Wednesday, July 6, 2011

Cukuplah Sekali 4

Kalau ditanya apakah perasaannya terhadap Azi, jawapannya adalah kosong. Dia langsung tidak mempunyai perasaan kasih atau sayang terhadap gadis itu. Apatah lagi cinta. Zarif masih menyintai Afifah, isteri yang telah kembali kepada-NYA setahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Masih segar diingatannya suara Afifah mengamanahkan kepadanya agar menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin. Sejak itulah, Zarif nekad untuk memenuhi amanah isterinya sendirian.
Namun, desakan uminya yang menyuruh agar dia berkahwin lagi membuatkan Zarif tertekan. Zarif tidak mahu menduakan cintanya terhadap Afifah.
“Kalau kamu tak nak, umi akan anggap kamu melawan cakap umi.”
Itulah kata-kata uminya yang membuatkan Zarif bersetuju. Dia juga tidak mahu digelar anak yang derhaka. Ifa, abang minta maaf,sayang.
Zarif sedar, dia banyak menyakiti hati Azi sepanjang perkahwinan mereka. Namun, perasaannya tidak mahu diubah. Baginya, peranan Azi hanyalah menjaga anak-anaknya ketika dia keluar bekerja. Sehingglah pagi itu. Segalanya berubah seperti dulu.


“Papa!“jerit dua beradik itu. Zarif terjaga dari lenanya pagi itu.
“Kenapa anak papa jerit pagi-pagi ni?“Zarif bertanya sambil memeluk kedua-duanya.
“Papa tak pergi kerja ke hari ini?“Asilah memandang papanya. Zarif pelik. Dicapai jam locengnya. Pukul 9 pagi! Alamak,nampaknya, dia terpaksa masuk lewat hari ini. Kenapa dia tak kejut aku?
“Papa, adik lapar. Asilah pun lapar.”rungut Asilah
“Pergilah suruh mak cik buat sarapan,ya.”
“Mak cik tak ada. Tadi Asilah dah pergi bilik mak cik. Dia tak ada dalam bilik.”jelas Asilah. Terkejut Zarif mendengarnya. Pantas di bangkit dari katilnya menuju ke bilik Azi. Kosong. Gadis itu tiada. Dibuka almari pakaian. Juga kososng. Zarif terduduk di meja solek. Satu persatu laci dibuka. Manalah tahu, kalau-kalau Azi ada meninggalkan sebarang nota. Dan ternyata, andaiannya itu tepat. Ada sekeping sampul surat bersama… cincin pernikahan mereka? Apa maksud Azi? Pantas Zarif membuka sampul surat tersebut.

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana pergi tanpa izin awak. saya sedar, saya dah banyak berdosa dengan awak. keluar tanpa keizinan ini pun sudah menambahkan dosa saya pada insan bergelar suami. Tapi, saya terpaksa melakukannya untuk terus ‘hidup’ setelah hati saya disakiti sehingga akhirnya hati saya ‘mati’.
Saat saya sah menjadi isteri kepada Zarif Irfan, saya sudah berjanji untuk menerima dia. Walau siapapun dia, saya akan cinta dia hingga akhir hayat saya. Segala milik dia adalah milik saya. Begitu juga sebaliknya.
Tapi ternyata, saya silap. Segala milik awak,adalah milik awak. dan segala milik saya, juga milik awak. Antara kerjaya dan keluarga, saya pilih keluarga kerana saya lebih menyayangi keluarga saya walaupun kasih sayang saya tidak berbalas. Anak yang saya anggap seperti anak saya sendiri, tidak pernah menjadi milik saya. ‘anak saya’. Itulah yang awak selalu sebut dihadapan saya. Saya terluka…saya sedar, mereka bukan ‘anak kita’. Mereka anak awak dan Arwah Afifah.
Hati saya semakin sakit bila awak sering mahu menyamakan saya dah arwah isteri awak. saya bukan dia dan saya tak mampu menjaga anak-anak awak seperti dia. Apabila Asilah menyebut ‘kalau mama’ di hadapan saya, saya semakin sedar yang saya tidak sepatutnya berada dalam keluarga awak.
Mungkin, saya tidak berguna. Mungkin, saya tidak layak menjadi ibu dan isteri untuk mengisi kekosongan itu dalam keluarga awak. oleh sebab itu, saya sekali lagi meminta izin dari awak. Izinkan saya pergi. Semoga awak akan bertemu dengan yang lebih baik. Yang mampu menjaga keluarga awak sepertimana arwah isteri awak dulu.
Cincin ni, saya pulangkan. Saya tak layak memakainya lagi.

