Tuesday, January 26, 2010

Ku Terima Seadanya 17



Malam itu, sekali lagi Yusliza keluar bersama tunangnya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menolak. Namun, mengenangkan Hajah Rozi, akhirnya dia mengalah. Panggilan telefon petang tadi kembali singgah di ingatan.
Usai mengerjakan solat Asar, Yusliza segera mencapai telefon bimbitnya yang sedang berbunyi. Selepas berbalas salam dan bertanya khabar dengan si pemanggil, lelaki itu terus menyatakan tujuan dia menghubungi Yusliza.
“Kita keluar malam ni. Cari dan beli barang hantaran. Sekali dengan pelamin dan baju.“tenang sahaja bicara Badrul.
“Saya tak nak!“bentak Yusliza perlahan. Khuatir didengari oleh teman sebiliknya.
Badrul merengus kasar. Hisy...susah betullah perempuan ni. Aku ajak keluar shopping aje! Bukannya buat apa pun. “Mak aku yang suruhlah!“
“Tipu! Sebenarnya awak sengaja guna alasan tu untuk ajak saya keluar,kan? Sebelum ni pun awak cakap nak bawa saya keluar. Tapi tu ha...sampai ke utara sana. Saya...“
“Assalamualaikum,Yus.“tegur satu suara. Yusliza terdiam. Mati ayatnya tadi. Segera dia menjawab salam.
“Err…mak cik… Eh, mak sihat?” gugup dia bersuara. Masih kekok untuk membahasakan wanita itu sebagai emak. Selebihnya,dia terkejut. Hisy…mamat ni! Kenapa bagi telefon pada mak dia? Tak beritahu pun! Rungut Yusliza di dalam hati.
“Alhamdulillah, mak sihat. Yus, kenapa tak nak pergi? Yus sibuk ke?“ lembut Hajah Rozi bertanya. Suara seorang ibu yang sedang memujuk melemahkan jiwanya. Tidak sanggup dia untuk membantah.
“Err…Yus…”
“Pergilah. Mak dah cari butiknya. Pelamin dan baju, semua mak dah tempah. Yus cuma pergi untuk cuba aje. Kalau tak muat nanti, tukang jahit boleh betulkan. Please, tolong mak,ya.”Hajah Rozi separuh merayu. Dia yakin selepas ini, Yusliza pasti bersetuju.
“Mak faham, Yus sibuk. Dekat nak final exam,kan? Sebab tu mak uruskan segalanya dengan umi. Tapi untuk ini, pergilah sekejap. Boleh,kan? Takkan Yus nak pakai baju saiz mak?”gurau Hajah Rozi.
Yusliza tertawa mendengarnya. “Tak salah,kan?”balas Yusliza. Kemudian, dia tertawa lagi apabila terdengar leteran bakal ibu mertuanya.
“Yus,boleh ya?” Hajah Rozi terus memujuk. Dia sedar, sebenarnya, Yusliza enggan keluar bersama Badrul. Entah apa sebabnya. Mungkin...gadis itu tidak begitu rapat dengan Badrul seperti keakrabannya dengan Borhan dan Bahari.
Yusliza menarik rambutnya sendiri. Geram dengan Badrul,marah pada diri sendiri. “Baiklah mak. Yus ikut Bad pergi butik tu malam ni.“ Entah apa yang mendorongnya untuk berkata demikian.
“Baguslah macam tu. Terima kasih,Yus. Oh ya, Abang Bad kata nanti dia jemput lepas Isyak.” Memandai-mandai saja Hajah Rozi menambah panggilan ‘abang’ pada pangkal nama Badrul.
Yusliza geli-geleman. Abang? “Yelah,Yus tunggu.”
Kini, dia berada di sisi lelaki itu. Masing-masing menyepi. Hanya kedengaran DJ yang sedang berceloteh di radio. Yusliza mengeluh perlahan.
“Kenapa?” soal Badrul. Yusliza hanya menggeleng malas. Sibuk aje nak tahu. Suka hati sayalah! Badrul hanya tersenyum melihat gelengan itu.
Sampai di pusat membeli-belah, mereka segera menuju ke butik yang terletak di sekitar kawasan itu.
“Inilah bakal menantu Hajah,ya. Cute orangnya.” Puji Amar,pemilik butik tersebut.
“Mana ada. Saya biasa aje,bang.”Yusliza merendah diri. Malu dia apabila dipuji sebegitu.
“Eleh...you tak payah malu-malu dengan I. Bad, pandai mak you carikan. Kalau I dapat, I tak lepas tau. Rasa macam esok juga I nak kahwin.”lembut Amar berkata lalu menampar bahu Badrul.
Badrul tersengih. “Kalau ikut I pun, macam tu juga. Tapi dia dah nak exam. Tahan ajelah.”selamba Badrul berkata. Kedua-duanya tergelak besar. Yusliza menjelingnya tajam. Malu.
Setelah selesai berurusan di butik, mereka terus berlegar-legar mencari barangan untuk dijadikan hantaran. Penuh tangan mereka menjinjing barang-barang.
Ketika melalui kedai emas, Badrul menarik Yusliza masuk kedalam kedai tersebut untuk membeli cincin pernikahan mereka. Yusliza ingin menolak kerana memikirkan yang harinya lambat lagi. Namun, belum sempat bersuara, dia sudahpun duduk menghadap pelbagai jenis dan bentuk barangan kemas di dalam kedai tersebut.
“Pilihlah. Aku bayar. Mak pesan tadi, suruh beli sekali. Lepas ni tak payahlah berulang-alik lagi.“ujar Badrul
Memanglah awak yang kena bayar! Saya mana ada duit. Sikit-sikit mak… Tadi pun masa beli barang, asyik cakap mak pesan itu, mak pesan ini. Nampak sangat nak kahwin dengan aku kerana mak dia! Rungut Yusliza di dalam hati.
Yusliza memandang cincin yang terdapat di hadapannya. Argh… pening aku! Banyak sangat pilihan. Yusliza terus memilih.
Ketika dia sedang asyik memilih, dia terpandangkan satu set cincin, gelang dan rantai yang terdapat di situ. Yusliza terus merenung set barang kemas tersebut. Hmm..kalaulah lelaki itu bukan dia, dah lama aku minta set ni. Yusliza tersenyum kecil.
“Ini satu set RM 3000. tapi saya boleh kasi diskaun.” Ujar lelaki cina itu. Dia terus menekan-nekan kalkulatornya. Mulutnya terkumat-kamit berbicara sesuatu.
“Lepas diskaun, saya boleh bagi RM 2800.“
Terlopong Yusliza mendengarnya. Baik tak payah bagi diskaun. Tapi okey jugak. Jimat RM 200. Yusliza memandang Badrul yang kelihatan selamba.
“Tak apalah. Saya tanya aje. Saya nak pilih yang lain.”
“Untuk apa? Wedding?”soal lelaki cina itu lagi. Yusliza hanya mengiakan. Tersenyum lelaki cina itu. Dia kemudiannya menunjukkan beberapa contoh cincin yang sesuai dan menjadi trend masa kini.
“Saya pilih inilah.”ujar Yusliza sambil mengacu cincin tersebut di jari manisnya. Cincin itu menarik minatnya dengan bentuknya yang simple tapi menarik.
“Simplenya cincin. Tak menarik langsung.” Gumam Badrul sendirian. Yusliza terdengar. Suka hati sayalah!
“Cincin ini... RM 300.“ Beritahu lelaki cina itu. Yusliza tersenyum. Bagus…murah.
“Jimat duit aku kahwin dengan beruk ni.Tadi pun barang-barang dia, semuanya murah.“ Badrul berbisik sendirian.
Yusliza terkedu. Beruk? Iyalah...aku ni beruk tak payah ada cincin pun tak apa. Yusliza menanggalkan cincin itu dari jarinya. Segera Badrul mengambilnya lalu disarungkan ke jari kelinkingnya pula. Muat-muat!
“Kau pernah dengar tak orang tua-tua cakap, kalau cincin yang dipakai di jari manis pengantin perempuan, muat di jari kelinking pengantin lelaki, mereka memang berjodoh.“ Badrul tersenyum dengan kenyataannya. Tidak menyedari bahawa yang sebenarnya dia baru saja menyakiti hati gadis itu.
Meluat Yusliza mendengarnya. Sudahlah panggil orang beruk, nak berpepatahlah pula! Selamba Yusliza mengambil semula cincin tersebut daripada Badrul lalu disarungkan ke jari kelinking lelaki cina di hadapannya. Nasib baik muat!
“Dia pun muat, so...dia pun jodoh sayalah?“ sindir Yusliza. Dia bangun dari duduknya.
“Betul apa yang awak cakap tadi. Saya beruk. Beruk macam saya, tak perlu ada cincin. Pakai getah pun tak apalah,Bad. Saya terima. Terima kasih kerana menyedarkan saya. Taklah awak rasa membazir bila dah ceraikan saya nanti.” sayu suara Yusliza. Badrul tergamam. Dia dengarkah?
“Sorry,saya tak jadi beli.” Yusliza berkata kepada lelaki cina itu. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Badrul. Terpinga-pinga lelaki cina itu melihat mereka berdua.
Hampir menitis air mata Yusliza. Namun, ditahannya. Laju kakinya mengatur langkah ke arah destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Akhirnya, dia tiba di Kedai Buku Popular. Hilang sedikit rasa sedihnya.
Puas Badrul mencari tunangnya. Lenguh tangannya menjinjing barang yang turut ditinggalkan oleh Yusliza tadi. Dia merasa amat menyesal dengan kata-katanya. Kalau sayang, kenapa aku masih nak menyakiti hatinya? Kalau benci, kenapa dia yang selalu aku rindu dan nantikan. Yus, I love you. I’m sorry. Don’t leave me,please. YA ALLAH, bantulah aku. Berilah aku petunjuk, di mana tunangku berada. Doa Badrul di dalam hati.
Kelibat seorang gadis di dalam sebuah kedai buku membuatkan dia kembali menarik nafas lega. Kini,yang ada hanyalah perasaan cemburu apabila melihat keceriaan pada wajah Yusliza apabila seorang lelaki menyapanya.
“Yus.”tegur satu suara. Yusliza menoleh. Dia melonjak gembira.
“Abang Midi…abang buat apa kat sini? Ikut Yus,ya…”usik Yusliza kuat. Hamidi mencebik. Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka. Yusliza punya fasallah. Cakap tak reti perlahan! Rungut Hamidi.
“Kita ni selalu berjodoh di kedai buku. Actually, cousin abang kahwin. So, abang stay kat rumah dia. Ni saja jalan-jalan. Nak cari buku. Yus sorang aje?” soal Hamidi. Dia tahu, Yusliza jarang keluar malam tanpa teman.
“Err…hmm…sorang.”gugup Yusliza.
Hamidi tersenyum. Dia memandang gadis di hadapannya. Yus...Yus... nak kelentong pun,agak-agaklah.
“Tapi abang rasa, tak mungkin Yus datang sorang. Sebab apa yang abang nampak, ada orang dah pandang Abang Midi lain macam aje ni. Gerun juga tengok. Pandang macam nak telan.“ bisik Hamidi di telinganya. Lelaki itu tersenyum. Yusliza segera menoleh. Terkejut dia melihat Badrul di situ. Hisy...macam mana dia boleh jumpa kau ni!
“Assalamualaikum, Encik Badrul.“
“Waalaikummussalam, Encik Hamidi.“
Dua lelaki itu saling mendekati lalu bersalaman. Mereka terus bertanya khabar dan beramah mesra. Entah apa yang mereka bualkan. Yusliza malas ambil peduli. Dia terus merayap di segenap ruang kedai buku itu.
’Bad, awak suka menyakiti hati saya. Kenapa? Apa salah saya pada awak? Beginikah caranya awak puaskan hati awak? Dengan menyeksa perasaan saya? Mak…beritahu pada Yus. Macam mana Yus nak menyayangi anak mak sedangkan dialah yang selalu menanam rasa benci Yus pada dia…’
Sesekali, Badrul menjeling ke arah Yusliza. khuatir jika gadis kesayangannya itu hilang lagi.
‘Maafkan aku, Yus. Aku amat menyayangi kau. Tapi aku tak tahu kenapa mulut ni lancang aje mengatakan sesuatu yang menyakiti hati kau. Aku minta maaf sangat-sangat. Jauh di dasar hati... aku sayangkan kau. Hanya kau, Yusliza...’


“Mei Lin, thanks ya sudi ajar I. You ni baiklah. Esok I belanja you makan.” Hakim berjanji kepada gadis di sebelahnya.
Gadis itu tersenyum. “Small matter la… You pun selalu tolong I sebelum ni. Tapi kalau you nak belanja I makan, boleh juga. I nak makan kat Starbucks.”gurau Mei Lin. Membulat mata Hakim mendengarnya. Geli hati Mei Lin melihat reaksi lelaki itu.
“You ni cekik darah la. I tak mampu nak bawa you ke tempat-tempat macam tu. Sorry. Setakat kat kafe, boleh la.”beritahu Hakim jujur.
“Hei, I don’t mind la. Kalau you nak belanja I makan cendol pun I tak kisah. Tadi tu I cuma gurau aje.”ujar Mei Lin bersama sisa tawanya.
Hakim turut tertawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “You ni tak macam orang kaya lain. Kalau orang lain, mesti dah bershopping every week. Bergaya, and one more…berlagak! You ni simple dan tak memilih. I senang berkawan dengan you.”ucap Hakim.
Dia memandang gadis cina di hadapannya. Sebelum ini, dia menyangka bahawa gadis seorang yang sombong. Namun, sangkaannya meleset sama sekali setelah dia berkumpulan dengan gadis itu. Ternyata, tindakan Professor Abidin itu ada faedahnya.
“Thanks. Actually, I membesar tanpa mummy and daddy. I only have my brother. He’s everything for me. Dialah ayah,dialah ibu,dan dialah abang. Abang I bussinesman. Tapi dia selalu ingatkan I supaya hidup secara sederhana. So, that’s why I lebih senang macam ni.”
“Your parents…dah tak ada? Sorry, I tak tahu.”simpati Hakim mendengarnya. Melihat gelengan gadis itu, Hakim memanjatkan kesyukuran di dalam hati kerana di kurniakan ibu bapa yang masih sihat dan menyayanginya.
Sebuah Honda CRV berhenti tidak jauh dari mereka. Perbualan tadi terhenti. Kedua-duanya menoleh. Hairan mereka apabila masih ada kenderaan yang masuk pada waktu malam begini.
Yusliza turun dari kereta. Langsung tidak menoleh ke arah tunangnya. Rasa sakit di hati masih terasa. Panggilan Badrul langsung tidak diendahkannya.
Hakim dan Mei Lin saling berpandangan. Timbul rasa curiga melihat adegan tadi.
“Kenapa dengan Yus? Dan lelaki itu…”soal Mei Lin.
Hakim menjungkit bahunya. “I’ve no idea. I don’t know anything and dia tak pernah cakap apa-apa dengan I.”
Mei Lin memikirkan sesuatu. “Yes, I know that’s man. Dia kawan abang I. I’m not remember his name but… I pernah jumpa dia sekali masa birthday party kawan.” jelas Mei Lin.
“Really? I pun pernah jumpa lelaki tu. Tapi kat kolej ni. Yang I pelik, selepas Yus jumpa dia, mesti Yus menangis. I tak fahamlah.”
“Maybe…ada sesuatu antara mereka?”
“You means…?”Hakim masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Mei Lin. Dia berfikir sejenak. Adakah…
“They’re couple,perhaps.”teka Mei Lin.
Masing-masing terdiam memikirkan kebenarannya. Betulkah? Kalau mereka berdua bercinta, kenapa Yusliza menangis dan seakan tidak gembira setiap kali mereka bertemu? Tapi, kalau mereka bukan pasangan yang sedang bercinta, apa pula hubungan mereka yang sebenarnya sekarang ni…?
Argh…kedua-duanya buntu!

Sunday, January 10, 2010

Ku Terima Seadanya 16



“I’m sorry,Man. Aku tak boleh. Selama ni, aku anggap kau sebagai kawan aje. Tak lebih daripada itu. Aku harap kau faham.”jelas Yusliza. Ternyata segala telahan Fifi dan Yati malam tadi benar belaka. Razman sedang menaruh hati terhadapnya.
“Boleh aku tahu kenapa? Kau tak suka aku atau...benci aku? Tak pun aku ni jahat?“lembut Razman bertanya. Baginya, setiap jawapan mestilah bersebab.
Yusliza menggeleng perlahan. “No. Aku bukan benci kau, bukan tak suka kau. Kau baik, aku suka berkawan dengan kau. Tapi aku ada sebab yang susah untuk aku jelaskan. Kau tak akan faham.“
“Macam mana aku nak faham kalau kau tak jelaskan?“bidas Razman. Dia terus mencuba untuk menyelami isi hati gadis dihadapannya.
“Maaf,ini terlalu peribadi bagi aku. Suatu hari nanti, kau pasti akan ketahui juga.” Yusliza tersenyum tawar. Dikeluarkan bungkusan yang diterimanya petang semalam lalu diletakkan dia atas meja. Perlahan-lahan Yusliza menolak bungkusan itu kepada Razman.
Razman hanya memerhati bungkusan yang semakin menghampirinya. Pandangannya tiba-tiba menangkap sesuatu di jari manis gadis itu. Dia mengeluh perlahan.
Yusliza terdengar keluhan itu. Serba-salah dia dibuatnya. “Aku betul-betul minta maaf. Aku tak boleh terima kau. Kalau kau nak marah,marahlah. Tapi tolong jangan buat aku rasa bersalah.”suara Yusliza separuh merayu.
Razman menoleh ke arah gadis itu. “Kau dah berpunya,ya. Cincin tu…” Razman memuncungkan bibirnya ke arah sebentuk cincin di jari manis Yusliza. “Siapa? Hakim,Zaidi…?” Razman bertanya lagi. Dia tahu, Yusliza rapat dengan dua jejaka itu.
Yusliza tertunduk. Dia menggeleng perlahan. “Hakim dan Adi,Cuma kawan aku.”jelasnya.
Masing-masing diam. Razman buntu bagaimana dia ingin mengetahui sebab sebenar daripada Yusliza? Yusliza pula keliru. Razman kawannya. Adakah dia telah menyakiti hati lelaki itu?
“Tak apalah. Kita akan terus berkawan,kan?”soal Razman tiba-tiba.
Yusliza terpinga-pinga memandangnya. “Kau…tak rasa apa-apa? Kau dah tak marahkan aku?”
Razman tersenyum. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. “Actually, memang ada rasa terkilan sikit. Malu pun ada. Marah? Aku tiada hak nak marah kau. Perasaan kau, milik kau. Aku dah lama sukakan kau. Cuma tak berani nak luah. Bila dah ada kesempatan,aku dah terlambat rupa-rupanya. Apa pun, aku harap kau bahagia. Ini doa seorang sahabat,untuk sahabatnya.“ucapan Ikhlas daripada Razman. Terharu Yusliza mendengarnya.
Kalau nak diikutkan, Razman mempunyai peribadi dan latar belakang keluarga yang baik. Orangnya pun boleh tahan. Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya mampu menawan hati para gadis. Sungguh comel. Tapi Yusliza pelik,kenapa hatinya tidak sedikitpun tertawan kepada lelaki itu?
Puas dia memikirkan kenyataan itu. Namun,masih tiada jawapan. Yusliza menongkat dagunya. Memikirkan tentang dirinya. Siapakah sebenarnya yang akan menyembuhkan hati aku yang telah terluka ini? Adakah Badrul? Tapi,tak mungkin dia kerana semakin hari aku rasakan semakin sakit hati dengannya. Razman lagilah. Aku anggap dia kawan aje. Hakim...jauh sekali.
Argh...penat aku aje memikirkannya. Biarlah segalanya ditentukan oleh-NYA. Semoga apa yang telah DIA tetapkan adalah yang terbaik buat diriku. Yusliza berserah.


“Kak Yus!“ sayup kedengaran satu suara memanggilnya. Langkah Yusliza terhenti. Matanya melilau mencari si pemanggil.
“Opocot mak kau...“latah Hakim. Hampir-hampir dia menyondol belakang Yusliza. Fifi turut terkejut dengan tidakan Yusliza itu.
“Kau cari apa?” tanya Fifi pelik.
“Ada orang panggil akulah…”yakin Yusliza berkata.
Hakim dan Fifi terpinga-pinga. Tak dengar apa-apa pun… “Mana ada. Perasaan kau aje tak?”ujar Hakim.
Yusliza menjungkit bahunya. Mereka bertiga berpaling untuk meneruskan langkah mereka ke dewan. Namun, baru beberapa langkah, sekali lagi nama Yusliza dipanggil. Kali ini lebih kuat. Ketiga-tiga mereka terus menoleh.
“Kan betul aku cakap. Ada orang panggil aku.“ujar Yusliza. Hakim hanya tersengih-sengih sementara Fifi pula mencebik.
Gadis itu semakin menghampiri ketiga-tiganya. Yusliza tergamam. “Eh…Ijah? Buat apa kat sini malam-malam?”
Yusliza dan Khadijah bersalaman lalu berpelukan seketika. Terpinga-pinga Hakim dan Fifi dibuatnya.
“Ijah pindah kolej ni.Dekat sikit dengan fakulti. Semester lepas Ijah duduk kat kolej lain. Jauhlah dengan fakulti. Itu yang try minta kat sini. Alhamdulillah…dapat. Baru masuk tengah hari tadi.“terang Khadijah.
“Iya ke? Kenapa tak beritahu akak? Boleh akak tolong mana yang patut. Eh, kenalkan kawan-kawan akak. Ni Kak Fifi dan yang tu, Abang Hakim.” Yusliza memperkenalkan Fifi dan Hakim kepada Khadijah. Gadis itu bersalaman dengan Fifi dan membalas senyuman Hakim.
“Ala…itu pun nasib baik ada kosong kak. Dapatlah Ijah stay sini. Kalau tak ada tadi, ingat nak tanya kolej sebelah pulak.”bicara Khadijah lalu tersenyum. Dia memandang gadis di sebelah Yusliza. Oh,inilah dia orangnya?
“So…inilah Kak Fifi?”soal Khadijah lagi. Fifi tergamam. Aik,macam dah kenal dengan aku aje dia ni?
Yusliza mengangguk lalu tersengih. Dia memberi isyarat kepada Khadijah agar tidak terus bersuara. Khadijah hanya mengangguk perlahan.
“Awak ni siapa? Cousin Yus?“ tanya Hakim tiba-tiba. Sejak dari tadi dia hanya mendengar perbualan antara Yusliza dan gadis itu. Begitu juga Fifi.
“Eh,lupa pulak aku. Sorry. Fifi,Hakim, kenalkan,ini Khadijah. Dia ni adik Abang Khairuddin. Korang ingat lagi tak senior kita tu?”
“La…patutlah aku macam pernah nampak muka dia ni. Adik Abang Din rupanya.” Hakim berkata. Dia memandang gadis itu. Cantik. Pujinya dalam hati.
Fifi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu. “Tapi...macam mana Ijah... macam dah lama kenal akak aje?“ soalnya.
Yusliza dan Khadijah saling berpandangan. Kedua-duanya hanya tersenyum. “Jomlah masuk. Lama pulak diaorang tunggu kita nanti. Jom Ijah. Join us.“ Pelawa Yusliza. Khadijah mengangguk setuju.


Wanda memicit-micit kepalanya yang tidak sakit. Dia buntu. Rasa penyesalan timbul di dalam diri. Apakah yang harus dia lakukan?
Pagi tadi, sebelum ke kelas,kepalanya terasa pening. Ketika kuliah Profesor Abidin, perutnya tiba-tiba terasa mual. Sampai saja di tandas, dia memuntahkan segala isi di dalam perutnya. Aku ni keracunan makanan ke? Soalnya sendiri.
Tadi, dia telah ke klinik. Dan dari ujian pemeriksaan, dia didapati hamil sebulan. Keputusan itulah yang meresahkannya. Teringat kata-kata doktor cina tadi.
“Congratulation,you’re pregnant.“ucap doktor itu. Wanda terkejut. Dia hanya tersenyum palsu. Macam mana aku boleh mengandung? Ini tak boleh jadi. Aku mesti beritahu Abang Anwar. Esok...esok aku akan pergi cari dia!
“Where is your husband?“tanya doktor itu lagi.
“Err… Oh,he’s outstation. Sebab tu I datang sendiri.”
“Really? Sayang sekali. But…it’s okey. You mesti jaga betul-betul kandungan ni. I akan bagi you vitamin,okey. Is it first baby?”
Wanda hanya mengangguk mengiakan. Doktor cina itu hanya tersenyum.
“Kalau tak ada apa lagi,saya keluar dulu ya,doktor.”
“oh…sure.”
“Thanks.”ucap Wanda lalu keluar meninggalkan bilik itu.
Abang Anwar cintakan aku. Dia mesti terima aku dan baby ni. Esok,aku akan beritahu dia berita gembira ini. ‘Abang,kita bakal jadi mama dan papa...’ riang hati Wanda berbicara sambil mengusap-usap perutnya.
Wanda mengeluh. Mujurlah Fifi, Yati dan Yusliza tiada dalam bilik. Kalau tidak, pasti mereka menyibuk.
“Aku dah cakap,suara Man memang sedap.“puji Yati lalu membuka pintu bilik. Terkejut dia melihat Wanda ada di dalamnya. Namun, dia malas mahu menegur gadis itu. “Rugi kau Yus,kalau tak nak terima dia.“
“Eh,apa yang ruginya. Aku tak rasa macam tu pun. Kalau kau nak, ambiklah.“ balas Yusliza. dia terus menuju ke meja belajarnya.
“Ish...mana boleh. Aku dah ada Azrul. Aku sayang sangat kat dia.“ucap Yati penuh perasaan. Fifi yang sedang menukar baju hanya mencebik.
“Ha...tau pun kau. Aku pun ada orang yang aku sayang.“jawab Yusliza.
“Iya ke Yus? Orang mana? Handsome tak?“ Fifi sekadar melayan kata-kata Yusliza. dia tahu, Yusliza tidak jujur dengan bicaranya. Selama berteman dengan Yusliza, gadis itu tidak pernah menyatakan rasa minat atau suka kepada mana-mana lelaki. Inikan pula orang tersayang.
“Kalau korang tak percaya, tak apa. Kita tengok aje nanti. Jangan nanti salahkan aku,cakap aku tak beritahu. Padahal awal-awal lagi aku dah cakap.” Yusliza kelihatan serius dengan kata-katanya. Fifi dan Yati hanya tergelak kecil.
Wanda memandang ketiga-tiganya. Mereka kelihatan asyik berbual antara satu sama lain. Wanda hanya mendengar.Tiada seorang pun yang sudi menegurnya sejak masuk ke dalam bilik ini tadi. Macam aku ni tak wujud aje.
“Korang dari mana?” Wanda bertanya. Biarlah kali ini dia yang memulakan. Yusliza kembali mengadap laptopnya sambil menaip sesuatu. Fifi pula terus melipat kain yang bertimbun di dalam bakul sementara Yati asyik membelek telefon bimbitnya sambil menelaah.
Wanda terasa hati. Tiada seorang pun yang sudi menjawab pertanyaannya. “Korang ni, pekak ke...bisu?“soalnya lagi. Tetap tidak dijawab. Akhirnya, Wanda bangun lalu keluar dari bilik.
Semenjak peristiwa dia berperang mulut dengan mereka bertiga pada semester lepas, Yusliza,Yati dan Fifi seolah-olah tidak mahu berinteraksi dengannya lagi. Kalau bercakap pun, macam terpaksa aje.
Tiga gadis itu bersorak perlahan setelah Wanda keluar dari bilik. Mereka terus berbual dan bergurau senda. Wanda yang terdengar kemeriahan itu dari luar hanya membisu. Rasa sakit hati dan cemburu bersatu. Ini mesti Yus yang hasut Fifi dan Yati. Suruh mereka jangan berkawan dengan aku!


Yusliza,Fifi dan Yati duduk merenung langit malam. Sayangnya, tiada bintang mahupun bulan. Nak hujan agaknya. Esok hari Ahad. Lepas itu, Isnin datang lagi. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar, peperiksaan akhir semester hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
Beberapa hari ini, mereka begitu sibuk. Hari cuti inilah mereka bertiga mengambil kesempatan untuk berehat seketika sambil melepak di luar bilik.
“Fifi,Yus, korang tak pernah jatuh cinta ke? Aku tak pernah dengar pun korang couple dengan mana-mana lelaki. Ke...aku yang tak tahu?“ Yati memecahkan kesunyian. Sebenarnya, dari dulu lagi dia ingin bertanyakan perihal itu. Namun, baru hari ini terluah.
Yusliza dan Fifi saling berpandangan. Mereka tergelak kecil. “Kau rasa?“ duga Yusliza.
“Aku rasa, aku yang tak tahu.“pantas Yati menjawab. Dia yakin itu. Yusliza comel orangnya. Fifi yang manis bertudung pula memang cantik orangnya. Wajah bujur sirih yang dihiasi dengan tahi lalat kecil di kiri dagu. Alis matanya pula lentik. Tidak dinafikan, kedua-dua mereka mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Masakan tiada yang berkenan?
“Actually,betul apa yang korang cakap. Man sukakan aku. But I can’t.” Yusliza membalas pertanyaan Yati. Kesian gadis itu. Tidak banyak rahsia mereka berdua yang diketahui oleh Yati.
Fifi memandang Yati. “Same like me. Suresh suka aku. Tapi korang tahukan, sejak dari dulu lagi aku suka pada Abang Midi…”
“What? Abang Midi? Betul ke Fifi?”Yati seakan terkejut mendengarnya. Perlahan-lahan Fifi mengangguk.
“Yati,takkan kau tak tahu lagi? Cerita ini kan dah lama.”tanya Yusliza hairan.
“Aku ingatkan gosip semata-mata. Jadi, aku malas nak ambil tahu sangat.“ Jawab Yati. Fifi dan Yusliza hanya tersenyum.
“Kau Yus? Aku tahulah yang Man suka kau. Sebelum ni pun ramai yang cuba tackle kau. Kau aje yang tak layan. Kau tak jawab soalan aku tadi. Aku bukan tanya siapa yang suka kau. Aku tanya, kau tak pernah jatuh cinta ke?“ujar Yati.
Yusliza terdiam mendengarnya. Terkebil-kebil matanya memandang dua orang gadis di hadapannya. Perlu ke aku beritahu sekarang? Adakah ini masa yang sesuai? Tapi, bagaimana kalau mereka masih tidak mempercayainya? Arghh...
Akhirnya,Yusliza hanya menggeleng perlahan. Maafkan aku Yati,Fifi kerana aku terpaksa berbohong dengan korang. Aku pernah jatuh cinta. Tapi kisah aku... Kisah cinta luka yang membawa duka berpanjangan.
“Aku bukan apa. Sebelum kita exam ni, nak juga aku berkongsi cerita dengan korang. Mana tahu, lepas ni kita dah tak bertemu lagi...“sayu Yati berkata. Sebak Fifi dan Yusliza mendengarnya.
Mereka bertiga terus berbicara. Tiba-tiba, telefon bimbit Yusliza berbunyi. Segera Yusliza menjauhkan diri daripada Yati dan Fifi.
“Korang,aku ada hal. Aku pergi dulu.“laung Yusliza sambil melambaikan tangannya.
Yati dan Fifi membalas lambaian itu. Kini, tinggal mereka berdua di situ.
“Takkan kita berdua aje. Tak bestlah. Tak meriah.“rungut Fifi.
“Aku ada idea. Kau call Adi sekarang. Suruh diaorang semua turun.“arah Yati selamba. Fifi hanya menurut. Moga-moga mereka mahu turun...

Friday, January 1, 2010

Ku Terima Seadanya 15



Sepanjang perjalanan pulang ke hotel, masing-masing menyepikan diri. Hanya kedengaran lagu-lagu yang berkumandang di corong radio. Jam di dashboard menunjukkan pukul 11.00 malam. Yusliza memandang luar menyaksikan keindahan malam yang disimbahi oleh cahaya lampu yang berwarna-warni.
Badrul mencapai tangan gadis di sebelahnya lalu diramas lembut. “Yusliza.” Tiba-tiba Badrul menyebut nama Yusliza. “Kenapa panggil Yus? Kenapa tak Liza ke,Liz…”soalnya.
Yusliza terkejut dengan sentuhan itu. Dia menarik kasar tangannya dari pegangan Badrul. “Suka hatilah! Yus ke,Yam ke..Tak penting pun untuk awak.“ keras Yusliza bersuara. Dia kembali merenung suasana luar.
Badrul tergamam mendengarnya. Hatinya terasa sakit. Sedaya-upaya dia mengawal amarahnya. “Kalau dulu, mungkin tak penting. Tapi sekarang, amat penting. Senang nak decide nak panggil kau apa lepas kita kahwin nanti.“ Badrul cuba bergurau. Namun, Yusliza tidak berminat. Gadis itu langsung tidak memandangnya.
“Awak panggil aje apa-apa. ’kau’ pun boleh. Panggil beruk macam dulu pun boleh juga.“ kata Yusliza berbaur sindiran.
Badrul terasa dengan kata-kata itu. Dia kesal. Terasa seolah-olah apa yang pernah dia perkatakan dulu, kembali kepada dirinya. Suasana sepi kembali.
“Kau suka Mirul?“duga Badrul. Yusliza gugup. Kenapa soalan itu yang awak tanya? Untuk menguji sayakah?
Yusliza mengangguk perlahan. “Tak ada sebab untuk saya membenci dia.” Bicara Yusliza perlahan. Hampir menitis air mata Badrul mendengar pengakuan itu. Dia akui, dia telah banyak melukakan hati Yusliza.
“Walaupum Mirul kawan awak, dia berbeza dengan awak. Ayub, Fikri, mereka berdua pun... tiada sebab untuk saya membenci mereka.”tutur Yusliza lagi. Dia sendiri mula terasa sakit di hati apabila mengenangkan peristiwa dulu. Kalau awak seperti mereka, mungkin kita berdua sedang bahagia kini. Bisiknya sendirian.
“You’re mine,Yusliza. Forever.”nada lelaki itu tegas. Yusliza menoleh mendengar ucapan itu. Lelaki itu selamba. Apa maksud awak? Adakah saya milik awak, untuk awak terus sakiti hati saya?
Pemanduan Badrul selamat tiba di hotel. Setelah memakirkan Honda CRVnya, mereka beriringan keluar lalu menuju ke bilik masing-masing. Sampai di hadapan bilik Yusliza, Badrul mematikan langkahnya. Terkejut Yusliza dengan tindakan drastik lelaki itu. Kali ini, mujurlah dia sempat menghentikan langkahnya.
Badrul memandang Yusliza. Kalaulah aku tahu, Yusliza dan budak perempuan yang menjadi teman sepermainan aku dulu adalah orang yang sama, tak mungkin aku berkelakuan melampau terhadapnya. Dan tidak perlulah kau dan aku merasa terseksa begini, sayang. Badrul mencapai kedua-dua belah tangan Yusliza. Digenggam lembut tangan itu.
“Yus… I’m sorry for everythings. And…”Badrul mula gugup. Nak cakap ke…tak nak? Hisy…susah betul!
Yusliza yang tertunduk sedari tadi mula mendongak. Ingin mengetahui kata-kata seterusnya lelaki itu.
“And…good night. Sweet dream. See you tomorrow. Assalamualaikum.” Badrul memusingkan badannya lalu melangkah pergi. Aduh…lain yang aku nak cakap, lain pula yang terkeluar. Tension betul!
Yusliza terpana. Eleh…itu aje dia nak cakap? Ingat nak cakap apa tadi. Buat orang suspen aje!
Badrul gelisah di biliknya. Bila agaknya dia mampu meluahkan perasaannya yang sebenar pada Yusliza…
Ah, peritnya rasa bila diri tidak dihargai oleh orang yang dicintai.

Pengalaman lama datang meghantui
Hati bimbang kan terluka lagi
Kalau dapat kutarik semula
Detik waktu yang tinggal sejarah
Pasti engkau menjadi pilihan
Penuh rela tanpa keraguan.



“Hello Yus. Kau buat apa tu?”sapa Lily ceria di hujung talian. Yusliza tersenyum senang. Sudah lama mereka tidak berhubung.
“Aku on the way nak balik bilik. Mimpi apa kau call aku ni? Selalunya, tunggu aku yang call kau. Orang tu nak jimat kreditlah katakan.”sindir Yusliza
Lily hanya tertawa. Memang selalunya Yusliza yang akan menelefonnya. Tapi sejak akhir-akhir ini Yusliza menyepi. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk bertanyakan khabar terlebih dahulu. “Ala kau ni...mana ada mimpi. Saja aje. Rindu kat kau.“jawab Lily bersama tawanya. Yusliza turut ketawa.
“Ha,kau ni dari mana? Merayap aje. Dah lewat petang baru balik.“soal Lily lagi. Kemanalah kawan aku sorang ni pergi!
“Aku pergi Kedah...“
“Apa, Kedah? Jauhnya... apa kau buat kat sana?“ potong Lily. Terkejut apabila mengetahui Yusliza ke utara sana.
“Emm...kau ni, sabar sikit. Gelojoh betul.“ Tegur Yusliza. Lily hanya tersengih. “Aku pergi kenduri kahwin.”
“Kahwin? Siapa yang kahwin?“
“Abang Fikri. Kau ingat tak,kawannya Badrul.“jawab Yusliza acuh tidak acuh. Eee...tak sukalah nak sebut nama mamat tu!
“What? So,that’s mean kau pergi dengan Bad?“jerit Lily kuat. Yusliza menjauhkan telefon bimbit dari telinganya. Bingit.
“Mak cik, slow la sikit. Sakit telinga aku.“mendatar suara Yusliza. Lily tertawa. Dia sudah terbiasa.
“Soalan kau tadi, mestilah aku pergi dengan dia. Takkan aku nak pergi dengan bakal mertua aku.“
“Berdua aje? Kau dan Bad?“Lily seakan tidak percaya. Biar betul kawan aku ni!
“Yup. Berdua aje. Semalam pergi, hari ni balik. Kalau ikutkan, aku malas nak pergi. Tapi dia ugut nak naik bilik aku. Berdebar aku. Buatnya dia betul-betul naik? Kau bukan tak tahu Bad tu. Dia akan buat apa saja untuk dapat apa yang dia nak...“ luah Yusliza. Lily bersetuju dengan kenyataan itu.
“Eh,kalau kau pergi semalam, maknanya kau tidur sanalah? Korang tidur kat mana…”
“Hotel.”jawab Yusliza pendek. Mula hairan dengan soalan Lily itu. Bab tidur mana pun jadi isu?
“Tapi kau dengan dia tidur…”
“Kejap-kejap. Sebenarnya, apa yang ada dalam kepala otak kau ni Lily? Pelik aje.“duga Yusliza. Pasti Lily memikirkan yang bukan-bukan.
Lily tersengih. “Tak adalah...aku risau aje. Pergi nun jauh ke Kedah sana berdua. Harap-harap semuanya baik.“
Yusliza tergeleng mendengarnya. Lily...Lily...jauhnya fikiran kau melayang. “Kau ni, aku rasa kau terlalu banyak berfikirlah. Kau ingat aku ni jenis begitu ke? Kat sana, bilik kami asing-asing. Tak ada apa-apa yang berlaku. Jangan risau.” Yusliza bersuara perlahan. Khuatir jika didengari orang yang sedang lalu-lalang.
“Lega aku. Eh Yus,okeylah. Aku sebenarnya ada kerja ni. Lain kali aku call kau lagi.”ujar Lily.
“Yelah,lain kali kau ’call’ lagi,ya.“sinis Yusliza bersuara. Lily tetap selamba ketawa. Dia sudah biasa dengan Yusliza. Setelah berbalas salam, telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam poket. Yusliza mula melangkah naik ke bilik.
“Yus!”


“Hai,baru balik? Ingat dah lupa jalan. Dua hari kau keluar. Tak telefon aku pun. Risau aku.“tegur Fifi berbaur rajuk. Air nescafe yang masih panas dihirup perlahan.
Yusliza merebahkan tubuhnya di atas katil Fifi. Rasa lega dapat merehatkan badan. “Sorry. Tak sengaja.“ balas Yusliza lalu tersenyum.
Fifi menoleh seketika. “Eh,kenapa baring atas katil aku. Busuklah nanti!“ bebel Fifi lagi. Yusliza tidak peduli akan bebelan itu. Matanya terus merenung siling. Teringat peristiwa tadi.
Sebelum Yusliza keluar dari kereta, Badrul meramas lembut jari-jemarinya. Dia gugup. Terkebil-kebil mata bulatnya merenung Badrul. Badrul mencapai sesuatu di kerusi belakang lalu diserahkan kepadanya. Yusliza tersedar. Segera dia menarik tangannya dari pegangan lelaki itu.
Disambut bungkusan yang dihulur lalu disumbatkan ke dalam beg. Dia terus keluar. Langsung tidak memikirkan perasaan lelaki itu. Sebenarnya, dia gelisah dengan tindak-tanduk lelaki itu. Dia takut dirinya akan jatuh cinta semula.
Yusliza mengeluh. Tapi, aku rasa bersalah buat dia macam tu tadi. Agak-agak, dia kecil hati dengan aku tak?
Fifi mendengar keluhan itu. Yus ni bosan ke...penat? tanyanya sendirian. Dicapai sebungkus hadiah lalu diberikan kepada Yusliza. “Nah,ada orang bagi.”
“Apa ni?”Yusliza terbangun dari baringnya. Nyata dia terkejut dengan pemberian itu. Hari ni bukan hari jadi akulah!
“Bom.“jawab Fifi bersahaja lalu menghirup minumannya.
Yusliza mengecilkan matanya. Kalau bom, kau pun takut nak bawa masuk bilik ni,Fifi. “Serius la.“ tegas Yusliza.
“Manalah aku tahu. Cuba kau buka, tengok sendiri. Baru tahu. Orang bagi kau, takkan aku nak buka dulu.“balas Fifi panjang.
“Janganlah marah. Aku terkejut tadi. Sorry. Siapa yang bagi?“ suara Yusliza mula mengendur.
“Razman.“ Fifi bangun menuju ke meja belajarnya.
Yusliza mengeluh lagi. Satu lagi masalah datang. Apahallah mamat tu nak bagi benda-benda macam ni kat aku. Hari ni bukan ada apa-apa yang istimewa pun. Perlahan-lahan Yusliza memasukkan bungkusan itu ke dalam begnya. Kemudian, bungkusan lain pula dikeluarkan.
Yusliza menuju ke arah Fifi. “Apahal dengan si Man ni? Tiba-tiba aje bagi aku hadiah. Nah, yang ni pula untuk kau.“ Yusliza meletakkan bungkusan berwarna merah di hadapan Fifi.
“Yus!“ hampir tersembur air yang baru dihirupnya. “Kau jangan main-main. Siapa bagi?“ jerit Fifi kuat.
“Kau janganlah marah-marah. Aku tegas sikit, kau marah. Aku sampaikan hadiah pun kau nak marah.“ Yusliza berkata.
“Sorry,aku pun terkejut macam kau... betul ke untuk aku? Siapa bagi?“
“Aku serius la. Penat-penat macam ni, kau ingat aku ada mood nak melawak? Su yang bagi. Aku jumpa dia kat bawah tadi. Merayu-rayu mintak tolong dengan aku. Sampai berlutut dia depan aku“jelas Yusliza satu persatu. Fifi mencebik. Entah betul ke tidak Yus ni. Melampau sangatlah tu sampai kena berlutut. Yusliza menuju ke katilnya pula. Nak tidur kejaplah. Yusliza mula memejamkan matanya.
“Suhailah? Suzila? Suriana?...“teka Fifi.
“Jangan nak merepeklah. Apa ke jadah diaorang nak bagi kau hadiah. Suresh la. Dia kan dah lama minat kat kau. Kau aje yang tak layan sebab tergila-gilakan Abang Midi tu.”selamba Yusliza berkata.
Terlompat Fifi dari duduknya mendengar kata-kata Yusliza itu. Terus dia membebel itu ini. Yusliza hanya mendengar. Dengan mata yang tertutup dan badan yang letih, suara Fifi semakin hilang dari pendengarannya. Apa yang diperkatakan oleh Fifi langsung tidak menjengah ketelinganya. Pandangannya gelap.
Yati beristighfar. Dia menggeleng melihat Fifi yang bercakap sendirian sementara Yusliza pula lena terlentang di atas katilnya. “Hoi,kau bercakap dengan siapa?“
“Yus.“jawab Fifi. Tidak perasan pula bila Yati masuk. Tiba-tiba ada disebelahnya.
“Yus? Yus tidur tu.“beritahu Yati. Fifi menoleh. Geram dia dibuatnya.
“Penat mulut aku marah dia, boleh dia tidur. Apa,ingat aku tengah bernyanyi dodoikan dia ke?” Fifi terus membebel. Tergelak-gelak Yati melihat riak Fifi. Yusliza tetap lena walaupun suasana agak riuh. Tidur mati ke dia ni?
“Happy Nampak. Apa yang seronok sangat?”tegur Wanda yang baru masuk ke bilik. Beg pakaiannya diletakkan di atas katilnya. Sudah tiga hari dia tidak balik bilik. Entah di manalah dia tidur.
Fifi berpaling. Terus menyambung aktivitinya berchatting. Dia malas untuk menjawab pertanyaan gadis itu. Kau kata tak nak orang ambil tahu hal kau. So, jangan sibuk nak ambil tahu hal orang! Marahnya di dalam hati.
Yati memandang Fifi yang leka dengan aktivitinya. Nampak gayanya, akulah yang kena jawab. “Tak ada apa. Saja nak ketawa.“ balas Yati acuh tidak acuh. Dicapai tuala di penyidai dan bakul lalu keluar dari bilik. Ingin membersihkan diri sebelum menunaikan solat asar. Nasib baik sempat lagi!