Saturday, November 21, 2009

Ku Terima Seadanya 12



Beg pakaiannya diletakkan di hadapan almari. Yusliza terus tertiarap di atas katil. Letih menempuhi perjalanan tadi. Matanya dipejamkan.
Fifi memandang rakannya. Ragu-ragu untuk bersuara. “Yus, kau penat?“
“Hmm...“balas Yusliza perlahan. Namun, mampu didengari oleh Fifi. Dia mengiring ke kanan lalu memeluk bantal.
“Aku ada perkara nak cerita dengan kau. Tapi kalau kau penat...tak apalah.“ ujar Fifi sedikit kecewa. Dia kembali menyambung aktivitinya.
Yusliza tersenyum kecil. “Ceritalah. Tapi bagi aku 10 minit. Aku nak rest kejap.“balas Yusliza. Ceria Fifi mendengarnya. Tidak sabar rasanya. Kalau ikutkan, mahu saja dia bercerita sekarang juga. Tapi,Yus… Ah, tak apalah. Bagi Yus rehat sekejap. Asalkan dia dapat bercerita dan Yusliza sudi mendengarnya.
Yusliza sekadar memejamkan mata. Sebenarnya, dia amat keletihan. Kalau boleh, ingin saja dia tidur. Namun, dia kasihankan Fifi. Tiga hari sendirian di bilik. Wanda pasti tidak pulang. Entah di manalah gadis itu tidur. Di sudah tidak peduli lagi. Yati pula pergi ke rumah mak ciknya. Setiap bulan dia pasti bermalam di rumah mak ciknya. Lagipun, jarak usia 3 tahun menjadikan mereka akrab. Selalunya, mereka berdualah yang terus setia menghuni bilik ini. Tapi minggu ini, Yusliza juga bercuti di Johor Bahru. Tinggallah Fifi sendirian.
Sepuluh minit sudah berlalu. Fifi memusingkan badannya mengadap Yusliza. “Yus, 10 minit dah berlalu.”riang Fifi bersuara.
Yusliza bangun. Dia menggeliat seketika sebelum menuju ke almari pakaiannya. Ada barang yang perlu dikemas. “Ceritalah.”
“Kau nak tahu, kami pergi Permata Holdings tu. Sampai sana mereka cakap ada masalah.”tanpa berlengah, Fifi mula bercerita.
Yusliza tersentak mendengarnya. Ah, susahlah macam ni! “Habis tu, macam mana? Kita kena cari site baru ke?“
“Tak. Dah settle dah.“jawab Fifi. Yusliza memandangnya hairan. “Mujur bos mereka tu, kenal Suresh. So, dia yang uruskan. Dia aturkan dengan syarikat lain. Sekarang ni,site kita bukan Permata Holdings tau.” Fifi memberitahu. Yusliza mengangguk faham.
“Tapi, bukan itu yang aku nak cerita kat kau.” Fifi tersengih-sengih. Yusliza mengangkat kening. Dah agak. Kalau tidak, masakan Fifi tidak sabar untuk bercerita dengannya.
“Kami jumpa pengurus syarikat tu. Fulamak... handsome. Cair aku dibuatnya. Dengar cerita,dia tu anak pemilik syarikat tu. Kalau kau ada, mesti kau pun terpikat juga. Dahlah handsome, kaya, baik pula tu. Kalaulah dia boyfriend aku…”ucap Fifi penuh perasaan. Dia sudah mula berangan-angan. Yusliza terus tersenyum.
“Oh Ahmad Badrul… Bilakah kita akan bertemu lagi” luah Fifi tiba-tiba sambil memeluk bantal. Berderau darah Yusliza mendengar nama itu.
“Siapa nama dia? Kau pergi syarikat mana ni?”tanya Yusliza. Dia ingin memastikan bahawa apa yang didengarinya tadi, sama dengan apa yang sedang berada di dalam kotak fikirannya.
“Aku pergi Glory Development. Si handsome tu, namanya Ahmad Badrul. Why?”soal Fifi.
“Nothing. Saja tanya.” ucap Yusliza. Pucat lesi mukanya. Mujur dirinya dilindungi dengan pintu almari. Jika tidak, pasti Fifi terlihat reaksinya tadi.
“Oh ya, masa kat JB, Aku jumpa someone.” Yusliza sudah menukar topik. Dia tersenyum nakal.
“Siapa?” Fifi ingin tahu. Senyuman Yusliza membuatkan dia curiga. Fifi sudah mula bersila di atas kerusinya.
“Abang Midi.”balas Yusliza. Berubah air muka Fifi mendengar kenyataan Yusliza itu. “Boyfriend kau tu pun boleh tahan. Handsome,kaya, baik… anak Tan Sri lagi…”tambah Yusliza.
Membulat mata Fifi. Bagai tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya. “Kau biar betul,Yus.”
“Apa pula tak betul. Abang aku kerja dengan bapak dia. Aku pun terkejut juga. Teruk dia aku sekeh.” Yusliza menambah cerita. Entah bila masa dia menyekeh lelaki itu. Fifi hanya mencebik. Macam berani dia nak sekeh kepala anak orang! Yusliza tertawa melihat cebikan itu.
“Kau cakap apa dengan dia?”
“Aku cakap, kau dah jadi duta kotex sekarang ni.“ ada saja idea Yusliza untuk mengusik rakannya itu.
Fifi mendekati Yusliza. Dicubit lengan Yusliza. Menjerit gadis itu dibuatnya. “Tell me the truth. Apa kau cakap dengan dia?” Fifi bersuara tegas.
“Aku cakap…err…aku cakap…”
“Yus!...”bentak Fifi.
Yusliza tertawa. Tadi bukan main seronok cerita fasal mamat handsome tu. Rupa-rupanya, dalam hati tu masih ada yang lama. “Mana ada cakap apa-apa. Kau tak pesan.”
Fifi menarik nafas lega. Dia kembali duduk di kerusinya. Laptop di atas meja dipandang kosong. “Dia...ada cakap apa-apa?“
“Dia cakap...“ Yusliza. menutup pintu almarinya. Dicapai tuala lalu disangkutkan di bahunya. Fifi memandangnya tajam. Macam ada yang tak kena aje.
“Dia cakap…” baldi dan bakul dicapai. Pintu bilik dibuka. Perlahan-lahan Yusliza keluar lalu menyarung seliparnya.
Fifi bangun dari duduknya. Mula mendekati Yusliza.
“Dia cakap, dia suka kau.” Yusliza menutup daun pintu lalu terus berlari ke bilik air.
“Yusliza!“


Badrul duduk bersandar di kerusinya. Tangannya di letakkan di belakang kepalanya. Dia tersenyum sendiri mengingati peristiwa semalam. Kalaulah gadis itu sudah menjadi miliknya...
Dengan bantuan Yusril, dia berjaya membuat pengumuman tentang hubungannya dengan Yusliza. Dengan bantuan bakal abang iparnya itu jugalah, Yusliza akhirnya bersetuju untuk pulang ke Kuala Lumpur bersamanya. Tersenyum dia melihat muka Yusliza yang mencuka. Entah kenapa dia sering menyakiti hati gadis itu dulu. Sedangkan dia sedar, membuat gadis itu menangis terasa seperti hatinya juga sakit. ‘kalaulah aku tahu budak perempuan dulu tu dan Yusliza adalah orang yang sama, mungkin sekarang, situasi kami berbeza.’
Badrul membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa. Terbayang lagi kisah semalam. Gadis itu dingin dengannya. Sepatah ditanya, sepatah dijawab.
“Hey awak! Kenapa awak hasut abang saya suruh saya balik dengan awak,hah?“keras Yusliza bertanya.
Badrul tersenyum kemenangan. “Mana ada aku hasut dia. Aku cakap aje dan dia bersetuju. Lagipun, aku ni kan bakal adik ipar dia.“ulas Badrul.
Yusliza mencebik. Comfirm ke awak nak kahwin dengan saya. Tak jatuh maruah nanti? Desis hatinya. Badrul hanya tersenyum melihat raut muka itu.
Suasana sepi seketika. Yusliza seperti tidak berminat untuk berbicara dengannya. Gadis itu lebih selesa dengan dunianya. Mencatat sesuatu pada buku nota yang dibawanya. Kemudian, dia akan tersenyum sendiri dan leka dengan novelnya. Kadang-kadang pula Yusliza akan bernyanyi-nyanyi kecil mengikut sesuka hatinya. Lagu yang sedap, jadi tidak enak didengar. Badrul hanya tersenyum dalam diam. Akhirnya, setelah penat, Yusliza terlena di tempat duduk sebelah.
Badrul singgah di rumah rehat Seremban. Ingin menghilangkan rasa letih dan mengantuk seketika. Dia menoleh ke arah Yusliza. Lena tidur gadis itu. Aku penat-penat memandu, dia sedap-sedap aje tidur.
Dia merenung gadis itu. Matanya menjelajah setiap inci wajah Yusliza. Gadis itu, tidaklah secantik mana. Dia biasa-biasa sahaja. Namun, wajah tenang itu mampu mendamaikan hati. Hilang sudah rasa mengantuk tadi. Badrul terus meneliti. Pandangannya terhenti pada bibir comel milik Yusliza. Nafsu lelakinya tiba-tiba bergelora. Pelahan-lahan dia mendekatkan bibirnya pada bibir gadis itu.
Niatnya terhenti apabila Yusliza mula bergerak. Dijarakkan sedikit wajahnya. Matanya tidak lepas memandang tunangnya itu.
Yusliza membuka matanya. Dia terpaku. Matanya yang bulat terkebil-kebil memandang Badrul. Jarak wajah mereka yang hanya terlalu dekat mendebarkan hatinya. “Apa awak buat ni?”
“Ingatkan kena cium dulu baru bangun.” Badrul tersenyum sinis. Yusliza menjeling.
Badrul melangkah keluar dari kereta. “Jom makan.“ajaknya.
Yusliza turut melangkah keluar. Marah, marah juga. Tapi rezeki jangan ditolak. Memang perutnya sudah lapar. Sebab itulah dia terjaga. Tapi bangun aje, nampak muka dia. Hisy…
Pintu bilik diketuk dari luar. Bertaburan lamunannya tadi. Badrul memanggil masuk.
Fikri tersengih. Ditangannya ada sekeping kad. Dihulurkan kad itu kepada Badurl. “Apa yang kau menungkan? Dari tadi aku perhati, senyum memanjang.“
Badrul menggeleng. Malu apabila di ditegur begitu. Fikiri tersenyum kecil. Bad...Bad... Kau ingat, aku tak tahu kau tengah angau? Aku bukan baru kenal kau. Dah lama, sejak sekolah rendah lagi. tak lain tidak bukan, pasti Yusliza yang ada dalam kepala otak kau tu.
“Kau dah minta maaf dengan dia fasal kes tu?“ soal Fikri ingin tahu. Badrul hanya mengangguk perlahan. “Apa dia cakap?“
Badrul hanya menggelengkan kepalanya. Fikri mengeluh. Aku ni macam bercakap dengan orang bisu pulak.
“Ni, berangan,berangan juga. Jangan lupa datang majlis aku hujung minggu depan. Bawa sekali buah hati kau,Si Yus tu. Mana tahu, korang terkena badi aku. Cepat sikit kahwin. Risau juga aku tengok kau ni. Senyum sorang-sorang macam orang gila. Lagipun, aku dah lama tak jumpa Yus. Rindu. Bukan kau aje yang rindukan dia tau.“usik Fikri lalu tertawa. Badrul memandangnya tajam. Sekepal penumbuk dituju kepada Fikri sebagai tanda amaran.
Yusliza... aku akan buat kau jatuh cinta semula kepadaku!


“Tadi ada orang call.“ beritahu Fifi sambil membuka laptop Yusliza. Lagu ‘Kau Ada Dia’ nyanyian kumpulan The Lima dimainkan. Sememangnya Fifi amat meminati lagu itu.
“Siapa?”
“Jamban.”jawab Fifi. Dia tersenyum kecil. “Tak sangka aku,jamban kau boleh telefon. Hebat,ya.“
“Kalau kau nak, kau minta kat anak Tan Sri tu.“kali ini, Yusliza pula berkata. Fifi menarik muka. Yusliza buat tidak tahu. Dia terus menyarung t-shirt coklat dan seluar pendek hitam. “Kau cakap apa?“
“Aku beritahulah yang kau mandi. Kau tak pesan apa-apa pun.“ Fifi memulangkan kata-kata Yusliza. “Lagi satu, dia cakap malam nanti dia call.“
Yusliza memerhati telefon bimbitnya. Kemudian, telefon itu dicampakkan ke di katil. Fifi pelik. Aik,takkan marah kot?
“Siapa jamban?“soal Fifi ingin tahu. Siapakah lelaki yang digelar jamban oleh temannya itu.
“Err…cousin.”jawab Yusliza sedikit gugup. Kalau jawab ‘tunang’ nanti, Fifi tidak percaya. Malah,dia pasti akan menjadi mangsa balingan bantal atau pukulan Fifi. Paling tak tahan, cubitannya yang cukup menyengat!
Fifi tergelak besar. “Sampai hati kau panggil dia jamban. Kenapa panggil macam tu?“
Suka hatilah. Dia lagi teruk, panggil aku beruk,tau! “Sebab...ha... sebab dia bukan jamban. So, aku panggil dia jamban.“ Yusliza memutar belit kenyataannya. Lain yang dihati, lain pula yang terkeluar dari mulutnya.
Fifi merungut sendirian. Tanya betul-betul, dia jawab berbelit pulak. Yusliza hanya tersenyum mendengar rungutan itu.
“Fifi, tadi Man call aku. Malam ni dia orang nak discuss sikit. Macam biasa, lepas Isyak.“Beritahu Yusliza.
Fifi memandang Yusliza hairan. “Yus,kalau aku tanya, kau jangan marah,ya.“
Yusliza mengangguk. Beberapa helai baju kurung dimasukkan ke dalam baldi. Fifi menarik nafas lega melihat anggukan itu.
“Kau dengan Man...ada apa-apa ke? Kalau nak discuss atau hal lain, mesti dia call kau. Nak tanya aku pun, dia call kau. Korang couple?” perlahan Fifi bertanya.
Membulat mata Yusliza mendengarnya. Aku ni tunang oranglah oi… Takkan nak buat hubungan dengan lelaki lain? Malu family aku nanti!
Gulp…Yusliza menelan air liur. “Hisy…apalah kau ni. Merapu aje. Aku dengan Man tak ada apa-apa. Kami kawan aje. Mungkin dia lebih selesa dengan aku sebab...yelah, kau dengan Suresh asal jumpa aje, mesti nak bergaduh. Malas nak melayan korang la tu.“jawab Yusliza. Fifi mencebik. Bukan aku yang mulakan. Si Suresh tu yang suka sangat usik aku!
“Kau pun apa kurangnya. Selalu Suresh call kau aje. Kata kerja group. Tapi kalau berbincang, macam korang berdua aje kat situ. Mentang-mentanglah aku dan Man tak join masa melawat site minggu lepas. Terasa kami diasingkan.“ Yusliza pura-pura berkecil hati.
Fifi terbangun. “Hey,kami kawanlah. Pandai-pandai aje kau ni. Dah, kau dengan Man buat kerja, takkan kami nak ganggu kerana hal kecil. Hisy...“ Fifi mula melenting. Tahu pun marah! Yusliza mentertawakan sahabatnya itu.
“Yelah...korang kawan aje. Aku tahu. Kau kan dah ada Abang Midi.“ Sengaja Yusliza ingin melihat reaksi Fifi. Gadis itu selamba. Tidak terusikkah perasaannya?
“Kau pun, aku tahu, kau dah ada tunang.”balas Fifi. Yusliza terkedu.
“Mana kau tahu?“soalnya sedikit cemas.
“Setiap kali tanya fasal boyfriend, itulah jawapan kau,kan. ’dah ada tunang’.“ Ajuk Fifi. Yusliza tersenyum kecil. Aku memang pun dah ada tunang,Fifi. Tapi aku tahu, kau tak pernah dan tak mungkin akan mempercayai aku.

Saturday, November 14, 2009

Ku Terima Seadanya 11



“Rindu betul abang dengan adik perempuan abang ni. makin comel pulak sekarang.“puji Yusril. Yusliza mencebik. Puji lebih-lebih, mesti ada sesuatu. Yusril kalau bab membodek, serah saja pada dia. Pandai betul dia mengayat. Tapi yang peliknya, kenapa sampai sekarang masih tiada teman wanita?
“Abang nak apa?” soal Yusliza sinis. Tersengih-sengih lelaki itu. Yusril mendekati Yusliza.
“Actually, I need you. Malam esok, company abang ada buat anniversary’s dinner. Abang tak tahu nak pergi dengan siapa. Kalau tahun lepas, bolehlah abang pergi dengan Kak Mira. Tapi sekarang dia dah kahwin. Takkan nak pergi dengan dia. So…” Yusril memandang adiknya penuh mengharap. Dia yakin, Yusliza mengerti pandangannya itu.
“So...abang nak kakak jadi couple abang, and pergi dinner tu?“ sambung Yusliza. Laju Yusril mengangguk.
“Kalau tak ada couple, tak payah pergi. Kan senang.”cadang Yusliza
“No! Takkan abang tak pergi. Apa kata bos nanti.”jawab Yusril. Tan Sri Nazarul dan Puan Sri Suraya sekeluarga amat mengenalinya. Kalau dia tidak hadir malam itu, apa kata mereka.
Yusliza memandang siling. Mencongak-congak sesuatu. Melopong Yusril melihatnya. “Kalau kakak setuju, berapa upahnya?” Yusliza berdiri bercekak pinggang.
Yusril mengerutkan dahi. Setiap kali minta tolong, mesti nak upahnya. Materialistik betul adik aku ni! “Kakak nak apa?” soal Yusril.
Yusliza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apa yang aku nak? Puas dia memikirkannya. Akhirnya, dia mendapat satu idea.
“Ada tiga syarat...“
“Banyaknya“ potong Yusril. Belum sempat Yusliza menyatakan syarat-syaratnya. Namun, apabila Yusliza mengugut tidak mahu pergi, Yusril mengalah. Apa-apa aje adik aku sorang ni!
“Pertama, sepanjang kakak kat sini, abang kena tanggung semuanya termasuk tiket bas untuk balik ke KL. Kedua, esok abang kena bawa kakak pergi office abang.”
“Nak buat apa? Abang banyak kerjalah.”pantas Yusril menjawab. Takkan nak pergi office pun budak ni nak ikut.
“Abang ingat, abang sorang aje yang ada kerja? Kakak pun ada juga tau. Kakak nak buat research sikit. Lagipun esok half day. So, kita lunch sama-sama sebelum abang kena bawa kakak pergi beli baju. No excuse. Ketiga, lepas ni, jom kita keluar jalan-jalan. Bosanlah duduk rumah aje. Lagipun, kakak dah lapar ni.” Yusliza mengusap perutnya. Tertawa Yusril melihat gelagat adiknya itu.
“Tapi kakak, nak beli baju untuk apa?”soal Yusril. Sejak tadi lagi dia hairan dengan permintaan itu
“Abang nak ke, ‘kekasih’ abang ni pakai baju tidur aje malam esok?” ujar Yusliza lalu beredar ke bilik.
Yusril terpinga-pinga. Betul juga kata adiknya itu. Kenapalah aku tak terfikir langsung. Bodoh betul! Namun, Yusril sudah mampu menarik nafas lega kini. Yusliza telah menyatakan persetujuannya untuk menemaninya malam esok.
Sejak dua minggu yang lalu, puas dia berfikir siapakah yang sesuai untuk dijadikan pasangan malam itu. Memanglah bukan dia saja yang bujang. Tapi, kebanyakkan kawan-kawannya telah mempunyai pasangan masing-masing. Amira, sahabat baiknya pula sudah berkahwin. Takkanlah nak ajak isteri orang. Hanya dia saja yang kurang memikirkan soal teman hidup. Kerana sikap itulah dia sering dileteri oleh ibunya.
“Abang, cepatlah cari isteri. Taklah pening kepala lagi nak cari pasangan. Nak bawa anak berpuluh pasang pun boleh.”usik Yusliza dari pintu biliknya. Segera dia menutup pintu bilik apabila Yusril sudah bangun menghampirinya.
Di dalam bilik, Yusliza tertawa apabila abangnya memarahinya dari luar. Marah-marah gurau aje…
“Esok cari baju, abang jangan menyibuk. Nanti entah apa-apa dia pilihkan untuk kakak. Entah-entah baju macam badut lagi.” Yusliza bersuara dari dalam bilik. Terbahak-bahak Yusril ketawa. Teringat peristiwa dulu ketika pertama kali dia pulang ke rumah setelah mendapat pekerjaan.
Ingatan terhadap adik-adik tersayang membuatkan dia teringin untuk membelikan sesuatu untuk mereka. Tshirt biru dan jeans hitam untuk Yusrizal sementara Yusliza pula dibelikan blaus berwarna-warni dan skirt labuh biru. Ropol-ropol yang terdapat pada blaus dan skirt labuh itu menarik minatnya. Pasti cantik jika digayakan oleh adik perempuannya.
Malangnya, sampai di rumah, dia dimarahi oleh Yusliza. macam badut katanya. Mereka semua tertawa apabila melihat Yusliza menggayakan pakaian itu.
Sejak itu, jika ingin membeli sesuatu, dia akan lebih berhati-hati. Terutamanya jika barang itu ingin diberikan kepada Yusliza. Dia pasti akan meminta pendapat daripada jurujual ataupun Amira. Paling tidak pun, dia akan membawa adik-adiknya bersama.
Kadang-kadang, Yusril tidak sedar bahawa adik perempuannya itu sudah meningkat dewasa. Baginya, Yusliza tetap budak perempuan yang menjadi kesayangan semua orang termasuklah keluarga Haji Ismadi. Maklumlah, Yusliza merupakan anak perempuan tunggal di kalangan mereka. Dialah racun, dialah penawarnya.


“Cik, buat apa kat sini?” tegur satu suara. Tersentak Yusliza dibuatnya. Namun, dia tetap selamba. Malas nak melayan. Biasalah...lelaki, memang gatal! Yusliza terus mencatat sesuatu pada buku notanya.
Yusliza mula rimas apabila menyedari lelaki itu masih tidak berganjak dari tempatnya. Yusliza mendongak. Bulat matanya memandang lelaki yang sedang tersengih-sengih di hadapannya.
“Abang Midi... lama tak jumpa. How are you? What are you doing here? You follow me” gurau Yusliza.
Terhambur tawa Hamidi mendengarnya. “Sudahlah ditanya macam-macam, dituduhnya pula kita yang bukan-bukan. Apa, Yus ingat, abang dah tak ada kerja lain nak follow Yus?” balas Hamidi. Merah muka Yusliza mendengarnya.
“Let’s me answer your question first. I’m fine. Makin berisi ni. And abang kerja kat sini. Yus buat apa pula kat sini?“soal Hamidi. Lama tidak bertemu, rindu pula ingin mendengar celoteh gadis itu.
“Yus buat kerja sikit. Sambil-sambil tunggu abang Yus. Abang Midi kerja kat sini? That’s mean…”
“Midi, tu client dah sampai. Kau ke mana? Lama juga dia tunggu.” Celah Yusril sambil mendekati mereka berdua.
“Abang, Abang Midi ni senior Yus. Abang ingat pengarah projek yang Yus cerita dulu? Dialah orangnya. Sampai buat Yus demam.”rungut Yusliza. Tertawa Hamidi mendengarnya. Yusril hanya mengiakan. Jauh di sudut hati, ada perkara yang membuatkan dia lebih risau sebenarnya.
Yusliza memeluk lengan Yusril sambil melentokkan kepalanya di bahu abangnya itu. “Abang Midi, inilah abang Yus.” Yusliza menyatakan hubungannya dengan Yusril kepada Hamidi.
Hamidi agak terkejut mendengarnya. “La…iya ke? Kenapa tak cakap awal-awal yang Yus ni adik Aril. Kalau Abang Midi tahu, senang kerja abang nak tackle Yus.”Usik Hamidi. Yusliza terjerit kecil lalu memukul lengan Hamidi. Hamidi tertawa. Dia sudah biasa dengan semua itu.
“Yus, abang ada hal kejap. Ada client. Kalau ada masa nanti, kita jumpa. Yus tengah buat kerja kan? Kalau ada masalah, beritahulah abang. InsyaALLAH abang tolong. Okeylah, abang pergi dulu.”ujar Hamidi. Yusliza mengangguk sambil tersenyum. Kemudian, dia terpinga-pinga. Tanya Hamidi? Dia tahu ke kerja aku macam mana? Bukan dia ambik jurusan lain ke? Ah…biarlah. Mungkin ada yang dia boleh tolong nanti.
“Eh aril, mana client tadi?” Hamidi bertanya.
“Tu.”jawab Yusril sambil menudingkan jarinya ke satu arah. Hamidi dan Yusliza turut mengalihkan pandangan mereka.
Yusliza terkedu. Mati senyumannya. Lelaki itu sedang merenungnya tajam. Terbayang-bayang lagi amaran yang pernah dilontarkan oleh lelaki itu kepadanya sebulan yang lalu. Kenapa dia ada di sini?
“Dah lama dia perhatikan kakak dengan Midi. Sebab tu abang cover. Takut dia salah faham.“ Yusril mula bersuara setelah Hamidi dan tetamunya itu masuk ke bilik.
Yusliza tersenyum tawar. Dia kembali duduk menyambung catatannya tadi. “Dia tak sepatutnya marah.” Perlahan Yusliza bersuara. Namun, sempat yusril mendengar kata-kata itu. Dia mula pelik. Kenapa pula tak patut? Yusliza kan tunang Badrul. Bisik hatinya.


Para pekerja NS Holdings sudah mula memenuhi ruang dewan hotel itu. Yusliza teruja melihat keindahan hiasan dan kemeriahan di situ. Yang lebih penting, dia tidak sabar-sabar untuk menyekeh Hamidi kerana tidak memberitahunya bahawa Tan Sri Nazarul itu adalah bapanya. Dia amat terkejut setelah Yusril memberitahunya siapa Hamidi yang sebenar. Itupun ketika mereka dalam perjalanan ke hotel tadi.
Yusliza bertegur sapa dengan Amira dan suami. Sempat dia menimang anak kembar mereka. Terkenang kembali zaman persekolahan dulu. Dia pernah berangan-angan untuk memiliki sepasang anak kembar bersama suami tercinta. Namun, kutukan dan penghinaan yang sering diterima membuatkan dia terus melupakan impian itu. Dia sudah malas memikirkan tentang cinta lagi.
“Abang Yus tu bila nak kahwin?“soal Amira.
“Kak Mira, Yus rasa abang tu tak ada perasaan la. Dia nak terus membujang kot.” Bisik Yusliza.
“Apa cakap abang awak macam tu!“tegur Amira lembut. Dipukul lembut bahu Yusliza. Terkekeh-kekeh Yusliza ketawa.
“Woi, anak dara tak elok ketawa macam tu.”tegas Hamidi. Yusliza terdiam. Dia menjeling tajam kea rah Hamidi. Tersengih-sengih lelaki itu. Amira mula meminta diri apabila suaminya memanggilnya. Tinggal mereka berdua. Hamidi dan Yusliza duduk.
Malam itu, banyak yang mereka bualkan. Tentang kehidupan dulu dan kini. Yusliza langsung tidak menghiraukan Badrul yang sering memerhatikannya. Amaran melalui pandangan mata yang diberikan oleh Badrul langsung tidak dipedulikan.
Badrul menghampiri mereka. Dia terus duduk di sebelah Yusliza. “Hai, seronok berborak.“
“Eh, Encik Badrul. Dah lama sampai? Tak perasan pula. Kami borak-borak kosong aje.Join us?” Hamidi mempelawa.
“Kenalkan,Yusliza. Yus, ni Encik Badrul.”sambung Hamidi lagi.
“Kami dah kenal.” Balas Badrul. Yusliza gelisah. Kalau boleh, biarlah orang lain tidak tahu tentang statusnya kini.
“Oh ya? Now, tell me, how you know her?“tanya Hamidi tiba-tiba.
“She’s…”
“Kami satu sekolah.”pintas Yusliza. Dia tidak peduli dengan renungan Badrul.
“I see… Yus, abang nak ke sana. Ada hal sikit. You all berboraklah.” Hamidi meminta diri lalu meninggalkan mereka.
Masing-masing diam membisu. Yusliza terus menonton persembahan oleh kakitangan NS Holdings. Dendangan lagu ‘Unbreak My Heart’ yang dinyanyikan oleh staff NS Holding menyentuh hatinya. Hampir saja dia menangis.
“Datang dengan siapa?” serius Badrul bersuara. Kecut perut Yusliza mendengarnya.
“Abang Aril.“balasnya pendek.
“Siapa Hamidi? Siap berabang-abang lagi.“
“Penting ke?“Yusliza menjawab.
“Siapa Hamidi?”sekali lagi Badrul bertanya.
“Takkan awak tak kenal? Hamidi anak Tan Sri Nazarul. Pekerja NS Holdings.” Yusliza masih lagi berdalih.
Jawapan itu benar-benar mencabar kesabaran Badrul. “Siapa Hamidi?” kali ini, dia bersuara lebih keras dan kuat.
Yusliza terkedu. Kemudian, dia tersenyum sinis melihat kemarahan lelaki di sebelahnya. “My senior.“
“Boleh percaya ke? Rapat semacam aje.”
“Suka hati awaklah nak percaya atau tak. Saya rapat dengan dia sebab dia tahu macam mana nak menghargai orang.lain.”sindir Yusliza. Matanya masih terus menonton persembahan di pentas. Namun gelora di hatinya, hanya ALLAH S.W.T yang maha mengetahui.
“Kenapa tak nak mengaku kau tu tunang aku?”
Yusliza memandang Badrul. “Penting ke? Tunang ke, kawan ke, tak ada beza pun antara saya dengan awak.“balas Yusliza selamba. Badrul kehilangan kata-kata.
Biarlah,dia perlu banyak bersabar. Dia yang melukakan, dialah yang perlu menyembuhkan luka itu. Itulah nasihat Fikri.
“Bila balik KL?”
“Esok.”
“Aku hantar.”
“Tak payah susah-susah. Saya dah beli tiket.“ sengaja Yusliza berkata begitu. Padahal, dia merancang untuk terus membeli tiket esok. Apa yang penting, malam ini, dia tidak akan membenarkan lelaki itu menyakitinya lagi.
“Kau sengaja nak sakitkan hati aku,kan!” bisik Badrul keras.
“Oh ya? Tak perasan pula. Anyway, better you go now. Tak elok awak duduk sebelah saya lama-lama. Nanti tak pasal-pasal masuk paper esok. ‘Badrul, anak pemilik Glory Development duduk berdua dengan beruk’. Kelakarlah.” Yusliza pura-pura ketawa. Sedangkan hatinya bagai ditusuk-tusuk.
“Apa yang kelakar tu?” Hamidi kembali menghampiri mereka berdua. Di belakangnya terdapat seorang lelaki dan seorang gadis.
“Tak…kami bual kosong aje. Pandai Encik Badrul ni buat lawak.”sinis Yusliza. Badrul diam. Terasa dengan kata-kata itu.
“Iya? Well, Yus, tengok siapa datang.” Hamidi menepuk belakang lelaki di sebelahnya.
“Abang Din! How are you?“tegur Yusliza girang. Mereka terus berborak. Tidak sedar yang Badrul telah pergi meninggalkan mereka.
“InsyaALLAH,nanti kat sana Yus tolong tengok-tengokkan Ijah. Kalau Ijah nakal, Kak Yus sekeh dia.“Yusliza bergurau.
“Jangan nanti Ijah yang jaga Yus.“usik Khairuddin. Yusliza memukul lelaki itu dengan begnya. Terhibur Hamidi dan Khadijah melihat gelagat mereka.
Kedengaran suara Yusril di atas pentas. Hamidi pelik. “Yus, apa Aril buat kat atas tu?“
“Itu yang Yus geram. Dia beria-ia ajak Yus. Tapi tadi dah last minute, ada orang mintak dia jadi pengacara. Pengacara asal ada emergency. Sebab tu Yus sorang-sorang aje.”rungut Yusliza. Mereka tersenyum mendengarnya.
“Tengok tu. Mereka mintak Encik Badrul menyanyi.“Khairuddin berkata. Semua mata tertumpu ke arah pentas.
“Saya tak pandai menyanyi. Tapi atas permintaan semua, saya cuba. Minta maaf kalau suara saya sumbang.”tertawa penonton mendengar kata-kata itu. Yusliza yang mendengar menahan tawa. Kalau tak nyanyi pun suara awak tetap sumbang. Kutuk Yusliza dalam diam.
“Lagu ini, saya tujukan khas untuk tunang saya. InsyaALLAH, kalau tiada aral, tahun depan kami akan berkahwin.”ujar Badrul. Yusliza terkedu. Kesemua penonton tertanya-tanya. Siapakah gadis yang dimaksudkan oleh lelaki itu.
Yusliza mula tidak senang duduk. Dia mula bangun untuk pergi dari situ.
“Yusliza, terimalah lagu ini...“kata Badrul lagi. Tiba-tiba, cahaya lampu di suluh ke arahnya. Yusliza tidak jadi melangkah. Dia senyum terpaksa. Semua mata sedang memandang ke arahnya. Tepukan gemuruh diberikan kepada pasangan itu.

Bukakan hatinya
Lembutkanlah jiwa
Kembali kepadaku
Selamanya…

Yusliza menoleh memandang Hamidi dan Khairuddin yang sedang kaku melihatnya. Yusliza duduk semula di kerusinya.
“Yus, betul ke apa yang kami dengar tadi?”soal Hamidi seakan tidak percaya. Mereka kelihatan bersahaja ketika bertemu tadi. Masakan tiba-tiba sudah bertunang?
Yusliza mengangguk lemah. Mereka yang hadir pada malam ini telah mengetahui tentang statusnya. Apa tujuan Badrul melakukan semua ini?
“Sejak bila? Kenapa tak pernah beritahu?“ Khairuddin pula bertanya.
“Baru lagi. Seminggu selepas kita mula bercuti semester lepas. Yus belum bersedia nak beritahu orang tentang hal ni.“Yusliza berterus-terang. Rasanya, alasan ini sesuai.
Hamidi meraup mukanya. Satu keluhan kecil dilepaskan. Sungguh, dia benar-benar terkejut. “Seminggu selepas cuti. That’s mean...masa kita berjumpa kat MPH tu, Yus dah...“
Yusliza mengangguk lagi. Bukan dia tidak mahu memberitahu. Tetapi baginya, ia tidak penting memandangkan tunangnya adalah insan yang terlalu membenci dirinya. Jadi, adakah ikatan ini akan diakhiri dengan perkahwinan? Dia tidak yakin dengan semua itu. Untuk apa dia menghebahkan tentang sesuatu yang tidak pasti?
“But please... Don’t tell anyone about this. Yus perlukan masa.”rayu Yusliza. Hamidi dan Khairuddin mengangguk lemah. Melihatkan rayuan itu, mereka pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jika tidak, masakan pertemuan mereka tadi kelihatan sepi. Bukan Hamidi tidak perasan layanan hambar dan sinis Yusliza serta renungan tajam Badrul kepada mereka.

Kau pergi jua
Demi mengubat hatimu
Lari dari perbuatanku
Menyakitkan...
Tak mungkin dapatku
Sembunyikan kesepian
Kini takdir yang menentukan
Ku terima balasan...
Rindu sampaikanlah
Bisik hati ini
Di sanubarinya
Cintaku yang bertakhta...

Lagu itu terus dinyanyikan.

Tuesday, November 3, 2009

Ku Terima Seadanya 10



“Wanda, please. Listen to me.”pujuk Yazid. Sejak akhir-akhir ini, hubungannya dengan Wanda semakin jauh. Entah di mana silapnya, dia sendiri tidak mengerti.
“Sudahlah. Kan I dah cakap yang antara kita, tiada apa-apa hubungan. Putus. I dah bosan dengan you. You think, I love you? Jangan haraplah! I tak pernah cintakan you.”tingkah Wanda kasar. Ditarik tangannya dari genggaman Yazid.
Yazid diam terpaku. Apa yang dia dengar tadi benar-benar menyakitkan hatinya.“How dare you,Wanda.” Yazid mula sebak. Dia terduduk lesu di sisi gadis itu.
“I fikir, kita saling mencintai. Rupa-rupanya tidak. I hanya bertepuk sebelah tangan. Kenapa you buat macam ni pada I?” Yazid sedaya-upaya bersuara tenang.
“Just for fun. Lagipun, I belum bersedia untuk serius dengan mana-mana lelaki. Tapi I tak sangka, ada seorang bakal peguam yang kacak boleh jatuh hati pada I sampai macam tu sekali. Bodohlah you ni,Yazid.” Wanda ketawa sinis.
Yazid bagaikan tidak percaya mendengar penghinaan itu. Wanda langsung tidak memikirkan perasaannya. Bertahun Yazid terus setia menyayangi gadis itu dan berkorban untuknya. Hari ini, dia menerima kata-kata itu. Sungguh menyakitkan.
“Boleh I tahu, apa salah I?“ Yazid masih terus mencari kesalahan dirinya.
Wanda merengus geram. “You ni pekak ke? Kan I dah cakap, I cuma nak berseronok aje dengan you. You tak salah apa-apa. I yang salah. Okey? Puas hati?” begitu mudah Wanda menuturka kata-katanya.
Yazid tertunduk. Dia bertepuk tangan tiba-tiba. “Tahniah…keseronokkan you berbaloi. You dah berjaya buat I terluka. Tahniah I ucapkan sekali lagi.”ucap Yazid. Di berdiri membelakangi gadis itu.
“Thanks,Wanda…kerana sudi jadikan I couple sementara you. Kerana buat I fall in love with you. Thanks. And thank you very much, untuk kata-kata tadi. I hope you’ll be happy…forever.” Yazid terus berlalu pergi meninggalkan Wanda. Hatinya benar-benar terluka. Kau...akan menyesal suatu hari nanti,Wanda.
Wanda terpana. Fikirannya kembali memikirkan butir bicara Yazid tadi.


Hamidi dan Khairuddin duduk di halaman rumah. Sudah dua minggu mereka mula bekerja di NS Holdings. Itupun setelah didesak oleh daddynya, Tan Sri Nazarul. Kalau diikutkan hati, dia ingin mencari pengalaman di tempat lain dahulu sebelum bekerja di syarikat daddynya.
“Jemput minum, Along, Abang Midi.“ujar Khadijah. Khadijah merupakan adik bongsu kepada Khairuddin.
“Wah...dah besar anak dara ni. bolehlah Abang Midi kahwinkan.“usik Hamidi. Dia tertawa apabila gadis itu memukulnya dengan dulang.
“Abang Midi jahatlah. Suka usik Ijah. Along, tengoklah Abang Midi ni.“adu Khadijah kepada Khairuddin di sebelahnya. Khairuddin hanya tersenyum.
Hamidi geli hati melihat aksi Khadijah. Akhirnya, gadis itu berlalu pergi meninggalkan mereka. Malas mahu melayan!
“Kau ni, tak habis-habis usik adik-adik aku. Kau berkenan ke?“duga Khairuddin. Kali ini, biar dia pula mengusik sahabatnya itu.
“Hisy...ke situ pulak kau ni. Aku anggap adik-adik kau tu macam adik aku aje. Tak pernah lebih.“pintas Hamidi.
“Yelah tu. Hmm...how’s Zirah? Adik aku ganggu dia lagi?“soal Khairuddin. Ingin mengetahui perkembangan adiknya yang seorang lagi.
“Huh...dulu marah-marah. Macam-macam keluar dari mulut dia. Sekarang ni, kalau adik kau, si Khairul tu tak ganggu dia, mulalah Zirah tak duduk diam. Resah memanjang. Malam-malam tak boleh tidur, kacau aku. Geram betul. Aku rasakan, mereka ni tengah bercintalah.“jelas Hamidi. Khairuddin tergelak besar mendengarnya.
Terkenangkan Khairul dan Hazirah, kisah mereka sungguh melucukan. Perkenalan mereka bermula di kedai kasut. Sikap keras kepala Hazirah dan keegoan Khairul menyebabkan pemilik kedai kasut tersebut akhirnya menghalau mereka berdua. Masing-masing pulang dengan wajah yang sugul dan macam-macam kutukan yang diberikan. Setelah bertemu buat kali kedua di rumah Khairuddin, mereka bertengkar lagi. Mujurlah dapat ditenangkan oleh abang-abang mereka. Namun, entah macam mana, mereka berdua tiba-tiba rapat dan seperti sedang bercinta. Hamidi pelik,Khairuddin hairan.
Hamidi menoleh ke arah rakannya yang menyepi. Timbul rasa ingin tahu apabila melihat wajah tenang Khairuddin.
“Din,kau ni…solo lagi ke? Tak ada yang kau berkenan?“
Khairuddin tersentak dengan pertanyaan itu. Dia kemudiannya tersenyum kecil. “Ada tu...memang ada. Tapi nanti dululah. Adik-adik aku masih belajar lagi. kau tahukan, abah dan umi aku dah meninggal dunia. Kami belajar pun, atas ihsan dari family kau. Kalau tak, aku tak merasa nak dapat ijazah ni. Kerja ni pun daddy kau yang offer. Kalau tak, mesti aku belum kerja lagi sekarang ni.“
“Din,family aku tak pernah berkira. Kami ikhlas nak tolong.“ujar Hamidi. Sedih pula mendengar luahan Khairuddin itu.
“Aku tahu. Sekarang ni, aku dah kerja. Sebagai anak sulung, aku bertanggungjawab terhadap mereka. Takkan selamanya kami nak bergantung kepada family kau. Selagi aku mampu, InsyaALLAH aku akan tanggung mereka. Lagipun, selepas kemalangan itu, semua saudara-mara tak mengaku kami adik-beradik sebagai saudara mereka. Kalau aku nak kahwin pun, siapa nak uruskan.” ulas Khairuddin panjang lebar. Dia mula sebak.
Hamidi menepuk bahu Khairuddin. “Din,jangan macam tu. Kalau kau dah bersedia, beritahu aku. Aku akan suruh parents aku masuk meminang dia. Family aku, family kau juga. Kan mummy aku selalu pesa,kita sekeluarga. Kalau ada masalah, jangan simpan sendiri.“ Hamidi berkata. Simpati Hamidi dengan nasib tiga beradik itu. Kehilangan ibu bapa sewaktu masing-masing sedang seronok menganyam cita-cita.
Khairuddin memandang sahabatnya. Terharu dengan kata-kata itu. Terlalu banyak budi yang telah keluarga Hamidi taburkan untuk mereka tiga beradik.
“Thanks Midi. Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau sekeluarga.“ ucap Khairuddin. Masih terpancar raut tenang pada wajahnya meskipun hatinya sudah mula menangis.
“Hey…kita kan kawan.”tutur Hamidi. Khairuddin tersenyum senang.
“Macam mana pulak dengan kau? Ada yang baru? Takkan asyik nak tunggu yang lama aje.” Khairuddin cuba mencungkil isi hati lelaki di sebelahnya. Hamidi diam seketika. Hatinya rawan tiba-tiba. Entah apa khabar si dia agaknya.
“Aku masih sayangkan dia. Pergi mana-mana, jumpa awek cun sekalipun, aku tak dapat lupakan dia. Bayangan dia terlalu kuat. Aku tak tahu macam mana nak luahkan. Aku tak dapat jumpa dia lagi. Nak hubungi dia, tak tahu nombor. I miss her.“ luah Hamidi. Sebagai sahabat yang paling dekat, Khairuddin memahami perasaan Hamidi.
Orang selalu cakap, peluang hanya datang sekali. Namun, banyak peluang yang datang kepada Hamidi. Sayangnya, setiap kali peluang itu datang, lelaki itu jadi takut untuk meluahkan isi hatinya. Kini, dia yang menanggung rindu.
“Sabarlah. Kalau dia jodoh kau, aku yakin korang akan bertemu lagi. Aku doakan kau bahagia.“Khairuddin menepuk belakang Hamidi. Cuba menyalurkan harapan melalui kata-katanya tadi. Hamidi tersenyum lalu mengangguk.
“Itulah, aku suruh mintak nombor telefon pun, kau lembab. Midi...Midi...“ Khairuddin menggeleng kepala. Hairan dengan sikap Hamidi. Nak minta nombor telefon pun takut.
Hamidi menjeling geram ke arah Khairuddin. Tergelak besar Khairuddin melihat jelingan itu. “Wah...menggoda betul jelingan kau tu.“usiknya lagi.


“Orang cakap, kalau kita teringatkan seseorang, orang itu pun akan teringat pada kita. Oleh kerana sekarang ni langsung tak teringatkan kau, maknanya kau bukan teringat pada aku. So, siapa yang ada dalam kepala otak kau tu?“ Yusliza memulangkan paku buah keras. Fifi mencebik. Dia menjeling rakannya itu. Nak kenakan akulah tu!
“Apa agaknya dia buat sekarang ni.“soal Fifi tanpa berselindung. Yusliza mengerutkan dahi. Memikirkan siapa ’dia’ yang Fifi maksudkan.
Melihatkan wajah Fifi yang kelihatan gembira, Yusliza mengerti akhirnya. “Oh, teringatkan si dia. Emm...mungkin, dia tengah cari alamat kau. Nak masuk meminang.“gurau Yusliza.
Fifi memukul Yusliza menggunakan bantal peluknya. “Pandailah kau! Entah-entah kenal aku pun tidak.“marah Fifi. Yusliza sudah terduduk mentertawakan Fifi.
“Setiap kali ada projek kolej, kau aje yang berjodoh dengan dia. Aku langsung tak pernah bekerjasama dengan dia.“Fifi menyatakan rasa tidak puas hatinya.
“Eleh...kau tu tak join apa-apa projek pun,kau boleh glamour. Sesiapa yang tak kenal donald duck, samalah seperti katak di bawah tempurung.“Yusliza masih terus mengusik. Fifi merengus geram.
Yusliza menoleh ke arah Fifi yang sudah menarik muka masam. “Aku nak ke JB hujung minggu ni. Ada apa-apa pesanan untuk si dia? Mana tahu, kami berjodoh lagi.“tersengih-sengih Yusliza bertanya. Fifi terdiam.
“Beritahu dia, I love you!“balas Fifi geram. Sebiji bantal dibaling ke arah Yusliza. Tepat pada sasarannya.
“Aku lupa nak cerita kat kau. Aku ada jumpa dia masa cuti sem 4. jumpa kat MPH. Katanya, stay kat rumah Abang Azman. Ada kerja. Tak tahu pula aku kerja apa.“terang Yusliza. Fifi hanya mendengar.
“Dia...ada cakap apa-apa?“tanya Fifi ingin tahu.
Yusliza menepuk dahinya. “Kau tak tanya pasal dia, macam mana dia nak tanya pasal kau pulak… Entah-entah kenal kau pun tak” Yusliza sengaja mengusik dengan kata-kata Fifi tadi.
Fifi terdiam. Dia terasa hati dengan kata-kata Yusliza itu. Tapi, mungkin itulah hakikatnya. Lelaki itu tidak pernah mengenalinya. Suasana di dalam bilik sepi.
Yusliza pelik dengan kesepian Fifi. Dia terasakah? “Weh, kau dah solat? Kejap lagi nak turun. Dah janji dengan dan Man, kan?“ Yusliza mengingatkan apabila melihat Fifi masih bermalasan di katilnya.
“Aku dilantik jadi duta kotex la...“jawab Fifi tersengih-sengih. Fahamlah Yusliza akan maksud sahabatnya itu. Macam-macam gelaran untuk masa-masa macam ni!
“Nanti aku sampaikan pada si dia yang kau dah jadi duta kotex.“ucap Yusliza selamba.
Terjerit Fifi mendengarnya. Malulah dia kalau Yusliza berkata begitu kepada kaum lelaki. Lebih-lebih lagi si dia... Sebiji lagi bantal dibaling. Yusliza sempat mengelak. Dia tertawa melihat muka Fifi yang sudah memerah.
“Bantal aku!“jerit Yati yang baru hendak menapak ke dalam bilik. Fifi hanya tersengih. Sorry la Yati,aku guna bantal kau. Yus ni, kacau aku aje.


“Wanda, malam tadi kau ke mana? Puas si Hakim, Adi dan Mei Lin cari kau. Satu malam kau tak balik…“ tanya fifi sambil mengelap rambutnya yang basah.
Wanda yang keletihan hanya menjeling. Terus dia berbaring di katilnya. “Keluar.“jawabnya ringkas.
“Dengan Abang Anwar kau tu?“soal Yati pula.
“Wei,korang boleh tak jangan menyibuk hal aku?“jerkah Wanda tiba-tiba. Terdiam Yati dan Fifi. Wanda bengang. Dia baru saja balik, dah di soal macam-macam. Bagilah rehat sekejap.
Yusliza masuk ke bilik. Baju kurung yang sudah siap digosok disarungkan ke tubuhnya. Dijeling seketika ke arah Wanda yang berbaring di katil.
“Wanda,baru balik? Tidur mana malam tadi?“ Yusliza pula bertanya. Sedikit bedak disapukan di muka. Rambut lurus miliknya disisir rapi.
Walaupun mereka tidak begiu rapat, namun, jauh di sudut hati Yusliza, timbul rasa risau apabila rakannya itu tidak pulang semalaman. Maklumlah, mereka perempuan.
“Ni sorang lagi. Kan aku dah cakap, jangan menyibuk hal aku! Jaga diri masing-masing. Aku balik ke, tak balik ke, itu aku punya pasal. Korang peduli apa!“ bentak Wanda geram. Menyibuk betullah mereka ni!
Yusliza tersentak. Dia berdiri di sisi Wanda. “Hoi, kau ingat kau tu siapa? Kalau ikutkan hati, kami pun tak sudi nak ambil tahu hal kau sebab kau tu tak pernah jadi orang penting dalam hidup kami! Aku tanya, sebab ada orang yang tanya pasal kau. Kalau macam ni, lain kali kalau kau nak pergi mana-mana, beritahu mereka. Pesan pada mereka, jangan tanya pasal kau pada kami lagi.“marah Yusliza. turun naik nafasnya menahan geram.
Yusliza mencapai begnya ingin segera keluar. Sampai di pintu, langkahnya terhenti. Dia menoleh ke arah Wanda. “And fine, lepas ni, kami tak akan campur tangan hal kau lagi. Tapi ingat, jangan sampai satu hari nanti, kau merayu pada kami. Hubungan kau dengan kami, hanya sekadar roomate. That’s all!“ Yusliza terus melangkah keluar. Fifi dan Yati yang diam sedari tadi saling berpandangan. Terkejut dengan kemarahan Wanda,dan terpaku dengan amukan Yusliza awal pagi itu. Tidak pernah Yusliza marah sebegitu.
Yati hanya menjungkit bahu. Mereka berdua beriringan keluar menyertai Yusliza. Entah apalah nasib dapat teman sebilik seperti Wanda. Adakah mereka yang silap? Atau Wanda sendiri yang lupa diri?
“Yus, apahal bising-bising tadi? Pagi-pagi lagi dah nak runtuh dinding bilik akak dibuatnya.“tegur Kak Hafsah ketika bertembung dengannya di tangga. Kak Hafsah merupakan senior mereka merangkap jiran biliknya. Gadis itu tersenyum manis.
“Emm...si Wanda tu buat hal. Kami tanya baik-baik, ambil berat pasal dia, dia nak marah-marah. Naik angin la saya.”jawab Yusliza.
Hafsah tersenyum. Memang perangai empat sekawan itu sukar dikikis. Tegur sekali, mula-mula okey. Tapi lama-lama, berulang lagi. Sebagai ketua aras, dia perlu menegur demi kapentingan penghuni lain.
“Akak bukan apa. Macam akak ni, dah terbiasa. Tapi orang lain, you all faham,kan?“ujar Hafsah lembut. Mereka bertiga mengangguk faham lalu meminta maaf.


“Pipi, sabtu ni kita pergi syarikat ni.”beritahu suresh sambil menunjukkan sekeping kertas. Tertera alamat Permata Holding di situ.
Fifi merengus geram. Geram dengan Suresh yang memanggilnya pipi. Mentang-mentanglah sebutan namanya hampir sama dengan perkataan pipi, lelaki india itu menggelarkannya begitu. Tambahan pula, Fifi memiliki pipi yang tembam walaupun tubuhnya kurus.
“Su, aku bagi amaran, don’t called me like that! My name is Fifi.” Fifi mengingatkan.
“But you called me Su.” balas Suresh. Dia sudah tersenyum melihat kemarahan gadis itu.
“Kau yang mula dulu!” Fifi sudah bercekak pinggang.
“Wei, dahlah tu.” Razman mula meleraikan. Bila nak siap kerja macam ni. Setiap kali bertemu, pasti bertengkar. Pening kepalanya. Aku kahwinkan nanti, baru tahu!
Razman menghampiri Yusliza dan berbincang sesuatu. Suresh yang hanya memandang mereka tersenyum nakal.
“Jus, aku tengok kau sesuailah dengan Man. Bak kata Karam Singh Walia, bagai pinang dibelah dua.“usik suresh sambil meniru suara wartawan TV3 itu. Kalau Fifi dipanggil pipi, Yusliza pula digelar jus. Suka-suka aje dia ubah nama orang!
Yusliza memandang Suresh. Lelaki itu memiliki kulit yang cerah bebandingnya walaupun beliau berbangsa india. Maklumlah, kacukan cina dan india. Bapanya berbangsa india sementara ibunya pula cina. Kedua-duanya merupakan doktor dan mempunyai klinik sendiri di Putrajaya.
“Kalau aku jus, kau susu. Kalau dicampur, mesti sedap,kan. Mesti anak-anak kita cantik,kan?”gurau Yusliza. Sengaja mengusik perasaan jejaka tinggi lampai itu.
“Pirahh…tak mahu aku. Tak sudi!” jawab Suresh. Gadis itu nampak saja diam. Tapi kalau diusik, ada saja jawapannya.
“Kalau kau tak sudi, aku berjuta-juta kali tak sudi.” Yusliza tidak mahu kalah. Dia terus berbincang dengan Razman. Suresh mencebik mendengarnya. Ditoleh ke arah Fifi. Gadis itu khusyuk meneliti alamat yang diberinya tadi. Ada sesuatu yang istimewakah?
“Yus, Fifi, puas aku cari kau. Mana Wanda? Nampak dia tak?“ tanya Zaidi. Termengah-mengah dia kerana berlarian tadi. Mendengarkan nama itu, Fifi dan Yusliza geram. Mereka memandang Zaidi.
“Dah mati!“jawab mereka serentak. Mendengarkan jawapan itu, Zaidi segera berlalu pergi. Nanti tak pasal-pasal, dia pula yang kena sembur dengan dua gadis itu.
Melopong Razman dan Suresh mendengarnya. Jawapan yang sungguh dahsyat.
“Korang ni, biar betul.” Suresh meminta kepastian tentang apa yang baru saja dia dengar.
“Dia kata, jangan ambil tahu hal dia lagi. So, bagi kami, dah matilah tu.“ balas Fifi. Terpinga-pinga Suresh. Macam tu aje? Dah mati?
Razman mengerti kini. Pasti mereka semua bertengkar. Dia kenal dengan Wanda yang gedik, materialistik dan mata keranjang. Tidak hairanlah kalau mereka semua tidak menyukainya.
“Okey, forget about that. Focus to our work now. Esok petang aku dan Yus dah nak bertolak balik.” ujar Razman lagi.


Sampai di kolej, Zaidi memarkirkan keretanya. Mereka berenam keluar terus berjalan menuju ke kafe. Padahal mereka semua baru saja lepas makan.
Sedang seronok bergurau senda, mereka terpandangkan kelibat Yati dan Azrul yang sedang duduk berdua. Timbul niat nakal mereka untuk mengusik pasangan itu. Basir Dan Hafiz dengan perangai gila-gilanya, mengipas-ngipas pasangan itu menggunakan tangan sambil mulut mereka terkumat-kamit mengalunkan bunyi kompang. Sementara Zaidi pula berpura-pura sedang bersilat. Silat apa kebendanya. Berguling-guling. Silat ke…sawan?
Si Hakim pula sempat merenjis-renjis air mineral di tangannya ke arah Yati dan Azrul. Terjerit-jerit pasangan itu dibuatnya. Fifi dan Yusliza yang menonton terkekeh-kekeh ketawa. Tanpa diduga, mereka berdua turut dipaksa oleh empat jejaka itu untuk menjadi sebahagian daripada mereka.
“Jahatlah korang. Ada ke patut suruh kami jadi ibu pengantin. Apa, tua sangat ke kami ni?”rungut Fifi.
Yati dan Azrul tidak mampu berbuat apa-apa. Segalanya berlaku secara spontan dan pantas.
“Sudah...sudah...korang buat macam ni pun, kami tetap belum sah suami isteri.“Yati bersuara. Kesemua mereka terduduk keletihan.
“Saja praktis. Tapi tadi aku terbau-bau nasi minyak. Sebab tu tak dapat kawal.“selamba Basir berkata.
“Lagipun mana tahu, korang nak guna khidmat kami suatu hari nanti. Ni saja bagi demo.“ sambung Hafiz pula.
“Yelah tu. Penat aku melayan korang ni.“ucap Yati. Tersengih-sengih mereka semua. “Aku saja aje lepak sini. Nak naik bilik,kena ngadap muka minah gedik tu. Malas aku. Kebetulan, Rul saja datang.“ jelas Yati. Peristiwa dijerkah pagi tadi benar-benar menyakitkan hatinya.
“Wanda ada? Ala...rasa nak balik rumah aje sekarang ni.“gerutu Fifi. Mereka yang lain hanya diam mendengar rungutan dua gadis itu.
Yusliza bangun dari duduknya. “Wei, aku naik atas dulu. Nak kemas. Petang ni nak bertolak.“ Yusliza mengundur diri. Secara tiba-tiba, dia kembali berpaling ke arah dua teman sebiliknya itu.
“Pasal Wanda tu, korang buat bodoh aje. Macam yang dia selalu cakap, bilik tu bukan bapak dia sorang yang bayar. Kita semua pun bayar juga. Kalau kau masuk bilik tu, anggap aje dia tak wujud. Kan dia dah pesan, jangan sibukkan hal dia.“ ucap Yusliza lalu melangkah pergi. Yati dan Fifi saling berpandangan. Masing-masing bersetuju dengan kata-kata Yusliza itu.

Sunday, November 1, 2009

Ku Terima Seadanya 9



Assignment telah pun diselesaikan. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Hakim berbaring dikatilnya. Zaidi dan Basir masih dengan tugas masing-masing sementara Hafiz pula sibuk bergayut di telefon. Bercakap dengan buah hatilah tu!
Hakim termenung. Fikirannya beralih kepada Yusliza. Pagi tadi gadis itu datang ke kelas dengan wajah yang pucat. Menurut Fifi, suhu badan Yusliza panas pada malam itu. Tetapi gadis itu tetap berdegil untuk menghadiri kelas pada pagi itu. Bebelan Fifi langsung tidak diendahkan.
Peristiwa petang semalam kembali ke layar ingatannya. Kesedihan Yusliza mengusik hatinya lelakinya. Terasa dirinya diperlukan oleh gadis itu untuk melindunginya. Sepanjang mereka berkawan, belum pernah sekalipun gadis itu menangis sebegitu. Ada juga dia bertanyakan pada Fifi dan Yati tentang Yusliza. Namun mereka seperti tidak tahu apa-apa. Cuma mereka mengatakan yang Yusliza kurang bercakap sejak akhir-akhir ini dan sering termenung.
Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa lelaki yang datang semalam? Kenapa pula Yusliza menangis? Mereka ada hubungankah? Tiba-tiba Hakim teringatkan kata-kata Yusliza berkenaan cincin di jarinya...
Ah, tak mungkinlah. Mana mungkin Yusliza bertunang. Bercinta pun dia tidak mahu, apatah lagi bertunang. Bukan tiada yang berminat. Dia yang menolak. Tapi, apa pula yang berlaku semalam?
Hakim merengus geram sambil menggaru kasar kepalanya. Dia ketandusan idea. Siapa lelaki itu? Kenapa Yusliza menangis? ‘Tapi…yang aku sibuk-sibuk memikirkan hal orang lain kenapa?’bisik Hakim sendiri.
“Apahal kau ni? Gila atau angau? Cakap sorang-sorang. Pusing sana,pusing sini. Garu sana, garu sini...“ tegur Basir. Zaidi turut memerhati. Hakim tersengih. Tidak sedar bahawa kata hatinya tadi terluah keluar dari mulutnya. Dia terus bangun dari pembaringannya. Mug di atas meja diambil. Air kopi yang masih berbaki diteguk habis. Dia duduk semula di mejanya. Teringat semula pada perbualan semalam.
“Apa dia nak tadi?” soal Hakim setelah suasana di antara mereka sunyi buat kali kedua.
“Just…jumpa aku. Kim, aku nak tanya kau sesuatu,boleh?” Yusliza memandang Hakim penuh mengharap. Hakim hanya tersenyum mengangguk.
“Aku ni, teruk sangat? Ke...buruk sangat?“tanya Yusliza.
Tersentak Hakim mendengarnya. “Kenapa kau cakap macam tu? Kau baik, Yus. Aku suka kawan dengan kau.“ikhlas ucapan dari hati Hakim. Gadis itu baik. Bukan sahaja baik dengannya,malah keluarga, rakan dan orang disekelilingnya juga. Kadang-kadang Yusliza akan membeli sesuatu untuk adik-adik Hakim di kampung. Bila dilarang, Yusliza akan tetap berkeras.
Pernah mereka bergaduh kerana Yusliza terlalu menurut permintaan adik-adiknya sedangkan mereka tiada apa-apa ikatan melainkan ikatan persahabatan. Ada juga dia ternampak Yusliza bersusah payah membawa beg besar dari rumah setelah cuti raya. Rupa-rupanya dia membawa kuih-muih dan diagihkan kepada beberapa orang pekerja dan kawan-kawannya. Terpegun Hakim melihatnya.
Cuma mereka yang tidak mengenalinya akan menganggap gadis itu sombong. Mungkin kerana sikapnya yang nampak diam dan sukar memberi senyuman membuatkan orang lain kurang selesa dengannya. Padahal gadis itulah yang galak mengusik teman-teman yang lain. Yang menjadikan mereka teman karib.
“So, aku ni buruklah. Patutlah orang tak suka aku.“ujar Yusliza. terhenti lamunan Hakim mendengar kata-kata itu.
“Siapa cakap kau buruk? Kau cantik apa. Lebih-lebih lagi mata kau tu. Aku rasa macam nak cungkil aje mata kau tu, tukar dengan mata aku.“gurau Hakim. Yusliza hanya tersenyum marah. Sempat lagi mamat ni nak bergurau dengan aku!
Hakim tertawa melihat wajah itu. “Kau cantik,Yus. Kalau kita tak jadi sahabat, mungkin sekarang ni aku tengah fikir cara nak tackle kau.“kali ini Hakim serius. Terkedu Yusliza mendengarnya.
“Lagipun manusia adalah sebaik-baik ciptaan-NYA. Semuanya sama, cantik. Siapalah aku untuk menilai dan mengkritik milik-NYA itu.”
Yusliza terpegun mendengar kata-kata Hakim itu. Kalaulah Badrul seperti Hakim, tidak perlu mereka dijodohkan oleh keluarga. Malah, mereka sendiri akan bertemu keluarga masing-masing minta dijodohkan.
Hakim hanya memerhati gadis di sebelahnya yang kini sudah kembali ke dunia khayalan.
“Hoi! Termenung aje.“sergah Zaidi. Terkejut Hakim dibuatnya. Hakim membetulkan duduknya. “Apa yang kau fikirkan?“soal Zaidi sambil tertawa. Hakim hanya menggeleng.
Zaidi mengeluh. Malas mahu bertanya lagi. “Kim, kau tahu tak kenapa dengan Yus? Aku tengok dia lain macam aje pagi tadi. Macam ada problem aje.“ Zaidi mengesyaki sesuatu.
Hakim memandang Zaidi. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Cuma, Yusliza memintanya agar tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang berlaku petang semalam.
“Entahlah. I’ve no idea. Eh, aku nak tidurlah. Mengantuk. Good night.” ucap Hakim lalu berselubung di sebalik selimut.


Badrul menghempas fail di atas mejanya. Dia baru sahaja dimarahi oleh abahnya kerana gagal menghadiri temujanji dengan Datuk Zainal. Mujurlah Datuk Zainal itu adik sepupu abahnya. Kerana itu beliau sudi untuk mengatur pertemuan yang baru.
“Abah pelik dengan kau ni. Kenapa sejak dua tiga hari ni, kau macam selalu cuai? Kau ada masalah? Abah tak mahu kau campur adukkan soal kerja dengan soal peribadi. Kau dengar tak, Bad!“ marah Haji Ismadi apabila melihat anaknya itu hanya merenung kosong ke arah dirinya. Seolah-olah apa yang dia perkatakan itu cuma masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
“Dengar. I’m sorry.abah. Bad tak sengaja.“balas Badrul. Tidak lama kemudian, dia berlalu masuk ke biliknya.
Badrul meraup mukanya berkali-kali. Pertemuannya dengan Yusliza beberapa hari yang lalu membuatkan dia gelisah begini. Badrul rasa tidak tenteram. Dia kesal dengan kelancangan mulutnya. Menyesal dengan apa yang telah dia perkatakan kepada gadis itu.
Sebenarnya,tujuan dia ke sana adalah untuk berbaik dan mengajak Yusliza keluar. Sebaik sahaja sampai, dia terlihat kemesraan antara tunangnya dengan seorang lelaki. Perasaan cemburunya tiba-tiba datang. Kerana tidak dapat mengawal perasaan tersebut, dia telah mengatakan sesuatu yang tidak patut dia ucapkan. Badrul yakin, Yusliza pasti akan lebih terluka dengan kata-katanya itu.
Badrul mencapai telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu pada skrin telefon untuk dihantar kepada tunangnya.

I’m sorry. I luv u

Badrul ingin menekan butang ’send’. Namun, perbuatannya itu terhenti. Sebaliknya, dia menekan butang ’delete’. Badrul menumbuk mejanya. ’Yus, i love you. Do you hear me? I love you so much!’ jerit hatinya.
“Kau ego, Bad!”satu suara memarahinya.
Badrul terduduk di kerusinya.
Bunyi dentuman yang kuat dari bilik Badrul menghentikan perbualan Fikri dan Fida. Kedua-duanya saling berpandangan. Fida hanya menggeleng tidak tahu. Fikri segera masuk ke bilik Badrul.
“Bad,bunyi apa tadi? Kau okey?“ soal Fikri cemas.
Badrul diam. Dia hanya tertunduk. Pertanyaan Fikri langsung tidak diendahkan.
“Bad, kau kenapa? Ada problem?“Fikri mula memperlahankan suara. Tiada lagi riak cemasnya. ’Kena slow talk ni. Kalau tidak, dengan aku sekali kena halau keluar.’bisik hati Fikri.
Perlahan-lahan Badrul mengangkat muka memandang Fikri. Fikri terkedu. Jelas kelihatan raut wajah Badrul yang sedih dan keliru. Simpati dia melihat keadaan sahabat baiknya itu. Ini mesti berkaitan dengan Yusliza. Sampai macam itu sekali keadaannya. Adakah ini yang dinamakan balasan?
“Aku pergi jumpa dia. Aku nak berbaik,aku nak ajak dia keluar. Tapi, aku nampak dia sedang bermesra dengan orang lain. Dan aku...“Badrul tidak meneruskan kata-katanya.
Fikri memandang tepat ke anak mata Badrul. Timbul rasa hairan. “Dan kau?“
“Aku cakap sesuatu yang menyakitkan hati dia. Dia menangis,aku buat tak tahu aje. Aku menyesal dan…”
“Apa yang kau cakap kat dia?” Fikri memintas kata-kata Badrul. Badrul terdiam seketika. Dia mengumpul kekuatan.
“Aku cakap, tolong jaga diri baik-baik. Jangan buat perkara yang memalukan. Dia tunang aku. Tolong jaga maruah aku. Dan...“ayatnya mati lagi. Fikri memandang menunggu ayat yang seterusnya.
“Aku cakap, kalau tak kerana desakan keluarga, aku tak ingin jadikan dia tunang aku. Aku telah menghina dia lagi,Fik.“luah Badrul.
“Astaghfirullah-al-azim.“ Fikri beristighfar mendengarnya. Sampainya hati Badrul berkata begitu kepada Yusliza. Kalau sayang, kenapa masih menyakitinya, Bad? Kesian Yus...


“Untuk tugasan kali ini, saya yang akan agih-agihkan nama untuk membentuk kepada beberapa kumpulan. Saya tidak mahu, asyik orang yang sama saja setiap kali diberi tugasan.“terdengar suara-suara rungutan selepas Profesor Abidin berkata begitu. Profesor Abidin berlagak selamba.
Setiap kali memberi tugasan, dia gemar memberi kebebasan kepada para pelajarnya untuk memilih ahli kumpulan masing-masing. Tapi kali ini, dia yang akan membahagikan antara mereka.
“Setiap kali hantar assignment, asyik nama orang yang sama aja dalam kumpulan tu. Jangan ingat saya tak ambil tahu. Now, four people for one group. Sabrina and Zaiful. Saya tahu you all couple. But for this assignment, I will separate both of you. Sabrina,you group dengan Visa,Chandran and Dalilah. Zaiful, you sekali dengan Haryati, Xin Yi and Kamal.” Beberapa pelajar tertawa kecil melihat pasangan yang sudah malu-malu apabila mereka diperkatakan begitu oleh Profesor Abidin.
Professor Abidin terpandangkan pelajarnya yang selalu banyak soal di dalam kelas. Fifi sedang seronok mentertawakan Sabrina dan Zafrul. “ You Fifi, jangan nak ketawakan orang aje. Kali ini, saya pilih Razman dan Suresh untuk menjadi pasangan you and Yusliza.”ujar professor Abidin. Mati senyuman Fifi apabila disergah begitu oleh profesornya.
“Wanda, Mei Lin, both of tou ganti tempat Yusliza and Fifi. Sekali dengan Hakim and Zaidi.” Kedua-dua gadis itu mengangguk setuju. Gembira Wanda apabila dia sekumpulan dengan Hakim dan Zaidi. Berbeza pula dengan dua lelaki itu. Mereka sedikit kecewa dengan pembahagian ahli kumpulan itu.
Profesor Abidin terus menyebut nama-nama yang lain. Setengah jam kemudian, kelas bersurai. Fifi dan Yusliza beriringan keluar.
“Tak bestlah...kita berempat tak jadi satu group.“rungut Hakim. Zaidi di sebelahnya hanya mengangguk. “Ni semua kau punya pasal. Kalau kau tak gelakkan Rina dan Epul tadi, mesti prof sebut nama aku dan Adi.“tuduh Hakim sambil memandang Fifi. Dia bergurau sebenarnya.
“Eh,aku pulak...“Fifi memukul Hakim menggunakan begnya. Tertawa Hakim sambil menggosok-gosok lengannya yang sakit.
“Ala korang ni...aku kan ada.“sampuk satu suara. Entah dari mana dia muncul. Masing-masing buat tidak tahu. Mereka terus mengatur langkah.
“Fifi,Yus, wait a minute.”teriak Suresh. Langkahnya dipercepatkan untuk mendapatkan mereka. Razman di belakangnya hanya menurut. Fifi dan Yusliza pula sudah menunggu. “Bila korang nak discuss?”
Razman yang baru duduk bersuara. “Ada idea? Kalau ada, kita discuss awal, siap awal.
“Korang, tapi aku ada hal hujung minggu ni. Aku nak ke JB.“beritahu Yusliza. Dia sudah berjanji dengan abangnya untuk ke sana minggu ini. Abangnya yang beria-ia memujuknya ke sana.
“Samalah dengan aku. Aku nak pergi Melaka. Kakak aku buat kenduri.“ Razman pula berkata.
“So,yang ada sekarang ni cuma aku dan Fifi aje.“masing-masing terdiam. Memikirkan tindakan seterusnya.
“Kalau lambat dapat site,lambat kerja kita nanti...“perlahan Razman berkata sambil memikirkan sesuatu.
“Macam inilah. Sekarang ni, kita cari site,selewat-lewatnya hari Jumaat. So, aku dan Suresh boleh pergi site hari Jumaat or Sabtu. Korang settlekan hal masing-masing. Tapi nanti korang balik, banyak sikitlah kerja korang.”ujar Fifi sambil tersengih.
“Aku tak kisah. Asalkan kita bekerjasama siapkan assignment tu. Okeylah, guna idea kau tu. Macam mana Suresh,Yus?“ jawab Razman.
“Aku tak kisah. Janji siap,kita semua faham, lecturer tersenyum aje tanda assignment kita.” Gurau Yusliza.
“Aku pun setuju.”sahut Suresh.
“Okey, malam ni kita discuss lagi kat kafe kolej. Jam 9.00. Sharp!” tegas Fifi. Semua mengangguk setuju. Yusliza tersenyum sendiri. Eleh…sharp konon. Nanti dia yang lambat. Nak turun ke kafe pun, nak berbedak dulu…
“Yang kau ni, kenapa senyum sorang-sorang ni?” sergah Fifi sambil menampar bahu Yusliza. Yusliza menggeleng laju. Fifi menjungkit bahu. Lantak kaulah, Yus.
“Korang nak ke mana ni?“ soal Razman.
“Nak pergi makan. Tu mamat dua ekor tu beria-ia ajak lunch kat KFC. Entah mengidam agaknya. Tak pernah-pernah ajak kami ke sana. Selalunya kalau di ajak, bukan main liat. Tak kenyanglah, itulah, inilah.“bebel Yusliza. Razman tersenyum. Sesuka hatinya aje gelar Zaidi dan Hakim mamat dua ekor? Nasib koranglah...