Wednesday, March 2, 2011

Ku Terima Seadanya 25




“Assalamualaikum,member.”tegur Badrul. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Ayub. Masing-masing menjawab salam itu serentak.
“Wah…wah…ceria aje muka bakal pengantin kita ni. Minum…minum…kita orang order air yang special untuk kau. Teh tarik angau. Sesuai untuk kau yang tengah angau ni.”usik Fikri pula. Mereka tergelak apabila Badrul menunjukkan penumbuknya kepada Fikri. Malam ini, sengaja empat sahabat itu berkumpul untuk meraikan hari terakhir Badrul sebagai orang bujang sebelum bergelar suami orang.
“Mana orang rumah kau, Fik?“soal Badrul. Teh tarik yang masih panas itu dihirup perlahan.
“Ada kat rumah. kurang sihat. Biasalah, pembawa budak.“jawab Fikri. Dikerling jam di pergelangan tangan. Pukul 9.30. Dia sudah berjanji dengan isterinya untuk pulang ke rumah sebelum jam 12 malam.
“La...dah tu,kenapa kau nak menyibuk kat sini? Sepatutnya kau jaga isteri kau.“ selamba Ayub berkata. Semua mata memandang Fikri menunggu jawapan.
“Kalau ikutkan aku, aku tak nak datang tadi. Kesian kat Balqis. Tapi dia yang beria-ia suruh aku datang. Dia cakap, memang la keluarga paling utama. Tapi sekali-sekala, hati kawan kena jaga juga. That’s why i’m here. Lagipun, mak dan ayah aku ada kat rumah aku. So, adalah orang nak tengok-tengokkan Balqis kejap. Tapi aku tak boleh lama tau. Dah janji nak balik before pukul 12.”ujar Fikri sambil tersengih-sengih.”
Ayub mengeluh perlahan. “Iyalah, orang dah beristeri. Kaki tu dah kena ikat dengan isteri. Payah nak lepak lama-lama macam zaman bujang dulu. Lepas ni, sorang lagi ikut jejak Fik. Kita ni bila ya agaknya,Mirul?“
Amirul tertawa. Dia hanya menjungkit bahu. Entahlah, orang yang aku berkenan, dah dikebas orang. Desis hatinya sendiri. Badrul memandang Amirul yang sedang leka termenung.
“Aku dengar, kau akan ditukarkan ke Sarawak? Bila? Kata nak kahwin dulu.“ tanya Badrul. Amirul tertawa tiba-tiba. Berkerut muka Badrul melihatnya. Kenapa dengan kawan aku sorang ni?
“Yang fasal kena tukar ke Sarawak tu, betullah. Tapi tak jadi sebab bos dah pilih orang lain pula. Lagipun, dia orang sana. So, dekat sikit dengan keluarga dia. Aku cuma ditukarkan ke Johor. Yang aku tak tahan gelak, fasal kahwin tu. Mana kau dengar cerita tu? Bila masa pula,aku cakap nak kahwin sebelum ke Sarawak. Ke...kau saja nak usik aku,Bad?“ jawab Amirul bersama sisa tawanya.
Badrul tersengih. Dia menjeling tajam ke arah Fikri. Sahabatnya itu sedang tersenyum suka. Oh,kau tipu aku rupa-rupanya. Siap kau nanti!
“Ala...untuk kebaikkan kau juga.“ucap Fikri bagaikan mendengar ugutan kata hati Badrul. Ayub dan Amirul terpinga-pinga.
“Ha? Untuk kebaikkan siapa? Apa yang baiknya? Untuk apa?“soal ayub bertalu-talu. Terlopong Amirul mendengar pertanyaan bertalu-talu itu
“Tak ada apa-apalah. Aku cakap sorang-sorang.“balas Fikri. Dia tersenyum simpul ke arah Badrul.
“Kau biar betul,Fik. Gerun aku dengan kau ni.“kecoh Ayub bersuara.
“Jangan amalkan selalu. Kalau anak kau terikut nanti, mesti orang ingat korang anak-beranak gila.“tambah Amirul. Tawa mereka bersatu di dalam restoran itu.
Amirul menoleh ke arah Badrul. Hatinya senang melihat keceriaan bakal pengantin itu. “Bad, jaga Yus baik-baik.“pesannya.
Badrul tergamam. Spontan matanya tepat memandang Amirul. Ayub dan Fikri yang berada di situ turut memandang Badrul dan Amirul silih berganti. Terkejut dengan pesanan Amirul, gerun dengan pandangan Badrul. Akan ada pergaduhankah? Suasana sepi antara mereka.

************************************

FIFI WAHIDAH

Fifi sibuk menyiapkan kerjanya. Sementara menunggu hari konvokesyennya, Fifi mengambil keputusan untuk bekerja sementara dahulu. Alhamdulillah, dengan bantuan buah hatinya, dia mendapat pekerjaan di syarikat kecil milik kawan Hamidi di Pulau Pinang sebagai kerani. Okeylah tu. Daripada duduk tanam anggur di rumah. Lagipun, dekat dengan rumah. Tak perlu sewa rumah lain.
“Fifi, jomlah kita turun makan. Sudah waktu makan ni.“ajak Sri. Satu-satunya wanita india yang berjawatan pengurus di situ. Walaupun berjawatan tinggi, wanita itu tidak sombong. Malah lebih suka duduk berborak dan makan bersama pekerja bawahannya.
“I tak laparlah. Tadi dah makan. Rasa kenyang lagi. You pergilah.”balas Fifi.
“Apalah you ni. Okeylah, I pergi dulu. Sure ni you tak nak ikut? Tak nak pesan apa-apa?” Sri masih menunggu kalau-kalau Fifi bertukar fikiran atau ingin memesan apa-apa. Namun, hanya gelengan kepala yang diterima. Sri menjungkit bahu lalu meninggalkan Fifi.
Setelah penat menaip, Fifi berhenti seketika. Diurut tengkuknya yang terasa lenguh. Hai...patutlah ramai orang yang dah bekerja nak belajar semula. Penat rupa-rupanya kerja ni. Bosan pun ya. Hari-hari buat benda yang sama. Yang pelajar pulak tak sabar nak kerja. Pening belajar. Hafal itu, hafal ini. Baca itu, baca ini. Penat. Tak sabar nak merasa pegang duit sendiri.
Beg telekung di bawah meja dicapai. Fifi bangun meninggalkan mejanya lalu melangkah ke surau. Kosong. Wah...seronoknya. Setelah menunaikan solat zuhor, kelihatan beberapa orang wanita masuk. Fifi memberikan senyuman kepada mereka. Dia mengundur lalu mengambil tempat di sudut surau. Dikerling jam ditangannya. Ah...lupa lagi. Fifi tersenyum sendiri. Sekali lagi dia terlupa untuk memakai jam tangan. Pasti seronok jam tangannya itu berehat di rumah. Memakai jam tangan bukanlah tabiatnya. Kalau dulu, dia lebih suka bertanyakan waktu kepada Yusliza. Setelah mendapat pekerjaan ini, dia mula memakai jam tangan. Maklumlah, dia kini jauh dari Yusliza, ’jam bergeraknya'.
Yusliza...sekali lagi Fifi tersenyum sendiri. Jam tangan selalu melekat di tangan gadis itu. Kadang-kadang, ketika tidur pun jam tangan masih dipakainya. Kecualilah jika dia ke tandas atau bersolat, barulah jam tangan itu dibuka. Pelik...itulah yang dia rasakan apabila melihat kebiasaan Yusliza itu. Apabila ditanya, jawapan yang pedas selalu dia dapat.
“Hobi. Lagipun, kalau kau tanya pukul berapa sekarang, senang aku nak jawab“. Ambil kau sebiji! Kan dah kena dengan mulut pedas Yusliza. Fifi hanya mampu tersengih ketika itu. Yus...rindu betullah aku pada kau.
“Fi...Fi...Fifi...“kejut seorang wanita berkali-kali sambil menggerakkan tubuh Fifi. Fifi mencelikkan matanya. Dia menguap. Cepat cepat dia menutup mulutnya dengan tapak tangannya.
Fifi memerhatikan keadaan sekeliling. Sunyi…lengang. Yang ada cuma Mak Cik Suri dan Mak Cik Adila. Kedua-duanya bekerja sebagai tukang sapu di syarikat tersebut.
“Eh, mak cik. Saya tertidur. Dah pukul berapa ni?”soal Fifi dalam keadaan mamai. Dia menggosok-gosok matanya perlahan.“ Mata kuyunya memandang Mak Cik Suri di sebelahnya.
“Dah pukul 2, nak.”balas Mak Cik Suri.
“Oh.”jawab Fifi sambil mengangguk lemah. Dia ingin menyambung tidurnya. Namun, otaknya pantas bertindak. “Apa,pukul 2? Alamak!...” kelam-kabut Fifi bangun. Dia cepat-cepat menyarungkan tudungnya. Setelah bersiap ala kadar, segera dia mengambil telekungnya lalu melangkah keluar. Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada dua orang wanita itu kerana telah mengejutkannya. Setelah Fifi Hilang di balik pintu, mereka berdua tertawa melihat kekalutan Fifi.
Fifi duduk di kerusinya. Tercungap-cungap dia kerana ingin bergegas ke tempatnya.
“Fifi,you pergi mana? Lama I tunggu you.“tegur Sri. Dia mendekati Fifi apabila melihat Fifi tercungap-cungap. “Fifi,Why? Are you okey?”
“One minute,please.”ucap Fifi sambil memberi isyarat sebentar kepada Sri. Sri mengangguk faham.
Setelah dirasakan nafas dan degupan jantungnya kembali normal, Fifi memandang ke arah Sri. “Okey. Yes? You nak minta tolong I taipkan apa-apa ke?“
“No. You dari mana ni? Macam kena kejar aje.”tanya Sri. Dia mencapai sesuatu dari meja sebelah.
“I dari surau. I tertidur tadi. Sedar-sedar pukul 2. Tu yang I lari nak masuk pejabat tadi.”ulas Fifi. Sri hanya menggelengkan kepalanya.
“Apalah you ni. Relax la. Bos pun belum masuk lagi. By the way, someone give this for you.” Sri menghulurkan sejambak bunga dan sebuah kotak sederhana besarnya. Fifi terlopong. Siapa pula yang rajin sangat bagi ni?
“Err…thanks..”ucap Fifi gagap. Teragak-agak dia menyambut bunga dan kotak tersebut.
“I jealous betul dengan you.”ujar Sri tersenyum lalu meninggalkan Fifi. Sekali lagi Fifi tercengang. Kenapa pula nak cemburu dengan aku?
Bunga ros merah dicium. Emm…wangi. Diambil kad yang terselit pada bunga tersebut lalu dibacanya.

To : My love, Fifi Wahidah Mohammad

I give this roses for you
To tell that
I love you so much

From : Miss You, Hamidi Nazarul.


Fifi tersenyum sendiri. ’I love you too’ bisiknya sendirian.
“Apa dia Fifi? Aku dengar macam kau cakap sesuatu tadi.“ Tegur Ilham disebelahnya. Laju Fifi menggelengkan kepalanya. Dengar la pula mamat ni... Nasib baik tak jelas. Kalau tak,mahu kecoh satu pejabat.
Fifi kemudiannya menarik kotak yang diterimanya tadi lalu didekatkan ke arahnya. Kotak tersebut dibuka. Kek coklat kegemarannya! Terselit juga sekeping kad di situ. Fifi membacanya.

Enjoy you favourite cake...
As sweet as you…
Love you,miss you,love you, miss you(berjuta-juta kali.pnt nk tulis byk2)


Sekali lagi Fifi tersenyum. Macam-macam. Hai...dah banyak kali aku senyum sorang-sorang hari ni. Dah macam orang gila pula. Fifi memandang kek dihadapannya. Automatik perutnya tiba-tiba berbunyi...
“Woi,perut kau berbunyi ke? Tu lah, orang pelawa makan tadi tak nak.“gelak Ilham kuat. Semua yang berada di situ tertawa memandangnya. Fifi malu. Hisy...tajam betullah telinga mangkuk ayun ni!

**************************************

“Awak nak bawa saya ke mana ni?“soal Fifi. Cuak juga dia apabila Hamidi memandu memasuki lebuhraya. Hamidi tersenyum.
“Kita pergi Siam. Nikah kat sana”usiknya. Apa salahnya sekali-sekala menyakat wanita disebelahnya.
Fifi mula tidak senang duduk. Nikah kat siam? Tak nak!!! “Awak dah gila ke? Saya tak nak. Hantar saya balik rumah.”marah Fifi. Hamidi ketawa terbahak-bahak melihat tindakbalas daripada Fifi. Apalah sayang aku ni. Macamlah aku ni jahat sangat nak bawa lari anak dara orang.
Fifi tercengang-cengang melihat Hamidi ketawa? Gila ke apa? “Awak ni, macam la saya ni jahat sangat nak bawa anak dara orang lari. Saya ada keluarga, awak pun ada keluarga. Kalau saya nak kahwin, saya minta cara baik. Tak mainlah lari-lari ni.“jelas Hamidi bersama sisa tawanya.
Fifi tersenyum lega. “Awak ni, jahat la. Suka usik saya. Saya baru aje berkira-kira nak lompat keluar dari kereta ni kalau awak tak patah balik tadi.”
“Eh,janganlah. Kalau apa-apa berlaku nanti, Kesian saya. Jadi pak duda.“ gurau Hamidi bersama muka sedihnya.
Fifi mencebik.“Padan muka awak. Siapa suruh buat saya macam tu. Lagipun, tak adanya awak jadi duda. Kahwin pun belum lagi.”
“Jadi, bila kita boleh kahwin?”pantas saja Hamidi mengutarakan soalan itu. Wajahnya penuh mengharap.
“Lambat lagi. Sampai saya jadi kaya macam keluarga awak. Baru sepadan.” jawab Fifi tanpa rasa bersalah.
Wajah Hamidi berubah keruh. Dia memandu memasuki kawasan rehat lebuhraya. Kereta diberhentikan. “Awak, kan kita dah bincang banyak kali fasal hal ni. Keluarga saya tak kisah semua tu. Asal saya bahagia,itu dah cukup. Awak ni… selalu sangat dengan novel-novel yang awak baca tu. Entah apa-apalah. Itulah, terpengaruh dengan si Yus…“
“Ni kenapa tiba-tiba masuk nama Yus ni? Dia tak ada kena-mengena langsung dalam hal ni. Okey,saya mengaku, sedikit sebanyak,saya ada terpengaruh daripada cerita-cerita dalam novel. Tapi,kalau awak nak tahu, dunia realiti pun ada berlaku tau. Dalam surat khabar, majalah, ramai yang mengadu masalah rumahtangga yang berpunca daripada mertua. Awak tu yang tak peka.”ulas Fifi lalu tersenyum. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap. Banyak juga orang berhenti berehat di sini.
“Memang,Memang ada! Tapi keluarga saya bukan mementingkan darjat. Kalau keluarga saya seperti yang awak fikirkan, saya tak akan ada bersama awak sekarang ni.”suara Hamidi sedikit meninggi.
Fifi terkejut mendengar suara itu.’Saya tak akan ada bersama awak sekarang ni.’ Itulah ayat yang begitu menyentap perasaannya,menusuk hatinya. Apa maksud dia? “Saya sedar,saya bukan orang berada. Saya cuma anak seorang pemandu dan tukang jahit…”
“So,what’s wrong? Fifi,saya tak pernah kisah dengan semua tu. Tapi cara awak berfikir, seolah-olah kami sekeluarga ni gila harta. Percayalah Fifi,saya tak pernah fikir semua tu. Saya sayang awak, kerana awak adalah awak. Bukan sebab harta.”
“Awak tak faham,…”
“Memang saya tak faham.”pintas Hamidi. Dia membetulkan duduknya agar selesa bertentangan empat mata dengan Fifi walaupun gadis itu langsung tidak memandangnya wajahnya. “Saya dah banyak kali jelaskan benda yang sama pada awak. Tapi awak tetap nak bangkitkan isu ni. Kenapa?”
Fifi hanya menunduk. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Setiap kali diberi penjelasan, dia akan berasa lega. Namun, apabila Hamidi menyebut soal kahwin, dia jadi takut.
“Cukuplah,kita tamatkan kat sini aje. Fifi, kita kahwin,ya. Cukuplah sekian lama saya pendam perasaan saya pada awak. Hingga hampir saja awak dikebas orang. Nasib baik sempat lagi. Serik saya.” Hamidi tersenyum kecil mengingati kenangan lalu.
Fifi diam. Perasaannya bercampur-baur. Gembira, takut, resah, terharu… semuanya bersatu. Dia keliru.
Kebisuan Fifi meresahkan Hamidi. “Fifi…”
“Hantar saya balik.”arah Fifi. Hamidi masih terus mahu memujuk.
“Fifi, saya…”
“Saya nak balik!”ujar Fifi lalu memandang tepat ke arah Hamidi. Tergamam Hamidi melihat airmata yang mengalir di pipi gadis kesayangannya itu. Akhirnya, Hamidi mengalah.

************************************

Badrul merenung kosong siling biliknya. Hanya biasan cahaya dari luar dibiarkan menerangi biliknya. Bunyi panggilan masuk langsung tidak diendahkan.
Masih terngiang-ngiang lagi perbualan antara dia dan tiga sahabatnya. Perbualan yang pada mulanya berkisarkan kehidupan kini bertukar menjadi perbualan tentang Yusliza. Semuanya bermula daripada Amirul.
“ Bad, jaga Yus baik-baik.“pesannya.
Badrul begitu terkejut mendengarnya. Spontan matanya tepat memandang Amirul. Rasa cemburu mula menjengah. Ayub dan Fikri hanya memandang. Terkejut dengan pesanan Amirul, gerun dengan pandangan Badrul. Suasana tiba-tiba berubah sepi seketika.
“She’s my first love. Segala yang kau buat pada dia dulu, aku turut sakit hati. Tapi antara kau, sahabat aku dan dia, cinta aku, aku pilih kau. Bila aku fikir balik, aku tak sepatutunya pilih salah satu.“Luah Amirul sambil tertawa kecil. Badrul, Fikri dan Ayub memandang.
“Bila kau kata she’s not your type, aku gembira. Tapi bila aku tahu kaulah yang ada dalam hati dia, aku tak boleh nak kata apa. Baik macam mana pun aku, jahat macam mana pun kau, hati dia tetap pilih kau. Aku buat keputusan untuk undur diri.“
Masing-masing terkedu. Bertahun berkawan, baru hari ini mereka mendengar Amirul meluahkan rasa hatinya.
“Mirul, aku tak tahu...“
“Bad, semua tu dah lepas. Sekarang ni, aku harap, kau akan bahagiakan dia. Aku tahu, jauh di sudut hati kau tu, kau menyayangi dia sejak dulu lagi,kan.“tambah Amirul. Fikri Dan Ayub memandang Badrul yang tertunduk.
“Kalau aku dapat tahu kau tak jaga dia dengan baik, siap kau.“amaran daripada Amirul itu disambut dengan gelak ketawa oleh mereka bertiga.
Badrul melepaskan satu keluahan. Dia memang berjanji akan membahagiakan Yusliza kelak. Tanpa ingatan daripada Amirul pun, dia sedia untuk menghulurkan bahagia kerana sayangnya terhadap Yusliza. Masalahnya, adakah huluran itu akan diterima oleh sekeping hati yang Yusliza yang pernah begitu terluka kerananya?

3 comments:

tzaraz said...

hadoii.. sehari lagi sblm Bad ngan Yus nikah...
cepat2 sambung tau..

diahperi said...

dah lama tunggu smbungan cerita ni dpt juga melepas rindu harap2 kali ni x payahlah nak tunggu lama2 ye

ZuLyaN RamSaR said...

insyALLAH... :)