Sekian.


Zarif termenung. Tanpa sedar, airmatanya mula bergenang. Bunyi tangisan kuat dari dapur mengejutkan Zarif. Segera dia berlari mendapatkan Asilah dan Luqman yang duduk menangis.
“Papa...mak cik tak nak balik lagi.”ujar Asilah bersama tangisannya. Zarif terpandangkan sehelai kertas di tangan Asilah. Diambil kertas tersebut lalu dibacanya.

Anak-anak papa,

Ibu tidak mampu menjadi mama buat kalian. Izinkan ibu pergi. Asilah, jaga diri, adik dan papa baik-baik.

Salam sayang,
IBU…

“Ibu…aliklah…”Luqman terus menangis.

****************************

“Patutlah Azi makin kurus. Banyak sangat makan hati dengan kamu. Kamu ni memanglah Zarif. Apa umi dengan abah nak jawab pada orang tua Azi?“marah Sarimah bersama tangisannya. Setelah mendengar cerita dari mulut anak sulungnya itu. Hatinya sakit.
“Abah tengok,apa yang anak abah dah buat.”Sarimah memandang suaminya yang hanya duduk bersandar. Merenung Zarif yang sedang tertunduk. “Umi dan abah nak kamu kahwin, untuk kesenangan kamu, anak-anak kamu. Azi adalah yang terbaik sebab sanggup terima siapa kamu. Umi nak cari isteri untuk kamu, ibu untuk Asilah dan Luqman supaya hidup kamu sekeluarga lebih baik.“
“Umi kan tahu, Zarif tak setuju dengan perkahwinan ni. Zarif masih sayangkan arwah Afifah. Zarif boleh jaga anak-anak Zarif.“
“Apa kamu cakap, Zarif? Kamu boleh jaga mereka. Memang, memang boleh. Tapi apa yang umi nampak, bila hidup anak-anak kamu terurus, hidup kamu yang tak terurus. Begitu juga sebaliknya. Itu yang kamu kata kamu boleh?“ Sarimah sudah berdiri bercekak pinggang.
“Umi pun sayang Afifah. Tapi umi juga sayang Azi. Umi sayang menantu yang telah menjaga anak cucu umi dengan baik. Tapi Afifah dah tiada. Dia tidak akan kembali ke dunia ni. sebab itu umi pilih Azi. Kalau kamu tak suka dia, jangan sakiti hati dia. Kalau kamu tak perlukan dia, anak-anak kamu perlukan seorang ibu untuk bermanja.“
Zarif mengangkat wajahnya. Teringat kembali. Wajah sugul Luqman yang merindukan Azi. Sejak Azi pergi, kedua-dua anaknya hilang selera makan. Dia turut susah hati melihat keadaan itu.
“Papa.“tegur Asilah pada satu malam. Ketika itu, dia sedang leka menyiapkan kerjanya.
“Asilah...kenapa sayang? Tak boleh tidur ke? Jom tidur dengan papa dan adik dalam bilik ni.“pelawa Zarif. Asilah datang mendekati papanya. Dia merenung wajah Zarif.
“Kenapa pandang papa macam tu,sayang?“
“Papa, dulu, Asilah dah kehilangan mama. Asilah tak suka mak cik jadi mama. Asilah panggil dia mak cik. Tapi Asilah cemburu bila adik panggil dia Ibu. Adik manja sangat dengan ibu. Dia baik, jaga Asilah dan adik dengan baik. Sekarang, Asilah tak nak kehilangan ibu. Asilah rindukan ibu. Papa jemputlah ibu balik.“luah Asilah lalu memeluk papanya. Zarif terkedu. Asilah memanggil Azi...ibu?
“Ibu baik. Asilah tahu, Asilah banyak susahkan ibu. Mesti ibu kecil hati dengan Asilah sebab tak panggil dia ibu. Papa pun selalu marah ibu,kan. Jomlah kita sama-sama pujuk ibu balik. Asilah sayang ibu.“
“Kamu dengar tak apa umi cakap ni, Zarif? Azi sanggup berhenti kerja atas permintaan kamu. Dia dah benyak berkorban. Sekarang, macam mana keadaan dia? Kamu pernah tak fikirkan semua ni, Zarif?“Sarimah terus memarahi.
Zarif tersedar dari lamunannya. Kata-kata ibunya membuatkan dia terfikir. Wajahnya diraup berkali-kali. Apakah yang Azi lakukan kini? Masih kerja di kedai kek,kah? Tapi...di mana letaknya kedai tersebut? Telefon bimbitnya dicapai.
“Assalamualaikum, umi.“
“Waalaikumussalam. Angin apa kamu telefon umi ni?“
“Saja umi. Budak-budak mana? Rindu pula kat mereka.”
“Umi kat rumah kawan umi ni. Balik nanti kan jumpa. Diaorang tengah seronok sangat main tu.“
“Oh...tak apalah,umi. Petang nanti Zarif bertolak pulang. Kirim salam kat semua,ya. Assalamualaikum.“
Talian dimatikan. Puan Sarimah tersenyum memandang suaminya. “Selamat. Nasib baik dia tak syak apa-apa.“
Encik Ridzuan hanya tersenyum lega.

****************************

“Kau okey? Diam aje dari tadi.“Sufi bertanya lalu memeluk bahu Azi. Memberi sedikit kekuatan pada sahabatnya. Sufi tahu, Azi sedang merindui wajah-wajah comel itu.
“Aku dah cuba yang terbaik. Tapi aku bukan yang terbaik untuk mereka. Jadi, biarlah aku yang undur diri. Sebelum mereka tolak aku jauh-jauh.”sayu suara Azi. Sufi hanya menganguk faham.
Sudah sebulan Azi tinggal bersama Sufi. Selama itu jugalah dia tidak berjumpa dengan Zarif dan anak-anaknya.
“Eh,nanti aku nak keluar dengan Rizal. Kau tak kisah,kan jaga kedai seorang?“
Azi tergelak mendengarnya. “Sufi, aku dah biasalah. Dulu pun aku selalu jaga kedai dengan budak-budak ni bila kau keluar dating. Ni, aku nak tanya. Sejak bila kau dengan Rizal?“
Sufi tersengih. Dia mengubah posisi duduk yang lebih selesa untuk bercerita. “Seminggu selepas kita hantar kek ke rumah dia, dia ada datang kedai lagi. Tempah kuih untuk jamuan kat syarikat tempat dia kerja. Kitaorang pun berborak. And dia ada tanya fasal kau.“
Terbeliak mata Azi mendengarnya. “Dia tanya fasal aku?“
Sufi mengangguk. “Untuk pengetahuan kau, dia pun macam aku juga. Nampak apa yang berlaku kat pasaraya tu. And i’m sorry, he’s know everythings about you and Zarif.“
Azi memandang Sufi. Sufi terus menyambung. “Kami banyak bercerita tentang kau. apa yang berlaku. Dan secara tidak langsung, kau sering menjadi topik perbualan kami. Dan kau jugalah yang menjadikan kami semakin rapat. But don’t worry. Dia dah janji yang cerita ni antara kita aje.”
Azi tersenyum lega. Dia tidak mahu perkara ini sampai ke pengetahuan orang yang tidak sepatutnya.
Bunyi pintu kedai ditolak kasar menarik minat Azi dan Sufi untuk memandangnya. Kelihatan Yuli baru masuk dengan wajah yang mencuka. Belum sempat mereka bertanya apa-apa, Azhar pula muncul.
“Sayang, janganlah macam ni. Tak kesian kat abang,ke?”
“Abang tu yang tak kesiankan sayang. Sayang Cuma nak makan durian. Itu pun susah sangat ke? Kalau hari ni tak ada, sayang tak nak balik. sayang tidur rumah Sufi.”bentak Yuli. Dia terus menuju ke ruang dapur. Langsung tidak menegur Azi dan Sufi yang sedang duduk berhampiran kaunter.
“Az, apa hal ni? korang bergaduh?“
“Entahlah,Sufi. Dua tiga hari ni dia buat perangai. Macam-macam. Hari ni nak makan durian pula. Masalahnya, belum musim lagi. Mana aku nak cari?”
“Biasalah, Az. Orang tengah mengandung. Kau sabar ajelah. Nanti aku cakap dengan dia. Kau tak kerja ke hari ni?”
