Wednesday, April 13, 2011

Izinkan Aku 1





Pakaian yang sudah kering diampaian diangkat. Pelbagai tanaman bunga dan sayuran disiram. Nazliyina bernyanyi kecil. Petang sabtu yang begitu tenang. Lima hari bekerja, mengadap nombor-nombor, ekar, meter persegi, akhirnya dapat juga berehat apabila sabtu datang lagi.

Wahai perantau-perantau di kota,
Pulanglah ke desa berhari raya,
Ayah serta bonda amat mengharapkan,
Kepulanganmu di hari bahagia.


Erk? Kenapa tiba-tiba ternyanyi lagu raya ni? Bukan lambat lagi ke? Sekarang ni baru bulan Jamadil Awal. Adui...tukar lagu lain!

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu...


Nyanyian Nazliyina menjadi semakin perlahan. Wajahnya bertukar suram tiba-tiba. Hatinya kembali menangis pilu. Air yang keluar melalui getah paip dibiar begitu sahaja.
“Amboi-amboi…senangnya hati. Selalu memikirkan siapa?”sergah Nazlilan. Dia tahu, apa yang sedang berada di dalam fikiran kakak kesayangannya yang seorang itu.
Nazliyina tersentak. Dia tersenyum. Pandangannya dilarikan agar Nazlilan tidak menyedari kesedihannya. Segera dia menutup pili air.
“Lan! Buat akak terkejut aje. Lan nak ke mana ni?“soal Nazliyina. Kelihatan Nazlilan segak bergaya dengan t-shirt polo putih berserta jeans biru gelapnya.
Nazlilan tersengih-sengih. “Nak jumpa buah hati. Lepas tu nak singgah rumah Kak Yuni kejap. Entah angin apa nak makan sambal tempoyak yang mama masak.“balas Nazlilan. Nazliyina berfikir seketika. Adakah dia bakal mendapat seorang lagi anak saudara?
“Kak, malam ni keluar nak? Kita pergi karaoke. Lepas tu, tengok wayang ke.“ajak Nazlilan. Nazliyina tersengih lebar. Laju dia mengangguk dengan cadangan Nazlilan itu. Sudah lama dia tidak melakukan aktiviti sebegitu.
“Kak Yina nak ajak Kak Risa la. Mesti Amar pun nak join. Wah…bestnya.”ujar Nazliyina gembira. Berseri-seri wajahnya dengan perancangannya itu. Nazlilan hanya tersenyum kecil.




My love
There's only you in my life
The only thing that's right
My first love
You're every breath that I take
You're every step I make
And I, I want to share
All my love with you
No one else will do
And your eyes
They tell me how much you care
Oh, yes you will always be
My endless love


Amar dan Arisa. Pasangan tunang itu sedang seronok berduet. Maklumlah, pasangan yang sedang hangat bercinta. Nyanyian mereka penuh perasaan. Pertemuan pasangan itu adalah kerana Nazliyina. Arisa, teman Nazliyina sejak kecil. Amar pula teman sekolah Nazliyina yang paling rapat. Siapa sangka, mereka berdua berjodoh.

And I remember our first embrace,
That smile that was on your face,
The promises that we made.
And now, your love is my reward,
And I love you even more,
Than I ever did before.

Nazliyina tersedar dari lamunannya. Dia memandang di hadapannya. Giliran Nazlilan pula berduet dengan kekasih hatinya merangkap adik kepada Arisa, Salina. Nazliyina menepuk dahi. Aduh...kenapa semua pakat-pakat nyanyi lagu jiwang karat ni? Nak bagi aku menangis lagi ke?
Mikrofon di tangan Nazlilan dirampas. Belum sempat pasangan itu menghabiskan nyanyian duet mereka. Nazlilan cuba merampasnya kembali. Namun gagal. Dua beradik itu terus bertekak. Mereka yang lain hanya tertawa dengan gelagat dua beradik itu. Segera Nazliyina menukar lagu. Cepat-cepat jarinya menekan butang ’next’.
Muzik sudah bermula. Namun, Nazliyina masih kaku berdiri di tempatnya. Dia hanya merenung skrin yang sedang menayangkan klip video berserta bait-bait lirik lagu aku dan dirimu. Segera Nazliyina berpaling. Semua mata sedang memandang ke arahnya. Nazliyina tersenyum.
“Aku nak ke toilet. Lepas tu, nak ambil makanan. Ada sesiapa nak ikut?”soal Nazliyina. Masing-masing menyepi. “Tak apalah, aku pergi. Korang teruskanlah.”
Nazliyina terus berlalu keluar. Perasaannya sudah lain macam. Lebih baik tiada siapa-siapa yang melihat dia menangis.
“Kenapa?”soal Zulfadli, temannya Amar tiba-tiba. Mereka hanya menggeleng perlahan. Zulfadli pelik. Kalau tiada apa-apa, masakan wajah Nazliyina suram. Bukan itu sahaja, wajah teman-teman lain juga bertukar suram. Akhirnya, Zulfadli bangun untuk keluat dari bilik itu.
“Kau nak ke mana, Zul?” soal Amar.
“Keluar.”




‘Biarlah aku yang terluka, asalkan kawan-kawan aku bahagia.’

Kata-kata itu pernah diungkapkan oleh seseorang. Seseorang yang sangat menghargai akan ikatan persahabatan antara mereka. Shariman merenung gambar kelas 5 Sains 2. Dia, Nazliyina, Amar, Faraliya, Johan dan Liyana. Enam sekawan yang memainkan peranan utama dalam kelas itu. Tanpa mereka berenam, sunyilah kelas jadinya.
Antara Nazliyina, Faraliya dan Liyana, hatinya lebih tertarik kepada Faraliya. Namun, entah bagaimana, setelah mereka berenam terputus hubungan, dia menerima cadangan orang tuanya untuk menjodohkan Nazliyina dengannya. Memandangkan keluarga mereka saling mengenali, Shariman dan Nazliyina bersetuju. Ternyata, tidaklah sukar untuk menyayangi gadis itu tambahan pula hubungan mereka memang akrab. Namun, bila hati sudah diberi kepada orang lain, amatlah sukar untuk melupakannya.
Nazliyina mengundur diri apabila mengetahui hati Shariman untuk Faraliya. Baginya, dia tidak mahu hubungan persahabatan antara mereka musnah hanya kerana cinta. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Nazliyina, sehari sebelum pertunangan mereka diputuskan secara sah mengikut adat.
“Biarlah aku yang terluka. Asalkan kawan-kawan aku bahagia. Aku lebih utamakan kawan-kawan aku berbanding perihal cintan-cintun ni. Tapi Man, aku akan lebih terluka.“
Shariman terkedu. Lebih-lebih lagi melihat riak wajah serius Nazliyina. Dia ingin berkata sesuatu, namun pantas dihalang oleh Nazliyina.
“Aku akan lebih terluka kalau kau sia-siakan Fara. Kau ingat tu!“amaran keras Nazliyina mengundang senyuman di bibir Shariman.
“Aku akan jaga dia baik-baik, Yina.“bisik Shariman perlahan. Gambar dia dan sahabat-sahabatnya dipeluk erat.
“Thanks, abang. Thanks, Yina. I love both of you. “ucap satu suara dari belakang. Shariman menoleh. Isterinya, Faraliya sedang memeluknya erat dari belakang. Shariman berpaling lalu membalas pelukan isterinya yang sedang berbadan dua itu.




Zulfadli mundar-mandir di pejabatnya. Kejadian malam kelmarin mengganggu fikirannya. Entah kenapa, gadis itu menarik perhatiannya. Memang dia akui, Nazliyina mempunyai rupa paras yang menawan. Tapi, itu bukanlah yang menjadi ukuran untuk dia terpikat dengan gadis itu. Cuma setiap kali dia memandang wajah itu, hatinya tertanya-tanya. Raut wajah sedih penuh rahsia yang cuba diselindungi dengan senyum tawa. Apakah yang ada di dalam hati gadis itu?
Zulfadli terduduk. Firasatnya mengatakan dialah yang bertanggungjawab terhadap sekeping hati milik gadis itu. Tapi, adakah firasatnya ini benar? Aneh, kenapa dia berperasaan begini?
“Zul, jom lunch. Kita keluar awal sikit. Arisa nak join kita.”ujar Amar. Terkejut Zulfadli dibuatnya. Terpelanting pen ditangannya. Sudahlah masuk tanpa mengetuk pintu, bercakap macamlah aku ni 5 batu jauhnya.
“Kau ni Am, janganlah sergah macam tu. Terkejut aku.“
“Yang kau tu pula, apa yang kau tengah berangankan?“soalan Zulfadli dibalas dengan soalan. Zulfadli malas menjawab. Dia bangun mengemas sedikit mejanya sebelum beriringan dengan Amar menuju ke arah lif.
“Tadi kau kata Risa nak join? Kenapa?“soal Zulfadli setelah Toyota Vios milik Amar sudahpun bergerak meninggalkan Maju holding.
“Kenapa? Apa yang pelik, Zul? Bukannya pertama kali aku keluar lunch dengan dia.“
“Memang la. Tapi yang aku pelik, selalunya korang berdua aje. Ni kau tak kisah ke aku join? Tak mengganggu?“
“Aku kan dah janji nak lunch sama dengan kau. Last minute dia beritahu nak join. Lepas tu kami nak pergi butik. Nak ambil ukuran untuk buat baju. So, mungkin aku masuk pejabat lewat sikit.“
“La...kenapa kau tak beritahu awal-awal. Dah dalam perjalanan, dalam kereta ni, baru kau nak beritahu masuk office lambat. Habis tu, aku nak balik macam mana nanti?“sergah Zulfadli. Amar mengurut dada. Kata orang, dia pun sama aje!
Amar tersengih-sengih. Zulfadli pelik. Apahal mamat ni? “Actually, aku dah inform pada papa kau yang aku nak pinjam kau lepas lunch ni.“
“What?“terbuntang biji mata Zulfadli mendengarnya. “Pinjam? Amboi, kau ingat aku ni apa? boleh pijam-meminjam pula.“
“Ala...janganlah marah. Kau kan kawan aku. Aku nak share dengan kau detik-detik indah dalam hidup aku sebelum kahwin ni. Sambil-sambil tu kau bolehlah survey baju pengantin. Mana tahu, ada yang berkenan.“ujar Amar penuh drama. Kalau bab meminta raih simpati, Amar merupakan pelakon yang hebat.
”Kalau aku dan jumpa pakaian yang aku berkenan, calon aku nak rembat mana? Aku kebas Arisa boleh?”usik Zulfadli.
“Weyh…kau jangan, Zul. Tak fasal-fasal nanti, seorang masuk jail, seorang masuk hospital, seorang lagi masuk hospital sakit jiwa.”
“Why?”tanya Zulfadli. Siapa yang akan masuk penjara? Siapa yang akan masuk hospital? Siapa pula bakal penghuni hospital sakit jiwa tu? Dan…kenapa?
“Aku masuk jail lepas belasah kau, sampai kau patah liuk. Kau masuk hospital lepas kena belasah dengan aku. Arisa mesti akan mengalami tekanan perasaan bila tunang dia yang handsome ni masuk jail.“
Zulfadli ketawa terbahak-bahak. Perkataan handsome tu tak boleh blah. Amar hanya mencebik. Jealous la tu.
Sampai di restoran, kelihatan dua orang gadis sedang leka berbual. Terjengket-jengket Amar menghampiri salah seorang daripada mereka.
“Hah!“
Bukk! Nazliyina sudah berdiri bersama beg tangannya. Dia menoleh ke belakang. Siapakah gerangan yang menyergahnya tadi.
Amar memegang pipinya yang sakit. Nazliyina menekup mulutnya. Sungguh, dia tidak sengaja. Itulah, siapa suruh sergah! Nazliyina cukup pantang apabila ada orang menyergahnya. Pasti ada sahaja barang yang digunakan untuk serangan balas. Mujur Amar kena hempuk dengan beg. Kalau aku cucuk mata dia dengan garpu, tak ke buta tunang Arisa ni.
“Kau ni Yina, kalau ada apa-apa kesan kat muka aku ni, hilang seri pengantin aku, aku saman kau.“marah Amar. Dia mendekati Arisa. Nak mengadulah tu.
“Siapa suruh kau gedik nak sergah aku. kau kan tahu, aku ni pantang kalau ada orang sergah. Ni baru beg. Kalau aku tercucuk mata kau dengan garpu ni, macam mana?“balas Nazliyina.
Arisa sudah garu kepala. Mereka berdua sudah mula bertekak. Amar cukup suka mengusik gadis itu. Tambah-tambah lagi kalau ada Johan. Ada saja idea mereka untuk mengenakan Nazliyina. Mujur ada Shariman, Kawan paling rapat merangkap ex tunang Nazliyina. Lelaki itulah yang selalu menyebelahi Nazliyina.
“Am, kau ni over la. Aku nampak tadi, kena lengan kau aje. Ni macam mana boleh sakit sampai ke pipi?“ Zulfadli masuk campur. Kasihan melihat wajah gadis di hadapannya ini.
Nazliyina membesarkan matanya tanda geram. Amar hanya tersengih handsome. Oh, kau tipu aku. “Risa, aku nak balik.”ujar Nazliyina lalu meninggalkan mereka bertiga.
“Eh Yina. Janganlah. Tadi kata nak teman aku.”ujar Arisa sedikit kuat. Nazliyina terus melangkah tanpa mempedulikan kata-kata Arisa itu.
Zulfadli memandang Arisa dan Amar. Arisa resah. Amar pula hanya selamba. Kasihan melihat Arisa, Zulfadli ingin melangkah menjejaki Nazliyina. Namun, belum sempat dia melangkah, Amar sudah mendahuluinya. Laju langkah kaki Amar mengejar Nazliyina. Arisa duduk kembali di tempatnya.
Zulfadli hairan. “Kawan kau marah. Tak nak pujuk? Tak apa ke Amar yang pujuk?“
“InsyALLAH, semuanya akan okey. Duduklah.”
“Kau tak cemburu ke tunang kau pergi pujuk perempuan lain?“duga Zulfadli lagi. Hairan juga dia melihat reaksi Arisa bersahaja.
“Aku percayakan Am. Aku juga percayakan Yina. Kalau tak kerana Yina, mungkin aku dan Am tak bertemu. Kalau Am sukakan Yina, dari dulu lagi dia dah beritahu Yina, bukan selepas bertunang dengan aku.“jelas Arisa.
Zulfadli bertambah pelik. Tiada cemburu? Bukankah Amar selalu merungut dengan sikap kuat cemburu Arisa? Arisa hanya tertawa melihat kekeliruan pada wajah Zulfadli lalu meminta lelaki itu duduk.
“Memang aku kuat cemburu. Tapi bukan cemburu buta,tahu! Aku cemburu kalau ada gadis lain yang cuba mendampingi Am. Tapi Yina, aku tak perlu cemburu dengan dia. Mungkin kau tak faham kenapa. Tapi kalau kau jadi kawan dia, kau akan tahu.” Arisa tersenyum dengan kata-katanya.
Kelibat Amar dan Nazliyina memasuki restoran menarik perhatian Arisa. “Cuba kau tengok tu.“
Zulfadli berpaling. Kelihatan Nazliyina sedang memegang ranting kayu. Amar pula kelihatan selamba membawa beg tangan gadis itu. Sesekali Nazliyina memukul Amar dengan ranting kayu yang dipegangnya apabila lelaki itu berkata sesuatu. Zulfadli tiba-tiba tersenyum sendiri.

No comments: