Friday, October 30, 2009

Ku Terima Seadanya 8

“Hisy…susah betullah. Masa cuti, aku rindukan korang. Bila dah naik cuti ni, rasa malas pula. Kalau tak kerana ada hal, hujung minggu depan baru aku balik sini, tau.“rungut Fifi di hadapan Yusliza sambil mengemas barang. Yusliza yang juga sedang mengemas barang hanya tersenyum.
“Ala…tinggal dua semester ni aje. Lepas tu, kau merdekalah. Kau nak apa, nak kerja,nak kahwin...suka hati kau. Tapi yang penting, kena buat betul-betul la. Kalau tidak, kau tambahlah lagi setahun duduk sini.“balas Yusliza. Tersenyum dia melihat Fifi yang terduduk lesu di hadapan almarinya. Mood malas agaknya. Kalau diperhatikan, masih banyak lagi barangannya yang belum dikemaskan.
“Hisy kau ni...ke situ pula. Lambat lagilah aku nak kahwin! Boyfriend pun tak ada.“gerutu Fifi. Yusliza tersenyum kecil
Suasana sepi seketika. Masing-masing buat hal sendiri. Fifi bersuara tiba-tiba. “Agak-agak lepas tamat pengajian kita kat sini, kita jumpa lagi,tak? Mana tahu, sibuk dengan hal masing-masing sampai terlupa.”
Yusliza memandang Fifi. “Insya-ALLAH,kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Tapi kalau sampai terlupa tu, takkanlah. Melainkan kau masuk hospital mental. Yang tu memang ada kemungkinan besar kau lupa pada kami.“Yusliza tergelak besar dengan kenyataannya sendiri.
Fifi menghampiri Yusliza.Disekehnya kepala gadis itu. Terjerit-jerit Yusliza dibuatnya. “Suka-suka aje kau kata aku masuk hospital gila. Kau tu,entah-entah kahwin pun tak ajak aku.“gurau Fifi. Yusliza terkesima. Kahwin? Ah,cepat betul masa berlalu. Harap-harap biar aku lambat dapat kerja. Biar lambat sikit aku disatukan dengan mamat bongkak tu!. Eh,tapi kalau aku lambat dapat kerja,takkan nak tanam anggur di rumah? Uwaa... macam mana ni....
“Hoi,yang kau termenung tu kenapa! Tu, Faizal Tahir dah melalak.“ sergah Fifi. Yusliza menoleh ke arah telefon bimbitnya yang sedang memainkan lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir.
“Fifi,tolong angkat. Aku nak tukar baju kejap.“arah Yusliza
Fifi menjawab panggilan tersebut. Kecoh mulutnya memarahi Zaidi dan Hakim kerana memanggilnya Donald Duck. Bingit telinga. Pasti cair tahi telinga dua jejaka itu mendengarnya. Apatah lagi Fifi membalas dengan bermacam-macam gelaran kepada Zaidi dan Hakim.
“Korang nak apa ni?“tanya Fifi kuat. Yusliza tidak mampu berkata apa. Dia sudah biasa.
“Okey,pukul 1.00 nanti tunggu kat kafe.” Fifi mematikan talian. Telefon bimbit diletakkan semula ke atas meja Yusliza. Dia bangkit kembali menyimpan semua pakaiannya ke dalam almari.
“Adi dan Hakim ajak lunch sama-sama di kafe. Pukul 1.00 nanti. Anisa pun ada sama.”jelas Fifi. Yusliza hanya mengangguk setuju. Sudah lama juga dia tidak bertemu dengan Anisa.


Badrul termenung di halaman rumah. Memikirkan keadaan dirinya. Baru sebentar tadi dia dimarahi oleh Hajah Rozi. Semuanya kerana Yusliza. Argh...tak telefon dia pun, aku kena marah. Sayang betul emak pada gadis itu. Bisiknya sendiri.
“Apa yang Abang Bad fikirkan?“tegur Bahari, adik bongsunya lalu duduk di sebelah Badrul.
“Tak fikir apa-apa. Saja termenung. Bila kau balik universiti?“soal Badrul. Adik bongsunya itu sebenarnya sebaya dengan umur tunangnya. Cuma Bahari lahir awal tujuh bulan daripada Yusliza.
“Ada seminggu lagi cuti. Hujung minggu nilah Ayie balik.“jawab Bahari. Dia mencapai surat khabar di atas meja lalu dibacanya. Badrul kembali semula kepada aktivitinya tadi.
Memikirkan Yusliza membuatkan dirinya jadi tidak menentu. Kalaulah dia tahu yang Yuslizalah budak perempuan comel yang selalu membuatnya cemburu dulu, sumpah,dia tidak akan sesekali membuat sebegitu kejam kepada gadis itu. Malah tanpa ada rasa bersalah, dia mengutuk gadis itu sesuka hati di hadapan rakan-rakannya. Kalaulah mereka tahu yang sekarang ni Yusliza sudah menjadi tunang aku,apa agaknya reaksi mereka? Terngiang-ngiang kembali perbualannya bersama-sama rakannya 5 tahun dahulu.
“Awek aku,mesti baik, sopan, bertudung, hormat keluarga, dan paling penting beriman.“Ayub bersuara. Rakan-rakannya hanya mencebik. Ayub kalau bercakap, Siap ada pergerakkan pada kaki dan tangannya. Lagak seperti seorang pakar motivasi yang sedang memberi ceramah di televisyen. Tapi...kalau dilihat dengan terperinci, si Ayub ni lagi over!
"Aku pun. Lagi satu, setia dan bertanggungjawab. Kalau boleh, aku nak dia jadi isteri,teman dan kekasih yang memahami. Ibu yang baik kepada anak-anak aku dan menantu yang menghormati dan disayangi keluarga aku.“tambah Fikri. Dia mula berangan-angan. Siapalah agaknya jodoh aku.
“Kalau aku, aku lebih suka yang cantik,pandai. Aku suka gadis yang tahu bawa diri. Senang. Lagi satu, biar bila orang tengok, mereka tahu betapa hebatnya aku berjaya memiliki seorang gadis yang menjadi idaman setiap lelaki.“megah Badrul berkata. Amirul hanya tersenyum mendengarnya. Bongkak betul dia ni.
“Yus kau nak letak mana? Dah lama dia tunggu kau.“sengaja Ayub mengusik Badrul.
“Huh,tak mahu aku. Benci betul aku dengan dia. Dahlah ada banyak panau dan jerawat. Tengok dari jauh aje, orang dah lari lintang-pukang.“Badrul mengutuk Yusliza. Beristighfar rakan-rakannya mendengar Badrul berkata begitu.
“Tak baik kau cakap macam tu. Kau menghina dia. Dia pun ada hati, ada perasaan.”ujar Ayub sambil memegang bahu rakannya,
“Betul tu. Aku nak tanya, kenapa kau benci sangat dengan dia? Apa dia dah buat pada kau? Dia ada acu pistol pada kau,suruh kau terima dia ke?“ Fikri bertanya. Badrul terdiam. Dia hanya tersenyum sinis. Iyalah,kenapa aku benci sangat pada dia?
“Kalau kau tak suka, janganlah menghina. Dia ada maruah,harga diri. Kalau kau tak suka, tak apa,ada orang lain yang akan hadir untuk menghargai dia. Kau percayalah cakap aku. Siapa tahu, mungkin dikalangan kita sendiri. Satu perkara yang kau mesti ingat. Simpan dalam kepala otak kau apa yang aku nak cakap ni. Jangan terlalu membenci seseorang kerana boleh jadi orang yang kita benci itu adalah orang yang paling kita sayang suatu masa nanti.“pesan Amirul. Badrul malas mendengarnya lagi. Dia pergi meninggalkan rakan-rakannya.
Bahari hairan melihat abangnya yang diam terpaku di kerusinya. Dia sedang berkhayal tentang sesuatu. Entah apalah yang sedang difikirkannya.
“Abang Bad...“tegur Bahari sambil menyentuh bahu Badrul. Di turut terkejut apabila Badrul tersentak dengan panggilannya tadi. “Abang Bad okey?”
Badrul mengeluh kecil. Dia memandang ke arah adiknya. “Abang okey. Abang masuk dululah. Abang belum solat Asar lagi ni.” Badrul meminta diri. Bahari hanya tersenyum mengangguk.


Suasana di kafe masih lengang. Maklumlah, masing-masing masih lagi bercuti. Mahu manfaatkan masa seminggu yang masih berbaki. Kalau tidak kerana mereka perlu menguruskan kemasukan kemasukkan junior sesi ini,pasti mereka masih di rumah sekarang ini. Tapi hendak buat macam mana. Mereka semua berjawatan dalam kolej. Orang terkenallah katakan… Hisy,perasan pula! Yusliza berbisik di dalam hati.
Zaidi, Anisa, Hakim, Fifi dan Yusliza makan bersama. Bergema suara mereka di kafe itu,lebih-lebih lagi suara si Fifi. Apatah lagi apabila Zaidi dan Hakim mengusiknya. Makin bingit telinga mendengar suara jeritannya.
Ketika Yusliza menghulurkan tisu kepada Hakim, Zaidi leka memerhatikan cincin yang tersarung pada jari manis Yusliza. Tanpa sedar, dia menangkap tangan gadis itu. Tindakan spontan dan selamba Zaidi itu membuatkan Yusliza tergamam. Segera dia meronta minta dilepaskan.
“Wei Adi,lepaslah! Suka-suka kau aje pegang anak dara orang. Tu, cik puan kat sebelah tu dah pandang lain macam aje. Macam nak tembak aku aje.“ tegur Yusliza. Zaidi hanya tersengih. Anisa disebelahnya hanya tertawa mendengar gurauan daripada Yusliza. Manalah aku ada pistol atau senapang nak tembak dia.
“Tak sengaja. Cincin apa tu Yus?“ soal Zaidi lalu melepaskan tangan gadis itu. Semua mata tertumpu ke arahnya.
Yusliza tersenyum kecil. “Cincin pertunangan aku.”balasnya.
Semua terkedu seketika. Terkejut mendengar pengakuan daripada gadis itu. Tidak berkelip mata Zaidi memandang Yusliza. “Kali ni dengan siapa pulak? Penyanyi ke pelakon? Ke...atlet lagi?“tanya Zaidi sambil menahan tawanya. “Orang mana,wei? Malaysia…Indonesia…Amerika…Singapura…”tambah Zaidi lagi. Kali ini, dia ketawa terbahak-bahak. Mereka yang lain turut mentertawakan dirinya.
Yusliza masam mencuka. Jauh di sudut hati, dia berkecil hati dengan kawan-kawannya. Sebenarnya,dia ingin memberitahu tentang status barunya dan berkongsi rahsia hati bersama mereka hari ini. Namun,mereka semua memperlekehkan kata-katanya. Malah,menganggap dia tidak serius. Memang dia akui, dia suka bergurau dengan berkata yang bukan-bukan. Tapi tidak semua kata-katanya palsu!
“Kalau korang tak nak percaya, sudahlah. Tapi jangan ketawakan aku sampai macam tu sekali.“perlahan Yusliza bersuara.
“Sudah...sudah...jom bersurai. Aku nak mengemas lagi. Malam ni ada meeting.“ujar Zaidi. Masing-masing mula bangun untuk pulang ke bilik masing-masing. Tiba-tiba,deringan telefon menghentikan langkah mereka.
Yusliza mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jeansnya. Terpampang nombor baru di skrin. Mungkin fasal mesyuarat malam ini. Dia segera menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum.“Yusliza memberi salam. Namun, belum pun sampai satu minit panggilan itu dijawab, dia tergesa-gesa mematikan talian.
Hairan Hakim melihat tindak-tanduk gadis itu. “Siapa?” soalnya.
Yusliza hanya menggeleng dan berlalu pergi. Zaidi memandang Fifi. Memberi isyarat bertanyakan tentang Yusliza yang tiba-tiba berubah. Fifi hanya menjungkitkan bahu lalu mengejar langkah Yusliza.
“Kim, aku hantar Anis kejap. Kau naiklah dulu.“ Zaidi berkata. Hakim hanya mengangguk. Namun dia pelik melihat perubahan Yusliza. Apa yang mengganggu gadis itu secara tiba-tiba?


“Hoi!“ sergah Hakim. Yusliza mengurut dada. Terkejut dia dibuatnya. “Termenung aje. Kau fikir apa? Minggu orientasi dan habislah.“
“Entahlah.“ringkas jawapan Yusliza. Dia mengeluh perlahan.
Hakim terdengar keluhan itu. “Jangan mengeluh,berdosa.“ Hakim mengingatkan. Dia terus duduk di sebelah Yusliza. “Cepat,ajar aku.“arahnya.
Yusliza menjeling seketika ke arah Hakim yang sudah tersengih-sengih. Ewah...ini hendak minta tolong aku, atau hendak mengarah aku?
Namun apabila melihat wajah Hakim itu, marahnya tidak jadi. Dia terus menerangkan subjek perundangan tersebut kepada Hakim. Terangguk-angguk kepala lelaki itu. Cuba memahami dan mengingati apa yang dijelaskan oleh Yusliza.
“Kau faham tak? Kalau tak, aku ada tips nak bagi supaya kau faham dan ingat.“bersungguh-sungguh Yusliza berkata.
Berseri-seri wajah Hakim mendengar Yusliza berkata begitu. Mungkin, tips itu dapat membantunya. Segera dia menganggukan kepala.
“Kau ambil fail aku ni, ketuk kepala kau. Mesti kau ingat punya.“ serius Yusliza berkata. Mati senyuman Hakim.
“Hampehlah kau ni. itu nak membunuh aku namanya. Terima kasih ajelah untuk tips kau tadi.“geram Hakim bersuara. Tergelak-gelak Yusliza melihat air muka lelaki itu. Yusliza terus galak mengusik lelaki itu.
Hakim menjeling tajam ke arahnya. “Gelaklah...gelak. Ibu aku selalu cakap. Kalau banyak gelak,nanti kita menangis.“pesan Hakim. Namun, Yusliza tidak mempedulikan pesanan lelaki itu. Hakim terus mengetuk dahi Yusliza dengan buku notanya.
Yusliza terdiam. Dia memandang Hakim lalu membalas pukulan lelaki itu. Terkial-kial Hakim mengelak pukulan Yusliza yang bertubi-tubi itu.Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang melihat kelakuan mereka sedari tadi.
Badrul menumbuk stereng keretanya. Hatinya baran melihat kemesraan pasangan itu.. Lagak seperti sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Kalau kau sudah ada kekasih, kenapa menerima pertunangan ini? Kenapa beri aku harapan? Soalnya sendiri.
Tapi...ada ke dia bagi aku harapan? Entah-entah,aku aje yang mengharap. Dia tak ada apa-apa pun. Argh...dia tunang aku! Dia milik aku, bukan orang lain! Badrul keluar dari keretanya.
Yusliza terus memukul Hakim. Mencari ruang agar pukulannya tepat pada sasaran. Dia langsung tidak menyedari seseorang sedang mendekatinya.
“Yusliza!“ satu suara memanggilnya. Kedua-duanya menoleh ke arah suara itu.


Yusliza menangis. Hakim duduk sepi di sebelahnya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ingin menelefon Fifi, gadis itu menghalang. Kini, dia buntu. Segalanya berlaku selepas pertemuan gadis itu dengan lelaki tadi.
Kehadiran seorang lelaki mematikan pertelingkahan mereka. Lelaki itu kemudiannya meminta izin untuk berbicara sendirian dengan Yusliza. Tanpa ada sebarang prasangka, Hakim meninggalkan mereka berdua. Dia ingin mahu segera pulang ke biliknya. Namun, wajah mendung Yusliza mematikan niatnya itu. Sebaliknya, dia menunggu di ruang lain.
Perbualan pasangan itu nampak tenang. Tiada apa yang mencurigakan. Cuma Yusliza lebih banyak menunduk dan kurang bercakap. Beberapa minit kemudian, lelaki itu pergi. Yusliza masih duduk terpaku di kerusi itu. Segera Hakim menghampiri sahabatnya.
Terkedu Hakim tatkala melihat airmata yang mula bergenang di tubir mata Yusliza. segera dia membawa Yusliza meninggalkan tempat tersebut. Khuatir sekiranya ada yang membuat cerita yang bukan-bukan.
Kini, mereka duduk di tepi kolam ikan. Yusliza memeluk kedua-dua belah lututnya. Airmata masih terus mengalir. Tetapi tidaklah sederas tadi.
“Ikan-ikan, pergi main jauh-jauh. Hujan buatan manusia sedang turun ni…” usik Hakim. Cuba mengurangkan kesedihan di hati Yusliza.
“Kau apahal!” marah Yusliza. Orang tengah bersedih, dia perli pula.
“Tak adalah. Aku kesiankan nasib ikan tu. Datang dekat dengan kau. Nak manja-manja. Tapi kau bagi airmata pada mereka. Itu okey lagi. Buatnya kau terbagi hingus kau tu. Eee...geli aku.“Hakim menjungkit-jungkit bahunya. Yusliza menjeling. Ditamparnya bahu Hakim sekali.
“Wei,apa ni! aku bercakap apa yang benar. Kau ni... aku nak bagi warning. Jangan pukul aku lagi. Sakitlah,woi. Batal wuduk aku.“Hakim bergurau dalam marah. Kali ini, tanpa mempedulikan amaran tadi, Yusliza memukul Hakim bertalu-talu. Hingga akhirnya dia yang keletihan.
Suasana sepi seketika. Hakim menggosok-gosok lengannya. Laju nafas Yusliza setelah puas melepaskan kemarahannya pada Hakim. Kesian lelaki itu. Tidak fasal-fasal menjadi mangsanya.
“Kan betul aku cakap. Jangan banyak ketawa. Nanti kita menangis. Masin mulut aku.“ujar Hakim.
Yusliza menjeling. “Kalau macam tu, jaga pemakanan kau. Banyakkan bersenam. Nanti kena darah tinggi.“balas Yusliza. Hakim mencebik.
“Boleh aku tahu, siapa lelaki itu?“ soal Hakim tiba-tiba. Terbayang lagi lelaki tadi. Orangnya tinggi. Memiliki wajah yang menarik dan berkulit cerah. Ditambah pula dengan tubuhnya yang sasa. Ada pakej untuk menjadi lelaki idaman gadis-gadis. Berbeza pula dengan Yusliza. Gadis itu tidaklah secantik Fifi. Hanya sekadar sedap mata memandang. Namun Hakim akui,dia suka melihat mata Yusliza yang membulat itu. Comel dan seolah-olah terdapat pelbagai cerita di dalamnya. Tapi, apa kaitan mereka berdua ini? Lelaki itu…Boyfriend diakah? Soalnya sendiri.
Yusliza terdiam. Mungkin, inilah saatnya dia berkongsi cerita bersama kawan-kawannya. “Panjang ceritanya.” Yusliza menarik nafas.
“Berapa episod?”
Yusliza memandang Hakim. Berkerut dahinya mendengar soalan itu. “Episod apa?“
“Yelah,panjang cerita kau tu, berapa episod?“selamba Hakim.Yusliza geram. Melilau matanya mencari sesuatu. Akhirnya, fail disebelahnya digunakan untuk memukul Hakim. Hakim menahan serangan hanya dengan menggunakan sebelah tangan sambil ketawa.
“Okey...okey...sorry.“ Hakim meminta maaf. Yusliza menghentikan perbuatannya. Dia duduk semula menenangkan diri.
Suasana sepi kembali. Soalan Hakim tidak terjawab. Hakim mengerti. Mungkin, Yusliza belum bersedia lagi
Yusliza merenung ikan-ikan yang bergerak kesana-sini secara berkumpulan. Kenapalah korang selalu tak serius dengan apa yang aku nak cakap ni? kalau macam ni, lebih baik aku diamkan saja.

Thursday, October 29, 2009

Ku Terima Seadanya 7



Hamidi berlegar-legar di sekitar kedai buku MPH. Apa yang ingin dicari, masih belum dipastikan lagi. Hampir segenap sudut dan ruang telah dia terokai. Namun,tiada apa yang menarik perhatiannya. Hamidi terduduk lesu. Argh...apa yang aku nak cari ni? Dia meraup mukanya. Sepuluh minit berehat, dia bangun untuk meneruskan pencariannya.
“Eh, Abang Midi. What are you doing here?“tegur satu suara. Hamidi menoleh kearah pemilik suara itu. Dia tersenyum membalas senyuman gadis itu.
“Yus. Abang Midi saja jalan-jalan. Teringin nak baca sesuatu. Tapi tak tahu nak beli buku apa. Yus pula?”soal Hamidi kembali. Macam manalah dia boleh ada di sini. Cuti semester ada lagi. Tak balik kampung ke?
“Tu.”Yusliza memuncungkan bibir ke suatu arah. Hamidi menoleh. Kelihatan seorang lelaki begitu tekun memilih buku-buku yang ada pada rak tersebut. “Adik Yus tu sibuk ajak turun KL jalan-jalan sambil dia nak mencari buku. Sayang adik, bang. Ikut ajelah. Abang pula…tak balik Johor ke? Ala bang…lambat lagi konvo…” bicara Yusliza.
Hamidi hanya tersenyum. “Actually, abang Midi stay kat rumah sewa Azman. Saja-saja…sebelum Abang Midi konvo dan kerja. Lagipun, ada kerja sikit dengan kawan-kawan.”jawab Hamidi. Perlukah aku berterus-terang dengan gadis ini? Din…tolong aku! Jerit hatinya.
Yusliza mengangguk faham. Langsung tidak mengesyaki apa-apa. Kerja apa pula,ya. Takkan assignment tidak siap? Ah, mengarut. Mana mungkin Abang Midi begitu. Mungkin nak cari duit poket sambil ambil pengalaman baru.
“Kakak,dah dapat!” laung Yusrizal. Semua mata memandangnya. Dia hanya bersikap selamba. Biarlah orang nak tengok. Bukan aku nak mencuri. Yusrizal menghampiri kakaknya bersama dua buah novel ditangan.
Berkerut dahi Yusliza melihatnya. “Eh,kata satu aje kan? Ni kenapa ada dua?”bebel Yusliza. Hamidi hanya memandang telatah dua beradik itu.
“Ala kakak ni...please. adik memang nak novel Ungu Karmila ni. Tapi ada kawan adik cakap novel Ayat-Ayat Cinta ni pun best. Bolehlah kak. Please...please..“ rengek Yusrizal seperti anak kecil. Sekali lagi Yusliza membebel. Yusrizal buat tidak tahu. Tersenyum Hamidi melihatnya.
“Kak...“rayu Yusrizal lagi. Akhirnya, Yusliza mengalah.
“Sudah...sudah...jom bayar. Lama-lama kat sini, ada juga dia tambah lagi satu novel.“ujar Yusliza. Itulah kelemahannya. Dia cepat kalah dengan pujuk rayu ahli keluarganya. Apa sahaja yang mereka minta,pasti akan dia lakukan selagi termampu. Kerana sikap itulah, Encik Rahman yakin bahawa anaknya itu akan terima cadangan untuk menjodohkannya dengan Badrul. Berbeza pula apabila bersama teman-teman. Yusliza bersikap tegas dengan apa yang dia perkatakan. Jangan harap dia mahu bagi muka. Cuma dalam sesetengah keadaan sahaja dia boleh mengalah.
“Okeylah Abang Midi,Yus balik dulu. Jumpa lagi. Semoga result abang paling best and top. Assalamualaikum.”Yusliza meminta diri sambil melambai tangan. Hamidi membalas ucapan salam dan lambaian daripada Yusliza.
“Siapa tu,kakak?” Yusrizal mula membuka mulut. Sejak tadi dia ingin bertanya. Tapi takut. Entah apa yang dia takutkan.
“Boyfriend kakak.”kata Yusliza ringkas. Terbeliak biji mata Yusrizal mendengarnya.
“Kalau Abang Bad tahu,teruk dia nanti. Lebih baik kakak putuskan hubungan dengan lelaki itu.”beria-ia Yusrizal memberi nasihat. Nama Badrul yang disebut oleh Yusrizal membuatkan Yusliza menyampah.
“Dia tak akan ambil kisah. Kalau pertunangan ini terputus, dia lagi suka.“ serius Yusliza berkata. Yusrizal yang mendengar hanya terpinga-pinga. Kenapa pula macam itu?
“Lagi satu,Abang Midi tu senior kakak. Kami memang rapat sebab dia pengerusi kelab yang kakak join. So,tak payah adik nak risau sangat.”sambung Yusliza lagi. Yusrizal mengangguk faham. Dia salah sangka rupanya.
“Apa pendapat kakak tentang Abang Bad?”soalan cepu emas daripada Yusrizal. Yusliza terus membisu,menumpukan perhatian pada pemanduannya. Yusrizal menjungkitkan bahu apabila menyedari soalannya tiada jawapan. Terus dia membuka novel yang baru dibelinya lalu dibaca.
Yusliza merampas sebuah lagi novel di atas riba adiknya. “Bagi kakak baca yang ini dulu!” Yusrizal hanya menggeleng.
Hamidi keluar dari kedai buku MPH. Dia terus menuju ke Jusco. Puas dia melilau mencari seseorang. Akhirnya,Khairuddin berjaya ditemui.
“Puas aku cari kau.“rungut Hamidi. Khairuddin hanya tersengih.
“Macam mana? Jumpa tak apa yang kau nak cari?“tanya Khairuddin.
“Yang aku cari,tak aku temui. Yang aku tak cari, itulah yang aku jumpa.“ Hamidi bersuara kecewa. Khairuddin memandang pelik sahabatnya itu. Tiada apa pun yang dia bawa.
“Asal pandang aku macam tu?“
“Apa yang kau jumpa? Mana barangnya…tak nampak pun.”pantas Khairuddin bertanya lagi.
Hamidi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Memanglah kau tak boleh nampak sebab aku tak beli apa-apa pun tadi. Aku jumpa Yus dengan adik dia.” terang Hamidi. Khairuddin terdiam seketika. Memikirkan sesuatu.
“Kau ada minta nombor telefon dia tak?“duganya lagi. Hamidi membisu. Khairuddin faham dengan kebisuan itu. Tidak mintalah tu!
“Kau ni lembablah.“selamba Khairuddin mengutuk kawannya. Lagipun,bukan mereka tidak biasa mengutuk antara satu sama lain.
“Aku malulah,beb.“balas Hamidi.
“So,kalau dah macam tu, kau tunggu ajelah dia datang rumah kau masuk meminang kau.“usik Khairuddin lalu ketawa berdekah-dekah. Hamidi menjeling tajam ke arah Khairuddin apabila sahabatnya itu mentertawakan dirinya.


Wanda duduk termenung di bawah pohon rambutan. Rasa bosan mula menular dalam dirinya. Kalau di KL,waktu-waktu begini pasti akan dimanfaatkan bersama Abang Anwar di shopping complex. Tidak pun, di panggung wayang. Di kampungnya, satu panggung wayang pun tiada apatah lagi tempat-tempat untuk bershopping seperti One Utama, Time Square, KLCC dan sebagainya. Jika Abang Anwar mempunyai urusan lain,dia akan keluar bersama Yazid. Tak pun, dengan kawan-kawan. Itupun cuma seketika. Sekadar keluar mencuci mata sambil mencari keperluan.
Teringatkan Yazid membuatkan Wanda geram. Lelaki itu suka memaksa. Wanda akui, Yazid seorang lelaki yang baik. Tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya walaupun hanya berpegangan tangan. Namun bagi Wanda, lelaki itu sering memaksa Wanda untuk menerima cintanya. Wanda rimas, dia tidak mahu. Ramai yang menganggap bahawa mereka berdua sedang berkasih. Padahal, sebenarnya tidak. Wanda sama sekali tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadap lelaki itu selain perasaan sayang sebagai seorang kawan.
‘Tapi, kenapa kau selalu kata yang kau sayangkan dia?’ bisik satu suara ditelinganya. Wanda terdiam mencari alasan.
‘Maksud aku... aku... aku cuma sayang sebagai seorang kawan ajelah!’ bentak Wanda di dalam hati sambil menekup kedua-dua belah telinganya.
“Wanda,buat apa tu,nak?“tegur wanita yang dalam lingkungan 50-an itu lembut. Wanda terkejut. Dia menoleh ke arah datangnya suara itu.
Wanita itu menolak kerusi roda yang sedang diduduki oleh seorang lelaki tua. Lebih kurang seusia dengan wanita itu.
“Saja Wanda nak ambil angin mak,ayah. Mana yang lain?” soal Wanda.
“Ada kat dalam tu. Mak tengok,Wanda macam fikir sesuatu aje. Fikirkan apa? Wanda fikirkan masalah duit ke?“tanya Puan Naimah,ibunya Wanda.
Wanda hanya menggeleng. “Tak ada apalah. Wanda saja aje nak tenangkan fikiran sebelum masuk semester baru. Lepas ni dah tak boleh nak relax sangat.“ jawab Wanda lalu tersenyum. Dia mendongak ke atas.
“Mak,teringin pula Wanda nak makan rambutan. Wanda panjat kejap ya.” pinta Wanda. Puan Naimah dan Encik Bukhari hanya membiarkan. Memang sejak kecil lagi anak-anaknya suka memanjat pokok rambutan yang terdapat di tepi rumah mereka. Tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuannya, masing masing sudah biasa memanjat pokok itu.


“Tak seronoklah macam ni. Kakak nak balik universiti semula lusa ni. Abang pun nak balik JB. Bosanlah adik sorang kat rumah. Ayah dengan umi tu... selalu dating berdua aje. Adik tiada kawan.“rungut Yusrizal di hadapan ahli keluarganya. Kebetulan, Yusril pulang ke rumah hujung minggu itu. Saja bercuti di rumah bersama keluarga.
Timbul niat nakal di benak Yusliza. dia mengalihkan pandangan ke arah ayah dan uminya. “Kalau macam tu, umi dan ayah pergilah masuk meminang anak Mak Cik Aishah tu untuk adik ni.Biar dia ada kawan.“Yusliza memberi cadangan.
“Mana aci...Abang dengan kakak belum kahwin lagi.“sampuk Yusril setelah mendengar cadangan adik perempuannya itu.
“Tak apalah abang. Untung-untung kita boleh dapat sebentuk cincin setiap seorang. Rezeki..“ Yusliza terus menghasut abangnya. Yusril mengangguk mengiakan kata-kata Yusliza.
“Betul juga. Baguslah idea kakak ni.“Yusril masih tersengih-sengih sendirian. Namun tidak lama. Terasa sakit mukanya apabila terkena bantal yang dibaling oleh adik bongsunya. Bukan dia saja. Yusliza turut terkena!
“Ayah,umi,tengok abang dan kakak ni. Usik adik.”adu Yusrizal. Mentang-mentang anak bongsu. Manja! “Tak mahu adik dengan si Maya tu. Dahlah juling,hitam pula tu.“Yusrizal bersuara lagi. Selamba badak dia aje kutuk-kutuk orang.
“Hey...hitam bukan sebarang hitam. Hitam itu manis.“Yusril menepis kata-kata adiknya. Yusliza menyokong apa yang diperkatakan oleh abangnya.
Yusrizal tidak mahu mengalah. Dia terus mempertahankan dirinya. “Eleh... abang dan kakak cakap macam itu sebab korang pun berkulit hitam.“
“Tolong sikit. Kami tak adalah hitam, putih macam adik pun, taklah juga. Kami ni... dalam kategori yang sedang-sedang saja. That’s why kami ramai peminat. Sweet... Kalau nak harap kulit aje putih, tapi manja, lari aweks.“balas Yusliza. Terdiam Yusrizal dibuatnya. Yusril, Encik Rahman dan Puan Hasyimah hanya tertawa melihat gelagat Yusrizal yang terkulat-kulat mencari idea untuk melawan.
“Kenapa kakak nak balik awal? Kenapa tak balik minggu depan aje? Kelas start dua minggu lagi,kan?“ sengaja Yusrizal menukar topik. Malas nak dipanjangkan perbalahan tadi.
“Kakak kan ramai pakwe. Mana boleh tinggalkan mereka lama-lama. Rindu.” jawab Yusliza. Yusrizal memandang geram mendengar jawapan Yusliza. Lantaklah, malas nak melayan lagi. Yusrizal bangun masuk ke biliknya.
“Balik nanti abang hantarkan. Abang pun nak balik JB ahad ni.“ujar Yusril lalu menumpukan perhatian pada rancangan di televisyen. Encik Rahman turut menyertai anak sulungnya itu.
Puan Hasyimah mendekati anak daranya. “Betul ke kakak ada pakwe?“ soalnya tiba-tiba. Tersentak Yusliza dibuatnya.
“Umi percaya?”serius bicara Yusliza. Tidak lama kemudian, dia tertawa melihat wajah uminya yang mula berubah keruh. Puan Hasyimah pelik. “Umi…umi… kenapalah umi percaya. Kakak main-main aje tadi. Manalah kakak ada pakwe. Setakat kawan,ramailah. Paling rapat pun dengan Zaidi dan Hakim. Takkanlah umi tak kenal mereka tu. Yus pun anggap mereka tu kawan aje. Tak ada apa-apalah, umi.”terang Yusliza. Puan Hasyimah menarik nafas lega.
“Lega umi dengar kakak cakap macam tu. Bukan apa,umi cuma risau aje tadi. Kakak dah bertunang. Risau juga umi kalau-kalau umi dah buat kakak bersedih sebab pisahkan kakak dengan orang yang kakak sayang.“luah Puan Hasyimah. Terharu Yusliza mendengarnya. Mungkin sebab belum ada kekasih, atau bakal mempunyai kekasih, ayah dan uminya bertindak segera mengikat tali pertunangannya dengan Badrul demi merealisasikan impian mereka untuk berbesan dengan Haji Ismadi dan Hajah Rozi. Agaknyalah..
“Kalau nak bergurau macam tu depan umi, tak apa. Tapi depan Bad, jangan. Ada juga yang merajuk nanti.”usik Puan Hasyimah lalu tertawa kecil. Berlainan pula dengan Yusliza. Mendengar saja nama Badrul, dia mula sakit hati. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata sindiran dan kutukan lelaki itu. Kenangan silam kembali menghantuinya...

Sunday, October 18, 2009

Ku Terima Seadanya 6


Badrul mundar-mandir di pejabatnya. Duduknya tidak senang. Dia sering gelisah memikirkan keadaan dirinya kini. Sejak akhir-akhir ini, dia sering memikirkan seseorang. Seseorang yang kini telahpun menjadi tunangannya. Diam tidak diam, sudah sebulan ikatan tali pertunangan mereka. Namun, tidak pernah sekalipun mereka mengatur petemuan. Kali pertama dan terakhir mereka bertemu setelah lima tahun berpisah ialah ketika di hari pertunangan.
Setelah menamatkan persekolahannya, Badrul melanjutkan pelajarannya ke universiti. Alhamdulillah, dia berjaya dan sedang menjawat jawatan pengurus di syarikat abahnya.
Pertemuan semula Haji Ismadi dengan teman lamanya, Encik Rahman mengembalikan nostalgia lama. Masing-masing menuntut janji yang telah mereka persetujui dahulu. Cadangan orang tuanya untuk menjodohkan dirinya dengan anak gadis Encik Rahman bagi menggantikan Borhan yang telah berkahwin amat ditentang keras oleh Badrul. Mereka berjanji untuk menyatukan gadis itu dengan Borhan, mengapa dia pula yang menjadi sasaran untuk mengganti tempat itu? Walaupun Borhan telah berkahwin, dia boleh berkahwin lain. Ada tiga kekosongan lagi.
Badrul terus membantah cadangan abah dan emaknya itu. Sehinggalah satu hari, abahnya memberi amaran bahawa sekiranya dia menentang, dia bukan lagi Badrul Bin Haji Ismadi. Badrul kecewa, tergamam. Sampai begitu sekali tindakan orang tuanya? Geram pula dia dengan gadis itu. Kerana dia, semua orang sanggup melakukan apa sahaja. Sejak kecil lagi, semua ahli keluarganya suka melebihkannya dalam segala hal.
“Wei,itu mainan aku. Bagi sini.”marah Badrul pada budak perempuan yang selalu bertandang ke rumahnya itu.
“Ala...kakak nak pinjam. Abang, jomlah main. Kita main rumah-rumah.”ramah kanak-kanak itu mengajak. Badrul mencebik. Dia mendekati budak perempuan itu lalu merampas mainan yang berada di tangan budak perempuan itu.
“Bak sinilah. Aku tak nak main dengan kau.”marah Badrul lagi. Budak perempuan itu terkejut. Dia cuba mengambil semula mainan tersebut daripada Badrul. Berlaku aksi tarik-menarik apabila masing-masing mahu memiliki mainan tersebut. Akhirnya, budak perempuan itu kalah. Dia jatuh terduduk. Tangisan budak perempuan itu mula bergema. Badrul sedikit takut. Abangnya,Borhan dan emaknya,Hajah Rozi muncul dari dapur.
“Apa kau buat pada kakak,Bad?”soal Borhan keras. Dia memeluk memujuk budak perempuan itu.
“Dia ambil mainan Bad. Ini Bad punya.”jawab Badrul sambil menunjukkan mainan tersebut.
“Bad, kan adik cuma nak pinjam aje. Bagilah.”pujuk Hajah Rozi sambil mendekati anaknya.
Badrul menggeleng. “Tak boleh! Dia bukan adik Bad. Kenapa semua orang sayang dia?” Badrul terus berlari masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu.
Bunyi ketukan dipintu menghentikan lamunannya. Fikri tersengih masuk ke biliknya. “Ada apa kau masuk ni?“tanya Badrul.
“Aik,macam tak suka aje.“ Fikri menarik kerusi lalu duduk. Badrul mengeluh perlahan. “Ha...itu yang aku nak tanya. Kenapa kau mengeluh? Lagi satu, dari tadi asyik kehulur kehilir...tak penat ke? Kau fikir apa? Office...family...or...love?“Fikri serkap jarang. Badrul memandang Fikri. Agak terkedu dengan tekaan rakannya itu.
“Entahlah,Fik. Aku...“
“Tapi aku rasa, kau fikirkan masalah cinta. Kenapa, ada problem dengan tunang kau ke?“ sampuk Fikri. Sekali lagi dia membuat Badrul terdiam.
“Mana ada. Kau ni, pandai aje nak serkap jarang.“nafi Badrul. Fikri tersenyum mendengarnya. Badrul hairan. “Kenapa kau senyum?“
“Bad...Bad... aku ni,bukan baru semalam kenal kau,tau. Kita ni, berkawan sejak kecil lagi. tengok wajah kau pun,aku dah tahu masalah kau. Apa masalahnya lagi? Kau masih tak suka Yus tu?“soal Fikri. Badrul malu sendiri. Penipuannya sebentar tadi tidak menjadi. Dia meraup mukanya berkali-kali.
“Entahlah. Macam-macam yang aku fikir,yang aku rasa. Kalaulah aku tahu dialah budak perempuan yang selalu datang ke rumah aku dulu...“
“Pasti kau tidak akan menghina,menyakitinya...begitu?“celah Fikri. Badrul hanya menyepi. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
Terbayang-bayang sewaktu emaknya menunjukkan gambar bakal tunang kepadanya dulu. Badrul tergamam. Dia kehilangan kata-kata. Wajah Yusliza ditilik lama. “Mak...inikah budak perempuan yang...“
Hajah Rozi tersenyum. “Iya...dialah kakak yang kamu selalu buat dia menangis dulu.“
Sekali lagi dia tersentap. Ayat itu benar-benar terkena padanya. Dia terus memandang gambar itu. Tidak banyak yang berubah. Matanya masih seperti dulu. Bulat dan menarik. Cuma wajahnya sudah bersih dari jerawat yang bertompok-tompok dulu. Entah kenapa, hatinya menjadi tenang. Lega apabila wajah kesayangannya ada di depan mata. Aku sayangkan diakah?
Ketika di majlis pertunangan, Badrul sering mencuri pandang ke arah Yusliza. dia gelisah. Dia merasakan dirinya semakin terpikat dengan gadis itu. Tapi kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dari dulu lagi? Ketika bertembung panahan mata, mereka hanya saling berbalas senyuman. Namun dia tidak pasti. Adakah senyuman gadis itu ikhlas? Arghh...aku sudah jatuh cintakah?
Fikri melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Badrul. Tersedar lelaki itu dari lamunan yang panjang. “Hello,bro...kau dah sampai mana? Malam pertama?“usik Fikri. Badrul hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk. “Aku rasa, kau ni dah jatuh cinta.“teka Fikri. Badrul memandang Fikri. Betulkah aku sudah jatuh cinta? Tapi...kenapa dia? Dan kenapa baru sekarang aku benar-benar merasakannya?
“But something that you must know…”bicara Fikri terhenti di situ. Badrul mengangkat wajah.
“ What?”
“Hati dia dah terluka. Dan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka di hati gadis yang telah kau sakiti adalah diri kau sendiri.”ujar Fikri. Dia tiada pengalaman sendiri. Namun, pengalaman insan di sekelilingnya banyak mengajarnya tentang semua itu.
Badrul mengerutkan dahinya. “Maksud kau?”
“Kau yang membuat dia terluka. Kaulah yang bertanggungjawab untuk merawatnya.“jelas Fikri. Badrul berfikir sejenak.


Yusrizal masuk ke dalam bilik kakaknya bersama buku-buku latihan dan notanya. Dia duduk bertentangan dengan kakaknya di atas permaidani. “Kak, buatkan air nescafe untuk adik. Malam ni adik nak study dengan kakaklah.“pinta Yusrizal. Yusliza menoleh ke arah adiknya. Ewah-ewah...suka-suka dia aje mengarah aku!
“Pergilah buat sendiri. Dah besar pun nak suruh orang lagi. mengada-ngada.“ marah Yusliza. Mencebik Yusrizal mendengarnya. Minta tolong pun tidak boleh.
Yusrizal bangun lalu membaling sebiji bantal ke arah kakaknya. “Pemalaslah kakak ni. Dah kahwin nanti macam manalah agaknya Abang Bad tu.“ balas Yusrizal lalu menuju keluar ke dapur.
“Baru bertunang,okey.”jerit Yusliza dari dalam bilik. Yusrizal hanya tertawa mendengar jawapan kakaknya itu
Lima minit kemudian, Yusrizal muncul semula bersama secawan nescafe dan satu tin biskut. Yusliza memandang adiknya. “Mana air kakak?”
“Eh,pergilah buat sendiri.“Yusrizal menjawab. Dia terus mengunyah biskut marry yang dicicah bersama air nescafe. Yusliza merengus geram. Dia bangun dan keluar dari biliknya. Yusrizal tersenyum kecil. Dia terus memulakan aktiviti mengulangkaji pelajarannya. Tahun ini, dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Peperiksaan yang akan menentukan hala tujunya selepas tamat persekolahan.
Yusliza kembali bersama secawan kopi. Dia meneruskan aktivitinya menghadap laptop. Ligat jari-jemarinya menaip sesuatu. Yusrizal terjengah-jengah ingin mengintai apa yang sedang dilakukan oleh kakaknya. Oh,berchatting rupanya.
“Kakak chat dengan siapa tu?“ soal Yusrizal. Dia menekan-nekan butang pada kalkulator untuk menyelesaikan soalan matematik tambahan.
“Kawan.“jawab Yusliza pendek. Yusrizal menjeling Yusliza seketika. Terpandang cincin emas dijari manis kakaknya itu. Dia tersenyum sendiri. Mula fikirannya berangan-angan tentang sesuatu. Kakaknya sudah bertunang. Mungkin dalam setahun lebih,kakaknya akan berkahwin. Dalam lingkungan setahun kemudian, dapat anak. Aku pula...usia aku dalam 19 tahun. Hai...muda-muda lagi dah jadi pak cik. Yusrizal mengeluh sendirian.
Yusliza mengetuk dahi adiknya menggunakan pen. Hairan melihat Yusrizal yang memandang siling sambil tersenyum-senyum sendirian. Yusrizal merungut marah. “Macam mana pelajaran? Okey?“soal Yusliza.
“Okey. Cuma Cikgu Dahlan tu. Entah apa-apa. Bila orang nak bertanya, dia mula nak marah-marah. Cakap kami tak beri perhatian masa dia mengajarlah, itulah, inilah. Tapi bila kami malas nak tanya dia, dia cakap, kalau tak faham tanya saya. Hisy…pelik betul! Macam manalah kakak boleh tahan dengan dia dulu? Bilalah agaknya dia nak pencen? Tak pun,tukar sekolah.“ Yusrizal meggerutu sambil menggosok-gosok dahinya yang masih terasa sakit.
Yusliza hanya tersenyum mendengarnya. Cikgu Dahlan itu okey aje dulu. Entah-entah mereka semua memang kurang beri perhatian dalam kelas. Lihatlah adiknya tadi. Soalan pertama baru selesaikan suku jalan, dah berangan entah apa-apa. Yusliza malas melayan.
Suasana sepi kembali. Dua beradik itu meneruskan aktiviti masing-masing. “Kak, kakak tak keluar dengan Abang Bad ke?“tanya Yusrizal tiba-tiba. Tergamam Yusliza seketika. Namun, dia cuba untuk berlagak selamba.
“Tak.”ringkas jawapannya. Kalau bagi jawapan panjang-panjang nanti, pelbagai soalan daripada adiknya pula.
“Kenapa?”Yusrizal pelik. Sudahlah mereka tidak saling mengenali sebelum ini. Sudah bertunang pun tidak mahu ambil kisah untuk bekenalan dan mengenali antara satu sama lain.
“Malas.“ Yusliza pura-pura tekun pada skrin laptopnya, sedangkan jantungnya ketika itu berdebar hebat.Sudah-sudahlah dik oi... jangan tanya fasal dia lagi. Yusliza penuh mengharap. Namun hanya terluah di dalam hatinya sahaja.
Yusrizal menggeleng. Malas dia mahu bertanya lagi. Jawapan Yusliza pasti kurang memuaskan hatinya nanti.
“Kakak, esok cuti. Jom, kita turun KL jalan-jalan. Sambil tu, adik nak cari novel baru. Kawan-kawan cakap ada novel baru daripada Ramlee Awang Murshid” ajak Yusrizal penuh semangat. Tidak sabar rasanya untuk memiliki novel baru.
Yusliza memandang adiknya. Berkerut dahinya. “ Ramlee Awang Murshid lagi?”rungutnya. Yusrizal hanya tersengih-sengih.


“Angin apa kau selalu telefon aku sejak kebelakangan ni? rindu?“soal Hakim. Yusliza hanya tersenyum di hujung talian. Sebenarnya, dia inginkan teman untuk berbicara. Tapi kini, segalanya sudah pun berlaku. Dia telah sah menjadi tunang kepada Badrul. Tiada apa yang ingin diperkatakan lagi. dia hanya berserah pada takdir.
“Ceh...rindu. tak kuasa aku rindu-rindu kat kau tu. Lebih baik aku rindu pada orang lain.“jawab Yusliza. tergelak besar Hakim mendengarnya.
“Iyalah...siapalah aku ni. tiada orang yang sudi nak...“Hakim merendah diri. Masih lagi ketawa apabila Yusliza memarahinya kerana berkata begitu. “Yus, kau boleh tolong aku tak?“
Dua sahabat itu terus berbual tentang pelajaran mereka. Cuti semester semakin sampai ke penghujungnya. Persiapan awal penting bagi mereka kerana mereka merupakan pelajar tahun akhir. Pasti mereka akan semakin sibuk dengan assignment, test, dan sebagainya.
“Ala…kalau kau tak faham, Tanya aje aku ke, fifi, tak pun…tanya Zaidi. Kalau aku pula yang tak faham, aku tanya korang pula. Kita saling tolong-menolong la. Aku pun tak adalah perfect sangat.”ujar Yusliza. Hakim mengangguk faham. Macamlah yusliza Nampak anggukannya itu.
“Thanks Yus. Kau banyak bagi semangat kat aku. Ini yang buat aku semakin hari semakin sayang pada kau ni. aku booking kau jadi isteri akulah. Tak payah susah-susah nak mencari.” Hakim berkata penuh semangat.
“Dengar dek tunang aku ni, habislah kau. Aku takut kau tak berani nak dekat dengan aku lagi nanti.“seloroh Yusliza.
“Eleh...macam betul. Huh,tak habis-habis perasanlah kau ni!“balas Hakim. Kenal benar dengan perangai Yusliza. Boyfriend, tunang, suami, semuanya dia mengaku ada. Padahal, habuk pun tiada. Lebih-lebih lagi kalau ada Fifi bersamanya. Semakin galaklah Yusliza menyakat temannya itu. “Lagi satu, ada ke orang yang nakkan kau tu?“gurau Hakim lalu tertawa.
Yusliza terasa dengan sindiran itu. Dia terdiam. Kalau Hakim berkata begitu, maknanya, benarlah apa yang Badrul perkatakan padanya dulu. Hati Yusliza mula menangis lagi.
“Hello...Yus...Hello...kau dengar tak apa aku cakap ni?“Hakim memanggil-manggil Yusliza. Tersedar Yusliza dari lamunannya.
“Tak apalah kalau kau tak percaya.“balas Yusliza perlahan. Kali ini, Hakim pula yang tergamam. Suara Yusliza tidak seperti tadi. Dia terasakah?
“Along,kirim salam pada Kak Yus.”pesan Atilia tiba-tiba. Ditangannya ada sebilah pisau dan sebiji mangga.
Hakim tersedar. “Ni, Yus, bakal adik ipar kau,Ati kirim salam. Dia cakap dia rindu nak jumpa bakal kakak ipar dia.“usik Hakim lagi. Lupa pada kejadian sebentar tadi. Terjerit Yusliza mendengarnya. Cepat-cepat Atilia menyiku alongnya. Lain yang dipesan, lain yang disampaikan. Menokok tambah pula tu. Hakim hanya tersengih-sengih. Disana mendengar bebelan daripada Yusliza. Disini pula dia sedang dimarahi oleh adiknya.

Ku Terima Seadanya 6

Badrul mundar-mandir di pejabatnya. Duduknya tidak senang. Dia sering gelisah memikirkan keadaan dirinya kini. Sejak akhir-akhir ini, dia sering memikirkan seseorang. Seseorang yang kini telahpun menjadi tunangannya. Diam tidak diam, sudah sebulan ikatan tali pertunangan mereka. Namun, tidak pernah sekalipun mereka mengatur petemuan. Kali pertama dan terakhir mereka bertemu setelah lima tahun berpisah ialah ketika di hari pertunangan.
Setelah menamatkan persekolahannya, Badrul melanjutkan pelajarannya ke universiti. Alhamdulillah, dia berjaya dan sedang menjawat jawatan pengurus di syarikat abahnya.
Pertemuan semula Haji Ismadi dengan teman lamanya, Encik Rahman mengembalikan nostalgia lama. Masing-masing menuntut janji yang telah mereka persetujui dahulu. Cadangan orang tuanya untuk menjodohkan dirinya dengan anak gadis Encik Rahman bagi menggantikan Borhan yang telah berkahwin amat ditentang keras oleh Badrul. Mereka berjanji untuk menyatukan gadis itu dengan Borhan, mengapa dia pula yang menjadi sasaran untuk mengganti tempat itu? Walaupun Borhan telah berkahwin, dia boleh berkahwin lain. Ada tiga kekosongan lagi.
Badrul terus membantah cadangan abah dan emaknya itu. Sehinggalah satu hari, abahnya memberi amaran bahawa sekiranya dia menentang, dia bukan lagi Badrul Bin Haji Ismadi. Badrul kecewa, tergamam. Sampai begitu sekali tindakan orang tuanya? Geram pula dia dengan gadis itu. Kerana dia, semua orang sanggup melakukan apa sahaja. Sejak kecil lagi, semua ahli keluarganya suka melebihkannya dalam segala hal.
“Wei,itu mainan aku. Bagi sini.”marah Badrul pada budak perempuan yang selalu bertandang ke rumahnya itu.
“Ala...kakak nak pinjam. Abang, jomlah main. Kita main rumah-rumah.”ramah kanak-kanak itu mengajak. Badrul mencebik. Dia mendekati budak perempuan itu lalu merampas mainan yang berada di tangan budak perempuan itu.
“Bak sinilah. Aku tak nak main dengan kau.”marah Badrul lagi. Budak perempuan itu terkejut. Dia cuba mengambil semula mainan tersebut daripada Badrul. Berlaku aksi tarik-menarik apabila masing-masing mahu memiliki mainan tersebut. Akhirnya, budak perempuan itu kalah. Dia jatuh terduduk. Tangisan budak perempuan itu mula bergema. Badrul sedikit takut. Abangnya,Borhan dan emaknya,Hajah Rozi muncul dari dapur.
“Apa kau buat pada kakak,Bad?”soal Borhan keras. Dia memeluk memujuk budak perempuan itu.
“Dia ambil mainan Bad. Ini Bad punya.”jawab Badrul sambil menunjukkan mainan tersebut.
“Bad, kan adik cuma nak pinjam aje. Bagilah.”pujuk Hajah Rozi sambil mendekati anaknya.
Badrul menggeleng. “Tak boleh! Dia bukan adik Bad. Kenapa semua orang sayang dia?” Badrul terus berlari masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu.
Bunyi ketukan dipintu menghentikan lamunannya. Fikri tersengih masuk ke biliknya. “Ada apa kau masuk ni?“tanya Badrul.
“Aik,macam tak suka aje.“ Fikri menarik kerusi lalu duduk. Badrul mengeluh perlahan. “Ha...itu yang aku nak tanya. Kenapa kau mengeluh? Lagi satu, dari tadi asyik kehulur kehilir...tak penat ke? Kau fikir apa? Office...family...or...love?“Fikri serkap jarang. Badrul memandang Fikri. Agak terkedu dengan tekaan rakannya itu.
“Entahlah,Fik. Aku...“
“Tapi aku rasa, kau fikirkan masalah cinta. Kenapa, ada problem dengan tunang kau ke?“ sampuk Fikri. Sekali lagi dia membuat Badrul terdiam.
“Mana ada. Kau ni, pandai aje nak serkap jarang.“nafi Badrul. Fikri tersenyum mendengarnya. Badrul hairan. “Kenapa kau senyum?“
“Bad...Bad... aku ni,bukan baru semalam kenal kau,tau. Kita ni, berkawan sejak kecil lagi. tengok wajah kau pun,aku dah tahu masalah kau. Apa masalahnya lagi? Kau masih tak suka Yus tu?“soal Fikri. Badrul malu sendiri. Penipuannya sebentar tadi tidak menjadi. Dia meraup mukanya berkali-kali.
“Entahlah. Macam-macam yang aku fikir,yang aku rasa. Kalaulah aku tahu dialah budak perempuan yang selalu datang ke rumah aku dulu...“
“Pasti kau tidak akan menghina,menyakitinya...begitu?“celah Fikri. Badrul hanya menyepi. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
Terbayang-bayang sewaktu emaknya menunjukkan gambar bakal tunang kepadanya dulu. Badrul tergamam. Dia kehilangan kata-kata. Wajah Yusliza ditilik lama. “Mak...inikah budak perempuan yang...“
Hajah Rozi tersenyum. “Iya...dialah kakak yang kamu selalu buat dia menangis dulu.“
Sekali lagi dia tersentap. Ayat itu benar-benar terkena padanya. Dia terus memandang gambar itu. Tidak banyak yang berubah. Matanya masih seperti dulu. Bulat dan menarik. Cuma wajahnya sudah bersih dari jerawat yang bertompok-tompok dulu. Entah kenapa, hatinya menjadi tenang. Lega apabila wajah kesayangannya ada di depan mata. Aku sayangkan diakah?
Ketika di majlis pertunangan, Badrul sering mencuri pandang ke arah Yusliza. dia gelisah. Dia merasakan dirinya semakin terpikat dengan gadis itu. Tapi kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dari dulu lagi? Ketika bertembung panahan mata, mereka hanya saling berbalas senyuman. Namun dia tidak pasti. Adakah senyuman gadis itu ikhlas? Arghh...aku sudah jatuh cintakah?
Fikri melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Badrul. Tersedar lelaki itu dari lamunan yang panjang. “Hello,bro...kau dah sampai mana? Malam pertama?“usik Fikri. Badrul hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk. “Aku rasa, kau ni dah jatuh cinta.“teka Fikri. Badrul memandang Fikri. Betulkah aku sudah jatuh cinta? Tapi...kenapa dia? Dan kenapa baru sekarang aku benar-benar merasakannya?
“But something that you must know…”bicara Fikri terhenti di situ. Badrul mengangkat wajah.
“ What?”
“Hati dia dah terluka. Dan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka di hati gadis yang telah kau sakiti adalah diri kau sendiri.”ujar Fikri. Dia tiada pengalaman sendiri. Namun, pengalaman insan di sekelilingnya banyak mengajarnya tentang semua itu.
Badrul mengerutkan dahinya. “Maksud kau?”
“Kau yang membuat dia terluka. Kaulah yang bertanggungjawab untuk merawatnya.“jelas Fikri. Badrul berfikir sejenak.


Yusrizal masuk ke dalam bilik kakaknya bersama buku-buku latihan dan notanya. Dia duduk bertentangan dengan kakaknya di atas permaidani. “Kak, buatkan air nescafe untuk adik. Malam ni adik nak study dengan kakaklah.“pinta Yusrizal. Yusliza menoleh ke arah adiknya. Ewah-ewah...suka-suka dia aje mengarah aku!
“Pergilah buat sendiri. Dah besar pun nak suruh orang lagi. mengada-ngada.“ marah Yusliza. Mencebik Yusrizal mendengarnya. Minta tolong pun tidak boleh.
Yusrizal bangun lalu membaling sebiji bantal ke arah kakaknya. “Pemalaslah kakak ni. Dah kahwin nanti macam manalah agaknya Abang Bad tu.“ balas Yusrizal lalu menuju keluar ke dapur.
“Baru bertunang,okey.”jerit Yusliza dari dalam bilik. Yusrizal hanya tertawa mendengar jawapan kakaknya itu
Lima minit kemudian, Yusrizal muncul semula bersama secawan nescafe dan satu tin biskut. Yusliza memandang adiknya. “Mana air kakak?”
“Eh,pergilah buat sendiri.“Yusrizal menjawab. Dia terus mengunyah biskut marry yang dicicah bersama air nescafe. Yusliza merengus geram. Dia bangun dan keluar dari biliknya. Yusrizal tersenyum kecil. Dia terus memulakan aktiviti mengulangkaji pelajarannya. Tahun ini, dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Peperiksaan yang akan menentukan hala tujunya selepas tamat persekolahan.
Yusliza kembali bersama secawan kopi. Dia meneruskan aktivitinya menghadap laptop. Ligat jari-jemarinya menaip sesuatu. Yusrizal terjengah-jengah ingin mengintai apa yang sedang dilakukan oleh kakaknya. Oh,berchatting rupanya.
“Kakak chat dengan siapa tu?“ soal Yusrizal. Dia menekan-nekan butang pada kalkulator untuk menyelesaikan soalan matematik tambahan.
“Kawan.“jawab Yusliza pendek. Yusrizal menjeling Yusliza seketika. Terpandang cincin emas dijari manis kakaknya itu. Dia tersenyum sendiri. Mula fikirannya berangan-angan tentang sesuatu. Kakaknya sudah bertunang. Mungkin dalam setahun lebih,kakaknya akan berkahwin. Dalam lingkungan setahun kemudian, dapat anak. Aku pula...usia aku dalam 19 tahun. Hai...muda-muda lagi dah jadi pak cik. Yusrizal mengeluh sendirian.
Yusliza mengetuk dahi adiknya menggunakan pen. Hairan melihat Yusrizal yang memandang siling sambil tersenyum-senyum sendirian. Yusrizal merungut marah. “Macam mana pelajaran? Okey?“soal Yusliza.
“Okey. Cuma Cikgu Dahlan tu. Entah apa-apa. Bila orang nak bertanya, dia mula nak marah-marah. Cakap kami tak beri perhatian masa dia mengajarlah, itulah, inilah. Tapi bila kami malas nak tanya dia, dia cakap, kalau tak faham tanya saya. Hisy…pelik betul! Macam manalah kakak boleh tahan dengan dia dulu? Bilalah agaknya dia nak pencen? Tak pun,tukar sekolah.“ Yusrizal meggerutu sambil menggosok-gosok dahinya yang masih terasa sakit.
Yusliza hanya tersenyum mendengarnya. Cikgu Dahlan itu okey aje dulu. Entah-entah mereka semua memang kurang beri perhatian dalam kelas. Lihatlah adiknya tadi. Soalan pertama baru selesaikan suku jalan, dah berangan entah apa-apa. Yusliza malas melayan.
Suasana sepi kembali. Dua beradik itu meneruskan aktiviti masing-masing. “Kak, kakak tak keluar dengan Abang Bad ke?“tanya Yusrizal tiba-tiba. Tergamam Yusliza seketika. Namun, dia cuba untuk berlagak selamba.
“Tak.”ringkas jawapannya. Kalau bagi jawapan panjang-panjang nanti, pelbagai soalan daripada adiknya pula.
“Kenapa?”Yusrizal pelik. Sudahlah mereka tidak saling mengenali sebelum ini. Sudah bertunang pun tidak mahu ambil kisah untuk bekenalan dan mengenali antara satu sama lain.
“Malas.“ Yusliza pura-pura tekun pada skrin laptopnya, sedangkan jantungnya ketika itu berdebar hebat.Sudah-sudahlah dik oi... jangan tanya fasal dia lagi. Yusliza penuh mengharap. Namun hanya terluah di dalam hatinya sahaja.
Yusrizal menggeleng. Malas dia mahu bertanya lagi. Jawapan Yusliza pasti kurang memuaskan hatinya nanti.
“Kakak, esok cuti. Jom, kita turun KL jalan-jalan. Sambil tu, adik nak cari novel baru. Kawan-kawan cakap ada novel baru daripada Ramlee Awang Murshid” ajak Yusrizal penuh semangat. Tidak sabar rasanya untuk memiliki novel baru.
Yusliza memandang adiknya. Berkerut dahinya. “ Ramlee Awang Murshid lagi?”rungutnya. Yusrizal hanya tersengih-sengih.


“Angin apa kau selalu telefon aku sejak kebelakangan ni? rindu?“soal Hakim. Yusliza hanya tersenyum di hujung talian. Sebenarnya, dia inginkan teman untuk berbicara. Tapi kini, segalanya sudah pun berlaku. Dia telah sah menjadi tunang kepada Badrul. Tiada apa yang ingin diperkatakan lagi. dia hanya berserah pada takdir.
“Ceh...rindu. tak kuasa aku rindu-rindu kat kau tu. Lebih baik aku rindu pada orang lain.“jawab Yusliza. tergelak besar Hakim mendengarnya.
“Iyalah...siapalah aku ni. tiada orang yang sudi nak...“Hakim merendah diri. Masih lagi ketawa apabila Yusliza memarahinya kerana berkata begitu. “Yus, kau boleh tolong aku tak?“
Dua sahabat itu terus berbual tentang pelajaran mereka. Cuti semester semakin sampai ke penghujungnya. Persiapan awal penting bagi mereka kerana mereka merupakan pelajar tahun akhir. Pasti mereka akan semakin sibuk dengan assignment, test, dan sebagainya.
“Ala…kalau kau tak faham, Tanya aje aku ke, fifi, tak pun…tanya Zaidi. Kalau aku pula yang tak faham, aku tanya korang pula. Kita saling tolong-menolong la. Aku pun tak adalah perfect sangat.”ujar Yusliza. Hakim mengangguk faham. Macamlah yusliza Nampak anggukannya itu.
“Thanks Yus. Kau banyak bagi semangat kat aku. Ini yang buat aku semakin hari semakin sayang pada kau ni. aku booking kau jadi isteri akulah. Tak payah susah-susah nak mencari.” Hakim berkata penuh semangat.
“Dengar dek tunang aku ni, habislah kau. Aku takut kau tak berani nak dekat dengan aku lagi nanti.“seloroh Yusliza.
“Eleh...macam betul. Huh,tak habis-habis perasanlah kau ni!“balas Hakim. Kenal benar dengan perangai Yusliza. Boyfriend, tunang, suami, semuanya dia mengaku ada. Padahal, habuk pun tiada. Lebih-lebih lagi kalau ada Fifi bersamanya. Semakin galaklah Yusliza menyakat temannya itu. “Lagi satu, ada ke orang yang nakkan kau tu?“gurau Hakim lalu tertawa.
Yusliza terasa dengan sindiran itu. Dia terdiam. Kalau Hakim berkata begitu, maknanya, benarlah apa yang Badrul perkatakan padanya dulu. Hati Yusliza mula menangis lagi.
“Hello...Yus...Hello...kau dengar tak apa aku cakap ni?“Hakim memanggil-manggil Yusliza. Tersedar Yusliza dari lamunannya.
“Tak apalah kalau kau tak percaya.“balas Yusliza perlahan. Kali ini, Hakim pula yang tergamam. Suara Yusliza tidak seperti tadi. Dia terasakah?
“Along,kirim salam pada Kak Yus.”pesan Atilia tiba-tiba. Ditangannya ada sebilah pisau dan sebiji mangga.
Hakim tersedar. “Ni, Yus, bakal adik ipar kau,Ati kirim salam. Dia cakap dia rindu nak jumpa bakal kakak ipar dia.“usik Hakim lagi. Lupa pada kejadian sebentar tadi. Terjerit Yusliza mendengarnya. Cepat-cepat Atilia menyiku alongnya. Lain yang dipesan, lain yang disampaikan. Menokok tambah pula tu. Hakim hanya tersengih-sengih. Disana mendengar bebelan daripada Yusliza. Disini pula dia sedang dimarahi oleh adiknya.

Thursday, October 15, 2009

Ku Terima Seadanya 5


Sehari, dua hari, tiga hari, gembira rasanya berada di rumah. Namun, genap sahaja seminggu, Fifi mula terasa bosan. Teringat kembali hari-harinya bersama kawan-kawan ketika berada di universiti. Ketika dia dan Zaidi bertengkar, bertukar cerita dan pendapat dengan Hakim, serta berkongsi masalah dan minat bersama Yusliza. Arghh...aku pula yang rindukan mereka. Adi, Hakim, Yus...telefonlah aku lagi sekarang!
Yusliza? Teringat pula Fifi pada gadis itu. Sebelum cuti semester bermula, gadis itu sering menyatakan rasa tidak gembiranya untuk menempuhi musim cuti kali ini. Seolah-olah dia bakal memikul satu tanggungjawab yang begitu besar. Berbeza dengan Yusliza dulu. Sebut sahaja cuti, macam-macam rancangan yang dia atur. Tidak cukup masa dibuatnya. SMS pun jarang-jarang. Telefon apatah lagi. Namun kali ini, hampir setiap hari gadis itu mengirim SMS atau menelefonnya. Masih ingat lagi perbualan terakhir mereka malam tadi.
“Cuti kali ini paling tidak seronok bagi aku. Lepas ini, aku bukan macam dulu lagi. Kalaulah masa boleh diundur...“ujar Yusliza bersama tawa kecil. Namun tidak lama. Airmatanya tetap mahu mengalir juga.
Fifi hanya mendengar. Kedengaran sayup-sayup Yusliza menahan sebak. Dia ingin bertanya. Namun, bibirnya seakan terkunci. Akhirnya, persoalan itu terus didiamkan sahaja. Tapi,apa agaknya maksud Yusliza? Kenapa dia bersedih? Apa yang membebankan dirinya?


“Terima kasih kerana sudi menerima anak mak, dan sudi jadi menantu mak. Mak doakan, Bad dan Yus bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.” Hajah Rozi mendoakan. Di merenung gadis di hadapannya. Wajahnya sederhana. Tarikan gadis itu terletak pada matanya yang bulat,bibirnya yang comel serta ketenangannya. “Sayangilah Bad sepertimana Yus sayang orang di sekeliling Yus. Mak tahu, Yus boleh melakukannya.“sambung Hajah Rozi lagi setelah selesai menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Yusliza.
Siapa kata saya sudi terima dia! Jerit hati Yusliza. “Saya tak boleh janji, mak cik.“balas Yusliza. Anak mak cik terlalu bongkak. Macam mana saya nak menyayanginya? Saya terlalu membencinya!
Hajah Rozi menggenggam jari jemari bakal menantunya. Tersentak Yusliza. Hilang segala jeritan hatinya tadi. “Jangan panggil mak cik,sayang. Panggil mak. Macam Yus panggil masa kecil-kecil dulu. Lagipun, Yus ni dah dikira comfirm jadi menantu mak tau.“tegur Hajah Rozi lalu tersenyum. Yusliza membalas senyuman itu dan tertunduk. Baiknya mak. Kenapalah anak mak tidak seperti mak.
“Mak faham,Yus. Perkahwinan ini, diatur oleh kami. Tapi hati mak yakin yang kamu akan bahagia dengan Bad. Begitu juga Bad. Akan bahagia dengan kamu.” Hajah Rozi bersuara yakin. Hajah Rozi dan Haji Ismadi mempunyai empat orang anak. Kesemuanya lelaki. Sewaktu Yusliza kecil dahulu, dia dan Yusril sering datang ke rumah bermain bersama anak-anaknya. Oleh kerana dia tidak mempunyai anak perempuan, dia amat menyayangi anak gadis itu. Sehinggalah suatu hari,sebelum dia sekeluarga berpindah. Hajah Rozi dan suami telah berpakat dengan Encik Rahman dan Puan Hasyimah untuk menjodohkan anak mereka.
Badrul merupakan putera ketiganya. Sebetulnya, bukan Badrul yang ingin dijodohkan dengan Yusliza. Sebaliknya Borhan, abang kepada Badrul. Sejak dulu lagi, Hajah Rozi menyimpan niat untuk menjodohkan mereka memandangkan Borhan begitu rapat dan sayang kepada Yusliza. Namun, pulang sahaja dari luar negara,Borhan membawa bersama seorang gadis yang diperkenalkan sebagai isterinya. Pada mulanya, memang Hajah Rozi kecewa. Tapi nak buat macam mana, sudah jodoh anaknya. Mujurlah gadis yang dibawa pulang itu orang Malaysia. Kalau tidak, entah apalah yang terjadi. Kini, hubungannya dengan Faezah, isteri Borhan tetap baik.
Janji tetap janji. Mesti ditepati. Atas rasa tanggungjawab, perkahwinan Borhan dengan gadis bukan pilihannya bukanlah penghalang untuk dia meneruskan niat bermenantukan Yusliza. Kepada Badrul dia bergantung harap agar dia dapat membawa masuk Yusliza ke dalam keluarganya. Setelah didesak, barulah anaknya itu bersetuju. Itupun setelah bermacam-macam ugutan digunakan.
Yusliza tersenyum kelat. Hajah Rozi terlalu meletakkan harapan dan kepercayaan yang tinggi kepadanya. Rasa terharu ada,terbeban pun ada. Bolehkah dia hidup bersama lelaki itu? Lelaki yang banyak menyakiti hatinya. Yang telah membuat dia sering menangis...dan menangis. Tiga tahun dia terpaksa menahan sabar dengan kutukan,kritikan lelaki itu. Bukan perasaannya sahaja yang didera, malah,fizikal juga. Lihatlah tangannya yang kesannya tidak mungin akan hilang. Tanpa sedar, dari hari ke sehari, hatinya hancur kerana lelaki itu. Dia serik untuk mencintai. Dia takut untuk merindui, mengingati dan memberi peluang kepada insan lain yang ingin menjengah ke dalam hatinya. Yang pasti, pintu hatinya telah tertutup rapat. Jadi, bagaimana dia hendak menunaikan permintaan wanita di hadapannya itu? Dan...kalau pun hatinya masih terbuka untuk menerima seseorang, adakah ruang untuk menerima lelaki itu semula? Menerima kehadiran lelaki itu semula, bermakna dia bakal disakiti emosi dan fizikal lagi. Sekali lagi airmatanya menitis.
Wahai hati, tabahlah. YA ALLAH, bantulah aku. Permudahkanlah segalanya. Sekiranya dia memang ENGKAU cipta untukku, bukalah hatiku untuk menerimanya. Jika tidak, jauhkanlah dia daripadaku...

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa...
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala...



“Along, nanti ajarkan adik matematik. Adik tak fahamlah. Cikgu ajar entah apa-apa. Adik tak faham langsung.“rungut Atiqah. Hakim tersenyum mendengarnya. Bukan tidak faham. Tapi malas. Hendak bermanja dengan alongnyalah tu.
“Eleh...adik tu, kalau along ada, mengada-ngada. Selalunya, boleh aje buat.“ Marah Hazwan.
“Suka hati adiklah. Uda jealous...“ejek Atiqah. Hazwan membalas. Hakim menggeleng kepala. Begitulah adik-adiknya. Dia adalah anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Adiknya yang kedua, Atilia, baru sahaja menamatkan pengajian di matrikulasi. Kini sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pelajarannya. Hazwan pula kini berada di tingkatan tiga. Sementara Atiqah pula berada di darjah enam.
“Sudah...sudah...nanti along tolong dua-dua. Sekarang ni, bagi along rehat sekejap.” Hakim menghentikan pertengkaran adik-adiknya itu. Hazwan hanya tersenyum kemenangan apabila abangnya berkata begitu.
“Along, tadi masa along kat kebun, Kak Yus telefon.“beritahu Atilia sambil menghulurkan air kepada alongnya.
“Dia cakap apa?“ soal Hakim setelah meneguk habis air suam di dalam gelas itu.
“Angah tak pastilah. Mula-mula memang angah yang jawab. Lepas itu, budak dua orang ni sibuk nak bercakap.“ Atilia menjeling adik-adiknya. Hakim tersenyum. Dia tahu, adik-adiknya cukup suka dengan Yusliza dan Fifi walaupaun hanya mengenali mereka melalui telefon dan gambar sahaja. “Tapi dia kirim salam kat along,dan dia kata kalau ada masa, dia call lagi.“
Hakim termenung seketika. Rajin pula si Yusliza ni menghubunginya sejak akhir-akhir ini. Sayangnya, dia pula yang selalu sibuk membantu ibu bapanya di kebun. Tidak dapat berbual-bual dengan Yusliza.
“Along, tadi kan, Kak Yus cakap, dia …”Atiqah terus bercerita tentang perbualannya dengan Yusliza. Sesekali Hazwan akan turut menyampuk. Hakim terus mendengar. Namun, fikirannya sekali lagi melayang. Mengenangkan gadis itu. Dia rindukah?
Azan Zohur melenyapkan lamunannya. Hakim bingkas bangun untuk membersihkan diri sebelum menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.


Zaidi masuk ke rumah setelah memberi salam. Kelihatan hanya adik bongsunya, Zainizah yang sedang khusyuk menonton televisyen. Zaidi mengambil tempat di sebelah adiknya itu.
“Abang Adi baru balik?” tegur Zainizah setelah menyedari abangnya melabuhkan punggung disebelahnya.
“A’ah.”jawab Zaidi pendek. Dia memejamkam matanya seketika. “Mana Abang Ari dan Kak Nini?” soalnya.
“Abang Ari belum balik. Kak Nini pula, keluar dengan kawan-kawan dia.”jelas Zainizah. Matanya terus tertumpu di kaca televisyen.
Zaidi memandang sekeliling. Sunyi sepi. “Mama dan Papa mana,dik?“ Baru dia teringat akan mama dan papanya yang tidak kelihatan di rumah. Selalunya waktu-waktu begini, mereka akan berehat di ruang tamu ini sambil menonton rancangan kegemaran papanya. Kalau tidak, masakan Zainizah berpeluang menonton televisyen di sini.
Zainizah tersenyum. “Mama and papa keluar pergi rumah Pak Long Is. Ada kenduri doa selamat untuk Abang Han dan Abang Bad. Kan Abang Han baru balik. Abang Bad pula dah selamat ditunangkan lepas Zuhor tadi. So, that’s why I can watching this television. You know, papa kalau tengok TV, balik-balik sukanlah, beritalah, wawancara…bosan” rungut Zainizah. Zaidi tersenyum mendengarnya. Sepatah ditanya, panjang pula jawapannya. Boleh lengkap jadi satu perenggan. Sebiji perangai Fifi dan Yusliza. Hai…rindu pula nak dengar celoteh korang.
“Abang Han kan balik bulan lepas. Kenapa sekarang baru nak buat kendurinya?“ Zaidi terus berbicara dengan adiknya.
“Entahlah. Tapi mama cakap, Pak Long Is dan Mak Long Rozi memang sengaja nak buat kenduri serentak. Kepulangan Abang Han dengan isteri, dan pertunangan Abang Bad.” Balas Zainizah mengikut apa yang telah diberitahu oleh mamanya.
“Tunang Abang Bad orang mana?”
“Mama cakap, orang Shah Alam. Anak kawan Pak Long Is masa dia berkhidmat dalam tentera dulu.”jawab Zainizah. Zaidi tiba-tiba tertarik mendengar kisah tersebut. Dia memandang adiknya. “Abang Adi boleh tolong jangan kacau Zai, tak. Zai nak tengok AF ni.”marah Zainizah. Terbantut niat Zaidi untuk terus bertanya. Macam itulah orang perempuan. Hiburan aje tahunya. Bebel Zaidi di dalam hati.
Telefon bimbit dikeluarkan dari koceknya. Setelah menekan punat on, terpapar mesej lapan panggilan tidak dijawab. Berkerut dahi Zaidi. Anisa? Dia kan tahu aku bekerja. Tidak mungkin dia akan menelefon waktu begitu. Laju tangan Zaidi menyemak siapa yang cuba menelefonnya. Terpampang nama ’Yus sengal’. Zaidi berfikir sejenak. Ada apa dia telefon aku waktu-waktu begini? Sampai lapan kali...
“Zai...tukar siaran. Papa nak tengok wawancara.“ujar Datuk Zainal. Dia berdiri dibelakang anak-anaknya.
Terbangun Zainizah kerana terperanjat. Dia mengurut dadanya. “Papa, terkejut Zai. Bagilah salam dulu.“Zainizah merungut lagi.
“Eh,papa dah bagi salam. Awak tu yang asyik dengan AF. Beranganlah tu. Yang mana satu bakal menantu papa“usik datuk Zainal berserta gelak tawa. Zainizah menarik muka. Semakin galak papanya mengusik.
Datin Zaharah menggeleng. Anak dengan bapa,sama aje. Zaidi memandang mamanya yang berlalu ke dapur. Dia bangun mengikut langkah ibunya. “Lewat mama balik.“tegur Zaidi.
Datin Zaharah menoleh. “Tadi pergi pun dah lambat. Papa itulah. Asyik kerja aje. Nasib baik Pak Long faham.“ Datin Zaharah merungut. Zaidi tersenyum sendiri. Tadi melayan rungutan adiknya. Sekarang ini,mamanya pula. Anak dengan mama, sama aje.“Ni apa senyum-senyum?“sergah Datin Zaharah. Zaidi hanya menggeleng.
“Pak Long sekeluarga sihat,mama?” Zaidi bertanya. Dituang air sirap ke dalam gelas lalu duduk di kerusi.
“Alhamdulillah, semua sihat. Mereka kirim salam.”balas Datin Zaharah.
“Macam mana isteri Abang Han dan tunangnya Abang Bad? Okey,ma?” Zaidi masih ingin mengetahui kisah keluarga Pak Longnya.
“Mama tengok, Faezah tu elok orangnya. Nasib baiklah, Han bawa balik gadis yang elok. Kalau tidak, mahu Mak Long kamu sekeh abang kamu tu.“gurau Datin Zaharah. Zaidi tergelak mendengarnya. Ada-ada sahaja mamanya ini.
“Tapi mama tak jumpa tunang Bad. Masa mama sampai, Mak Long cakap dia baru saja balik. Kurang sihat katanya.”tambah Datin Rozi.
Zaidi tertawa. “Aik,tak sampai sehari bertunang dah tak sihat. Apasal,ma? Gerun sangat ke dia tengok muka Abang Bad tu?“ujar Zaidi.
“Hisy Adi ni...tak baiklah“ marah Datin Zaharah sambil memukul lembut bahu anaknya. Sebenarnya, pada awalnya, dia turut berasa hairan. Namun, apabila difikirkan semula, mungkin gadis itu penat.



Kelam kabut Lily masuk ke rumah Encik Rahman setelah memberi salam. Setelah bersalaman dengan Encik Rahman dan Puan Hasyimah, terus dia menuju ke bilik Yusliza. Dibuatnya macam rumah sendiri. Tak tahu malu betul!
Pasangan suami isteri itu hanya tersenyum melihat telatah Lily. Tidak sempat mereka bertanya apa-apa, gadis itu sudah menghilang. Nasib baiklah, mereka kenal baik dengan Lily dan keluarganya.
Lily merempuh masuk ke dalam bilik Yusliza. Terkejut gadis itu dibuatnya. “Yus,betul ke kau ditunangkan dengan dia?“ tanya Lily. Dia sendiri amat terkejut setelah mendapat tahu tentang berita tersebut. Sayangnya,dia tidak dapat bersama untuk menemani Yusliza pada hari tersebut memandangkan kertas peperiksaannya belum selesai diduduki. “Sorry,aku tak dapat datang untuk bersama kau.“
“It’s okey. Aku faham. Salah aku juga,beritahu kau last minute.“ Yusliza tersenyum. Lily memandang senyuman itu. Tidak seperti dulu.
“Kenapa kau terima dia,Yus? Kau tak ingat ke apa yang telah dia lakukan pada kau dulu? Pada aku...pada kita?“Lily bersuara keras.
“Aku ingat,Lily. Sampai bila-bila,aku akan ingat semua itu. I’m sorry...kerana aku, kau pun dilibatkan bersama. Tapi aku tak sampai hati nak kecewakan ayah dan umi aku. Aku tak sampai hati nak tolak rayuan mereka. My family is everything for me. Kau tahukan?” Airmata mula mengalir. Lily terdiam seketika. Ya,’my family is everything’. Itulah salah satu prinsip Yusliza setelah dia sedar yang dia pernah memberi rasa sayangnya pada orang yang salah sebelum ini.. Terkenang kembali kata-kata Yusliza dahulu
“Rupa-rupanya,sakit ya bila kita kecewa dalam cinta. Patutlah abang aku malas nak bermain dengan cinta masa sekolah. Rupanya tidak bawa kemana. Hanya membuang masa. Kalau macam itu, malaslah aku nak mencari cinta lagi. Now, my family is my love. Fasal jodoh, biar ayah dan umi aku ajelah yang uruskan. Aku akan belajar untuk mencintai suami aku dari situ. Walaupun sukar. Tapi,aku akan buat dia menjadi cinta aku yang terakhir…” kata Yusliza bersungguh-sungguh.
“Hoi,beranganlah kau ni!” Lily menepuk belakang Yusliza. Terus dua gadis itu berkejaran.
Menitis airmata Lily mengingati saat itu. Dulu, Yusliza silap kerana salah memberi cinta. Kini, adakah sahabatnya itu juga silap kerana berpegang pada prinsip itu?
“Aku tidak akan sesekali lupa apa yang dia buat pada kau. Aku tahu, dia ada ugut kau. Dia yang letak katak bawah meja kau. Dan dia juga yang simbah kau dengan air. Aku tak akan lupa semua itu. Mujurlah hanya air sirap. Kalau air panas seperti aku ni?“ujar Yusliza sambil menunjukkan kesan parut di lengan kirinya. “Aku tidak boleh terima apa yang dia dah buat pada kau. Marah pada aku, kenapa mesti lepaskan pada kau?“
Terharu Lily mendengarnya. Lantas dia memeluk erat sahabatnya itu. Cuba menenteramkan perasaan Yusliza disamping perasaannya yang semakin bersyukur kerana telah dikurniakan oleh-NYA sahabat seperti Yusliza. Terimbau lagi pada lelaki ego dan bongkak bernama Badrul.
“Wei Lily,aku nak bagi warning. Kau pesan pada kawan baik kau tu, jangan beranganlah nak jadi awek aku. Aku bencilah dia pandang-pandang aku.“lantang Badrul bersuara.
Lily menjeling. Menyampah betul. Macamlah dia yang paling handsome dan popular dalam sekolah ini. “Mata dia...biarlah, dia nak pandang apa pun. Aku tiada hak nak control dia. Lagi satu,kalau kau tak suka dia pandang kau,kau pun janganlah pandang dia. So, kalau kau tak pandang dia, macam mana kau nak tahu dia pandang kau ke tak,kan?“tenang Lily menjawab. Panas telinga Badrul mendengarnya. Tapi betul juga kata gadis itu. Kalau dia juga tidak memandang, masakan dia tahu Yusliza memandangnya?
Argh...dia tidak peduli dengan semua itu. Yang penting, dia tidak suka! “Hei,kau dengar sini baik-baik. Beruk yang kau sayang tu, yang kau usung kehulur-hilir tu, tak sesuai untuk aku. Muka macam dia tu, letak kat zoo pun tak layak, faham!“bentak Badrul dekat ditelinga Lily.
Tersentap Lily mendengarnya. Sampai begitu sekali Badrul menghina Yusliza. rasa sebak tiba-tiba muncul dalam dirinya. “Sampai hati kau tuduh dia macam tu sekali. Kau ni tiada perasaan ke? Kau tahu tak, orang yang kau tuduh beruk tu,yang kau hina sesuka hati tu,lebih mulia jika nak dibandingkan dengan kau. Kau ego,bongkak...kau ni, tak layak untuk hidup di dunia ini,pun!“ balas Lily. Dia terus beredar pergi.
“Wei...“panggil Badrul. Lily menoleh. Tergamam dia apabila mendapati dirinya sudah basah disimbahi air. Terkekeh-kekeh Badrul dan rakan-rakannya mentertawakan Lily.
“Aku berdoa Bad. Satu hari nanti, kau akan menyesali semua kata-kata kau tadi. Suatu hari nanti, kau akan melutut dan merayu meminta keampunan daripada aku. Dan yang paling penting bagi aku, aku doakan yang suatu hari nanti, kau akan melutut dan merayu demi menagih cinta dari Yusliza. Waktu itu, kau akan lebih terluka dan terseksa daripada apa yang Yus dan aku lalui sekarang ini!“ujar Lily separuh menjerit. Segera dia meninggalkan tempat itu.Sebilangan pelajar yang berhampiran memandang ke arah mereka. Ingin tahu apa yang sedang berlaku.
Badrul tetap tertawa mendengar setiap bicara Lily itu. “AMIN...pergilah solat sunat,solat hajat, apa lagi,ya...erm...ha,berdoa banyak-banyak apa yang kau cakap tadi. Kau ingat aku heran sangat dengan doa kau tu?“balas Badrul
Beristighfar Amirul mendengar kata-kata itu. Badrul semakin melampau. Sehingga sanggup memperlekehkan kata-kata Lily tadi. Nauzubillah... “Bad, kau semakin melampau.“tegur Amirul lembut sambil memegang bahu rakannya. Badrul memandang tajam ke arah Amirul. Dia menepis tangan lelaki itu lalu pergi meninggalkan rakan-rakannya. Masing-masing terdiam melihat tindakan Badrul itu.
Badrul menumbuk-numbuk dinding di dalam tandas. Segala kemarahannya dilepaskan. Setelah penat,akhirnya, dia terduduk di lantai. Wajahnya bengis mengenang peristiwa tadi. Tanpa disedari, ada air hangat yang menitis dari matanya. Dia menyeka kasar airmata yang mengalir itu. Kenapa aku menangis? Kenapa aku yang sakit hati dengan kata-kata aku tadi? Kenapa...kenapa! jerit hatinya.

Friday, October 9, 2009

Ku Terima Seadanya 4

Yusliza termenung lagi di tepi jendela. Sepanjang minggu peperiksaan ini, entah sudah berapa kali di termenung. Semuanya gara-gara kepulangannya ke rumah beberapa hari yang lalu. Masih jelas diingatannya pada pertemuan keluarga. Dia tidak menyangka, hal itu yang ingin dirundingkan oleh ayah dan uminya. Masih terngiang-ngiang lagi setiap perbualan mereka di kotak fikirannya.
“Minggu lepas, ada orang datang meminang kakak. Dan ayah... ayah terima pinangan itu.“jelas Encik Rahman lembut. Dalam soal ini, dia perlu berlembut agar anaknya tidak melenting setelah mengetahuinya.
Yusliza terasa dunianya gelap tiba-tiba. Hampir pengsan dia dibuatnya. Namun, cepat-cepat dia menarik nafas. Dia menoleh kearah uminya di sebelah meminta kepastian tentang apa yang baru sahaja didengarinya. Puan Hasyimah hanya mengangguk. Mengiakan kata-kata suaminya.
“Ayah, umi, kakakkan masih belajar.”Yusliza mengingatkan statusnya kepada kedua ibu bapanya.
Encik Rahman mengeluh kecil. Direnung puteri tunggalnya penuh kasih. “Betul,kakak masih belajar. Tapi ayah risau kalau-kalau sepanjang kamu belajar ini, kamu akan berkenan pada orang lain. Sedangkan ayah dah berjanji dengan Pak Cik Ismadi. Kami berharap sangat agar ikatan persahabatan kami dapat dieratkan lagi dengan ikatan kekeluargaan.“
“Tapi kakak belum bersedia lagi,ayah“ lembut Yusliza membantah. Dia tidak setuju apabila ayahnya mengatur jodohnya ketika dia masih lagi digelar pelajar.
“Ayah tahu…”perlahan Encik Rahman bersuara seakan berbisik. Yusliza memandang ayahnya. Terlakar raut wajah kecewa disitu. Terbit rasa bersalah kerana telah mengecilkan hati ayahnya. “ Tapi ayah berharap sangat, kakak akan setuju dengan permintaan ayah dan umi ini. Kakak satu-satunya anak perempuan yang ayah dan umi ada. Kami nak sangat tengok kakak bahagia. Kami tak nak kakak tersalah pilih kelak. Sebab itulah ayah dan umi memilih untuk menetapkan jodoh kakak dengan anak Pak Cik Ismadi itu“ tambah Encik Rahman lagi.
“Lagipun,kami dah kenal lama dengan keluarga Pak Cik Ismadi. Anaknya pun... baik orangnya, kerja pun bagus. Umi dan ayah yakin, dia mampu menjaga anak gadis kesayangan kami ini dengan baik.“ Puan Hasyimah pula mencelah.
Encik Rahman dan Puan Hasyimah saling berpandangan. Kemudian, mereka mengalihkan pandangan mereka kearah Yusliza,memohon persetujuan. Encik Rahman amat mementingkan ikatan persahabatan dan kekeluargaan. Kerana itulah dia menerima lamaran tersebut sebelum mendapat persetujuan daripada Yusliza. Lagipun, Ismadilah satu-satunya sahabat karibnya. Insan yang sanggup bersamanya ketika susah dan senang suatu ketika dahulu.
Yusliza diam. Dia memandang kedua ibu bapanya. Sayu hatinya melihat wajah-wajah yang penuh mengharap itu. Yusliza rasa hendak menangis. Terasa dirinya dipaksa. Namun, dalam pada masa yang sama, dia sedar, ayahnya adalah walinya. Beliau layak untuk menikahkan dia dengan sesiapapun. Akhirnya, Yusliza mengalah. Airmata yang hampir menitis ditahan. “Bila nak diadakan?“soal Yusliza.
Encik Rahman tersenyum mendengar persetujuan anaknya. Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat ILLAHI kerana telah membuka pintu hati Yusliza untuk menerimanya. “Kami dah berbincang. Lepas kakak exam ni, kami hendak adakan majlis pertunangan dulu. After that baru kita bincangkan tentang pernikahannya.“terang Encik Rahman.
Yusliza terdiam sejenak. Kemudian, dia memandang kedua orang tuanya. “Kakak pun ada permintaan. Dan, kakak harap ayah dan Umi akan tunaikan permintaan kakak ini.”tegas Yusliza bersuara. Suami isteri itu saling berpandangan. Sedikit cemas dengan permintaan yang bakal diperkatakan oleh Yusliza itu. Harap-harap permintaan itu tidaklah sukar untuk ditunaikan.
“Kakak mahu,majlis pernikahan itu diadakan setelah kakak tamat belajar dan mendapat pekerjaan. Itu aje”ujar Yusliza lagi. Lega suami isteri itu mendengarnya. Permintaan itu tidaklah sesukar mana.
“Itu, tidak menjadi masalah. Asalkan, kakak bersetuju dengan lamaran ini. Permintaan kakak, ayah dan umi akan bincangkan dengan keluarga Pak Cik Ismadi. Rasanya,tiada masalah.“janji Puan Hasyimah dan suaminya. Masing-masing tersenyum kelegaan.
Yusliza duduk terpaku memikirkan sesuatu. Dia memandang uminya. “Anak Pak Cik Ismadi ni…yang mana satu?”soal Yusliza ingin tahu. Hatinya bergetar hebat.
“Yang nombor tiga tu…”jawab uminya. Sekali lagi Yusliza terpempan mendengarnya.


My Memory I remember everything
I can’t see even a little thing when I close my eyes.
You're far away somewhere that I can’t reach
I didn’t say I love you or I will wait for you…


Yusliza tersentak apabila disergah oleh Fifi. Terbangun dia dari duduknya.. Fifi hanya tergelak melihat tindak balas Yusliza begitu sekali.“Apa yang kau menungkan itu?“ tanya Fifi. Yusliza menahan marah. Dia hanya menggeleng. Fifi menjungkit bahu. Dia berlalu ke katilnya.
“Orang cakap, kalau kita teringat pada seseorang, orang itu pun akan teringat pada kita. Aku tak teringat pada kau pun sekarang ini. So, maknanya bukan aku yang berada dalam fikiran kau tu. Ceritalah kat aku...siapa. Boyfriend?“usik Fifi. Saja menghilangkan kebosanan. Wanda,awal-awal pagi sudah keluar. Yati pula, pasti keluar berdating dengan Azrul. Jangan disangka gadis yang garang dan ganas itu tiada yang berkenan. Sudah dua tahun hubungan percintaan mereka. Aku? Fifi tersenyum sendiri dengan soalan hatinya itu.
“Aku tengah fikirkan tentang bakal tunang aku.“selamba Yusliza berterus-terang. Pandangannya terus tertumpu pada luar jendela.
Fifi bangun dari pembaringannya. Dibaling bantalnya kearah Yusliza. Tepat mengena wajah Yusliza.“Huh,kelentong la tu. Orang serius,dia main-main. Sudahlah,malas nak layan kau lagi aku nak tidur kejap.“Fifi kembali berbaring di katilnya.
“Apa ni, baling bantal busuk kau kat aku!“marah Yusliza. Dia menoleh pada Fifi yang sudah berbaring semula.“Aku cakap, kau tak mahu percaya.“Yusliza membebel sendirian. Namun, mampu didengari oleh Fifi.
“Memang aku tak percaya.“kata Fifi. Belum tidur rupanya. Yusliza suka bergurau. Ada sahaja yang ingin diguraukan. Yang tidak betul pun, dia mengiakan. Dulu,Fifi selalu ditipu hidup-hidup oleh Yusliza. Dia percaya semua yang Yusliza ceritakan. Namun diakhirnya, dia akan ditertawakan oleh gadis itu. Tapi kini, dia semakin mengenali Yusliza. Tidak mungkin dia akan membiarkan dirinya terpedaya dengan cerita-cerita mengarut Yusliza lagi.
“Tinggal dua paper aje lagi. Syoknya nak cuti…”berguling-guling Fifi dikatilnya apabila memikirkan seronoknya saat-saat cuti nanti.
Yusliza memandang sayu kearah Fifi. “Aku pula takut nak hadapi cuti nanti.” lemah Yusliza bersuara.
“Why? Takut rindukan aku,ya. Don’t worry, telefon aku kalau kau boring.” tersengih-sengih Fifi berkata.
Yusliza membaling semula bantal Fifi tadi. Balingan yang tepat juga. Terkena pada wajah Fifi. Yusliza tersenyum puas. “Perasan!”
Fifi merungut kesakitan


“Anis sihat?” soal Zaidi sambil tersenyum manis. Sudah dua bulan mereka tidak bertemu lantaran sibuk dengan peperiksaan. Semalam, dia baru sahaja menyelesaikan kertas peperiksaan terakhir. Hari ini, dia mahu merehatkan fikiran bersama-sama teman dan Anisa.
“Anis sihat. Abang?“ Anisa pula bertanya. Gadis berkulit putih itu adalah kacukan melayu-cina. Bapanya merupakan seorang tokoh korporat. Siapa yang tidak kenal dengan Haji Amran. Sementara ibunya,Hajah Rahimah pula aktif dalam persatuan kebajikan. Mungkin,sikap murah hati ibunya itu diwarisi oleh Anisa. Kerana itulah dia memilih untuk menjadi seorang jururawat. Mujurlah kedua orang tuanya. Tidak menghalang. Malah, mereka menyokong minat anak mereka itu.
“Alhamdulillah. Walaupun sebelum ni abang kurang sihat sebab selalu teringatkan Anis.”balas Zaidi. Anisa memukul lengan Zaidi lembut. Malu dia apabila Zaidi berkata begitu. Zaidi hanya tertawa senang. “Jom, mereka dah tunggu. Bising pula mereka nanti.“
Yusliza merenung kosong bola yang sedang bergolek. Jeritan rakan-rakannya apabila mereka berjaya menjatuhkan kesemua pin tidak dihiraukan. Fikirannya bukan disini ketika ini. Yusliza menyinsing lengan panjang yang dipakainya. Dibelek lengan kirinya itu. Kenangan tujuh tahun lalu kembali menggamit memori. Kenangan yang telah mengubah dia menjadi Yusliza kini.
Ketika itu waktu rehat. Semua pelajar melakukan aktiviti masing-masing,. Ada yang menuju ke kantin, ke perpustakaan, tidak kurang juga ada yang duduk berdating di tepi padang. Yusliza sendirian hari itu. Temannya, Lily tidak hadir ke sekolah. Puas dia memikirkan satu destinasi yang boleh dituju. Akhirnya, dia memilih untuk bertemu dengan Cikgu Marzuki untuk bertanyakan tentang matapelajaran Sains. Sedang dia menyusuri laluan di hadapan makmal, dia ditahan oleh sekumpulan lelaki. Yusliza mengenali mereka semua. ‘Alamak,dia pun ada’ hatinya berbunga riang. Senyumannya disembunyikan. Apa yang dia mahu? Em…minta maaf? Tak pun…mahu luahkan perasaannya yang dia pun sukakan aku. Lepas itu, ajak aku dating. Wah…sukanya. Berangannya sendirian.
“Woi budak!”sergah lelaki di hadapannya. Terkejut dia mendengarnya. Mati senyumannya tadi. “Senyum-senyum,apa kau ingat, aku tergoda dengan senyuman kau itu? Macam beruk. Jangan fikir,aku akan suka pada kau tau. Ingat tu, beruk!“ Tengking Badrul. Yusliza tersentak mendengar kata-kata penghinaan itu.
“Sa... saya...“
“Sudah! Muka macam beruk, ada hati kat aku. Sedarlah sikit. Aku dengan kau ni, macam planet pluto dengan matahari. Kau tu, matahari yang tiada seorang pun yang teringin nak pergi ke sana. Kau dan aku,terlalu jauh. Cermin diri tu sikit“ bentak lelaki itu. Bergenang airmatanya mendengar kata-kata itu. Hina sangatkah dia? Hendak melawan, dia tidak berani.
“Buruk sangat ke saya ni? Sampai macam itu sekali awak menghina saya?” soal Yusliza lembut dan perlahan. Sungguh pedih rasa hatinya mendengarkan kata-kata itu.
“Memang!” pantas lelaki itu menjawab.
“Bad,kau dah berlebih ni…”Amirul cuba mengawal sahabatnya.
“Kau jangan masuk campur.“ Badrul menepis tangan Amirul. Habis tumpah air kopi panas yang Amirul pegang itu. Badrul menoleh semula ke arah Yusliza. “Sebab itu aku...“bicaranya terhenti. Dia tergamam. Dia tidak sedar yang air yang ditepis tadi terkena pada Yusliza.
Yusliza memegang tangannya menahan kesakitan. Mengalir airmatanya. Sakit ditangan tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kesakitan di hati. Kalaulah dia tahu ini yang akan dia peroleh, sungguh, dia tidak akan mencintai malah memandang lelaki itu pun dia tidak sudi. Badrul benar-benar takut melihat keadaan gadis itu. Lantas mereka pergi meninggalkan Yusliza sendirian di situ. Amirul serba-salah. Dia ingin membantu. Namun, rakan-rakan yang lain terus menarik dirinya agar meninggalkan tempat itu. Akhirnya, mereka semua menghilangkan diri. Yusliza melutut di situ.
Cikgu Marzuki terlihat pelajarnya sedang melutut di hadapan makmal. Segera dia mendekati. Terkejut dia melihat keadaan tangan Yusliza yang sudah mula memerah. Segera dia mendapatkan bantuan pelajar perempuan yang sedang melalui kawasan itu untuk membantunya menghantar Yusliza ke klinik.
Sehingga kini, Yusliza tidak mungkin akan melupakan peristiwa itu. Kejadian sebenar yang berlaku juga turut dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Apabila ditanya, Yusliza hanya akan menjawab dia yang terleka. Hanya Lily yang mengetahui cerita sebenar. Itupun setelah bekali-kali dia mendesak untuk mengetahuinya. Terpaksalah Yusliza menceritakan segalanya. Sejak itulah Lily berjanji untuk melindungi Yusliza. Terharu Yusliza mendengarnya.
“Hah! Apa yang kau berangankan ni? Turn kau.“ Sergah Hakim. Yusliza hanya tersengih lalu bangun menuju ke arah Fifi dan Yati.
“Wei,tak aci. Main tak tunggu kitaorang.“ujar Zaidi bernada marah. Anisa disebelahnya hanya tersenyum manis.

Wednesday, October 7, 2009

Ku Terima Seadanya 3



“Fi,Fifi!”jerit Yazid dari jauh. Fifi menoleh. Sudah faham dengan panggilan Yazid itu. Pasti mahu bertanyakan perihal Wanda. Kasihan jejaka itu. Setianya pada insan yang salah.
“Kau dari mana ni?” soal Fifi setelah melihat Yazid termengah-mengah. Pasti penat mengejarnya tadi. Yazid memberi isyarat sebentar sebelum menjawab soalan Fifi tadi. Perlahan-lahan dia menarik nafas lalu dilepaskan.
“Aku dari sana. Nampak kau, tu yang aku panggil.“jawab Yazid sambil menunjuk ke arah perpustakaan.
“So,apahal kau cari aku ni? kau ni, kalau tak ada hal, nak jumpa kesan tapak kaki pun payah.“bebel Fifi. Entah dari mana dia belajar istilah tersebut. Yazid hanya tersengih-sengih diperkatakan begitu. “Ni apa fasal tersengih-sengih macam kerang busuk?sambung Fifi lagi.
“Fifi,sebenarnya aku...aku nak tanya fasal...fasal Wanda...“ teragak-agak Yazid bertanya. Khuatir juga jika Fifi memarahinya pula. Kerap juga dia dimarahi oleh Fifi kerana bertanyakan perihal yang sama. Namun,dia tetap tebalkan muka untuk mengetahui khabar berita buah hatinya itu daripada Fifi. Hendak ditanya kepada Yati, pasti gadis itu akan mengutuk Wanda sesedap hatinya. Yusliza pula, mudah sahaja jawapan yang selalu dia dapat. Tak tahu. Pelik,masakan tidak tahu sedangkan mereka berkongsi bilik yang sama. Hanya Fifilah harapan yang dia ada. Walaupun sering dimarahi, gadis itu pasti akan memberitahu sedikit tentang khabar Wanda.
“Aku dah agak“ujar Fifi. Dia terus memandang Yazid, menanti soalan-soalan daripada Yazid tentang Wanda.
“Dia okey ke? Sihat? Banyak kali aku called dia. Tapi dia tak angkat. Mesej pun dia tak balas. Dia tiada kredit ke?”bersungguh-sungguh Yazid bertanya. Semakin simpati Yusliza melihatnya. Kenapalah, Wanda tergamak buat kau macam ni,Yazid?soalnya sendiri. Fifi serba salah untuk menjawab. Terkebil-kebil dia memandang Yazid.
“Fifi,kau dengar tak apa yang aku tanya tadi? Apa,handsome sangat ke aku hari ni sampai kau pandang aku macam tu sekali.”sempat lagi Yazid bergurau. Sebagai penghargaan,satu tumbukan hinggap di lengannya.
“Aku…aku tak tahu nak jawab. Setakat apa yang aku lihat, dia okey aje. Tapi fasal mesej dan panggilan telefon kau tu,aku tak tahu.”jawab Fifi seadanya. Hanya itu yang mampu dia beritahu. Hendak cerita lebih-lebih, takut nanti jadi pergaduhan pula.
“Kenapa,ya? Sejak akhir-akhir ni, dia macam nak elak daripada aku aje. Dia ada boyfriend lain tak?” Yazid terus mengasak Fifi dengan soalan lain.
“Yazid,macam inilah. Apa kata,kau jumpa dia,tanya dia sendiri. Aku tak tahu macam mana nak jawab soalan kau ni. Kalau salah nanti,aku juga yang kena marah. Korang settlekan sendiri,ya. Aku nak balik ni. Dah janji dengan Yati nak keluar beli barang. Assalamualaikum.“ Fifi terus pergi meninggalkan Yazid sendirian. Yazid terpaku. Daripada apa yang dia dengar tadi,macam ada sesuatu yang tidak kena. Pasti Fifi menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dia akan siasat!


Fifi memberi salam sebelum masuk ke bilik. Kelihatan Yati baru selesai solat Zuhor. Setelah meletakkan begnya dia atas meja, dia mencapai tuala lalu menghilang ke bilik air. Sepuluh minit kemudian,Fifi masuk semula ke dalam bilik. Dia memerhatikan keadaan biliknya.“Mana yus dan Wanda?“
“Wanda date dengan Abang Anwar dia tu...“balas Yati. Fifi menggeleng. Baru tadi Yazid bertanya perihal gadis itu.“Aku nasihat dia tadi,dia buat pekak aje. Yus pula,balik rumah. Kan dia ada beritahu ayahnya suruh balik rumah hujung minggu ni. dia kirim salam kat kau.“ Beritahu Yati.
Fifi menepuk dahinya.“Alamak...aku lupalah. Waalaikumussalam. Tapi aku peliklah. Lagi beberapa hari kita nak exam. Kenapa ayah dia gesa dia balik,kan? Ada apahal?“ Fifi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Ha...aku tahu jawapannya...“sorak Yati. Teruja Fifi ingin mengetahuinya. “Apa kata dia balik nanti,kau tanya. Kau tanya aku ni, macamlah aku ni PA Yus.“ Fifi geram dipermainkan. Sikap Yati sama seperti Yusliza. Cuma Yati lebih kasar, berterus-terang dan kata-katanya lebih berbisa. “Dah, siap cepat. Dah pukul berapa ni. cepat pergi,cepatlah kita balik.“gesa Yati. Mencebik Fifi mendengarnya.
“Boleh percaya ke keluar dengan kau ni, boleh balik cepat?“ sindir Fifi. Yati tersengih. Yati kalau bershopping, jangan haraplah nak balik awal kecuali jika Yusliza menyertai mereka. Sekali digesa oleh Yusliza,terus dia mahu pulang.
“ Tunggu kejap. Aku nak solat dulu.“ Ujar Fifi lagi.


Yusliza termenung di mejanya. Yati pula sedang meringkuk menahan kesakitan. Sakit orang perempuan... Fifi pula sedang khusyuk menatap skrin laptopnya. Tersengih-sengih... Entah apalah yang dibacanya. Masing-masing bagaikan berada di dalam dunia sendiri. Suasana sunyi sepi.
Wanda menapak masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Mula-mula perlahan. Namun, lagu ’Bila Terasa Rindu’ yang dinyanyikannya menjadi semakin kuat. Memecahkan suasana sepi tadi. Sakit hati mereka dibuatnya. Yusliza bengang. Namun dibiarkan sahaja. Terus dia berbaring menekup telinganya dengan bantal. Fifi mengeluh kecil. Dicapainya earpnone lalu disumbatnya ke dalam telinga. Yati semakin geram.
“Wanda,boleh tolong senyap tak? Bisinglah! Kalau suara sedap tak apalah juga. Suara keldai lagi sedap daripada suara kau.”selamba Yati memarahinya. Dia menjeling sekilas ke arah Wanda.
“Biarlah. Aku nak nyanyi. Yang kau sibuk kenapa?” Wanda menjawab. Dia mencebik kea rah Yati sambil merungut- rungut sesuatu. Tidak puas hatilah tu.
Baran Yati mendengar jawapan itu. “Bising kau tahu tak! Aku sakit perut ni. tak ada mood nak dengar suara kau yang sumbang tu. So, janganlah nak memekak. Ada juga yang makan penampar aku nanti.” Yati memberi amaran.
Wanda masih tidak berpuas hati. Dia berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan Yati. “Hei, kau sakit perut ke, apa ke, aku peduli apa. Aku nak nyanyi. Suka hati akulah. Aku pun bayar yuran kolej tau. Kau ingat, bapak kau seorang aje yang bayar? Bilik ni bukan bilik kau seorang. Bilik aku juga!“ balas Wanda pula.
“Wei, bapak-bapak jangan main eh... kau...“ Yati sudah bangun dari pembaringannya. Jari telunjuknya hanya satu inci daripada wajah Wanda.
Fifi tidak tahan. Jika dibiarkan, pasti berlanjutan. Bukan sekali dua mereka berdua bertangkar. Boleh dikatakan hampir setiap minggu. Pernah dulu, mereka ditegur oleh jiran dari bilik sebelah kerana bising. Fif menanggalkan earpnone ditelinganya. Dia berpaling. “Wei korang! Boleh diam tak? Nanti tak pasal-pasal kena tegur dengan orang sebelah. Tak malu ke? Wanda, kalau nak nyanyi, slow la sikit. Kau Yati, sakit buatlah cara sakit. Jangan nak marah-marah orang sesedap rasa. Tegur elok-elok. Semua orang ada perasaan.“
“Entah...ini tidak, terus nak marah-marah orang.“ Wanda menyokong kata-kata Fifi.
“Kau tu, tak bising tak boleh ke? Melampau pula tu. Sampai main bapak.” Yati masih memarahi Wanda. Dia begitu geram dengan gadis itu. Kesabarannya benar- benar tercabar.
Yusliza menolak kuat kerusinya. Dia berdiri. “Ah...sudah,sudah! Aku tensionlah dengan korang ni!“ tengking Yusliza lalu keluar dari bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Masing-masing tergamam. Yusliza yang kurang bercakap sejak akhir-akhir ini tiba-tiba menengking mereka. Suasana bilik sepi semula. Tidak pernah Yusliza menengking mereka seperti itu. Biasanya kalau gadis itu marah, mereka akan disindir atau diberikan kata-kata yang menyakitkan hati.


Yusliza duduk termenung lagi. Menyaksikan ikan-ikan yang berenang-renang di dalam kolam. Duduk di bawah pancaran lampu, dan keadaan sekeliling yang terang membuatkan dia tidak takut bersendirian di situ.Terasa dirinya tenang kembali.
“Eh, Yus. Kau buat apa sorang-sorang kat sini? Nak join ikan tu?“ tegur satu suara. Yusliza menoleh. Kemudian, tersenyum melihat mereka. Semuanya berkain pelekat. Ada tokoh bapa-bapa orang ni. Dia ketawa sendiri.
“Uiks…ketawa sorang-sorang? Gila ke.”pintas Hafiz.
“Cakap baik-baik sikit. Aku tarik kain tu nanti.“ugut Yusliza. Sengaja dia berkata begitu. Sekadar menakut-nakutkan. Masing-masing tergelak.
“Kotor la kau ni.“tutur Hafiz kasar. “Tapi alang-alang ’anak ikan’ dah ada kat sini, bolehlah aku ngap kau je terus.“tambahnya lagi.
Terjerit Yusliza mendengarnya.“Kau lagi kotor plus lucah!“ dia cuba menyepak Hafiz. Namun, lelaki itu sempat mengelak. Bergelak sakan mereka melihat muka Yusliza yamg merah menahan malu.
“Ganas la kau ni. cancel la plan aku tadi“ Hafiz masih terus mengusik. Walaupun dia hanya mengenali Yusliza melalui Zaidi dan Hakim, dia tidak kekok untuk bergurau-senda bersama gadis itu.
“Hafiz!“marah Yusliza lagi. Tamparannya hinggap dilengan lelaki itu. Hafiz mengadu kesakitan. Yusliza berpuas hati. “Ni, korang dari mana ni?“
“Dari kafe. Pekena teh tarik sikit. Kau pula, buat apa kat sini?“tanya Hakim. Tidak puas hati apabila soalannya tadi tidak dijawab.
“Aku memancing”gurau Yusliza. Mereka saling berpandangan. Pelik dengan jawapan itu. Memancing? Malam-malam macam ni, di kolam,tapi…mana pancingnya? “Of course la aku lepak sini,release tension. Kau ingat aku bodoh, nak pancing ikan dalam kolam aje? Tak ada tempat lain?“ Yusliza merungkai kebingungan mereka. Kasihan pula apabila melihat mereka melopong mendengar jawapannya.
“Aku ingat kau memang macam tu“ selamba Basir menjawab. Geram juga apabila dipermainkan tadi.
“Ada mamat yang nak kena sekeh dengan aku ni.”seloroh Yusliza. Basir hanya mencebik. Berani ke?
Hafiz merupakan pelajar jurusan undang-undang sementara Basir pula dalam jurusan pendidikan. Mereka berdua merupakan teman sebilik Hakim dan Zaidi. Dari situlah mereka mengenali antara satu sama lain. Hafiz seorang yang selamba. Hobinya, suka menyakat. Lebih-lebih lagi dengan Fifi atau Yati, pasti disakatnya. Ada sahaja jawapannya apabila berlawan mulut dengan mereka derdua. Bakal peguamlah katakan. Basir pula mempunyai sifat pendiam. Sukar mahu diajak berbual. Tetapi, bila sudah berbual, susah pula hendak berhenti. Bila datang anginnya, suka buat lawak kongkang yang entah apa-apa.
“Asyik-asyik minum teh tarik. Tak kira pagi petang siang malam.“tegur Yusliza.
“Untuk kesihatan.“balas Hafiz sambil tersengih-sengih. Geli hatinya melihat jelingan tajam daripada gadis itu.
“Ni,pak cik. Budak sekolah rendah pun tahu tak elok untuk kesihatan. Lainlah air suam.“jelas Yusliza. Main-main pula pak cik-pak cik ni!
“Eh, suka-suka aje panggil kami pak cik. Eleh…perempuan pun sama aje. Kalau shopping, tak ingat dunia. Boleh bawa penyakit juga. Penyakit pening bila duit dah pokai.” sampuk Basir pula.
“Ni apa hal ni? Aku cakap pasal teh tarik. Pasal sejenis minuman. Yang kau merapu sampai masuk bab shopping ni kenapa?”bidas Yusliza. Kenapalah,mereka ni jauh menyimpang dari tajuk asal?
“Eh,sudah…sudah… sampai bila nak habis ni?”Hakim meleraikan keadaan. Jika dibiarkan,pasti jauh berlanjutan. Mujurlah tiada Fifi dan Yati bersama. “Yus, kami balik dulu. Nak study. Kau pun,jangan lama-lama kat sini. Pergi balik study. Lusa ada paper. Assalamualaikum.“pesan Hakim.
“Korang baliklah dulu. Aku nak borak dengan Yus kejap kat sini“ujar Zaidi. Yusliza sedikit hairan. Lelaki yang diam sejak tadi tiba-tiba menyatakan ingin berborak dengan dia? Ada masalah dengan Anisa,kah? Menjadi kebiasaan, selain abangnya, Zaidi akan meminta pendapat daripada Yusliza atau Fifi sekiranya hubungannya dengan Anisa bermasalah.
Hakim,Hafiz dan Basir meninggalkan mereka berdua. Yusliza duduk semula. Zaidi mengambil tempat di sebelah gadis itu. “Kau okey ke?“
Tersentak Yusliza mendengarnya. Dia memandang ke arah jejaka di sebelahnya. “Kenapa? Muka aku macam student yang bermasalah ke?“
“Apa yang aku nampak,macam itulah.“jawab Zaidi tenang. Yusliza tersenyum paksa. Dia mengembalikan pandangannya ke arah ikan-ikan yang sedang berenang-renang di dalam kolam.
“Nothing. Cuma tension sikit...“balas Yusliza. Segala apa yang berlaku di dalam bilik tadi diceritakan kepada Zaidi. Lelaki itu hanya tersenyum mendengarnya. Yusliza menjadi pelik dengan senyuman itu. Namun, dia meneruskan juga ceritanya.
Zaidi memberikan sedikit nasihat agar segalanya pulih seperti sediakala. Yusliza lega. Terasa kurang sudah beban difikirannya. “But I still don’t get it…” ujar Zaidi tiba-tiba.
“Maksud kau?” Yusliza memandang Zaidi. Meminta kepastian tentang kata-kata lelaki itu.
“Aku tak rasa itu aje problem kau. Aku rasa kau ada simpan problem yang lagi besar...“jawab Zaidi. Terkedu Yusliza seketika. Mati senyumannya.


Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.15 pagi. Yusliza pulang ke bilik. Kelihatan Yati dan Wanda sudah hanyut dibuai mimpi. Cuma Fifi yang masih setia di meja belajarnya.
Yusliza duduk di birai katilnya. Sesekali, dia memandang Fifi. “Fifi,aku mintak maaf sebab menengking korang tadi.“ Yusliza memulakan bicaranya. Entah kenapa, dia tidak dapat mengawal amarahnya tadi.
Fifi berpaling. Dia bangun lalu duduk di sisi Yusliza. “Kau kenapa,Yus? Ada problem ke? Kalau kau sudi, ceritakanlah pada aku“ Fifi memeluk bahu sahabatnya itu. Yusliza hanya menggeleng perlahan. ’Belum tiba lagi masanya,Fifi. Maafkan aku’ bisik hatinya sendirian.
“Tak mengapalah kalau kau tak mahu bercerita. But remember, kita start exam lusa. Jangan kerana masalah kau tu, exam kau terabai. Now,forget about your problem. Tumpukan pada exam dulu,ya. And then, baru boleh fikir hal lain.”nasihat Fifi. Terharu Yusliza mendengarnya. Dia mengangguk lemah.
“Thanks sebab ingatkan aku.”ucap Yusliza. Fifi tersenyun lalu beredar semula ke meja belajarnya. Memberi ruang kepada Yusliza untuk menenangkan dirinya. Yusliza berbaring di atas katilnya. Dia perlu merehatkan fikirannya seketika. Melupakan segala masalah yang dibawanya dan membawa masuk ilmu ke dalam otaknya agar dia memperoleh kejayaan kelak. Matanya dipejam rapat-rapat.

Thursday, October 1, 2009

Ku Terima Seadanya 2

Carilah seseorang…
Bila melihat wajahnya…kita gembira,
Mendengar bicaranya…kita ceria,
Merenung matanya…kita terasa damai,
Dan
Bila mendampinginya…kita tenang.
-Itulah teman yang sejati-


Suasana di banglo milik keluarga Zaidi begitu meriah. Tersenyum Datin Zaharah melihat keletah rakan-rakan anaknya. Fifi,Yusliza, Hakim,dan Wanda.
“Auntie,betul ke auntie tak kisah kami datang sini ni? Adi tu memang. Orang ajak buat discussion kat kolej je. Dia nak balik rumah juga. Mengada-ngada betul. Menyusahkan auntie je“rungut Fifi. Yusliza menyiku lengan Fifi. Minah ni...cakap tu bertapislah sikit. Depan emak dia pun kau nak kutuk anaknya. Datin Zaharah tertawa mendengarnya.
“ Apa yang susahnya. Auntie happy kamu semua datang. Auntie pun tinggal seorang kat rumah. Uncle dengan abangnya Adi, awal-awal lagi dah ke pejabat. Hujung minggu macam ni pun kena pergi pejabat.Adik-adik Adi pula, seorang tinggal kat asrama. Seorang lagi,jumpa kawan-kawan. Adi ni jenis jarang keluar rumah. Kalau keluar pun jumpa Anisa atau kawan-kawan. Itupun kadang-kadang Anisa dibawanya lepak dengan auntie kat rumah ni. Adi memang rapat dengan auntie.“ Ulas Datin Zaharah mengenai keluarganya. Fifi mengangguk mendengar bicara wanita itu.
“Yus,yang kau dok termenung dekat sinki ni kenapa? Angkat dulang air ni, bawa ke depan.“sergah Fifi. Terkejut Yusliza dibuatnya.
“Dah...aku tak tahu nak buat apa. Auntie berborak dengan Fifi, macam mertua dengan menantu. Malas Yus nak campur.“ Seloroh Yusliza. Datin Zaharah tertawa. Fifi mencubit pipi Yusliza geram.
“Hisy...hisy...malas betul anak dara ni. Lari suami nanti. Betul tak, auntie?:” Wanda sengaja mengenakan Yusliza.
“Habis tu, kalau tiap-tiap malam keluar,tukar-tukar jantan, semua lelaki nak la? Hipokrit!“bidas Yusliza lalu meninggalkan ruangan dapur sambil membawa dulang air. Terkejut Datin Zaharah mendengarnya. Namun,dibiarkan sahaja. Dia terus menuruti Yusliza. Wanda hanya menahan malu.
Fifi mendekati wanda. “yang kau ni, tiba-tiba nak tuduh orang pemalas tu kenapa? Aku rasa kau tu yang pemalas. Dari tadi tak nampak batang hidung kat dapur ni. Bila semua dah siap, baru datang. Nak tolong la kononnya.“ Perli Fifi pula lalu meninggalkan Wanda.


Fifi dan Yusliza jalan bersama di belakang sementara Wanda,Zaidi dan Hakim mendahului mereka berdua di hadapan.Fifi sibuk membalas mesej-mesej dari kawannya manakala Yusliza sempat lagi membaca novel sambil berjalan. Novel Kalau Ada Jodoh yang dibelinya dua minggu lalu belum sempat dihabiskan.
“Kesian aku dengan Yazid. Setia je tunggu kau” Hakim bersuara. Kini, dia sudah boleh berbual dengan Wanda. Itupun kerana mereka perlu bekerjasama dalam menyiapkan tugasan. Masing-masing memasang telinga mendengar perbualan mereka.
“Aku tahu. Aku pun suka dia. Mana ada aku layan lelaki lain lebih daripada dia.“dengan bangga Wanda berkata. Fifi dan Yusliza saling berpandangan. Kemudian, mereka tergelak besar. Hakim, Wanda dan Zaidi memandang ke arah mereka.
“Ni apahal pula budak berdua ni? Kenapa ketawa? Apa yang lawak?”sapa Zaidi. Tercuit juga hatinya melihat dua gadis itu tergelak sampaikan airmata pun turut mengalir.
“Entah apa-apalah korang ni. Gelak kuat-kuat. Malu aje. Behave yourself.“ Wanda pula menambah.
“Wei mangkuk,kau tu yang patut be yourself, yang selalu memalukan kami. Bukan kitaorang yang kena behave ourself.”jawab Fifi bersama sisa tawanya. Wanda terdiam. Dia terkena lagi.
“Sudah..sudah…jom cepat sikit. Dah malam ni. badan aku dah melekit ni“ sampuk Hakim. Sengaja dia berkata begitu. Tidak mahu pergaduhan itu berterusan. Semakin lama dia semakin mengenali tiga gadis itu. Wanda yang selalu berlagak baik, Fifi yang sering membidasnya dan Yusliza yang sentiasa bersedia dengan kata-kata pedasnya.


“Kenapa Abang Ari lambat?“soal Zaidi sebaik sahaja abangnya,Zairi tiba.
“Sorrylah. Papa nak jumpa tadi. Fasal projek kat JB tu.“jelas Zairi. Dia tersenyum melihat anggukan faham daripada adiknya. Senyumannya tidak lama apabila melihat seorang gadis masuk ke dalam keretanya. Terkejut dia melihatnya.
“Ni kawan Adi,Yus.Adi ajak dia. Sorry tak beritahu. Ajak spontan.”terang Zaidi apabila melihat abangnya terpinga-pinga. Sejurus kemudian, kereta Perdana V6 itu terus meluncur pergi.
Masing-masing menyepi. Hanya kedengaran suara DJ di corong radio. “Kenapa Yus senyap aje dari tadi” Zairi memecahkan kesunyian. Dia pelik dengan kebisuan Yusliza. Menurut apa yang pernah diceritakan oleh mama dan adik-adiknya, mereka cukup senang dengan Fifi dan Yusliza. Mereka itulah,mereka inilah. Tapi Yusliza sekarang ni, tiada apapun yang menarik.bicaranya sendirian.
“Orang tengah marah. Memanglah senyap.”usik Zaidi sambil ketawa. Lelaki itu kemudiannya terjerit kecil apabila lengannya dicubit.
Yusliza menarik telinga zaidi pula.”Kan aku dah cakap,aku tak nak ikut. Tapi kau paksa aku juga. Kenapa tak ajak Fifi? Tak pun,awek kesayangan kau tu, si Wanda.”marah Yusliza. Dia melepaskan tangannya. Sakit hatinya apabila melihat zaidi tersengih seperti kerang busuk.
“Kau aje yang boleh tolong aku.aku dah ajak Fifi. Tapi dia menolak. Kau tahulah kan Fifi tu. Aku kena marah dengan dia sebab aku paksa dia. Si wanda tu, tak payahlah. Nanti tak pasal-pasal,duit aku yang habis. Bukan menolong aku” Zaidi cuba menerangkan sebaik mungkin. Moga-moga kau faham,Yus.doanya dalam hati.
“Aku ni baiklah?Kau jangan ingat aku tak banyak mulut, kau boleh paksa aku sesuka hati. Aku pun ada garangnya. Kau tu je yang belum nampak” Yusliza masih tidak berpuas hati.
“Ala…kaulah kawan aku. Tolonglah,ya.”pujuk Zaidi. Satu lagi sikap Yusliza yang baru diketahuinya. Sukar dipujuk.
“Kaukan pernah cakap yang kau tak suka aku. Kenapa ajak aku?”Yusliza tidak mengendahkan pujukan Zaidi tadi.
Zaidi mengeluh. ”I’m sorry. Aku silap. Tapi itu dulu. Aku dah ubah tanggapan aku terhadap kau sejak kau tolong urutkan tangan aku dulu. Aku dapat terima diri kau, dan semakin mengenali diri kau.“pengakuan ikhlas dari Zaidi. Benar,sejak hari itu, dia semakin memahami dan mengenali Yusliza dalam diam. Terdiam Yusliza mendengarnya. Suasana sepi kembali.
“Sudah...sudah...macam ni. Lepas ni, Abang Ari belanja makan. Jangan gaduh-gaduh,okey?“ Zairi yang hanya membisu sejak tadi mula bersuara. Biarlah suasana tegang tadi berlalu pergi.
“Suka hati koranglah. Aku ikut aje.“akhirnya, Yusliza mengalah. Tak mengapalah. Apa salahnya dia menemani Zaidi dan Zairi. Hanya perlu membantu mereka memilih hadiah sahaja. Dia pun tak luak apa-apa.
Zaidi tersenyum. Lembut juga hati gadis itu. ”Thanks,Yus. Sayyanggg…kau. Mmuaahhhh…” ucapnya.
”Wei,kau buat macam tu lagi, aku tumbuk muka kau. Eee...geli..“ ugut Yusliza. Zaidi tergelak kuat. Zairi hanya tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Seronok betul adiknya mengusik gadis itu


“Minggu depan, ayah nak Yus balik rumah. Ada hal yang ayah nak cakap. ” beritahu Encik Rahman.
Yusliza hairan dengan permintaan ayahnya itu. Daripada cara percakapan itu,seperti ada sesuatu yang serius.“Ada apa,ayah?”soal Yusliza.
“Yus balik dulu. Nanti ayah beritahu. Ayah tak nak cakap sekarang. Anak ayah tengah buat apa tu?“ lembut suara Encik Rahman bertanya. Dia cukup sayang dengan satu-satunya anak daranya itu,memandangkan dua lagi anaknya adalah hero. Dalam keluarga,Yuslizalah racun,Yuslizalah penawar.
“Baru lepas mandi. Tadi keluar kejap dengan kawan,ayah. Si Zaidi tu paksa Yus.“Yusliza mengadu. Lupa sudah akan perihal yang ingin diberitahu oleh ayahnya tadi. Encik Rahman hanya tertawa mendengarnya. Dia kenal kawan-kawan anak gadisnya itu. Zaidi,Hakim,Fifi,Yati dan Wanda. Sesekali ada juga mereka berbual melalui telefon. “Ayah ni...dia ketawa pula. Sukalah tu anak dia dibuli“ rungut Yusliza lagi.
Encik Rahman tertawa lagi. Manja betul anak dara aku sorang ni. katanya sendirian.“Takkanlah Adi nak buli Yus. Mesti ada sebab dia paksa Yus. Anak ayah ni je yang manja lebih.“usik Encik Rahman. Di hujung talian,kedengaran anaknya merungut kecil. “Yus,jangan selalu mandi malam. Sakit nanti siapa yang susah? Lain kali kalau nak keluar,pilih kawan yang betul. Kalau si Adi tu, ayah tak kisah. Ingat pesan ayah ni. jangan kawan dengan orang yang bukan-bukan. Yus perempuan, jaga diri elok-elok. Jaga maruah diri,maruah keluarga...“ nasihat Encik Rahman panjang lebar.
“Yusliza tersenyum memanjang mendengarnya. “Baik,Tuan.“jawab Yusliza lalu ketawa. Oleh kerana dialah satu-satunya puteri Encik Rahman, hubungan mereka berdua rapat. Abang dan adiknya pula lebih rapat umi. Kadang-kadang Yuslizalah yang menjadi sasaran apabila abang dan adiknya ingin membodek sesuatu daripada ayah mereka. “Okeylah ayah. Yus nak solat. Lain kali Yus call lagi. Minggu depan insyaALLAH Yus balik. Kirim salam kat umi.“
“Baiklah. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum.“ Encik Rahman dan Yusliza mengakhiri perbualan mereka. Talian dimatikan. Yusliza termenung seketika. Permintaan ayahnya tadi kembali berlayar difikiran. Hal apa yang ingin dibincangkan oleh ayahnya? Penting sangat ke? Apa ya? ‘Ah, balik nanti aku tahulah.’ bisiknya sendirian.


“Bukan main rapat Abang Ari dengan Yus tadi. Siap berbisik-bisik. Jealous Adi tengok.”tegur Zaidi sewaktu dia menemani abangnya ke kereta. Jarak usia yang tidak terlalu jauh membuatkan mereka akrab. Apa sahaja rahsia mereka kongsi bersama.
Zairi terkejut dengan teguran adiknya itu. Namun kemudian, dia tersenyum sendiri. Mengingati Yusliza membuatkan hatinya tiba-tiba menjadi senang. “Abang suka dia.“ucap Zairi tanpa berselindung lagi.Zaidi terkedu seketika. Kemudian, dia tersenyum.
“Adi dah agak. Adi perasan tadi. Kalau boleh abang nak berkepit je dengan dia. Sampai Adi kat sebelah dia pun, abang nak menyelit“sakat Zaidi. Bulat mata Zairi mendengarnya. “But...why she?Ramai lagi gadis di luar sana yang lebih sesuai dengan Abang Ari“ duga Zaidi. Dia hairan. Punyalah ramai gadis yang tergila-gilakan abangnya itu, Yusliza juga yang dia tersangkut.
“I don’t know. Perasaan tu datang sendiri. Abang Ari pun tak tahu, kenapa abang tertarik dengan dia.”luah Zairi. Zaidi hanya mendengar luahan hati abangnya itu.“Dia dah ada boyfriend?“soal Zairi lagi.
“Entahlah. Dia tu sukar nak diramal. Dia suka simpan rahsia sendiri. Tapi daripada apa yang Adi lihat,macam tiada.“jelas Zaidi. Zairi semakin tertarik. Rahsia apakah yang disimpan oleh gadis itu. Dia tersenyum sendiri
“Abang semakin ingin mendekati dia. Kalau boleh,biarlah abang disisinya untuk dia luahkan segala yang ada dihatinya. Biarlah abang menjadi tempat untuk dia ketawa dan menangis.”
“Aik...baru kenal dah macam tu sekali perasaan abang pada dia?“tanya Zaidi hairan. Tidak sampai sehari kenal, dah nak lakukan apa sahaja untuk gadis itu.
“Pelik,kan? Tapi itulah yang abang rasa sekarang.“terang Zairi.
“Hai Adi. Kau dari mana? Siapa ni?“tegur Wanda tiba-tiba. Dia melemparkan senyuman menggoda bersama lenggok tubuhnya kepada Zairi. Zairi hanya tersenyum hambar.
“Hai. Aku baru balik dari beli barang. Kenalkan,abang aku,Abang Ari. Abang Ari, ni Wanda. Classmate Adi.“jelas Zaidi. Dipehatikan Wanda yangv seakan-akan cuba menggoda abangnya.
“Kau keluar tak ajak aku pun. Jahat tau!“rengek Wanda sambil memukul lengan Zaidi. Zaidi hanya mengangkat bahunya. Perempuan ni...pantang nampak yang kacak dan berkereta!
“Okeylah,aku naik dulu. See you again. Bye”Wanda berlalu pergi apabila merasakan kehadirannya tidak dilayan oleh dua beradik itu. Mereka berdua hanya mengangguk.
“Siapa tu? Gedik semacam je abang tengok.” Tanya Zairi.
“Wanda. Classmate merangkap roomate Yus. Berminat ke?“usik Zaidi.dia tahu,abangnya tidak akan berminat dengan gadis seperti itu.
“ Hisy...tak berminat abang. Tengok gaya macam kaki kikis aje. Gatal“ jawab Zairi. Tergelak Zaidi mendengarnya.
“Abang Ari tak gatal ke? Adi tengok sama aje. Kalau cakap fasal Yus, berseri-seri muka tu”Zaidi masih terus mengusik abangnya.
“Pandailah kau. Saja nak usik abang. Kau lagi gatal daripada abang. Dah ada Anis. Kerja pun belum lagi,dah nak bercinta. Abang Ari ni, sorang pun tak dapat lagi...“ balas Zairi sambil mengenakan adiknya pula.
“Abang memilih sangat.“pintas Zaidi.
“Yelah tu. Dahlah, abang nak balik. Dah malam ni. makin lama abang kat sini, makin galaklah kau mengata abang.“ujar Zairi. Tergelak Zaidi mendengarnya. “Jangan lupa hujung minggu ni“pesan Zairi lalu masuk ke dalam keretanya.
“Nanti Adi cuba risik si Yus tu untuk abang.“sempat lagi si Zaidi berbisik dengan abangnya.
Zairi membesarkan matanya.“Jangan mak memandai. Okey, abang balik dulu.“Zairi menghidupkan enjin Perdana V6 mamanya lalu meluncur pergi meninggalkan adiknya.


Fifi senyap di katilnya. Lagu Hindustan yang sedang berkumandang di radio langsung tidak diendahkan. Kebiasaannya, jika ada lagu hindustan, pasti Fifi akan turut menyanyi atau menari mengikut rentaknya. Tapi tidak hari ini. Fifi berbaring sambil menutup mukanya dengan bantal. Hairan Yusliza melihatnya.
“Kau kenapa,Fifi? Senyap aje. Selalunya kau yang menjadi gangguan kepada tidur Yati.“soal Yusliza. Dikerling ke arah Yati yang sememangnya sering tidur awal. Jarang Yati tidur pada jam dua belas dan ke atas. Namun, satu kelebihan Yati. Apabila dia mengulangkaji pelajaran, dia akan menumpukan perhatian sepenuhnya. Tidak hairanlah jika gadis itu mendapat CGPA 3.5 keatas setiap semester. Yusliza menoleh kearah Fifi semula setelah menyedari panggilannya tidak diendahkan.
“Fifi, kau okey ke?”tanya Yusliza lagi. Dia bangun melangkah mendekati Fifi di katilnya. Tetap tiada respan daripada Fifi. Yusliza menarik bantal yang menutupi wajah Fifi. Niatnya yang hanya ingin bergurau bertukar apabila melihat Fifi sedang menangis di balik bantal tersebut.
“Fi,kau kenapa? Kau jangan buat aku takut.“cemas Yusliza melihat keadaan Fifi. Tanpa sedar,Fifi memeluk Yusliza erat. Dia memerlukan seseorang untuk meredakan rasa sedihnya. Yusliza hanya membiarkan. Sahabatnya sedang bersedih. ‘Biarlah,mungkin Fifi memerlukan masa untuk memberitahunya’ bisiknya sendirian.
“Yus,aku sedih sangat. Semester ni,dia semester akhir. Lepas ni, mesti aku tak dapat jumpa dia lagi.“ Luah Fifi tanpa berselindung. Terkedu Yusliza seketika. “Tadi aku jumpa dia. Dia tanya aku satu soalan. Soalan yang sama sewaktu pertama kali kami bertemu. Aku marah, sedih, kecewa. Aku marah pada diri sendiri yang masih tidak dapat melupakan dia. Sedih kerana kau yang selalu ditanyanya dan kecewa kerana dia tak pernah nak selami dan fahami hati aku. Banyak kali aku bagi hint. Tapi dia tetap tak sedar. Kan bagus,kalau aku adalah kau.“
Menitis airmata Yusliza mendengarnya. Sekejap sahaja masa berlalu. Diam-diam, mereka sudahpun berada di semester empat. Yusliza mengerti siapa ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Fifi. “Syhh...stop crying, please. Jangan jadi aku. Jadi diri kau sendiri.”Yusliza cuba memujuk. Diusap-usap bahu Fifi,memberi gadis itu satu kekuatan. Tangisan Fifi mulai reda lega Yusliza melihatnya. Pelukan dileraikan.
“Kau kena redha dengan apa yang berlaku. Kalau dia jodoh kau, InsyaALLAH, kau akan bertemu semula dengan dia. Kalau bukan, kau kena terima ketentuan-NYA. DIA maha adil. Mungkin ada yang lebih baik untuk kau.“nasihat Yusliza. Jauh di sudut hatinya,dia mengiakan kata-kata Yusliza. Namun,dia kalah dengan perasaannya sendiri. Nampak sahaja tegas.sehinggakan Zaidi pun mengalah melihat kemarahannya. Sebenarnya,hatinya lembut dan mudah terluka.
“Kau tak perlu jadi aku. Kerana hidup aku pun tak seindah seperti yang orang lain sangka.“tambah usliza lagi. Fifi terpinga-pinga seketika. Apa maksud kata-kata Yusliza itu?
Wanda masuk ketika Fifi ingin bertanyakan sesuatu kepada Yusliza. Wanda terkejut melihat Fifi dan Yusliza. Kenapa mereka menangis? “Fifi,kenapa dengan kau? Kau okey?”soal Wanda bertalu-talu. Yusliza bangun menuju ke meja belajarnya. Sememangnya hubungan antara Yusliza dan Wanda tidak rapat. Lihat sajalah tadi. Hanya Fifi yang ditanya. Sedangkan Yusliza yang sedang mengelap airmata langsung tidak ditegur.
Fifi memandang Wanda. Dia tersenyum kecil. ‘Risau juga dia kat aku’ desis hatinya. “Aku okey. Cuma tension sikit. Kau dari mana ni?“ tanya Fifi sekadar berbasa-basi.
“Aku keluar shopping dengan Abang Anwar tadi.”tersenyum-senyum Wanda bercerita tentang barangan yang baru dibelinya tadi.
Mendengar sahaja nama Anwar, Fifi dan Yusliza mula menarik muka masam. Menyampah betul mereka dengan lelaki itu. Lelaki itu bukan lelaki yang baik untuk Wanda. Sering mereka menasihati Wanda agar menjauhkan diri daripada Anwar. Namun, nasihat mereka tidak pernah diendahkan. Malah, semakin kerap mereka keluar bersama.
“Tadi aku jumpa Zaidi dengan abang dia kat bawah. Boleh tahan juga abang dia. Handsomelah. Berkenan aku.“beritahu Wanda. Begitu teruja dia bercerita.
“Kau tu semua yang handsome kau nak kebas.“marah Fifi tiba-tiba. Geram dia dengan perangai Wanda yang materialistik dan selalu inginkan yang sempurna. “Yus yang baru balik outing dengan mereka pun tak cakap apa-apa, kau yang cuma kenal seminit dah melebih-lebih.“sambung Fifi lagi. Terkejut Wanda mendengarnya. Yus keluar dengan mereka?