“Kerja. Tapi dah Yuli buat hal, nak pergi kerja pun aku terlupa.”ujar Azhar bersama sengihannya. Sufi dan Azi turut tertawa.
“Tak apa. Nanti aku cakap dengan dia. Kau pergi kerja. Jangan risau,okey.“
Janji Azi. Azhar tersenyum kelegaan. Selepas berbual seketika, Azhar keluar dari kedai. Muncul pula jejaka yang ditunggu oleh Sufi sejak dari tadi.
“Azi, Az dah pergi,kan. Huh,geram betul aku dengan dia ni!“rungut Yuli sambil mengambil tempat disebelah Sufi. Entah bila dia muncul.
“Assalamualaikum.“Rizal memberi salam. Dia mendekati tiga wanita itu. “Azi, how are you?”tanya Rizal. Azi hanya mengangguk.
“Kalau perlukan pertolongan saya, beritahu aje okey. Now, we are friend.” Ikhlas ucapan itu. Sufi bangun sambil mencapai tas tangannya. Dia menggenggam erat tangan Azi seketika.
“Let’s go. Nanti lambat pula.”ajak Sufi. Pasangan itu berlalu pergi meninggalkan mereka.
Yuli yang mendengar turut memandang Azi. Hatinya juga sakit melihat keadaan Azi kini. Tidak lagi seceria dulu. Zarif Irfan, kalaulah negara ni tak ada undang-undang, dah lama aku toreh-toreh muka kau sebab buat kawan aku macam ni. Harap muka aje handsome! Geram hati Yuli.
“Yuli, Azi, kau nak tahu, hari ni, aku naik pangkat. Tapi, nampaknya, lepas ni aku jaranglah ada kat kedai. Tak dapatlah aku nak membebel macam dulu. Kau berdua...“ Humaira memandang kedua-dua sahabatnya. Yuli serius merenungnya. Azi pula...senyumannya lesu. Tiada riak ceria pada wajahnya. “What’s wrong?“
“Nothing. Kenapa datang ni? Selalunya bukan main busy.“Soal Yuli keras. Geram dengan Humaira yang sering mengabaikan Zikri sejak akhir-akhir ini.
“Aku nak beritahu yang aku naik pangkat lagi. seronok sangat.“senyuman terus mekar di bibir Humaira. Azi menggeleng lalu bangun. Tangannya diletakkan di atas bahu Humaira.
“Memang seronok kalau impian kita tercapai. Lagi seronok kalau kita dapat kongsi perkara ni dengan orang tersayang. Aku nak ingatkan aje. Jangan selalu sangat abaikan Zikri. Dia sayangkan kau.“pesan Azi.
“Kau nak ke mana,Azi?“tanya Yuli pula.
“Aku nak ke kedai kejap. Kau pun Yuli. Kalau boleh, jangan ikut sangat perasaan tu. Kesian Azhar. Dia dah berusaha untuk penuhi permintaan kau tu. Cuma belum jumpa aje lagi. kau, bersabar,ya.“
Azi mula melangkah meninggalkan dua sahabatnya. Yuli dan Humaira terdiam. Mereka hanya memandang langkah Azi.
“Mereka sayangkan korang. Hargai dan jaga mereka baik-baik. Jangan jadi macam aku. bertepuk sebelah tangan.“Azi tersenyum tawar. Yuli dan Humaira terkedu.

