Monday, March 14, 2011
Ku Terima Seadanya 26
Talian dimatikan. Khadijah termenung. Memikirkan Hakim, dia jadi keliru. Siapakah dia di hati lelaki itu?
“Adik angah ni kenapa termenung aje?“tegur Khairul,abang keduanya.
Khadijah menoleh. Dia tersenyum hambar. “Tak ada apa-apalah, angah. Saja aje nak termenung.“
“Orang tu nak menipu kita, angah. Maklumlah,siapalah kita ni.”sampuk Khairuddin pula. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan Khairul di ruang tamu itu.
Khadijah yang mendengar kata-kata itu sebak. “Along! Sampai hati cakap macam tu. Ijah sayang abang-abang Ijah. Siapa lagi yang Ijah ada selain Along dan angah?”airmata mula membasahi pipi. Sejak abah dan uminya kembali ke rahmahtullah, abang-abangnyalah yang menjaganya. Dia tak akan lupa bagaimana alongnya, Khairuddin bekerja sambil belajar bagi memenuhi keperluan mereka adik-beradik. Sementara Khairul pula dengan penuh rela menjadi ‘surirumah’ dan menjaganya dengan baik. Kadang-kadang ketika cuti, mereka akan mengambil upah mencuci kereta untuk mencari duit tambahan.
Sehinggalah suatu hari, mereka diupah oleh orang kaya untuk mencuci kereta di rumahnya. Khairuddin ditemani oleh adiknya,Khadijah pergi ke rumah tersebut. Khairul tidak dapat ikut serta memandangkan dia perlu menyiapkan kerja-kerja sekolah. Dari situlah mereka kenal dengan Tan Sri Nazarul sekeluarga. Keluarga itu banyak menabur jasa kepada mereka adik-beradik. Dan kerana keluarga itulah, mereka berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti.
“Dik,along minta maaf. Along tersilap cakap.”pujuk Khairuddin lalu mendakap adiknya erat. Khadijah sensitif orangnya. Terutama apabila berbicara tentang keluarga. Pasti airmatanya mengalir. Mungkin dia masih terbayang-bayang ketika melalui waktu kesusahan dulu.
“Ijah sayang along dan angah…”ucap Khadijah bersama sendunya.
“Sudahlah. Jangan menangis lagi. Nanti angah pun ikut menangis. Kami tahu, adik sayang kami.“ujar Khairul sambil mengelus-elus rambut adiknya. “Jom,kita keluar. Bowling ke,karaoke ke... Dah lama kita tak buat kerja buang masa ni“ seloroh Khairul. Masing-masing tertawa.
“Okey juga. Sambil tu, boleh cuci-cuci mata.“ Khairuddin mengeyit mata kepada Khairul. Khairul tersenyum setuju. Satu cubitan singgah di lengan kedua-dua lelaki itu.
“Gatal. Ijah report kat Kak Zirah,baru padan muka!”
*****************************
MUHAMMAD HAKIM
’Siapa saya sebenarnya pada awak?’ soalan itu terus berlegar-legar di kotak fikirannya. Mendengar soalan itu, dia tergamam. Seolah-olah tiada langsung jawapan. Siapa sebenarnya dia pada aku? Hakim menyoal dirinya sendiri.
“Assalamualaikum.“lembut suara itu memberi salam. Hakim menjawab seadanya. Tangannya langsung tidak berhenti dari menulis.
“Awak buat apa?”
“Kerja. Banyak yang tak siap lagi ni.”ringkas jawapan yang diberi.
“La…malam-malam macam ni pun awak kerja lagi? Hakim,janganlah asyik kerja aje. Awak kena rehat juga. Kena jaga kesihatan tu.“
“Awak apa tahu,Ijah? Saya bertungkus-lumus kerja untuk abah dan ibu saya, untuk keluarga saya. Demi mereka, saya sanggup bersusah payah.“jawab Hakim. Walaupun bernada lembut, tapi tanpa disedari, dia telah mengguris hati gadis itu.
Khadijah menahan sebak. “ Ya,mungkin saya tak tahu apa-apa. Saya Cuma ada abang. Tak ada abah,tak ada umi.“
Hakim mengeluh perlahan. “Ijah, saya tak maksudkan macam tu. Saya Cuma nak awak faham. Saya nak beri mereka kesenangan,kebahagiaan…”
“Muhammad Hakim.”panggil Khadijah. Hakim terdiam mendengar lembutnya suara itu dalam sebak memanggil namanya.. “Boleh saya tanya awak satu soalan. Saya harap, saya dapat jawapannya.”
Hakim senyap seketika. Dia menghela nafas perlahan-lahan. “Apa dia?”
“Siapa saya sebenarnya pada awak? Nak kata saya ni kekasih awak, saya rasa saya ni lebih kepada seorang penyibuk. Tengoklah sekarang ni. Saya ganggu awak buat kerja,kan?”
“Ijah…”
“Kawan? Lagilah tak. Kalau kawan, mesti awak anggap saya ni macam Kak Fifi,Kak Yus,Kak Wanda... Awak tahu tak apa yang ada dalam fikiran saya sekarang ni? Saya rasa, awak anggap saya ni perempuan yang terhegeh-hegeh kat awak.“ Khadijah bertambah sedih dengan kenyataannya sendiri.
Hakim serba-salah. “Saya...“
“Saya telefon, awak tak angkat. Family awak yang selalu angkat. Kalau awak angkat pun, macam terpaksa aje layan saya. Nak tunggu awak telefon saya, jangan haraplah. Saya sms, awak tak balas. Entah-entah baca pun tidak. Saya bagi email, pun awak tak layan. Kadang-kadang saya rasa malu buat semua ni. Tapi sebeb sayang, saya buat juga. Tapi ini yang saya dapat.”luah Khadijah. Lama dia memendam perasaan. Akhirnya terlepas juga. Hakim mati kutu.
“Ijah,apa yang awak harapkan dari saya? Saya ni, baru aje habis belajar. Konvo pun belum lagi. Awak pun, belajar belum habis lagi. Apa sebenarnya yang awak nak? Awak nak kita kahwin?“ bagi Hakim,itu soalan biasa. Namun bagi Khadijah, soalan itu berbaur sindiran yang amat tajam.
“Saya dah tak harapkan apa-apa lagi daripada awak. Saya terpaksa pergi. Ada kerja. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.“ Talian terus dimatikan.
Hakim tergamam. Tiada lagi suara Khadijah di talian. Dia cuba mendail semula. Namun, tidak disambut. Hakim mengeluh. Dia mengimbas kembali setiap perbualan tadi.
YA ALLAH,apa yang aku dah buat? Kenapa aku mengeluarkan soalan-soalan begitu? Kenapa aku buat dia macam tu?
Bunyi ketukan di pintu mengganggu lamunannya tadi. Ibunya berdiri di muka pintu. “Along,tak tidur lagi ke? Sudah-sudahlah buat kerja tu. Esok kan ada masa lagi. Ibu risau tau tengok along kuat sangat bekerja. Along ingat ibu bahagia ke kalau along sakit?”
“Sikit lagi,ibu. Kejap lagi along tidur.”
“Em.. Ibu tidur dulu. Ingat,jangan lewat sangat.”
“Okey,bu.“
Hakim menghantar ibunya melalui pandangan. Perbualan dengan Khadijah kembali menerjah. Nasihat yang sama dengan ibunya.
’Along ingat ibu bahagia ke kalau along sakit?’ Hakim tersedar. YA ALLAH... kenapa aku ni lembab? Pantas dia mencapai telefon bimbitnya. Didail sekali lagi nombor Khadijah. Tidak dijawab. Hakim menjeling jam locengnya. Pukul 3 pagi. Dia dah tidur kot.
Kenapa dengan aku ni? Dengan dia, aku cakap banyak kerja. Tapi dengan ibu, aku cakap sikit lagi. Apa semua ni? Siapa dia pada aku? Sekali lagi dia bertanya pada dirinya sendiri. Ijah, maafkan saya.
******************************
“Dah lama kita semua tak jalan sama-sama macam ni,kan? Bestnya.“ Hazirah bersuara girang. Dia memeluk erat lengan Khadijah.
“Itulah Kak Zirah. Kalau keluar, asyik dengan angah aje. Tak nak ajak Ijah, along dan Abang Midi. Sekarang baru kata best.”seloroh Khadijah. Dia mengadu kesakitan apabila lengannya dipukul kuat.
“Angah bukan tak nak ajak. Tapi Kak Zirah tak bagi. Kalau tak ikut cakap dia, merajuk pula.”tambah Khairul. Kali ini, beg pula dilayangkan ke arah Khairul
“Awak,bila masa saya cakap macam tu. Pandai-pandai aje.”
Mereka hanya tertawa melihat telatah sepasang kekasih itu.
“Abang Midi, ada jumpa Kak Fifi?”soal Khadijah tiba-tiba. Terhenti langkah Hamidi. Wajahnya berubah keruh. Khairuddin sedar akan perubahan itu.
“Err...ada. dia kirim salam pada semua.“balas Hamidi lalu jalan mendahului langkah yang lain. Khairuddin terus mengejar Hamidi.
“Bro,kau kenapa?“ soal Khairuddin sebaik saja adik-adiknya pergi memesan makanan.
“Aku gaduh dengan Fifi.“
“Sebab?“
“Din,aku... aku betul-betul tak fahamlah. Dah banyak kali aku explain benda yang sama. Kenapa dia masih nak ungkit?“ Hamidi bersuara geram.
Khairuddin menepu-nepuk bahu sahabatnya itu. “Sabar,Midi. Mungkin, dia masih tak biasa. Atau kau...“
“Aku lamar dia.“ujar Hamidi. Terlopong Khairuddin mendengarnya. “Tapi dia tolak. Dia suruh aku tunggu sampai dia jadi kaya macam keluarga aku. Sampai bila tu? Sampai umur aku dah 40 tahun?50 tahun? Dah jadi bujang terlajak.“
Khairuddin menahan tawanya mendengar kenyataan tersebut. Dia menggaru-garu dagunya mengawal daripada tawanya pecah.
Hamidi menjeling sekilas. “Kau kalau nak ketawa, ketawa ajelah. Tak payah nak cover.“sindirnya.
Khairuddin hanya tersengih. “Mana boleh,kau kawan aku. Tak kan aku nak bergembira ketika kawan aku berduka.“ Bersungguh-sungguh Khairuddin berkata. Lagak seperti seorang penyajak. Hamidi menjelingnya tajam.
“Midi, sabarlah. Mungkin, terlalu cepat kau melamar dia. Sebab tu dia jadi kelu.“
“Aku buat semua ni sebab aku takut. Takut dia dikebas orang. Macam dulu.“
Khairuddin ketawa lagi. “Kau ni... kalau dia memang jodoh kau, takkan ke mana. Relax,bro.“
Hamidi terdiam seketika. Perlahan dia melepaskan keluhan. “Kalau itu yang dia nak, aku akan lakukan.“
“Kau nak buat apa?“pantas Khairuddin bertanya. Hamidi membisu sambil merenung kosong ke arah luar. “Macam mana kalau dia dikebas orang?”
“Macam yang kau cakap tadi, kalau dah jodoh,takkan ke mana. Aku dah penat mengejar sesuatu yang sebenarnya tak lari ke mana pun.“balas Hamidi.
“Wah...seriusnya perbincangan. Jom,makan dulu.“sergah Khadijah bersama Khairul dan Hazirah. Mereka mengambil tempat masing-masing.
“Rindunya...dah lama tak makan kat McDonald ni.“
“Ijah jangan nak kelentonglah. Benda-benda inilah yang jadi favourite masa student.“balas Hamidi. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.
Khadijah hanya tersengih. Baru saja dia ingin menikmati bubur ayamnya, telefon bimbitnya berbunyi. Dia menoleh pada skrin telefon bimbitnya di atas meja. Nama ‘Hakim’ tertera di situ. Pantas Khadijah menekan butang merah. Dia menutup telefon bimbitnya lalu disimpan di dalam beg.
“Kenapa tak angkat?“tanya Khairul.
“Malaslah. Hari ni, Ijah tak nak sesiapa ganggu. Ijah nak enjoy dengan along,angah,Kak Zirah dan Abang Midi.”jawab Khadijah lalu makan.
“Esok kita tolak awallah. Boleh jalan-jalan dulu.”cadang Hamidi.
“Okey. Reception pukul 9 malam,kan?”
“Yup. Zirah,Khai,korang pun kena ikut. No excuse.“tegas kedengaran suara Hamidi. Kedua-duanya mengangguk setuju.
Khadijah yang hanya mendengar terpinga-pinga. Nak pergi ke mana? “Esok semua nak pergi mana?”
“KL.”jawab mereka serentak.
Labels:
(26)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aisey.. still lum ada N3 pasal yus & bad..
x sabar nak tunggu nih!
Post a Comment