Sunday, January 10, 2010

Ku Terima Seadanya 16



“I’m sorry,Man. Aku tak boleh. Selama ni, aku anggap kau sebagai kawan aje. Tak lebih daripada itu. Aku harap kau faham.”jelas Yusliza. Ternyata segala telahan Fifi dan Yati malam tadi benar belaka. Razman sedang menaruh hati terhadapnya.
“Boleh aku tahu kenapa? Kau tak suka aku atau...benci aku? Tak pun aku ni jahat?“lembut Razman bertanya. Baginya, setiap jawapan mestilah bersebab.
Yusliza menggeleng perlahan. “No. Aku bukan benci kau, bukan tak suka kau. Kau baik, aku suka berkawan dengan kau. Tapi aku ada sebab yang susah untuk aku jelaskan. Kau tak akan faham.“
“Macam mana aku nak faham kalau kau tak jelaskan?“bidas Razman. Dia terus mencuba untuk menyelami isi hati gadis dihadapannya.
“Maaf,ini terlalu peribadi bagi aku. Suatu hari nanti, kau pasti akan ketahui juga.” Yusliza tersenyum tawar. Dikeluarkan bungkusan yang diterimanya petang semalam lalu diletakkan dia atas meja. Perlahan-lahan Yusliza menolak bungkusan itu kepada Razman.
Razman hanya memerhati bungkusan yang semakin menghampirinya. Pandangannya tiba-tiba menangkap sesuatu di jari manis gadis itu. Dia mengeluh perlahan.
Yusliza terdengar keluhan itu. Serba-salah dia dibuatnya. “Aku betul-betul minta maaf. Aku tak boleh terima kau. Kalau kau nak marah,marahlah. Tapi tolong jangan buat aku rasa bersalah.”suara Yusliza separuh merayu.
Razman menoleh ke arah gadis itu. “Kau dah berpunya,ya. Cincin tu…” Razman memuncungkan bibirnya ke arah sebentuk cincin di jari manis Yusliza. “Siapa? Hakim,Zaidi…?” Razman bertanya lagi. Dia tahu, Yusliza rapat dengan dua jejaka itu.
Yusliza tertunduk. Dia menggeleng perlahan. “Hakim dan Adi,Cuma kawan aku.”jelasnya.
Masing-masing diam. Razman buntu bagaimana dia ingin mengetahui sebab sebenar daripada Yusliza? Yusliza pula keliru. Razman kawannya. Adakah dia telah menyakiti hati lelaki itu?
“Tak apalah. Kita akan terus berkawan,kan?”soal Razman tiba-tiba.
Yusliza terpinga-pinga memandangnya. “Kau…tak rasa apa-apa? Kau dah tak marahkan aku?”
Razman tersenyum. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. “Actually, memang ada rasa terkilan sikit. Malu pun ada. Marah? Aku tiada hak nak marah kau. Perasaan kau, milik kau. Aku dah lama sukakan kau. Cuma tak berani nak luah. Bila dah ada kesempatan,aku dah terlambat rupa-rupanya. Apa pun, aku harap kau bahagia. Ini doa seorang sahabat,untuk sahabatnya.“ucapan Ikhlas daripada Razman. Terharu Yusliza mendengarnya.
Kalau nak diikutkan, Razman mempunyai peribadi dan latar belakang keluarga yang baik. Orangnya pun boleh tahan. Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya mampu menawan hati para gadis. Sungguh comel. Tapi Yusliza pelik,kenapa hatinya tidak sedikitpun tertawan kepada lelaki itu?
Puas dia memikirkan kenyataan itu. Namun,masih tiada jawapan. Yusliza menongkat dagunya. Memikirkan tentang dirinya. Siapakah sebenarnya yang akan menyembuhkan hati aku yang telah terluka ini? Adakah Badrul? Tapi,tak mungkin dia kerana semakin hari aku rasakan semakin sakit hati dengannya. Razman lagilah. Aku anggap dia kawan aje. Hakim...jauh sekali.
Argh...penat aku aje memikirkannya. Biarlah segalanya ditentukan oleh-NYA. Semoga apa yang telah DIA tetapkan adalah yang terbaik buat diriku. Yusliza berserah.


“Kak Yus!“ sayup kedengaran satu suara memanggilnya. Langkah Yusliza terhenti. Matanya melilau mencari si pemanggil.
“Opocot mak kau...“latah Hakim. Hampir-hampir dia menyondol belakang Yusliza. Fifi turut terkejut dengan tidakan Yusliza itu.
“Kau cari apa?” tanya Fifi pelik.
“Ada orang panggil akulah…”yakin Yusliza berkata.
Hakim dan Fifi terpinga-pinga. Tak dengar apa-apa pun… “Mana ada. Perasaan kau aje tak?”ujar Hakim.
Yusliza menjungkit bahunya. Mereka bertiga berpaling untuk meneruskan langkah mereka ke dewan. Namun, baru beberapa langkah, sekali lagi nama Yusliza dipanggil. Kali ini lebih kuat. Ketiga-tiga mereka terus menoleh.
“Kan betul aku cakap. Ada orang panggil aku.“ujar Yusliza. Hakim hanya tersengih-sengih sementara Fifi pula mencebik.
Gadis itu semakin menghampiri ketiga-tiganya. Yusliza tergamam. “Eh…Ijah? Buat apa kat sini malam-malam?”
Yusliza dan Khadijah bersalaman lalu berpelukan seketika. Terpinga-pinga Hakim dan Fifi dibuatnya.
“Ijah pindah kolej ni.Dekat sikit dengan fakulti. Semester lepas Ijah duduk kat kolej lain. Jauhlah dengan fakulti. Itu yang try minta kat sini. Alhamdulillah…dapat. Baru masuk tengah hari tadi.“terang Khadijah.
“Iya ke? Kenapa tak beritahu akak? Boleh akak tolong mana yang patut. Eh, kenalkan kawan-kawan akak. Ni Kak Fifi dan yang tu, Abang Hakim.” Yusliza memperkenalkan Fifi dan Hakim kepada Khadijah. Gadis itu bersalaman dengan Fifi dan membalas senyuman Hakim.
“Ala…itu pun nasib baik ada kosong kak. Dapatlah Ijah stay sini. Kalau tak ada tadi, ingat nak tanya kolej sebelah pulak.”bicara Khadijah lalu tersenyum. Dia memandang gadis di sebelah Yusliza. Oh,inilah dia orangnya?
“So…inilah Kak Fifi?”soal Khadijah lagi. Fifi tergamam. Aik,macam dah kenal dengan aku aje dia ni?
Yusliza mengangguk lalu tersengih. Dia memberi isyarat kepada Khadijah agar tidak terus bersuara. Khadijah hanya mengangguk perlahan.
“Awak ni siapa? Cousin Yus?“ tanya Hakim tiba-tiba. Sejak dari tadi dia hanya mendengar perbualan antara Yusliza dan gadis itu. Begitu juga Fifi.
“Eh,lupa pulak aku. Sorry. Fifi,Hakim, kenalkan,ini Khadijah. Dia ni adik Abang Khairuddin. Korang ingat lagi tak senior kita tu?”
“La…patutlah aku macam pernah nampak muka dia ni. Adik Abang Din rupanya.” Hakim berkata. Dia memandang gadis itu. Cantik. Pujinya dalam hati.
Fifi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu. “Tapi...macam mana Ijah... macam dah lama kenal akak aje?“ soalnya.
Yusliza dan Khadijah saling berpandangan. Kedua-duanya hanya tersenyum. “Jomlah masuk. Lama pulak diaorang tunggu kita nanti. Jom Ijah. Join us.“ Pelawa Yusliza. Khadijah mengangguk setuju.


Wanda memicit-micit kepalanya yang tidak sakit. Dia buntu. Rasa penyesalan timbul di dalam diri. Apakah yang harus dia lakukan?
Pagi tadi, sebelum ke kelas,kepalanya terasa pening. Ketika kuliah Profesor Abidin, perutnya tiba-tiba terasa mual. Sampai saja di tandas, dia memuntahkan segala isi di dalam perutnya. Aku ni keracunan makanan ke? Soalnya sendiri.
Tadi, dia telah ke klinik. Dan dari ujian pemeriksaan, dia didapati hamil sebulan. Keputusan itulah yang meresahkannya. Teringat kata-kata doktor cina tadi.
“Congratulation,you’re pregnant.“ucap doktor itu. Wanda terkejut. Dia hanya tersenyum palsu. Macam mana aku boleh mengandung? Ini tak boleh jadi. Aku mesti beritahu Abang Anwar. Esok...esok aku akan pergi cari dia!
“Where is your husband?“tanya doktor itu lagi.
“Err… Oh,he’s outstation. Sebab tu I datang sendiri.”
“Really? Sayang sekali. But…it’s okey. You mesti jaga betul-betul kandungan ni. I akan bagi you vitamin,okey. Is it first baby?”
Wanda hanya mengangguk mengiakan. Doktor cina itu hanya tersenyum.
“Kalau tak ada apa lagi,saya keluar dulu ya,doktor.”
“oh…sure.”
“Thanks.”ucap Wanda lalu keluar meninggalkan bilik itu.
Abang Anwar cintakan aku. Dia mesti terima aku dan baby ni. Esok,aku akan beritahu dia berita gembira ini. ‘Abang,kita bakal jadi mama dan papa...’ riang hati Wanda berbicara sambil mengusap-usap perutnya.
Wanda mengeluh. Mujurlah Fifi, Yati dan Yusliza tiada dalam bilik. Kalau tidak, pasti mereka menyibuk.
“Aku dah cakap,suara Man memang sedap.“puji Yati lalu membuka pintu bilik. Terkejut dia melihat Wanda ada di dalamnya. Namun, dia malas mahu menegur gadis itu. “Rugi kau Yus,kalau tak nak terima dia.“
“Eh,apa yang ruginya. Aku tak rasa macam tu pun. Kalau kau nak, ambiklah.“ balas Yusliza. dia terus menuju ke meja belajarnya.
“Ish...mana boleh. Aku dah ada Azrul. Aku sayang sangat kat dia.“ucap Yati penuh perasaan. Fifi yang sedang menukar baju hanya mencebik.
“Ha...tau pun kau. Aku pun ada orang yang aku sayang.“jawab Yusliza.
“Iya ke Yus? Orang mana? Handsome tak?“ Fifi sekadar melayan kata-kata Yusliza. dia tahu, Yusliza tidak jujur dengan bicaranya. Selama berteman dengan Yusliza, gadis itu tidak pernah menyatakan rasa minat atau suka kepada mana-mana lelaki. Inikan pula orang tersayang.
“Kalau korang tak percaya, tak apa. Kita tengok aje nanti. Jangan nanti salahkan aku,cakap aku tak beritahu. Padahal awal-awal lagi aku dah cakap.” Yusliza kelihatan serius dengan kata-katanya. Fifi dan Yati hanya tergelak kecil.
Wanda memandang ketiga-tiganya. Mereka kelihatan asyik berbual antara satu sama lain. Wanda hanya mendengar.Tiada seorang pun yang sudi menegurnya sejak masuk ke dalam bilik ini tadi. Macam aku ni tak wujud aje.
“Korang dari mana?” Wanda bertanya. Biarlah kali ini dia yang memulakan. Yusliza kembali mengadap laptopnya sambil menaip sesuatu. Fifi pula terus melipat kain yang bertimbun di dalam bakul sementara Yati asyik membelek telefon bimbitnya sambil menelaah.
Wanda terasa hati. Tiada seorang pun yang sudi menjawab pertanyaannya. “Korang ni, pekak ke...bisu?“soalnya lagi. Tetap tidak dijawab. Akhirnya, Wanda bangun lalu keluar dari bilik.
Semenjak peristiwa dia berperang mulut dengan mereka bertiga pada semester lepas, Yusliza,Yati dan Fifi seolah-olah tidak mahu berinteraksi dengannya lagi. Kalau bercakap pun, macam terpaksa aje.
Tiga gadis itu bersorak perlahan setelah Wanda keluar dari bilik. Mereka terus berbual dan bergurau senda. Wanda yang terdengar kemeriahan itu dari luar hanya membisu. Rasa sakit hati dan cemburu bersatu. Ini mesti Yus yang hasut Fifi dan Yati. Suruh mereka jangan berkawan dengan aku!


Yusliza,Fifi dan Yati duduk merenung langit malam. Sayangnya, tiada bintang mahupun bulan. Nak hujan agaknya. Esok hari Ahad. Lepas itu, Isnin datang lagi. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar, peperiksaan akhir semester hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
Beberapa hari ini, mereka begitu sibuk. Hari cuti inilah mereka bertiga mengambil kesempatan untuk berehat seketika sambil melepak di luar bilik.
“Fifi,Yus, korang tak pernah jatuh cinta ke? Aku tak pernah dengar pun korang couple dengan mana-mana lelaki. Ke...aku yang tak tahu?“ Yati memecahkan kesunyian. Sebenarnya, dari dulu lagi dia ingin bertanyakan perihal itu. Namun, baru hari ini terluah.
Yusliza dan Fifi saling berpandangan. Mereka tergelak kecil. “Kau rasa?“ duga Yusliza.
“Aku rasa, aku yang tak tahu.“pantas Yati menjawab. Dia yakin itu. Yusliza comel orangnya. Fifi yang manis bertudung pula memang cantik orangnya. Wajah bujur sirih yang dihiasi dengan tahi lalat kecil di kiri dagu. Alis matanya pula lentik. Tidak dinafikan, kedua-dua mereka mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Masakan tiada yang berkenan?
“Actually,betul apa yang korang cakap. Man sukakan aku. But I can’t.” Yusliza membalas pertanyaan Yati. Kesian gadis itu. Tidak banyak rahsia mereka berdua yang diketahui oleh Yati.
Fifi memandang Yati. “Same like me. Suresh suka aku. Tapi korang tahukan, sejak dari dulu lagi aku suka pada Abang Midi…”
“What? Abang Midi? Betul ke Fifi?”Yati seakan terkejut mendengarnya. Perlahan-lahan Fifi mengangguk.
“Yati,takkan kau tak tahu lagi? Cerita ini kan dah lama.”tanya Yusliza hairan.
“Aku ingatkan gosip semata-mata. Jadi, aku malas nak ambil tahu sangat.“ Jawab Yati. Fifi dan Yusliza hanya tersenyum.
“Kau Yus? Aku tahulah yang Man suka kau. Sebelum ni pun ramai yang cuba tackle kau. Kau aje yang tak layan. Kau tak jawab soalan aku tadi. Aku bukan tanya siapa yang suka kau. Aku tanya, kau tak pernah jatuh cinta ke?“ujar Yati.
Yusliza terdiam mendengarnya. Terkebil-kebil matanya memandang dua orang gadis di hadapannya. Perlu ke aku beritahu sekarang? Adakah ini masa yang sesuai? Tapi, bagaimana kalau mereka masih tidak mempercayainya? Arghh...
Akhirnya,Yusliza hanya menggeleng perlahan. Maafkan aku Yati,Fifi kerana aku terpaksa berbohong dengan korang. Aku pernah jatuh cinta. Tapi kisah aku... Kisah cinta luka yang membawa duka berpanjangan.
“Aku bukan apa. Sebelum kita exam ni, nak juga aku berkongsi cerita dengan korang. Mana tahu, lepas ni kita dah tak bertemu lagi...“sayu Yati berkata. Sebak Fifi dan Yusliza mendengarnya.
Mereka bertiga terus berbicara. Tiba-tiba, telefon bimbit Yusliza berbunyi. Segera Yusliza menjauhkan diri daripada Yati dan Fifi.
“Korang,aku ada hal. Aku pergi dulu.“laung Yusliza sambil melambaikan tangannya.
Yati dan Fifi membalas lambaian itu. Kini, tinggal mereka berdua di situ.
“Takkan kita berdua aje. Tak bestlah. Tak meriah.“rungut Fifi.
“Aku ada idea. Kau call Adi sekarang. Suruh diaorang semua turun.“arah Yati selamba. Fifi hanya menurut. Moga-moga mereka mahu turun...

3 comments:

Sha said...

bile deorg nk kwin nih??hehe..
nk sal bad n yus plk..
smbg2...

tzaraz said...

sapa ek yg call Yus tu?...
NEXT!...please ek Zulyan..jgn lambat2 tau..hehe

Anonymous said...

NExt.......next.........next......