****************************

“Ibu...“jerit Asilah dan Luqman sambil berlari ke arah Azi. Dua beradik itu didakapnya erat. Kedengaran Asilah menangis di bahu kirinya sementara Luqman ketawa girang di bahu kanannya.
“Anak-anak ibu sihat? Asilah, kenapa menangis ni?“
“Ibu, Asilah minta maaf. Asilah banyak susahkan ibu. Ibu marah dengan Asilah, ya. Ibu balik,ya. Asilah janji Asilah akan jadi budak baik.“ Mendengar panggilan ibu daripada Asilah,Azi tersenyum manis. Sudah lama dia ingin mendengar panggilan itu dari bibir comel Asilah. Dia sedar, Asilah kurang senang dengan kehadirannya dalam keluarga.
“Man pun...“sokong Luqman. Tertawa Azi mendengarnya.
“Ibu tak marah dengan Asilah dan Luqman. Tapi, ibu tak boleh balik. Ibu ada masalah sikit. Asilah janji jangan tanya kenapa,ya. Ibu tak boleh jawab.“jawab Azi. Kanak-kanak itu mengangguk faham.
“Sayang datang dengan siapa?“
Asilah menuding jari ke arah seorang lelaki dan perempuan. Azi tersenyum manis.“ Thanks Rizal, Sufi“
“Welcome. Tadi, saya nampak mereka ada di rumah saya. Rupa-rupanya, datang dengan Aunt Sarimah dan Uncle Ridzuan. Saya pun minta kebenaran aunt dan uncle untuk bawa mereka ke sini.”
Azi mengangguk faham. Azi kembali berlutut di hadapan anak-anaknya. “Ibu nak, Asilah dan Luqman janji dengan ibu.”
“Janji apa,Ibu?”
“Janji yang Asilah dan Luqman tak akan beritahu sesiapa yang anak-anak ibu ni, jumpa ibu. Kalau tidak…”
“Kalau tak,ibu nak buat apa?
“Erm…kalau tidak, ibu tak nak jumpa dengan Asilah dan adik lagi.”ugut Azi. Sepantas kilat Asilah dan Luqman memeluk Azi.
“Kami janji, tak akan beritahu sesiapa. Tapi ibu...“Asilah meleraikan pelukan. Dia memandang wajah ibunya. “ Atuk dengan nenek dah tahu. Abang Rizal dengan Aunt Sufi yang beritahu tadi.“ Asilah menyalahkan Rizal dan Sufi. Lelaki itu sudah bercekak pinggang untuk memarahinya, sementara Sufi hanya tertawa mendengarnya.
“Yang tu, ibu maafkan. Tapi, pesan kat atuk dan nenek jangan beritahu sesiapa terutamanya papa......“
“Baik.“kuat Asilah berkata. Luqman hanya mengikut kata-kata kakaknya. “Ibu,jom ajar Asilah buat kek.“pinta Asilah lalu menarik tangan Azi menuju ke ruang dapur.
“Kalau dapur auntie kotor, auntie denda tiga-tiga.“gurau Sufi. Asilah hanya mencebik.

No comments: