Tuesday, July 20, 2010

Ku Terima Seadanya 20



Peperiksaan berlangsung dengan selamat. Sekejap sahaja masa berlalu, tanpa disedari mereka telah selesai menduduki semua kertas peperiksaan. Hakim Dan Zaidi melonjak gembira. Tapi kegembiraan itu sedikit tergugat apabila mengenangkan Yati yang sudah bersenang-lenang sejak kelmarin lagi. Hisy...macam tu pun nak dijadikan isu!
Malam itu, sekali lagi pertemuan diadakan. Masalah yang dihadapi oleh Wanda,perlu diselesaikan bersama-sama. Minggu hadapan, mereka semua akan pulang ke rumah masing-masing. Kalau nak diikutkan, mereka boleh pulang esok. Namun, mereka telah merancang untuk bercuti bersama sebelum masing-masing pulang ke rumah.
“Yus mana?“soal Zaidi. Yang ada pada malam itu hanyalah dia, Hakim, Yati dan Fifi. Anisa tidak dapat hadir kerana perlu menjalani latihan di hospital.
“I’m not sure. Lepas balik dari exam petang tadi, dia ada balik bilik kejap. After mandi, solat...dia blah. Aku pun tak tahu dia ke mana. Cuma di pesan, teruskan plan malam ni. tak payah tunggu dia.“jawab Fifi seadanya.
Wanda tertunduk. “Dia benci aku agaknya.“
Semua mata tertumpu ke arahnya. “Jangan fikir yang bukan-bukan. Maybe, dia betul-betul ada hal.” Hakim berkata. Entah-entah berkaitan dengan lelaki dulu tu… teka Hakim sendirian.
Zaidi mengeluh perlahan. “Terus-terang aku cakap Wanda,dalam kepala otak aku ni, kalau aku jadi kau, aku gugurkan aje kandungan tu.“ujar Zaidi. Semua terkejut mendengarnya.
“Tapi bila aku fikirkan semula, aku boleh cakap macam tu sebab aku lelaki. So, aku tak rasa bagaimana sakitnya dan betapa sayangnya untuk membunuh baby yang tidak bersalah.“sambung Zaidi lagi.
Semuanya menarik nafas lega. Nasib baik Zaidi berfikir lebih daripada sekali!
“Tahu pun!“gerutu Fifi sambil menjeling. Lelaki...pandai bercakap aje. Mereka tak pernah dan tak akan merasa,mana mereka faham.


Yusliza meluru ke arah sekumpulan lelaki yang sedang seronok berbual. Dia menolak kasar salah seorang daripada lelaki tersebut. Tersungkur lelaki itu di hadapan rakan-rakannya.
“Wei, apa ni!“ bentak lelaki itu. Dia bangkit dengan bantuan rakannya. Lelaki itu berpaling untuk mengetahui siapakah gerangan yang berani cari fasal dengannya.
“Hoi setan! Aku nak, kau bertanggungjawab terhadap Wanda. Kau dah buat dia mengandung, lepas tu senang-senang aje kau tinggalkan dia. Kau mesti bertanggungjawab. Kalau tak, aku report polis!“ugut Yusliza. turun naik nafasnya menahan rasa geram dan marah.
Anwar tergelak besar. Bergema kawasan itu dengan gelakkannya. “Pergilah. Kau nak tuduh aku apa? Aku rogol dia? Huh...kau tak ada bukti. Lagipun Wanda yang bagi aku. Takkan aku nak tolak. Rezeki dah ada depan mata.“sinis Anwar berkata sambil berjalan mendekati Yusliza. Rakan-rakannya yang lain hanya menurut dari belakang.
Yusliza gementar. Dia mengundur ke balakang perlahan. Tiba-tiba, Anwar memegang pergelangan tangannya. “Kau ni pun...boleh tahan. Kawan-kawan, malam ni kita enjoy.“teriak Anwar. Rakan-rakannya bersorak girang. Yusliza semakin berdebar.
Pangg! Satu tamparan hinggap di pipi Anwar. Menyirap darah lelaki itu apabila diperlakukan begitu. Terlepas tangan Yusliza daripada pegangan lelaki itu.
“Kau ingat! Kau pun ada keluarga. Kalau kau boleh buat pada anak orang, tak mustahil suatu hari nanti, orang lain akan buat perkara yang sama pada kau!“jerit Yusliza.
Segera Yusliza berpaling untuk pergi. Namun, tangannya direntap kasar. Tubuhnya ditarik. Kini, dia berada di dalam pelukan Anwar. Meronta-ronta Yusliza minta dilepaskan. Namun, apalah dayanya jika dibandingkan dengan tenaga lelaki itu.
Kedua-dua belah tangan Yusliza digenggam kejap. Bibir Anwar rakus menghinggap di sekitar leher Yusliza. Terjerit-jerit Yusliza meminta pertolongan.
“Hoi!“sergah satu suara. Masing-masing terkejut. Mereka menoleh. Kelihatan sekumpulan lelaki menghampiri mereka. Kali ini, bilangannya lebih ramai.
Anwar dan rakan-rakannya lari bertempiaran. Yusliza kaget. Dia turut berlari. Namun, lariannya sempat ditahan oleh seorang lelaki.
“Tolong...tolong jangan apa-apakan saya...“rayu Yusliza dalan sendu.
Lelaki itu kelihatan kalut melihat tangisan itu. “Jangan risau,Yus. Kami tak akan apa-apakan awak. Malah, kami datang untuk bantu awak.”ujar lelaki itu.
Yusliza terkedu. Macam mana dia tahu nama aku? Namun, persoalan itu dibiarkan terus berlegar di fikirannya.
Yusliza di bawa ke sebuah gerai makan. Setelah memesan minuman, beberapa orang lelaki duduk mengelilinginya. Jantungnya berdegup kencang.
“Kenapa Yus pergi tempat macam tu?“soal lelaki tadi.
Yusliza takut-takut. Dia memandang lelaki itu. “Err…saya…saya nak jumpa lelaki tadi.”
“Kekasih kau ke?”lelaki lain pula bertanya. Yusliza hanya menggeleng. Dia menyedut air minuman di hadapannya untuk mengurangkan rasa debarnya.
“Lain kali, jangan pergi lagi. Kawasan sini, bahaya.”pesan lelaki itu.
“Saya cuma nak dia bertanggungjawab. Dia dah rosakkan masa depan kawan saya! Anwar mesti bertanggungjawab terhadap anak tu.” Yusliza bernada keras. Mereka yang lain hanya mendengar.
“Tak guna,Yus. Anwar tu, bukan lelaki yang baik. Dah ramai anak dara orang yang dia dah rosakkannya. Awak tahu tak yang awak dah membahayakan diri awak? Sudahlah. Awak duduk dulu. Kejap lagi dia datang.“
Yusliza diam. Dia merenung lelaki itu. “Macam mana awak tahu nama saya?” soalnya pelik. Lelaki itu hanya tersenyum. Dia bangun lalu mendapatkan rakannya yang lain. Yusliza kembali menyepi. Tak nak jawab, sudahlah…
“Kat sana tu. Hampir-hampir kena dengan Anwar and the geng. Nasib baik kami cepat.”bicara satu suara. Yusliza menoleh. Tergamam dia melihat Badrul ada di situ. Dia berlagak tenang.
Badrul mendekati Yusliza. Dia berdiri bersebelahan dengan gadis itu. “Jom balik.“ Badrul menarik tangan Yusliza. Yusliza hanya menurut.
“Thanks Joe.“ucap Badrul.
“Its okey. Kau pun dah banyak tolong aku. Kalau tak, entah ke mana aku sekarang ni.”lelaki bernama Joe itu tersenyum sambil menepuk belakang Badrul.
“Okeylah. Aku ada hal dengan budak-budak aku ni. Aku pergi dulu. Kahwin nanti jangan lupa jemput aku.”ujar Joe. Dia memandang Yusliza. “Yus, jangan buat lagi. Kalau ada masalah, beritahu saya. InsyaALLAH, saya akan tolong.“pesan Joe. Yusliza hanya tersenyum kecil lalu mengangguk.
Badrul memandangnya. Rasa geram terhadap Yusliza. kau ni nak tunjuk hero ke hah! “Okeylah. Kami pergi dulu.“ Badrul terus menarik Yusliza ke kereta.
“Masuk!“arah Badrul. Yusliza hanya menurut. Takut juga dia melihat wajah bengis tunangnya itu. “Kau gila ke? Jumpa gangster? Kalau apa-apa jadi...“
“Kalau apa-apa jadi pada saya, awak juga yang untung.“balas Yusliza berani
“What do you means, Yusliza?”
“Maksud saya, kalau saya dibunuh pun, lagi bagus. Tak payahlah awak kena berkahwin dengan saya ni!“
“Yus,apa yang kau cakap ni?“marah Badrul.
“Saya cakap apa yang betul. Kalau mati,…”
“Aku tak nak kau mati! Aku nak kau... aku sayang kau. aku nak kau jadi milik aku.“jerkah Badrul. Ditumbuk stereng kereta di hadapannya. Yusliza terdiam. Ganasnya.
“Huh,lelaki sama aje! Penipu. Suka permainkan perasaan perempuan.”ulas Yusliza.
Badrul tidak terkata. Sukarnya jatuh cinta pada insan yang telah membenci kita…
“Kau akan jadi milik aku,Yus. Aku akan lakukan apa saja untuk itu. Sama ada cara halus atau kasar. Jadi, jangan sesekali cabar aku.“ Badrul seakan memberi amaran. Yusliza hanya membisu. Badrul menghidupkan enjin keretanya lalu memandu membelah kabus malam.


“Seronok juga sesekali picnic ramai-ramai. Dah lama kita tak berkumpul macam ni. Sejak aku buat hal.“ujar Wanda. Ketika itu, dia bersama-sama dengan Yusliza, Yati dan Fifi sedang berbaring menghadap langit. Indahnya waktu malam. Bintang bertaburan berkelipan menemani sinaran sang bulan.
“Dahlah. Sekarang ni, kau kena janji yang kau mesti jaga diri dan kandungan tu baik-baik. Lagipun,semua masalah dah settle.“balas Fifi.
“Tapi betullah. Aku rasa seronok sangat. Ada aku, ada korang, ada mereka. Rasa macam tak nak balik pula.“ Yusliza bersetuju dengan pendapat Wanda. Dia tersenyum senang. Bunyi ait terjun sungguh mendamaikan hati.
“Emm…ada Razman, Suresh, Basir, Hafiz…Mei Lin dan Anisa pun ada.”ujar Yati. Berlainan jurusan tidak membuatkan dia kekok ketika bersama mereka semua. Malah, dia lebih rapat dengan mereka semua berbanding rakan-rakan sekuliahnya.
Bunyi petikan gitar yang dimainkan oleh Zaidi membuatkan masing-masing menyepi. Suasana begitu tenang. Hakim, Anisa, Mei Lin, Razman, Basir, dan Suresh duduk mengelilinginya.
“Cantiknya langit malam ni.“puji Wanda. Mereka berempat tersenyum.
Yusliza memejamkan matanya. “Ciptaan-NYA. Tiada siapa dapat tandingi. Samalah juga baby kau tu. Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi ni. Jaga baik-baik. DIA dah bagi. Tak baik menafikan.“ulas Yusliza tenang.
Terharu Wanda mendengarnya. Jauh di sudut hati, timbul rasa kesal kerana bersikap kasar terhadap teman-temannya. “Thanks. Kalau tak kerana korang, entah ke manalah agaknya aku sekarang ni. parents aku pun...“
“Wanda, walau apapun, kita ni anak dia. Mungkin,hati mereka terluka dengan perbuatan anak-anak. Tapi, bila mereka dah beri peluang ni, janganlah kau ulang lagi.“pesan Fifi.
Wanda mengangguk faham. Dia insaf. Mulai hari ini, dia ingin menjadi anak yang baik...dan kawan yang setia. “Aku gembira dapat kawan macam korang.“
Kedengaran suara Razman sedang menyanyikan lagu Insan Bernama Kekasih yang dipopularkan oleh kumpulan UNIC. Suasana sepi lagi. Suara lunak Razman benar-benar mendamaikan jiwa.
“Sedap suara Man. Macam Azrul.“ Yati menyamakan suara Razman dengan buah hatinya. Fifi dan Wanda mencebik. Yati sendiri tertawa dengan kenyataannya. “Eh Yus, dulu kau ada cerita yang kau dah tolak lamaran Man. Sekarang apa cerita?“
“Nothing. Biasa aje. Kami still berkawan.“jelas Yusliza pendek. Matanya terus dipejamkan menikmati angin malam sambil menghayati lagu nyanyian Razman yang diiringi bunyi pukulan dan hempasan air terjun.
“Aku rasa, rugi kau reject dia.” Yati menyatakan pendapatnya. Yusliza hanya tersenyum kecil.
“Kau pula Fifi? Macam mana dengan Suresh.”soal Yati lagi.
“Aku jelaskan pada dia elok-elok. Aku cakap pada dia apa yang aku rasa...“
“Apa yang kau rasa“sampuk Yusliza sambil tersenyum mengusik.
“Rasa nak jumpa Abang Midi sekarang.“Fifi tergelak. Yati memukul lembut lengan Fifi.
“Gatal!”
Suara Razman tadi digantikan dengan suara Suresh yang sedang menyanyikan lagu Khabi Khusi Khabi Gham. Nyanyiannya hancur. Maklumlah, Suresh tidak begitu fasih berbahasa tamil apatah lagi berbahasa hindi.
Yusliza yang sedari tadi memejamkan mata tiba-tiba terbeliak. Dia menutup kedua-dua belah telinganya dengan tapak tangan. “Hoi Suresh,sumbanglah suara kau. Stop it!”jerit Yusliza. Namun, langsung tidak diendahkan. Malah, lelaki itu semakin menguatkan suaranya. Yusliza merengus geram lalu rebah kembali merenung langit malam.
“Oh ya…Yus, lepas exam hari tu, kau ke mana. Yang masa kita nak bincang fasal masalah Wanda tu.”tanya Yati.
“Pergi jumpa Anwar.”tenang Yusliza bersuara.
“Hah?“ketiga-tiganya menjerit serentak. Mereka menoleh ke arah Yusliza.
Fifi semakin teruja ingin tahu. “Kau pergi sorang-sorang? Beraninya. Kau tahu tak,bahaya. So, what he’s said?“
Yusliza hanya menggeleng. Fahamlah Wanda akan maksud gelengan itu. Mereka semua tertunduk. “Aku tak fikir bahaya masa tu. Yang aku fikir, nasib kawan aku. Nasib baby tu…” Tiba-tiba, Wanda memeluk Yusliza erat.
“Thanks Yus. Maaf. Dulu,aku selalu sakitkan hati kau. kau adalah orang yang paling aku benci. Tapi sekarang, kau banyak tolong aku. I’m very sorry. Thank you so much. Baru aku sedar. Orang yang aku benci tulah,orang yang aku sayang. Yang akan bersama-sama aku ketika suka dan duka.” Wanda terus menangis di bahu Yusliza.
Fifi dan Yati sebak. Masing-masing turut mengeluarkan air mata.
“Aku pun nak peluk juga.” Fifi terus memeluk kedua-duanya.
“Aku pun.”Yati pula turut serta.
Yusliza terasa sesak nafas. “Wei Yati,janganlah peluk kuat sangat. Kau nak cekik aku ke?“
Yati memukul peha Yusliza. orang tengah sedih, boleh dia bergurau. Mereka kembali berpelukan.
Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan empat sahabat itu. Hatinya terusik...
“Wei,drama apa yang korang buat kat sana tu?“teriak Zaidi. Penyibuk betullah!

~kureng idea...
hentam kromo saja...
jnji ada... :D~

~~~sorry~~~

No comments: