Friday, December 10, 2010

Ku Terima Seadanya 23




FIFI WAHIDAH

Fifi termenung sendirian. Perasaan rindu bertandang di dalam dirinya. Dia rindukan kawan-kawan, pensyarah, dan Hamidi. Terkenangkan Hamidi membuatkan Fifi teringat akan perbualannya bersama Yati, Azrul dan Yusliza.
“Actually,aku dah tahu yang Abang Midi suka kau...“
“Kau tak cakap pun.“pintas Fifi lalu menepuk peha Yusliza. Bengang gadis itu dibuatnya.
“Aku belum habis cakap lagi.“marah Yusliza. Fifi tersengih. Yusliza terus menyambung bicaranya. “Ingat tak masa kita sibuk nak buat assignment dulu, aku ada hal kat JB. Tinggal kau dengan Suresh aje.“
Masing-masing terangguk-angguk mengingati peristiwa itu. Cuma Azrul yang tidak berapa tahu mengenai hal itu.
“Bila aku balik dari JB, aku ada cakap dengan kau yang Abang Midi tu suka kat kau. Kau aje yang tak nak percaya.”jelas Yusliza lagi.
Fifi ingat akan kejadian itu. “Kau suka bergurau. Sebab tu aku tak percaya. Abang Midi tu pun...macam tak ada perasaan kat aku.“
“Memang aku suka bergurau. Tapi tak semua yang aku guraukan itu tak benar. Kadang-kadang aku serius. Tapi korang yang anggap aku bergurau.“luah Yusliza.
“Habis tu, kenapa kau lari lepas cakap macam tu?“soal Fifi lagi.
“Sebab aku tahu, kau tak akan percaya. Lagipun, aku tak nak jadi orang tengah. Kalau aku tak lari, mesti dah cium bantal. Tak pun ada kesan cubit kat lengan ni.“ujar Yusliza.
“Memang Abang Midi dah lama admire kau. aku dah nasihat, terus-terang. Tapi dia tak nak. Takutlah, malulah... Bila aku cakap jejaka handsome cuba tackle kau, kelam-kabut dia. Entah dari mana dia dapat keberanian, akhirnya dia luahkan juga.” Azrul tergelak besar dengan kenyataannya. Yusliza, Fifi, dan Yati hanya memandang. Azrul yang menyedari dirinya diperhatikan tersipu malu.
“Oo…kaulah spy dia!”tegas Fifi. Azrul tersengih-sengih.
“Kalau tak ada malam tu, semuanya tak akan berlaku.“sayu Yusliza bersuara.
“Malam apa?”soal mereka bertiga serentak.

___________________________________________________


“Abang Midi, Yus nak sampaikan amanah orang. Dia cakap,dia…err… dia sukakan abang.”ujar Yusliza tanpa berselindung.
Hamidi tersentak. “Siapa? Yus?“soal Hamidi sekadar ingin mengusik.
“Eee...tak naklah. Abang Midi ni bukannya handsome sangat.“selamba Yusliza mengkritik. Padahal jejaka itu sering mendapat perhatian di kalangan pelajar perempuan di kolej. “Hisy...minta dijauhkan. Apalah Fifi ni. kenapalah dia minat sangat dengan mamat perasan ni...“ Yusliza menekup mulutnya. Dia terlepas cakap!
Berubah air muka Hamidi mendengarnya. Dia menoleh ke arah Khairuddin. Kemudian,memandang Yusliza semula.
Yusliza tergamam melihat riak terkejut Hamidi. Rasa bersalah hadir dalam diri. Dia memukul –mukul mulutnya sendiri.
“Abang Midi, anggap aje tak dengar apa-apa tadi.“ujar Yusliza.
Hamidi memegang tangan Yusliza agar gadis itu tidak terus memukul mulutnya sendiri. Yusliza gementar.
“Betul ke apa yang Abang Midi dengar tadi?“tanya Hamidi.
Yusliza memejamkan matanya. “Err…abang anggap mimpi ajelah. Yus…”
“Tolong jawab dengan jujur. Betul ke apa yang abang dengar tadi?”
Yusliza rasa seperti ingin menangis. Timbul rasa bersalah pada Fifi. Namun, kerana tidak tahan dengan desakan Hamidi, Yusliza akhirnya mengangguk.
“Thanks,Yus.”ucap Hamidi. Yusliza terkejut. Hilang segala rasa takutnya tadi. Spontan dia memandang Hamidi, menginginkan penjelasan daripada lelaki itu.
Setelah berbual panjang, barulah dia tahu bahawa Hamidi dan Fifi saling mencintai. Kerana malu untuk berterus-terang, mereka membiarkan hubungan yang sepatutnya sudah lama terjalin terbiar begitu sahaja.
“Kak,buat apa tu. Senyum sorang. Ingat kat boyfriend?”usik Zainudin lalu duduk di sebelah kakaknya.
“Hisy...ada pula. Ingat zaman muda-mudi dulu.“jawab Fifi.
“Oh, sekarang ni dah tualah?“
Dua beradik itu terus bergurau senda.

_________________________________________________________

MUHAMMAD HAKIM

“Malam ni along tak keluar?“tegur Atilia yang tiba dari dapur bersama secawan kopi panasnya.
“Tak. Malaslah. Lagipun yang lain semua nak rehat kat rumah malam ni. Maklumlah, ada anak bini...“balas Hakim lalu mencapai mug adiknya. “Mana yang lain?“
“Yang lain ikut abah dengan ibu, pergi rumah Tok Su Ali. Ada kenduri. Dia kan baru dapat cucu.“jawab Atilia.
Hakim tersenyum kecil. “Tok Su dah dapat cucu. Kalau ikutkan, abah dan ibu lebih tua daripada dia. Tapi dia dah jadi atuk.“
“Erm...nak buat macam mana. Along tu lambat sangat kahwin. Mak Long Anah yang lebih muda dari along tu kahwin dulu.“ujar Atilia. Hakim menjeling adiknya. Hasanah merupakan anak sulung kepada Tok Su Ali, juga sepupu kepada bapa mereka, Pak Cik Harun.
Telefon bimbitnya berbunyi. Hakim segera menjawab. “Okey... malam esok kita plan semula... okey… jangan lupa, 9.00 malam. Assalamualaikum.”
“Along, tak penat ke? Siang kerja. Malam buat part time pula. Kalau ikutkan, gaji along tu dah cukup. Tak payah buat part time. Jaga kesihatan, jangan asyik kerja aje.“ Atilia khuatir sekiranya sesuatu berlaku pada alongnya.
Hakim tersenyum. “ Nak cari duit lebih, angah. Abah dan ibu tak pernah mengeluh mencari duit untuk along. Apa salahnya along kerja lebih sikit untuk bantu mereka lepas ni. Seratus tahun along kerja pun belum dapat membalas jasa-jasa mereka terhadap along selama ni. Lagipun, along ingat nak hantar abah dan ibu pergi haji. Sebelum ni, mereka asyik keluarkan duit dari tabung haji untuk menyekolahkan along. Apa salahnya lepas ni, along penuhkan balik tabung mereka tu untuk mereka tunaikan hasrat dan impian mereka.”
Atilia kagum mendengarnya. Rasa sebak pun ada. Kalaulah lelaki dihadapannya ini bukan abangnya, pasti dia akan menjadikan lelaki seperti itu sebagai teman hidupnya.
“Thanks along. Along dah menyedarkan angah tentang semua tu. Tentang abah dan ibu. Angah janji, angah akan belajar betul-betul dan mengikut jejak langkah along.”
“Baguslah. Kalau gitu, along nak kahwin lambat la. Biar angah jadi andartu. Kesian Ilham. Lama lagi la,dia nak tunggu anak dara Pak Cik Harun ni.” usik Hakim lalu tertawa.
“Along ni...“ Atilia mula tarik muka. Dicubit alongnya yang galak mentertawakannya. “Along ni...orang kawan aje la...“
“Iyelah tu kawan. Balik UKM sama-sama, balik kampung sama-sama. Semua sama-sama. Ingat along tak tahu? Along ada spy tau!”
“Dah…satu kampung. Balik sama-sama la. Nanti duduk satu kampung, tapi sombong.” Atilia terus mempertahankan dirinya.
“Iyelah dik oii…suka hatilah. Kawan ke, apa ke, janji angah pandai-pandai jaga diri, jaga maruah keluarga. Itu aje pesan along. Okeylah, along nak tidur.”
“Eh,along. Lupa nak beritahu. Petang tadi Kak Ijah ada call. Dia kirim salam. Dia pesan, jaga kesihatan. Dia tak call handset along ke?“ soal Atilia sedikit hairan.
“Tak. Dia tak nak ganggu along kerjalah tu.” Mengingati gadis itu, Hakim tersenyum sendiri.
“Memahami betul Kak Ijah tu.”puji Atilia. Dia tidak kisah siapa pun pilihan alongnya. Asalkan gadis itu tahu menjaga diri dan menghormati keluarga. Tambahan pula, setelah mengetahui gadis itu yatim piatu, Atilia bertambah kasihan dan sayang akan gadis itu. Lagipun, Khadijah gadis yang baik. Sekiranya Hakim tiada, dia tidak kekok untuk berbual-bual dengan abah dan ibu serta adik-beradik Hakim yang lain di telefon. Ada ketikanya, dia merasakan dia lebih sayangkan Khadijah berbanding alongnya sendiri. Entah kenapa...dia sendiri tidak pasti.
“Em...tak apa, nanti along telefon dia semula.“ujar Hakim tiba-tiba. Dia terus berlalu menuju ke biliknya. Terhenti lamunan Atilia tadi.
“Along, ada soalan lagi ni.”jerit Atilia. Langkah Hakim terhenti.
“Apa cerita dengan Abang Adi, Kak Fifi, Kak Yus, Kak Yati, dan Kak Wanda? Senyap aje semua. Busy ke?”tanya Atilia.
Hakim tersedar. Dia berisytihfar perlahan. Dia terlupa akan khabar rakan-rakannya. “Entahlah,along pun tak tahu.“balas Hakim. Dia terus berlalu ke bilik.
Atilia diam. Dia pelik. Tak tahu? Ada sesuatu yang berlaku pada hubungan mereka semuakah?

