Sunday, July 25, 2010

Ku Terima Seadanya 21




“Wei korang,aku balik dulu. Kalau ada apa-apa hal, contact aku. Thanks sebab hantar aku kat bawah ni. Lepas ni mesti aku rindu gila-gila kat korang.“ucap Fifi bersama rasa sebaknya. Hampir menitis airmatanya tatkala mengucapkan selamat tinggal.
“Jangan...“pantas Hakim menyangkal kata-kata Fifi. “Jangan gila dulu. Kalau nak rindu tak apa. Tapi jangan jadi gila. Nanti aku nak kahwin dengan siapa?“ Hakim berpura-pura menangis. Hinggap satu cubitan di lengannya. Yusliza dan Wanda hanya tertawa.
“Aku pun dah nak gerak ni. Aku sayang korang. Thank you so much. Rasa macam banyak masa yang dah aku sia-siakan. Dah nak tamat pengajian, baru aku kenal korang.”ucap Wanda pula. Yusliza sebak. Terus dia merangkul kedua-dua sahabatnya itu.
Hakim hanya memerhati. Hai…perempuan…perempuan…sikit-sikit menangis. Semalam, ketika Yati dan Zaidi mahu berangkat pulang pun mereka beria-ia menangis. Macamlah tidak akan bertemu lagi. Teknologi semakin canggih. Telefon, SMS, E-mail…semua sudah ada. Bukan susah. Rungut Hakim di dalam hati.
“Dahlah tu. Boleh banjir kolej ni kalau korang asyik nak menangis aje. Bukannya tak jumpa lagi.”Hakim cuba mengubah suasana. Malang nasibnya apabila cubaannya itu dibalas dengan pukulan serentak daripada Fifi dan Wanda.
“Hakim,ingat tau. Kalau lima tahun lagi kau dan aku masih single and available, kita kahwin ajelah. Tapi kalau aku dah berpunya, kau lupakan aku aje.” pesan Fifi.
Hakim menjeling. “That’s mean,aku kena tunggu kau la. Banyak cantik. Lebih baik aku lupakan kau terus daripada kecewa di kemudian hari!“
“Hisy...sudah...sudah. Family kau dah tunggu tu. Pergilah. Asyik nak bertengkar aje!“ Yusliza mula rimas mendengar Fifi dan Hakim yang sudah mula merapu itu.
“Aik?... Macam menghalau aje.”gurau Wanda. Masing-masing tergelak.
“Bukan menghalau. Aku tak larat nak dengar budak dua ekor ni merapu!“ balas Yusliza.
“Suka-suka aje panggil kitaorang ni ’dua ekor’. Apa,ingat binatang ke?“rungut Hakim. Dia bergurau sebenarnya.
Yusliza tersentak. Binatang? Riak wajahnya mula berubah. Namun,cepat-cepat dia senyum. “Wanda,jaga baby elok-elok. Kalau baby girl, namakan dia Yusliza…”
“Kalau lelaki,nama Hakim.”potong Hakim.
“Jangan! Tak sedap nama tu.“sengaja Yusliza berkata begitu. Hakim masam mencuka.
“Okey. Take care. Bye korang.“
Fifi dan Wanda berangkat pergi. Tinggallah Yusliza dan Hakim.
“Tinggal kita berdua aje. Aku balik esok. Kau?“tanya Yusliza.
“Samalah. Esokkan hari Sabtu,hari cuti. Family aku datang ambil aku esok.“ jawab Hakim.
Yusliza mula melangkah meninggalkan kawasan parkir. Hakim beriringan dengannya. “Tadi kau kata nak beritahu aku sesuatu. Apa dia?“
Hakim tersenyum malu. Yusliza hairan. Apahal mamat ni? “For your information, aku sekarang ni dalam proses mengenali hati budi seseorang.“ujar Hakim tanpa berselindung lagi.
“Siapa?“soal Yusliza agak terkejut. Selama ini, Hakim tidak pernah menyatakan yang hatinya telah terisi. Inilah...buat pertama kalinya. Bukan senang Hakim ni jatuh cinta.
“Tapi kau mesti janji, jangan gelakkan aku.“pinta Hakim sambil mengangkat tangan. Seolah-olah sedang berikrar.
Yusliza menggeleng. “Apahal pula aku nak ketawa? Aku gembira lagi ada sebab kawan aku bahagia. Cakaplah,siapa dia?“
“Err...dia...Khadijah. Adik Abang Din.“bicara Hakim sedikit gugup. Yusliza sedikit tersentak. Tak pernah pula nampak mereka berdua ni rapat!
“Aku terkejut sikit. Tapi aku tak heran sebab memang dah boleh agak. Kau tu,selalu tersasul nama dia. Mula-mula dulu, aku anggap memang kau tak sengaja. Tapi bila dah terlalu kerap, aku syak juga. Cuma malas nak sound. Nanti salah pula.“ kata Yusliza. Hakim hanya tersengih malu.
“Kau jagalah hubungan tu baik-baik. Ijah gadis yang baik. Kalau kau betul-betul suka dia, ikhlas menyayangi dia,aku sokong kau. Aku doakan, semoga hubungan korang sampai ke jinjang pelamin, dan kekal hingga ke akhir hayat.“ Ikhlas ucapan Yusliza dari hati. Jauh di sudut hati, Hakim berasa bertuah kerana bersahabatkan Yusliza. Yus, semoga kau juga mendapat seorang jejaka yang kau hargai dan menyayangi kau buat selama-lamanya. Itu doa aku. Desis hati Hakim.
Hakim menghentikan lamunannya tadi. Dia memandang Yusliza. timbul idea untuk mengenakan gadis itu. “Kau ni…cakap macam beri wasiat aje. Apa…ni pesanan terakhir kau ke?” Hakim tergelak-gelak.
Yusliza menjeling. “Mungkin. Siapa tahu?“balas Yusliza ringkas.
Tawa Hakim terhenti. Menyesal pula dengan gurauannya tadi. Kata-kata Yusliza tadi mendatangkan sedikit gentar dalam dirinya. YA ALLAH...KAU panjangkanlah umur sahabat-sahabatku. Agar kami boleh bersatu kembali satu hari nanti... Bersama kebahagiaan dan impian yang kami inginkan selama ini. AMIN.
“Yus,aku nak tanya kau lah.“
“Apa dia?“
“Siapa lelaki yang selalu datang jumpa kau tu?“
Yusliza terdiam. Dia memandang Hakim. Pandangannya kosong. Apa yang harus aku jawab? Akhirnya, Yusliza terus pergi meninggalkan Hakim sendirian. Terpinga-pinga lelaki itu dibuatnya.


“Hai kakak.“sapa Yusrizal sebaik saja keluar dari kereta. Yusliza terlopong seketika. Sejak bila adik aku ni reti bawa kereta?
“Adik, adik nak bawa kakak ni, ada lesen ke?“soal Yusliza. Buatnya ada sekatan jalan raya nanti,tak ke susah?
“Eleh...mestilah ada. Kakak ingat. Kakak aje ada lesen? Adik pun ada tau. Tengok ni.“lantas Yusrizal mengeluarkan lesen memandu dari dompetnya. Terbeliak mata Yusliza melihatnya.
“Bila ambik?“
“Lepas SPM. Saja tak nak beritahu. Nak buat surprise.”balas Yusrizal. Yusliza mencebik.
Dua beradik itu segera memasukkan barang-barang ke dalam kereta. “Kenapa bukan ayah dan umi yang jemput kakak?“tanya Yusliza.
Yusrizal serba salah. “Emm...ada tetamu kat rumah.“
Yusliza hanya mengangguk faham. Tidak pula dia ingin tahu siapa tetamu itu. Pasti teman ayah dan umi. Setelah selesai memasukkan semuanya, Yusliza membuka pintu ingin masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba, satu suara memanggilnya.
“Ada apa kau panggil aku,Man?“soal Yusliza sambil berjalan menjauhi Yusrizal. Melihatkan tingkah Razman yang serba tidak kena membuatkan Yusliza pelik.
Razman lantas menghulurkan sesuatu kepada Yusliza. Patung beruang panda yang dibelinya suatu ketika dahulu. Yusliza teragak-agak untuk menyambut pemberian itu.
“Ambillah. Aku dah lama beli beruang panda ni untuk Kau. Sesuai. Sama-sama comel.”puji Razman. Yusliza tersenyum malu. “Tapi sayang, kita tiada jodoh. Daripada aku simpan, lebih baik aku bagi pada orangnya.”tutur Razman lembut. Sejuk hati mendengarnya. Lelaki itu memang baik. Bertuah gadis yang bakal memilikinya. Aku?... Adakah aku tidak bertuah kerana menolak cintanya?
“Tapi Man, aku… Kau boleh bagi pada orang lain. Seseorang yang lebih baik daripada aku.” Yusliza cuba mengelak untuk menerimanya.
Pantas Razman menggeleng. “Aku beli untuk kau. Sebab tu aku beri pada kau. Kalau aku nak beri pada orang lain, aku akan beli yang lain. Tolong jangan menolak,Yus. kau anggap aje hadiah ni sebagai tanda persahabatan daripada aku.“ jujur Razman berkata. Yusliza terharu. Disambut juga huluran lelaki itu. Setelah berbual dan berbalas salam, Yusliza dan adiknya bertolak meninggalkan kawasan kampus.
Yusliza merenung patung beruang panda yang baru diterimanya. Fikirannya melayang pada si pemberinya tadi. Seandainya dirinya belum terikat dengan sesiapa, pasti dia akan memilih untuk tidak menolak cinta lelaki itu. Walaupun ketika itu tiada cinta di hatinya. Apalah gunanya mencintai tapi tidak pernah dihargai. Hanya bertepuk sebelah tangan. Kata orang,cinta boleh dipupuk. Bahkan ada pepatah menyebut, carilah teman yang menyintaimu lebih daripada kamu menyintainya. Itu pasti membahagiakan.
“Siapa lelaki tadi?“ Yusrizal menyoal. Hilang semua pepatah dan kata-kata orang tadi. Tersentak Yusliza dibuatnya.
“Kawan kakak.“Yusliza menjawab pendek.
“Really? Emm...macam ada apa-apa aje. Besar beruang panda tu. Kawan? Macam kekasih.”duga Yusrizal.
“Taklah dik. Dah, jangan pandai-pandai nak serkap jarang. Drive carefully. Fokus!“beria-ia Yusliza berkata.
Yusrizal tersenyum. “Ya,adik tahu. Kakak kan dah bertunang. Kalau berkasih dengan orang lain, mana nak letak Abang Bad,kan? Lagipun,dah lama bertunang. Mesti dah sayang,kan?“ujar Yusrizal. Dia menjeling ke arah kakaknya.
Berubah air muka Yusliza mendengarnya. Sayang? Yusliza mengeluh kecil. Tidak lama lagi, dia akan dinikahkan dengan Badrul. Perasaan sedih pula menghampiri. Kenapa begini jalan hidupnya?
“Kakak tak nak tahu siapa yang datang rumah kita?“
“Siapa?Yusliza pelik dengan pertanyaan tiba-tiba adiknya itu.
“Bakal mertua kakak.”
Yusliza terjerit. “Ha? Kenapa mereka datang?”
Yusrizal terdiam seketika sebelum memulakan bicara. Perlahan-lahan, dia menghela nafasnya. “Tadi, adik sempat dengar perbualan mereka. Mertua kakak nak cepatkan tarikh perkahwinan. Kalau boleh, dalam bulan ni juga.“
Seakan terhenti degupan jantung Yusliza mendengarnya. “Apa, nak cepatkan? Tapi kenapa?”
“Entahlah. Yang tu, adik tak tahu. Adik tak sempat dengar sebab tiba-tiba aje, ayah dam umi panggil suruh jemput kakak.”jelas Yusrizal. Tiba-tiba, Yusliza menangis. Terkejut Yusrizal menlihat reaksi kakaknya itu. Segera dia menghentikan kereta yang dipandunya itu di bahu jalan. Yusrizal bersandar di kerusinya.
“Sebenarnya,apa yang dah berlaku,kakak?”soal Yusrizal mulai serius. Yusliza memandang adiknya. Diseka airmatanya yang menitis.
“Jadi apa?“ Yusliza tidak faham. Soalan adiknya agak pelik.
Yusrizal membalas pandangan kakaknya. “Memang adik ni lelaki,kak. Tapi tak bermakna adik tak tahu perasaan kakak.“ Yusrizal memulakan bicara. Yusliza hanya mendengar. Menanti kata-kata seterusnya.
“Kak,walaupun adik tak suka si Maya tu, adik tak tergamak nak menghina dia sebegitu sekali. Apatah lagi mencederakannya. Tapi kenapa dia buat kakak adik macam tu? Kenapa mesti samakan kakak dengan beruk? Kakak adik ni manusia,bukan binatang!“luah Yusrizal penuh emosi. Yusliza tergamam. Adiknya sudah tahu!
“Kalau dia tak sayang,janganlah dihina. Kakak ni, kakak Ijal. Ada hati, ada perasaan,ada akal. Kenapa kakak tak beritahu ayah dan umi fasal semua ni?“ sambung Yusrizal lagi.hampir menitis air matanya ketika menuturkan kata-kata itu. Yusliza sahajalah kakak yang dia ada. Yusliza memeluk erat adiknya. Sungguh, dia terharu mendengarnya.
“Kenapa kakak buat macam ni? Kenapa kakak terima?“ Yusrizal menyoal lagi.
“Sebab kakak sayangkan ayah,sayangkan umi, sayangkan abang dan adik.“ itu sahaja jawapan yang mampu diberikan.
Yusrizal menggeleng. “Tapi kenapa menyeksa hati dan perasaan sendiri,kak?“ yusrizal menggoncang kuat tubuh Yusliza.
“Kakak tak tahu,dik. Kakak sendiri tak faham. Apa yang kakak tahu, kakak tak nak ayah dan umi tersentuh hati atau terluka dengan penolakkan kakak...“
“Kak,kalau apa-apa jadi,ayah dan umi akan tetap terluka. Mereka akan salahkan diri mereka kelak!“ Yusrizal berkata sedikit kuat.
“Kalau tak nak mereka terluka, doakan semoga kakak bahagia bersama dia,dik.“ Entah ikhlas atau tidak ketika Yusliza menuturkan perkataan ’bahagia’ itu.
Yusrizal mengalah. Dia mengangguk perlahan. Simpati tertumpah di situ. Kakak akan bahagiakah suatu hati nanti? Yusrizal tahu,kakaknya sudah nekad dengan keputusan yang diambil. Yusrizal redha...
“Macam mana adik tahu?“
Yusrizal memandang kakaknya. Dia mula menceritakan tentang perbualan yang didengarinya. Ketika itu, dia ingin ke stor sukan untuk mengambil barang. Tiba-tiba, dia terdengar perbualan di antara dua orang lelaki. Rupa-rupanya, guru tersebut merupakan guru praktikal di sekolahnya dan juga bekas pelajar di situ.
“Kakak kenal Adam dan Fadli?“ Yusrizal meminta kepastian.
Yusliza mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil. “Mereka classmate kakak. Merangkap wakil sekolah untuk pasukan bola sepak yang diketuai oleh Abang Bad.”terang Yusliza. Eh, apasal aku gelar dia ‘abang’ ni? Arghh…lantaklah. Depan adik aku aje…
“Handsome tak mereka sekarang,dik?”soal Yusliza. Yusrizal menjeling tajam ke arah kakaknya. Mulalah tu…Ulat bulu dah naik daun…
Yusliza tersenyum geli hati.

No comments: