Monday, July 11, 2011

Semakan Nama Pelatih PLKN Siri 9 Sesi 2011/2012

Kepada adik2 yang lahir pada tahun 1994, bolehlah check nama anda di

www.khidmatnegara.gov.my

ataupun melalui sms

PLKN SEMAK no. ic
hantar ke 15888


kalau nak tahu dapat kat kem mana, Disember ni baru akan diberitahu(kalau tak silap saya la)...

Tak sangka, dah nak masuk sesi ke 9 rupanya. teringat masa dulu2, ketika dri ini 'diPLKNkan'(rosak bahasa...hehe). nak lari, lari kemana? balik rumah nangis2 beritahu mak. termenung sana, termenung sini. mujur dapat kem yang agak 'jauh'. kira2 setengah jam aje dari rumah...hehe... senang mak ayah nak datang masa waktu melawat.

kalau mula2 masuk dulu, semua takut. semua nak balik. sebelum buat apa-apa, nangis dulu ingat rumah. nak makan nangis, nak mandi nangis, nak tidur pun, nangis dulu. tapi bila dah 'diarahkan' balik (sebab dapat tawaran belajar), rasa macam tak nak balik. rasa macam nak sama2 habiskan tempoh PLKN yang masih berbaki tu dengan kawan-kawan. tapi nak buat macam mana, kena pilih salah satu aje.

kepada adik2 yang terpilih tu, tahniah diucapkan...
seronok sebenarnya dapat join PLKN ni
tak percaya? dapat nanti pergi!...hehe

p/s-adik saya tak terpilih...tak adil! hehehe

Friday, July 8, 2011

Cukuplah Sekali 7 (Akhir)

4 TAHUN KEMUDIAN...

Air sungai yang mengalir mendamaikan jiwa. Kicauan burung menemani Azi di situ. Sudah tiga tahun dia menetap di sini bersama orang tuanya. Rumah lama mereka dihuni oleh adik bongsunya. Sesekali, Azi dan kedua ibu bapanya akan ke sana.

Selepas peristiwa malam itu, Azi tidak lagi bertemu Zarif dan anak-anak. Setahun dia membawa dirinya jauh untuk merawat luka di hati. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, Rizal meminta bantuan Azi untuk menguruskan anak syarikatnya yang baru di buka. Terus Azi bersetuju. Kebetulan, Ianya terletak di kampung bapanya. Kedua orang tua Azi pula memang ingin pulang ke kampung dan terus menetap di sana. Sudah bosan duduk di bandar, kata mereka.

Pernah juga Rizal memberitahunya tentang Asilah dan Luqman yang selalu bertanyakan Azi. Sudah jenuh lelaki itu menipu kedua beradik itu.

“Kau tak nak jumpa mereka ke, Azi? Aku kesian tengok mereka. Bila mereka jumpa aku, gembira betul mereka. Tak sabar-sabar nak tahu di mana ibu mereka. Tapi bila aku terpaksa menipu, wajah mereka kecewa sangat. Sedih aku tengok.“

“Aku bukan mama mereka. Mereka boleh hidup tanpa aku.“balas Azi. Jauh di sudut hati, dia turut sedih mendengarnya. Terasa ingin bertemu mereka sekarang juga.

“Memang kau bukan mama kandung mereka. Tapi kau ibu mereka. Insan yang mereka perlukan untuk mendapat kasih sayang.“

“Mereka ada papa, Rizal. Mereka ada atuk, nenek, paksu... Semua sayangkan mereka.“


“Tapi mereka perlukan kau. Azi, yang salah tu, Zarif. Asilah dan Luqman tak bersalah. Mereka tidak tahu apa-apa. Yang mereka tahu, mereka sayangkan kau.“

Sebak hati Azi mendengar kata-kata Rizal itu. Aku pun sayangkan mereka, Rizal. Zarif pun aku sayang. Tapi aku tak mampu nak menghadapi mereka lagi.

“Minggu depan aku akan start kerja kat syarikat kau tu. Minggu ni aku nak uruskan hal perpindahan kami.“

“Azi...“Rizal seakan tahu bahawa sahabat Sufi itu sedang melarikan diri dari perbualan mereka tadi.

“Cukuplah, Rizal. Biarkan mereka. Mereka ada keluarga sendiri. Aku doakan, mereka akan dapat insan yang boleh menjaga mereka dengan baik.“

Kini, Azi lebih selesa di sini. Alhamdulillah, syarikat yang dia uruskan juga semakin maju. Murah rezeki Rizal dan Sufi. Pasti rezeki anak kedua mereka. Azi hanya mampu tersenyum membayangkan kawan-kawannya. Kalau dulu, dengan perangai gila-gila mereka. Kini, sudah menjadi isteri dan emak orang.

“Ibu?“ Azi berdiri kaku. Panggilan itu? Adakah aku bermimpi? YA ALLAH, aku terlalu merindui mereka.

“Ibu...ibu ke tu?“suara itu terus menyapa telinganya. Perlahan Azi berpaling. Melihat siapakah pemilik suara itu. Dahinya berkerut memikirkan siapakah gadis manis di hadapannya kini.

Tiba-tiba tubuhnya didakap erat. Azi kaget. “Ibu, kenapa tinggalkan Kami? Kenapa ibu pergi tinggalkan Asilah dan Luqman lagi? Kami rindukan ibu.”ujar Anak gadis itu dalam sendu. Azi turut menangis mendengarkan kata-kata itu. Dia membalas erat pelukan itu.

Azi tersentak apabila terasa ada satu lagi pelukan di belakangnya. Wajahnya dipalingkan kebelakang. “Luqman sangat rindu nak peluk ibu. Luqman sangat rindu dengan pelukan ibu.“kanak-kanak lelaki itu berkata. Luqman? Azi menarik kedua-duanya ke dalam pelukannya.

Hati ibu mana yang tidak sedih mendengar kata-kata rindu anaknya itu. Walaupun mereka bukan anak kandungnya, tapi Azi lah yang lebih akrab dengan kedua-duanya berbanding dengan Zarif sepanjang menjaga mereka.

****************************

“Aunt Sufi dah kahwin dengan Uncle Rizal. Aunt Yuli pula, dia dah dapat baby baru. Aunt Maira single lagi. Tapi sekarang dia dah berhenti kerja. Dia tolong Aunt Sufi kat kedai.“Azi memberitahu khabar terbaru sahabat-sahabatnya apabila dua anak itu bertanya.

“Bila Aunt Maira dengan Uncle Zikri nak kahwin?“

“Tak jadi. Uncle Zikri kata, dia nak jadi menantu ibu.“selamba Azi berkata. Menjerit anak gadis itu apabila dirinya dikaitkan dengan Zikri.

Ya, mungkin bukan jodoh mereka. Ikatan pertunangan antara Humaira dan Zikri akhirnya putus jua. Sejak itu, Humaira berubah. Dia bukan lagi Humaira yang sentiasa sibuk seperti dahulu. Malah, Humaira mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan bersama-sama temannya memajukan lagi kedai kek mereka. InsyALLAH, kalau tiada aral melintang, sebuah lagi cawangan kedai mereka akan dibuka di Melaka. Awal-awal lagi Humaira sudah ’cop’ untuk menguruskannya. Biarlah. Mungkin, dia memerlukan tempat baru untuk pergi jauh dari kenangan lalu.

“Jom balik. Ibu nak masak sedap-sedap untuk anak-anak ibu ni.“

“Tapi...“Asilah tidak sempat untuk berkata-kata apabila tangannya sudah ditarik ibunya.

Suara orang berbual di dalam rumah menyapa telinga Azi. Langkahnya mula perlahan. ’Siapa?’

Kakinya melangkah ke dalam rumah setelah memberi salam. Azi berdiri terpaku melihat wajah itu. Wajah yang tidak mahu dilihatnya.

****************************

“I’m sorry. Abang dah banyak buat silap pada Azi. Malam tu, abang terlepas cakap. Abang tak sengaja.“ Zarif memulakan bicara setelah lama mereka menyepi. Zarif benar-benar cemburu malam itu. Apabila Azi memberitahu bahawa dia keluar untuk menemani Rizal, hati Zarif sakit. Zarif tidak sedar apa yang telah dia perkatakan sehinggalah Azi menamparnya.

Azi diam. Matanya terus dihalakan ke arah sungai. Seronok Asilah dan Luqman bermandi-manda di situ.

“Kalau Azi nak hukum abang, hukumlah. Tapi jangan berdiam begini. Abang susah hati.“ Ujar Zarif lagi. Azi menoleh memandang Zarif. Dia tersenyum kecil.

“Tak ada apa yang saya nak perkatakan.“jawab Azi. Lega Zarif mendengar suara itu. Empat tahun sudah berlalu. Peristiwa malam itu benar-benar meninggalkan kesan dalam hidupnya. Kata uminya, ’ Kalau kamu tak perlukan dia, anak-anak kamu perlukan seorang ibu untuk bermanja’. Tapi ternyata Umi silap. Zarif pun perlukan Azi, umi. Dan Zarif pun silap kerana menidakkan kehendak Zarif sendiri.

Hidup tanpa Azi menjadikan hidup mereka anak beranak tidak lengkap. Malah, dia sangat merindui Azi. Bukan dia tidak mahu memujuk dulu. Hampir setiap hari dia cuba mencari Azi. Ingin bertanya pada kawan-kawan dan keluarga Azi, dia malu. Ego! Akhirnya, empat tahun berlalu begitu saja. Sehinggalah dia bertemu dengan adik Azi minggu lepas. Dia nekad, tidak mahu membuang masa lagi.

“Abang tak mahu, kita sia-siakan ikatan perkahwinan ni. Abang datang, untuk jemput Azi pulang ke dalam keluarga kecil abang semula. Dah hampir lima tahun, kita bazirkan masa. Harap-harap, Azi setuju untuk ikut abang dan anak-anak pulang.“ Zarif tersenyum memandang Azi. Wanita itu kelihatan bersahaja. Tiada riak. Zarif tidak sedap hati.

“Dah empat tahun, saya pergi dari hidup awak. Tak pernah bertemu awak dan anak-anak. Tak menjalankan tugas sebagai seorang isteri, kenapa awak nak saya kembali pada awak dan anak-anak? Saya tak layak.“

Zarif tertunduk mendengar kata-kata itu. “Abang sedar kesilapan abang. Abang minta maaf. Masa tu, abang tak sedar. Lepas Azi pergi dari hidup abang dan anak-anak, barulah abang tahu yang hidup kami lebih bermakna dengan adanya Azi. Azi kembalikan senyuman anak-anak abang. Dan yang paling penting, Azi kembalikan hati abang. Abang sayang Azi sangat-sangat.“

Bergenang airmata Zarif kerika mengucapkan kata-kata itu. Kenapalah dia lambat menyedari semua ini?

Azi tidak memandang Zarif. Dia tahu, Zarif menangis. “Betul, awak sayangkan saya?“

Laju Zarif mengiakan. Bibirnya sudah mula tersenyum. Dia menggenggam jari-jemari Azi.

“Kalau awak sayangkan saya, lepaskan saya.”pinta Azi. Tersentak Zarif mendengarnya. Menggigil tangannya tatkala Azi menarik lembut tangannya dari genggaman Zarif.

“Azi, abang...“

“Saya minta maaf. Saya tak mahu jadi isteri awak lagi. Perasaan saya pada awak...dah mati. Cukuplah sekali, saya jadi isteri awak. atau dalam erti kata lain, cukuplah sekali saya menjadi pengasuh kepada anak-anak awak. Saya tak mahu terluka lagi.”

“Azi, please. Jangan cakap macam tu, sayang. Abang sayang…”

“And please, Zarif, jangan pujuk rayu saya lagi. Saya dah nekad dengan keputusan saya. Tolong hormat dengan keputusan saya ni. Cukuplah sekali.”

Azi bangun lalu pergi meninggalkan Zarif sendirian di situ. Zarif meraup wajahnya.

‘Saya minta maaf, Zarif. Saya tak mampu nak terima awak. Saya dah serik.’ Sendu suara hati Azi.



“Anak-anak ibu, semoga Asilah dan Luqman dapat hidup dengan baik. Ibu akan sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak ibu.”




“Sampai di sini saja jodoh kita. Izinkan saya hidup sendiri. Halalkan makan minum saya, dan maafkan saya sebab tak dapat nak tunaikan permintaan awak.”
Selamat tinggal, Zarif.

Tidakkah dikau tahu
Betapa pedih hatiku
Bila kutahu cintamu
Hanya sekadar persinggahan
Maafkanlah bukan aku
Yang melukakan perasaanmu
Maafkanlah rela aku
Berjauhan dari cinta palsu
Pergilah kau menyepi dalam hidupku
Biarkanlah aku terus begini
Hancurnya segala perasaan
Pedihnya segala yang terpendam
Bersama cinta dan airmata
Bukan aku yang meminta
Segala rasa belas simpati
Hanya satu yang kumahu
Harapan kau melupakan aku
Biarkanlah hidupku terus begini
Bersama cintamu dan airmata


p/s-Hbs dh...slh silp hrp dmaafkan... ;)