______________________________________________________

ZAIDI

“Semua barang dah ada, Adi?“ tanya Datin Zaharah sambil membelek-belek beg-beg yang berada di situ.
“Dah,ma. Adi dah check dengan Zai tadi. Semua dah ada.“balas Zaidi. Dia kemudiannya menarik Anisa menjauhi ahli keluarganya yang lain.
“Kenapa abang bawa Anis jauh dari family abang?“ soal Anisa pelik. Dia membalas renungan Zaidi. Anisa terpaku seketika. Renungan itulah yang membuatkan tidurnya tidak lena. Yang telah mengikat hatinya pada satu-satunya lelaki di hadapannya kini.
“Nanti mesti abang rindukan Anis. Sebab tu abang nak tengok muka Anis puas-puas. Sure Anis tak nak ikut?”ucap Zaidi cukup romantis. Anisa tersipu-sipu malu. Dia memukul lembut lengan Zaidi.
“Abang ni ngada-ngada la. Dua minggu aje pun abang pergi bercuti. Bukan Anis tak nak ikut. Tapi Anis dah janji dengan umi nak tolong dia. Sorry.”jelas Anisa.
Zaidi sedikit kecewa mendengarnya. “Tak apalah kalau macam tu. Jaga diri baik-baik. Abang sayang Anis.”
Anisa tersenyum mendengarnya. Satu lagi sebab mengapa dia begitu menyayangi Zaidi. Kerana lelaki itu selalu menyayanginya. “Anis pun sayang abang. Ingat, sampai sana nanti, jangan gatal-gatal nak cari perempuan lain.“
Zaidi tersenyum senang mendengar amaran dari Anisa. Cemburu, tandanya sayang. “Kalau abang nak menggatal jugak?“ sengaja Zaidi ingin menduga.
Anisa berdiri bertentangan dengan Zaidi. Dia tersenyum. “Kalau abang nak menggatal jugak, bayang-bayang Anis pun abang tak akan nampak lagi.“
Zaidi terkedu. Tak mungkin, Anis. Abang sangat sayangkan Anis. Tak mungkin abang menduakan Anis. Lirih hati Zaidi. Dia menggeleng perlahan. Anis tersenyum lagi. Faham akan maksud gelengan itu. Mereka berdua kemudiannya beriringan menuju ke arah ahli keluarga Zaidi apabila kedengaran pengumuman jadual penerbangan.
“Adi, jaga Zai dan Nini baik-baik. Ingat tu. Mama cakap lepas konvo baru pergi. Boleh mama ikut sekali. Ni tidak, degil nak pergi sekarang.“bebel Datin Zaharah. Masing-masing hanya tersengih. Dah letih mendengar bebelan mamanya sejak minggu lepas lagi.
“Baik,puan. Saya ingat. Okeylah, kami pergi dulu.“selepas bersalaman, Zaidi, Zaini dan Zainizah melangkah pergi. Datin Zaharah dan Anisa tersenyum dari jauh melihat kegembiraan tiga beradik itu.
Anisa merasakan pandangannya kabur. Segera dia memejamkan matanya rapat. Datin Zaharah yang hairan melihat reaksi gadis itu menarik lembut gadis itu menghampirinya.
”Anis okey? Tak sihat ke?”soal Datin Zaharah. Anisa hanya menggeleng. Mereka segera meninggalkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

__________________________________________________


NUR WANDA

Puan Naimah menghampiri anak gadisnya yang sedang termenung. “ Makan ya,sayang. Mak masak sup ayam kegemaran Wanda.”
Wanda memandang sayu ibunya. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Wanda kembali merenung kosong ke arah halaman rumahnya.
“Janganlah macam ni. Nanti Wanda sakit. Dah dua hari Wanda tak makan.“ Puan Naimah terus memujuk. Namun, Wanda tetap begitu. Langsung tidak mengendahkan kata-kata ibunya.
“Wanda, jangan macam ni. Wanda tak sayang mak ke? Tak sayang ayah, abang, kakak dan adik-adik?“ bicara Puan Naimah dalam sendu. Simpati dia dengan nasib yang menimpa Wanda. Menitis airmata seorang ibu melihat keadaan anaknya yang semakin susut dan seakan tiada semangat untuk meneruskan kehidupannya.
Wanda terpana mendengar pertanyaan itu. Dia melentokkan kepalanya di bahu Puan Naimah. Airmatanya mengalir perlahan. Mak, tolong Wanda. Wanda nak dia...
“Mulakan hidup baru ya,nak.“ Puan Naimah mengusap lembut rambut anaknya.
Encik Bukhari hanya melihat dari jauh. Sedih. Itulah perasaannya sekarang. Kalau dulu, dia begitu malu dengan tindakan Wanda. Kini, dia sedih dengan nasib yang menimpa anaknya itu. Encik Bukhari terus memerhati ke arah anak dan isterinya.
“Kak Wanda, makanlah. Ni semua salah Man. Man minta maaf,kak.“ Salman meminta maaf. Wanda hanya menyepi.

No comments: