Friday, April 15, 2011
Izinkan Aku 4 (Akhir)
Peluh sudah mula memercik di dahi. Nazliyina resah di kamar pengantinnya. Duduk salah, berdiri pun salah. Jam sudah menunjukkan pukul 10.15 pagi. Perasaannya mula tidak enak. Perasaan yang sama ketika hari pernikahannya dengan Hafiz. Hatinya berdebar-debar.
Bunyi telefon mengganggunya. Dicapai telefon bimbit yang elok terletak di atas meja solek. Nazliyina tersenyum manis.
“Assalamualaikum, awak. Awak kat mana ni? Lambat lagi ke? Semua dah ada ni. Cuma tunggu awak aje.”Laju saja bicara Nazliyina. Langsung tidak memberi peluang untuk pihak di sebelah sana berbicara.
“Err…waalaikumussalam. Boleh saya tahu, siapa ni?”gugup bicara lelaki itu. Berkerut dahi Nazliyina mendengarnya. Ini bukan suara dia.
“Mana awak dapat nombor ni? Kenapa awak guna handphone tunang saya? Mana dia? Sepatutnya pukul 9.30 tadi kami dah nikah. Ini dah 10 lebih. Awak ni siapa?” bertalu-talu Nazliyina bertanya. Dadanya tiba-tiba bergetar lebih hebat daripada tadi. Bakal suami aku kena culikkah?
“Cik, saya Aizat. Begini, tadi, tunang cik mengalami kemalangan jalan raya. Kami dah bawa dia dan kawannya ke hospital. Dan saya harap, cik sabar,ya. Tunang cik baru saja meninggal dunia. Doktor kata, dia kehilangan banyak darah…”
Bicara lelaki tadi tidak lagi kedengaran. Terlepas telefon bimbit dari tangannya. Nazliyina terduduk. Air mata sudah tidak dapat dibendung lagi. Kenapa?
“Hoi! Yang keu tenung aje tu kenapa? Angkatlah.“sergah Faraliya. Hairan dia melihat Nazliyina hanya merenung telefon bimbitnya yang sedang berbunyi. Bertambah hairan apabila ada airmata yang mula mengalir di pipi sahabatnya itu.
Nazliyina tersentak. Dia memandang telefon bimbit yang sudah ada dalam genggaman. Zul? Menggigil tangannya menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum.“Zulfadli memulakan bicara.
“Waalaikumussalam.“jawab Nazliyina. Masing-masing menyepi seketika.
“Abang telefon Yina, nak beritahu abang dah selamat sampai. Abang ada kat depan rumah Yina ni...“kata-kata Zulfadli terhenti apabila terdengar bunyi tangisan Nazliyina.
Dia tahu mengapa Nazliyina menangis. Liyana telah menceritakan segala-galanya termasuk tentang hari yang sepatutnya menjadi kenangan manis bagi Nazliyina. Kerana itulah, dia menelefon gadis itu. Agar gadis itu tidak risau dan terlalu mengingati kisah lama.
“Syhh...jangan menangis,sayang. Abang harap, ini kali terakhir abang dengar sayang menangis. Lepas kita diijabkabulkan, janji dengan abang yang Yina hanya akan senyum untuk abang. Janji?“
Nazliyina mengangguk perlahan. Faraliya di sebelah memeluk erat sahabatnya memberi sedikit kekuatan kepada gadis itu.
“Yina?“sekali lagi Zulfadli bertanya.
Nazliyina ketawa sendiri. Aku angguk-angguk, macamlah dia nampak. “Yina janji.“
“Terima kasih, Nazliyina Rashdi.“
Mereka berdua duduk berehat di balkoni. Usai majlis akad nikah dan kenduri doa selamat, Nazliyina mengikut suaminya pulang ke rumah mertuanya. Keluarga Zulfadli menyambutnya dengan mesra. Tadi, naik letih dia melayan kerenah dan soal jawab daripada Mastura dah Maizura, kakak sulung Zulfadli.
“Apa pendapat akak tentang abang?“soal Mastura. Nazliyina hanya tersenyum lalu menjungkitkan bahu. Dia menjeling ke arah bapa mertuanya yang sedang membaca surat khabar. Agak-agaklah ipar aku ni. nak tanya tu, janganlah depan abi dan umi. Malulah aku.
“Akak ni tak sportinglah. Akak tengok, abang tu macam mana?“Mastura terus mendesaknya. Nazliyina serba-salah.
“Kenapa diam? Jawablah. Dari tadi abi tertunggu-tunggu jawapan daripada menantu baru abi ni.”Datuk Zulfikri mencelah. Malu Nazliyina dibuatnya. Pura-pura membaca rupanya.
“Erm...dia baik, handsome...“
“Itu sudah semestinya. Baik dan handsome. Ikut abi tu. Masa muda-muda dulu, abi handome tau. Ramai peminat. Umi kamu tu pun terkejar-kejarkan abi…”
“Apa abi cakap? Umi terkejar-kejarkan abi? Cuba cakap betul-betul. Siapa kejar siapa sebenarnya. Cakap.”marah Syarifah Suhana sambil mencucuk-cucuk pinggang suaminya. Terliuk-lentuk tubuh Datuk Zulfikri mengelak serangan isterinya itu. Anak-anaknya hanya tertawa.
“Abi, bagi tips sikit macam mana nak buat awek-awek terkejar-kejarkan kita.” Abang Lutfi, suaminya Maizura menyampuk. Maizura di sebelahnya sudah menjeling tajam. Ada niat nak pasang lain ke?
“Abi tak ada tips. Memang semulajadi dapat perhatian gadis. Kamu tanya umi ni, apa yang buat dia terpikat sangat pada abi.”
“Abi!” wajah Syarifah Suhana merona merah. Masih malu walaupun sudah berpuluh tahun menjadi suami isteri.
Nazliyina tertawa perlahan. Zulfadli di sebelahnya menoleh. Pelik melihat isterinya tiba-tiba tertawa.
“Kenapa? Apa yang lucu?”
“Tiba-tiba saya teringat abi dan umi. Bila mereka bergurau, nampak romantik sangat.”
“Abi memang suka mengusik umi. Masa mereka kahwin dulu, ibu bapa umi tak suka abi tu. Iyelah, abi bukan orang senang. Pangkal mana pun tak ada Syed. Tapi dengan sikap abi yang pandai ambil hati, sekarang ni abi jadi menantu kesayangan,tau.”
“Macam mana ya nak jadi menantu kesayangan umi dan abi?”sengaja Nazliyina bergurau dengan soalan itu. Dia tahu, umi dan abi tidak akan pilih kasih. Semua anak menantu diberi kasih sayang yang sama rata.
“Erm…pandai ambil hati mereka, rajin, apa lagi,ya? Err…jaga anak mereka dengan baik…”
Nazliyina tersenyum. Tidak sangka ada jawapan untuk soalannya itu. Dia bangun lalu merenung langit malam.
“Ada lagi.“ujar Zulfadli. Dia mendekati isterinya. Tubuh ramping itu dipeluk dari belakang. “Beri mereka cucu...“bisik Zulfadli.
Meremang bulu roma Nazliyina mendengar bisikan menggoda itu. Dia menoleh. Cupp. Satu ciuman hinggap di pipinya.
“Izinkan abang menjadikan Yina sebagai kekasih hati abang buat selamanya.
Izinkan abang menjadi penawar, penyembuh luka di hati Yina.
Abang janji, akan jaga Yina baik-baik dan akan sentiasa menyayangi Yina.
Abang janji, tiada yang lain kekasih hati abang,
Melainkan, Nazliyina Rashdi seorang
Izinkan abang melafazkan isi hati abang
I love you so much.”
Bisik Zulfadli di telinga isterinya. Airmata mula bergenang di tubir mata Nazliyina. Ah, isterinya mula mungkir pada janji.
Nazliyina terharu. Hanya dengan bisikan itu, dia telah jatuh cinta. Jatuh cinta pada suami yang baru dinikahi pagi tadi. Hanya beberapa minit, dengan beberapa patah ayat, dia berjaya mencintai lelaki itu. ’YA ALLAH, andai ini jodoh yang KAU tetapkan, berkatilah rumahtangga kami. Semoga kekal untuk selama-lamanya.’ Doa Nazliyina dalam hati.
“Boleh abang buat satu permintaan?“
Nazliyina merenung tepat wajah suaminya. “Apa dia?“
“Boleh tak kalau lepas ni, Yina bertudung. Tak perlu tergesa-gesa. Mulakan perlahan-lahan. Lama-lama nanti, biasalah.“pinta Zulfadli dalam nada lembut. Dia tidak mahu terlalu mendesak. Dia tahu, bukan senang untuk berubah.
Terkesima Nazliyina dengan permintaan itu. Dia terus merenung suaminya meminta kepastian. Apakah benar apa yang dia dengar tadi?
“Abang tak suka orang lain nampak apa yang sepatutnya menjadi hak abang seorang sahaja.”
Nazliyina mengangguk. “InsyALLAH, Yina cuba. Harap abang dapat bantu dan bersabar dengan Yina, ya.”pintanya. Ya, dia perlukan masa untuk berubah. Semoga segalanya dipermudahkan.
Beberapa bulan kemudian
Nazliyina berdiri di hadapan cermin. Sekejap mengiring ke kiri, sekejap mengiring ke kanan. Dia bercekak pinggang. Lagak seperti tidak berpuas hati.
Zulfadli memeluk pinggang isteri kesayangannya dari belakang. Dagunya diletakkan di bahu si isteri. “Kenapa,sayang? Resah aje.“
“Abang, mama dengan ayah nak juga kita bersanding. Majlis tu pula ditangguh ke bulan dua. Masa tu perut dah besar. Tak cantiklah pakai baju pengantin nanti.“berkerut-kerut dahi Nazliyina ketika berbicara. Zulfadli sudah ketawa besar. Ingatkan apalah yang dia risaukan sangat tadi.
“Sayang tetap cantik pada pandangan mata abang. Tengok sekarang ni. Comel aje isteri abang ni.”puji Zulfadli sambil mencubit pipi Nazliyina yang semakin tembam. Sejak disahkan mengandung, hubungan mereka bertambah erat dan bahagia.
“Abang ni....puji ke, perli?“
“Nak perli apanya. Abang ikhlas memuji,ni.“jawab Zulfadli. Dia memegang perut Nazliyina.
“Ini anak abang. Dan si cantik manis ni, isteri abang. Insan yang akan menemani abang hingga akhir hayat. Yang menjadikan hari-hari abang bahagia.“
Terharu pula mendengar luahan lelaki itu. Nazliyina membalas pelukan suaminya.
“Lan ni pun satu. Elok-elok bulan satu, ditunda bulan dua. Jangan nanti ditunda lagi sudah. Kalau bulan enam, baby dah 9 bulan. Tunggu hari. Kalau nak bersanding juga, Yina pakai baju kelawar ajelah agaknya.“bebel Yina dalam dakapan suaminya.
Zulfadli hanya tersenyum mendengar bebelan itu. Masih lagi tidak puas hati tu. Apa pun, You’re always in my heart, Yina. My love.
Labels:
Izinkan Aku 4 (Akhir)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
best cite ni.
hepy ending..
best..best...suka....
@ siti & anonymous
thx :D
Bestttt !! =D
best...bahagia jugak yina.. ;)
Post a Comment