Friday, April 15, 2011

Izinkan Aku 3



Bunyi perut Mastura yang kelaparan mengundang gelak tawa seisi keluarga. Suasana yang sunyi tadi berubah menjadi riuh.
“Tak senonohlah anak dara sorang ni.“tegur Syarifah Suhana. Ada sahaja gelagat anak ini yang menceriakan hatinya.
“Umi, dah perut ni nak bunyi. Nak buat macam mana. Bukannya boleh control.”jawab Mastura. Dia memandang pula gadis di sebelah uminya.
“Kak, ada makanan tak? Mas laparlah.”matanya dikerdip-kerdip meminta simpati. Tertawa Nazliyina melihat aksi gadis itu.
“Dalam beg akak kat sebelah Mas tu ada bihun. Makanlah.“
“Yes, thanks akak.“segera Mastura mengambilnya. Penutup bekas dibuka. Bau aroma bihun goreng menusuk hidung. Sekali lagi bunyi perut kedengaran. Nazliyina dan Syarifah Suhana berpaling. Mastura hanya menggeleng perlahan.
Zulfadli sudah tersengih di hadapan. ”Adik, tinggalkan untuk abang.”pesan Zulfadli.
“Err…abi pun nak sikit.“sambung Datuk Zulfikri. Masing-masing tergelak dengan kerenah dua beranak itu.
Syarifah Suhana menoleh ke arah Nazliyina. “Yina ada berapa orang adik-beradik?“
“ 4 aje, mak cik. Saya yang ketiga.“
“Panggil umi aje, Yina. Rasa tak selesa pula Yina panggil mak cik. Selalunya kawan-kawan anak umi panggil umi.”lembut tutur wanita itu. Nazliyina mengangguk. Tiba-tiba terkenang akan mamanya.
“Yang sulung dah kahwin?”
“Abang saya yang sulung dah kahwin. Kakak pun dah.InsyALLAH, tahun depan adik saya pula.“
“Yina bila lagi?”
Erk? Soalan apakah ini? Nazliyina tersenyum nipis. “Belum ada jodoh, umi. InsyALLAH kalau ada, adalah.“
“Yina memilih kot?“gurau Syarifah Suhana. Gadis disebelahnya hanya tersenyum pahit. Dia sedar akan itu. Aku silap cakapkah? “Yina kerja apa?“
“Saya kakitangan kerajaan,umi . Kadang-kadang buat part-time mengajar.“
“Dia tu valuer,umi. Sambil-sambil tu jadi tutor kat UiTM.”Zulfadli menyampuk. Sesekali dia mencuri pandang Nazliyina melalui cermin pandang belakangnya.
“Berapa umur Yina?”
“Umi ni banyak soal la. Macamlah Kak Yina ni bakal menantu umi.”Mastura di belakang sudah mula bosan dengan soalan peribadi uminya.
“Eh, biarlah. Mana tahu, ada jodoh. Kita bukan tahu apa yang berlaku akan datang.”balas Syarifah Suhana. Wajah Nazliyina merona merah. Malu apabila anak-beranak itu berkata demikian.
“Suka hati umilah. Abang, adik tinggalkan sikit ni. Abang nak tak? Kalau tak, orang nak habiskan.”
“Abang naklah. Jangan ngada-ngada kau nak habiskan.”marah Zulfadli. Syarifah Suhana sudah menutup telinga. Aduhai budak berdua ni. Bercakap macamlah seorang jauh di utara, seorang lagi di selatan. Sakit telinga aku.
“Tak jawab soalan umi tadi. Umur berapa? Parents kerja apa?“
“Saya baru 27 tahun. Sebaya dengan Amar. Kami dulu satu kelas. Ayah buka business sendiri. Kecil-kecilan aje,umi. Sekarang abang saya yang tolong uruskan. Mama pula pencen guru.“
Syarifah Suhana mengangguk. Entah apalah penilaian yang dia buat terhadap gadis itu agaknya.
Krohh..krohh..masing-masing saling berpandangan. Mastura memuncungkan mulutnya ke arah hadapan. Kelihatan Datuk Zulfikri sudah lena tidur. Siap berdengkur lagi.
“Tengoklah abi tu. Bukan main sedap dia tidur. Kita berborak untuk hilangkan ngantuk, dia tidur dengar kita berborak.”bebel Syarifah Suhana. Masing-masing tergelak mendengarnya.
“Ayah saya pun selalu macam tu. Maklumlah, anak-anak dah besar. Dah ada orang yang boleh bawa dia. Masa anak-anak kecil dulu, anak-anak sedap tidur, dia tahan ngantuk supaya pemanduannya selamat. Sekarang dah terbalik.”semangat Nazliyina bercerita tentang ayahnya. Maklumlah, antara dia empat beradik, Nazliyinalah yang paling rapat dengan ayahnya.
“Semangat Kak Yina bercerita. Orang macam Kak Yina ni, mesti mahukan seorang suami seperti ayah akak,kan?”teka Mastura. Nazliyina mengangguk perlahan. Rindu pula pada ayah.
Syarifah Suhana hanya memerhati tingkah gadis itu.



“Kita kahwin. Izinkan saya menjadi teman ketika awak ingin berkongsi suka. Menjadi bahu tempat untuk awak bersandar dan menangis, bila awak berduka. Izinkan saya menjadi tempat untuk awak berlindung, bila awak dalam ketakutan. Dan menjadi seorang pencerita, agar awak terus senyum dan ketawa.“
Nazliyina terkesima mendengar bicara romantis itu. Terkebil-kebil dia memandang lelaki di sebelahnya. Apakah ini? Adakah dia sedang menyanyi? Tapi lagu apa? Berdialog? Menghafal skrip? Tapi, untuk apa? Lelaki ini bukannya pelakon. Adakah dia sedang melamar aku? Adakah ini suatu realiti, bukan mimpi?
Zulfadli tersenyum. “Saya dah agak, mesti awak terkejut. Ini bukan mimpi. Saya serius. Saya sedang melamar awak untuk menjadi isteri saya.”
“Ta…tapi…tapi saya belum bersedia.”gugup bicara Nazliyina.
“Belum bersedia, atau masih belum melupakan? Takut untuk memberi ruang pada cinta lain?“duga Zulfadli.
Nazliyina menoleh ke arah lelaki itu. Dia tahukah? Air mata mula bergenang. “Luka di hati masih belum sembuh. Saya takut.”
“Izinkan saya menjadi penyembuhnya, Yina. Terimalah lamaran saya ni.”
“Kenapa tiba-tiba, Zul? Kita baru kenal. Berapa kerat aje yang saya tahu fasal awak. Macam mana kalau kita tak bahagia?”
“Saya tiada jawapan untuk soalan awak tu buat masa ni. Awak anggap aje, ini jodoh kita. Masa bukan jaminan untuk menentukan sama ada bahagia atau tidak suatu hubungan tu. Kadang-kadang, semakin lama kita kenal, semakin jauh dia dari kita, bukan jodoh kita.”panjang bicara zulfadli.
Nazliyina tersentap. Ya, benar kata lelaki itu. Seperti dia dan Shariman, dengan Hafiz. Kenal lama manapun, sudah DIA tetapkan, mereka tiada jodoh.
“Saya tak tahu kenapa saya berperasaan begini,Yina. Saya rasa bertanggungjawab ke atas hati awak. Saya rasa, saya perlu melindungi awak, menjaga awak.”
Sekali lagi Nazliyina tergamam. Kata-kata lelaki itu mengusik hati kecilnya. Tapi…
“Beri saya masa untuk memikirkannya, Zul. Saya...perlukan masa.“



Mereka berdua duduk menyepi. Nazliyina pandang sana, Shariman pandang sini. Faraliya tiba sambil menatang dulang berisi air dan kuih.
“Terima kasih,Fara.”ucap Nazliyina. Faraliya tersenyum lalu duduk di sebelah suaminya. Melihatkan kedua-duanya menyepi, Faraliya turut diam. Dia tahu, dua sahabat ini membincangkan sesuatu yang serius.
“Aku tak tahu nak cakap apa. Dulu, aku bagi kau harapan. Aku paksa kau terima Hafiz. Tapi akhirnya, aku kecewakan kau. Aku gagal menjadi sahabat yang baik untuk kau. maafkan aku, Yina. Maafkan aku.“ Airmata lelaki Shariman menitis.
“Man...“ Nazliyina terkedu melihat airmata itu.
“Tanya hati kau sama ada menerima atau menolak. Jangan tanya aku. Aku, tak layak beri kau jawapan.“
“Kalau tanya aku, aku tak nak, Man. Tak kahwin pun tak apalah. Aku dah tak kisah...“
“Yina...“segera Shariman memintas. Dia tidak suka akan jawapan Nazliyina itu.
“Fara, apa aku nak buat?”rintih Nazliyina. Akhirnya, dia menangis dalam pelukan Faraliya. Pasangan suami isteri itu turut bersedih.
Amar dan Arisa tiba di rumah Shariman. Dua lelaki itu terus berbual di halaman sementara Faraliya, Nazliyina dan Arisa menyediakan makan malam di dapur.
“Zul ada beritahu aku. Bagi aku, semua ni tak sukar kalau Yina terima aje Zul tu. Zul lelaki yang baik. Selama aku kenal dia, inilah bertama kali dia serius menyuarakan hasrat untuk berkahwin.”
“Itu pendapat kau, Am. Yang alaminya Yina. Yang merasa sakit tu dia. Masa pertunangan kami putus dulu, aku tahu, dia kecewa. Tapi dia lagi kecewa bila pernikahan yang sepatutnya berlangsung, bertukar menjadi kenduri tahlil arwah. Kau tahu perbezaan aku dan Hafiz? Aku best friend Yina. Hafiz pula... He is her first love. Sebab tu dia tak dapat lupakan Hafiz seperti mana dia buat pada aku.“
“Aku tahu, Man. Sebab tu aku nak dia terima Zul. Supaya akan ada orang yang buat dia lupa kisah lama dan bina hidup baru. Tapi kalau dia menolak, apa aku boleh buat. Nasihat aku, minta petunjuk dari ALLAH. DIA yang menentukan segalanya.“
Shariman mengangguk setuju dengan kata-kata Amar. Tanpa mereka sedari, ada telinga yang mendengar perbualan itu.



“Abang, do you love her?“soal Mastura tiba-tiba. Zulfadli yang sedang leka berbaring sambil merenung siling berpaling menghadap adiknya.
“Siapa?“soal Zulfadli pendek.
“Kak Yina.“balas Mastura. Tangannya terus lincah menaip menyiapkan assigmentnya.
“Macam mana tahu?”
“Adik ni dah 20 tahun tau. Sejak pergi Perlis lagi adik dah tahu. Mata abang tu gatal sangat,kan. Asyik curi-curi pandang dia aje. Adik rasa macam nak cungkil biji mata abang time tu juga tau!”ugut Mastura. Teringat lagi akan pandangan nakal abangnya terhadap Gadis bernama Nazliyina itu.Zulfadli ketawa kuat. Ada juga yang perasan rupanya.
“Lagi satu, masa adik nak cabut gigi. Doktor tu nak nak cabut gigi adik, tapi abang sibuk dok interview doctor tu fasal Kak Yina. By the way, siapa doctor cantik tu, abang?”
“Best friend Kak Yina.”
Terkenang kembali peristiwa minggu lepas. Kedegilan Mastura yang enggan pergi ke klinik dan ketegasan Amar yang memaksa gadis itu pergi. Akhirnya, Mastura mengalah. Dia ditemani Zulfadli pergi ke klinik gigi yang disarankan oleh Amar. Dari situlah dia tahu bahawa Liyana merupakan doktor gigi.
“Adik suka Kak Yina. Tengok mata dia yang cantik tu. Tapi, tak bersinar. Suram aje. Macam orang sedih.”Zulfadli bangun dari pembaringannya.
Mastura juga perasan akan kesedihan Nazliyina. “Abang dah lamar dia.”
“What? When?”terkejut Mastura dengan kenyataan abangnya itu. Terhenti kerja-kerja menaipnya. Dia berpaling menghadap Zulfadli.
“2 days ago. Tapi dia kata, bagi dia masa. Abang faham, kami baru kenal. Takkan dia nak terima macam tu ajekan.“jelas Zulfadli. Mastura mengangguk setuju lalu menyambung kerjanya kembali.
Zulfadli beredar ke biliknya. Dia lantas duduk di meja kerjanya. Fikirannya terbayang akan perbualannya dengan Liyana.
“Dia perlukan masa. Yina tu, bila dia dah sayang, dia sayang sangat-sangat. Bila dia terluka, makan masa untuk sembuh. Kau kena bersabar. Aku harap, kau jaga dia dengan baik,Zul.“perlahan bicara Liyana pada hujung katanya. Zulfadli diam. Teruk sangatkah luka yang ditinggalkan?



“Ayah dah terima pinangan daripada pihak lelaki tu. Ayah rasa, dah tiba masanya Yina bina hidup baru. Yang lepas tu, biarlah jadi kenangan. Jangan lagi dipersoalkan kenapa. Sebab apa yang terjadi tu, semuanya ketentuan ALLAH. Pasti ada hikmah disebaliknya.“ Ujar Encik Rashdi. Nazliyina yang duduk bersimpuh di hadapannya dipandang sayang. Inilah puteri bongsunya. Puteri yang sangat rapat dengannya.
“Abang pun setuju dengan ayah, Yina. Lagipun, Lan akan mendirikan rumahtangga tahun depan. Janganlah kau menolak jodoh ni,ya.“ Nazlil pula menasihati.
Nazliyina termenung seketika. Semua mengharapkan agar dia menerima pinangan dari Zulfadli. Haisy...lelaki itu. Sudah aku katakan, aku perlukan masa. Dia redah juga datang rumah masuk meminang. Tak sabar sungguh!
“Tadi, umi Zul ada cakap yang kalau boleh, pihaknya nak cepat. Bulan depan katanya. Yang penting nikah. Kenduri tu, bila-bila boleh buat.“ Puan Rubiah menambah. Membulat mata Nazliyina mendengarnya. Bulan depan? Gila awal.
“Baguslah. Benda baik, elok dipercepatkan. Kalau boleh, minggu depan pun ayah tak kisah.“usik Encik Rashdi. Laju anak daranya itu menggeleng.
“Hujung bulan depan kita dah mula berpuasa. Elok juga buat sebelum puasa. Kenduri Lan awal bulan 1. Bolehlah kalau kita sekalikan kendurinya nanti. Betul,tak?“ cadang Puan Rubiah. Masing-masing mengangguk setuju.
“Kalau semua dah setuju, dan itu yang terbaik bagi ayah dan mama. Yina ikut aje.“ Nazliyina mengalah. Terima ajelah jodoh ini. Doanya, semoga jodoh kali ini, kekal buat selama-lamanya.

No comments: