Tuesday, July 5, 2011

Cukuplah Sekali 2

Usai solat subuh, Azi turun ke bawah. Kelihatan album-album gambarnya kemas tersusun. Pasti Sufi yang mengemas. Dia berlalu menuju ke dapur. Tangannya lincah mengemas sambil menyediakan sarapan.
Setelah siap melakukan kerja-kerja di dapur, Azi menuju ke ruang tamu lalu duduk di sofa. ’Manalah si Sufi ni. Lewat pula dia bangun hari ini. Mentang-mentanglah hari ini kedai di buka sedikit lewat.’omelnya sendiri. Salah satu album miliknya di capai.


Suliraz Cake. Kedai kek yang kami buka bersama
-Sufi, Yuli, Maira dan Azi-
Semoga ia terus maju


Sufi, Yuli, Humaira dan Azi. Empat sahabat sejak di bangku sekolah lagi. Dengan adanya kesepakatan antara mereka, Suliraz Cake ditubuhkan. Memandangkan Azi, Yuli dan Humaira mempunyai kerjaya masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan segala pengurusan kedai tersebut kepada Sufi. Namun, sesekali mereka akan turun padang juga untuk membantu Sufi.


Pertama kali mendengar namanya, aku tertanya-tanya bagaimana dia
Pertama kali melihat gambarnya, aku sering terbayang wajahnya
Pertama kali bertemu dengannya, GULP! Aku jatuh cinta
Semoga jodoh yang diatur ini kekal hingga ke akhir hayat
AMIN...


Senyuman Azi mati melihat wajah tampan itu. Wajah lelaki cinta pertamanya. Hatinya mula pedih, membayangkan setiap saat peristiwa itu.

****************************

Oh tidak!!!...Azi menjerit dalam hati. Emak sudah mula bising lagi. Bukan sebab anak daranya malas membantu mengemas dan memasak. Tetapi sebab Anak daranya seorang ni tak kahwin-kahwin lagi. Aduhai…penting sangat ke semua tu?
“Ayah tengoklah anak ayah tu. Ina cakap, dia buat tak tahu aje. Geram betul! Adik dah ada anak satu. Dia calon pun tak ada lagi…” Ayah selamba. Sekejap aje dia menoleh ke arah Azi. Kemudian, matanya kembali pada kaca televisyen. Ada perlawanan badminton..
Zalina merengus geram melihat perangai anak-beranak itu. Terus dia berlalu ke dapur meninggalkan keduanya.
“Pot pet...pot pet... dah orang tu tak nak kahwin, nak buat macam mana. Ayah yang nak ni, dia tak bagi pula.”seloroh ayah perlahan. Azi tergelak kuat. Dia menampar perlahan lengan ayahnya.
“Azi, kalau kamu nak tutup mulut mak tu, ikut aje cakap ayah. Janji?”tiba-tiba saja ayahnya berkata begitu. Berkerut dahi Azi mendengarnya.
“Ayah nak buat apa?”
“Jangan banyak soal. Ikut aje.”
“Suka hati ayahlah. Azi nak ke dapur.” Azi bangun meninggalkan ayahnya keseorangan di ruang tamu. Takkanlah ayah hendak melakukan sesuatu yang bukan-bukan.

****************************


Dua bulan kemudian...

“Aku terima nikahnya…..”
Setelah menerima pengesahan daripada saksi, selesai sudah ijab dan Kabul. Humaira tertunduk sambil mengalirkan airmata. Sayu hatinya ketika ini.
“Kau apahal,Maira? Menangis mengalahkan Azi. Orang lain yang menikah, dia pula yang over menangis.“tegur Yuli. Dia menggosok-gosok lembut lengan Humaira untuk cuba memberi ketenangan pada gadis itu.
“Macam-macam aku rasa sekarang ni. Azi dah jadi milik orang. Kita semua dah tak macam dulu lagi. Kalau dulu, kita boleh lepak sama-sama bila-bila masa kita suka. Tapi sekarang, Azi dah ada tanggungjawab. Kita semua dah tak macam dulu lagi.“sayu kedengaran suara Humaira.
Yuli dan Sufi tersenyum. Dalam hati mengiakan kata-kata itu. Tapi, takkan selamanya mahu hidup membujang? Setiap orang pastinya berkeinginan untuk mendirikan rumahtangga. “Kalau tak hari ni, suatu hari nanti, kita semua akan mempunyai keluarga masing-masing. Kalau bukan aku dulu pun, mungkin Yuli, mungkin juga kau. Apa yang penting, aku harap sangat yang persahabatan kita tak akan terputus.“ Harapan Azi. Yuli dan Sufi serentak mengangguk. Humaira kembali senyum walau masih ada riak kesedihan pada wajahnya.
“Zikri kau mana Maira?“soal Sufi. Humaira menjeling tajam ke arah sahabatnya itu. Azi dan Yuli sudah ketawa berdekah-dekah.
“Janganlah benci sangat. Nanti kalau dah tersayang sangat, aku juga yang susah.“tegur Sufi lagi.
“Apahal pula kau yang susah?“
“Yelah, sayang sangat, sampai berdating 24 jam. Kedai macam mana? Tak laratlah aku nak handle sorang.” Sekali lagi bilik itu riuh dengan gelak ketawa.
“Azi, duduk elok sikit. pengantin lelaki nak masuk. Boleh dia duduk bersuka ria dalam bilik ni?“bebel emak. Azi and the geng tersengih ajelah...
Masih dia ingat lagi. Waktu itu, hubungan Humaira dan Zikri masih belum baik. Zikri terus mengejar Humaira yang terus ’berlari’. Sufi dan Yuli gemar mengusik sehinggakan bilik pengantin Azi terus riuh dengan gelak ketawa.


Gambar perkahwinan aku dan dia
- Azi love Zarif-


“Saya nak berterus-terang. Mengenai perkahwinan ni...saya cuma mahu mencari seorang ibu untuk anak saya. Saya harap, awak dapat menjaga mereka dengan baik, sepertimana ibu mereka menjaga mereka sebelum ni. Dan... terima kasih kerana sudi dengan perkahwinan ini“
Itulah kata-kata ‘romantis’ suaminya pada malam pertama mereka. Dalam hatinya, Hanya ALLAH saja yang tahu. Lelaki itu bukan mahukan dirinya sebagai isteri. Dalam erti kata lain, lelaki itu hanya mahukan dirinya sebagai seorang pengasuh untuk menjaga anak-anaknya. Malam itu, Azi tidur sendirian. Entah di mana Zarif tidur.
Zarif Irfan. Duda anak dua. Perkahwinan mereka diakhiri dengan perpisahan buat selama-lamanya apabila isterinya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Itulah info yang dia peroleh daripada ayah. Oh ayah, apa yang ayah dah buat ni? Akhirnya, Azi tertidur bersama linangan airmata.

***************************

Azi menangis sendirian. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia tidak menyangka rupa-rupanya, Zarif ’terpaksa’ menerima cadangan uminya. Kalaulah dia tahu, pasti dia akan menolak dulu.


Hari bahagia Yuli dan Azhar
Akhirnya, cinta mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan


Tapi hari tersebut juga merupakan hari yang menyedihkan Azi. Kesakitan di hati yang Zarif tidak pernah ketahui dan ubati.


“Lebarnya sengih dapat kahwin dengan Azhar.“usik Azi. Yuli menampar kuat bahu sahabatnya itu. Akhirnya, setelah puas berbincang, mereka sepakat untuk melangsungkan perkahwinan tahun ini juga. Alhamdulillah.
“Mana suami dan anak-anak?”
“Err…mereka tak dapat datang. Tak berapa sihat. Zarif kirim salam aje.“ Azi tersenyum penuh kepalsuan. Ya, Yuli pasti tentang itu. Ada sesuatu yang tidak kenakah?
“Kau okey ke, Azi?“
“Aku okey. Tak ada apa. Kenapa?“dia pula yang bertanya. Yuli hanya menggeleng perlahan.
“Sweet couple dah datang.”usik Azi. Humaira malu-malu di sebelah Zikri. “Zikri, tahniah atas pertunangan korang. Sorry tak dapat hadir. Lagi satu, hati-hati,ya. Jangan makan kek Humaira lagi.“
“I rela, Azi makan kek tu. Asalkan dia tak tinggalkan I.” tulus ucapan dari bibir lelaki itu. Tersentuh Hati Azi dan Yuli mendengarnya.
Berbulan-bulan berusaha, akhirnya Humaira menerima Zikri. Seminggu selepas Humaira menerima lamaran lelaki itu, terus mereka bertunang. Menurut Zikri, takut Humaira terlepas ke tangan orang lain. Geli hati Azi, Yuli dan Sufi mendengarnya. Hasil perbincangan antara keluarga Humaira dan Zikri, mereka akan disatukan hujung tahun ini. Alhamdulillah.
Perbualan mereka terganggu dengan deringan bunyi telefon. Segera Azi menjawab panggilan tersebut. “Ibu…”suara comel itu menangis di hujung talian. Azi tergamam, kalut. Buat pertama kalinya anak itu memanggilnya ibu. Tapi, mengapa menangis? Panggilan dimatikan. Segera Azi meminta diri untuk pulang.
“Kirim salam kat Sufi. Tak sempat aku nak jumpa dia kat sini.“
Azi bergegas pulang ke rumah. risau mendengar suara-suara comel itu menangis. Sakitkah mereka?
“Kenapa lama sangat pergi? Budak dah lapar ni.“tegas Zarif bersuara. Itulah kata-kata pertama Zarif ketika Azi sampai.
“Kenapa tak panaskan? Saya dah siapkan semuanya.“balas Azi seadanya. Sejak dia berhenti kerja, segala keperluan suami dan anak-anak dia yang sediakan. Jika dia perlu ke kedai kek, segalanya akan disediakan terlebih dahulu.
Ya, Azi sudah berhenti kerja atas permintaan Zarif. Sungguh berat hatinya ketika menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Encik Hilmi. Namun antara kerjaya dan keluarga, dia pilih keluarga. Kini, selain menguruskan rumahtangga, masanya yang terluang digunakan untuk membantu Sufi di Suliraz Cake.
“Mana saya tahu awak dah sediakan. Dah, pergi bagi anak-anak saya makan.” Aduh…sakitnya hati. Rasa macam nak menangis. Azi terus berlalu ke dapur.
“Ibu…mamam…”pinta anak kecil yang membawa bantal busuknya sambil menarik-narik baju kurung Azi.
“Ya,sayang. Kejap lagi, Ibu siapkan. Pergi duduk dulu.”
Kanak-kanak itu menggeleng. “Nak ukung”
Tidak sampai hati mahu menghampakan permintaan itu. Azi mendukung sambil memanaskan makanan yang siap dimasak pagi tadi lagi.
“Eh,awak gila ke? Masak sambil dukung budak. Kalau apa-apa jadi pada anak saya? Awak nak bertanggungjawab ke?“marah Zarif. Panas hatinya melihat gadis itu memanaskan makanan sambil mendukung anaknya. Segera diambilnya Luqman daripada Azi.
“Papa, jomlah kita pergi KFC ke, McD ke...bosanlah makan kat rumah aje.“ Pinta Asilah,anak sulung Zarif. Baru berusia 7 tahun. Tapi petah berbicara.
“Tapi kan dah masak ni...“
“Tak nak...jomlah papa. Kita ajaklah Mak cik sekali. Jomlah mak cik, ajak papa ni.” Azi hanya tersenyum tawar. Anak-anak itu melonjak girang apabila papanya bersetuju. Azi hanya memandang sepi sup yang sudapun mendidih.
“Err...Ibu dah kenyang. Asilah pergi dengan papa dan Luqman,ya.“ujar Azi. Asilah memuncung.
“Ibu ikut. Dia gurau aje tu. Dah Asilah, tak mahu merajuk.“ Zarif berkata sambil menjeling Azi tajam. Jelingan yang berjaya menghiris hatinya.
Maafkan aku Maira sebab tak dapat datang pada hari pertunangan kau. Bisik Azi sendirian sambil mengusap lembut gambar Humaira.


Hari pertunangan Maira.
Cantik dia
Tapi aku tak dapat datang sebab hal keluarga.
Hanya gambar ini yang dapat ku simpan sebagai kenangan

1 comment:

Unknown said...

Ooh sedih nyer kisah hidup si azi ni,. .
..
Cepat sambung ok!