Thursday, April 14, 2011

Izinkan Aku 2



Arisa begitu teruja melihat busana pengantin yang pelbagai fesyen dan warna. Sekejap nak yang itu, sekejap nak yang ini. Nazliyina yang pada mulanya pura-pura turut teruja akhirnya melabuhkan punggungnya di sebelah Zulfadli. Penat melayan kerenah Arisa.
“Penat?“tanya Zulfadli. Inilah pertama kali dia dapat berbicara berdua dengan Nazliyina. Gadis itu hanya mengangguk.
“Tunang Amar tu kalau bershopping, saya yang penat teman dia. Mana Am?”
“Kat dalam bilik. Try baju. Awak bila lagi?”
Nazliyina tersenyum pahit. Soalan Zulfadli dibiarkan seketika. “Saya pernah alami semua ni.“perlahan suara Nazliyina. Namun, mampu didengari oleh Zulfadli.
“Awak tak nak try? Mana tahu lepas ni giliran awak pula.“usik Nazliyina. Zulfadli tersenyum.
“Calon pun tak ada lagi. Awak nak isi borang?”
Nazliyina tertawa. Dia menampar kuat bahu Zulfadli. “Saya tak ada hati.“ Selamba Nazliyina berkata. Berkerut dahi Zulfadli mendengarnya. Namun, persoalan itu terus dibiar sepi.
“Bie, you look so handsome!“jerit Arisa. Mujur hanya mereka pelanggan di butik itu. Nazliyina dan Zulfadli berpandangan. Mereka kemudiannya ketawa kuat. Arisa dan Amar memandang.
“Kau panggil Am baby ke, Risa? Tua-tua macam ni?“
“Handsome?“ujar Zulfadli pula. Kedua-duanya terus ketawa.
“Bukan baby la. Bie, for hubby, my future hubby. Zul, kau jealous ke bie aku ni handsome daripada kau?”serius Arisa berkata. Geram melihat kedua-dua temannya mentertawakan mereka. Amar di sebelah Arisa hanya mengangguk setuju dengan kata-kata tunangnya itu.
“Jealous? Sikit pun tak.“
“Habis tu, kenapa gelak? For me, Amar ni handsome tau. Seperti yang Yina cakap tentang Fiz dulu, ’Cukuplah sekadar dia handsome pada pandangan mata aku. Aku tak peduli pandangan orang lain’.“lancar saja kata-kata Arisa tanpa memikirkan akibatnya. Suasana tiba-tiba sepi. Wajah masing-masing keruh. Zulfadli terpinga-pinga memandang mereka bertiga.
“Yina, I’m so sorry. Aku…”
“It’s okey.”balas Nazliyina. Dia mencapai majalah dihadapannya. “Eh, aku hauslah gelak banyak sangat. Nak keuar beli air kejap. Nak pesan apa-apa?“
Amar dan Arisa menggeleng perlahan. Rasa bersalah masih bersarang di hati. Nazliyina menjungkit bahu lalu keluar meninggalkan mereka.



Amar sudah mula mahu melelapkan matanya. Kenyang perutnya dengan kelazatan masakan Puan Syarifah Suhana, umi kepada Zulfadli. Kerap juga dia bertandang ke rumah orang tua Zulfadli, terutama ketika ada perjumpaan keluarga hujung bulan begini. Tambahan pula, ibu bapanya sudah membina rumah di kampung dan ingin terus menetap di sana. Jadi, agak sukar untuk Amar selalu pulang ke kampungnya di Perlis.
“Am, aku nak tanya sesuatu.”ujar Zulfadli di sebelahnya.
“Apa dia?”
“Aku nak tanya kau sesuatu. Tapi sebelum tu, aku nak kau janji, jangan tanya aku kenapa. Lagi satu, tolong jawab dengan jujur.”
“Iyalah, apa dia?”
“Yina.”mendengarkan nama itu, Mata Amar terbuka luas. Dia menoleh ke arah Zulfadli. “Bila aku pandang dia, aku nampak kesedihan yang cuba diselindungi dengan kegembiraan. Kau tahu ke apa yang buat dia sedih?“
Amar terdiam seketika. Rupa-rupanya, ada juga orang luar yang perasan akan raut kesedihan gadis itu. “Kenapa kau tanya, dan kenapa nak tahu?“
“Look! I’ve tell you before, don’t ask me why. Just answer my question.” Zulfadli mengingatkan. Amar hanya tersenyum nipis.
“She’s heartbroken. Kira-kira setahun yang lalu, perkahwinan yang diimpikan selama ini, musnah. Luka lama berdarah kembali.”
“Lelaki tu tinggalkan dia?”
“Yup. Hafiz pergi tinggalkan dia buat selama-lamanya.”
“Means that…” perkataan selama-lamanya itu membuatkan Zulfadli terfikir akan sesuatu. Dia merenung Amar meminta kepastian. Lelaki itu mengangguk perlahan.
“And what do you means by luka lama berdarah kembali?”



“Jangan kerana kenangan silam, kau tak beri peluang pada orang lain, pada diri kau. Kau buat aku rasa bersalah sebab putuskan pertunangan kita dulu“ujar Shariman. Serba-salah Nazliyina dibuatnya.
“Man,bukan macam tu. Aku masih belum bersedia. Jangan kau rasa bersalah, Man dan jangan paksa aku“jawab Nazliyina.
Shariman merengus perlahan. “Aku tengok, Hafiz tu betul-betul ikhlas dengan kau. Aku nak kau bahagia, Yina. Itu aje. Salah ke kalau aku minta kau terima Hafiz demi kebahagiaan kawan baik aku ni? Hurm?“ Shariman terus menasihati. Baginya, Nazliyina layak untuk bahagia. Kadang-kadang, ketika mereka berkumpul beramai-ramai, timbul rasa bersalah dalam diri Shariman melihat Nazliyina datang tanpa teman.
“Aku bertuah ada kawan-kawan yang ambil berat fasal aku. Tapi Man, aku harap kau faham. Aku perlukan masa. Kau bukan cinta pertama aku. bukan juga kedua, ketiga, ataupun yang terakhir. Tapi aku sayang kau. Bukan senang nak ubah perasaan sayang daripada seorang teman kepada seorang tunang. Macam tu juga sekarang ni...“
“Maksud kau, kau masih tak dapat lupakan aku?“
Nazliyina tergelak kuat. Lurus betul si Shariman ni. bukan itu maksud dia. “Mana boleh aku lupakan kau. kau kawan aku sampai bila-bila.”
Shariman terkebil-kebil. Apa ni? Dia sudah bingung. Tadi kata masih sayang. Maknanya, masih belum boleh melupakan peristiwa lama. Tapi sekarang, mengaku kawan aje?
“Kau tak akan faham. Biarlah aku seorang yang faham. Yang penting sekarang ni, jangan sesekali kau rasa bersalah dengan aku. Kalau kau buat macam tu lagi, jangan anggap aku kawan kau lagi. faham?“Nazliyina bernada tegas. Shariman mengeluh. Kalah dengan ketegasan itu.
“Sorry, aku lambat. Adinda aku ni punya fasal la.”ujar Johan. Liyana yang sedang memimpin tangan Hakim terkejut. Aku yang salah?
“Apa pulak Dinda? Kanda tu dari pagi tadi asyik keluar masuk tandas. Entah makan apa semalam sampai jadi macam tu sekali.“balas Liyana. Pasangan yang boleh dikatakan sering berperang mulut, tapi bahagia.
“Wei,sudahlah.“ Kau ni Jo, anak dah nak masuk tiga pun, perangai tak berubah. Asyik nak cari fasal. Cuba la korang berdua ni romantik sikit.”celah Shariman. Hilang lamunannya tadi apabila mendengar suara Johan.
“Nak romantik kena ada tempat-tempat dia, kan Dinda”ujar Johan sambil tersengih nakal. Liyana menampar kuat lengan suaminya. Ada ke patut cakap macam tu depan kawan-kawan?
“Jo,kau ni tak malu ek. Cakap macam tu depan orang.“tegur Nazliyina dengan muka cemberutnya. Faraliya di sebelahnya sudah terkekeh-kekeh ketawa.
“Eh, my Yina. Tak perasan aku kau kat sini. Awat muka hang lagu tu? Period ka?“usik Johan dengan loghat utara. Nazliyina geram. Mentang-mentang la dia tu doktor sakit puan, cakap pun main lepas aje. Tak toleh kiri kanan.
“Mulut kau tu, boleh tak jaga sikit? Jangan cakap main lepas aje.“marah Nazliyina. Terus dia mengambil Hakim dari pangkuan Johan. Comel sungguh anak kedua Johan dan Liyana ni. Mana taknya, keluarga atuk sebelah ibu Liyana merupakan keturunan baba nyonya.
“Hakim ni dah berapa tahun, Ana?“soal Nazliyina. Terbayang-bayang diingatannya ketika hari konvokesyen Liyana. Ketika itu, Liyana sedang sarat mengandugkan Hakim.
“Tahun ni cukup 3 tahun.“balas Liyana. Matanya terus merenung Nazliyina yang ralit melayan Hakim.
“Mana anak yang sulung?”soal Nazliyina lagi. Teringat pula akan anak sulung Liyana dan Johan yang dilahirkan ketika mereka sibuk dengan peperiksaan. Keesokkan harinya, Liyana terpaksa mengambil peperiksaan di hospital memandangkan keadaanya dirinya yang masih lemah.
“Ada dengan atuk dia. Mummy aku tak bagi kami bawa dia. Nama aje perempuan. Tapi hiperaktif tu.”ujar Liyana lalu ketawa. Nazliyina turut tertawa mendengarnya.
“Kalau hiperaktif tak apa, Ana. Jangan mulut tak ada insurans macam bapak dia sudah.”balas Nazliyina. Johan mencebik. Sempat lagi nak kenakan aku tu!
“Wei, korang ni memanglah! Macamlah kami bertiga ni tak wujud kat sini. Berborak sesama korang aje? Geram betullah!“ marah Amar. Masing-masing terkejut mendengar suara kuat Amar.
“Eh, Am... my ’one head’ friend. Yang kau duduk diam macam tunggul tu kenapa?“balas Johan.
“One head? Apa benda tu?“celah Zulfadli. Saja dia mengikuti perjumpaan ini memandangkan tiada aktiviti yang dilakukan pada hari ini.
“Satu kepala. Biasalah, cita-cita nak jadi pakar otak. Tapi diri sendiri mereng, jadi doktor sakit puan aje.”sindir Nazliyina. Johan terkena lagi. Rambut ekor kuda Nazliyina ditarik. Menjerit gadis itu dibuatnya.
“Siapa ni?“soal Liyana merujuk kepada Zulfadli. Baru perasan akan kehadiran orang luar dalam kelompok mereka.
“Zul, senior aku. kami ni dah macam adik-beradik.“terang Amar. Masing-masing mengangguk faham lalu memperkenalkan diri.



“Tak apa ke saya tumpang awak nanti? Family awak?”
“It’s okey. Family saya semua okey. Don’t worry.”balas Zulfadli. Gembira hatinya apabila diberitahu Nazliyina akan menaiki kenderaan yang sama dengannya ketika majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki hujung minggu ini.
“Maaflah menyusahkan. Parents saya tak dapat nak pergi sebab cousin ayah pun buat kenduri hari yang sama. Ayah minta saya wakilkan. Nak tumpang Man, dah full.”
“Kan saya dah cakap tadi, tak apa. Jangan risau. Apa alamat rumah awak? Sabtu ni saya datang jemput.”
“Sabtu? Bukan ahad ke majlisnya?”
“Memanglah. Tapi kami pergi hari Sabtu. Tidur sana satu malam. Lagipun, jauh,kan.”ulas Zulfadli. Nazliyina setuju. Jauh. Sebab jauhlah ayah dan mama termasuk sekali abang sulungnya, Nazlil melarang keras dia memandu sendirian.
Sabtu itu, Nazliyina sudah bersiap-siap seawal 8 pagi. Bihun goreng yang disediakan tadi dimasukkan ke dalam bekas untuk dibawa sebagai bekalan semasa dalam perjalanan nanti. Hatinya tiba-tiba berdebar. Haisy…kenapalah tiba-tiba ni.
Bergegas Nazliyina keluar apabila terdengar bunyi hon. Dia menyalami kedua orang tuanya sebelum melangkah pergi.
“Pak cik, mak cik. Apa khabar?“satu suara menegur. Nazliyina menoleh. Aik? Kenapa dia kat sini? Kenapa tak tunggu dalam kereta aje?
“Saya ambil Yina dulu. Nanti singgah rumah kejap, ambil family saya.“ujar lelaki itu. “Baik pak cik. InsyALLAH saya akan jaga anak pak cik ni.”
Gulp! Nazliyina telan air liur. Siap janji dengan ayah nak jaga aku?
“Yina, jaga diri baik-baik, sayang. Kirim salam kat mak ayah Amar. Cakap kat mereka, ayah dan mama minta maaf tak dapat datang.”
“InsyALLAH,mama. Okeylah, Yina pergi dulu. Assalamualaikum.”
Toyota Estima milik Zulfadli mula bergerak meninggalkan pekarangan rumah Encik Rashdi.

No comments: