Tuesday, January 26, 2010

Ku Terima Seadanya 17



Malam itu, sekali lagi Yusliza keluar bersama tunangnya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menolak. Namun, mengenangkan Hajah Rozi, akhirnya dia mengalah. Panggilan telefon petang tadi kembali singgah di ingatan.
Usai mengerjakan solat Asar, Yusliza segera mencapai telefon bimbitnya yang sedang berbunyi. Selepas berbalas salam dan bertanya khabar dengan si pemanggil, lelaki itu terus menyatakan tujuan dia menghubungi Yusliza.
“Kita keluar malam ni. Cari dan beli barang hantaran. Sekali dengan pelamin dan baju.“tenang sahaja bicara Badrul.
“Saya tak nak!“bentak Yusliza perlahan. Khuatir didengari oleh teman sebiliknya.
Badrul merengus kasar. Hisy...susah betullah perempuan ni. Aku ajak keluar shopping aje! Bukannya buat apa pun. “Mak aku yang suruhlah!“
“Tipu! Sebenarnya awak sengaja guna alasan tu untuk ajak saya keluar,kan? Sebelum ni pun awak cakap nak bawa saya keluar. Tapi tu ha...sampai ke utara sana. Saya...“
“Assalamualaikum,Yus.“tegur satu suara. Yusliza terdiam. Mati ayatnya tadi. Segera dia menjawab salam.
“Err…mak cik… Eh, mak sihat?” gugup dia bersuara. Masih kekok untuk membahasakan wanita itu sebagai emak. Selebihnya,dia terkejut. Hisy…mamat ni! Kenapa bagi telefon pada mak dia? Tak beritahu pun! Rungut Yusliza di dalam hati.
“Alhamdulillah, mak sihat. Yus, kenapa tak nak pergi? Yus sibuk ke?“ lembut Hajah Rozi bertanya. Suara seorang ibu yang sedang memujuk melemahkan jiwanya. Tidak sanggup dia untuk membantah.
“Err…Yus…”
“Pergilah. Mak dah cari butiknya. Pelamin dan baju, semua mak dah tempah. Yus cuma pergi untuk cuba aje. Kalau tak muat nanti, tukang jahit boleh betulkan. Please, tolong mak,ya.”Hajah Rozi separuh merayu. Dia yakin selepas ini, Yusliza pasti bersetuju.
“Mak faham, Yus sibuk. Dekat nak final exam,kan? Sebab tu mak uruskan segalanya dengan umi. Tapi untuk ini, pergilah sekejap. Boleh,kan? Takkan Yus nak pakai baju saiz mak?”gurau Hajah Rozi.
Yusliza tertawa mendengarnya. “Tak salah,kan?”balas Yusliza. Kemudian, dia tertawa lagi apabila terdengar leteran bakal ibu mertuanya.
“Yus,boleh ya?” Hajah Rozi terus memujuk. Dia sedar, sebenarnya, Yusliza enggan keluar bersama Badrul. Entah apa sebabnya. Mungkin...gadis itu tidak begitu rapat dengan Badrul seperti keakrabannya dengan Borhan dan Bahari.
Yusliza menarik rambutnya sendiri. Geram dengan Badrul,marah pada diri sendiri. “Baiklah mak. Yus ikut Bad pergi butik tu malam ni.“ Entah apa yang mendorongnya untuk berkata demikian.
“Baguslah macam tu. Terima kasih,Yus. Oh ya, Abang Bad kata nanti dia jemput lepas Isyak.” Memandai-mandai saja Hajah Rozi menambah panggilan ‘abang’ pada pangkal nama Badrul.
Yusliza geli-geleman. Abang? “Yelah,Yus tunggu.”
Kini, dia berada di sisi lelaki itu. Masing-masing menyepi. Hanya kedengaran DJ yang sedang berceloteh di radio. Yusliza mengeluh perlahan.
“Kenapa?” soal Badrul. Yusliza hanya menggeleng malas. Sibuk aje nak tahu. Suka hati sayalah! Badrul hanya tersenyum melihat gelengan itu.
Sampai di pusat membeli-belah, mereka segera menuju ke butik yang terletak di sekitar kawasan itu.
“Inilah bakal menantu Hajah,ya. Cute orangnya.” Puji Amar,pemilik butik tersebut.
“Mana ada. Saya biasa aje,bang.”Yusliza merendah diri. Malu dia apabila dipuji sebegitu.
“Eleh...you tak payah malu-malu dengan I. Bad, pandai mak you carikan. Kalau I dapat, I tak lepas tau. Rasa macam esok juga I nak kahwin.”lembut Amar berkata lalu menampar bahu Badrul.
Badrul tersengih. “Kalau ikut I pun, macam tu juga. Tapi dia dah nak exam. Tahan ajelah.”selamba Badrul berkata. Kedua-duanya tergelak besar. Yusliza menjelingnya tajam. Malu.
Setelah selesai berurusan di butik, mereka terus berlegar-legar mencari barangan untuk dijadikan hantaran. Penuh tangan mereka menjinjing barang-barang.
Ketika melalui kedai emas, Badrul menarik Yusliza masuk kedalam kedai tersebut untuk membeli cincin pernikahan mereka. Yusliza ingin menolak kerana memikirkan yang harinya lambat lagi. Namun, belum sempat bersuara, dia sudahpun duduk menghadap pelbagai jenis dan bentuk barangan kemas di dalam kedai tersebut.
“Pilihlah. Aku bayar. Mak pesan tadi, suruh beli sekali. Lepas ni tak payahlah berulang-alik lagi.“ujar Badrul
Memanglah awak yang kena bayar! Saya mana ada duit. Sikit-sikit mak… Tadi pun masa beli barang, asyik cakap mak pesan itu, mak pesan ini. Nampak sangat nak kahwin dengan aku kerana mak dia! Rungut Yusliza di dalam hati.
Yusliza memandang cincin yang terdapat di hadapannya. Argh… pening aku! Banyak sangat pilihan. Yusliza terus memilih.
Ketika dia sedang asyik memilih, dia terpandangkan satu set cincin, gelang dan rantai yang terdapat di situ. Yusliza terus merenung set barang kemas tersebut. Hmm..kalaulah lelaki itu bukan dia, dah lama aku minta set ni. Yusliza tersenyum kecil.
“Ini satu set RM 3000. tapi saya boleh kasi diskaun.” Ujar lelaki cina itu. Dia terus menekan-nekan kalkulatornya. Mulutnya terkumat-kamit berbicara sesuatu.
“Lepas diskaun, saya boleh bagi RM 2800.“
Terlopong Yusliza mendengarnya. Baik tak payah bagi diskaun. Tapi okey jugak. Jimat RM 200. Yusliza memandang Badrul yang kelihatan selamba.
“Tak apalah. Saya tanya aje. Saya nak pilih yang lain.”
“Untuk apa? Wedding?”soal lelaki cina itu lagi. Yusliza hanya mengiakan. Tersenyum lelaki cina itu. Dia kemudiannya menunjukkan beberapa contoh cincin yang sesuai dan menjadi trend masa kini.
“Saya pilih inilah.”ujar Yusliza sambil mengacu cincin tersebut di jari manisnya. Cincin itu menarik minatnya dengan bentuknya yang simple tapi menarik.
“Simplenya cincin. Tak menarik langsung.” Gumam Badrul sendirian. Yusliza terdengar. Suka hati sayalah!
“Cincin ini... RM 300.“ Beritahu lelaki cina itu. Yusliza tersenyum. Bagus…murah.
“Jimat duit aku kahwin dengan beruk ni.Tadi pun barang-barang dia, semuanya murah.“ Badrul berbisik sendirian.
Yusliza terkedu. Beruk? Iyalah...aku ni beruk tak payah ada cincin pun tak apa. Yusliza menanggalkan cincin itu dari jarinya. Segera Badrul mengambilnya lalu disarungkan ke jari kelinkingnya pula. Muat-muat!
“Kau pernah dengar tak orang tua-tua cakap, kalau cincin yang dipakai di jari manis pengantin perempuan, muat di jari kelinking pengantin lelaki, mereka memang berjodoh.“ Badrul tersenyum dengan kenyataannya. Tidak menyedari bahawa yang sebenarnya dia baru saja menyakiti hati gadis itu.
Meluat Yusliza mendengarnya. Sudahlah panggil orang beruk, nak berpepatahlah pula! Selamba Yusliza mengambil semula cincin tersebut daripada Badrul lalu disarungkan ke jari kelinking lelaki cina di hadapannya. Nasib baik muat!
“Dia pun muat, so...dia pun jodoh sayalah?“ sindir Yusliza. Dia bangun dari duduknya.
“Betul apa yang awak cakap tadi. Saya beruk. Beruk macam saya, tak perlu ada cincin. Pakai getah pun tak apalah,Bad. Saya terima. Terima kasih kerana menyedarkan saya. Taklah awak rasa membazir bila dah ceraikan saya nanti.” sayu suara Yusliza. Badrul tergamam. Dia dengarkah?
“Sorry,saya tak jadi beli.” Yusliza berkata kepada lelaki cina itu. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Badrul. Terpinga-pinga lelaki cina itu melihat mereka berdua.
Hampir menitis air mata Yusliza. Namun, ditahannya. Laju kakinya mengatur langkah ke arah destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Akhirnya, dia tiba di Kedai Buku Popular. Hilang sedikit rasa sedihnya.
Puas Badrul mencari tunangnya. Lenguh tangannya menjinjing barang yang turut ditinggalkan oleh Yusliza tadi. Dia merasa amat menyesal dengan kata-katanya. Kalau sayang, kenapa aku masih nak menyakiti hatinya? Kalau benci, kenapa dia yang selalu aku rindu dan nantikan. Yus, I love you. I’m sorry. Don’t leave me,please. YA ALLAH, bantulah aku. Berilah aku petunjuk, di mana tunangku berada. Doa Badrul di dalam hati.
Kelibat seorang gadis di dalam sebuah kedai buku membuatkan dia kembali menarik nafas lega. Kini,yang ada hanyalah perasaan cemburu apabila melihat keceriaan pada wajah Yusliza apabila seorang lelaki menyapanya.
“Yus.”tegur satu suara. Yusliza menoleh. Dia melonjak gembira.
“Abang Midi…abang buat apa kat sini? Ikut Yus,ya…”usik Yusliza kuat. Hamidi mencebik. Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka. Yusliza punya fasallah. Cakap tak reti perlahan! Rungut Hamidi.
“Kita ni selalu berjodoh di kedai buku. Actually, cousin abang kahwin. So, abang stay kat rumah dia. Ni saja jalan-jalan. Nak cari buku. Yus sorang aje?” soal Hamidi. Dia tahu, Yusliza jarang keluar malam tanpa teman.
“Err…hmm…sorang.”gugup Yusliza.
Hamidi tersenyum. Dia memandang gadis di hadapannya. Yus...Yus... nak kelentong pun,agak-agaklah.
“Tapi abang rasa, tak mungkin Yus datang sorang. Sebab apa yang abang nampak, ada orang dah pandang Abang Midi lain macam aje ni. Gerun juga tengok. Pandang macam nak telan.“ bisik Hamidi di telinganya. Lelaki itu tersenyum. Yusliza segera menoleh. Terkejut dia melihat Badrul di situ. Hisy...macam mana dia boleh jumpa kau ni!
“Assalamualaikum, Encik Badrul.“
“Waalaikummussalam, Encik Hamidi.“
Dua lelaki itu saling mendekati lalu bersalaman. Mereka terus bertanya khabar dan beramah mesra. Entah apa yang mereka bualkan. Yusliza malas ambil peduli. Dia terus merayap di segenap ruang kedai buku itu.
’Bad, awak suka menyakiti hati saya. Kenapa? Apa salah saya pada awak? Beginikah caranya awak puaskan hati awak? Dengan menyeksa perasaan saya? Mak…beritahu pada Yus. Macam mana Yus nak menyayangi anak mak sedangkan dialah yang selalu menanam rasa benci Yus pada dia…’
Sesekali, Badrul menjeling ke arah Yusliza. khuatir jika gadis kesayangannya itu hilang lagi.
‘Maafkan aku, Yus. Aku amat menyayangi kau. Tapi aku tak tahu kenapa mulut ni lancang aje mengatakan sesuatu yang menyakiti hati kau. Aku minta maaf sangat-sangat. Jauh di dasar hati... aku sayangkan kau. Hanya kau, Yusliza...’


“Mei Lin, thanks ya sudi ajar I. You ni baiklah. Esok I belanja you makan.” Hakim berjanji kepada gadis di sebelahnya.
Gadis itu tersenyum. “Small matter la… You pun selalu tolong I sebelum ni. Tapi kalau you nak belanja I makan, boleh juga. I nak makan kat Starbucks.”gurau Mei Lin. Membulat mata Hakim mendengarnya. Geli hati Mei Lin melihat reaksi lelaki itu.
“You ni cekik darah la. I tak mampu nak bawa you ke tempat-tempat macam tu. Sorry. Setakat kat kafe, boleh la.”beritahu Hakim jujur.
“Hei, I don’t mind la. Kalau you nak belanja I makan cendol pun I tak kisah. Tadi tu I cuma gurau aje.”ujar Mei Lin bersama sisa tawanya.
Hakim turut tertawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “You ni tak macam orang kaya lain. Kalau orang lain, mesti dah bershopping every week. Bergaya, and one more…berlagak! You ni simple dan tak memilih. I senang berkawan dengan you.”ucap Hakim.
Dia memandang gadis cina di hadapannya. Sebelum ini, dia menyangka bahawa gadis seorang yang sombong. Namun, sangkaannya meleset sama sekali setelah dia berkumpulan dengan gadis itu. Ternyata, tindakan Professor Abidin itu ada faedahnya.
“Thanks. Actually, I membesar tanpa mummy and daddy. I only have my brother. He’s everything for me. Dialah ayah,dialah ibu,dan dialah abang. Abang I bussinesman. Tapi dia selalu ingatkan I supaya hidup secara sederhana. So, that’s why I lebih senang macam ni.”
“Your parents…dah tak ada? Sorry, I tak tahu.”simpati Hakim mendengarnya. Melihat gelengan gadis itu, Hakim memanjatkan kesyukuran di dalam hati kerana di kurniakan ibu bapa yang masih sihat dan menyayanginya.
Sebuah Honda CRV berhenti tidak jauh dari mereka. Perbualan tadi terhenti. Kedua-duanya menoleh. Hairan mereka apabila masih ada kenderaan yang masuk pada waktu malam begini.
Yusliza turun dari kereta. Langsung tidak menoleh ke arah tunangnya. Rasa sakit di hati masih terasa. Panggilan Badrul langsung tidak diendahkannya.
Hakim dan Mei Lin saling berpandangan. Timbul rasa curiga melihat adegan tadi.
“Kenapa dengan Yus? Dan lelaki itu…”soal Mei Lin.
Hakim menjungkit bahunya. “I’ve no idea. I don’t know anything and dia tak pernah cakap apa-apa dengan I.”
Mei Lin memikirkan sesuatu. “Yes, I know that’s man. Dia kawan abang I. I’m not remember his name but… I pernah jumpa dia sekali masa birthday party kawan.” jelas Mei Lin.
“Really? I pun pernah jumpa lelaki tu. Tapi kat kolej ni. Yang I pelik, selepas Yus jumpa dia, mesti Yus menangis. I tak fahamlah.”
“Maybe…ada sesuatu antara mereka?”
“You means…?”Hakim masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Mei Lin. Dia berfikir sejenak. Adakah…
“They’re couple,perhaps.”teka Mei Lin.
Masing-masing terdiam memikirkan kebenarannya. Betulkah? Kalau mereka berdua bercinta, kenapa Yusliza menangis dan seakan tidak gembira setiap kali mereka bertemu? Tapi, kalau mereka bukan pasangan yang sedang bercinta, apa pula hubungan mereka yang sebenarnya sekarang ni…?
Argh…kedua-duanya buntu!

4 comments:

Sha said...

eee teruknye bad nih..
bencii..

tzaraz said...

adoiii...sengal tul la bad nie..

Hafia Hana said...

rileks la bad...go slow la

pompuan ni sensitif,so sabo ckit

pRetTy Gal said...

tak sabar baca citer seterusnya...........pls.