Wednesday, March 16, 2011

Ku Terima Seadanya 27





YUSLIZA

“Woi! Amboi-amboi…sempat lagi kau online. Kau ym dengan siapa tu?” sergah Lily lalu duduk bersebelahan dengan Yusliza.
“Entah, baru kenal. Tiba-tiba add aku. Aku approve aje. Kata orang, berkahwin biar satu,becinta biar empat,berkawan biar seribu, pilih sorang jadi kawan rapat.”selamba Yusliza berpantun.
“Ewah-ewah…pantun mana kau belajar ni? Orang mana yang ajar? Pandai-pandai aje.“
“Orang Malaysialah,sayang. Kalau orang Siam, mesti aku cakap Siam tadi.“ Yusliza masih tekun dengan laptopnya. Lily merengus geram. Ada saja jawapannya. Aku sekeh nanti, baru tahu.
“Cantiklah kau pakai baju ni,Lily. Dengan muka kau yang ayu tu,nampak mature.“ikhlas pujian daripada Yusliza. Dia mengalihkan pandangannya kepada Lily. Berbaju kebaya ungu dan bertudung senada dengan bajunya. Sesuai dengan tubuhnya yang ramping dan tinggi. Persis seorang model.
“Aku pakai apa-apa pun nampak cantik.“sengaja Lily memuji dirinya sendiri. Dengan Yusliza, dia tidak malu untuk berkata tentang apapun.
Yusliza mencebik. Dia menutup laptopnya lalu berdiri. Gaun labuh yang dipakainya dibetulkan.
Lily merenung sahabat baiknya itu. Berseri-seri wajah itu. Dengan busana gaun pengantin yang dihias cantik. Walaupun di mulut berkata tidak, jauh di sudut hati, siapa tahu. “Mana Abang Bad kau?“tanya Lily lalu terkekeh-kekeh ketawa. Sengaja dia menekankan suara pada perkataan ’abang’. Lily terdiam apabila Yusliza menggeleteknya.
“Entah. Tadi cakap nak keluar. Ke tandas kot.“
“Lamanya?“
“Buang air besar keras kot.“jawab Yusliza lalu duduk. Sekali lagi Lily tergelak. Boleh cakap suami sendiri macam tu? Alahai...Yusliza. “Yang kau tanya kenapa? Aku pun tak ingat yang dia dah tak ada dalam bilik ni.“
“Saja. Aku kan sahabat mithali. Kau ni, langsung tak solehah.“
“Banyaklah kau. Sesuka hatinya aje cakap aku macam tu. Dah...dah...pergi main jauh-jauh. Ganggu aku aje.“halau Yusliza.
“Yelah,aku memang nak pergi pun. Nanti tercari-cari pula si Ayie tu. Adik ipar kau tu mengada-ngadalah.”kutuk Lily sambil meninggalkan bilik itu. Yusliza hanya tersenyum.
Yusliza duduk di hadapan meja solek. Merenung dirinya sendiri. Kini, dia telah selamat diijabkabulkan dengan Badrul lepas Zuhor tadi. Dia bukan lagi Yusliza yang berada di bawah tanggungjawab ayah dan uminya. Dia Yusliza, isteri kepada Ahmad Badrul.
Cincin di jari manisnya ditenung. Rantai dan gelang turut disentuh. Inilah set barang kemas yang dia berkenan dulu. Namun, kerana memikirkan betapa jaraknya hubungan mereka, dia melupakan hasrat itu. Sehinggalah terjadinya peristiwa yang mengguris hatinya. Tapi, kenapa dia tetap belikan set ni untuk aku?
“Yus.“panggil satu suara. Yusliza menoleh. “Jom. Mak dah panggil masuk.”
Perlahan-lahan Yusliza bangun lalu menuju ke arah lelaki itu. Dia terkedu apabila tangannya digenggam lembut dan kemas.
Majlis persandingan diadakan di hotel. Perarakan pengantin masuk ke dewan menjadikan suasana bingit dengan paluan kompang dan butir bicara para tetamu. Ditambah pula dengan celoteh Lily dan Bahari yang menjadi wakil tuan rumah untuk mengendalikan acara majlis pada malam itu.
Yusliza dan Badrul berpimpinan tangan masuk. Melihatkan raut bahagia pada wajah mertua dan kedua orang tuanya, Yusliza turut tersenyum. Andai ini membahagiakanmu, Yus redha dengan takdir ni. Gumamnya sendiri.
Selesai acara di pelamin yang dihias indah, pengantin dijemput untuk makan beradab. Yusliza yang sememangnya lapar terus menuju ke meja makan. Malu dia apabila Bahari mengatakan pengantin perempuan gelojoh. Balik rumah nanti, siaplah kau Ayie!
Sememangnya gandingan Lily dan Bahari amat menghiburkan. Tersedak Yusliza apabila mereka bercerita serba sedikit tentang kisah dia dan Badrul. Siap ada gambar yang ditayangkan pada skrin putih lagi. Dari kecil hinggalah kini. Air yang dihulurkan oleh Badrul segera disambut.
“Sayang,janganlah gelabah sangat. Buat macam abang ni. relax aje“bisik Badrul. Berderau darah Yusliza mendengar Badrul memanggilnya sayang. Mamat ni sewel ke apa. Dulu kau aku aje. Ni sayang-abang pulak. Tepukan gemuruh mematikan lamunannya. Tayangan dah habis rupanya.
“Nampaknya,kerja kami dah selesai. Majlis hampir ke penghujungnya. Kami bagi pihak keluarga pengantin, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis malam ini.“ucap Lily.
“Betul tu Lily. Semoga pasangan sepadan ini,akan kekal hingga ke akhir hayat.“ Sambung Bahari pula. Yusliza mengerutkan dahinya. Dia mencuri pandang Badrul di sebelahnya. Sepadan ke? Aku ni manalah sesuai dengan dia yang handsome ni. Dahlah pendek. Kalau sama-sama berdiri, takat bahu lelaki itu aje.
“Sebelum kami mengundurkan diri, izinkan kami menyanyikan sebuah lagu. Khas untuk semua.“
“Ya. Mungkin suara kami tak merdu. Tapi tak juga sumbang. Bolehlah kalau nak dijadikan calon.” Seloroh Bahari. Lily menampar kuat bahu Bahari. Tertawa para tetamu yang hadir melihat aksi mereka berdua. “Khas untuk semua,terutama Abang Bad dan Yus. Terimalah.”
Muzik dimainkan. Yusliza tersenyum senang apabila melihat Lily dan Bahari menghampirinya.

Every Time Our Eyes Meet,
There Is A Feelin Inside Me
It's Almost More Than I Can Take
Baby When You Touch Me
I Can Feel How Much You Love Me
And It Just Blows Me Away
I've Never Been This Close To Anyone
Or Anything
I Can Hear your Thoughts, I Can See Your Dreams

I Dunno How You Do What You Do
I'm So In Love With You
It Just Keeps Getting Better
I Wanna Spend The Rest to My life
With You By My Side
For Ever and Ever
Every Little Thing That You Do
Baby I'm Amazed By You

The Smell Of Your Skin
The Taste of your kiss
The Way You Whisper In The Dark
You're Hair All Around Me
Baby You Surround Me
You Touch Every Place In My Heart
Oh..It Feels Like The First Time, Every Time
I Wanna Spend The Whole Night..In You're eyes


***************************

Yusliza rancak berbual melayan ahli keluarga dan tetamu lain yang hadir. Sampai di meja yang dihuni oleh adik-beradiknya, Yusliza berhenti. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Bahari. Badrul? Entah di ’stesen’ mana dia berhenti. Ah, lantaklah. Air minuman Bahari diteguknya.
“Wei,mangkuk! Air aku tu. Sesedap kau aje minum. Aku makan pun tak habis lagi ni.“marah Bahari dengan mulutnya yang penuh dengan makanan.
Yusliza mengetuk kepala lelaki itu dengan sudu lalu dipiat telinga lelaki itu. “Apa mangkuk? Kau tu mangkuk tandas. Oo...tadi puas malukan aku,kan. Ambil ni.“ geram Yusliza lalu menarik kuat telinga lelaki itu. Merah muka Bahari menahan kesakitan. Mereka yang lain hanya tertawa melihat gelagat mereka berdua itu.
“Ayang,tengoklah kawan ayang ni. Sakit telinga I.“adu Bahari kepada Lily di sebelahnya.
Terjegil mata Lily mendengarnya. “Ah,apa ayang-ayang? Mengada. Aku ganyang mulut kau tu baru tahu.“
Yusliza memegang perutnya kerana tidak tahan gelak mendengar kemarahan Lily dan mimik muka Bahari yang melayan rajuk.
“Yus.“tegur satu suara. Melilau mata Yusliza mencari suara itu. Pandangannya terhenti pada susuk tubuh yang sedang berdiri di sebelah Borhan.
“Kau? Yazid…kau buat apa kat sini?”gembira Yusliza melihat Yazid si situ. Dia bangun lalu mendekati lelaki itu.
“Aik...tak boleh ke aku datang sini? Yelah, ada orang tu tak sudi nak ajak aku. Mujur aku lalu- lalang mengemis kat sini. Nasib baik aku tak tercekik tulang ayam bila nampak kau masuk tadi.”gurau Yazid. Dia melihat penampilan Yusliza. Cantik. Desisnya.
“Kau jangan nak buat lawak merapu. Mengemis dengan pakaian smart macam ni. Handsome lagi tu. Aku ketuk dengan sudu ni baru tahu.“ugut Yusliza sambil menunjukkan sudu ditangannya.
“Mana kawan-kawan yang lain?“soal Yazid. Dia datangkah?
Yusliza menggeleng perlahan. “Aku dah cuba call, mesej, email…sorang pun tak balas. Aku dah tak dengar khabar dia orang sejak balik hari tu. Kau ni, tak jawab soalan aku. Kau buat apa kat sini? Ke...kau tahu ni majlis aku?“
Yazid sedikit kecewa mendengarnya. Maknanya, dia tak datang hari ni. “ Aku tak tahu pun ni majlis kau...“
“Eh, Yazid. Thanks for coming. Mana parents kau?“sampuk satu suara. Kacau daun betullah. Mereka menoleh. Badrul rupa-rupanya. Dua lelaki itu bersalaman.
“Abang Bad. Tahniah. Parents saya ada kat sana. Tengah berbual tu.” Ujar Yazid sambil menunjuk ke satu arah. Mereka bertiga memandang.
“Macam mana sekarang? Okey?”
“Okeylah. Cuti ni tolong ayah sikit-sikit kat resort. Naik sem barulah final year. Orang tu dah jadi isteri orang pun. Nanti bila saya grad,dah jadi mak pula.”usikkan Yazid itu disambut gelak tawa oleh Badrul. Naik meluat Yusliza mendengarnya.
“InsyaALLAH, kalau ada rezeki.”balas Badrul lalu memeluk mesra pinggang isterinya. “Kalau sayang nak tahu, dulu ayah Si Yazid ni peguam syarikat kami. Tapi lepas mereka sekeluarga berpindah, kami terpaksa lantik peguam lain. Sekarang, family dia buka sebuah resort.
Sayang? Ee…aku siku karang. Sabar Yus…sabar. Dia kan suami kau. jaga maruah suami. Kau nak jadi isteri yang baikkan? Ingat pesan umi. “La...iya ke. Kata mengemis tadi.“Bulat mata Yusliza memandang Yazid yang menipunya tadi. Yazid tersengih.
“Kak Yus!”jerit satu suara. Serta-merta Yusliza memalingkan tubuhnya. Khadijah sedang berlari-lari anak ke arahnya. Mereka berpelukan seketika. Hamidi, Khairuddin, Khairul dan Hazirah menyusul di belakang.
“Amboi…cantiknya dia. Jatuh hati abang dibuatnya.” giliran Khairuddin pula mengusiknya. Yusliza tersenyum malu.
“Tapi tulah, baru hati aku nak jatuh, dah nampak cik abang dia kat sebelah. Naik semula hati aku tadi.”celah Hamidi. Mereka tertawa lagi.
“Tahniah,Yus,Bad. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.”ikhlas ucapan itu dari Hamidi. Namun dia hairan apabila tidak kelihatan langsung kelibat rakan-rakan Yusliza yang lain.
“Mana kawan Yus yang lain?”Khairuddin bertanya.
“Entahlah. Dah cuba hubungi, tapi tak dapat. Tak apalah.” Balas Yusliza. Jauh di sudut hati, dia amat kecewa.
“Eh,aku gerak dulu. Nanti tercari-cari pula orang tua aku.”Yazid meminta diri daripada Yusliza.
“Err…Yazid.”panggil Yusliza. Tanpa disedari, dia menyambar tangan lelaki itu. Yazid berpaling menghadap Yusliza.
“Kau… Wanda ada jumpa kau?” Yusliza melepaskan pegangannya.
Yazid menggeleng perlahan. “Untuk apa dia jumpa aku? Lagipun, last kami jumpa masa putus dulu. Lepas tu tak ada dah. Biarlah.“
“Maknanya,kau belum tahu fasal dia?“
“Fasal apa?“
“Yus, cepatlah.“panggil Khairuddin. Yusliza serba salah. Dia terus menuju ke arah Khairuddin dan lain-lain untuk bergambar. “I’ll talk to you later.”








4 comments:

SyAz n HaNi said...

best2... cpt smbung ek.. nk tau ap jd kat yus n bad...

tzaraz said...

selamat pengantin baru buat yus & bad..

intan abd wahab said...

KWEN JGK YA MRK BRDUA...KNP LM SNGT NK SMBUNG CRITER NI???APA2PN AKAK FOLLOW...BIAR LH YUS TAHU MMG CNTA BAD PDNYA SEJAK DULU LAGI.....

ZuLyaN RamSaR said...

@ tzaraz
slmt pgntin bru kpd mreka...
smg kekl hgga akhir hyt.. :D

@ SyAz n HaNi
InsyALLAH...

@ intan abd wahab
maaf kak, bkn sgja nk lmbt2...
cm kdg2 xde ms n idea pn kurg utk mymbungnya...
hehe...