kalau apa-apa jadi pada saya, awak juga yang untung.“balas Yusliza berani
“What do you means, Yusliza?”
“Maksud saya, kalau saya dibunuh pun, lagi bagus. Tak payahlah awak kena berkahwin dengan saya ni!“
“Yus,apa yang kau cakap ni?“marah Badrul.
“Saya cakap apa yang betul. Kalau mati,…”
“Aku tak nak kau mati! Aku nak kau... aku sayang kau. aku nak kau jadi milik aku.“jerkah Badrul. Ditumbuk stereng kereta di hadapannya. Yusliza terdiam. Ganasnya.
“Huh,lelaki sama aje! Penipu. Suka permainkan perasaan perempuan.”ulas Yusliza.
Badrul tidak terkata. Sukarnya jatuh cinta pada insan yang telah membenci kita…
“Kau akan jadi milik aku,Yus. Aku akan lakukan apa saja untuk itu. Sama ada cara halus atau kasar. Jadi, jangan sesekali cabar aku.“ Badrul seakan memberi amaran. Yusliza hanya membisu. Badrul menghidupkan enjin keretanya lalu memandu membelah kabus malam.


“Seronok juga sesekali picnic ramai-ramai. Dah lama kita tak berkumpul macam ni. Sejak aku buat hal.“ujar Wanda. Ketika itu, dia bersama-sama dengan Yusliza, Yati dan Fifi sedang berbaring menghadap langit. Indahnya waktu malam. Bintang bertaburan berkelipan menemani sinaran sang bulan.
“Dahlah. Sekarang ni, kau kena janji yang kau mesti jaga diri dan kandungan tu baik-baik. Lagipun,semua masalah dah settle.“balas Fifi.
“Tapi betullah. Aku rasa seronok sangat. Ada aku, ada korang, ada mereka. Rasa macam tak nak balik pula.“ Yusliza bersetuju dengan pendapat Wanda. Dia tersenyum senang. Bunyi ait terjun sungguh mendamaikan hati.
“Emm…ada Razman, Suresh, Basir, Hafiz…Mei Lin dan Anisa pun ada.”ujar Yati. Berlainan jurusan tidak membuatkan dia kekok ketika bersama mereka semua. Malah, dia lebih rapat dengan mereka semua berbanding rakan-rakan sekuliahnya.
Bunyi petikan gitar yang dimainkan oleh Zaidi membuatkan masing-masing menyepi. Suasana begitu tenang. Hakim, Anisa, Mei Lin, Razman, Basir, dan Suresh duduk mengelilinginya.
“Cantiknya langit malam ni.“puji Wanda. Mereka berempat tersenyum.
Yusliza memejamkan matanya. “Ciptaan-NYA. Tiada siapa dapat tandingi. Samalah juga baby kau tu. Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi ni. Jaga baik-baik. DIA dah bagi. Tak baik menafikan.“ulas Yusliza tenang.
Terharu Wanda mendengarnya. Jauh di sudut hati, timbul rasa kesal kerana bersikap kasar terhadap teman-temannya. “Thanks. Kalau tak kerana korang, entah ke manalah agaknya aku sekarang ni. parents aku pun...“
“Wanda, walau apapun, kita ni anak dia. Mungkin,hati mereka terluka dengan perbuatan anak-anak. Tapi, bila mereka dah beri peluang ni, janganlah kau ulang lagi.“pesan Fifi.
Wanda mengangguk faham. Dia insaf. Mulai hari ini, dia ingin menjadi anak yang baik...dan kawan yang setia. “Aku gembira dapat kawan macam korang.“
Kedengaran suara Razman sedang menyanyikan lagu Insan Bernama Kekasih yang dipopularkan oleh kumpulan UNIC. Suasana sepi lagi. Suara lunak Razman benar-benar mendamaikan jiwa.
“Sedap suara Man. Macam Azrul.“ Yati menyamakan suara Razman dengan buah hatinya. Fifi dan Wanda mencebik. Yati sendiri tertawa dengan kenyataannya. “Eh Yus, dulu kau ada cerita yang kau dah tolak lamaran Man. Sekarang apa cerita?“
“Nothing. Biasa aje. Kami still berkawan.“jelas Yusliza pendek. Matanya terus dipejamkan menikmati angin malam sambil menghayati lagu nyanyian Razman yang diiringi bunyi pukulan dan hempasan air terjun.
“Aku rasa, rugi kau reject dia.” Yati menyatakan pendapatnya. Yusliza hanya tersenyum kecil.
“Kau pula Fifi? Macam mana dengan Suresh.”soal Yati lagi.
“Aku jelaskan pada dia elok-elok. Aku cakap pada dia apa yang aku rasa...“
“Apa yang kau rasa“sampuk Yusliza sambil tersenyum mengusik.
“Rasa nak jumpa Abang Midi sekarang.“Fifi tergelak. Yati memukul lembut lengan Fifi.
“Gatal!”
Suara Razman tadi digantikan dengan suara Suresh yang sedang menyanyikan lagu Khabi Khusi Khabi Gham. Nyanyiannya hancur. Maklumlah, Suresh tidak begitu fasih berbahasa tamil apatah lagi berbahasa hindi.
Yusliza yang sedari tadi memejamkan mata tiba-tiba terbeliak. Dia menutup kedua-dua belah telinganya dengan tapak tangan. “Hoi Suresh,sumbanglah suara kau. Stop it!”jerit Yusliza. Namun, langsung tidak diendahkan. Malah, lelaki itu semakin menguatkan suaranya. Yusliza merengus geram lalu rebah kembali merenung langit malam.
“Oh ya…Yus, lepas exam hari tu, kau ke mana. Yang masa kita nak bincang fasal masalah Wanda tu.”tanya Yati.
“Pergi jumpa Anwar.”tenang Yusliza bersuara.
“Hah?“ketiga-tiganya menjerit serentak. Mereka menoleh ke arah Yusliza.
Fifi semakin teruja ingin tahu. “Kau pergi sorang-sorang? Beraninya. Kau tahu tak,bahaya. So, what he’s said?“
Yusliza hanya menggeleng. Fahamlah Wanda akan maksud gelengan itu. Mereka semua tertunduk. “Aku tak fikir bahaya masa tu. Yang aku fikir, nasib kawan aku. Nasib baby tu…” Tiba-tiba, Wanda memeluk Yusliza erat.
“Thanks Yus. Maaf. Dulu,aku selalu sakitkan hati kau. kau adalah orang yang paling aku benci. Tapi sekarang, kau banyak tolong aku. I’m very sorry. Thank you so much. Baru aku sedar. Orang yang aku benci tulah,orang yang aku sayang. Yang akan bersama-sama aku ketika suka dan duka.” Wanda terus menangis di bahu Yusliza.
Fifi dan Yati sebak. Masing-masing turut mengeluarkan air mata.
“Aku pun nak peluk juga.” Fifi terus memeluk kedua-duanya.
“Aku pun.”Yati pula turut serta.
Yusliza terasa sesak nafas. “Wei Yati,janganlah peluk kuat sangat. Kau nak cekik aku ke?“
Yati memukul peha Yusliza. orang tengah sedih, boleh dia bergurau. Mereka kembali berpelukan.
Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan empat sahabat itu. Hatinya terusik...
“Wei,drama apa yang korang buat kat sana tu?“teriak Zaidi. Penyibuk betullah!

~kureng idea...
hentam kromo saja...
jnji ada... :D~

~~~sorry~~~

Monday, March 15, 2010

Ku Terima Seadanya 19


Yati sedang tekun menelaah. Sesekali bunyi mesej dan panggilan masuk, langsung tidak diendahkannya. Malah, dia terus melayan buku-buku dan nota-nota yang terdapat di atas mejanya. Itulah kelebihan Yati. Dia tidak akan mempedulikan keadaan sekeliling ketika belajar kecuali keadaan tersebut benar-benar mengganggunya. Apa yang penting baginya, jam satu mesti tidur!
Yusliza turut mengulangkaji pelajaran. Beberapa catatan ringkas dilakukan agar mudah untuk difahami dan diingati. Nampaknya,malam ini dia perlu belajar di dalam bilik. Rancangannya bersama Hakim petang tadi terpaksa dibatalkan kerana Hakim dan Mei Lin mempunyai hal masing-masing. Tak apalah,esok lusa kan ada lagi...
Fifi duduk termenung di kerusinya. Sesekali dia tersenyum kecil. Apabila tersedar dari khayalan,dia kembali kepada bacaannya. Namun, baru baca tiga atau empat baris, fikirannya melayang lagi. Fifi mengeluh. Apa ni...asyik ingat dia aje! Fifi memukul pipinya dengan pen. Terus dia berpusing mengadap teman sebiliknya.
Kelihatan Yusliza masih tekun menulis sesuatu. Sementara Yati pula mengurut-urut pangkal lehernya lalu mematahkan jari-jemarinya.
“Yati...aku nak tanya sikit.“ujar Fifi takut-takut sekaligus memecahkan suasana sunyi bilik itu tadi.
“Hmm...“balas yati ringkas.
Fifi tersenyum. “Masa Azrul pikat kau dulu, apa dia buat?“
Yati termenung seketika. Senyuman kecil terukir di bibirnya. “Masa tu,aku join ekspidisi mendaki gunung. Masa nak makan, tiba-tiba ada pacat kat seluar aku. Apa lagi, menjeritlah.”
Tergelak Fifi mendengarnya. Yusliza yang sememangnya sedang memasang telinga turut geli hati. “Nampak aje brutal. Pacat naik sikit dah menjerit.“ujar Fifi.
“Mestilah. Aku tak biasa. Lainlah kau. Kau dah biasa dengan semua tu!“ balas Yati bersama sedikit rajuk. Sememangnya itu adalah pertama kali dia melihat pacat.
“So, apa yang berlaku lepas tu?“semangat Yusliza ingin tahu.
“Dia yang tenangkan aku. Then, dia juga yang buang pacat tu dari seluar aku. Sejak dari peristiwa tu, kami jadi rapat.“
“Takkan macam tu aje? Kau terima dia macam tu aje?“Fifi bertanya pelik.
“Masa dia nak ambil hati aku,macam-macam dia buat. Bagi coklatlah, ayat-ayat jiwang...ada sekali tu, dia letakkan bunga dalam buku yang dia pinjam daripada aku.“penuh bersemngat Yati bercerita.
Fifi dan Yusliza terpegun. Tidak menyangka bahawa jejaka yang berperangai gila-gila itu, romantik juga orangnya.
“Pada awalnya,aku tak layan dia. Tapi semakin lama aku semakin jatuh hati dengan sikap ambil berat dia. Dan satu peristiwa telah membuatkan aku yakin, Azrul adalah pilihan yang baik.“ Yati mula bersuara perlahan. Yusliza dan Fifi terus setia mendengar butir bicara seterusnya daripada Yati.
“Peristiwa di mana sewaktu pertama kali aku terdengar dia melaungkan azan. Dari situ aku dapat rasakan yang dia sememangnya seorang lelaki yang bertanggungjawab. Masa tu, aku ikut parents aku pergi hospital. Nak melawat isteri pekerja papa aku yang baru lepas bersalin. Kebetulan, dia pun ada...“
“Anak dia ke?“laju saja Yusliza menyampuk. Terbantut seketika cerita Yati tadi.
“Bukanlah!“marah Yati. “Itu anak saudara dia. Abang ipar dia a.k.a pekerja papa aku pergi oversea. Ada kerja. So, dia yang pegang tanggungjawab tu.“
“Ciri-ciri suami yang baik. Parents kau tahu tak tentang hubungan korang berdua?“tanya Fifi.
Yati mengangguk. “Tahu...aku kantoi dengan mereka masa raya. Dia bagi mesej, nak datang rumah. Nak jumpa mertua. Tup tup, papa aku terbaca mesej tu”
“Papa kau tak cakap apa-apa?”
Yati tersenyum lagi. “Tak, dia cuma pesan, jaga diri baik-baik. Jangan buat benda yang tak senonoh.“tutur Yati
Melopong Yusliza dan Fifi mendengarnya. “Sportingnya papa kau. Bestnya...“
“Papa aku memang sporting. Raya tu, dia datang bertiga. Dengan Abang Midi dan Abang Khairuddin. Terkulat-kulat si Azrul bila papa aku tanya mana satu menantu dia. Mamat dua ekor tu asyik mengusik depan parents aku. Malu aku.“omel Yati. Yusliza tertawa melihat mimik muka Yati.
Mendengarkan nama Hamidi, Fifi kembali dengan dunia angannya. Dia tersenyenyum sendiri.
“Ni kenapa tersengih-sengih sorang ni?“sergah Yusliza.
Fifi memandang kedua-duanya. “Korang nak dengar cerita aku tak?“
“Cerita apa?”pantas Yati dan Yusliza menyoal serentak. Masing-masing kembali mengadap nota yang berada di atas meja. Ingin menyambung menelaah.
“Abang Midi… Dia cakap, he’s love me.” tersenyum-senyum Fifi menuturkan ayat-ayat itu.
Yusliza dan Yati tersentak. “What?”
Pintu bilik mereka ditolak kasar dari luar. Wanda meluru masuk sambil teresak-esak. Beg tangannya dicampak ke atas lantai. Fifi,Yusliza dan Yati terpinga-pinga. Apahal dengan minah ni?


Pertemuan di tepi padang itu sepi. Cahaya lampu menerangi kawasan itu. Malam menjadi suram dengan esakan Wanda di bangku. Anisa yang kebetulan ada bersama mereka cuba menenangkan gadis itu. Walaupun dia orang luar, Anisa banyak mengetahui tentang kawan-kawan Zaidi melalui cerita lelaki itu.
Zaidi duduk di sebelah Anisa. Dia meraup mukanya berkali-kali. Yusliza tenang bersandar di pokok sementara Yati hanya berdiri memeluk tubuh. Hakim dan Fifi pula selesa bersila di atas rumput sambil menongkat dagu.
“Aku dah banyak kali cakap, jantan tu tak guna. Tapi kau nak juga kejar!“ Yusliza yang sedang geram memulakan bicara. Semua mata tertumpu ke arahnya.
“Betul tu. Yazid yang baik, kau persiakan. Sekarang tengok, apa dah jadi? Kau...“tidak tergamak Fifi untuk menyebutnya. Kadang-kadang, dia rasa meluat dan jijik dengan perangai Wanda.
“Benda dah lepas,janganlah diungkit. Sekarang ni, benda dah jadi. Apa yang pelu kita buat, fikir macam mana nak settlekan hal ni. Especially to her parents. How’s to explain about this?”celah Zaidi.
Wanda terharu mendengar kata-kata Zaidi itu. “Thanks Adi kerana memahami aku.”
Fifi,Yusliza dan Yati menahan rasa. “So,you means that kami ni tak memahami kaulah? Yeah…betul. Memang kami ni roommate yang teruk. Tak memahami kau sampai jadi macam ni.”sindir Yati.
“Sudahlah tu…”Zaidi cuba menenangkan keadaan.
“Kau diam,Adi! Kau cakap senanglah. Kau tak rasa apa yang kami rasa. Kau tak rasa bila bangun aje dari tidur, kami tanya dia, tapi kami yang kena marah. Kerana silap dia, kami kena tegur. Kadang-kadang, bentak kitaorang sesuka hati. Kau tak rasa semua tu! Kami ni bukan maid dia. Apa hak dia nak marah kami? Papa aku pun tak pernah bentak aku macam tu sekali!“ Yati meninggi suara. Selama ini, Yati tidak pernah meluahkan rasa hati seperti ini. Inilah...buat pertama kalinya, Yati meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
“Okey...okey...aku tahu, aku salah. Aku banyak buat silap pada korang. Aku minta maaf banyak-banyak.“ Wanda berkata dalam sendu.
“Senangnya...“sinis Yati.
“Sudahlah Yati,Wanda. Kalau korang macam ni, macam mana masalah ni nak selesai!“ Hakim mula baran melihat kedua-dua gadis itu.
“Wanda memang bersalah dengan perbuatannya. Tapi Yati,janganlah kusutkan lagi keadaan. Macam Adi cakap tadi,benda dah jadi. Kalau korang marah dia macam mana pun, dah lepas... tak boleh patah balik.“tambah Hakim lagi. Dia terus bangun lalu turut bersandar di pokok.
“Buat masa ni, aku tak ada idea. Macam inilah Wanda. Kita fokus dulu dengan exam. And then, baru kita fikir fasal problem kau ni. usul Zaidi. Hanya Hakim dan Anisa mengangguk setuju. Yang lain hanya berdiam diri. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.


Sekali lagi Badrul termenung di halaman rumahnya. Kata-kata Fikri terngiang-ngiang dibenaknya. Benar,dia perlu mengikat Yusliza dalam hidupnya dengan segera. Sebelum gadis itu terlepas ke tangan orang lain. Lebih-lebih lagi Hamidi. Ya,aku mesti beritahu mak dan abah. Tapi...macam mana?
Hajah Rozi hairan dengan sikap anak ketiganya itu. Sejak kelmarin lagi, dia sering termenung sendirian. Ada masalahkah? Lantas Hajah Rozi menghampiri Badrul sambil membawa secawan nescafe panas.
Disuakan cawan tersebut di hadapan Badrul. “Kenapa sejak kebelakangan ni, Bad asyik termenung aje? Ada masalah? Ceritalah, mana tahu mak boleh tolong.“ tegur Hajah Rozi.
Badrul hanya tersenyum. Dia berfikir sejenak. Nak beritahu sekarang ke? Tapi,boleh ke? Mak setuju ke nanti? Badrul tertunduk.
“Kenapa ni, Bad. Mak risau tengok Bad macam ni. Abah bagi banyak sangat kerja pada Bad ke? Atau…masalah dengan Yus lagi?”teka Hajah Rozi.
Automatik Badrul mendongak memandang ibunya. Mak ni…tahu-tahu aje apa yang sedang aku fikir.
Hajah Rozi tersenyum kecil. Apa lagilah anak dara tu buat pada anak bujang aku ni. Teruk betul muka dia. Berkerut-kerut. “Jadi,fasal Yus. Okey,cerita pada mak. Mana tahu, mak boleh tolong.”
Badrul menyeringai. Mak ni memahami anak-anaklah… “Emm…kalau Bad minta sesuatu, mak boleh tunaikan?”
“InsyaALLAH,bergantung pada permintaan tu. Tapi kalau Bad minta putus dengan Yus, mak akan tolak mentah-mentah.”
Laju kepala Badrul menggeleng. “Tak,bukan tu. Bad cuma…” Badrul gugup. Kembali berfikir tentang kewajaran tindakannya itu.
“Bad nak apa? Cakap cepat sebelum mak tukar fikiran.” Hajah Rozi berkira-kira untuk bangun dan berlalu dari situ. Namun, pantas Badrul menghalangnya.
“Mak,boleh tak kalau…cepatkan hari pernikahan Bad dan Yus?”pinta Badrul. Terbeliak mata Hajah Rozi mendengar permintaan yang tidak disangka-sangka itu. Segera dia menyembunyikan senyuman. “Bagi mak sebab. Kenapa?”
“Err…tak ada sebab. Tapi bolehlah mak. Sebelum apa-apa jadi…”
Tersentak Hajah Rozi mendengarnya. “What do you means by sebelum apa-apa jadi?”soalnya tegas.
Badrul tersenyum nakal. Mak aku fikir lain ni! “Ala mak,takkan mak tak faham. Bad kan lelaki, Yus pula perempuan. Jadi…”
“Bad…betul ke?” Hajah Rozi semakin serius. Badrul sudah tergelak-gelak melihat kerisauan emaknya itu.
“Mak ni…Bad gurau ajelah. Takkanlah Bad nak buat macam tu kat anak orang. Sebenarnya, Bad tak ada sebab. Cuma satu, Bad takut kalau Yus terlepas ke tangan lelaki lain.”luah Badrul.
Kini,Hajah Rozi mampu menarik nafas lega. Nampaknya, Badrul sudah mula menyayangi gadis itu. “Alhamdulillah,akhirnya terbuka juga pintu hati kamu untuk terima dia.” Hajah Rozi memanjatkan kesyukuran ke hadrat ILLAHI kerana telah memperkenankan doanya.
“Tapi Bad, mesti ada sebab. Mak nak bagi alasan apa pada parents Yus?” tanya Hajah Rozi.
“Mak kan pandai bagi alasan, cakap ajelah. Tak pun, mak cakap aje sebelum apa-apa jadi, baik cepatkan.” Badrul tertawa dengan bicaranya. Hajah Rozi menjelingnya tajam.
“Pandailah Bad. Tuduh mak pandai bagi alasan pula.”ucap Hajah Rozi separuh merajuk.
“Mak…tolonglah. Mak nak tak Yus jadi menantu mak?”soal Badrul seakan mengugut. Hajah Rozi mengangguk perlahan.
“Nantilah, mak bincang dengan abah dulu. Mana tahu, abah ada idea.”
Badrul tersenyum lega. Hajah Rozi melihat senyuman itu. Dia turut senang. “Tu kenapa pula senyum sorang-sorang? Tak nak kongsi?”
“Happy sangat. Tak sabar rasanya.”ucap Badrul riang
“Tak sabar apa?”
“Emm…tak sabar nak peluk-peluk Yus, cium dia puas-puas, lagi apa ya…”
Badrul tidak meneruskan kata-katanya apabila terasa satu cubitan kuat hinggap pada lengannya. Dia hanya menjerit kesakitan.
“Gatal!”marah Hajah Rozi.
“Anak mak…”selamba Badrul membalas lalu memeluk emaknya.


-sory coz lmbt post bab ni.sgt bz utk bberapa bln ni.n mgkn bab sterusnya pn akn mgalami nsb yg sm.. :D
anywy,thnx krn sudi bc cite merapu sy ni..hehehe.. ;)

Saturday, February 6, 2010

Ku Terima Seadanya 18



“Bro, asal kau termenung aje ni? Problem lagi dengan si beruk tu?“sengaja dia menggelarkan Yusliza begitu untuk melihat reaksi Badrul. Kalau diikutkan, dia sendiri tidak suka Badrul memanggil Yusliza begitu.
Badrul bangun berdiri betul-betul di hadapan Fikri. “Fik, aku nak ingatkan kau, jangan panggil dia beruk!“marah Badrul.
Fikri hanya tersenyum. Kemarahan sahabatnya itu menggembirakan hatinya. Ternyata, Badrul sudah berubah. “Sorry...aku tak sengaja. Lagipun, dulu kau yang selalu panggil dia macam tu. So, aku jadi terikut pula.“Fikri beralasan.
Badrul menjeling. “Tu dulu. Sewaktu aku tak kenal dia. Waktu aku buta dalam menilai seseorang. Sekarang aku dah sedar. Aku menyesal sangat.“ Badrul berkata penuh kekesalan. Dia melangkah menuju ke sofa yang terdapat di dalam bilik pejabatnya.
“Baguslah kau dah sedar,Bad. Aku harap, dia akan terima kau.“
Mendengarkan kata-kata Fikri itu, Badrul mengeluh kecil. Dia meraup mukanya. “Aku sayang sangat pada dia,Fik. Tapi aku dah buntu.“luah Badrul. Dengan Fikri, dia tidak pernah malu untuk berkongsi segala jenis masalah yang di hadapi. Begitu juga sebaliknya.
“Bad,cuba kau cerita pada aku secara detail. Aku tak faham maksud kau.” Berkerut-kerut dahi Fikri tidak memahami maksud kata-kata Badrul tadi.
“Aku dah banyak bersabar dengan dia. Aku cuba berlembut dengan dia. Aku cuba buang ego aku jauh-jauh, semata-mata kerana dia. Tapi akhirnya, dia selalu mencabar aku dengan kata-katanya. Dia selalu menyakiti hati aku. Selalu mengungkit. Kalau nak diikutkan hati aku yang panas, nak aje aku tampar dia.“
Terkejut Fikri mendengar pengakuan Badrul. Sampai begitu sekali? Teruk sangatkah Yusliza menyakiti hatinya?
“Masa nak pergi kenduri kau dulu, kami bertengkar dalam kereta. Puncanya, aku tak beritahu nak bawa dia ke mana. Hal kecil pun dia nak perbesarkan. Sampai terjerit-jerit. Aku bengang.“ Badrul meramas rambutnya kuat.
Fikri hanya memerhati. Simpati dia melihat sahabatnya itu. “Kalau kau nak tahu Bad, begitulah perasaan dia ketika kau menyakitinya dulu. 3 tahun dia bertahan dengan kau. Kau pula, baru beberapa bulan, dah rasa nak tampar. Cuba kau fikir, apa agaknya dia rasa selama tiga tahun tu?“ Fikri bertanya.
“And one more thing, aku rasa, tak susah nak ambil hati Yus tu. Dia tu nampak aje keras di luar. Tapi hati dia, lembut. Kalau tidak, masakan dia setuju dijodohkan dengan kau? Ke...kau ada buat sesuatu yang menyakitkan hati dia?“ Fikri menjeling tajam.
Badrul terdiam. Dia memandang Fikri sepi. “Malam tadi, kami keluar. Aku terlepas cakap. Aku tak sengaja. Aku cuma cakap sendiri aje. Tak sangka pula dia dengar…”
“Apa yang kau cakap?” pantas Fikri mencelah.
Badrul serba salah. “Aku...terpanggil dia beruk...“
Fikri menghela nafasnya lalu bersandar di sofa. Kepalanya digeleng-gelengkan. “Kalau aku di tempat dia, bukan setakat tampar. Tumbuk, tendang sekali aku nak bagi kat kau.“
Badrul membisu lagi. Matanya terus memandang sahabat di hadapannya itu. “Dia cakap, dia tak mungkin mencintai aku semula. Tapi aku sayangkan dia. Aku mahukan dia di sisi aku. Aku tak nak dia terlepas ke tangan orang lain. Apa yang patut aku buat, Fik?“ sayu kedengaran suara Badrul.
Wajah keliru Badrul membuatkan Fikri turut merasai kesayuan itu. Dia geram dengan Badrul. Tapi dalam pada masa yang sama, ada rasa simpati terhadap lelaki itu. Dia semakin yakin bahawa Badrul sudah berubah. Walaupun kadang kala lelaki itu tetap cuba untuk menyakiti hati Yusliza.
Namun, wajah keliru Badrul itu juga menggembirakan hati Fikri. Akhirnya, ada gadis yang berjaya membuatkan Badrul jatuh cinta. Dan gadis itu adalah Yusliza sendiri. Gadis yang Fikri yakin telah tersemat di dalam hati Badrul sejak dulu lagi.
“Aku rasa, kau kena rancang sesuatulah.“
“Maksud kau?“
“Kau sayangkan dia,kan? Tak nak kehilangan dia?“soal Fikri. Perlahan-lahan Badrul mengangguk. Itulah yang dia telah katakan tadi!
“Kau kena bertindak segera sebelum ada hati yang berubah.“cadang Fikri.
Terpinga-pinga Badrul mendengarnya. Apa ni? “Aku...tak faham...“
Fikri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hisy...lembab betullah mamat ni! “Kau kena minta izin family kau untuk mempercepatkan tarikh pernikahan. Gunakanlah apa-apa alasan pun. Asalkan dia jadi milik kau sepenuhnya, sebelum orang lain sambar.“
Badrul berfikir sejenak. “Tapi, mengikut perjanjian yang telah ditetapkan, kami akan bernikah selepas Yus dapat pekerjaan. Tak lama lagi pun...“
“Kau comfirm ke dia akan dapat kerja sebaik saja dia tamat belajar? Entah-entah, dibuatnya dia lengah-lengahkan masa,macam mana? Silap hari bulan, kau juga yang berputih mata. Lagipun perjanjian tu secara lisan. Tak melibatkan mahkamah pun. Aku rasa tak ada masalah.“ujar Fikri. Badrul hanya mengiakan di dalam hati.
“Bad, kau kena ikut cakap aku kalau tak nak dia disambar orang. Lagipun, aku dengar si Mirul sedang mencari yang sesuai. Lagi satu, anak Tan Sri Nazarul tu pun...boleh tahan orangnya.“usik Fikri. Sengaja dia mahu menakut-nakutkan Badrul. Sahabatnya itu hanya menjeling geram.
“Aku kena pergi sekarang. Ada appointment. Fikirkan apa yang aku cakap tadi. Anyway,aku datang ni nak ajak kau ke rumah aku sabtu ni. Ada kenduri doa selamat sikit. Kami kan baru pindah. Datang tau. Oh ya, ajak Yus sekali. Wife aku nak berkenalan dengan dia.“ pesan Fikri lagi. Badrul hanya mengangguk.


Fifi berjalan sendirian menuju ke kafe. Lapar pula perutnya setelah penat berjoging. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya tatkala bertembung dengan beberapa orang penghuni kolej yang dia kenali.
Sampai di kafe, suasana agak lengang. Maklumlah, cuti hujung minggu begini, ramai yang mengambil kesempatan untuk ’oversleep’. Aku pun biasa juga ambil kesempatan tu. Tapi entah angin apa yang merasuk aku lepas subuh tadi. Tiba-tiba aje rasa nak berjoging. Fifi tersenyum sendiri.
Setelah membeli sandwich dan air milo, melilau matanya mencari port yang sesuai untuk dia melayan diri. Senyumannya tiba-tiba mati apabila terpandangkan seraut wajah yang sedang merenung tajam ke arahnya. Fifi gugup.
Lelaki itu tersenyum ke arahnya. Fifi gementar. Nak balas ke? Eh, tapi betul ke apa yang aku lihat ni? Takkan dia ada kat sini. Kan dia dah balik JB. Argh...apalah aku ni! pagi-pagi buta dan termimpikan dia. Merepek aje! Gumam Fifi sendirian. Dia terus melangkah.
Fifi duduk. Setelah membaca doa makan dan basmallah, dia menghirup milo panas perlahan. Lega rasanya... Dicapai sandwich lalu disuakan ke mulut. Belum pun sempat dia menggigit sandwich itu, seorang lelaki tiba-tiba menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengannya. Fifi menoleh.
Zup! Melucup laju panahan matanya terus ke hati. Jantungnya berdebar hebat. Dia cuba untuk berlagak selamba. Terus dia mengunyah sandwich itu tadi.
“Hai,Fifi. Kenapa Abang Midi panggil tadi tak layan?“
Fifi tersenyum kelat. “Ingat…saya sedang bermimpi tadi. Sebab tu saya… Err…”
Hamidi tersenyum kecil. “Kalau betul Fifi bermimpi, bertuahnya Abang Midi dapat masuk sekali dalam mimpi tu.”usik lelaki itu. Fifi tertawa kecil.
“Err…Yus mana?”soal lelaki itu.
Fifi terkedu. Sekali lagi dia mencari Yus? Kenapa? Mereka berdua ada apa-apakah? Fifi cemburu tiba-tiba.
Hamidi melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Fifi. Tersedar Fifi dari lamunannya tadi.
“Oh...err...ya,Yus...“ Fifi berfikir seketika. Yus kat mana,ya. “Eh,lupa pula. Yus ada dalam bilik. Dia tidur. Kesian dia. Ada hal malam tadi. Pukul dua pagi baru dia balik.“ Fifi merasakan dirinya sudah tidak betul. Yusliza di dalam bilik pun, dia lupa. Dia mempercepatkan kunyahannya.
Hamidi geli hati melihat kekalutan gadis di hadapannya itu. Namun, dia hairan. Kenapa Yusliza pulang jam dua pagi? Sedangkan ketika mereka bertemu semalam lebih kurang jam... sembilan lebih. Apa yang berlaku? Fikirnya sendirian.
“Okeylah, saya pergi dulu.“ Fifi meminta diri lalu bangun. Hamidi terkejut.
“Eh…eh…nanti dulu.”
Belum sempat Fifi melangkah, Hamidi menahannya lalu mengisyaratkan duduk kepada gadis itu. Fifi yang keresahan hanya menurut. Dia nak apa pula ni? Dahlah pagi-pagi buta datang sini. Err...pagi buta?
“Dah lama kita tak jumpa,kan?“ Hamidi memulakan bicara. Terasa sedikit kekok untuk berbicara dengan Fifi.
“Emm. Last masa Abang Midi konvo.” Fifi bersetuju. Dia tanya, aku jawab. Dia diam, aku diam. Tapi kalau dia diam,aku diam, buat apa aku duduk kat sini lagi? Ha...tengok muka dia puas-puas. Mungkin, lepas ni dah tak jumpa lagi.
“Yus...ada tak sampaikan pesanan Abang Midi untuk Fifi?“ suara hamidi memecahkan lamunan Fifi yang entah apa-apa tadi. Fifi kembali fokus kepada pertanyaan lelaki itu.
“Pesanan? Pesanan apa?“soal Fifi hairan. Dia cuba mengingati kembali, kalau-kalau Yusliza ada menyampaikan pesanan lelaki itu kepadanya. Kalau ada, bila Yusliza menyampaikan kepadanya. Tapi…eh, tapi ada ke? Fifi menggaru dahinya. ‘Pesanan apa ni?’bisiknya perlahan.
Hamidi terdengar. Dia merenung wajah gadis di sebelahnya. “Pesanan yang… I love you.” selamba Hamidi menuturkannya.
Fifi tercengang. Biar betul mamat ni. Dia sukakan aku? Benarkah? Tapi cara dia bercakap tadi,selamba aje. Dia ni bergurau dengan aku ke? Sengaja nak usik aku!


“Hai,Yus.”tegur Hakim riang. Yusliza menoleh. Dia membalas senyuman Hakim walaupun terasa hambar.
“Kenapa ni? Macam mengantuk aje. Mana Ijah? Eh,mana Fifi?“ Hakim membetulkan pertanyaannya.
Berkerut dahi Yusliza mendengarnya. Macam mana pula nama Khadijah boleh terkeluar ni? “Aku tak cukup tidur. Mengantuk lagi ni. Fifi pula, tak tahulah aku. Masa aku bangun tadi, dia dah bersiap. Bila aku tanya, nak keluar date katanya. Kenapa?”
“Saja tanya. Aku tengok kau sorang aje.”
Yusliza tersenyum lagi. “Bukannya perkara luar biasa. Itupun kau pelik ke?“ soal Yusliza. Hakim tersengih. “Ni...tadi, kenapa kau tiba-tiba tersasul nama Ijah?“
Hakim berdebar. Berpeluh dahinya mencari alasan. Alamak...aku ingat dia tak tanya. “Err...tak adalah. Sebenarnya, aku tengah cari dia tadi. Fasal nak kemas surau. Dia ada tanya aku tadi. Tapi sekarang, dia pula hilang.“jelas Hakim. Fuh...lega. Nasib baik aku teringat pertemuan tengah hari tadi.
“Kau nak ke mana ni?“
Yusliza mengangguk. “Ke kedai kejap. Tengah study tadi,mengantuk pula.“ balas Yusliza sambil menguap. Segera dia menutup mulutnya.
“Hisy…tak senonohlah kau ni!”marah Hakim. Yusliza tersengih-sengih. “Yus, malam ni study sama. Aku ada ajak Mei Lin sekali. Study sorang, aku rasa nak tidur aje.”
Mata Yusliza cerah kembali. “Eh,okey juga. Aku nak. Malam nanti lepas Isyak.”
“Okey,set. Eh,aku pergi dululah. Ada kerja ni.” Hakim meminta diri. Yusliza turut meneruskan arah tujunya tadi.

Tuesday, January 26, 2010

Ku Terima Seadanya 17



Malam itu, sekali lagi Yusliza keluar bersama tunangnya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menolak. Namun, mengenangkan Hajah Rozi, akhirnya dia mengalah. Panggilan telefon petang tadi kembali singgah di ingatan.
Usai mengerjakan solat Asar, Yusliza segera mencapai telefon bimbitnya yang sedang berbunyi. Selepas berbalas salam dan bertanya khabar dengan si pemanggil, lelaki itu terus menyatakan tujuan dia menghubungi Yusliza.
“Kita keluar malam ni. Cari dan beli barang hantaran. Sekali dengan pelamin dan baju.“tenang sahaja bicara Badrul.
“Saya tak nak!“bentak Yusliza perlahan. Khuatir didengari oleh teman sebiliknya.
Badrul merengus kasar. Hisy...susah betullah perempuan ni. Aku ajak keluar shopping aje! Bukannya buat apa pun. “Mak aku yang suruhlah!“
“Tipu! Sebenarnya awak sengaja guna alasan tu untuk ajak saya keluar,kan? Sebelum ni pun awak cakap nak bawa saya keluar. Tapi tu ha...sampai ke utara sana. Saya...“
“Assalamualaikum,Yus.“tegur satu suara. Yusliza terdiam. Mati ayatnya tadi. Segera dia menjawab salam.
“Err…mak cik… Eh, mak sihat?” gugup dia bersuara. Masih kekok untuk membahasakan wanita itu sebagai emak. Selebihnya,dia terkejut. Hisy…mamat ni! Kenapa bagi telefon pada mak dia? Tak beritahu pun! Rungut Yusliza di dalam hati.
“Alhamdulillah, mak sihat. Yus, kenapa tak nak pergi? Yus sibuk ke?“ lembut Hajah Rozi bertanya. Suara seorang ibu yang sedang memujuk melemahkan jiwanya. Tidak sanggup dia untuk membantah.
“Err…Yus…”
“Pergilah. Mak dah cari butiknya. Pelamin dan baju, semua mak dah tempah. Yus cuma pergi untuk cuba aje. Kalau tak muat nanti, tukang jahit boleh betulkan. Please, tolong mak,ya.”Hajah Rozi separuh merayu. Dia yakin selepas ini, Yusliza pasti bersetuju.
“Mak faham, Yus sibuk. Dekat nak final exam,kan? Sebab tu mak uruskan segalanya dengan umi. Tapi untuk ini, pergilah sekejap. Boleh,kan? Takkan Yus nak pakai baju saiz mak?”gurau Hajah Rozi.
Yusliza tertawa mendengarnya. “Tak salah,kan?”balas Yusliza. Kemudian, dia tertawa lagi apabila terdengar leteran bakal ibu mertuanya.
“Yus,boleh ya?” Hajah Rozi terus memujuk. Dia sedar, sebenarnya, Yusliza enggan keluar bersama Badrul. Entah apa sebabnya. Mungkin...gadis itu tidak begitu rapat dengan Badrul seperti keakrabannya dengan Borhan dan Bahari.
Yusliza menarik rambutnya sendiri. Geram dengan Badrul,marah pada diri sendiri. “Baiklah mak. Yus ikut Bad pergi butik tu malam ni.“ Entah apa yang mendorongnya untuk berkata demikian.
“Baguslah macam tu. Terima kasih,Yus. Oh ya, Abang Bad kata nanti dia jemput lepas Isyak.” Memandai-mandai saja Hajah Rozi menambah panggilan ‘abang’ pada pangkal nama Badrul.
Yusliza geli-geleman. Abang? “Yelah,Yus tunggu.”
Kini, dia berada di sisi lelaki itu. Masing-masing menyepi. Hanya kedengaran DJ yang sedang berceloteh di radio. Yusliza mengeluh perlahan.
“Kenapa?” soal Badrul. Yusliza hanya menggeleng malas. Sibuk aje nak tahu. Suka hati sayalah! Badrul hanya tersenyum melihat gelengan itu.
Sampai di pusat membeli-belah, mereka segera menuju ke butik yang terletak di sekitar kawasan itu.
“Inilah bakal menantu Hajah,ya. Cute orangnya.” Puji Amar,pemilik butik tersebut.
“Mana ada. Saya biasa aje,bang.”Yusliza merendah diri. Malu dia apabila dipuji sebegitu.
“Eleh...you tak payah malu-malu dengan I. Bad, pandai mak you carikan. Kalau I dapat, I tak lepas tau. Rasa macam esok juga I nak kahwin.”lembut Amar berkata lalu menampar bahu Badrul.
Badrul tersengih. “Kalau ikut I pun, macam tu juga. Tapi dia dah nak exam. Tahan ajelah.”selamba Badrul berkata. Kedua-duanya tergelak besar. Yusliza menjelingnya tajam. Malu.
Setelah selesai berurusan di butik, mereka terus berlegar-legar mencari barangan untuk dijadikan hantaran. Penuh tangan mereka menjinjing barang-barang.
Ketika melalui kedai emas, Badrul menarik Yusliza masuk kedalam kedai tersebut untuk membeli cincin pernikahan mereka. Yusliza ingin menolak kerana memikirkan yang harinya lambat lagi. Namun, belum sempat bersuara, dia sudahpun duduk menghadap pelbagai jenis dan bentuk barangan kemas di dalam kedai tersebut.
“Pilihlah. Aku bayar. Mak pesan tadi, suruh beli sekali. Lepas ni tak payahlah berulang-alik lagi.“ujar Badrul
Memanglah awak yang kena bayar! Saya mana ada duit. Sikit-sikit mak… Tadi pun masa beli barang, asyik cakap mak pesan itu, mak pesan ini. Nampak sangat nak kahwin dengan aku kerana mak dia! Rungut Yusliza di dalam hati.
Yusliza memandang cincin yang terdapat di hadapannya. Argh… pening aku! Banyak sangat pilihan. Yusliza terus memilih.
Ketika dia sedang asyik memilih, dia terpandangkan satu set cincin, gelang dan rantai yang terdapat di situ. Yusliza terus merenung set barang kemas tersebut. Hmm..kalaulah lelaki itu bukan dia, dah lama aku minta set ni. Yusliza tersenyum kecil.
“Ini satu set RM 3000. tapi saya boleh kasi diskaun.” Ujar lelaki cina itu. Dia terus menekan-nekan kalkulatornya. Mulutnya terkumat-kamit berbicara sesuatu.
“Lepas diskaun, saya boleh bagi RM 2800.“
Terlopong Yusliza mendengarnya. Baik tak payah bagi diskaun. Tapi okey jugak. Jimat RM 200. Yusliza memandang Badrul yang kelihatan selamba.
“Tak apalah. Saya tanya aje. Saya nak pilih yang lain.”
“Untuk apa? Wedding?”soal lelaki cina itu lagi. Yusliza hanya mengiakan. Tersenyum lelaki cina itu. Dia kemudiannya menunjukkan beberapa contoh cincin yang sesuai dan menjadi trend masa kini.
“Saya pilih inilah.”ujar Yusliza sambil mengacu cincin tersebut di jari manisnya. Cincin itu menarik minatnya dengan bentuknya yang simple tapi menarik.
“Simplenya cincin. Tak menarik langsung.” Gumam Badrul sendirian. Yusliza terdengar. Suka hati sayalah!
“Cincin ini... RM 300.“ Beritahu lelaki cina itu. Yusliza tersenyum. Bagus…murah.
“Jimat duit aku kahwin dengan beruk ni.Tadi pun barang-barang dia, semuanya murah.“ Badrul berbisik sendirian.
Yusliza terkedu. Beruk? Iyalah...aku ni beruk tak payah ada cincin pun tak apa. Yusliza menanggalkan cincin itu dari jarinya. Segera Badrul mengambilnya lalu disarungkan ke jari kelinkingnya pula. Muat-muat!
“Kau pernah dengar tak orang tua-tua cakap, kalau cincin yang dipakai di jari manis pengantin perempuan, muat di jari kelinking pengantin lelaki, mereka memang berjodoh.“ Badrul tersenyum dengan kenyataannya. Tidak menyedari bahawa yang sebenarnya dia baru saja menyakiti hati gadis itu.
Meluat Yusliza mendengarnya. Sudahlah panggil orang beruk, nak berpepatahlah pula! Selamba Yusliza mengambil semula cincin tersebut daripada Badrul lalu disarungkan ke jari kelinking lelaki cina di hadapannya. Nasib baik muat!
“Dia pun muat, so...dia pun jodoh sayalah?“ sindir Yusliza. Dia bangun dari duduknya.
“Betul apa yang awak cakap tadi. Saya beruk. Beruk macam saya, tak perlu ada cincin. Pakai getah pun tak apalah,Bad. Saya terima. Terima kasih kerana menyedarkan saya. Taklah awak rasa membazir bila dah ceraikan saya nanti.” sayu suara Yusliza. Badrul tergamam. Dia dengarkah?
“Sorry,saya tak jadi beli.” Yusliza berkata kepada lelaki cina itu. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Badrul. Terpinga-pinga lelaki cina itu melihat mereka berdua.
Hampir menitis air mata Yusliza. Namun, ditahannya. Laju kakinya mengatur langkah ke arah destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Akhirnya, dia tiba di Kedai Buku Popular. Hilang sedikit rasa sedihnya.
Puas Badrul mencari tunangnya. Lenguh tangannya menjinjing barang yang turut ditinggalkan oleh Yusliza tadi. Dia merasa amat menyesal dengan kata-katanya. Kalau sayang, kenapa aku masih nak menyakiti hatinya? Kalau benci, kenapa dia yang selalu aku rindu dan nantikan. Yus, I love you. I’m sorry. Don’t leave me,please. YA ALLAH, bantulah aku. Berilah aku petunjuk, di mana tunangku berada. Doa Badrul di dalam hati.
Kelibat seorang gadis di dalam sebuah kedai buku membuatkan dia kembali menarik nafas lega. Kini,yang ada hanyalah perasaan cemburu apabila melihat keceriaan pada wajah Yusliza apabila seorang lelaki menyapanya.
“Yus.”tegur satu suara. Yusliza menoleh. Dia melonjak gembira.
“Abang Midi…abang buat apa kat sini? Ikut Yus,ya…”usik Yusliza kuat. Hamidi mencebik. Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka. Yusliza punya fasallah. Cakap tak reti perlahan! Rungut Hamidi.
“Kita ni selalu berjodoh di kedai buku. Actually, cousin abang kahwin. So, abang stay kat rumah dia. Ni saja jalan-jalan. Nak cari buku. Yus sorang aje?” soal Hamidi. Dia tahu, Yusliza jarang keluar malam tanpa teman.
“Err…hmm…sorang.”gugup Yusliza.
Hamidi tersenyum. Dia memandang gadis di hadapannya. Yus...Yus... nak kelentong pun,agak-agaklah.
“Tapi abang rasa, tak mungkin Yus datang sorang. Sebab apa yang abang nampak, ada orang dah pandang Abang Midi lain macam aje ni. Gerun juga tengok. Pandang macam nak telan.“ bisik Hamidi di telinganya. Lelaki itu tersenyum. Yusliza segera menoleh. Terkejut dia melihat Badrul di situ. Hisy...macam mana dia boleh jumpa kau ni!
“Assalamualaikum, Encik Badrul.“
“Waalaikummussalam, Encik Hamidi.“
Dua lelaki itu saling mendekati lalu bersalaman. Mereka terus bertanya khabar dan beramah mesra. Entah apa yang mereka bualkan. Yusliza malas ambil peduli. Dia terus merayap di segenap ruang kedai buku itu.
’Bad, awak suka menyakiti hati saya. Kenapa? Apa salah saya pada awak? Beginikah caranya awak puaskan hati awak? Dengan menyeksa perasaan saya? Mak…beritahu pada Yus. Macam mana Yus nak menyayangi anak mak sedangkan dialah yang selalu menanam rasa benci Yus pada dia…’
Sesekali, Badrul menjeling ke arah Yusliza. khuatir jika gadis kesayangannya itu hilang lagi.
‘Maafkan aku, Yus. Aku amat menyayangi kau. Tapi aku tak tahu kenapa mulut ni lancang aje mengatakan sesuatu yang menyakiti hati kau. Aku minta maaf sangat-sangat. Jauh di dasar hati... aku sayangkan kau. Hanya kau, Yusliza...’


“Mei Lin, thanks ya sudi ajar I. You ni baiklah. Esok I belanja you makan.” Hakim berjanji kepada gadis di sebelahnya.
Gadis itu tersenyum. “Small matter la… You pun selalu tolong I sebelum ni. Tapi kalau you nak belanja I makan, boleh juga. I nak makan kat Starbucks.”gurau Mei Lin. Membulat mata Hakim mendengarnya. Geli hati Mei Lin melihat reaksi lelaki itu.
“You ni cekik darah la. I tak mampu nak bawa you ke tempat-tempat macam tu. Sorry. Setakat kat kafe, boleh la.”beritahu Hakim jujur.
“Hei, I don’t mind la. Kalau you nak belanja I makan cendol pun I tak kisah. Tadi tu I cuma gurau aje.”ujar Mei Lin bersama sisa tawanya.
Hakim turut tertawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “You ni tak macam orang kaya lain. Kalau orang lain, mesti dah bershopping every week. Bergaya, and one more…berlagak! You ni simple dan tak memilih. I senang berkawan dengan you.”ucap Hakim.
Dia memandang gadis cina di hadapannya. Sebelum ini, dia menyangka bahawa gadis seorang yang sombong. Namun, sangkaannya meleset sama sekali setelah dia berkumpulan dengan gadis itu. Ternyata, tindakan Professor Abidin itu ada faedahnya.
“Thanks. Actually, I membesar tanpa mummy and daddy. I only have my brother. He’s everything for me. Dialah ayah,dialah ibu,dan dialah abang. Abang I bussinesman. Tapi dia selalu ingatkan I supaya hidup secara sederhana. So, that’s why I lebih senang macam ni.”
“Your parents…dah tak ada? Sorry, I tak tahu.”simpati Hakim mendengarnya. Melihat gelengan gadis itu, Hakim memanjatkan kesyukuran di dalam hati kerana di kurniakan ibu bapa yang masih sihat dan menyayanginya.
Sebuah Honda CRV berhenti tidak jauh dari mereka. Perbualan tadi terhenti. Kedua-duanya menoleh. Hairan mereka apabila masih ada kenderaan yang masuk pada waktu malam begini.
Yusliza turun dari kereta. Langsung tidak menoleh ke arah tunangnya. Rasa sakit di hati masih terasa. Panggilan Badrul langsung tidak diendahkannya.
Hakim dan Mei Lin saling berpandangan. Timbul rasa curiga melihat adegan tadi.
“Kenapa dengan Yus? Dan lelaki itu…”soal Mei Lin.
Hakim menjungkit bahunya. “I’ve no idea. I don’t know anything and dia tak pernah cakap apa-apa dengan I.”
Mei Lin memikirkan sesuatu. “Yes, I know that’s man. Dia kawan abang I. I’m not remember his name but… I pernah jumpa dia sekali masa birthday party kawan.” jelas Mei Lin.
“Really? I pun pernah jumpa lelaki tu. Tapi kat kolej ni. Yang I pelik, selepas Yus jumpa dia, mesti Yus menangis. I tak fahamlah.”
“Maybe…ada sesuatu antara mereka?”
“You means…?”Hakim masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Mei Lin. Dia berfikir sejenak. Adakah…
“They’re couple,perhaps.”teka Mei Lin.
Masing-masing terdiam memikirkan kebenarannya. Betulkah? Kalau mereka berdua bercinta, kenapa Yusliza menangis dan seakan tidak gembira setiap kali mereka bertemu? Tapi, kalau mereka bukan pasangan yang sedang bercinta, apa pula hubungan mereka yang sebenarnya sekarang ni…?
Argh…kedua-duanya buntu!

Sunday, January 10, 2010

Ku Terima Seadanya 16



“I’m sorry,Man. Aku tak boleh. Selama ni, aku anggap kau sebagai kawan aje. Tak lebih daripada itu. Aku harap kau faham.”jelas Yusliza. Ternyata segala telahan Fifi dan Yati malam tadi benar belaka. Razman sedang menaruh hati terhadapnya.
“Boleh aku tahu kenapa? Kau tak suka aku atau...benci aku? Tak pun aku ni jahat?“lembut Razman bertanya. Baginya, setiap jawapan mestilah bersebab.
Yusliza menggeleng perlahan. “No. Aku bukan benci kau, bukan tak suka kau. Kau baik, aku suka berkawan dengan kau. Tapi aku ada sebab yang susah untuk aku jelaskan. Kau tak akan faham.“
“Macam mana aku nak faham kalau kau tak jelaskan?“bidas Razman. Dia terus mencuba untuk menyelami isi hati gadis dihadapannya.
“Maaf,ini terlalu peribadi bagi aku. Suatu hari nanti, kau pasti akan ketahui juga.” Yusliza tersenyum tawar. Dikeluarkan bungkusan yang diterimanya petang semalam lalu diletakkan dia atas meja. Perlahan-lahan Yusliza menolak bungkusan itu kepada Razman.
Razman hanya memerhati bungkusan yang semakin menghampirinya. Pandangannya tiba-tiba menangkap sesuatu di jari manis gadis itu. Dia mengeluh perlahan.
Yusliza terdengar keluhan itu. Serba-salah dia dibuatnya. “Aku betul-betul minta maaf. Aku tak boleh terima kau. Kalau kau nak marah,marahlah. Tapi tolong jangan buat aku rasa bersalah.”suara Yusliza separuh merayu.
Razman menoleh ke arah gadis itu. “Kau dah berpunya,ya. Cincin tu…” Razman memuncungkan bibirnya ke arah sebentuk cincin di jari manis Yusliza. “Siapa? Hakim,Zaidi…?” Razman bertanya lagi. Dia tahu, Yusliza rapat dengan dua jejaka itu.
Yusliza tertunduk. Dia menggeleng perlahan. “Hakim dan Adi,Cuma kawan aku.”jelasnya.
Masing-masing diam. Razman buntu bagaimana dia ingin mengetahui sebab sebenar daripada Yusliza? Yusliza pula keliru. Razman kawannya. Adakah dia telah menyakiti hati lelaki itu?
“Tak apalah. Kita akan terus berkawan,kan?”soal Razman tiba-tiba.
Yusliza terpinga-pinga memandangnya. “Kau…tak rasa apa-apa? Kau dah tak marahkan aku?”
Razman tersenyum. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. “Actually, memang ada rasa terkilan sikit. Malu pun ada. Marah? Aku tiada hak nak marah kau. Perasaan kau, milik kau. Aku dah lama sukakan kau. Cuma tak berani nak luah. Bila dah ada kesempatan,aku dah terlambat rupa-rupanya. Apa pun, aku harap kau bahagia. Ini doa seorang sahabat,untuk sahabatnya.“ucapan Ikhlas daripada Razman. Terharu Yusliza mendengarnya.
Kalau nak diikutkan, Razman mempunyai peribadi dan latar belakang keluarga yang baik. Orangnya pun boleh tahan. Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya mampu menawan hati para gadis. Sungguh comel. Tapi Yusliza pelik,kenapa hatinya tidak sedikitpun tertawan kepada lelaki itu?
Puas dia memikirkan kenyataan itu. Namun,masih tiada jawapan. Yusliza menongkat dagunya. Memikirkan tentang dirinya. Siapakah sebenarnya yang akan menyembuhkan hati aku yang telah terluka ini? Adakah Badrul? Tapi,tak mungkin dia kerana semakin hari aku rasakan semakin sakit hati dengannya. Razman lagilah. Aku anggap dia kawan aje. Hakim...jauh sekali.
Argh...penat aku aje memikirkannya. Biarlah segalanya ditentukan oleh-NYA. Semoga apa yang telah DIA tetapkan adalah yang terbaik buat diriku. Yusliza berserah.


“Kak Yus!“ sayup kedengaran satu suara memanggilnya. Langkah Yusliza terhenti. Matanya melilau mencari si pemanggil.
“Opocot mak kau...“latah Hakim. Hampir-hampir dia menyondol belakang Yusliza. Fifi turut terkejut dengan tidakan Yusliza itu.
“Kau cari apa?” tanya Fifi pelik.
“Ada orang panggil akulah…”yakin Yusliza berkata.
Hakim dan Fifi terpinga-pinga. Tak dengar apa-apa pun… “Mana ada. Perasaan kau aje tak?”ujar Hakim.
Yusliza menjungkit bahunya. Mereka bertiga berpaling untuk meneruskan langkah mereka ke dewan. Namun, baru beberapa langkah, sekali lagi nama Yusliza dipanggil. Kali ini lebih kuat. Ketiga-tiga mereka terus menoleh.
“Kan betul aku cakap. Ada orang panggil aku.“ujar Yusliza. Hakim hanya tersengih-sengih sementara Fifi pula mencebik.
Gadis itu semakin menghampiri ketiga-tiganya. Yusliza tergamam. “Eh…Ijah? Buat apa kat sini malam-malam?”
Yusliza dan Khadijah bersalaman lalu berpelukan seketika. Terpinga-pinga Hakim dan Fifi dibuatnya.
“Ijah pindah kolej ni.Dekat sikit dengan fakulti. Semester lepas Ijah duduk kat kolej lain. Jauhlah dengan fakulti. Itu yang try minta kat sini. Alhamdulillah…dapat. Baru masuk tengah hari tadi.“terang Khadijah.
“Iya ke? Kenapa tak beritahu akak? Boleh akak tolong mana yang patut. Eh, kenalkan kawan-kawan akak. Ni Kak Fifi dan yang tu, Abang Hakim.” Yusliza memperkenalkan Fifi dan Hakim kepada Khadijah. Gadis itu bersalaman dengan Fifi dan membalas senyuman Hakim.
“Ala…itu pun nasib baik ada kosong kak. Dapatlah Ijah stay sini. Kalau tak ada tadi, ingat nak tanya kolej sebelah pulak.”bicara Khadijah lalu tersenyum. Dia memandang gadis di sebelah Yusliza. Oh,inilah dia orangnya?
“So…inilah Kak Fifi?”soal Khadijah lagi. Fifi tergamam. Aik,macam dah kenal dengan aku aje dia ni?
Yusliza mengangguk lalu tersengih. Dia memberi isyarat kepada Khadijah agar tidak terus bersuara. Khadijah hanya mengangguk perlahan.
“Awak ni siapa? Cousin Yus?“ tanya Hakim tiba-tiba. Sejak dari tadi dia hanya mendengar perbualan antara Yusliza dan gadis itu. Begitu juga Fifi.
“Eh,lupa pulak aku. Sorry. Fifi,Hakim, kenalkan,ini Khadijah. Dia ni adik Abang Khairuddin. Korang ingat lagi tak senior kita tu?”
“La…patutlah aku macam pernah nampak muka dia ni. Adik Abang Din rupanya.” Hakim berkata. Dia memandang gadis itu. Cantik. Pujinya dalam hati.
Fifi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu. “Tapi...macam mana Ijah... macam dah lama kenal akak aje?“ soalnya.
Yusliza dan Khadijah saling berpandangan. Kedua-duanya hanya tersenyum. “Jomlah masuk. Lama pulak diaorang tunggu kita nanti. Jom Ijah. Join us.“ Pelawa Yusliza. Khadijah mengangguk setuju.


Wanda memicit-micit kepalanya yang tidak sakit. Dia buntu. Rasa penyesalan timbul di dalam diri. Apakah yang harus dia lakukan?
Pagi tadi, sebelum ke kelas,kepalanya terasa pening. Ketika kuliah Profesor Abidin, perutnya tiba-tiba terasa mual. Sampai saja di tandas, dia memuntahkan segala isi di dalam perutnya. Aku ni keracunan makanan ke? Soalnya sendiri.
Tadi, dia telah ke klinik. Dan dari ujian pemeriksaan, dia didapati hamil sebulan. Keputusan itulah yang meresahkannya. Teringat kata-kata doktor cina tadi.
“Congratulation,you’re pregnant.“ucap doktor itu. Wanda terkejut. Dia hanya tersenyum palsu. Macam mana aku boleh mengandung? Ini tak boleh jadi. Aku mesti beritahu Abang Anwar. Esok...esok aku akan pergi cari dia!
“Where is your husband?“tanya doktor itu lagi.
“Err… Oh,he’s outstation. Sebab tu I datang sendiri.”
“Really? Sayang sekali. But…it’s okey. You mesti jaga betul-betul kandungan ni. I akan bagi you vitamin,okey. Is it first baby?”
Wanda hanya mengangguk mengiakan. Doktor cina itu hanya tersenyum.
“Kalau tak ada apa lagi,saya keluar dulu ya,doktor.”
“oh…sure.”
“Thanks.”ucap Wanda lalu keluar meninggalkan bilik itu.
Abang Anwar cintakan aku. Dia mesti terima aku dan baby ni. Esok,aku akan beritahu dia berita gembira ini. ‘Abang,kita bakal jadi mama dan papa...’ riang hati Wanda berbicara sambil mengusap-usap perutnya.
Wanda mengeluh. Mujurlah Fifi, Yati dan Yusliza tiada dalam bilik. Kalau tidak, pasti mereka menyibuk.
“Aku dah cakap,suara Man memang sedap.“puji Yati lalu membuka pintu bilik. Terkejut dia melihat Wanda ada di dalamnya. Namun, dia malas mahu menegur gadis itu. “Rugi kau Yus,kalau tak nak terima dia.“
“Eh,apa yang ruginya. Aku tak rasa macam tu pun. Kalau kau nak, ambiklah.“ balas Yusliza. dia terus menuju ke meja belajarnya.
“Ish...mana boleh. Aku dah ada Azrul. Aku sayang sangat kat dia.“ucap Yati penuh perasaan. Fifi yang sedang menukar baju hanya mencebik.
“Ha...tau pun kau. Aku pun ada orang yang aku sayang.“jawab Yusliza.
“Iya ke Yus? Orang mana? Handsome tak?“ Fifi sekadar melayan kata-kata Yusliza. dia tahu, Yusliza tidak jujur dengan bicaranya. Selama berteman dengan Yusliza, gadis itu tidak pernah menyatakan rasa minat atau suka kepada mana-mana lelaki. Inikan pula orang tersayang.
“Kalau korang tak percaya, tak apa. Kita tengok aje nanti. Jangan nanti salahkan aku,cakap aku tak beritahu. Padahal awal-awal lagi aku dah cakap.” Yusliza kelihatan serius dengan kata-katanya. Fifi dan Yati hanya tergelak kecil.
Wanda memandang ketiga-tiganya. Mereka kelihatan asyik berbual antara satu sama lain. Wanda hanya mendengar.Tiada seorang pun yang sudi menegurnya sejak masuk ke dalam bilik ini tadi. Macam aku ni tak wujud aje.
“Korang dari mana?” Wanda bertanya. Biarlah kali ini dia yang memulakan. Yusliza kembali mengadap laptopnya sambil menaip sesuatu. Fifi pula terus melipat kain yang bertimbun di dalam bakul sementara Yati asyik membelek telefon bimbitnya sambil menelaah.
Wanda terasa hati. Tiada seorang pun yang sudi menjawab pertanyaannya. “Korang ni, pekak ke...bisu?“soalnya lagi. Tetap tidak dijawab. Akhirnya, Wanda bangun lalu keluar dari bilik.
Semenjak peristiwa dia berperang mulut dengan mereka bertiga pada semester lepas, Yusliza,Yati dan Fifi seolah-olah tidak mahu berinteraksi dengannya lagi. Kalau bercakap pun, macam terpaksa aje.
Tiga gadis itu bersorak perlahan setelah Wanda keluar dari bilik. Mereka terus berbual dan bergurau senda. Wanda yang terdengar kemeriahan itu dari luar hanya membisu. Rasa sakit hati dan cemburu bersatu. Ini mesti Yus yang hasut Fifi dan Yati. Suruh mereka jangan berkawan dengan aku!


Yusliza,Fifi dan Yati duduk merenung langit malam. Sayangnya, tiada bintang mahupun bulan. Nak hujan agaknya. Esok hari Ahad. Lepas itu, Isnin datang lagi. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar, peperiksaan akhir semester hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
Beberapa hari ini, mereka begitu sibuk. Hari cuti inilah mereka bertiga mengambil kesempatan untuk berehat seketika sambil melepak di luar bilik.
“Fifi,Yus, korang tak pernah jatuh cinta ke? Aku tak pernah dengar pun korang couple dengan mana-mana lelaki. Ke...aku yang tak tahu?“ Yati memecahkan kesunyian. Sebenarnya, dari dulu lagi dia ingin bertanyakan perihal itu. Namun, baru hari ini terluah.
Yusliza dan Fifi saling berpandangan. Mereka tergelak kecil. “Kau rasa?“ duga Yusliza.
“Aku rasa, aku yang tak tahu.“pantas Yati menjawab. Dia yakin itu. Yusliza comel orangnya. Fifi yang manis bertudung pula memang cantik orangnya. Wajah bujur sirih yang dihiasi dengan tahi lalat kecil di kiri dagu. Alis matanya pula lentik. Tidak dinafikan, kedua-dua mereka mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Masakan tiada yang berkenan?
“Actually,betul apa yang korang cakap. Man sukakan aku. But I can’t.” Yusliza membalas pertanyaan Yati. Kesian gadis itu. Tidak banyak rahsia mereka berdua yang diketahui oleh Yati.
Fifi memandang Yati. “Same like me. Suresh suka aku. Tapi korang tahukan, sejak dari dulu lagi aku suka pada Abang Midi…”
“What? Abang Midi? Betul ke Fifi?”Yati seakan terkejut mendengarnya. Perlahan-lahan Fifi mengangguk.
“Yati,takkan kau tak tahu lagi? Cerita ini kan dah lama.”tanya Yusliza hairan.
“Aku ingatkan gosip semata-mata. Jadi, aku malas nak ambil tahu sangat.“ Jawab Yati. Fifi dan Yusliza hanya tersenyum.
“Kau Yus? Aku tahulah yang Man suka kau. Sebelum ni pun ramai yang cuba tackle kau. Kau aje yang tak layan. Kau tak jawab soalan aku tadi. Aku bukan tanya siapa yang suka kau. Aku tanya, kau tak pernah jatuh cinta ke?“ujar Yati.
Yusliza terdiam mendengarnya. Terkebil-kebil matanya memandang dua orang gadis di hadapannya. Perlu ke aku beritahu sekarang? Adakah ini masa yang sesuai? Tapi, bagaimana kalau mereka masih tidak mempercayainya? Arghh...
Akhirnya,Yusliza hanya menggeleng perlahan. Maafkan aku Yati,Fifi kerana aku terpaksa berbohong dengan korang. Aku pernah jatuh cinta. Tapi kisah aku... Kisah cinta luka yang membawa duka berpanjangan.
“Aku bukan apa. Sebelum kita exam ni, nak juga aku berkongsi cerita dengan korang. Mana tahu, lepas ni kita dah tak bertemu lagi...“sayu Yati berkata. Sebak Fifi dan Yusliza mendengarnya.
Mereka bertiga terus berbicara. Tiba-tiba, telefon bimbit Yusliza berbunyi. Segera Yusliza menjauhkan diri daripada Yati dan Fifi.
“Korang,aku ada hal. Aku pergi dulu.“laung Yusliza sambil melambaikan tangannya.
Yati dan Fifi membalas lambaian itu. Kini, tinggal mereka berdua di situ.
“Takkan kita berdua aje. Tak bestlah. Tak meriah.“rungut Fifi.
“Aku ada idea. Kau call Adi sekarang. Suruh diaorang semua turun.“arah Yati selamba. Fifi hanya menurut. Moga-moga mereka mahu turun...